Khamis, 31 Disember 2009

Pengalaman Haji(2)


Akhirnya kami sampai di lapangan terbang Madinah.Inilah first time aku turun dengan pesawat di airport Madinah(yang dibuka waktu Haji sahaja).
sampai di Madinah proses di airport tidaklah memakan masa yang lama kecuali pengesahan passport antarabangsa sahaja. di ambil gambar dan check keseluruhan cap jari melalui scan komputer.(sepuluh jari tuuu).

Cuaca tidaklah panas sangat sebab kami sampai sudah waktu isyak.kami terus menaiki bas(ada sembilan bas untuk KT31).sampai di Movenpick Madinah(hotel).aku ditempatkan di bilik nombor(tak ingat dah) tapi tingkat 10.(not sure)..

setelah settle letakkan barang, aku pun panggil abg ipar aku(hj salleh) dan 2 orang kakakku untuk menziarahi makam Rasullullah.kami pun menziarahi makam Rasulullah SAW.
ucapan kesyukuran yang teramat sangat ke hadrat illahi.

sunat syukur dan tayatul masjid itu di utamakan bila masuk kedalam masjid nabawi.
setelah puas di makam Rasullullah SAW.. kami pun pulang ke hotel.. melihat perancangan TH buat kami. namun aku seperti sudah biasa di Madinah... lebih suka pergi sendirian dari berkumpulan.



menziarahi perkuburan baqi' antara tempat yang aku pergi bersama abang iparku.
aku menziarahi perkuburan baqi waktu pagi..
setelah memasuki kawasan perkuburan lantas aku pun berjalan di keseluruhan kawasan tersebut. bila waktu keluar.. pintu perkuburan telah ditutup.. rombongan lain ngak boleh masuk kedalam... alhamdulillah kami dah masuk hehehe.

solat di rhaudah adalah menjadi keinginan umat Muhammad. Maka terjadilah perebutan untuk bersolat.sesuatu yang tidak aku gemari.
Pasti ada caranya yang terbaik daripada berebut2.lantas setelah membaca beberapa surah didalam alquran.. aku pun bermohon kehadrat Allah utk bersolat 2 rakaat di rhaudah.. dan aku pun pergi ke rhaudah.ternyata tempat aku dan abg iparku bersolat telah disediakan Allah.. subhanallah!!.

banyak lagi pengalaman di Madinah namun tidak semuanya aku boleh menulis disini kerana biarlah ia menjadi rahsiaku dengan Rabb.

Sabtu, 26 Disember 2009

Pengalaman Haji (1)

Jumaat.. jam 10pagi.

Kami berada di perkarangan Tabung Haji Kelana Jaya.
Rami sungguh ahli keluarga menghantar saudara-saudara mereka yang menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Aku,Abang Ipar serta 2 orang kakak ku sudah bersedia dan amat bersyukur dipilih Allah sebagai tetamunya.

kami akan berada di Madinah dan Mekah selama 55hari.KT31 antara KT yang amat bertuah kerana di pilih menjadi KT yang lama akan berada di Madinah dan Mekah.

Setelah mengambil barang dan passport di bilik yg disediakan tabung haji... maka kami bersiap sedia untuk memasuki ruang taklimat. Kami akan ditempatkan di Hotel Movenpick Madinah.Abg ku Hj Idris agak terkejut kerana kami ditempatkan dihotel tersebut kerana selalunya hotel itu adalah untuk orang2 pakej sahaja.Namun itulah tuah pertama kami yg dimuliakan Allah sebagai tetamunya.

setelah bersalaman dengan sanak saudara dan sahabat handai maka kami pun memasuki ruang taklimat.Didalam ruang ini telah disediakan kantin dan kaunter penukaran wang serta kaunter masuk dan keluar duit.
memandangkan dalam kocek/poket aku terlalu byk hadiah wang dari saudara dan sahabat handai maka aku pun pergi ke kaunter memasukkan duit.aku kira2 hampir RM2000 hadiah dari sahabat/saudara kepada ku.terkejut juga.semua itu rezeki dari Allah jua.

setelah selesai taklimat kami semua beratur utk menaikki bas ke KLIA.ada 9 biji basa itu memuatkan seramai lebih kurang 370 jemaah Haji utk KT31.
Perjalanan kami memakan masa yg terlalu pendek kerana bas-bas kami telah di 'escot' oleh anggota polis.Di sini sahaja telah menyentuh perasaan sehingga menitis air mata.Sesungguhnya aku dan jemaah lain adalah tetamu Allah yg harus di hormati.

sampai di KLIA.. bas terus memasuki ruang berlepas.setelah urusan passport selesai maka kami pun menaiki pesawat dalam jam 1.50pm.(solat jumaat kami ganti dengan zohor)
-Musafir.

perjalanan kami menaiki pesawat MAS memakan masa 8 ke 9 jam.terus menuju airport di Madinah.

Rabu, 28 Oktober 2009

kelam kabut

dalam minggu ni... sejak hari semalam, aku kelam kabut menyiapkan itu dan ini.
Pada mulanya jangkaan pergi Haji adalah 18/11 namun pihak tabung haji telah menukar penerbangan kami kepada KT31 dan akan berangkat pada hari jumaat ini jam 1.50pm.
dan aku akan berada di Kelana Jaya pada jam 9 pagi.

oleh kerana jadual telah berubah maka segala urusan cuti juga akan di pinda dan aku terpaksa membuat permohonan baru.dan di tambah lagi cuti rehat aku tinggal 2 hari sahaja. Jika KT 92.. segala cuti tiada masalah namun KT 31 akan menyebabkan aku tinggal di Kota Mekah selama 55hari dan ini membuatkan aku terpaksa 'apply' cuti tanpa gaji selama 11 hari.

baru sahaja tadi dapat kelulusan dari Manager,AGM dan GM. cuma tunggu kelulusan HR sahaja.

Aku terpaksa skip kursus aku..

memang kelam kabut.. namun aku tetap bersyukur.. kalau Allah berkehendakkan aku pergi awal dan memasuki Madinah dahulu.. maka akan aku laksanakan dengan rhedo.
Oleh kerana aku mahu buat haji Ifrad.. bermakna aku akan berada dalam ihram selama lebih dari 20hari.Dugaan tu.. tapi aku akan tetap menempuh segala dugaan dengan hati yang tabah, insya'allah.
Semoga kesihatan aku sentiasa sihat untuk aku melakukan ibadah haji nanti dan yang paling penting di rhedoi dan diterima Allah.

oklah.. banyak koje lagi nak buat..

wassalam.

Selasa, 20 Oktober 2009

Nikmat sakit

17hb dan 18hb Oktober 2009(Sabtu dan Ahad)

Ermm.. baru2 ni aku balik kampung berjumpa sanak saudara.. jumpa Abg Ngah dan 2 orang bakal Haji..
berborak sakanlah aku hehehe..
bila dah jumpa abg salleh dan kak puzi.. mestilah kami bercerita perasaan kami ketika mendapat berita menjadi tetamu Allah... berbagai perasaan mengikut hati naluri masing-masing.Ada menangis, ada sebak ada termanggu-manggu..

apa-apa pun memang kami merasai perasaan gembira yang amat sangat.

dalam masa sama aku pula dok sakit kat punggung huhuhhu..
lalu hari ahad tu aku yg di bantu abg ngah pun ambillah pucuk jambu batu dan putik jambu untuk di rebus dan di minum oleh aku. bukan itu sahaja.. ia akan direbus dengan akar pokok jambu serta kulit dahan sekali.. masa nak ambil akar pokok tu.. aku gunakan parang.. dalam asyik leka meracik akar tu.. apa lagi.. zass terkena jari telunjuk kiri aku.. uwarghhhh.. sibbaik tak putus uawarghhh..
aku panik juga lah.. tapi tak sakit cuma darah mengalir banyak. aku pun masuk kedalam pi kat sinki sambil jirus dengan air paip.. darah terus mengalir. aku baca 'tabatyada'.. dan tekap kat darah tersebut.. sambil isteri tersayang aku jiruskan minyak gamat kat luka tu.. dalam gak luka tu.. abg.salleh ambil kapas dan tekap kat luka sambil balut dengan plaster warna merah. so siaplah jari aku dibalut oleh pakar2 perubatan dari Hospital Kampung Tengah hahaha..

aku tak derlah rasa sakit sangat.. lepas tu sambung borak. emak pulak sedang asyik mentelaah buku novel aku.. lom habis lagi.. rajin juga emak baca novel didalam usia 80-an tu.Tabiklah kat emak.

memandangkan aku bakal jadi tetamu Allah tahun ni.. maka cerita semua berkisar pengalaman2 abg2 dan kakak2 aku yg telah pergi menjadi tetamu Allah sebelum ni.
semua cerita memang ditakut2kan hahaha.. apa lagi kami berempat pun jadi lagi suspen... Memang tugas Haji lebih berat dari tugas melaksanakan ibadah Umrah terutama kami semua buat Haji Ifrad.
tapi itulah dugaan yang harus kami tempuh.
Insya'allah kami akan tempuh dengan tenang.

aku pun bersiap2 nak balik semenyih.. emak nak pi rumah kak long kat tanjong sambil mengajak kami makan rojak petis dan ABC di tanjong Mas.. kami pun dengan 3 biji keta.. pergilah ke Tanjong Mas utk menyantap makanan rojak petis Muar dan Mee Bandong.Abg Ngah satu keta, Aku satu keta dan kak long satu keta.
lepas makan, aku pun bersalaman dan berpeluk arab dengan family sebab aku nak balik semenyih dah.. lagipun esoknya aku ada kursus haji di Menara TM.

16hb Okt 2009(Jumaat)

jam 4.30 aku dah keluar untuk pergi ke Jamuan Raya TM di Menara TM.
aku pergi bersama Fariz.. oleh kerana Fariz dah jumpa buah hatinya.. tinggallah aku keseorangan.aku tak makan banyak pun.. malas nak beratur.. aku ambil makan yang berdekatan aja..
ketika aku nak balik.. Hj Ucop ternampak aku.. apa lagi.. panjanglah cerita.
ada sorang kawan Hj Ucop menghampiri kami.. setelah kawannya tahu(en Hazami) aku nak pi haji tahun ni.. maka dia pun ceritakan pengalaman ketika di padang Arafah pada kami.
ketika waktu asar ke Maghrib di padang arafah.. dia ternampak tulisan Muhammad dan Allah di langit.Tulisan Muhammad cukup bersinar.sedangkan tulisan Allah itu agak kelam.
maka aku pun menyoalnya.. apakah perasaannya ketika itu..
dia kata kalau diberi pilihan antara Muhammad dan Allah ia akan memilih Allah.
dan aku soal lagi.. agak2 kenapa tulisan Allah itu kelam..
dia menjawab.. Allah itu tidak boleh di lihat..
ermm..

aku pun memberi pendapat aku.. tidak mampu kita bertemu Allah tanpa Muhammad.
sesiapa yang nak mengenal Allah dan nak mencari Allah, tidak mampu mendapatkannya tanpa Muhammad.
dalilnya.. aku berkata lagi.. ketika di Yaumil Masyar.. siapakah yang harus kita cari? Allah atau Muhammad?
dia menjawab.. Muhammad.
maka untuk mencapai ke hadrat Allah.. hanya Muhammad sahaja yang boleh.. kerana Muhammad itu adalah Habibullah(kekasih Allah).

dia terdiam.. tangan dan bulu roma aku dah menegak hehehe... dada aku dah sebak semacam jika bercerita perihal wukuf.. lalu aku minta izin mengundur diri untuk balik.. kalau lagi lama.. maybe air mata dah berjurai huhuhu..

wassalam.




Rabu, 14 Oktober 2009

semakin dekat

Assalamualaikum buat sahabat semua...

sojak 2 monjak ni... aku sering bermimpi bertemu arwah abah...
semakin nak sampai waktu pi haji.. semakin kerap aku bertemu arwah abah dalam mimpi..
adalah sedikit ilmu nak pi haji ni.. tapi semua dalam bentuk kiasan.

dulu semasa baru-baru dapat ilmu tafsir mimpi... rajinlah jua aku tafsir mimpi ni.. tapi bila dah selalu orang asyik tanya pasal mimpi.. aku maleh nak tafsir lagi.. bukan apa.. kalau tafsir tu asyik tepat jek.. maka ia akan menimbulkan ketabsuban orang pula.. dan bertambah parah apabila iman didada goncang akibat egois atau dabik dada.. tu yang punah harapan untuk mengekalkan nawaitu ke hadrat Allah tu..

jadi sojak aku tak ambil kisah lagi ilmu tafsir mimpi tu... aku dah sukar nak tafsir mimpi2 lagi... dan apabila aku bermimpi tentang arwah abah.. aku dah tak tahu nak tafsir hehehe.. bagi ku.. apa pun terjadi.. yang aku tahu.. hati ku tetap kehadrat Allah..

tentang mimpi aku tu.. biarlah ia menjadi satu cerita dongeng sahaja.. dan biarlah ia kekal rahsia... kerana aku dah tak mau tafsir-tafsir lagi kecuali di saat memerlukan untuk diriku sendiri.kalau mimpi orang lain tu.. tafsir sendirilah..

aku dah tak sabar nak terbang ke Mekah.. menjalankan tanggungjawab ku sebagai umat Muhammad SAW. dan sojak 2 monjak ni aku seringkali dibangkitkan dimalam hari.. cuma hati dan diri aku jek masih degil untuk bertahajud malam.. uwarghhhh..
dah lama tak buat solat tahajud ni. tapi yang pasti aku akan buat juga.

AlQuran pun baru surah ke 21.. sojak rhamadan hingga kini dok sangkut kat surah ke 21 tu. bila lah nak habis. maybe aku khatam AlQuran tahun ni di kota Mekah agaknya.. insya'allah.Tapi kalau boleh nak habis before pi sana lah.

Sabtu ni aku nak balik kampung sat bertemu abangku yang banyak menurunkan ilmu agama padaku.. nak minta nasihat mahu pun pengalaman dia maso pi haji dulu.dan yang ponting nak tahu variasi ibadah ketika wukuf.. sobabnya maso wukuf tiada ibadah khusus buat umat Muhammad SAW. manolah nak ada ibadahnya kalau wukuf tu pun maksudnya terhenti.

masa wukuf ini ada rahsianya ketika kita nak mati nanti..(haji itu perjalanan terakhir kita).

tak apa.. nanti masa balik kampung nanti.. insya'allah aku dapat ilmu tu.. dgn izin Allah jua.

ermm.. sebonarnya.. persiapan pi haji(peralatan) masih lom buat apa lagi..
kain ihram ado yang lamo punya.. aku nak beli lagi satu jek lagi.
semoga urusan ku nanti akan dipermudahkan Allah.

Oooo aku amat merindui Mu Ya Allah..!!!..

wassalam.

Selasa, 13 Oktober 2009

Tetamu Allah (2)

Semalam aku ke TH cawangan Putrajaya untuk serahkan passport antarabangsa(PMA) kepada wakil TH.
Sebelum tu(hari sabtu) aku bersama kak chik serta isteri dan anakku pergi ke Maju Junction di jalan TAR(sebelah bangunan Mara). aku sampai jam 8 pagi.. aku lihat tiada orang.. bila aku sampai ketempat yang dituju.. sekali tengok.. ramainya orang sedang beratur di kaunter Haji. aku di suruh pergi ke tingkat 17 untuk ambil suntikan Influenza A. sampai di tingkat 17 dah ramai menunggu.aku ambil giliran.ambil giliran pun dah macam kat pasar borong jual ikan.berebut-rebut.aku dah malas nak ambil dah.Isteri aku lah yang bertungkus lumus utk ambil angka giliran. aku dapat no 341 dan kak chik dapat no 446.. lepas tu aku turun pi minum pagi dulu. Doktor pun belum sampai. Jam 11 aku naik semula dan beratur ambil barang hadiah dari pihak penaja TH. aku dapat beg dimana dalam beg tersebut penuh dengan perubatan. aku beli sarung beg. (pinjam duit kak chik sebanyak RM67) al maklumlah gaji tak masuk lagi. Lepas tu angka giliran aku pun sampai dalam jam hampir 12tengahari.
aku register untuk di isi oleh pegawai TH kedalam kad rawatanku.Lepas tu pi jumpa dokter untuk 'tandatangan' didalam kad tersebut dan terus ke tempat suntikan vaksin.

masa kena cucuk tu.. tak adalah sakit tapi bila lama kelamaan tempat suntikan terasa sengal dan sakit. tak seperti vaksin miningitis.. cepat baik. tapi vaksin influenza memang sakit hingga 2 hari.

sekarang, passport,gambar untuk visa, suntikan 2 vaksin telah pun selesai.Aku menunggu saat-saat penerbangan sahaja. Dijangka aku dan kak chik serta kak puzi dan abg salleh akan bertolak pada 18hb November 2009.(bulan depanlah).
tak sabar rasanya... tak sabar nak lakukan ibadah haji.. walau pun ada sedikit gusar kerana ujian dan gelora ibadah haji agak besar. Namun aku harus pasrah didalam lakukan ibadah tersebut.

Semoga Allah dapat menerimaku.. insya'allah.

Kadangkala aku termenung melihat suasana kerja ku(ofis).. melihat rakan-rakanku.
melihat isteri dan anakku. Anakku pula tidak sihat dan muntah-muntah semalam. Pagi2 dah tanya ayah pergi mana(pergi keje ler sayang!)
cam mana kalau sebulan atau selama-lamanya? Aku serahkan kehadrat Allah jua.

Aku yakin Haji adalah satu pengorbanan besar seperti mana peristiwa Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar di padang Pasir bersama anaknya Nabi Ismail.
Allah pasti menjaga sepeninggalan kita.. insya'allah.

Ya Allah! tidak sabar rasanya untuk menemui Mu... menjalankan tanggungjawabku sebagai umat Muhammad...

Labaikkallah!!

Rabu, 7 Oktober 2009

Tetamu Allah

Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah...

tiada ucapan yang terbaik dari lafaz Alhamdulillah ke hadrat Illahi.Segala puji untukNya zat yang maha hakiki.

Dulu aku sering melihat orang pergi menunaikan Haji Di Makkah.Aku pernah hantar ibubapaku,ahli saudaraku malah sahabat2 ku untuk menunaikan perintah Allah.
dan ketika menghantar mereka maka berjujuranlah airmata disaat perpisahan sementara itu.Aku tidak dapat merasai apa jua perasaan yang mereka alami.Dan selalu tertanya-tanya pada diriku apakah perasaan mereka...

Haji amat berbeza dari Umrah kerana kekuatan kerohanian didalam Haji itu lebih tinggi dan mencabar berbanding Umrah.
Dan kini aku telah mengalami perasaan jemaah yang dulu.

Perasaan yang mencengkam jiwa.
sukar nak tidor kerana terbayangkan suasana di Mekah.
minggu pertama dapat call dari TH... nama aku akan di select untuk menjadi tetamu Allah.
Minggu kedua(selang beberapa hari).
dapat call dari TH, depa dah keluarkan surat tawaran haji.
keesokkannya.. pi TH HQ jawab surat tawaran tu.

semalam pi buat passport.terjumpa salah seorang jemaah yg akan pi bersama tahun ni.
dia berikan nasihat utk pi TH berdekatan dan ambil surat kesihatan serta barang haji.
dan semalam kami dapat barang2 pi haji serta kad kesihatan.
terus pi klinik Putrajaya.
letih gak dibuatnya.. terkejar sana sini.
buat pemeriksaan doktor.ambil tekanan darah,jenis darah,berat badan dan tinggi.
Oooo aku jenis B+.. kakchik jenis AB..
baru aku tahu.. ingatkan jenis O..

enjection miningitis boleh dibuat pada hari jumaat sahaja.
dan enjection Influeza pada hari sabtu dan ahad.

hari ni.. pi imegresen Putrajaya ambil passport. Ooo lupa semalam siap ambil gambar passport dan visa haji. 2 size gambar berlainan serta latarbelakang juga lain.
Passport guna latarbelakang warna biru dan visa warna putih.

sekarang ni passport dah siap.. cuma nak ambil suntikan vaksin sahaja pada jumaat dan ahad.

lepas siap semua ni.. passport dan kad rawatan akan diserahkan pada Tabung Haji balik untuk proses visa.depa akan serahkan pada kita semasa nak naik pesawat ke Mekah nanti.
aku buat Haji Ifrad.. so malam tadi puas mentelaah kitab2 haji hehehe.
almaklumlah kursus perdana dah terlepas.

sib baik ada gak kursus bersiri masa kat kajang bulan sebelum rejab dulu.
sejak dua tiga hari ni.. mata memang sukar nak lelap.. dan kepala pula asyik pening je.. maybe kejutan pi haji kot hehehe..

apa-apa pun...

'Labaikkallah humala baik'..labaikkallah syarikallahkallahbaik..
innalhamda..waniqmata.. lawakawalmulk.. la syarikallah..'

Khamis, 1 Oktober 2009

Hati

Salam Syawal buat semua..
aku tak tahu nak perkatakan apa2 didalam blog kali ini..
cuma hari ini tergerak nak perkatakan soal hati...

hati amat penting bagi manusia... tanpa hati kita tidak punya perasaan dan jiwa.
kalau orang berkasih.. kita sering mendengar kata awalan seperti ' dari mata jatuh ke hati'
kalau orang yang suka menganiaya orang lain.. kita panggil busuk hati..
kalau berhari raya.. kita memang kena hati-hati dalam perjalanan.

semuanya soal hati.

Hati ini tersembunyi... didalam organ manusia hati mempunyai peranan penting.
namun bukan hati itu yg hendak kita bicarakan..

kerana aku lebih suka mahu bicara tentang hati yg dok berkata-kata dalam diri kita.
Pernah satu ketika selepas Perang Badar(perang yg paling hebat dalam sejarah pembentukkan Islam di zaman Rasullullah.) para sahabat ada mempersoalkan kejayaan terhebat itu.

"Ya Rasullullah.. kita telah berjaya didalam perang Badar ini.Adakah peperangan yang paling hebat selain dari perang Badar ini?"

"Ada lagi satu peperangan atau jihad yang paling hebat dari jihar Badar wahai sahabatku"

"Apakah peperangan itu ya Rasullullah?"

"Jihad didalam diri kamu wahai sahabatku.. Jihad didalam diri itu lebih hebat dari mana-mana perang didunia ini"

cuba kita fikirkan dari sabda Rasullullah itu.. peperangan yang dimaksudkan Rasullullah itu tidak lari dari persoalan hati kita.
kerana yang berbicara dan dok berhujah dalam diri kita adalah HATI.
dan bermula niat juga dari hati kita.

dalilnya... apabila kita bersolat.. yg dok mengingatkan sesuatu serta menterjemahkan ingatan itu juga adalah hati kita.
makanya.. bukan mudah berjihad didalam diri ini.. kerana hati sering bertelingkah untuk mencari jawapan yg salah mahupun yang benar.

oleh kerana itu... kita harus berusaha tundukkan hati kita kepada Zatullah..
dengan cara ini sahaja boleh menyelamatkan dan memenangkan kita didalam jihad dalam diri.

bagaimana caranya?

banyak buku2 agama dari para ulama' tersohor berbicarakan soal hati ini.. namun tidak ramai yang memberi cara menundukkan hati secara tertib.
sekadar memberitahu bahawa kita harus menjinakkan hati kita kejalan yang lurus lagi di rhedoi.. namun bagaimana caranya?
berzikir?

oleh kerana itu kita harus cari bagaimana untuk kita tundukkan hati kita kejalan yang lurus seperti mana kita bermohon kepada Allah didalam surah Al Fatehah..


cukuplah setakat ini aku berbicara... sampai waktu yang lain aku akan berbicara lagi dengan izin Allah jua.

wassalam.

Selasa, 29 September 2009

Salam AidilFitri

Salam AidulFitri buat sahabat dan diriku sendiri hehehe..

Syukur alhamdulillah... kini aku sudah berada didalam bulan syawal... Ramadhan telah menutupkan pintunya.. trasa sebak didada namun aku harus akur bahawa setiap uang mula pasti ada akhirnya... awal ramadhan akan menuju ke penghujung ramadhan dan pintu terus ditutup dan akan dibuka pada tahun berikutnya...

Persoalannya...............
adakah aku sudah mengaut keuntungan ramadhan itu?adakah kita sudah berusaha mengaut segala-galanya di ramadhan itu? tepuk dada tanyalah iman..

Syawal akan membawa satu berita gembira buatku.. insya'allah..
apabila aku mendapat panggilan dari seseorang berkenaan kematian.. maka debaran didada cukup kencang... seluruh badan menggigil bagaikan tidak percaya kerana nama ku terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini.. ach!! baru nama di angkat naik.. belum tentu dapat lagi...

mungkin aku tersenarai didalam calon menunggu.Aku terus sunat syukur.. walaupun belum tentu aku akan pergi tahun ini.. namun secara kasarnya.. nama aku sudah terpilih untuk pergi tahun ini, cuma surat sahaja yang belum dapat.
Aku,Kak Chik,Abg Salleh dan Kak puzi akan melakukan ibadah haji tahun ini.. insya'allah.. semuanya atas aturan Allah jua.

Terasa sedih juga kerana isteriku tidak dapat bersama... namun pengorbanan kadangkala diperlukan.. lagipun anakku yang berusia 5 tahun perlukan perhatian lebih buat masa ini.Insya'allah satu hari nanti isteri aku akan pergi bersamaku tunaikan Fardhu Haji dengan izin Allah.Bersabarlah..

Haji itu jalan kematian... jalan terakhir didalam rukun Islam.. jalan pengistiharan bahawa aku benar-benar Islam sejati.
semoga perjalanan Haji ku nanti dipermudahkan Allah dan yang terpenting aku semua sihat walafiat untuk melakukan ibadah haji tersebut.Dan Semoga Allah dapat menerima ibadah haji kami nanti.

Wassalam.

Khamis, 17 September 2009

Syawal kian menjelang

Salam terakhir Ramadhan... ah!! terasa masa begitu cepat berlalu, dan terasa sedih dan sebak didada.. Ramadhan... kau akan pergi meninggalkan kami.. dan tahun akan datang kau kembali lagi membawa sinar.. tapi kami belum tentu ada andai kata ajal maut yang memanggil dulu.

Ramadhan kali ini banyak membawa erti kepada diriku...
menempuh 10 malam terakhir ini lagi membawa aku ke alam kesyaduan dan keinsafan diri.
Menempuh perjalanan mengenal hakikat hidup itu bukanlah mudah yang di jajakan orang..
penuh onak dan ranjau...

namun aku masih sempat tersenyum melihat gelagat manusia yang buta.. yang tercari-cari erti maknanya hidup.dan aku dulu juga buta seperti itu.
aku tersenyum kerana aku bangga menjadi hamba Mu Ya Allah. Aku bangga Ya Allah..
dan aku menangis bila mengenangkan nasibku selepas kembali kepada Mu nanti..
semoga Ya Allah.. kau dapat menerima ku yang dhoif dan hina ini.

wassalam.

Isnin, 14 September 2009

Perjalanan Ramadhan

Ramadhan kini berada di 10 mlm terakhir.Apa yang harus kita kejarkan di 10 malam terakhir ini? LailatulQadar?
sebenarnya 10 malam terakhir ini kita harus mempertingkatkan ibadah kita kerana amatlah rugi tidak mempertingkatnya kerana bulan ini tidak sama dengan bulan-bulan yang lain.

minggu lepas aku balik kampung tapi ngak sempat nak singgah rumah abg ngah.. semoga dia tidak terasa.. insya'allah.aku balik ambil kueh yang hendak dijual.(urusan bisnes isteriku).

sempatlah juga bermuzakarah dengan abg salleh,kak puzi dan abg nor. Di rumah kak long juga aku bermuzakarah dengan mak dan kak long.. semua cerita mengenai solat yang betul dan tepat antara solat Zat dan solat hamba.
solat zat itu apabila diri kita telah tiada didalam pengertian kosong.. dan solat hamba itu apabila kita menuntun hati kita kepada penghayatan dalam solat.

banyak yang nak dibicarakan.. makanya tidak perlu aku memanjangkan cerita ini didalam blog.

ramadhan kali ni aku banyak habiskan berada dirumah dan baca AlQuran.. itu pun baru 5 ke 6 surah.. hehehe. aku akan cuba habiskan sebelum zulhijah.. insya'allah.

setakat ini sahaja lah aku dapat berbicara.

Jumaat, 4 September 2009

Beza diri

Alhamdulillah... sepanjang ramadhan ini aku lalui dengan hati yang tabah... taiap apa jua ilham yang mencurah tiba, sebolehnay aku nak berkongsi sama dengan sahabat2ku.Namun kadangkala ilmu ini sukar di mengertikan jika tak ada keinginan yang kuat untuk mendapatkannya.

tiap manusia akan melalui proses mengenal mengikut peringkat-peringkat tertentu.
ada orang boleh mengenal hanya dengan hati yang tulus ikhlas.ada orang boleh mengenal dengan pancaran nur diri. ada orang boleh mengenal dengan kejiwaan yang tawaduk kehadrat illahi.

dan setiap orang perlu ada rasa pengorbanan diri.malah pengorbanan diri itu wajib bagi setiap orang.Antara Ilmu Allah dan Ilmu dunia maka ilmu Allah harus diutamakan.
Antara amanah diri dan amanah Allah ada perbezaannya.

Amanah diri :

Pengorbanan terhadap tanggungjawab yang dipikul kita seperti anak,isteri,kerja dan sebagainya.

Amanah Allah :

Pengorbanan dalam konsep luas.Solat yang harus diutamakan..
zikir yang selalu.bak kata istiqamah didalam perjalanan menuju illahi.
apabila sampai ketahap ini.. maka yakinlah.. bahawa Allah akan menjaga amanah kamu apabila kamu menjelaskan amanah Allah.
seperti Nabi Ibrahim meninggalkan anak isteri di tengah padang pasir.
seperti Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. dan macam-macam lagi.
buatlah sesuatu perkara dengan bijaksana. dan amatlah rugi jika kita mengenepikan amanah Allah hanya kerana untuk puaskan hati sendiri atau hanya untuk sifat yang sementara.

sayang sekali, kadangkala sahabat2ku sendiri tidak memahaminya dan sukar untuk menggunakan bijaksana yang diberikan Allah.
mengapa ini terjadi... mudah... hanya kerana mereka meyakini sesuatu yang mereka buat itu adalah benar. dan kurang penghayatan akan menjadi sesuatu perkara menjadi sukar.

Aku lagi gembira jika bersendirian seperti ini dari bermuzakarah.. kerana bermuzakarah dengan diri akan membuka pecahan nur dari muzakarah dengan sahabat2.
Muzakarah dengan sahabat2 hanya mendatangkan faham sahaja.

sayang sekali apabila sahabatku zz tidak memahaminya.. dan tidak menggunakan bijaksana.
walau bagaimana pun kalau apa yang dikejarkannya itu adalah penting.. maka teruskanlah.aku sebagai sahabat hanya mampu mendoakan agar dia tidak tergelincir dari landasan ilmu.

wassalam.

Rabu, 2 September 2009

Ramadhan pertengahan

..................................................
kosong didalam pengisian.

Selasa, 1 September 2009

balik kampung mertua

Minggu lepas hari jumaat aku ambil MC 1 hari.. after jumaat, aku tukar tayar keta wife aku.. 2 tayar tuuu... kopak gak duit heheh.. tapi nak wat cam no..
adolah hikmahnyer..

setelah ganti tayar dan buat balancing tayar.. serta buat alignment sedikit maka aku pun bertolaklah ke Sg Petani Kedah.. dalam perjalanan hujan lebat di area Perak dan Kedah. banyak kemalangan yang berlaku.Alhamdulillah perjalanan ku anak beranak tiada masalah dan dilindungi Allah. aku sampai tepat waktu berbuka.. maka kami pun berbukalah dengan makanan yang di masak oleh ibu mertua ku.
Fizan adik isteriku berbuka di rumah mertuanya di Sik Kedah.

Malam itu aku solat Terawih berimamkan 2 orang budak.. maybe tahfiz kot.. mereka bergilir-gilir jadi imam dengan membawa surah yassin dan surah..(aku not sure surah apa.. rasanya surah al ma'idah).Ayahnya pula seorang jurutera.Cukup bertuah ayahnya kerana mempunyai anak yang boleh menjadi imam kepada penduduk taman disitu.
bacaan si abang agak kurang berbanding bacaan si adik. Si abang membawa surah Yassin.. dan mungkin bacaan surah yassin itu sudah sinonim dengan diriku maka aku lebih menghayatinya berbanding surah lain.Namun adiknya yang membawa satu lagi surah.. maybe surah Al Maidah.. cukup jelas bacaannya malah sampai ke sanubari ku.

itulah hakikat seorang budak belasan tahun yang sudah boleh menjadi imam surau atau masjid.Bacaannya lebih jujur dan ikhlas malah confident dengan diri ketika melontarkan bacaan tersebut.

setelah solat.. aku seperti biasalah.. tengok bola di channel 812. hehehe.kalau dah kaki bola.. gimana pun tetap kaki bola gak.

aku tak bawa anakku sama pi surau sebab ketika tu dia sibuk dalam toilet...
anakku cukup rapat dengan atoknya.. berceloteh tak henti-henti.. ada sahaja cerita gurauan buat atoknya.
esoknya aku pergi balik Sik dan singgah rumah mertua Fizan. Tengok anaknya yang baru lahir tu... comel anaknya. wajah anak ikut si ayah.
aku tidak kekok mengambil budak sekecil itu.. maybe sudah biasa dengan budak2 dan anak saudara2ku sewaktu mereka kecil.Aku lihat isteri serta ayah mertuaku sendiri kekok memegang budak. Fizan jangan haraplah.. lagi kekok.. ya lah.. 1st time jadi ayah.. biasalah tu.Aku ada berikan sedikit tips untuk jaga anak kepada Fizan.. bacakan ayat2 tertentu agar si anak bila besar nanti tetap dengan agama Allah.
aku juga ajarkan bagaimana pegang budak dengan cara yang betul dan budak itu sendiri akan feedback dengan diri si pemegangnya..

malam seterusnya(malam merdeka) aku pi sg petani beli baju raya anakku.. aku rajin beli baju raya di Sg Petani kerana di sini barang serta bajunya amat murah.Aku hanya beli baju sahaja. Seluar aku lebih selesa menggunakan seluar jeans.
isteriku tak sempat nak beli baju.. lagi pun baju perempuan ni mahal bebeno hehehe.
budget tak cukup kalau nak beli baju yang ratus2.. sebab baju wanita ni kalau beli kain yang murah, memanglah tak sinonim dengan si pemakainya.Berbanding lelaki.. kain murah pun tetap nampak mahal.
kain baju yang baik bagi wanita selalunya berharga RM80 keatas.

bandar Sg Petani dah jadi macam waktu siang, almaklumlah malam merdeka.
aku dah tak larat nak jalan.. duduk pekena kebab pita serta air nescafe O..
lepas tu singgah beli ayam radiQ di SP. lastly balik tidur.

dalam beberapa hari ni aku tak membaca AlQuran.Surah Al Imran pun tak habis2 lagi huhuhu..

semalam aku pun balik ke KL... dan seperti pergi begitu juga balik.. aku menempuhi hujan lebat di area Ipoh ke Tapah. dan beberapa kemalangan berlaku disepanjang perjalananku itu. Malah ada sebuah kereta tu nak bukit lagi.Dan kebanyakkan kereta berlanggar sesama sendiri.dan alhamdulillah kami selamat dalam perjalanan.

aku singgah di Kelana jaya untuk membeli juada berbuka puasa. Dan kami berbuka dalam kereta kerana tak sempat sampai ke Semenyih.

wassalam.

Rabu, 26 Ogos 2009

MacamMacam Ilmu

Semakin hari berganti hari, bulan berganti bulan... tahun berganti tahun... semua itu menuju hari ke tua an.Dan dunia juga usianya terlalu tua untuk menampung segala umat manusia.dan kita masih lagi tergapai-gapai didalam pengertian kebutaan sedangkan mata masih melihat akan keindahan dunia ini.

"Subhanallah"....... maha Suci Allah yang telah menjadikan segala-galanya untuk manusia dan persoalannya : Nikmat yang mana lagi harus kita dustai ke hadrat Allah?
'Na'uzubillah Min zalik'

dan apabila dunia itu menuju pengakhiran.. maka berbagai dan bermacam-macam ilmu yang keluar ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
semua ilmu kebanyakkannya menjurus ke arah kebaikan beragama.. dan juga menjurus ke arah jalan kebenaran.. namun antara 73 jalan kebaikan yang di tonjolkan hanya satu jalan sahaja yang sampai ke hadrat Illahi...
Inilah yang menjadi persoalan buat kita yang kehausan ilmu.

Waktu ini heboh dengan ilmu kerajaan langit yang dibawa Ayah Pin... Aurad Muhamadiah yang di ajarkan kumpulan AlArqam suatu waktu dulu.. malah ada pula yang mengistiharkan diri sebagai Rasul Melayu.Dan yang lebih kepelikan apabila ada wanita yang menjadi imam kepada kaum lelaki.Na'uzubillah.

hari ini.. betapa banyak ilmu yang menjurus kehadrat Illahi berleluasa. dari satu sudut,ia adalah perkembangan yang bagus dan dari satu sudut ia akan memperbanyakkan perbedaan antara puak ilmuwan.
dan ini pasti boleh mengakibatkan salah menyalahi antara satu sama lain dan menyatakan aliran mereka aja yang benar.. itu belum bercampur dengan ketabsuban dan ajaran2 yang melanggari hukum syarak. Namun bagi yang mempelajarinya adalah tergolong dalam golongan orang yang jujur bodoh.
kerana apa? jujur bodoh hanya mengikuti tanpa berlandaskan AlQuran dan Al Hadis sebagai hukum diri.Benar.. dia jujur utk melakukan apa sahaja asalkan kehendak untuk mencapai kehadrat Illahi itu tercapai.Namun ia tersilap kerana tidak menjadikan AlQuran dan AlHadis sebagai pengimbang diri.

sekarang ini sudah ada guru yang membuka jalan untuk mengenalkan diri sebenar diri sedangkan dahulu betapa sukar untuk atok dan nenek kita mengenali dirinya sendiri.
Namun sekarang terlalu mudah.. malah di kenakan mahar didalam pengijazahan tersebut.
tapi..... inilah dunia sekarang.. kalau dulu maharnya adalah AlQuran.
tapi kini maharnya adalah emas. waduh!! kok bisa begini?

sejauh mana kebenarannya aku tidak tahu.. tapi terasa ingin mengetaui sejauh manakah kebenarannya.. banyak yang aku nak berceloteh disini tapi masa itu tidak mengizinkannya.

wassalam.

Jumaat, 21 Ogos 2009

berjumpa sahabat!

Semalam after kerja aku berjanji untuk bertemu Rosli di Restoran Mamak Alam Damai.
Sempat gak aku call Dollah berkenaan balasan surat untuk Telkom Indonesia.Semoga Dollah akan balas surat tersebut bagi memudahkan projek berjalan lancar.
sebelum letak phone.. aku beritahu dia, aku nak jumpa rosli.

dan seperti biasa aku pun berjumpa rosli di restoran mamak. lebih kurang 1/2 jam dollah tiba2 sampai.. tak sangka dia datang gak..

maka kami pun bercerita dongeng sehingga jam 11.40.. hampir jam 12 gak lah..
dari jam 7.30pm..

banyak gak cerita ilmu yang dapat kami kupaskan bersama.

bila sampai rumah.. aku lihat ada laksa yang dibeli isteri tersayang buatku.. apa lagi.. aku pun suruh kak temah panaskan kuah laksa.. dan aku pi lah mandi.

tapi sebelum tu.. semasa dalam perjalanan balik dari Alam damai.. aku ikut jalan yang jarang aku lalui.. iaitu jalan pintas ke Semenyih melalui tol baru.
jam 12 malam.. aku menunggang motor didalam kedinginan malam.. sejuk beb!

bila lalu(sebelum tol).. aku rasa cam lain macam jek.. motor aku lak tak boleh lari cam biasa maaaa... tapi tak lah terasa berat.Wah!! something ni..
aku apa lagi.. terus menafikan diri lah hehehe..(menyerah kehadrat Allah secara total). walaupun kadangkala terbayang difikiran seperti langsuir,pontianak dan sebagainya hahaha.. tapi cool.. aku terus zikir Allah Hu... dan Zikir selawat.
selepas tol baru diri aku agak normal dan motor aku boleh memecut cam biasa..

.........................

selepas mandi.. aku kucup anakku.. aku pun makan laksa.isteri aku terbangun untuk menemani suaminya makan laksa.. tak seleralah pulak.. so isteriku konolah habiskan sisa makananku.. hehehe.

sempat gak main game solitare.. lepas tu tidur.tidur dalam kalimah Allah.

wassalam.

Khamis, 20 Ogos 2009

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah... setinggi tinggi kesyukuran aku kehadrat Allah yang telah menjadikan bulan-bulan sebagai penyeri tahunan.. dan semua itu adalah untuk Umat Muhammad jua.

"Nikmat manakah lagi yang perlu kita dustakan"

Kini kita berada di Pintu Ramadhan... mula mengetuk dan memberi salam kepada penghuni alam ramadhan bersama ribuan dosa dan pahala yang menjadi taruhan pembersihan jiwa.
Layakkah kita mengharungi atau berada di alam Ramadhan? sedangkan di bulan-bulan lain kita bisa lupa segala-galanya? kita kumpul segala dosa untuk dicucikan di dalam bulan Ramadhan?
Na'uzubillah Min Zalik!!!

ayuhlah!! berdirilah di atas hakikat kehidupan kita ini.... berdiri dan perhatikanlah diri kita ini yang sering lebih sudu dari kuah...
kita ini makhluk yang tidak pernah kenal erti untung!!! telah di beri kad VIP.. yang dulunya kad VIP itu milik Azazil.... dan kad itu di pindah milik kepada kita... mahukah kita menjadi Azazil yang dilaknati Allah?

ayuh!!! buktikan bahawa telahan ini salah sama sekali... buktikan bahawa kita ini memang layak di Cipta Allah sebagai makhluk yang paling mulia.. dan buktikan bahawa kita ini benar-benar khalifah dimuka bumi ini....!!!!

Nah!!! Marhaban Ya Ramadhan!!!!

bulan amal.... bulan yang penuh barakah!!!

sebenarnya.... bulan persediaan bagi umat Muhammad bermula dari Bulan Rejab lagi...
persediaan untuk memasuki alam Ramadhan.dan bulan Rejab dan Sya'ban itu adalah pemangkin untuk kita menghadapi ratusan Nafsu di bulan Ramadhan.

dan dalam bulan Ramadhan itu.. adalah perjuangan kita melawan Nafsu diri yang tidak pernah terhenti sesaat pun.

"Peperangan Akhbar bagi kita adalah nafsu!"

‘Dan janganlah engkau tujukan kedua matamu kepada kesenangan sebagai bunga kehidupan dunia yang Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka kerana Kami hendak menguji mereka dengan itu sedang rezeki dari Tuhan engkau lebih baik dan lebih kekal’( Thaha:131)

sebenarnya.. aku merindui Ramadhan... semoga amalan ku akan diterima Allah!!
Ooo Ya Allah!!! zat yang ujud lagi maujud... kau bimbinglah aku hamba yang hina ini..!!!

Wassalam.

Jumaat, 14 Ogos 2009

kurang sehat

sejak 2 menjak ni kesihatan aku tidak menentu.. penyakit lama aku.. migrain datang balik..
tapi yang peliknya.. sakit tidaklah seteruk dulu.. sakitnya berpusat pada ubun2 sahaja.
nak kata ilham akan sampai.. tak juga.. hanya Allah jua yang tahu... tapi ia bukanlah tanda kematian... kalau dah dapat tanda kematian.. jawabnya aku dok kat rumah jek lah.. standby malaikat datang menjemput hehehe.. tapi ini bukan tandanya.. walau bagaimana pun.. hanya Allah jua yang tahu.

kesihatan aku, mood kerja aku semuanya didalam konsensi yang tidak baik.. aku pun tak tahu kenapa... seharusnya aku boleh atasinya dengan mudah.. namun ia semakin sukar lah pula.

kepala aku dah tak macam dulu.. boleh duduk didalam keadaan pressure.tapi lah ni.. kalau kena pressure sikit.. kena push sikit.. terus jadi 'mereng' hahahaha..

didalam keadaan ini, aku lebih suka menyendirikan diri.. muhasabah diri... berkomunikasi dengan diri sendiri..

Sya'ban kian berakhir.. rhamadan kian menjelang.. apakah persiapanku nanti?
tahun lepas aku tidak terpilih menjadi tetamu Mu Ya Allah... tahun ini kemungkinan juga tidak..
walau pun di sudut hati aku masih mengharapkannya.

Selasa, 11 Ogos 2009

bangga..

kringggg...

aku mengangkat hp dan :

" Hello.. "

"Hello Yash!!.. Osmang anak wagiman demam.. tak boleh turun petang ni.. aku nak kau main gantikan dia.. jom lah main.."

"Whats!! hampeh lah.. aku mana bawa kelengkapan.. baju, seluar aku tak bawa.. "

"itu no hal.. kau guna seluar dan baju aku.. lagi pun reket dan kasut kau ada kat atas ni.."

aku baru teringat bahawa beg kelengkapan permainan badminton aku ada di Tkt 7 Kelana Jaya.

"Aduhai.. aku malas nak main lah.."

"Janganlah.. lagi pun hujan.. kalau kau balik pun nanti basah.."

"aku ada baju hujan lah.."

"Jom lah.. kau partner dengan aku pun ok.. lawan Tmn Tun ni.. 2 tabung bola tu!"

"nanti aku call kak Isya dulu(wife aku ler).. minta izin "

"ok"

dan aku terjebak pada hari semalam. lantas aku tiada pilihan kerana salah seorang pemain untuk friendly match antara KLJ vs Tmn Tun sudah demam.So aku jadi bidan terjun.
aku pergi naik kereta Hafiz.

sampai disana aku panaskan badan. ada 3 court semuanya.lantai berpapankan kayu parkir.
di court hujung aku melihat salah seorang pemain luar.. seperti aku kenal orang itu.. tapi dimana yach!! aku tak ambil peduli.

Perlawanan pertama Mat Ros berpasangan dgn Hafiez dan menang.Perlawanan kedua antara Azam/Hafizul vs Hamsul/sayuti.. menang juga.

Perlawanan ketiga abe wan/champ vs 2 pemain (vendor). tewas tipis.

Perlawanan ke 4 aku/Jeff.. tewas juga.

kedudukan 2-2
perlawanan terakhir begitu sengit dan KLJ menang akhirnya...

KLJ 3-2 Tmn Tun.

selepas bermain.. aku lepak sekejap melihat pemain2 lain bermain. mata aku tertumpu pada seseorang.. dan sah orang itulah adalah Razif Sidek.. seorang pemain badminton Malaysia.

dia mengajak kami bermain sama.. aku tidak melepaskan peluang untuk berpasangan dengan Razif Sidek vs Hafiez/budak baru(tak tahu nama).

biasalah mestilah aku menang sebab dapat payung besar(Razif Sidek).
betapa bangganya aku dapat bermain dengan Razif Sidek..
skill lama dia tak berkarat tu..

Selasa, 4 Ogos 2009

sakit

Sakit...
jarang manusia tidak di jangkiti penyakit... paling kurang pun demam..

minggu lepas aku demam selepas pulang dari Kuantan.
Demam yang tidak terurus.. maksudnya.. antara demam dan tidak.
Isnin aku MC... Selasa aku kerja.. tapi Rabu aku ambil Urgent sebab badan kurang selesa..
Khamis dan Jumaat.. demam yang agak teruk seperti denggi. Menangkap segala sendi..
tapi itulah nikmat yang tersembunyi. Aku tidak jadi pergi ke kem bina semangat di Lumut.
Doktor memberi izin kepada ku untuk berehat di rumah. so.. berehatlah.. paling kuatpun.. main game fifa online.. hehehe.

Aku bermimpi... mimpi aku kali ini agak pelik dari mimpi yang lain..
kerana aku bermimpi bersama sahabatku Rosli... di arahkan pergi kesebuah pondok kediaman Imam yang berbangsa Cina.Seolah-olah aku berada di Negara China lah pulak.
Aku berjumpa dengan imam tersebut untuk menyelamatkan sebuah Kitab Tasauf Nusantara.
Setelah berbasa-basi dengan Imam tersebut, aku pun di bawa ke Almari(Gerobok orang Muo cakap)
aku lihat dalam almari tu banyak kitab-kitab lama termasuk kitab Asrur Asrar.. Ilya Al Din.. dan macam-macam lagi kitab-kitab tasauf lama.Kitab Syeikh Abdul Kadir Jailani pun ada.

Tapi kita Tasauf nusantara ni lain sikit.. dia pendek dan melebar panjang.
aku buka isinya.. pun dah terasa kekuantan kerohanian yang ada dalam kitab tersebut. aku tutup.. dan berkata pada Rosli " ok.. kita dah dapat.. kita bawa balik kitab ni.."
setelah mendapatkan keizinan imam tersebut.. maka aku pun tersedar dari mimpi.
hehehe.. mimpi rupanya.

aku tak tahu.. sejak 2 menjak ni.. hati aku tak seceria biasa...
sedangkan aku punya ramai kawan.. tak kira lelaki, perempuan, tua atau muda... yang miskin atau kaya.. yang darjat rendah atau darjat tinggi...

bagi ku, itu semua hanya sebuah layar perak sahaja.

SUNYI hatiku tiada siapa yang tahu.. Hanya Allah Maha Mengetahui.
RINDU hatiku tiada siapa yang tahu.. Hanya Allah Maha Mengetahui..
rinduku hanya pada Mu Ya Allah!!!...

walaupun aku tidak layak memiliki rindu itu.. walaupun aku tidak layak segala-galanya..
Namun aku tetap juga mahu kembali kehadrat Mu Ya Allah..

Isnin, 3 Ogos 2009

Cermin

Kita ibarat cermin..

apabila aku mendengar lagu cermim mimpi nyanyian M.Nasir.. aku tenggelam didalam satu suasana yang tidak dapat aku bayangkan selama ini..
lagu ini penuh bererti buat semua pendengarnya.. namun bagi yang mengerti lagu ini..
ia penuh dengan cerita alam kerohanian..

hakikat cinta yang sejati hanya Allah jua..
itulah yang aku cari selama ini

kerana cinta pada Isteri.. ia akan mati bila-bila masa pun.. kerana ia bukan sepenuhnya milikku..
kerana isteriku adalah milik Allah jua.
begitu aku..

cintaku pada harta?
tidak sama sekali.. kerana harta pasti akan musnah satu hari nanti..

dan ternyata cinta sejatiku hanya Allah jua..
Ahhhh.. hanya engkau sahaja yang tahu bahawa aku merindui Mu Ya Allah..

walau mahkluk ciptaan Mu yang lain tidak memahami aku..
berprasangka dengan ku.. biarkan lah..
kerana hanya engaku yang maha mengetahui..

biarlah mereka hidup dalam prasangka..
asalkan aku tidak pernah berprasangka dengan kau Ya Allah...
kerana aku benar2 mahu kembali kepada Engkau Ya Allah..

kerana hidup dalam prasangka tidak akan membawa kita kemana2..
percayalah...

Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Didalam engkau
Aku melihat aku

Ternyata kita adalah sama
Arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dgn mentari
Bayang2ku hilang diselubungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Dibalik cermin
Cermin mimpi
Ada reality yang tidak kita sedari

Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Bila tersingkap
Tabirnya Siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi

Di balik Cermin
Cermin mimpi
Ada reality yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati

Bila tersingkap
Tabirnya Siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi

Pertemuan dengan abg zul

Pagi terakhir di Kuantan aku tidak bersama-sama skuad lagi.aku dan Hj Ucop mula bergerak ke ke Paka Trengganu. kami buat satu pertemuan dengan abg zul.

aku sudah lama tidak berjumpa dengannya.. memang terasa amat kerinduan kepadanya.Kerinduan dalam sudut ilmu. Abg zul sanggup datang dari Kuala Trengganu untuk bertemu aku dan adiknya. sebenarnya dia tidak tahu aku ada sama.
Bila berjumpa aku di sebuah kedai makan, dia cukup gembira.. aku tahu, sebenarnya arus/getaran kerohanian aku telah sampai kepada abg zul. itulah uniknya ilmu Allah ini.Tanpa
HP pun kami masih boleh berkomunikasi.

apabila kami bertiga berjumpa maka bermulalah muzakarah yang amat panjang yang lebih di tujukan kepada adiknya Hj Ucop. Alhamdulillah Hj Ucop memahaminya.
Abg Zul memang cukup gembira sangat bertemu kami namun kami harus pulang ke kuala lumpur yang boleh memakan masa selama 4 ke 5 jam perjalanan.

setelah selesai bermuzakarah maka aku dan hj ucop pun mula bergerak ke kemaman untuk membeli keropok lekor.kami sampai ke Kuala Lumpur dalam jam 7 petang. aku ambil kereta aku yang ditinggalkan di rumah hj ucop. aku sampai rumah jam 8 malam.
anakku AfiQ kurang sihat.. demam!! aku bawa dia ke klinik dan aku pun kurang sihat akibat kepenatan. aku dapat 1 hari MC.
so aku dirumah kini bersama anakku.

sekian buat hari ni.

perjuangan selesai

Aku baru balik dari kuantan Pahang.Kejohanan sukan yang ditunggu-tunggu sudah selesai.
dan aku?? aku tidak dapat mempamerkan permainan terbaikku walau pun didalam training petang sebelum tu aku bermain cukup baik persis seorang juara.
Namun itu tidak dapat membuktikan bahawa aku seorang pemain terbaik kerana aku gagal mengatasi dan mengawal mentaliti ketika bermain. banyak faktor yang membuatkan aku bermain dengan teruk.Namun itu semua bukan alasan bagi menyelamatkan aku.. kerana ia telah tertulis sejak azali lagi. Bagi aku semua pemain skuad kami sudah bermain dengan baik namun mungkin 'luck' tidak ada ketika itu.

setelah aku bermain buruk sebelah malam.. aku bercakap dengan pihak pengurus kami bahawa aku tidak mahu main dalam team kerana aku telah bermain buruk ketika didalam double.
maka pemain lain diturun kan kedalam team. so tugas aku sudah selesai.
aku tidak dapat mengekalkan kejuaraan bergu dan hanya mampu mendapat tempat ke 4 sahaja.

selamat tinggal kuantan Pahang...!!!!

Rabu, 29 Julai 2009

Ke kuantan

Esok aku akan berangkat ke Kuantan bersama sahabat karib ku Hj Ucop dengan menaiki kereta(mobil). Sudah bersediakah aku? secara jujurnya aku tidak membuat persiapan rapi untuk ke Kejohanan Sukan TM kali ini. Secara keseluruhannya tahap pretasi aku didalam sukan bowling ini hanyalah setakat sederhana sahaja. agak merosot sedikit berbanding dulu. Namun ia tidak memberi gambaran bahawa aku akan tewas di dalam kejohanan tersebut... kerana pada diri aku terdapat spiritual yang cukup tinggi untuk itu. Dengan semangat dalaman ini, aku akan terus berjuang untuk menaikkan nama TM Selangor.. insya'allah.

Sya'ban... ermm.. amalanku agak kurang berbanding Rejab... tapi biarlah ia menjadi rahsia diri ku sendiri dengan yang maha kuasa.

Afiq semakin pintar... aku bertuah kerana dapat anak seperti Afiq..

ermmm oklah.. setakat ini aja yang aku mampu nukilkan.

wassalam.

Isnin, 27 Julai 2009

YM

Yahoo Messenger kena block oleh pihak pengurusan TM.. aduhai!!!..

Khamis ini aku akan berangkat ke Kuantan Pahang...

Ahad, 26 Julai 2009

adik angkat

Salam buat semua!!

Ntah lah.. mungkin sudah anugerah Allah kepadaku agaknya... dari dulu hingga kini aku mempunyai ramai adik angkat.. namun sejauh manakah adik angkat itu berupaya menganggap aku abangnya.. itu hanya Allah yang tahu.

tapi bagiku.. aku suka 'sharing' ilmu Allah.. dalam dunia kini ia ibarat dunia tanpa sempadan dengan adanya internet.dari internet kita boleh aja berhubung dengan dunia luar dari sempadan negara kita.Aku mempunyai beberapa orang yang aku anggap adik di Indonesia seperti Thalub Inaya, Mira dan yang terbaru Chayruen Nysha.

Thalub inaya jarang aku online dengannya kerana dia selalu sibuk dengan pelajarannya disebuah universitas di Indonesia. Namun jika dia mempunyai masalah tidak kira masalah itu masalah negaranya mahupun masalah apa jua.. dia sering mohon pendapatku.

Mira.. punya anak satu berusia 11 tahun. antara adik yang lama online dengan aku di persada internet. Kini dia punya masalah dengan suaminya.. alhamdulillah.. aku cuba selesaikan masalahnya dengan nasihat-nasihat yang tidak lari dari batas agama. semoga dia terus kekal dengan suaminya.. dan semoga Allah mengubah sifat suaminya yang jelek kepada yang baik dan bertanggungjawab.

dan yang terbaru seorang adik yang aku panggilin Nysha.. tiada abang kerana dia anak perempuan sulung.Makanya sifatnya agak manja seperti adik kandungku Rina.
aku cuba usahakan agar dia berpacaran dengan sahabatku Mohd Hafiez.. kalau ada jodohnya.. tidak kemana.. Biarin Allah uruskannya.

bagiku.. aku selesa membantu sesiapa sahaja tidak kira dimana jua.. yang penting jujur dan ikhlas membantu itu amat penting untuk mencapai kerhedoan.
dan yang penting isteri yang aku amat sayangi faham bahawa iman didada ini.. dengan izin Allah tidak tergoncang.
Cintaku hanya pada Allah dan Rasul..
yang lain sekadar tanggungjawabku menjalankan kewajiban yang diberi Allah.

Achhh!! aku merindui Mu Ya Allah!!! Labaikkkkk!!
Labaikkallah hu mala baikkkk...

ambillah aku sebagai tetamu Mu ya Allah.....

Khamis, 23 Julai 2009

Syaban menjelma

Ah!! sedihnya meninggalkan alam Rejab ini... tahun ini Rejab amat bermakna dan bererti buatku. Memang terlalu 'direct' dengan yang maha pencipta.. Memang benarlah orang dulu kata bahawa Bulan Rejab ini adalah bulan Allah... Tapi sayang Rejab baru sahaja semalam meninggalkan aku yang masih belum puas tenggelam di alam Rejab.

Kini Bulan Sya'ban pula mengambil alih sang Rejab. Bulan dimana kita kena memahami perjalanan Muhammad. Bulan Sya'ban adalah bulan Muhammad dan Rhamadan adalah untuk umat Muhammad.

hari ini aku menyambut Syaban seperti mana aku menyambut Rejab dengan berlapar dan dahaga.. hilang segala nafsu yang selalu menyesatkan!!.. Berpuasalah!!!

Semoga Allah membimbing aku serta sahabat2ku malah seluruh umat Islam agar memahami pengertian alam Sya'ban ini.

training terakhir sebelum berjuang

Malam semalam aku training bowling di Sunway Pyramid.aku kurang berikan tumpuan semasa training menyebabkan score kurang konsisten.Banyak yang perlu aku baiki bagi permainan yang sempurna.Dan banyak yang aku harus pelajari sebelum bersedia menghadapi pemain-pemain hebat dari Sabah,Pulau Pinang,Pahang,Johor dan negeri-negeri lain.

Dapatkah aku mengekalkan rekod juara bergu sepertimana kejohanan di Port Dickson dan Lumut? hanya masa yang menentukannya.

Aku pun tidak pasti sama ada aku akan diturunkan sebagai pemain bergu atau single.
Pengurus pasukan telah 2 kali menggambarkan aku agar bermain didalam single.
Bermain single bermakna tekanan adalah lagi tinggi berbanding bermain bergu.

Skuad kami(TM Selangor) training bersama skuad IP.

Selepas training kami bersama-sama makan di Restoran mamak yang ada di luar Sunway Pyramid. Oleh kerana Wak Nen menang 'jackpot' maka dia lah yang kono 'open table'..
tq wak nen!!!

selepas menjamu selera... aku sempat menggamit Hj Ucop. Maka bermuzakarah lah kami berdekatan kereta honda city beliau.Biasalah.. sebagai sahabat.. ilham yang sampai haruslah dikongsi bersama. Apa yang telah aku huraikan pada sahabatku Rosli telah aku telanjangkan lagi sekali kepada sahabatku Hj Ucop.Alhamdulillah dia memahaminya.

sampai ke rumah sudah jam 1.30 pagi.
ku lihat isteriku dan terbongkang tidur.. lap top still tidak ditutup.Anakku Afiq juga dah lena dibuai mimpi.

Aku ke atas, mandi dan bersihkan diri.Setelah mandi dan berwuduk.. aku mencapai sejadah bagi menunaikan solat Isyak.. (sesuatu yg telah jarang aku lakukan)..
mata tidak mengantuk.. aku cuba tenggelamkan diri ini didalam ghaibullah...
ternyata timbangan akal aku masih bermain.. setelah buat zikir... mata mula mengantuk..
aku tidak mahu buat amalan didalam keadaan memaksa dan tidak selesa.. jika aku buat juga bermakna aku telah memusnahkan diri aku sendiri.. lalu aku bangun.

Untuk mencapai satu tahap makrifatullah yang tinggi.. aku harus matikan diri aku... dan ia hanya boleh berlaku didalam ketenangan sahaja. Hanya orang-orang yang tenang akan sampai ke pintu/tirai hijabullah.

setelah menutup zikirku dengan tukmaninah... lalu aku mencapai AlQuran.. (wahai AlQuran gedung segala ilmu.. hari ini aku tidak dapat menemani Mu.. ) aku ambil AlQuran lalu ku cium seperti mana mencium sang kekasih(istriku lah hihihi).. dan setelah puas menciumnya.. aku pun turun kebawah untuk bersama dengan isteri dan anakku yang tidur di depan TV.

aku mengucup dahi anakku sambil membaca surah Al Kafirun dan Al Ikhlas.Aku titipkan ilmu Allah kepadanya agar satu hari nanti anak ku ini tidak akan lari dari landasan agama.Insya'allah.

hari ini... aku dapat satu email dari sahabatku Rosli... dalam emel tersebut berkenaan wawancara wartawan dengan orang yang menjalani kehidupan kerohanian.Subhanallah..!!
ternyata apa yang aku dan sahabat2 ku lalui, mendaki.. semuanya benar belaka.

Aku bersyukur pada Mu Ya Allah... dan tiapkali bersyukur kepada Mu.. tiap kali itulah aku teringat akan surah Ar-Rahman...

'Nikmat manakah lagi yang hendak kamu dustakan'..

Ya Allah.. kau bimbinglah aku seperti mana kau bimbing aku pada 17tahun yang lepas, pada hari semalam dan teruslah bimbing aku sehinggalah aku di tiadakan. Hanya pada Engkau lah tempat aku bergantung.. Zat yang ujud lagi maujud!!!

Ameen.

Rabu, 22 Julai 2009

Tajjali

Semalam aku chatting sama sahabatku Rosli. dan selepas chatting kami makan bersama di mohd chan abdullah.

didalam chatting tersebut kami banyak mengupas bab agama serta peristiwa Nabi Muhammad membelah bulan. aku menerangkan kepadanya serba sedikit mengenai peristiwa itu.

dan aku juga membezakan antara Muhammad dan Allah.
Mengapa Muhammad itu kekasih Allah...

didalam kebanyakkan cerita makrifat.. cerita berkenaan Wahdatul wujud.. ramai yang tersilap tafsir antara sifat dan zat.antara diri dan muhammad.

dari situ aku huraikan mengikut ilham yang aku dapat.
dan ternyata kebenarannya di rungkaikan pada hari ni di sebuah blog seseorang berkenaan apa yang kami perbincangkan.

Rosli seorang yang peka dalam bab ini.. tiap kali muzakarah.. semuanya akan di sahihkan dengan peristiwa2 yang bakal berlaku.

aku tidak mahu bercerita bab ini.. kerana ia terlalu sensetif untuk diperbicarakan didalam blog seperti ini.

bagi Rosli.. aku harap dia faham dimanakah yang dipanggil tajjali ketika peristiwa Muhammad membelah bulan... insya'allah dia faham.

wassalam.

Selasa, 21 Julai 2009

kampung

Sudah lama tak balik kampung... sebelum ni balik disebabkan Mak kurang sihat.. itu pun di Bandar Muar di rumah kak Long..

so hari sabtu lepas baru-baru ni aku balik kekampung kerana keluarga buat majlis Tahlil untuk arwah abah.Sebelum itu aku sempat singgah di majlis kerja kahwin anak Abg Hamzah kat Nilai.

Dan kebetulan dalam masa yang sama kereta abg syawal ada masalah.. dan tersadai kat pejabat pos semenyih.oleh kerana aku belum bertolak lagi, maka aku dan family ku pun singgah ke pejabat pos untuk mengambil kak hawa dan anaknya. Abg Syawal tak jadi balik kampung sebab
menguruskan masalah keretanya.

Ermmm.. balik kampung... setelah selesai di majlis rumah abg hamzah, aku pun mulalah bergerak untuk balik kampung.. namun bumper depan keta aku terbuka sedikit kerana bergesel dengan permukaan yang tidak rata di kawasan rumah abg hamzah. aku pun bawa kereta dengan selamba sehingga ke stesen minyak petronas. Disana aku baiki sendiri dengan menggunakan peralatan yang ada didalam kereta dollah.

dan akhirnya kereta dapat bergerak dengan lancar ke kampung halaman walaupun tayar depan ada sedikit botak.aku bawa tak laju dalam sekitar 90-110km/jam.

bila sampai kat kampung, dah ramai anak saudara sampai.Aku terus berjumpa mak dan bersalam serta dengan saudara2ku yang lain.lepas tu seperti biasalah lepak dengan abg.adam,abg nor,abg uda.. topik tidak lain adalah topik agama.
aku berjumpa dengan abg.ngah.. dan topik juga adalah topik agama.begitulah kami adik beradik kalau berjumpa tidak lepas dari muzakarah bab agama.

aku lihat abg ngah banyak berubah... tidak seperti tahun lepas yang asyik mengejar dunia.
alhamdulillah.. ilmu yang disampaikannya lebih halus dan terang tanpa sekatan.

banyak jugalah bab dan amalan yang diturunkan pada aku bagi memantapkan jalan kerohanianku.alhamdulillah..

sempat juga sentuh anak murid dibawah bimbingannya yang lain.
aku hanya menjadi pendengar yang setia. aku lihat dollah semakin jauh dari yang lain.
aku susur secara batin... dollah agak terasa hati dengan abg ngah. lalu aku cuba leraikannya.
semasa nak balik ke kl kembali aku pun ambillah buah rambutan dan pulasan di tanah abg adam. aku ajak dollah singgah rumah abg ngah. walaupun agak keberatan namun aku paksa jua kerana aku yakin ada sesuatu yang nak disampaikan oleh abg ngah kepada dollah.

dan ternyata telahan aku benar.Dah rezeki dollah untuk dapatkan sedikit amalan di bulan rejab dan syaban ni.Alhamdulillah.

aku rasa happy sangat balik kampung kali ni.lihat abg uda bersihkan rumah barunya di kampung.lihat mak yang agak riang kerana anak-anaknya dah kembali.
lihat pemandangan kampung.. dan macam-macam lagi.

so far so good..
malam israk mikraj aku pun berjagalah.. tapi tak tahan.. sampai jam 2.40 pagi.. aku dah hanyut ke alam tidur hihihi..

mlm yang sama juga rosli ada berjaga.. itu pun tak larat gak.. hehehe.
good job and good amalan... lillahi ta'allah..

wassalam

Jumaat, 17 Julai 2009

Jumaat ini

Hari ini adalah hari Jumaat bersamaan dengan 24 Rejab atau 17 July.

Tiada apa cerita yang menarik melainkan kontroversi di dalam skuad Selangor.Bagi aku kehadiran Wak Nen walau pun dalam bentuk wild card.. ia tetap diperlukan didalam skuad ini.
Wak Nen mempunyai pengalaman yang banyak didalam pertandingan bowling.
So walaupun ia dimasukkan di saat akhir, ia tetap memberikan skuad Selangor banyak pilihan didalam strategy.

Ermm.. kita lupakan kisah Bowling...

Rejab semakin berakhir dan Sya'ban kian mendatang sementara Rhamadan mula menggamit.
Entahlah.. didalam Rejab ini pun aku sering lalai didalam kehidupan... aku harap aku dapat memperbaiki diri aku disisi tuhanku.

Sebagai manusia aku memang tidak dapat lari dari kelalaian.

Mengerti bahawa diri ini adalah bukan diri ini amat sukar kerana ia bermain didalam lingkungan nafi dan isbat. dan akhirnya nafi dan isbat juga tenggelam didalam kecairan sifat kehadratnya.
Dan maka Sifat itu menjadi utuh dengan kekalnya zahir dan batin yang tiada dua.

Di penghujung nanti zahir dan batin juga mengadap yang Empunya diri ini... kembali ke asalnya.

Didalam perjalanan itu adalah ilmu yang tidak ternilai... ah!!!

Khamis, 16 Julai 2009

selection selesai.

Selection ke karnival sukan di Kuantan telah selesai.

aku akhirnya memilih Skuad Selangor kali ini untuk berbakti.

Senarai pemilihan :

1. Daeng Yash (aku ler tu)
2. Zahid
3. Masshat
4. Suhairy
5. Wak Nen(wild card).

Perempuan pula :

1.Suzudiana dan 2 pemain yang aku kurang kenali.

Sementara Ibupejabat pula :

1. Ucop
2. Zach
3. Didi
4. Roney
5. Idris

Perempuan :

1. Aina
2. Salmi
3. Azmah
4. Dalina.

Satu kejutan apabila Jalilah tidak dapat turut serta kerana tersingkir di Selection terakhir.

Aku akan bertolak ke Kuantan pada 30/7 -2/8.

Seronok juga kerana dapat berjumpa pemain2 dari negeri lain.

wassalam.

Rabu, 15 Julai 2009

Yassin

Alhamdulillah.. aku masih berkesempatan untuk bersayembara lagi di laman blog ini.
Sejak tahu guna blog ni.. macam-macamlah idea nak menulis.

Hari ini aku nak berkongsi ilmu.
Maybe satu hari nanti anak ayah akan baca blog ayah ni jika ayah dah tak ada nanti.. dan anak ayah boleh dapat manafaat dari blog ini.Insya'allah.. itu pun jika blog ini tidak dimusnahkan.

Ermmm... Selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad SAW serta sahabat2 baginda.
Yassin.......

Yassin adalah satu surah yang banyak rahsia jalan kerohanian.Nama surah ini juga adalah nama gelaran kepada Nabi Muhammad.
Yassin adalah satu jalan kerohanian secara zahir yang telah di bawa oleh Rasullullah kepada umatnya.Yassin terlalu banyak gunanya.

Cara pembacaan surah Yassin banyak kaedahnya.
1.Yassin
2.Yassin 7 Mubin
3.Yassin 40
4.Yassin Fadhilat
5.Yassin 100
6.Yassin 1000

Yang pertama baca Yassin.. baca seperti biasa.

Yang kedua Yassin 7 mubin.. banyak digunakan oleh orang-orang yang memahami.
dimana Yassin 7 Mubin adalah hentian penyataan diri sifat di setiap mubin dalam Yassin.
kalau faham maksud dan caranya.. Yassin ini amat berkesan untuk iringi orang yang nazak, mengubati orang yang sakit dan macam2 lagi.

cara-cara yang lain aku tidak menggunakannya.
Tapi dari apa yang aku tahu.. Yassin 7 mubin yang paling berkesan dari yang lain.

Namun begitu.. niat awal hingga akhir adalah sama dan tidak boleh berubah.

aku tidak mahu menerangkan tentang rahsia disebalik mubin tersebut.. namun aku pernah iringi orang nazak.. paling lambat pun mesti 3 hari.. paling cepat.. tak sampai 7 mubin orang tu dah balik ke asalnya.
tapi kalau lebih 3 hari, kira usia orang tu panjang lah hihihii...

setakat ini sahaja.. kalau Afiq dah besar nanti.. kalau ayah tiada.. afiq boleh jumpa Uncle Rosli.. minta caranya... Mama pun tau!..

wassalam.

Selasa, 14 Julai 2009

Anak

Errrmmm... semalam aku balik dari kerja. sampai awal di rumah. Aku membawa anakku naik motor untuk bersiar2 di kawasan taman perumahanku.
Balik dari situ aku pun bukalah komputer(desktop) dan pasang internet. Biasalah.. kalau dah pasang internet mestilah nak main game FIFA Online.
sebelum aku main game online... sementara menunggu azan maghrib dan sementara menunggu isteriku berbuka puasa.. aku pun bukalah satu cerita yang di ambil dari Timur Tengah.Cerita ini berkenaan Hassan yang dimatikan oleh Allah dan Hassan melalui saat2 disiksa didalam kubur dan sebagainya.Cerita yang amat bagus. Bersama dengan ku adalah anakku Afiq.

sambil melihat.. aku pun berceritalah kepada(provokasi) anakku afiq.

" itu... kalau tak mahu dengar cakap ayah dan mama, nanti jadi macam Hassan yang di cabut nyawa oleh Malaikatul Maut." aku beritahu pada Afiq yang berusia 5 tahun.
"Afiq nak jadi macam tu tak?" kataku lagi.

"tak nak... kalau orang tak nak kawan dengan kita nanti masuk neraka tau Ayah!..." balas Afiq.

"la.. ayah cakap tentang cerita ni lah.. kalau Afiq tak nak dengar cakap ayah dan mama.. nanti kena macam Hassan.."

" Yer laa.. nanti adik ikut cakap ayah dan mama.." Afiq membalasnya.

Hehehe.. lega sikit hati aku.

"Ok.. lepas makan nanti kita solat bersama.." ajak aku.

"Ok.." balasnya.

Isteriku bad mood.. diam memanjang... maybe sedang menghayati saat-saat berbuka puasa agaknya.

selepas makan aku dan Afiq pun bersolat bersama. aku ajar anakku ambil wuduk.anakku qamat.
dan kami solat jemaah.
aku zikir dengan kuat agar afiq dengar dan ikut sama.Alhamdulillah Afiq ikut sama.

Masa afiq tidur pun dengan zikir 'Allah'.

lega sikit hati aku... aku biasalah.. main game online.. tapi berhenti sekejap melayan cerita TITANIC yang berdasarkan kisah benar tentang kapal Titanic yang tenggelam dilautan atlantik.

Pegangan

apa yang aku mahu katakan? tidak terucap dibibir...

Ermmm.. tiada idea yang datang seperti mana dulu namun, ketahuilah tentang 2 perkara iaitu :

1. Salah satu sebab wanita(yg berkahwin) tidak diterima amalannya di sisi Allah adalah kerana tidak taat kepada suaminya.
2. Salah satu sebab lelaki(yg berkahwin) tidak diterima amalannya disisi Allah adalah ketidak jujurannya kepada Ibunya.

wassalam.

celoteh

Diam-diam tahun ini sudah masuk ke pertengahan tahun.Ada lagi 5 bulan lagi untuk menamatkan tahun 2009.Masa terlalu pantas berlalu... dan ini juga bermakna aku semakin hampir dengan alam yang lagi satu.Perhitungan hari bukan kerana kedewasaan kita atau pun ke tua an kita... perhitungan hari adalah berdasarkan peningkatan umur dan semakin pendeknya nyawa kita.

Pejam celik kita sudah berada di bulan Julai... kalau dalam kalendar Islam kini kita berada di 21 Rejab... dan semakin hampir kebulan Sya'ban dan akhirnya rhamadan datang lagi.
kadangkala hati terusik apabila mengingatkan semua itu. Sejauh mana kah amalan aku selama ini?

Bowling,snooker mahu pun badminton tidak boleh menyelamatkan aku di alam sana kelak.. yang boleh menyelamatkan aku adalah berdasarkan sejauh manakah kekuatan imanku.
Namun bowling,snooker mahupun badminton sekadar satu permainan didunia ini yang lebih kepada pemulihan kesihatan.Jangan sampai itu semua melalaikan.. insya'allah.

Baru sebentar tadi aku duduk bercerita bersama Dollah.. adik iparku.
Bercerita dalam bentuk ilmu... alhamdulillah!!

Kehidupan aku didunia ini hanyalah sementara waktu.. sampai ketika masanya nanti.. maka pulanglah aku kembali kepada yang maha pencipta.

Isnin, 13 Julai 2009

Bowling lagi

Berita terkini, kedudukan aku di Selection Team Selangor adalah tempat pertama.
dan selection di IP adalah tempat kedua setakat ini.

Lastly aku memilih team Selangor. Aku tidak boleh memenuhi impian semua orang.
Namun jauh disudut hatiku.. aku memang ingin bermain untuk IbuPejabat.Namun aku terperangkap didalam situasi yang tidak mungkin aku bermain untuk Ibupejabat kali ini.

Kenapa aku main untuk Selangor kali ini?

1. Kesungguhan pihak pengurusan Selangor untuk mendapatkan khidmat aku kali ini terlalu tinggi.
2. Mereka sanggup ubah date pemilihan hanya untuk aku membuat pilihan.
3. Aku terhutang budi dengan pihak Selangor.
4. Rakan2 juga mengharapkan aku bermain untuk team Selangor.
5. Setelah aku berserah dan membuat sedikit renungan.. akhirnya Selangor pilihan aku.

Tidak dinafikan, bermain untuk Selangor tidaklah se 'glamour' bermain untuk IP.
Kedudukan ibupejabat sentiasa berada di top 3 tiap kali karnival sukan.
Pencapaian terbaik Selangor adalah tempat ke 3 di karnival sukan di Port Dickson dalam acara bowling.

Jika aku mementingkan kepuasan.. bermain untuk IP adalah yang terbaik buatku.Aku betul2 berasa bersalah kepada Tn Hj Bjoe dalam hal ini.Namun aku tidak boleh mementingkan kepuasan diri... sekurang-kurangnya aku telah memberi ruang kepada pemain yang benar2 bersemangat untuk bermain untuk IP seperti Rooney dan Sajaro.
Bagiku IP tetap kuat dari segenap segi berbanding skuad Selangor. IP mempunyai kekuatan lelaki dan perempuan yang seimbang sementera team Selangor hanya mampu dikalangan lelaki sahaja.

Kadangkala apa yang kita inginkan itu tidak selalunya dapat... dan apa yang tidak kita inginkan itu kadangkala akan memberi kita manafaat sebaliknya.

Jauh disudut hatiku.. aku tetap pemain IP walau pun aku berkhidmat untuk Skuad Selangor.
aku harap mereka faham situasi aku.

wassalam.

Rabu, 8 Julai 2009

Sukan TM

Sukan TM datang lagi..

Tahun 2007 aku main bowling untuk skuad TM Selangor dan berjaya membantu skuad mendapat rank no 3 di Port Dickson N.Sembilan.
Tahun lepas 2008 aku di ajak untuk bermain dgn skuad IP... dan aku berjaya didalam selection IP dan membantu skuad IP mendapat naib juara di Lumut Perak.
Tahun ini??? prestasi aku agak menurun sikit. Didalam selection IP aku top 5 (no 5).. masih ada ruang untuk aku mewakili skuad IP sekali lagi namun....
Skuad selangor ajak aku buat selection juga disana dan aku berada di top 5 juga..(no 2).
semasa pembahagian hadiah oleh Presiden Kelab Selangor iaitu En Ismail Jumat.. aku di offer untuk terus wakili Skuad Selangor.

Maka bermulalah episod 'confuse'. hihihik
Skuad manakah yang menjadi pilihanku?

ramai dari skuad Selangor bersungguh2 ajak aku join team depa.
Skuad IP mempunyai pemain baru yang agak bagus iaitu Didi... pemain balingan 'hook'.
di samping otai2 lama spt Ucop dan Zach.. semuanya bagus bermain.

yang manakah menjadi pilihan ku??
Tahun lepas Selangor tak ada ranking. Sebab itulah mereka bersungguh2 mahu dapatkan aku main untuk skuad.
Namun aku harus ingat.. skuad Selangorlah yang telah menaikkan nama aku didalam persada bowling sukan TM.

kedua2 skuad aku layak bermain kerana tempat kerjaku berada di Kelana Jaya Selangor walaupun kelab aku adalah ibupejabat.so dua2 boleh aku menyertainya.
kedudukan aku di Selangor adalah no 2 dan di Ibupejabat adalah no 5.

aku serahkan aja pada takdir... andai selangor pilihanku.. maka pihak IP harus sedar bahawa aku main bukan kerana title...
kalau aku main untu IP.. pihak Selangor tidak perlulah berkecil hati.

pusing........

Jumaat, 3 Julai 2009

Ilham dibulan Rejab.

1st setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.



Ermm... Alhamdulillah kerana aku mempunyai sedikit kelapangan untuk menulis..

tiadalah mampu untuk aku menulis kecuali dengan kemampuan yang diberi atau dipinjamkan Allah buat diri ini.



Sejak pulang dari kampung baru-baru ini, banyak yang aku pelajari dan cuba memahami perkara-perkara didalam ilmu.Pemahaman itu amat penting bagi kita menghayati setiap perjalanan ilmu yang kita lalui mahupun bakal melaluinya.



Sepertimana solat itu ada tukmaninahnya... rukunnya.. tertibnya.. begitu jualah perjalanan kehidupan kita di mukabumi ini. Andai kita mengabaikan tertib-tertib kehidupan ini maka kita mudah lupa akan diri kita sendiri.Malah apa sahaja yang kita lakukan adalah berlandaskan nafsu semata-mata.



Apakah yang kita lakukan apabila kita membuka mata di pagi hari? pernahkah kita menyelidikinya? atau apakah yang kita buat apabila kita tidur didalam keletihan? pernahkah kita renunginya?



tertib-tertib ini amat mudah tapi kita sering abaikan, hanya kerana mahukan kecepatan perjalanan harian kita. Ibadah yang pertama harus kita buat adalah bersyukur kehadrat Allah sepertimana apabila Nabi Adam dibangkit dengan penuh kesyukuran.

Dan apabila kita merehatkan diri jasad untuk tidur, maka akhirkanlah hari itu juga dengan kesyukuran.



Inilah antara basic-basic awal untuk menjadikan kita berada didalam golongan mukminin atau menjadikan kita benar-benar makhluk yang tahu bersyukur.Untuk menjadi orang yang mukmin perlulah tahu bersyukur.



Tidak guna kita pelajari ilmu setinggi langit tapi kita bukan didalam golongan orang yang bersyukur.



dan apabila kita tahu bersyukur maka bermulalah perjalanan kita dengan penghayatan.



sekian buat masa ini.

Jumaat, 26 Jun 2009

Tak sedap hati

Malam tadi aku bermimpi yang kurang baik.... dan pagi ini aku dapat call dari Kak Lang.

Mak demam dah seminggu.Dan Mak sakit dada kanan.Itu mesti paru-paru. Penyakit yang dah lama mak hidap... tapi mak masih kuat berbanding usianya di lingkungan 83 tahun..

Mak... terlalu besar pengorbanannya kepada kami anak-anaknya.Membesarkan 16 orang anak bukanlah perkara mudah.16 anak bermakna ada 16 sifat yang berbeza-beza.

sekarang ni,nak jaga seorang anak pun terlalu sukar rasanya dalam keadaan dunia kini.Anak-anak tidak lagi seperti kita yang kecil dulu.. lebih patuh dan kurang berkata.


Aku dapat sms dari Abg Ngah.. aku memang tidak sedap hati lalu mengambil keputusan untuk balik segera ke kampung.Aku call kak chik dan isteriku call kak hawa.Mana lah tahu depa nak join aku balik bersama menziarahi mak yang uzur.


akhirkan kami balik bersama.Aku tidak sempat solat jumaat.. ketika itu aku didalam perjalanan menuju kekampung. aku tidak terus kekampung kerana mak ada di rumah kak long di bandar Muar.

Bila aku sampai di rumah kak long, aku lihat mak sedang duduk di sofa dan berada dalam kondisi yang tidak bermaya.
mak gembira melihat kami balik.Mungkin terubat juga rindunya pada anak-anak yang sudah lama tak jengah mak.

Aku memeluk dan menciumnya.
Sepanjang hari itu kami layan mak bagaikan raja.Anak-anak mak mengurut belakang mak dan sebagainya.Maka terhiburlah hati seorang ibu apabila melihat anak-anak cuba mengubatinya.

Aku baring sebelah mak, aku lihat pernafasan mak tidak teratur.. aku membaca apa yang patut untuk membantu pernafasan mak.. setakat ni alhamdulillah.Abg Ngah ada buatkan air untuk mak.

so far semua anak yang berilmu bergabung tenaga.aku bersyukur kehadrat Allah kerana aku mempunyai abang2 dan kakak2 yang sedikit sebanyak mempunyai basic ilmu akhirat.

aku sempat juga bermuzakarah dengan Abg Ngah dan sempat juga minta izin untuk membawa zikir.Alhamdulillah..
kalau ikut amalan memang tak larat nak bawa hahahaha... tapi aku ambil zikir yang padat dan berisi sahaja buat masa ni.. so far aku melakukannya seharian seperti mana zikir2 lain yang aku bawa selama ini.Alhamdulillah zikir tersebut mula sebati dengan diriku atas izin Allah jua.

sahabatku ZZ dan Rosli ada datang... apalagi kami bermuzakarah lah sampai jam 4 pagi bersama2 Abg Uda dan Wak Dol. lama tak bermuzakarah. Aku tak mahu ajak kerumah abg ngah, manalah tahu abg ngah sedang beramal dibulan rejab ni.. so tak mahu ganggu.

aku harap diriku malah diri keluargaku serta sahabat2 yang aku sayangi dapat diterima Allah seadanya.

wassalam.

Rabu, 24 Jun 2009

Marhaban Ya Rejab!!

Rejab datang lagi!!! Rejab datang lagi!!!
hati batin ku melonjak gembira dengan kehadiran Rejab.Pintu amal memang terbuka sentiasa namun tidak sama dengan pintu gerbang bagi segala amal yang kita buat.

Ya Rejab!!! aku sambut mu dengan melemahkan diriku pada nafsu yang selama ini menguasai segenap diriku ini.

Ya Rejab!!! aku sambut mu dengan rasa membuak di hati untuk melahirkan rasa rindu selama berpisah denganmu..

Ya Rejab!!! kau lah pintu gerbang bagi segala amal sebelum pintu ini akan mengecil seperti pintu biasa selepasnya berakhirnya syawal.

Ya Rejab!!! aku akan cuba perbaiki diri ini.. yang dulunya sering tewas didalam perjuangan amal.


Semoga amalku angkat diangkat sepertimana orang-orang yang mukmin.

wassalam.

Selasa, 16 Jun 2009

Permata yang tidak bersinar

Betapa gembiranya hatiku apabila melihat sahabat2ku mendapat permata yang cukup bersinar. Permata itu cukup indah dan bercahaya. Tapi amatlah sedihnya hatiku apabila setelah sekian lama mereka mendapat permata tersebut, ternyata mereka tidak menggilapnya.
Masing2 sanggup letakkan permata tersebut di tepi semata-mata dunia menayangkan kenikmatan sementara.Itukah yang mereka kejar selama ini? sedangkan mereka telah bertungkus lumus untuk dapatkan sang permata tiba-tiba mereka tidak hargainya langsung hanya kerana Allah berikan nikmat dunia yang sementara ini?

dimanakah keikhlasan mereka untuk Allah?

terlalu jauh mereka berlari rupanya sedangkan apa yang dicari terlalu dekat dengannya.

Alhamdulillah.. sahabatku yang sorang itu semakin terbuka hijabullahnya.. sahabat yang jarang aku berbicara.. yang jarang aku pantau.. dan sahabat itu didalam jarang berbicara tetap sudi berjumpa denganku untuk membicarakan ilmu.Alhamdulillah kerana sahabat itu mempunyai abang-abang yang sering memberikannya ilmu dan bimbingan.
sahabat itu tidak segan mahu minta aku menegurnya... dan aku tidak malu untuk ditegur olehnya.

Mengapa sahabat yang telah lama dengan aku.. telah melalui saat2 manis dan duka dalam ilmu.. masih tidak ada keyakinan pada mu Ya Allah. tidak faham pengertian sifatullah..
tidak faham tentang pecahan2 sifatullah.tidak faham apa itu peradaban Rasullullah.
tidak faham kiasan ilmu didalam sifatullah.
semakin hari semakin halus perjalanan hidupku ini.

walau bagaimana pun aku tetap berdoa untuk mereka agar aku dan mereka dapat kembali kehadrat Allah yang esa.

jauh lagi perjalanan ini.... jauh didepan sana.. perlukah aku menoleh kebelakang untuk menggapai tangan mereka dan mengheret bersama2ku? sedangkan aku pun masih merangkak disini.

Pangkat

Ada jawatan kosong!!! cuma ada 4 kekosongan..?!
perlukah aku 'apply'? rasanya tidak kot...!!

bila ada jawatan kosong, ramai yang ingin menduduki istilah kekosongan itu.. namun berapa ramai yang tidak faham pengertian kosong sehingga terlupa amanah yang besar sedang menanti.

aku tidak tamak didalam mengejar pangkat dunia... memang ramai yang akan berkata aku menolak rezeki... biarlah.. kerana rezeki yang aku dapat bukan sekadar wang ringgit.
rezeki ilmu haq itu adalah terlalu tinggi nilainya berbanding apa yang zahir dimata.

Isnin, 15 Jun 2009

malam semalam

dah 2 hari aku dapat call dari zz.Tapi sengaja aku tak angkat. semalam petang pun begitu.lastly aku sms dia.. just bertanya khabar dan bermukadimah bahasa.
akhirnya aku dan dia berjumpa di tempat yang dijanjikan iaitu di Sop Ali Power.Namun sayang, kerana kedai tu tutuplah pulak lalu kami makan di Warung D'Muar yang terkenal dengan Mee Bangdung Muar.

bila dah jumpa seperti biasalah aku huraikan sedikit pencerahan ilmu kepadanya dengan izin Allah.Biasalah bila dah jauh lari dari landasan... atas dasar sahabat aku pun balon lah cukup-cukup apa yang patut.

Tapi sayang seribu kali sayang... dia hari ni MC(malas nak pi koje) hihihi.
dia kata bertambah tekanan.aku tak tahu nak cakap apa da...
terpulanglah kepadanya menghuraikan apa yang aku sampaikan dari sudut ilmu.

semalam juga sempat aku 'sound' WDol yang juga mula tercicir dari landasan... sampai bilalah nak tergelincir...

aku bukanlah seorang yang sempurna... kerana aku juga seperti sahabat-sahabatku yang lain dimana ada saat jatuh dan bangun.cuma di saat mereka jatuh, aku sebagai seorang sahabat haruslah menyedarkan mereka dari terus terjatuh kedalam gaung yang amat dalam. kelak tiada siapa yang mahu menghulurkan tali penyelamat lagi.

Mungkin ini kali terakhir aku dapat menyelamatkan mereka.. kerana di masa akan datang, tak tentu lagi nasibku bagaimana disisi tuhanku.

wassalam.

Jumaat, 12 Jun 2009

faham tapi tak faham

Alhamdulillah, tanganku masih boleh menari dipapan kekunci ini dan seterusnya memaparkan tulisan-tulisan di skrin komputer.
Baru sahaja selesai solat Jumaat. Masjid tidak seperti biasa(penuh) kerana ramai yang bercuti dikampung bersama- anak-anak.

Sahabat?! apalah ada ertinya sahabat jika tidak saling bantu membantu dan hormat menghormati?

rasanya sudah semakin aku akan membawa diri agaknya.. bosan?! Uh.. tidak sekali kerana apa yang tertulis itu pasti ada yang tersirat.
Aku gembira berkeadaan seperti ini yang lebih kepada diriku sendiri didalam perjalanan ini.. walau sesekali aku menoleh kebelakang melihat apa itu pengertian persahabatan.

aku pulang dari masjid dan terpandang sahabatku ZZ didalam kereta sedang berborak dengan kawannya.aku hon kepadanya. selepas meletakkan kenderaan ku... aku cuba pergi kearah keretanya.. namun keretanya telah meluncur keluar dari perkarangan pejabat.
Mungkin dia tergesa-gesa... namun apalah ertinya persahabatan itu jika datang hanya untuk melepaskan diri dari cengkaman..

aku try scan... menyelusuri secara batin... dia tidak seperti itu... dia faham tapi sebenarnya buat tak faham apa dia itu ilmu yang di ajar Rasul kepada umatnya.

aku benar-benar sedih melihat ia berlaku pada sahabatku.
tapi biarlah.. kerana dia punya urusan yang lebih penting dari nilai persahabatan.

semua tidak faham nilai ilmu itu lebih tinggi dari nilai keduniaan.Baik R, D atau ZZ.. mereka semua sangka apa yang mereka dapat itu sudah mereka kuasai dan mereka sangka apa yang mereka lalui itu didalam penyerahan yang sejati.Namun mereka menipu diri sendiri.
Mungkin sudah sampai masanya aku memantau mereka.. dan mungkin sudah sampai masanya aku bawa diri ini dengan sendiri sepertimana apa yang dimimpikan mereka.

lagi pun segala rahsia telah terbuka. tapi tidaklah sampai terbuka sepenuhnya.Disinilah mereka keliru.

sejauh mana pun kita berlari.. kita tetap masih disini. berlarilah selaju mana pun, namun ia tidaklah bergerak kemana-mana jika apa yang dipelajari itu umpama ambil dan tinggal didalam poket masing-masing.

wassalam.

Khamis, 11 Jun 2009

tiada tajuk

Semalam aku dikejutkan dengan kehadiran sahabatku.Hj Ucop.
biasalah bila dah lama tak berjumpa maka byklah ceritanya.Masing-masing dengan pengalaman masing2.Sesungguhnya dia cukup beruntung kerana mempunyai 2 orang abang yang seiring jalan dengannya didalam ilmu tauhid ini.

dulu.. aku masih mentah didalam perjalanan ini.Dan aku sukar untuk membezakan ketinggian ilmu seseorang.Alhamdulillah kini, kefahaman semakin menghampiriku.
antara kedua-dua abangnya.. yang tinggal di Trengganu cukup tinggi ilmu tauhidnya berbanding yang di Putrajaya.Walaupun pada awalnya aku melihat sebaliknya antara mereka berdua.
sebab apa.. sebab abgnya yang di Putrajaya lebih kepada amalan penzahiran, dan amalan ini mudah jatuh dan bangun..(sukar untuk konsisten) walau pada mata kasar ia adalah konsisten.
Abgnya yang di Putrajaya mempunyai kelebihan pandangan tersembunyi dan kelebihan ilmu kalam. Dia boleh melihat disebalik kejadian sesuatu perkara. Mempunyai pengaruh didalam wajah serta adab perkerti. sesuatu yang jauh dari Hj Ucop dan abangnya yang di Trengganu.

Namun sesuatu yang kita nampak 'perfect' itu tidaklah 'perfect' sebenarnya.Setiap orang ada kelemahan... dan kelemahan itu sukar untuk kita lihat apabila ia terselindung dari keistimewaan diri. Dia mempunyai keyakinan yang tinggi didalam ilmu namun kadangkala ia bagaikan terapung.Berbanding dengan yang di Trengganu.Abg Zul lengkap pakej.zahir dan batin cukup.
lebih tukmaninah didalam ilmu.
Sukar utk mendifinasikan kedua-duanya.masing-masing mempunyai kelebihan.Namun yang paling terserlah tidak semestinya tinggi ilmunya.Abg Din ilmunya terserlah walau pada hakikatnya dia cuba menyembunyikannya.Abg Zul tidak terserlah tapi pada hakikatnya tinggi ilmunya.

sahabatku masih berada di awal pengajian walau pada hakikatnya sudah tamat pengajiannya.
maksudnya begini.. tiadalah tamat sesuatu pengajian jika ilmu yang dimiliki tiada berterusan.
walau bagaimana pun sahabatku ini sudah menghampiri ke tahap hijabullah.Alhamdulillah.
dan disinilah banyak ujian menantinya antara diantara tabir-tabir alam.semoga sahabatku selalu rujuk kepada yang pakar agar dia tidak tersesat didalam dunia buatan sendiri.

Di bangunan kerjaku ini juga ada beberapa orang yang mempunyai ilmu makrifatullah.
aku cukup bertuah walau pada hakikatnya aku tidak pernah berbicara ilmu dengan mereka.

cukuplah coretan buat masa ini.
wassalam.

Rabu, 10 Jun 2009

13

Alhamdulillah, aku masih disini lagi... berada dibawah langit nan biru dan berpijak dibumi nan hijau. Antara langit dan bumi itu terapungnya awan nan putih.Dan di malam hari pula adanya cahaya sang rembulan bersama deretan bintang berkilauan di angkasa langit.Siangnya pula ada sang mentari yang memancarkan cahaya menyuluhi bumi dari kegelapan malam.
dan begitulah rutin pusingannya.

Di bumi pula terdapat aku bersama ramai lagi khalifah-khalifah yang di muliakan Allah.Dan di antara khalifah-khalifah itu terdapat makhluk-makhluk ciptaan Allah sama ada nyata mahu pun yang ghaib.Dan apa jua kehidupan di dunia ini saling memerlukan.

Dan nikmat manakah yang aku perlu dustakan lagi pada Mu Ya Allah???

hari ini aku terdetik untuk membicarakan tentang rukun 13.
apa itu rukun 13? rukun 13 adalah aturan didalam solat.
Mengapakah 13?

rukun 13 ini adalah pengenalan terhadap diri manusia.Rahsia manusia itu terletak pada rukun 13 yang dilakukannya 5 kali sehari semalam.dan dalam 5 kali sehari semalam manusia itu lupa akan rukun 13 sehingga melakukannya tanpa pengertian.
lupa didalan kita sendiri sedang melakukannya... bermakna penghayatan itu tidak padat.

seperti mana aku minum air tapi aku tak tahu yang aku sedang minum air sedangkan gelas ditangan, air di teguk.

inilah satu fenomena. ada 2 maksud disini.

1. aku sedang melakukan 13 rukun tapi aku tidak tahu apa itu 13 rukun.
2.aku sedang melakukan 13 rukun dan aku memahaminya dan aku menikmati tanpa 13 rukun.

fikir-fikirkanlah..

cukuplah sekadar ini sahaja.
wassalam.

mari bercerita

Suasana pagi itu diseliputi kabus yang tebal.Sejuknya sampai ke tulang sum-sum.Bunyi nyanyian burung amat riang kedengaran.Cahaya sang suria yang mula naik menyusuri dedaun pokok-pokok yang berdiri gagah didalam kawasan pergunungan ini.

Di atas batu berhampiran air terjun,kelihatan seorang pemuda yang berpakaian baju tekua lengkap serta keris disampingnya.Pakaian ini selalunya di pakai oleh pahlawan-pahlawan melayu di zaman kesultanan Melayu Melaka.Di atas kepala pemuda itu dipakai setanjak songket berwarna merah.Rambut pemuda itu agak panjang kasar.Pemuda itu bertimpuh di atas batu hampar berhampiran air terjun sambil tangannya menadah langit seperti memohon doa dari yang maha kuasa.
deruan air terjun cukup menguja dan mendamaikan.bunyi tersebut diselangseli dengan nyanyian-nyanyian burung serta sang unggas di dalam hutan tersebut.

"Ya Allah yang maha kuasa, kaulah tempat aku berlindung.Hari ini cukup sepurnama aku mendambakan diri kedalam alam kerohanian.Alam yang tersembunyi rahsia yang tidak terungkap.Bangkitnya aku pada hari ini hanyalah sekadar untuk menjalankan kewajipan aku sebagai khalifah di muka bumi ini.Keris luk sembilan dari kepulauan sulawesi ini amat sukar dibendung.. dan hari ini, keris ini akan aku semadikan di pangkal pokok agar ia tidak lagi menghasilkan bencana kepada manusia.Keris ini juga aku akan semadikan bersama Kerambit Dang Sri Aisyah Sofea.. dan akhir doa, aku mohon restu dari mu ya Allah.. kau bahagiakan aku dan isteriku Dang Sri Aisyah Sofea.. disebabkannya lah aku dapat memeluk agama Islam.."

Hujan mula turun.

"Mas Daeng!.. kita harus keluar dari pergunungan ini... "

sekadar iklan jek hahahaha.sedutan dari cerita Keris Luk Sembilan.

sekadar

Lahirnya kita kedunia bersama tujuh...
Kehidupan kita didunia ini dengan yang lima...
dan apabila kita tenggelam dalam zikir.. kita tinggal satu..
dan apabila sampai waktu pulang.. hanya satu jua yang kembali.

Selasa, 9 Jun 2009

Sedih

Biasalah bagi manusia yang mesti ada perasaan sedih.
Sedih kerana ada ahli keluarga meninggalkan kita.
Sedih kerana kecewa didalam sesuatu perkara.
Sedih ditinggalkan kekasih.
dan bermacam-macam lagi version sedih bagi manusia.

Sedih dan manusia itu tidak boleh lari.

Mengapa begitu sukar kita memahami ilmu akhirat berbanding kita memahami ilmu dunia?
kadangkala, aku sedih melihat sahabat2 aku yang sealiran denganku, yang berjalan bersamaku didalam satu landasan, yang sama-sama bersusah payah memahami ilmu... yang sama-sama beramal di siang dan malam hari namun secara 'output'nya, mereka kosong tanpa memahami pengertian perjalanan ini... atau adakah ini dinamakan bahagian masing2?

"Ah! itu dah bahagian kau.. bukan bahagian aku.. nak buat macam mana?"
"Itu dah bahagian kau.. mungkin esok lusa bahagian aku pula.."

mudah sahaja manusia itu mengungkapkan kata-kata... sekadar mencari alasan.
sahabat2ku yang dibuai dunia!!!

ada sahabatku yang dah cukup bagus mengikut perkiraan ku yang lemah ini.. yang dah faham dan mengerti bezanya kaca dan permata namun terus lalai dibuai kehendak nafsu sendiri.

Ada yang faham apa itu ikhlas.. namun bila diuji, ikhlasnya hanyalah sekadar dibibir sahaja.
Sebagai seorang sahabat.. aku kalau boleh nak bersama-sama mereka seperti mana 7-12 tahun dulu.. yang mana kita sama-sama melalui pahit manis beramal berilmu.

dan aku sendiri tidak mahu mencari kesalahan mereka kerana aku sendiri masih lagi merangkak didalam ilmu.biarlah mereka dengan dunia mereka... biarlah mereka mengadaptasikan ilmu yang dipelajarinya.. mungkin itu cara terbaik buat mereka.

aku kini harus terus berserah kehadrat illahi.lagi ku dekat lagi ku rindu.

aku mendoakan mereka semua tidak lalai dengan dunia ciptaan sendiri.


Isteri
------

Isteri adalah seorang wanita yang dijadikan Allah untuk seorang lelaki dan di ijabkabulkan semata-mata kerana kehendak Allah untuk memperbanyakkan cerita sifat.
Seorang isteri haruslah taat dan setia kepada suaminya.tidak boleh meninggikan suara terhadap suaminya.Andaikata suaminya adalah orang yang mempunyai ilmu akhirat.. maka dekatilah dengan lemah lembut.. mintalah minuman ilmu tersebut.. agar ia menjadi lebih pasrah kehadrat Allah.

Isteri telah diangkat Allah ke darjat yang tinggi... telah diberi bonus oleh Allah ketika di akhirat nanti... dan isteri haruslah manafaatkan bonus itu di dunia ini.kalau tidak?!! maka sia-sialah.

Darjat Isteri disisi Allah itu tinggi berbanding lelaki kerana itu isteri lebih mudah memasuki mana-mana pintu syurga berbanding lelaki.Namun pada lelaki tersimpan satu rahsia yang lebih tinggi dari darjat seorang isteri.Dan rahsia ini adalah untuk mendidik isterinya agar tidak mudah di pesongkan dunia.

Tapi berapa ramaikah isteri yang mampu tunduk pada seorang suami.dan bertambah malang bagi isteri yang mendapat suami yang tidak ada didikan agama dan akhirnya sama-sama terhumban kelembah kesesatan.

itu aku tidak mahu persoalkan.. namun apa yang aku persoalkan betapa ramai juga isteri-isteri yang tidak menghormati suami sedangkan mereka tahu suaminya mempunyai didikan ilmu akhirat.Selalu berada didalam keegoan yang mereka tidak sedar.

lihatlah berita yang terpapar di akhbar2 tempatan.. betapa ramai wanita yang jauh dari landasan keimanan...

Tabsub

Semua orang tak kira tua atau muda wajib menuntut ilmu.Baik ilmu itu perihal dunia mahupun perihal akhirat.tuntut memang kono tuntut.kalau ilmu itu sekadar ilmu alif ba ta... atau A,B,C.. memang dah diwajibkan pada kita sojak berusia 3 tahun lagi.. malah sudah ada pun yang boleh membaca sejak usia sebegitu.

Ilmu itu luas dan terlalu banyak cabangnya seumpama pokok yang mempunyai dahan dan ranting serta daun bunga dan buah itulah cambahan ilmu yang membawa hasil kepada manusia.
Namun berapa ramaikah manusia yang berilmu itu menikmati hasilnya dan akhirnya layu dipertengahan jalan.cukup ramai.

Ilmu dunia adalah satu peradaban ilmu yang kita nikmati didunia yang zahir ini.Jika kita belajar dan mengikut nas-nas serta landasan yang betul maka kita adalah orang yang bertuah.

namun apa yang aku nak ceritakan disini tentang ilmu ketuhanan.Ilmu ketuhanan bukanlah bermakna kita bertekad nak menjadi tuhan... Na'uzubillah.
Ilmu ketuhanan yang dimaksudkan disini adalah ilmu tauhid.. ilmu mengenal akan diri.
Ilmu yang membawa kita mengenal akan zat kecil... ilmu yang memberi kita pengertian akan sifat-sifat besar Allah.

Syaidina Ali adalah seorang Khalifah yang pertama menyebarkan pengertian ilmu tauhid ini.Bermulanya adalah di Baghdad atau Iraq dan Iran.Sejak berakhirnya zaman Khalifah.. ilmu ini disampaikan secara tersembunyi di kalangan penduduk kota baghdad dan kawasan berdekatan. Ia tersembunyi agar ilmu ini terpelihara dan tidak dipergunakan sewenang-wenangnya dan di kuatiri penyalahgunaan ilmu. Dan takut orang yang belajar itu tersilap faham. Sebab itulah di zaman Rasulullah, hanya segelintir sahabat sahaja yang belajar ilmu ini dari Rasulullah. dan selebihnya menjalankan kewajipan syariat.

Dan apabila ilmu ini mula tersebar maka muncullah manusia yang di gelar para wali.
Wali-wali ini amat terkenal seperti Ahmad Bustamam, Al Junaid, Rabiatul adawiah(wali wanita yang pertama), Hassan Al Basri sehinggalah tersebar ke kepulauan Indonesia dimana wali-walinya seperti Sunan Bonang, Sunan Giri dan beberapa lagi. Kalau di Malaysia terdapat wali yang kurang dikenali seperti Tok Kenali(kelantan), Habib Noh(Singapura), Tok Ku Paloh(trengganu), Tuan Tulis (K.Pilah) dan macam-macam lagi.

dan dari mereka pula turunlah berbagai-bagai nama tarekat seperti tarekat Nasyabandiah, tarekat Ahmadiah dan lain-lain yang mengikut salur galur masing-masing.
(mungkin maklumat saya ini kurang tepat.. namun secara lahiriahnya ada kebenarannya).
kalau nak maklumat tepat.. boleh pergi ke website tareqat2 tersebut dan boleh dapatkan maklumat dari pengamal tareqat tersebut.

bagiku.. semua ajaran tersebut benar selagi bertunjangkan AlQuran dan AlHadis dan yang paling penting adalah 2 kalimah syahadah. selagi seseorang itu bersaksikan Muhammad itu pesuruh Allah, dan mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah maka ternyata kita semua didalam ajaran Islam.

Namun perlu di ingat, betapa hebat macam mana pun kita bersuluk, atau betapa hebat macam mana pun pengalaman tauhid.. kita tidaklah boleh taksub dengan guru-guru kita.
tugas seorang guru itu menyampaikan apa yang perlu bagi mereka kepada anak muridnya.. dan terpulang kepada anak muridnya menghayati dan memahaminya ilmu yang di ajari.
dan yang penting setiap ajaran itu tidak lari dari landasan AlQuran dan AlHadis.

Guru umpama lampu suluh... dia menyuluh laluan namun yang harus lalu itu adalah kita.

cerita-ceriti

Alhamdulillah kerana aku masih lagi bernafas di bumi ciptaan Allah ini. semalam aku pi Shah Alam buat kerja luar.Biasalah tu... Ahad baru-baru ni aku pi meraikan perkhawinan anak sahabatku Wak Nen di Syeksen 18 Shah Alam.Cukup meriah!! Dato Aziz pun ada.. malah Dato Malik datang sekali... tapi aku sama wife aku dok berborak dengan rakan2 bowling lah hihihik.



Dan syukur alhamdulillah kerana team kami di liga TM berjaya menewaskan 'The Giant Killer' team Dynamite dengan 10-6.

dan yang paling penting aku mula kembali berada di landasan yang betul.. masih didalam pemulihan prestasi.aku menang didalam pertarungan sengit menentang artis Aryani..(lelaki dah!)..



itulah serba sedikit rutin harian yg ku lalui..



Errmmm.. perlu bicara apakah lagi?



Mimpi???



asyik bicara mimpi jek.. kadang-kadang boring kerana mimpi hanyalah permainan illusi.. sebab ia bukanlah zahir pada pandangan mata kasar.seronok atau gembira hanyalah didalam mimpi sahaja... memang tak dinafikan bahawa mimpi juga akan memberi gambaran tahap diri kita didunia ini..



tapi bercerita tentang mimpi... mimpi aku baru-baru ini adalah dibawa kesebuah pintu besar yang berupa seperti kulit depan AlQuran. Pintu tersebut bercahaya keemasan di tulisan ayat2 AlQuran tersebut. Ia umpama pintu gerbang yang besar sedangkan aku kerdil berdiri didepan pintu itu. Pintu itu dibuka, untuk aku melaluinya.Didalam atau disebalik pintu tersebut bagaikan saujana mata memandang.. cantik.. tanpa tiang. aku mahu menuju ke singgahsana namun terasa sakit perut lalu aku menuju ke bilik air.. sampai sahaja dibilik air.. langsung tidak ada rasa sakit.. bagaikan ia berlalu sahaja.Didalam bilik air yang cukup besar bersama pancuran air.. tiada tandas langsung.Benarkah ia bilik air??? aku terpesona..



lantas aku tersedar dari mimpi.apakah maksudnya? cukuplah biar sahaja aku yang mengetahuinya,biarlah ia menjadi rahsia seperti mana lagu Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor negara.

sahabatku pula bermimpi, dimana dalam mimpi tersebut aku,zz dan dia berada didalam sebuah bas yang dipandu oleh Wak Dol... didalam perjalanan tersebut,hujan lebat.. aku turun didalam hujan tersebut dan bas terus bergerak meninggalkan aku.Bas tiba disatu tempat seumpama luar negara.begitulah cerita mimpinya... dan biarlah mimpi ini menjadi rahsia antara aku dan sahabatku...

dan anaksaudaraku bermimpi naik lift didalam satu bangunan yang tingginya 20 tingkat.
dia naik lift bersamaku.. lift yang kami naiki agak sempurna.Di sebelah lift yang kami naiki ada satu lift usang yang dinaiki arwah Zikri.. pada mulanya lift tersebut berada di atas kami namun arwah zikri terjatuh ketingkat satu.Lift kami berhenti di tingkat 3 dan kami turun.. aku naik lagi satu lift dan mengajak anak saudaraku naik sekali.. namun dia tidak mahu ikut aku dulu..lalu aku naik sendiri.. sampai di tingkat(tak ketahui tingkat berapa) aku turun.. anak saudaraku yang berada di tingkat bawah menjerit padaku.. "pak ya kenapa tak naik lagi?"
aku pun berkata " nanti dulu, pak ya nak bersiar kat sini dulu, penat.. nanti pak ya naik.." jeritku dari atas.

semasa dalam lift bersama anak saudaraku.. dia berkata "Pak ya, kesian Abg Zikri, pak ya tolonglah dia..."
"Itulah... tadi orang ajak naik lift ni, dia nak naik lift kayu tu buat apa? dah tahu lift tu usang.." jawabku.
"tolonglah pakya.."
"Ermm.. nanti pak ya cuba tolong.. " balasku. tapi apabila melihat dia berada dibawah terasa gerun pula sebab tinggi.. lalu aku berkata " seriau lah.. nanti nak tolong dia punya pasal, pakya pula jatuh kebawah.."balasku selamba.

maka tinggallah zikri berada di tingkat satu. dan anaksaudaraku tersedar dari mimpi.

itulah cerita ceriti kali.. sekadar cerita mimpi sahaja huhuhu.. cerita dongeng aku kali ni.





Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran