Khamis, 30 April 2009

Bicara lagi

Alhamdulillah, tinggi kesyukuran ke hadrat yang maha tinggi.. zat yang tiada tolok bandingnya..
hari ini aku menulis lagi.

Ermmm.. minggu depan aku akan kerja luar(outstation) ke utara bersama seorang eksekutif.
sudah lama aku tidak 'outstation'.. sesuatu yang dulunya menjadi kegemaranku untuk merantau.. namun kini sudah hilang 'mood' untuk merantau.. bukan wang yang aku kejarkan.. walaupun setiap kali aku kerja luar akan membuahkan rezeki yang agak lumayan.
aku mahukan kepuasan didalam menjalani atau didalam menghitung hari kepulangan.Biarlah aku dapat menggunakan sifat yang dipinjam ini sebaik yang mungkin.

Sifat ini adalah anugerah yang paling tinggi dan tidak ternilai dari Illahi.
Ternyatalah orang yang benar-benar faham akan anugerah ini.. tidak akan mengongkongkan dirinya dengan dunia kepalsuan.
Lihat sahajalah sejarah para nabi dan para wali... mereka tidak mencari kekayaan untuk dirinya.. dan kekayaan itu bukanlah tiket kesenangan dan keindahan.Lihat sahaja Syaidina Abu Bakar yang sanggup menghabiskan hartanya kejalan Allah.Untuk mencapai kejayaan itu bukan dengan dunia.. tetapi untuk mencapai kejayaan itu dengan kepuasan yang amat tinggi ke hadrat Illahi.seperti mana sedekah kepada fakir miskin.. betapa puasnya kita dapat membantu orang-orang yang didalam kefakiran dan kemiskinan.. lebih puas dari minum secawan air pepsi atau fresh oren.

seperti mana kita melihat orang yang patah kaki.. tidak dapat berjalan secara normal lalu kita belikan sebatang tongkat. dan dengan tongkat itu kita dapat melihat yang patah kaki boleh berjalan dengan keberanian dan keyakinan.Betapa puas hati kita melihat orang itu gembira.

untuk mencari kepuasan terhadap sifat2 yang dipinjamkan ini.. itulah contoh-contoh yang amat jelas.Apabila orang rabun kita berikan cermin mata lalu jelaslah penglihatannya.
begitulah kita didalam perjalanan menuju kehadrat yang khalik.
sentiasa istiqamah didalam perbuatan yang menjuruskan kebaikan.

Didalam doa iftitah telah kita berjanji dengan yang esa bahawa solat,ibadah,hidup dan mati itu hanyalah untuk Allah.. maka didalam apa jua persoalan yang kita lakukan didunia ini adalah untuk Allah jua.Dan sering kita terlupa akan janji itu lalu kita menjalani kehidupan ini bukan untuk Allah.. tapi untuk diri kita sendiri.Dan hanya satu jua sahaja kita lakukan untuk Allah adalah solat 5 waktu(itu pun ramai yang mengelak melakukannya).

kalaulah ibadah jauh dengan kita.. maka hidup dan mati pun seumpama tiada didalam hati kita walau pada hakikatnya kita hidup dan akan mati.

Antara diri kita ini ada 2 iaitu zahir dan batin kita.
Apa itu batin dan apa itu zahir..?
dan didalam zahir dan batin itu terdapat satu kuasa yang menguasai.. dan kuasa ini lah yang tidak akan terpisah di antara zahir dan batin.
Zahir dan batin boleh berpisah dan boleh bersatu.Tapi kuasa yang lagi satu ini tidak akan terpisah sampai ke perhitungan terakhir yang bakal menentukan nasib kita di padang masyar kelak.
Kuasa inilah yang menjadi timbang tara apa jua yang kita lakukan di dunia ini.kuasa ini umpama zat kecil.zat yang meliputi zahir dan batin.dan sampai waktunya zat ini akan kembali kepada yang maha Zat atau pun Zatullah.Maka sebab itulah manusia adalah makhluk yang paling mulia kerana pada manusia itu tersimpan satu rahsia yang tidak ternilai.

tapi sayang seribu kali sayang... didalam berbillion manusia didunia ini sejak zaman Nabi Adam hinggalah kini... manusia yang mengetahui rahsia ini hanyalah sedikit, itupun dikalangan para nabi dan para wali.

Allah itu tidak zalim pada manusia..
yang amalnya sedikit masih ada tempat disisinya... yang penting ikhlas didalam melakukan sesuatu perkara agar ia tidak lari dari Al hadis dan Al Quran.

sekian buat masa ini.
wassalam.

Rabu, 15 April 2009

Kematian

Semua orang akan mati...
mati meninggalkan urusan dunia ini..
dan pulang kesebuah destinasi yang lain..

destinasi itu adalah sebuah alam..
alam yang dipanggil alam barzakh..
Disana segala perhitungan kita didunia akan di ambil kira
sebagai satu tindakan keadilan.

Takut!! Mengapa perlu takut jika kita tidak melakukan kesalahan..
Mengapa perlu takut jika kita mengikuti segala suruhan Allah..
Mati hanya pindah alam..
pindah dari alam nyata kepada alam yang tidak diketahui.

Didalam kita menjalani kehidupan didunia ini..
kadangkala kita lupa akan saat kita mati semakin hampir..
sedangkan ingat mati itu adalah wajib bagi kita..
Apabila kita mengingati akan kematian maka kita akan buat yang terbaik untuk
anak,isteri,suami,keluarga mahupun sahabat handai kita.

Rindu akan kematian itu adalah satu inspirasi untuk kita buat yang terbaik semasa hidup.
Adakah kita mati??
tidak... keranakita hanya pindah alam sahaja... alam yang telah lama kita tinggalkan.

Selasa, 14 April 2009

Kemalangan

Semalam pagi aku dikejutkan satu berita yang benar-benar menyayat hatiku.isteri ku call dalam keadaan sebab menyampaikan satu berita kemalangan bas di Rawang Selangor.
Antara mangsa kemalangan tersebut adalah adik sepupu isteriku yang aku panggil dengan nama Zikri.Nama sebenarnya adalah Mohd Yusril Zakaria.

Dulu......
"Zikri seronok menjadi sebahagian dari keluarga along.. "

"Zikri benar-benar sayangkan Nurul.. tolonglah zikri along..."

"Sahabat Zikri sama macam along yang tahu serba sedikit bab ilmu tauhid.."

itulah antara kata-katanya ketika waktu dahulu.. ketika saat aku bersamanya bagaikan adik dan abang. Malah aku adalah tempat rujukan nasihat baginya.Ketika dia serba salah untuk menerima panggilan kesebuah maktab, akulah yang memberikan peransang kepadanya. Malah ketika interview, akulah yang memakaikan tali leher kepadanya.
Betapa akrabnya aku dengan arwah zikri.Namun... apabila sesuatu peristiwa telah terjadi,perhubungan kami jadi longgar.

ceritanya begini.......................
Arwah Zikri mengenali anak saudaraku(Nurul) lalu terbitlah rasa kasih dan sayang antara mereka.
perhubungan arwah zikri dan anak saudaraku dihalang oleh ibubapa arwah zikri.Ibu Zikri atau aku panggil Ngah tidak suka perhubungan antara anaknya dengan anaksaudaraku.

Maka terjadilah satu konflik keluarga.Aku dan isteriku tersepit ditengah-tengah antara mak saudara(sebelah isteriku) dan kakakku(ibu nurul).
Ibu Zikri memang berkeras dengan keinginannya agar perhubungan antara zikri dan nurul diputuskan. Aku menasihati kakakku serta anak saudaraku agar putuskan sahaja hubungan mereka berdua.Zikri pula merayu kepada ku.
Dalam masa yang sama, Nurul mempunyai seorang kawan yang lain lalu Nurul menerima kehadiran kawannya bagi mengelakkan hubungannya dengan arwah zikri.

Arwah Zikri cukup hampa dan aku hanya mampu menasihatinya sahaja.Setelah Nurul bernikah, maka Arwah Zikri juga bernikah dengan seorang gadis yang meminatinya iaitu Farah.Dan kini mereka mempunyai seorang anak lelaki sementara Nurul juga mempunyai seorang anak lelaki.

Perhubungan aku dengan keluarga arwah zikri agak dingin sejak peristiwa yang lalu itu.Dan Arwah zikri jarang bertemu kami lagi sehinggalah semalam kami mendapat berita yang menyayatkan hati.

Arwah Zikri terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya utara-selatan di kawasan Rawang.
Arwah meninggal dunia ditempat kejadian bersama 5 orang lagi mangsa kemalangan tersebut.
Mmmm.. aku agak terkilan kerana sejak arwah menikah dan mempunyai anak, arwah tidak pernah mengunjungi kami.Namun begitu,arwah sempat mengirim sms setiap kali menjelang hari raya.Arwah seorang budak yang baik dan alhafiz.Rajin bersolat dan mengaji AlQuran.
Mungkin ini sudah takdir baginya yang meninggal dunia di atas jalanraya.

Semoga Arwah Zikri atau pun Mohd Yusril di tempatkan dikalangan orang-orang mukmin di alam sana.

Al Fatehah!!.

Isnin, 6 April 2009

kosong

...............................................
...............................................
...............................................
Noktah!

Khamis, 2 April 2009

Penghayatan Zikir

Assalamualaikum buat hamba Allah yang dikasihi.. segala puji-pujian hanya layak untukNya..


tuhan semesta alam.. yang esa lagi maha pengasih.


terpanggil untuk menulis serba sedikit sebagai satu perkongsian ilmu.


Sebagai hamba Allah.. tugas kita sebagai khalifah yang dimuliakan Allah itu sebenarnya berat dari apa yang kita sangka selama ini.Malaikat mahupun Jin tidak mampu untuk memegang amanah yang besar ini.. namun kita hamba yang dimuliakan telah terpilih dari kalangan yang terpilih untuk menjadi khalifah dimukabumi ini.





Sudah tentu kita cukup bertuah kerana terpilih untuk hadir kemukabumi ini... cuma tugas dan amanah sudah tentulah berat dari apa yang disangka.. Malaikat sendiri tidak mampu untuk melakukan tugas ini... Iblis yang dulu juga ketua para malaikat sendiri tewas dek kerana tak mampu mendefinasikan kehadiran manusia itu sendiri.



Aku ingin berkongsi ilmu dan pendapat mahupun idea..



Zikir.... apa itu zikir???

Zikir adalah satu ingatan yang tulus ikhlas disebalik puji-pujian kehadrat yang maha pencipta.

Zikir adalah satu amalan khusus buat semua makhluk ciptaan Allah.

Sebelum terzahirnya manusia itu, amalan zikir itu telah diamalkan oleh para malaikat termasuklah Syaitan,iblis dan Jin.

Sebelum kejadian manusia itu, Malaikat,syaitan/iblis serta Jin telah pun diciptakan Allah.



Dan amalan zikir itu juga tidak dikecualikan kepada kita... maknanya.. kita juga sama seperti mereka yang harus melalui amalan zikir ini.



didalam dunia penzahiran ini zikir itu telah diperbanyakkan..

dan berbagai-bagai versi zikir diketengahkan oleh para anbia,wali mahupun ulama' berlandaskan hadis dan AlQuran.



aku tidak mahu mengulas pelbagai zikir.. namun aku mahu lebih realistik dan membawa satu penerangan zikir yang mudah di ucap tapi amat bermakna di hati.

sebagai contoh zikir asma 'Allah'..



Asma Allah adalah meliputi kepada yang maha pencipta itu sendiri.

Apabila perkataan(asma) Allah itu digandingkan dengan yang lain seperti Allah Hu Akhbar..

ia memberi makna sokongan terhadap asma itu sendiri bagi menyatakan bahawa zat itu adalah zat yang hakiki dan tiada lagi persamaan terhadap zat tersebut.

tetapi asma Allah itu sendiri telah meliputi yang awal dan yang akhir bagi manusia yang diciptakannya.. dan tiada awal dan tiada akhir bagi zatulhaq.. zat yang semata-matanya zat.



Bagi sesiapa yang nak mengenal diri... awal zikirnya adalah perkataan 'Allah' yang meliputi zat,sifat dan affaal... (asma' itu adalah nama bagi perkataan Allah itu sendiri).

jika kita menyebut Allah disertakan zat,sifat dan afaal maka barulah kita merasai getaran yang hebat dikeseluruhan badan... getarannya bukan rasa menggigil kesejukan.. atau menggelitik kepanasan.. namun ia bagaikan getaran 7 lapisan kulit..

malah getaran yang hebat adalah rasa sebak didada yang kita tak mampu nak kupaskan mengapa ia terjadi, kerana ia terjadi dengan sendiri tanpa kawalan mengikut hukum akal.
seumpama apabila kita bersin(satu tindakan yang diluar kawalan kita sendiri).

'rasa-rasa' ini hanya sebagai satu dalil bagi maha pencipta memberitahu hambanya bahawa Dia yang paling hebat dan tertinggi.. dan apabila kesedaran itu sampai kepada sifat dan afaalnya maka rasa kerendahan itu akan sampai pada manusia(kita).
Dan akhirnya tangisan adalah satu tempat luahan yang dapat dinyatakan secara zahir.

dan selain rasa sebak dan getaran... manusia juga akan diberi rasa tenang yang terlalu tenang.. rasa bahagia yang terlalu bahagia...
rasa-rasa ini adalah peringkat awal didalam kita menjalani ritual zikir...

selain rasa ini ada juga rasa melalui deria bau.. mungkin kita akan di beri bauan wangian seperti mana bauan bunga kasturi atau pun bauan Hajarul aswad.Bauan2 ini selalunya hadir ketika didalam solat.

zikir yang dizahirkan adalah solat itu sendiri... dimana ketika solat, semua anggota badan kita ikut memuji maha pencipta.semua anggota bergerak didalam bentuk satu penyerahan yang total.Dan wajib bagi manusia mengetahui rahsia solat... rahsia zikir didalam solat..
setiap perbuatan didalam solat juga merupakan zikir yang sangat hebat(bagi yang mengerti).

Zikir Allah merupakan satu penyucian terhadap zat,sifat dan afaal yang diberi pinjam kehadrat manusia.apabila sesuatu yang dipinjamkan itu dikotori maka haruslah manusia itu menyucikannya.. Apabila kita memohon daripada Allah dan cukup perkataan Allah itu sendiri akan memberi kita makna yang cukup mendalam.

dan jika asma Allah itu sudah sebati maka syaitan akan cuba menguji sejauh mana tahap kesucian martabat manusia itu sendiri.Selalunya syaitan tidak mampu menembusi benteng pertahanan manusia yang sering berzikir dan menyerahkan diri kehadrat Allah.
Peringkat awal.. syaitan akan menguji kekuatan roh manusia melalui alam mimpi..
dan jika tidak berjaya.. maka syaitan akan menguji dalam bentuk zahir.. dimana manusia itu sendiri akan nampak syaitan secara zahir.Jika tidak berjaya juga.. syaitan akan menguji dalam bentuk manusia itu sendiri..(mempergunakan manusia melalui manusia).
bab yang ni selalunya manusia akan gagal.

Zikir Allah amat bermakna sebenarnya bagi manusia yang baru didalam perjalanan yang satu ini.Selepas manusia itu dapat menyucikan segala kekotaran diri,baik yang diluar diri mahupun dalam diri, maka zikir yang lain akan menyusul.. seperti zikir pengesaan Allah melalui bacaan Surah Al Ikhlas... atau kalimah tauhid dan rasul didalam syahadah, atau zikir puji-pujian yang lain seperti Alhamdulillah,Subhanallah dan sebagainya.

cukuplah setakat ini sahaja yang dapat saya berkongsi sedikit ilmu.

wassalam.


Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran