Rabu, 31 Disember 2008

Ilmu

Aku berbicara lagi...
Didalam perjalanan menuju kehadrat yang esa... kita pasti akan menemui berbagai-bagai persimpangan.. dan persimpangan itu akan kita timbang dengan akal fikiran selaras apa yang Allah telah anugerahkan kepada kita.Didalam pertimbangan itulah kita akan memulakan perjalanan setiap kali menemui persimpangan.

Bukan mudah untuk kita merealisasikan segala impian atau amanah yang telah diberikan kepada kita.Didalam berjuta-juta roh di alam sana.. maka roh kita telah terpilih dan diangkat sebagai khalifah dimukabumi ini... untuk apa?!
lantas apakah kita tidak merasa sedikit bangga?! menjadi seorang manusia dan diangkat sebagai khalifah?!!

Namun.. untuk apa Allah memilih roh kita ini dan mengutuskan sedikit ole-ole ke muka bumi ini?!apakah ole-ole yang Allah sertakan pada diri kita itu tidak terlalu enak untuk dinikmati?!..
atau ole-ole itu telah mengaburi mata sehingga kita terus ditenggelami nikmat??
apakah ole-ole itu??

Roh kita ini di beri pakai dengan pakaian yang cukup cantik apabila memulakan era baru sebagai penghuni bumi.pakaian itu terlalu halus ciptaannya malah zahirlah pula.
dan diantara pakaian itu diberi 7 ole-ole untuk kita menikmatinya disepanjang perjalanan kita ini didalam penanggungan amanah.

dan ole-ole itu bukan boleh dinikmati seperti kita memakan kuih apam atau karipap... setelah makan terasa kenyang dan tertidur lena sehingga bangun masih terasa lapar kembali.. bukan itu...
kerana tanpa ole-ole ini,mana mungkin kita dapat merasai apa jua kenikmatan sebagai seorang khalifah...mana mungkin.
dan ternyata manusia itu mudah bangga diri.. lalu setelah sekian lama menikmati ole-ole pemberian Allah lantas manusia itu alpa dan leka lalu lalai didalam kenikmatan buatan sendiri.

cukuplah sedikit perbicaraan pada hari ini.

Jumaat, 26 Disember 2008

Dilema sahabat

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
bukanlah mudah seperti kalam bersuara dengan bahasa-bahasa indah.. atau kedengaran sang burung berkicau riang di angkasa.. tidak mudah mengotakan sesuatu perkara yang kita janjikan..

antara kawan dan sahabat ia mempunyai perbedaan yang amat besar.
seperti mana aku bersama-sama sahabat2ku seperti Lie,ZZ,Wak Dol mahupun Rahmat...
adakala mereka ini benar-benar seorang sahabat namun pada masa lain mereka ini hanyalah seorang kawan biasa.kerana apa?! kerana kadangkala mereka ini berada di atas tingkat sahabat yang paling tinggi namun di waktu lain mereka ini meletakkan diri mereka hanya sedarjat seorang kawan.kalau di dalam permainan bowling... konsisten itu adalah sesuatu perkara yang amat penting,begitu jua didalam hubungan manusia.

sayang sekali kerana ada antara mereka yang di uji secara zahir namun tidak sanggup melepasinya dengan mengadakan pelbagai alasan.Yang rasa dirinya beramanah namun jauh dari kelompok amanah.yang rasa dirinya baik namun terpelusok di hujung sudut kecurangan diri.

Kadangkala akal yang tidak sihat selalu mengajak aku ke tempat yang yang paling hina.. dan alhamdulillah apabila Allah mengurniakan akal yang sihat mengawal keadaan agar aku lebih merasai intipati rhedo yang tersembunyi.

Ilham yang sampai tidak kira waktu dan tempat... datang bagaikan air yang dicurah...
namun pada siapa hendak ku kongsikan... sahabat?! mereka asyik berada didalam kesurutan yang tidak pasang-pasang... lalu ilham akan pergi begitu sahaja.

Dan itulah manusia.. apabila nikmat yang diberi itu terlebih ruah.. maka akan alpalah mereka.
yang tiada anak diberi nikmat anak... yang tiada harta diberi nikmat harta... yang tiada kasih diberi nikmat kekasih... namun masih lagi manusia itu ingin mendustai diri sendiri.

sahabat ya sahabat..
saat kau memerlukan, insya'allah aku disisi.
saat aku memerlukan, masya'allah kau hanya berdiam diri..
tidakkah kau tahu.. ilham yang datang bukan terperi..
dan tidakkah aku tahu bahawa mereka ini tenggelam dalam nafsu sendiri.

biarlah aku didalam perjalanan ini..
bersama kerhedoan illahi..
tiada lagi hampa di hati..
kerana apa yang ada telah diberi..

dan biarlah mereka berdiri sendiri..
kerana rasa membuak pada diri..
semoga apa yang dirasa dapat terperi..
dan rahsia hakiki akan terbuka lagi.

sahabat ya sahabat..
teruskanlah perjuangan sendiri
kerana mati sendiri-sendiri.

ah! mengapalah kau tidak mengerti.
wassalam.

Di ambil dari blog seseorang.

Salam sejahtera ke atas kalian...

Ila hadratin nabbiyill mustofa,rasulullah hi salallah hu alaihi wassalam wa'ala alihi wasahbihi kirami syaiul lillah hil fatihah.. (al-fatihah)....

Hari ni aku cuba lah bina blog sendiri,asyik dok intai blog org jer teringin gak nak cuba2. Ntah apa rupa pun aku tak tahu, kalau nampak cacat jer jgn lah korang ngutuk plak, budak baru blajar lah katakan. Tapi hari ni aku tak punya byk masa nak karang cerita,cukup rasanya sekadar kisah ringkas tentang diri aku. Nama blog aku pun 'perjalanan',jadi korang pun dapat agak lah rasanya,memang aku ingin sgt tahu tentang 'perjalanan' ya..perjalanan aku dari alam sana hingga Allah Taala campakkan aku dari 'syurganya' ke dunia yg penuh cela ini, aku harus mencari alasan paling kukuh kenapa Dia harus kirimkan aku ke sini. Aku juga ingin tahu bagaimana aku ingin 'kembali' ke hadratNya dengan sebaik2 kedudukan di sisiNya.

Demi Allah...aku mengaku bahawa selama ini Islam aku hanya pada keturunan, kedua org tua aku Islam maka aku juga Islam, tapi tidak pernah aku ingin mencari kebenaran Islam itu sendiri, orang lain solat aku pun solat, orang lain puasa aku puasa walaupun banyak juga yang aku 'langgar', aku hanya mampu menurut tanpa mengerti. Namun perancanganNya cukup teliti, Dia bukakan aku lorong untuk aku memulai 'perjalanan' ini, pastinya Dia telah temukan aku dengan 'seseorang' yang telah lebih dahulu menemui jalanNya, yang bisa merungkaikan apa jua persoalan tentang tentang kejadian 'manusia' .

''KENAL DIRIMU RATA-RATA,BARU KENAL ALLAH YANG NYATA''.Dulu aku juga ada mengaji kitab, Minhajul Abidin,Sirrul Salikin, Al-Hikam. Aku juga mengikut Tariqat (tak perlulah aku sebut Tariqat tersebut), ada wirid2 dan zikir2 yang aku amalkan. Namun ternyata belum cukup untuk menampung 'serakahku' tentang ilmu. Alhamdulillah kini aku benar2 yakin akan ilmuNya yg tidak terbatas, biar aku kongsikan dengan kalian..hanya ada satu jalan sahaja untuk manusia terus merentasi lautan ilmu Allah ini tanpa batasan, iaitu jangan berhenti bertanya 'Kenapa'??. Jangan takut untuk bertanya tentang apa jua persoalan, kalian harus yakin, Dia yang hadirkan soalan maka pasti Dia akan sediakan jawapan. Aku tidak takut untuk bertanya, apa benarkah Adam a.s itu manusia pertama,jika benar mungkinkah Nabi serta Rasul kita yang satu ini pernah hidup di dalam gua,dengan kehidupan primitif,tanpa tamadun ?? Masakan Rasul kita begitu primitif??

Akhirnya aku ketemu jawapan sebenarnya, barulah aku benar yakin dan mengerti siapa itu Adam yg sebenarnya,maaf jika aku katakan Adam yg kalian kenal belum tentu sama dengan Adam yang aku kenal.Mungkin ada yang ragu untuk bertanya kenapa Allah jadikan manusia berbangsa2,berbagai agama, berpuak2. Dengan izinNya jua ada manusia jahat ada manusia baik, dan yg jahat bila kembali nanti sudah pasti Neraka yang menanti... aku harus masuk neraka atas kejahatan yg Dia izinkan?? Mana keadilanMu ya Rabb??...namun ternyata aku masih ketemu jawapan, jawapan yang benar2 memberikan aku keyakinan bahawa Allah Taala memang adil, nah sekarang pendirian aku tentang keadilan Allah Taala tak mungkin bergoyang lagi.Ternyata banyak lagi persoalan2 yang selama ini ramai yang 'ngeri' untuk persoalkan , bagi mereka usah persoalkan apa yang telah Allah rencanakan. Nah..ternyata dalam tak sedar mereka telah berkata ''begitu sempit ilmuMu ya Allah, hinggakan aku tak bisa tahu mengapa Kau jadikan sesuatu itu''.

Ingin aku katakan, pada manusia Allah Taala itu berada pada makam 'Asbab',
''Tidak aku jadikan seluruh alam ini serta isinya melainkan kerana engkau Ya Muhammad''.

Sesungguhnya kebesaran Allah tidak perlu kepada sebab untuk menjadikan sesuatu, namun akal manusia amat terbatas..ia harus melihat sebab untuk sesuatu itu berlaku dan sesungguhnya 'sebab' inilah permulaan bagi perjalanan ilmu. Kalau aku guna bahasa mudah, siapa lagi yang harus mengkaji ilmu Allah ini kalau bukan kita manusia, masakan kita nak harapkan malaikat..dia tidak berakal. Jadi lebih baik jangan jadi manusia jika takut untuk menggunakan akal.Tak perlu rasanya aku ceritakan jatuh bangun aku dalam 'perjalanan' mencari kebenaran ini, cukup sekadar aku berkongsi cerita dengan kalian, Bermulanya perjalanan setiap hamba yang mengaku diri mereka itu Islam itu seharusnya lah sebagaimana bermulanya perjalanan Baginda Rasul,namun aku pasti terlalu ramai yg jadi keliru tentang perjalanan Baginda Rasul itu sendiri. Kita sering jadi manusia yang senantiasa hidup dalam angan2.

Jika aku bertanya bagaimanakah Allah itu?? Bagaimanakah Malaikat itu?? Bagaimanakah syaitan serta iblis itu?? Maka kita akan mula berimaginasi...itulah angan2 namanya. Allah Taala bukan angan2,malaikat2Nya bukan angan2.. Islam bukan agama angan2, namun akan ramai yang mula berdalih..cuba untuk menipu diri sendiri, baik...jika manusia tidak berimaginasi, ke mana pusat fikiran mereka ketika solat? Berapa ramai yang mampu untuk 'karam' di dalam solatnya sebagaimana 'karamnya' Abu Bakar As-Siddiq?? Ahhh..itu Abu Bakar sahabat Rasul..manusia pilihan, apa Abu Bakar itu bukan manusia seperti kita? Jika kita bukan pilihan mana mungkin kita hadir ke dunia ini? Kita sudah di pilih,cuma kita lebih suka hidup dalam anganan. Belum tiba 'bahagian' itu untuk kita.

Tidak salah kiranya kita membuka kitab2 karangan Al-Ghazali,Syeikh Abdul Qadir Jailani dan sebagainya sebagai rujukan, namun kita harus faham mereka mengarang kitab itu atas kefahaman mereka tentang perjalanan mereka bermakna itu 'haq' mereka. Bagaimana 'haq' kita? Mungkinkah ada jalannya untuk kita mencari haq kita tanpa merujuk kepada kitab2 tersebut? Jawapannya ada. Wahh ini sesuatu yang menarik. Pasti ramai yang takut 'tersesat' jalan...bagi aku, jika Dia ingin sesatkan aku dalam perjalanan aku mencariNya aku redho. Tapi aku yakin selagi jalan Baginda Rasul yang aku tempuh aku tidak mungkin tersesat, apa itu jalan Baginda Rasul?? Mungkin ada yang berkata Al-Quran dan Sunnahnya, namun bagi aku aku harus memulai sebelum itu. Aku harus bermula sebagaimana Baginda Rasul bermula sebab Baginda Rasul itu contoh. Baginda Rasul bermula tanpa Al-Quran tanpa Sunnah, mungkin tak ramai yang bersetuju denganku.Bukankah kita sudah ada Al-Quran dan Sunnahnya untuk pedoman??

Maafkan aku ya,ramai yang cuba mengikut sunnah dengan menyimpan janggut sejemput,berserban berjubah...tapi hati penuh noda. Hati penuh curiga, penuh hasad dengki. Dan yang paling menakutkan ada yang berkuliah tentang Allah,tentang ZatNya sedangkan mereka sendiri tidak pernah bertemu akan Allah. Tidakkah mereka itu sedang berdusta.Bukan sedikit yang akan tergagap2 bila ada yang bertanya,bagaimana Baginda Rasul bersembahyang sebelum israk-mikraj?? Adakah baginda bersembahyang?? Sedangkan ketika itu ibadat sembahyang belum 'diambil'. Jadi macam mana ya??? Maka akan datanglah berbagai versi jawapan...??!!!??

Sebelum 'di lantik' menjadi Rasul, baginda hanya berbekalkan budi dan akhlak yang maha tinggi. Tiada apa yang lebih dari itu. Hinggakan Baginda menempuh satu keadaan 'bercelaru' lantas Baginda menyendiri di gua mencari ketenangan,ketika itu datanglah 'Jibril' memerintahkan baginda membaca 'Iqra'...bacalah...(aku tidak tahu membaca)...bacalah (aku tidak tahu membaca)...bacalah.. jika kita renung kembali...apa yang di maksudkan dengan 'bacalah' itu,maka kita akan bertemu dengan jawapan bagaimana Baginda Rasul memulakan 'perjalanan' Baginda, perjalanan Baginda bermula dengan merenung kejadian diri Baginda sendiri (Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.....), maka maksud bacalah di sini adalah 'Renungkan lah', bukanlah membaca tulisan2.
Maka dari situ aku mula faham bahawa aku juga harus bermula dengan mencari asal kejadian diri, syukur Ya Rabb..Engkau telah temukan aku denga seseorang yang bisa tunjukkkan jalan mengenal diri.Biarlah ramai yang mengatakan kami golongan 'songsang' namun aku mengerti, aku tidak mungkin meminjam iman yang ada di dalam dada Al-Ghazali ,Syeikh Abdul Qadir Jailani hatta iman yang ada di dalam dada Baginda Rasul tidak mungkin aku pinjam untuk aku letakkan di 'dadaku'.

Firman Allah Taala ''Sesungguhnya tiada kekhuatiran di hati para waliKU''.

Rasanya cukup setakat ini untuk kali ni, salamzzz.

/// cubalah renungkan kata2 penulis ini... banyak intipati yang boleh di ambil oleh kita.///

Selasa, 23 Disember 2008

Dunia menuju kehancuran

Tiada kata seindah bahasa... tiada rupa seindah wajah... tiada dunia seindah akhirat..

Ah! dunia...
semakin aku berada didalam perjalanan di dunia ini.. semakin aku dapat melihat kerakusan diri manusia yang berlumba-lumba atas kehendak dan kepuasan diri sendiri...
keangkuhan dan kebiadapan terhadap tatasusila manusia itu sendiri.

Perang umpama menjadi darah daging buat manusia yang tamak haloba...
yang berkuasa harus menunjukkan kekuasaan sehingga melebihi batas-batas kemanusian itu sendiri.. Ajaran AlQuran hanya indah disurah-surah didalam 30juzuk... dan hanya indah disaat kalam mengalunkan bunyinya... hanya seindah itu sahaja bagi sajian halwa telinga.
Tiada penzahiran langsung apa yang terkandung didalamnya.Mengapa?!!
kerana manusia itu angkuh apabila sudah selesa berada didalam kesenangan sehingga lupa segala ajaran didalam AlQuran itu harus diterjemahkan melalui perbuatan..

Lihatlah negara ini... negara Islam disamping penghuninya berbilang kaum dan bangsa... dan dimanakah keislaman disebuah negara Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang terkandung didalam AlQuran.. kalau pun ada.. hanya tidak sampai setengah ajaran itu di adaptasikan didalam penzahirannya..
maknanya Islam cacarmarba... Apabila dibicarakan hukum yang terkandung didalam AlQuran.. mereka lebih berbangga dengan hukum buatan manusia.Na'uzubillah.
Mengapa ini berlaku? tidakkah mereka nampak kewajaran hukum yang ada didalam AlQuran itu?atau mahu hukuman yang lebih berbisa didalam liang lahat?

Islam itu sempurna seperti didalam wahyu yang diperturunkan Allah kepada Nabi Muhammad.Islam sudah sempurna.tetapi yang tidak sempurna itu adalah diri pengamal Islam itu sendiri kerana sentiasa berdolak dalik perihal keislaman walaupun berada didalam jarak pengukur negara Islam.
Tiada alasan yang munasabah kerana semasa pemerintahan Nabi Muhammad di Madinah.. masih terdapat bangsa lain yang bukan Islam ketika itu masih boleh menerima hukum-hukum AlQuran.Tetapi kini tidak.. orang Islam sendiri tidak mengangkat AlQuran itu ditempat yang lebih tinggi.. mana mungkin orang yang bukan Islam boleh melihat AlQuran itu sebagai mukjizat bagi umat Nabi Muhammad.

tepuk dada tanyalah keimanan diri masing-masing.
Ah!! dunia menuju kehancuran.

Selagi ada cinta

Sudah lama aku tidak menarikan jari jemari di atas papan kekunci ini... dan semoga hari ini akan hadirlah idea-idea yang terilham di sanubari ini untuk aku berbicara tanpa suara..

Perjalananku masih jauh lagi walau pun pada hakikatnya kepulangan itu semakin hampir.
satu perbezaan antara jauh dan hampir ini...
jauh dalam sebuah perjalanan menuju kepada yang khalik.. dan hampir kepada satu alam yang tidak dapat di rungkai pada pandangan zahir.

Satu kematian itu adalah sebuah pintu kealam yang lagi satu... sama ada kematian itu pada fizikal zahir atau kematian itu pada fizikal yang halus tanpa jisim.
Didalam perjalanan ini terdapat satu pintu ke alam yang lagi satu dimana pintu itu akan dibuka secara paksa atau pun tidak.. ia tetap akan dilalui oleh semua makhluk tuhan yang esa.

dan pintu itu akan membawa ke pintu-pintu seterusnya.
Namun masih terdapat gerbang antara pintu itu satu jalan pintas dan penuh berliku.
Terpulang kepada makhluk tuhan itu untuk memilih jalan yang mana harus di laluinya.
Dan selagi ada cinta bertakhta di hati... cinta yang satu tanpa belah bahagi.. maka selagi itulah kita usah kuatir akan hal-hal yang kalut dan karut di muka bumi tuhan ini.
kerana hal kalut dan karut itulah sebuah perjalanan yang harus dilalui.

Pada awal manusia itu akan melalui pintu dari alam roh ke alam penzahiran.dan dari alam penzahiran itu manusia akan melalui sebuah pintu yang di panggil pintu alam barzakh..
Di alam barzakh terdapat sel-sel mengikut tahap penghayatan seseorang itu kehadrat Allah.Andaikata hitam maka hitamlah.. andaikata putih maka putihlah...

dan dari alam barzakh pula kita akan melalui sebuah pintu alam yang lain.. dan yang lain...
dan yang terakhir adalah pintu hijab antara kita kepada zat yang mutlak.. zat yang hakiki...
zatullah.

Namun perlukah kita melalui ini semua?! atau ada lagi pintu didalam saat kesedaran kita didunia ini? Allah itu tidak zalim kepada hamba-hambanya..
yang hamba akan melalui perjalanan baik dan jahat mengikut kehambaan yang dimilikinya.
yang kekasih akan melalui perjalanan kerinduan kepada kekasihnya...

ya.. selagi ada cinta disanubari ini.. aku tidak kuatir kepada liku-liku dihadapan sana.
semoga aku rhedho didalam perjalanan ini dan Allah merestui perjalananku ini.
kerana selagi ada cinta dihati ini.. aku tidak gentar menghadapi ajal dan maut malah disudut sanubari ini hanya ada Allah disisi.

sekian buat masa ini.

Isnin, 17 November 2008

Panggilan Haji

Panggilan haji... telah tiba lagi...
panggilan ke Baitullah.. Tanah Suci Kota Mekah..
............................................................................................................

'Labaikkallah humalabaik..
Labaikkallah syarikallahkallabaik..
Innalhamda.. Waniqmata..
Lakawalmuq.. Laaaa.. Syarikallahh..
............................................................................................................

Ah!! alangkah seronoknya kalau aku dapat lagi menjejaki Tanah Haram seperti mana aku menunaikan Ibadah Umrah pada tahun 1993,2000 dan 2004..
Setiap tahun ada sahaja perubahan di sekitar kota Mekah dan Madinah..
Pada tahun ini seharusnya aku pergi menunaikan Haji bersama kakak ku namun ditakdirkan aku tidak dapat menunaikannya tahun ini.. Semoga tahun depan aku akan diterima sebagai tetamu Allah.. insya'allah..

Ibadah Haji bukan seperti mana ibadah Umrah yang kita boleh lakukan bila-bila masa.. Ibadah Haji mempunyai tambahan pantang larang serta rukun.
Namun tidaklah sempurna sesuatu Ibadah Haji itu tanpa Umrah.. Dan sempurna Umrah tanpa Haji.Ini bermakna.. setiap kali kita melakukan ibadah Haji(sekali setahun).. ibadah Umrah juga tetap kena lakukan tidak kiralah sama ada Haji itu adalah Haji Tamatu',Ifrad atau Kiran..
Didalam 3 ibadah Haji ini.. Haji Ifrad memerlukan pengorbanan yang tinggi bagi sesiapa yang berhajat melakukannya.Kerana tempoh pantang larangnya lebih panjang daripada yang lain.

Haji bagi saya adalah perjalanan mati... perjalanan memahami ketauhidan... perjalanan untuk mengetahui rahsia pengorbanan...
Kerajaan Arab Saudi hanya menerima kunjungan tetamu Allah seramai 3 juta setahun sahaja.
21/11 ini saya akan menghantar kakak dan abang saya yang bakal menjadi tetamu Allah pada tahun ini... Semoga mereka akan mendapat Haji Mabrur.. Insya'allah.

Khamis, 13 November 2008

Jihad

Sebenarnya malas nak buat komentar mengenai hukuman mati kepada 3 pejuang mujahid di Indonesia itu.Namun aku seolah-olah terpanggil meluahkan apa yang tersirat didalam benak sanubariku... kalau ada orang datang kepadaku dan mempersoalkan Jihad mereka atau mati syahidkan mereka? Jawapanku mudah sahaja.. hanya Allah yang lebih mengetahui dari apa yang tidak kita ketahui... push stop.

Namun persoalan mati syahid atau persoalan mengenai Jihad mereka bertiga itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat isu bagi berbagai pihak yang lebih sudu dari kuah atau ada juga pihak yang mengambil keberuntungan dari isu ini.

Secara lahiriahnya.. dan secara jujurnya 3 pengebom itu insya'allah tergolong didalam mati syahid jika apa yang dihujahkan mereka bertiga didalam apa jua website atau media kini adalah lahir dari hati mereka yang tulus dan ikhlas.

Jihad ini berbagai cara dan pendekatan yang berbeza...
Pernah satu ketika selepas berakhirnya perang Badar.. datanglah seorang sahabat bertanyakan kepada Rasullullah berkenaan Jihad.. lebih kurang begini persoalannya timbul..

"Ya Rasullullah, kita telah berjihad dan menang didalam peperangan Badar ini.. adakah Jihad yang lebih besar dari Jihad Badar ini?"

"Ada ya sahabatku.."

"apakah dia itu ya Rasulullah?"

"Jihad didalam diri kamu... Jihad ini lebih besar dari berjihad di medan peperangan.."

Sukar untuk kita mendefinasikan mengenai Jihad secara halus dan saksama.Namun penjelasan Rasullullah itu lebih mudah kita fahami.. pendek dan terang.

Walau bagaimana pun.. Jihad Fisabillillah ini juga bukan sahaja di Medan peperangan sahaja..
bagi pendapat aku yang kurang arif ini.. Jihad ini terbahagi kepada dua bahagian..

1. Jihad Keras.
2. Jihad Lembut.

1. Jihad yang bersifat Keras.

Jihad seperti ini melibatkan peperangan yang berkait rapat dengan Agama.Ia akan menjadi wajib bagi keseluruhan umat yang mampu untuk mengangkat senjata demi Islam.Ia di perbolehkan.Dalam hal ini, 3 pengebom itu, tiada jalan lain untuk berperang melainkan berjihad untuk menakutkan pihak musuh dan mengorbankan banyak pihak di Bali yang terkenal dengan kemaksiatan.Walaupun musuh2 yang mati itu tidak mengangkat senjata apa-apa pun bagi bertindak mempertahankan diri mereka.Namun perlakuan mereka itu sudah cukup menjadi wajib bagi diri umat Islam menangani secara keras kerana secara ilmiah tidak mungkin dibenarkan didalam negara yang pemerintahnya itu tidak mengamalkan hukum Islam yang sewajarnya.Dan ini bergantung juga kepada nawaitu yang benar2 ikhlas dari 3 pengebom bali tersebut.Andaikata mereka bertiga itu melunaskan hajat dengan perasaan tuntut bela dan amarah maka ia bukanlah mati syahid.Dan ini amat jelas didalam peristiwa Syaidina Ali di dalam medan peperangan.Ketika Syaidina Ali mahu memenggal kepala musuhnya lalu musuhnya meludahi muka Syaidina Ali dan balasan dari ludahan tersebut,Syaidina Ali tidak jadi memenggal kepala musuhnya hanya kerana niat yang suci itu telah bertukar amarah didalam diri Syaidina Ali.

2.Jihad yang bersifat Lembut.

Jihad yang lebih halus dan tidak menggunakan kekerasan.Ia lebih bersifat ilmiah.Jihad ini lebih kepada para pendakwah yang berdakwah mengenai kebaikan agama Islam kepada umat manusia.Jihad ini juga termasuk didalam Jihad yang lebih besar iaitu jihad didalam diri sendiri.Memerangi hawa nafsu.

Untuk menuruti apa yang dilakukan 3 pengebom tersebut adalah satu perkara yang diluar kemampuan sebenarnya.. dan itu adalah pilihan mereka berdasarkan kekuatan rohani dan jasmani mereka yang lebih mencintai jalan-jalan kesyahidan.

Semoga mereka bertiga ditempatkan didalam golongan para syuhadah.Al Fatehah....

Impianku

Aku tidak mengimpikan kemewahan namun aku impikan kesederhanaan..
Aku tidak mengimpikan kekayaan namun aku mengimpikan keperluan seadanya..

Aku teringin memiliki sebuah syarikat yang perniagaannya dijalankan bukan dasar keuntungan semata.. tetapi niat atas keuntungan adalah untuk berkongsi bersama dengan orang-orang yang berhak memilikinya.

Andai aku memiliki segalanya.. Madinah dan Mekah adalah kunjungan wajibku setiap tahun.
Menyerahkan diri pada yang esa atas kenikmatan yang sementara ini.

Mungkin Allah mendengar kalam bicara hatiku ini yang aku harapkan kejujurannya tetap utuh sampai bila-bila.Dan atas kalam bicara hatiku inilah Allah anugerahkan ilham untuk menjalankan perencanaan secara spontan tanpa draf pelan.

Dan aku bersama adik iparku yang merangkap sahabat pengajianku telah menubuhkan satu syarikat NH Resources... bersama-sama berganding bahu adalah sahabat ku seperti Rosli dan ZZ serta Rahmat.Kami berlima berikrar janji untuk melaksanakan impian ini.
Impian untuk semua.Bukan impian peribadi.

Semoga Allah merestui impian ini.
Alhamdulillah setakat ini, syarikat ini sudah mula bergerak tanpa modal.Dan projek pertama telah terlaksana dengan jayanya.Alhamdulillah.Aku hanya mengambil sedikit imbuhan usaha dan selebihnya aku masukkan kedalam tabung syarikat.
Dan projek kedua sedang berjalan.Kerja-kerja kami serahkan kepada Rahmat dan Dol untuk melaksanakannya.

Rosli kini sedang menanti kelahiran anaknya yang keempat.Semoga munculnya cahaya mata itu akan bersinarlah sumber rezeki syarikat kami ini.Semua sahabat-sahabatku gembira didalam situasi mereka.. yang didalam kesesakkan dan kerumitan ujian kewangan namun kepasrahan menjadi satu azimat untuk lebih rhedo didalam perjalanan menuju yang satu.

Aku lihat Dol kini bahagia disamping anak dan isteri... ZZ pula mula menggorak langkah didalam dimensi yang berbeza bersama keluarganya.. dan ternyata dia juga mula alami saat-saat bahagia walau pada ketikanya taufan melanda.. Rosli semakin bijak didalam percaturan ilmu..
dan Rahmat yang telah kami hilang ikatan persahabatan sekian lama telah kembali dengan keceriaan baru.. semoga mereka semua dikasihi Allah hendaknya.

Dan aku... aku memerhatikan mereka dari kejauhan pandangan... airmata yang mengalir,sebak didada dan tidak ternyata kegembiraan dihati ini walaupun ada kedukaan disudut hati..
adakah mereka masih mengingati aku sebagai seorang sahabat mereka... insya'allah..
aku tidak mengharapkan apa2 dari mereka kecuali sebuah kesucian menuju bersama-sama kehadrat rabbul Haq...

hanya aku seorang yang masih menumpang kasih terhadap seorang cucu yang di angkat sebagai anak sendiri.Aku akui Allah lebih memahami diri ini.... aku tidak mahu meminta lebih-lebih dari Allah yang maha mengetahui.. kerana sudah terlalu banyak kenikmatan yang Allah berikan kepadaku.. kadangkala aku malu untuk bermohon...
dan perlukah aku mendustai kenikmatan yang telah diberikan kepadaku selama ini sehingga meminta-minta lagi kenikmatan cahaya mata???
Perencanaan Allah itu lebih hebat dari perencanaan hamba-hambanya...

Aah! kadangkala kita ini adalah hamba.. kadangkala kita ini adalah Kekasih.. dan kadangkala kita ini bukan hamba dan kekasih....!!!
aku mengerti perjalanan masih banyak likunya... semoga aku tabah melalui perjalanan ini sehingga kepenghujung hari aku duduk didunia mega ini.
dan aku harap bila di penghujung hari, aku boleh tersenyum puas sambil berkata,
"sudah lama aku disini dan aku puas melayari perjalanan ini dan sudah sampai masanya aku menemui kekasih yang sebenar-benarnya.. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. segala pujian bagi Allah yang maha berkuasa... "

Hakikat Muhammad

Bismillahir- Rahmaanir- Rahiim..

Tak ada yang benar-benar kosong
tak ada yang benar-benar padat
Dalam kekosongan ada kepadatan
dalam kepadatan ada kekosongan

Dalam bathin ada zhaahir
dalam zhaahir ada bathin
Dalam keseluruhan ada bahagian
dalam bahagian ada keseluruhan

Keseluruhan Dzat-NYA bathin
bagian Sifat-Sifat- NYA zhaahir
Diamlah dalam dzikir
dzikirlah dalam diam

dan geraklah dalam dzikir
dzikirlah dalam gerak
hingga alami...

saat diam dalam gerak
dan gerak dalam diam
saat kesatuan dalam keragaman
dan keragaman dalam kesatuan

saat awal tak lain akhir
dan akhir tak lain awal
dan saat ada jadi tiada
dan tiada jadi ada

maka saat itu...diri kan terliputi Hakikat Muhammad
dan melaluinya tersingkaplah ....Diri Sejati.

Hikmah Kehidupan

"hikmah kehidupan " kutipan-kutipan firman Allah untuk renungan bersama :

1."Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau... (Al-An'aam: 32);

2. “Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz). ..Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur (mu) yang telah ditentukan.. . (Al-An'aam: 59-60);

3. “Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Al-An'aam: 103);

4. “Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Lahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. ...Dia bersama kamu di mana saja kamu berada... (Al-Hadiid: 3-4)

5. “Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al-Hadiid: 20).

6. “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. .. (Kami jelaskan ini kepadamu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Al-Hadiid: 22-23)

Isnin, 10 November 2008

Akhirat dan Dunia

"Wahai anakku, ketahuilah di kau,bahawasanya barang siapa yang mengejar dunia hanya akan dapat dunia semata tetapi barang siapa yang mengejar akhirat maka dunia itu percuma miliknya...
selagi kamu memiliki dunia maka akhirat itu akan menjauhkan dirinya dari mu...
dan selagi akhirat itu kamu miliki maka dunia itu sentiasa disisimu... ingatlah kalam bicara ini.. dan jadikanlah ia sebagai satu azimat dikemudian hari.."

................................................................................................................................................................

"Wahai akhirat!! aku kasihan melihat kau kerana manusia itu lebih meminati aku dari kau wahai akhirat...
aku sentiasa dapat membahagiakan manusia mengikut kehendak dan perencanaan mereka sendiri... andai mereka mahukan kebebasan maka aku adalah pilihan yang tepat mengikut fikiran mereka... dan sudahlah menjadi tugasku untuk menggembirakan mereka... aku hairan!!! mengapa mereka tidak memilih kau wahai akhirat?!.. atau kau tidak menjalankan tugas sebaik mungkin untuk menarik mereka kembali kejalan yang benar?!!"

"Wahai dunia adikku, aku sudah berusaha sedaya upaya untuk mengajak manusia ke arah diriku.. namun kau juga pilihannya... memandangkan kau itu adalah zahir maka mudahlah manusia itu nampak akan kejelitaan kau wahai dunia adikku... sedangkan aku!!.. kecantikkan ini tidak dapat dilihat mereka... andaikata mereka dapat melihat kecantikkan ini.. sudah tentu akulah pilihan mereka.."

"Benar wahai akhirat kakakku.. kau terlalu cantik.. malah aku sendiri ada sedikit cemburu kepada kecantikkan yang kau miliki... dah atas sebab itulah aku pelik bin ajaib bila memikirkan perihal manusia yang tidak tahu membezakan kecantikkan ku dan kecantikkan mu... "

"tidaklah perlu pelik bin ajaib wahai adikku... tidakkah kecantikkan ku dan kecantikkan mu itu milik Allah penguasa alam ini?! alangkah baiknya kita sama-sama melaungkan pujian ini terhadap pemilik kecantikkan yang sebenar.."

Maka akhirat dan dunia bersama-sama melaungkan kebesaran Allah.
'Allah Hu Akhbar''Allah Hu Akhbar''Allah Hu Akhbar'

Jumaat, 7 November 2008

Aku dan kau

Aku adalah aku..
kau adalah kau..
Namun antara aku dan kau..
ia tetap satu..

Aku adalah kau..
kau adalah aku..
namun aku tidak bersatu
dan kau tidak terpisah..

kenangan



Sungguh indah kenangan itu.Ketika itu aku bersama-sama sahabat2 sedang mendaki Jabal Nur.


Di atas Jabal Nur itulah terdapat Gua Hira' yang telah menjadi satu sejarah ketika Islam mula hadir di muka bumi Allah ini.Bersama Rasul pilihannya.. Muhammad SAW, di Jabal Nur itulah terpancarnya sinar Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.





Dari puncak Jabal Nur jelas kelihatan kota Mekah serta Kaabah.


Ooo alangkah indahnya kenangan itu... aku melaluinya seperti baru semalam ku mendaki.Di gambar itu kelihatan aku,Ziza,Rosli,ujang dan Abg Zul.


Namun itu hanyalah sebuah kenangan.


Gambar ini pula ketika aku bersama sahabat berada di Gunung Ledang.

itulah namanya kenangan.Dan dari kenangan itulah terdapatnya pengalaman.Dan Dari pengalaman itu pula akan hadir sebuah kematangan.

Jumaat, 31 Oktober 2008

kesalahan

Semalam aku melalui pengalaman yang amat mengecewakan hasil dari kesilapan diri sendiri.Ya.. aku juga manusia yang sering melakukan kesalahan.Aku tidak sangka tulisanku dalam emel sering orang salah ertikan.. dan ia menimbulkan keributan didalam permainan badminton.

hahaha.. biasalah aku yang sering suka memprovokasikan lawan-lawanku.. dan ternyata semalam adalah hari pembalasanku.dan pembalasan yang cukup menjatuhkan maruah diriku serta pasangan bergu ku.. ah! tapi kan itu biasa... penghinaan itu adalah kewajipan yg tersembunyi.ya.. kewajipan yang tersembunyi rahsianya.. seharusnya aku harus menerima itu sebagai satu cabaran dan pembetulan kehadrat diri ini.

dan hari ini,dengan bahasa2 puitis ku.. aku susun ayat-ayat untuk menyatakan kemaafan atas kesalahanku itu.Dan ternyata mendapat respon yang baik.. alhamdulillah.

Begitulah manusia yang tidak bisa lari dari dosa ciptaan sendiri.. begitu jua aku yang lemah ini sering tenggelam didalam dosa buatan sendiri.

Selasa, 14 Oktober 2008

Luahan dalaman.

Aku menutup helaian kitab AlQuran.Terasa pipiku basah akibat lelehan air mata yang mengalir dikedua-dua pipiku.terasa hidungku tersumbat akibat terlalu lama tenggelam didalam tangisan.

Surah Ar-Rahman cukup menyentuh hatiku.Siapalah aku di sisi Mu wahai Tuhan... yang telah menjadikan terangnya siang dan gelapnya malam.Dan dalam terangnya siang itu adanya cahaya matahari yang mengikut pusingan waktu.Dan dalam kegelapan malam itu masih ada sinarnya cahaya bulan yang menyinari bumiMu.



Nikmat manakah yang harus aku dustai lagi pada Mu Ya Allah?!



Sesungguhnya setiap saat dan detik itu adalah nikmat semata buat hamba-hamba Mu yang terus mendustai tanpa kesyukuran yang padu.Ah!! antara mereka itu adalah aku jua yang sering kali terlupa untuk mensyukuri nikmat-nikmat yang kau berikan ini.



Perjalananku masih jauh lagi dan didepanku itu sudah ada ranjau yang berduri.Dan ranjau-ranjau itulah ujian yang paling getir buat aku.Aku merenungi diriku sendiri... menilik wajahku di paparan cermin.Melihat sinar mataku.. melihat 2 ulas bibirku.Melihat kecapangan telingaku.Melihat hidungku yang agak kembang dan tinggi.Ya.. wajah ku mewarisi kacukan wajah keturunan Bugis dan Jawa yang dimiliki oleh Ibubapaku.
Tiada apa yang istimewa pada wajah ini kecuali yang istimewa itu adalah sifatNya jua.Segala lihat, segala dengar, segala kalam dan segala turun naik pernafasan itu bukan milikku jua...
Sifat itu bukan rupa... kerana sifat itu tidak berbentuk... seolah-olah seperti jisim.

Ah!! dimanakah aku kini... didunia yang nyata atau dunia yang palsu?!..
Perjalananku masih jauh lagi.... terlalu jauh didepan sana.. adakah cahaya di hujung sana bakal menyinari diri ini???!..

Hanya yang maha mengetahui lebih tahu dari aku yang tidak ketahui..

Isnin, 13 Oktober 2008

Sifatullah 5

Malam itu aku pulang dari jeti dengan hati yang lara. Mungkin belum sampai waktu aku berangkat pulang kekampung halamanku walau kerinduan itu memang tidak tertahan lagi.
Disini aku sudah mengenal apa itu ertinya kenderaan.Ada yang berkaki roda dua,empat malah lebih dari empat juga ada.Dengan kenderaan yang dipanggil Proton Wira itu.. aku kembali kerumah persinggahan sementara dimana di rumah itulah anak dan isteri ki bermastautin.
Anak dan isteri?!... adakah mereka sedar akan kehidupan itu hanyalah satu lakon layar yang hebat!! adakah mereka sedar bahawa kehidupan itu adalah satu perencanaan.!!! adakah mereka sedar amanah ketika berlafaz janji di alam sana!!??

Atau perlukah aku sedarkan mereka?!! seharusnya mereka juga amanahku.. tapi apakan daya jika mereka tidak mengerti akan perjalanan yang halus ini.. perjalanan ibarat sehelai rambut dibelah tujuh.Dan tiap kali aku bercerita dan cuba memberitahu hakikat yang sebenarnya, hanya sedetik cuma mereka memahaminya dan selebihnya hilang dibawa arus perjalanan yang gentir ini.


Buat anakku didunia ini, Ayahanda hanya mampu berikan apa yang perlu buatmu.Benteng itu hanya mampu bertahan selama 7 tahun dari kelahiran kamu.Dan selepas 7 tahun hanya diri kamu sahaja yang harus memperkemaskan benteng keimanan tersebut.Dan selepas 7 tahun itulah kamu akan diserang oleh tentera-tentera syaitan yang bakal menghasutmu ke lembah kehinaan.Maka berwaspadalah wahai anakku.Dan ketahuilah bahawa selepas itu kau adalah kau, dan aku adalh aku... maka kita akan berjalan dilandasan yang sama menuju kepada yang empunya hak.

Sampai di pintu rumah dunia ku, aku lihat waktu dunia sudah menjejaki angka 2 pagi.Aku membersihkan diri dan membaringkan jasad yang lemah ini di sebuah tilam.Disebelahku kelihatan anak comel yang bergebu pipinya.Aku mengucup kedua-dua pipinya melahirkan kasihku terhadap dirinya.Disebelahnya aku lihat wajah isteriku yang jujur dan hilang didalam keenakkan mimpinya.Aku kucup dahinya dan berkata didalam hatiku "Semoga apa yang kita lalui ini akan kita kecapi bersama-sama dikemudian hari.. Tabahlah dalam perjuangan ini.. dan genggamlah tali Allah itu kemana jua kau jejaki"

Aku cuba melelapkan mataku.Di antara sedar dan tidak, antara tabir alam nyata dan alam ghaib, aku terpandang bahtera yang dulunya membawa aku kedunia ini meluncur laju kearahku.
Betapa gembiranya hatiku.. mungkinkah saat-saat yang ditunggu ini telah hampir tiba??!!
Layarnya berkibaran dan bercahaya bagaikan bulan mengambang penuh.
Dan terasa urat-urat yang tersumbat di pembuluh darah meletus laju bagaikan aliran arus elektrik.Dari hujung kaki melingkari ke bahagian pinggangku.Dan terasa di pusatku aliran arus itu berpusing 7 kali.. betapa sakit tak terkira.. sakit didalam kenikmatan.dan arus itu bermain antara pusat dan halkumku.. nafas turun naik 7 kali dan terhenti di penghujung nafas sebelum ke ubun-ubun.Dan disinilah penantian itu terlerai atau tidak.Dari bahu hingga ke kaki sudah kejung sejuk beku.. tiada lagi daya upaya yang menjadi kudrat manusia.Yang kini hanya tinggal di hujung nafas menjadi penentu dan tabir antara alam zahir dan batin.
Sekian lama aku berkeadaan seperti itu dan terasa tubuhku ringan bagaikan melayangnya kapas ditiup angin.
"Allah..Allah..Allah... Arghhhhhhhhh.. ALLAH HU AKHBAR..!!!!"
aku terkejut dan terjaga.Hilanglah cahaya bahtera itu.
"Astagfirullah....Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku ini.. walaupun aku merindui Mu.. namun KAU lebih maha mengetahui segala-galanya.Sesungguhnya aku masih lagi bukan orang-orang yang beriman.Aku belum rhedo menghadapi saat-saat ini.Ya Allah bantulah aku didalam perjalanan yang singkat ini.Janganlah kau palingkan aku dari wajahMu Ya Allah"

Aku terjaga lalu aku memandang tubuh zahirku ini.Ternyata Allah itu terlalu hampir denganku..
Dia tidak pernah bersekutu dengan makhluknya dan tidak pernah juga terpisah dariku.
Subhanallah..subhanallah..subhanallah..

wassalam.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Sifatullah 4 (sambungan dari episod akhir)

Aku ingat semuanya telah berakhir, rupa-rupanya jalan masih lagi berliku dihadapan sana.
Aku ingat bahtera itu adalah milikku, yang akan membawa aku kekampung halaman sana namun ia adalah milik orang lain.

Ah! betapa rinduku pada MU tidak dapat aku ungkaikan dengan kata-kata atau aku lafazkan dengan sulaman pujangga.Aku mula mengerti bahawa perjalanan ini ibarat satu wayang yang amat hebat.Dan tertulis tajuk wayang tersebut di papan-papan iklan.Tajuknya mungkin seperti 'Perjalanan Kehidupanku' terus terpampang di dada-dada papan iklan.Dan ramailah yang berpusu-pusu menyaksikannya sedangkan pelakon atau aktornya hanya aku seorang diri.

Aku mula mengerti mengapa aku di zahirkan sedemikian rupa.Aku mula memahami mengapa akulah orangnya yang terpilih hadir didalam dunia kenyataan ini.Dan atas kefahaman yang cetek itu aku terus berjalan di persisiran pantai atau aku menunggu di jeti-jeti samudera untuk mengintai andaikata Bahtera yang tertulis 'Bahtera Kehidupanku' ada di situ namun aku pulang dengan penuh kehampaan.

Dan disini aku ditemukan para sahabat yang juga sepertiku menunggu bahtera masing-masing.
Ada sahabat itu namanya seperti nama para Nabi dan para Tabiin.
Ketika aku berbicara dengan sahabat2ku ini.. topiknya lain dan tak bukan adalah topik jalan pulang.

"Jam berapa bahtera mu mahu sampai wahai sang kehidupan?"
"aku belum dapat apa tanda akan kehadiran bahtera ku itu wahai sang pelakon.."

"sahabat kita yang di baruh telah pun berlepas pada minggu lepas.. "
"sahabat kita yang mana ada di baruh itu?"
"Ah! yang suka bercanda itu..."
"Betulkah??! Alhamdulillah kerana masanya telah sampai jua untuk kembali.. kita juga yang masih disini.. almaklumlah tugasan masih belum diberesi.."

"Adakah kamu sudah tahu rahsia yang rahsia itu wahai sang kehidupan.?"
"buat masa ini hanya sekadarnya sahaja wahai sang pelakon.."

"Apa yang kamu tahu tentang rahsia itu?"
"aku cuma tahu yang tujuh sahaja.. dan yang lima aku tidak pernah persoalkan kerana yang lima itu adalah kebesarannya.."
"Subhanallah!!!!"

Apa itu Saka?

Setiap manusia itu mempunyai sejarah generasi yang tersendiri.Walau pun manusia itu asalnya dari Nabi Adam, dan perkembangan manusia itu tidaklah terikat didalam satu bahasa Arab Lama.. Dan sudah menjadi lumrah bagi manusia itu yang suka melakukan perubahan mengikut kehendak jiwa masing-masing.Memandangkan manusia itu,kudratnya adalah lemah, maka manusia itu mencari sesuatu benda yang lain untuk memperkasakan kudrat masing-masing.Maka disinilah bermula ajaran-ajaran Taghut yang telah melihat kelemahan yang ada pada manusia kerana kehilang kendiri masing-masing.

Saka amat popular di kawasan Asi Tenggara seperti negara kita sendiri iaitu Malaysia,Indonesia,
Thailand,Singapura mahupun Brunei.

Apa itu Saka?

Saka adalah jelmaan si taghut atau Jin atau sesuatu makhluk Allah yang tidak boleh dilihat.
Kumpulan-kumpulan saka ini seperti Hantu Raya,Jembalang,Bajang,mahupun Jin-jin yang lain.
Dalam pembelaan Saka ni, ada terbahagi kepada 2 iaitu saka baik dan saka jahat.

Saka jahat;
Saka jahat ini adalah dari Jelmaan si taghut seperti Hantu raya,Jembalang,pelesit,bajang dan sebagainya.

Sementara Saka baik ini pula terdiri dari kalangan Jin Islam dan khadam.

Proses pembelaan saka..
pada zaman kini, iaitu peringkat zaman moden, saka tidak lagi popular dikalangan manusia kerana manusia sudah mencapai satu tahap kesenangan dan keyakinan terhadap kendiri masing-masing.Saka amat popular pada zaman nenek moyang kita dahulu dimana nenek moyang kita kebanyakkannya adalah pendatang dari luar seperti Indonesia,Sulawesi,Siam dan macam-macam lagi.Mereka hadir ke tanah Melayu yang mana ketika itu tanah melayu adalah hutan belantara.Dan tanah-tanah di tanah Melayu adalah tanah-tanah dara yang masih belum diterokai dan dimiliki sesiapa.
Dan masa inilah manusia perlukan kudrat yang lebih tanpa alat-alat moden seperti jentolak untuk menguruskan tanah-tanah yang dipenuhi hutan belantara.
Dan ketika inilah si taghut memainkan peranan untuk menggoda manusia.

Secara lahiriahnya atau kerohaniannya, Jin atau syaitan mahu pun Iblis memang tidak boleh menandingi kehebatan manusia andaikata tanpa izin tuan punya badan.
Cara mana si taghut itu mahu menguasai minda manusia adalah dengan cara tipu helah.
Dan manusia sering tewas didalam permainan helah atau serang hendap secara halus ini.
Si Taghut akan menawarkan perkhidmatan untuk manusia dengan syarat-syarat tertentu.Setiap perkhidmatan akan diikat dengan perjanjian.
Dan perjanjian inilah yang akan membuat anak cucu kepada manusia itu akan sengsara.

Setiap saka perlu di beri makan dan minum.Maka setiap yang punya saka perlu tahu adat didalam mempersembahkan makanan kepada sakanya.
Jika saka itu dikawal oleh orang yang mahir dalam ilmu kerohanian maka ia tidak menjadi masalah.. kerana bagi orang yang miliki ilmu kerohanian yang tinggi akan tahu waktu bila menyelesaikan setiap perjanjian tersebut.Namun bagi saka yang dikawal oleh orang yang buta kerohanian maka kawalan tersebut secara automatiknya adalah longgar dan orang tersebut pula akan dikawal oleh saka terbabit.

Didalam kalangan para Nabi hanya Nabi Sulaiman yang mampu mengawal para Jin dan makhluk halus yang lain.Dan kebanyakkan orang kerohanian akan menggunakan doa-doa Nabi Sulaiman bagi mengawal perkara-perkara sedemikian.Namun tidak semua orang kerohanian mempunyai saka.Kerana kebanyakkan orang kerohanian lebih kepada kerinduannya untuk kembali kehadrat Allah.

Bagi pengamal ilmu perubatan seperti tok bomoh, kebanyakkan mereka menggunakan Jin Islam malah ada juga menggunakan perkhidmatan Jin-jin kafir.
Namun bagi para ustaz dan orang kerohanian akan menggunakan ayat-ayat AlQuran.

Apabila pengawal saka telah mati maka perjanjian tidak dapat diputuskan maka perjanjian itu akan diteruskan sehingga ke anak cucu kita.Inilah yang merbahaya kerana ia boleh merosakkan akidah generasi baru.

Rabu, 8 Oktober 2008

Gembira

7 syawal...

aku pergi kerja seperti biasa...
ketika sedang aku membaca akhbar didalam ruangan website.. sahabat yang merangkap bekas boss ku hadir disiku.Sudah lama tidak aku berbicara dengannya berkenaan ilmu.
Dan imbasan lalu kadang-kadang menggamit juga.

Tengah hari datang lagi..

aku call sahabat aku di Subang untuk join kami makan tengah hari.Sementara menunggu sahabat dari subang, aku sempat mengasah bakat dalam permainan snooker hehehehe.
Sahabat ku sampai dengan menaiki Pick up.. kami bertiga makan di Restoran utara.
Tiada apa yang kami bicarakan bab ilmu.. cuma sekadar basa basi mengenai ruang kerja masing-masing.

Petang..
wife call hanya ingin tahu balik awal atau tidak.Insya'allah aku akan balik awal hari ni.
Namun antara kehendak kita dan kehendak Tuhan seringkali berbeza.Aku di ajak untuk menyelesaikan beberapa masalah ZR berkaitan tugas barunya.Maka aku,Rosli dan ZR bertemu di restoran mamak di Cheras.Dan kebetulan perjumpaan kami diketahui oleh Dollah lalu dia pun ikut serta membelah lautan kenderaan menuju ke cheras.

Jam 7 kami sampai di Cheras.. Pada mulanya aku bersama rosli sahaja.Jam 7.30 ZR sampai.Dan jam 8 dollah pula sampai.Maka bersama-samalah kami membuka lembaran cerita masing-masing.ZR bercerita mengenai masalah kerja barunya.. dan kami bertiga merungkaikan masalah itu dengan cara memberi kata-kata perangsang buatnya.Alhamdulillah selesai satu kes.

Memandangkan sudah lama tak berjumpa maka kami pun bercerita sedikit bab ilmu bersama-sama.So far soalan-soalan maut dapat di jawab dengan hati yang rendah oleh Rosli.Dan jawapan itu telah membuka satu ruang litup yang amat bercahaya dan bersinar pada kami berempat. maka berbahagialah aku ketika itu.

kami selesai berbicara dalam jam 10 mlm. Bicara kami bukan berkisar pada bab ilmu sahaja malah juga bercerita mengenai projek perniagaan.Al maklumlah, duit bayaran projek yang lepas pun kami belum dapat lagi.hihii.. tapi insya'allah duit tersebut akan masuk kedalam akaun syarikat dalam sedikit masa nanti.Barulah kita boleh buat pusingan modal untuk projek seterusnya.. insya'allah.

Aku balik menuju ke rumah kakak di kajang kerana wife sedang menunggu.Sampai di kajang.. Kak chik pula menyoal bab-bab ilmu dengan ku.Memang sudah menjadi satu kelumrahan.. apabila mereka tahu aku bermuzakarah.. maka kak chik juga ingin tahu pokok persoalannya.
lalu kami bermuzakarahlah bersama..(wife,kak chik dan aku). sampai jam 12mlm baru aku boleh pulang kerumah.Dengan tak mandi dan rasa keletihan namun gembira di sanubari.

sampai di rumah jam 12.30.. lepak ambil angin sekejap.
Jam 1 pagi baru boleh lelapkan mata.. namun jam 3.33 pagi aku terjaga dan seolah-olah aku hendak dibawa kesatu tempat secara zahir.Namun kakiku masih lagi terikat dengan dunia.. takuttttt. hahahaha.. tapi itulah aku yang masih didalam perjalanan dan perjalanan ini masih jauh dihadapan.

Aku tidak boleh tidur... kalau aku dibawa ke alam mimpi adalah lebih mudah daripada di bawa secara zahir kesatu tempat yang lain... itu semua Allah punya urusan.Aku hanya perlu rhedo menghadapi segala-galanya.

Sampai jam 5.30 pagi.. aku baru boleh lelap.Sedar balik jam 6.30 pagi.. solat subuh dan bersiap pi kerja.sampai opis dah aga terlewat.

Namun hari yang kulalui itu adalah hari yang paling menggembirakan aku sehingga kini.

wassalam.

Isnin, 6 Oktober 2008

Syawal 2008

Aku tidak tahu apa yang harus ingin catatkan diruang ini..
Rhamadan telah pun berlalu... berlalu bersama kepalitan didalam diri yang tiada amal untuk dibuat bahan di kemudian hari..
Ermm.. malu... malu pada diri.. malu pada tuhan.. malu pada semua..
Syawal kali ini aku merayakan bersama anak isteri di Kedah.Oleh kerana keluarga sebelah isteri tidaklah ramai mana maka kami banyak menghabiskan beraya di rumah saudara dan kawan sebelah bapa mertuaku.

Aku sempat menziarahi sahabat lama wifeku di Sik Kedah. Sahabatnya mengidapi satu penyakit urat saraf yang membuatkan dirinya separuh lumpuh.Dan buat pertama kali aku menjejaki rumah sahabatnya.. bagaikan ada sesuatu yang tidak kena di kawasan rumahnya..
Memandangkan ia adalah perkara ghaib maka ini sukar untuk dimengertikan oleh mana-mana pihak pun.

Aku sempat berbisik kepada bapa mertua mengenai perasaan aku ketika itu.Dan secara kebetulan bapa mertuaku mengiakan apa jua butiran dari mulutku.
Mengikut kisah.. dulu kawasan kampung tersebut adalah satu tempat permainan silat dimana terdapat acara pemujaan.. aku tak tahu secara detail.. tapi secara batiniah.. pemujaan di situ mungkin berkaitan dengan amalan-amalan tertentu bagi menguatkan tubuh badan melalui pertolongan makhluk2 halus.Entahlah.. aku sukar untuk kupaskan hal ini secara mendalam kerana aku tidak alami apa-apa jua gangguan ketika itu.

Cuma aku kasihan melihat sahabat wife aku serta kakaknya.Dikawasan kampung tu, penyakit saraf bukan sahaja menyerang ahli keluarga sahabat wife ku malah ada juga penduduk kampung yang lain mendapati tempias yang sama.

walau bagaimana pun aku tak mahu mengulas lagi hal ini.. bagiku setiap orang akan diuji oleh Allah.. aku juga tidak akan dapat lari menerima ujian Allah.. yang penting aku harus rhedo didalam apa jua ujian yang Allah berikan padaku.

Syawal kali ini banyak mengajar aku didalam pengertian rhedo... memahami perjalanan sifatullah ini...

wassalam.

Isnin, 29 September 2008

Sifatullah,Salbiah,Nafsiyah

"Terlalu jauh aku berjalan, namun aku tidak menemui apa-apa jua.." Nur Sifatullah termenung memikirkan dirinya.

"Sabarlah.. walau jauh kau berjalan, aku tetap setia bersama mu.. kerana aku tau bahawa kau tidak akan mampu meneruskan perjalanan ini tanpa ku.. sesungguhnya kau masih memerlukan aku sebagai satu semangat buatmu.. dan ketahuilah.. walaupun kadangkala kau lupa akan aku hanya kerana diri kau asyik memikirkan Nafsiyah.. tapi kau perlu ingat.. bahawa akulah kekasih kau ya sifatullah.. hanya aku sahaja yang dapat membantu kau menemui Nafsiyah itu.."
Nur Salbiah halus berbicara.Sekali Nur Salbiah berbicara, bagaikan satu hembusan nyawa melingkari kehidupan NurSifatullah.Dan bagaikan satu gegaran yang hebat disanubari NurSifatullah.Dan juga bagaikan satu arus elektrik menyentap keseluruhan tubuh Nur Sifatullah.

"Aku sedar Nur Salbiah.. tanpa mu.. aku bagaikan mayat hidup yang tiada hala tujuan.Aku harus berterima kasih pada mu yang telah mengiringi aku selama didalam perjalanan ini.kalau tanpa mu.. aku tidak tahu kemana kah lagi yang harus aku tuju."
Nur Sifatullah meluahkan dengan hati yang jujur.

"kau jangan tersilap ya nursifatullah.. sebenarnya antara kau dan aku itu saling memerlukan.Walau pada hakikatnya aku terlalu hampir dengan Nafsiyah.. namun tanpa mu.. pasti aku tidak dapat kembali kepada Nafsiyah.. "
NurSalbiah merenungi Nursifatullah dengan pandangan sayu.

"Baiklah Nur Salbiah.. kalau sudah kamu kata demikian.. marilah kita adakah majlis ijabkabul antara kau dan aku.. agar kau dan aku tidak terpisah lagi... selama ini aku langsung tidak sedar akan pengorbanan yang terlalu besar kamu terhadap diriku.Aku yakin inilah pilihan yang bijak."
Nursifatullah bangun berdiri mengadap NurSalbiah yang matanya berkaca-kaca menahan sebak.

Dan ijabkabul itulah yang telah membawa mereka berdua bertemu Nafsiyah.

"Sesungguhnya kau berdua telah bersatu untuk menemui aku... kerana akulah yang telah kau kasihi selama ini... dan ketahuilah tiada lagi sifatullah dan salbiah.. kerana kedua-duanya telah kembali kepada ku..." Nafsiyah memutuskan kalam bicara.

wassalam.

Persahabatan


Sahabat..
Dulu aku tidak menyangka bahawa kau adalah sahabatku,
ketika itu aku hanyalah seorang pencacai didalam perencanaanmu..
Dan segala perbuatanku adalah hasil dari telunjukmu..
Sahabat..
kini aku mengerti.. tanpamu siapalah aku..
kita bersama-sama melayari bahtera ini..
menuju kepada yang khalik..
mencari secebis pengertian..
sahabat..
kau telah membuka satu pintu rahmat kepadaku..
dan menunjukkan jalan di sebelah sana terlalu jauh untuk digapai..
dan kini kita sama-sama harungi walau pun tidak seperti dulu lagi..
kerana aku bergerak didalam keseorangan..
dan kau bergerak juga didalam satu kesepian..
Sahabat..
kadangkala aku rindu untuk bertelagah ilmu dengan mu..
kerana pertelagahan itu akan membawa satu jawapan yang pasti.
sahabat..
aku mendoakan dikau dapat terus memahami..
betapa sukarnya perjalanan ini namun ia membawa kerahmatan yang abadi..
dan kenanglah daku dalam doamu.
wassalam.

Khamis, 25 September 2008

Rhamadan/syawal.

Dulu..............

Aku memberus longkang-longkang di tepi rumah bersama adikku rina...
Dengan berus hitam bersama sabun FAB.. aku dan Rina menyental daki-daki yang ada di longkang keliling rumah.Terasa letih lah juga.. memandangkan waktu masih pagi lagi,sedangkan kami nak menahan lapar dan dahaga hingga kepetang.Setelah diberus kami sembur dengan air yang dipasang dengan paip getah.Bila dah nampak berkilau simen tu.. barulah aku puas hati.
Setelah siap, kami pun rebahkan badan di depan kaca TV.. tangan dan badan dah menggigil sebab menahan lapar dan dahaga.. al maklumlah tenaga kami di regut ketika mencuci longkang atas arahan mak.
Esoknya kami mengecat rumah pula, dan seterusnya... hari yang berikut kami pasang langsir.
Pada malam hari kami berdua memasang pelita dikeliling rumah sambil bermain bunga api.
Seronok ketika zaman dulu.. zaman kanak-kanak.

Kadangkala aku ikut abah berterawikh di masjid berdekatan. Habis sahaja 8 rakaat, aku dan rakan-rakanku pun terus kebelakang mengambil kuih moreh hehehehe.
Pada malam raya lagi best.. aku akan membantu abangku memasak ketupat dengan dapur kayu.Selalunya memakan masa sehingga 4 jam untuk memasak ketupat.Mak sibuk membuat rendang untuk dijamu pada pagi raya.Masak lodeh sudah menjadi tradisi orang Johor dipagi raya.Tanpa masak lodeh maka tak sah lah hari raya kami hehehe.

Pagi raya kami akan menunaikan solat Aidulfitri bersama orang kampung.Selepas bersolat kami adik beradik akan berkumpul dan beratur untuk memohon kemaafan dengan ibubapa.Masa tulah drama tangis menangis akan berlaku.
Apabila aku lihat mak bersalam dengan abah sambil menangis.. aku pun ikut menangis sama.
Adik beradik kami memang terlalu ramai,di campur dengan anak-anak saudara.. maka aksi bersalam akan memakan masa hampir setengah jam.Selepas itu kami bermahaban bersama-sama.kadangkala Abg ipar akan mendendangkan bacaan berzanji dan kami pun sambut dengan perkataan 'Allah'.

Cukup meriah.


Zaman kini.

Oleh kerana aku sudah berumahtangga.. kemeriahan sudah hilang serinya.Mungkin aku cuma melihat isteriku memohon maaf denganku.Di rumah mertua pula, pada mulanya tiada aksi-aksi dipagi raya seperti mana tradisi orang Johor.Lagilah terasa dihati ini.Namun aku telah membawa tradisi Johor itu ke Kedah.Dan ia diterima baik.Sudah menjadi kebiasaan kami bila bersalam akan mencium tangan ibubapa.
Bila balik kekampung... yang paling meriah adalah anak-anak kita.Mungkin sudah sampai giliran mereka untuk merasainya.

Berakhirnya Rhamadan 2008

Aku merenung jauh kedalam sudut hatiku....
betapa sebaknya didada ini... tangisan yang tidak dapat dilihat melalui airmata.
Sesekali aku mendongakkan kepala, melihat keseluruhan pejabat ini.Didepan ku ada seorang kakak yang namanya tidak kukenali kerana aku tidak mahu mengenali.Disebelah kirinya rakan sekerjaku yang kini sudah menjawat jawatan Eksekutif.Ku lihat boss ku yang terkurung didalam sangkarnya.Dengan bunyi aircond yang bising dibelakangku.

disebelah sana aku lihat kepala si Puan yang rajin menghambakan dirinya didalam dunia penulisan blog nya.Didepannya ada kawanku yang sering menghabiskan masa bersamaku di meja snooker.Semuanya dengan khayalan diri masing-masing.Entah apa yang difikirkan mereka.Tapi aku.... aku bagaikan kehilang seri dengan perginya rhamadan ini nanti.
Bukan apa.. memikirkan terlalu banyak masaku terbuang tanpa ibadah malam....
Ah!! malunya aku dengan tuhanku..... ah! malunya aku dengan Rasul ku..
bagaimana aku ingin dikasihi sedangkan aku sering melupakan erti perjalanan ini.

namun rahsianya hanya Allah jua yang tahu... aku sendiri tidak mengetahui apakah kelebihan aku sehingga Allah sering menghadirkan ilham ilmu padaku..
aku tidak mempersoalkannya malah aku harus bersyukur dengan utusan-utusan ini.Cuma aku rasa, aku terlalu jauh dan malu dengan ini semua.. bagiku aku selayak-layaknya berada di neraka kerana tidak mampu menjalankan tanggungjawab ini.
Andaikata Allah mencampakkan aku ke neraka.. aku bermohon kehadrat Allah agar membesarkan diriku agar dapat menutup pintu neraka dari umat Muhammad.Biarlah umat Muhammad tidak dapat masuk kedalam neraka kerana aku telah menutup jalan pintunya.

Rhamadan... kau akan pergi jua dalam tahun ini.. aku tidak tahu bahawa aku akan melihat rhamadan pada tahun depan... kerana ajal maut hanya Allah yang maha mengetahui.
Dan dalam sisa-sisa rhamadan terakhir ini.. aku harus bersungguh2 buat ibadat. bolehkah??

Luahan kesumat

Entahlah.. sukar untuk kita memahamkan seseorang didalam perbicaraan ilmu agama..
kerana ilmu agama itu sendiri bersifat kesenian yang amat tinggi untuk di fahami.

Jauh disudut hati ini.. sering tertanya... alangkah cukup bertuahnya aku kerana di anugerahkan ilmu sedemikian didalam perjalanan hidup ini.Walaupun betapa sukar macam mana pun.. aku terus melangkah kaki menuju kehadrat kekasihku..

Ah!! cinta.... cinta yang terlalu abadi.Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.
Aku akui... didalam beberapa tahun kebelakangan ini aku seolah-olah dihujani ilham-ilham yang datang tanpa disangka-sangka mengenai pemahaman terhadap ilmu ketuhanan ini.
kadangkala aku seolah-olah belum bersedia menghadapi gelombang ibarat gelombang tsunami ini..
Siapa kah aku???? hanyalah hamba sahaya sahaja... tanggungan yang ditanggung pun masih sukar diimbangkan.. inikan pulacuba memahamkan ilmu ini kepada sahabat2ku.

Bila aku memikirkan sahabat2ku.. terasa sebak didada... aku mengharapkan mereka memahaminya... namun apa yang dicakap.. lain pula yang difahami.. entahlah.

Rosli... antara sahabat yang aku rasa boleh pergi jauh dalam ilmu ini.. malah aku berani nyatakan bahawa dia boleh sampai keperingkat membimbing orang lain. tapi sekarang dia sendiri terikat dengan nikmat dunia.

Abdullah.. yang lebih lurus didalam perjalanannya.. bagaikan bermain dengan yoyo prestasinya.
kadang-kadang pemahamannya tinggi melangit.. kadang-kadang terlalu jauh untuk memahami.

Zizan... seorang sahabat yang terlalu lurus.. rendah hati... dan sering berada didalam kekeliruan.
sering tewas didalam perencanaan alam rumahtangganya.

3 orang sahabat inilah yang sering berada didalam hati ini.. aku amat menyayanginya..
kasih kepada mereka.
Namun sejauh manalah yang akan dapat aku bantu.. andai diri masing-masing tidak mahu berusaha sendiri.

Hidup kita ini tidak perlu bergantungan.. kalau pun bergantung hanya pada tali Allah jua.

wassalam.

Khamis, 18 September 2008

Mengantuk

Aku amat bersyukur kehadrat Allah hari ini kerana masih memberi aku peluang untuk bernafas.
ya.. bernafas di bumi Mu ya Allah..

Cerita bab mengantuk ni, banyak faktor yang melingkarinya. dan yang paling popular adalah mangantuk disebabkan keletihan yang amat tinggi.. atau kurang tidur yang cukup.
Namun ada juga kerana oksigen tidak menyukupi didalam tubuh badan.Maksudnya ketika bernafas, udara tidak mencukupi untuk sampai kepada organ-oran penting.

Pagi tadi didalam perjalan ke pejabat dengan menaiki motorsikal, mataku terlalu mengantuk sangat.Beberapi juga aku terlena diatas motor sambil mulut terkumat-kamit berzikir memuji Allah.kadangkala aku azan sekuat hati untuk menghilangkan mengantuk di atas motor.
Aku bawa motor dengan kelajuan yang agak tinggi lebih kurang 100km/jam.
Ada satu ketika mataku dah terlena, motor yang kubawa terus meluncur laju dan hampir merempuh traktor yang bergerak perlahan.Nasib baik ketika motor dah terlalu hampir, aku sempat membrek dan mengelak.Automatik seluruh badanku bagaikan terkena renjatan elektrik.hehehe dan mata ku terus menjadi segar.

kalau idak.. makanya dah arwahlah aku pagi ni hihhi.. tapi kalau menjadi arwah didalam keadaan sifat tidak sempurna.. aku pasti akan menyesal selepas kematian.kalau boleh biarlah jasadku sempurna ketika mengadap Allah nanti.

wassalam.

Badai Rumahtangga temanku

Adat berumahtangga, umpama bahtera di lautan samudera, adakala airnya tenang, adakala dilambung ombak.Sedangkan lidah lagi tergigit,ini pula suami isteri.Itulah asam garam hidup antara lelaki dan wanita yang terikat dengan satu ijabkabul bagi mengelakkan perzinaan.
Dan ijabkabul ini akan mengikut landasan-landasan yang telah ditentukan melalui syariah Islam.

Ermmm.. Rhamadan ini aku ditemukan dengan masalah-masalah rumahtangga yang dilalui oleh kawan-kawan mahupun sahabat-sahabat.

Bagaimana harus aku mulakan cerita ini... dan cerita ini bukanlah untuk meng'aib' kan sesiapa jua.Dan kita seharusnya menjadikan satu sempadan dan ikhtibar buat kita.

Aku mengenali teman ini ketika aku outstation ke JB berkaitan kerja ku.Teman ini adalah sahabat baik kepada anak saudaraku.Apabila aku outstation ke JB, maka aku akan menumpangi rumah teman ini.Ketika itu teman ini duduk bujang seramai 7 orang.Rumah sewa tersebut mempunyai 3 bilik.Aku lihat teman ini adalah seorang yang baik tingkah laku dan tidak mengabaikan perintah Allah.Darinya aku dapat tahu bahawa teman ini sering putus cinta.
lalu aku kenalkan dia dengan kenalan iseriku yang lulusan syariah islam.

Alhamdulillah mereka berdua mengakhiri percintaan mereka dengan satu ijabkabul berlandaskan hukum Islam.Kini mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan.
Namun rumahtangga mereka sebenarnya sedang menanti belah.Bahtera yang didiami mereka sepanjang perjalanan menuju tuhan kini sedang dipukul ombak.Dan terpulanglah kepada pengemudi bagaimana mahu mengawal situasi bahtera tersebut.

Dan Rhamadan ini memang benar telah membawa aku ke satu dimensi alam rumahtangga.Ketika aku pulang ke kampung baru-baru ini, aku singgahlah kerumah mak teman aku untuk mengambil kuih raya bagi jualan di opis isteriku.Dari mulut mak teman aku inilah, aku dapat cerita mengenai permasalahan rumahtangga mereka.

Ia berpunca selepas kelahiran anak pertama mereka.Sebelum kelahiran, ombak yang dilalui mereka tidaklah terlalu ganas berbanding selepas kelahiran anak pertama mereka.
Dari cerita mak temanku, isterinya seolah-olah benci dengan mak mertua dan sering memukul teman aku malah mengugut teman aku untuk membunuh diri.
Kerja rumah tidak dapat dilakukan dengan sempurna.tiap kali teman aku pulang dari kerja, isterinya asyik meleter dan kadangkala menjerit,menangis bagaikan orang gila.Apa sahaja kehendak isterinya perlulah ditunaikan.

Teman ku hampir tidak tahan dengan situasi isterinya.Namun memandangkan hatinya telah diikat dengan kehadiran anak maka teman ku tidak mahu meruntuhkan rumahtangga yang telah dibina.Ada ketika temanku telah dibawa berjumpa seorang pengamal perubatan tradisional.(dia pergi tanpa bawa isterinya). Dan alangkah terkejutnya apabila pengamal perubatan tersebut membuat spekulasi bahawa isterinya sebelum bernikah telah jumpa seorang bomoh untuk menundukkan bakal suaminya iaitu temanku.
Temanku langsung tidak percaya spekulasi tersebut kerana isterinya adalah seorang ustazah.

Sejak mereka bernikah dan kini mempunyai seorang anak, perangai isterinya seringkali berubah-ubah dan kadangkala tidak bersolat walaupun temanku menyuruh isterinya bersolat.
Pernah temanku bertengkar ketika didalam perjalanan ke utara.Mereka berhentikan kereta di tepi lebuhraya.isterinya keluar dan menjerit-jerit sambil memukul suaminya tanpa punca.

Apabila mak temanku merayu padaku untuk membantu masalah mereka, aku memang rasa terkedu.Siapalah aku untuk membantu mereka? Namun rayuan dan cerita mak temanku itu telah membuatkan aku lemah kepala lutut, lemah segala sendi.. apakah ikhtiar bagiku selain bermohon kehadrat Allah sahaja.

Memandangkan teman ku kakinya bagaikan kena rantai maka mak temanku menyuruh aku membantu mereka.Baru-baru ini aku berjumpalah seorang ustaz.Aku bawakan gambar mereka berdua lalu aku unjuk kan kepada uztaz terbabit.Mengikut kata uztaz terbabit, uztazah ini memang ada sifat tidak jujur ketika mula-mula bernikah dulu.Uztaz tersebut telah menjampikan ke atas air mineral dan menyuruh suaminya mandi bagi pihak isterinya.
Sabtu ini,insya'allah aku balik dan serahkan kepada temanku..Tapi nak serah tanpa pengetahuan isterinya adalah sesuatu yang sukar.

Entahlah.. inilah namanya kehidupan.Kadangkala aku bernasib baik dapat seorang isteri yang baik walaupun kadangkala ada pertengkaran kecil namun ia adalah perkara biasa didalam alam rumahtangga.Semoga Allah membahagiakan temanku dan jauhkan mereka dari perpisahan.

Dalam rhamadan ini sahaja aku telah dapat 2 kes rumahtangga.Bagiku ujian mereka adalah ujianku jua.Aku akan membantu sedaya yang mampu atas izin Allah jua.

sekian buat masa ini.
wassalam.

Isnin, 15 September 2008

sifatullah(3)[episod akhir]

Maha suci kau Ya Allah, yang telah menjadikan langit dan bumi berjarak dan berbeda antaranya.Seperti sang langit itu adalah payung kesejahteraan buat bumi ini.Dan di antara langit dan bumi itu KAU sediakan awan-awan yang memutih dan kadangkala awan-awan itu menjadi kelabu dan gelap bagi menandakan bahawa kehidupan itu ada antara dua perkataan iaitu riang dan duka.Dan pada malam hari KAU gantungkan pelita bulan antara Langit dan Bumi.. KAU taburkan kerlipan-kerlipan bintang menghiasi dada-dada langit.
Di siang hari pula kau berikan kami cahaya dan silaunya matahari untuk menyinari bumi ini agar manusia lebih mengerti apa itu perjalanan kehidupan.
Ah!!Sesungguhnya KAU tidak pernah menghampakan hamba-hambaMu Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang.

Dihamparan bumi ini pula KAU tumbuhkan pokok-pokok yang menghijau disamping bunga-bunga yang berwarna warni bagi menyatakan bahawa kehidupan yang KAU sediakan untuk manusia itu penuh dengan warna-warni.dan di padang luas KAU hamparkan rerumput yang menghijau.. dan disebalik hamparan kehijauan ini kau sediakan satu padang pasir yang amat luas bersama debu-debu yang bertaburan seolah-olah KAU ingin memberitahu kepada hamba-hambaMu bahawa suatu hari nanti akan KAU sediakan satu padang yang di panggil Masyar.

Memang amat hebat KAU ya Allah.. yang menjadikan banyak perkara bersama maksud-maksud yang tersirat lagi halus ilmiahnya.Dan sesungguhnya ketika usia yang menghampiri 40 tahun ini.. terasa kerdil sekali disisiMu.Dan aku tetap tidak dapat mengingati zaman peralihan itu.Cuma yang aku tahu sudah menanti kampung halaman ku yang telah aku tinggalkan dulu semata-mata mahu menunaikan misi yang amat besar ini.

Ah! kadangkala terasa tidak mampu menunaikan misi ini... dan KAU masih lagi berikan aku peluang untuk mengenali diriMu ya Allah.Dan didalam perjalanan ini aku sering merangkak dari berjalan, aku sering jatuh dari merangkak namun aku tahu bahawa didepan sana masih jauh menanti.

Ya Allah aku merindui Mu ya Allah... tiada ucapan yang terlalu tinggi dari ini selain ucapan kerinduanku pada Mu Ya Allah.Biarlah apa jua orang nak katakan padaku... biarlah orang pandang aku seperti kesesatan fikiran... biarlah... biarlah..
kerana yang tahu dosa aku.. dan yang tahu jujur aku hanyalah diriMu ya Allah.

setelah lama aku mengembara diduniamu ini sejak aku keluar dari terowong itu dan aku disajikan keluarga yang besar.. aku diberikan kasih sayang yang jitu.. aku dimarah ketika aku buat salah dan aku di puji ketika aku buat kebaikan...
Ah!! apalah ertinya hina dan puji itu ya Allah kerana bagiku ia sama sahaja.. tiada bezanya Ya Allah kerana bagiku puji yang layak hanyalah untuk Mu ya Allah.

Hamba-hamba yang dihina itu..KAU naikkan darjatnya kerana KAU maha mengasihani.
Selama aku di dunia ini, selama itu barulah aku sedar akan semua ini.. sedar bahawa semua ini hanya KAU nak menceritakan riwayat diri KAU yang cukup indah ya Allah.
Dan tinggallah aku hidup didalam kepura-puraan selama ini kerana aku rasa ini semua adalah diriku tetapi semua itu bukan diriku jua.. semua itu adalah diri kau jua Ya Allah kerana tanpa sifat rahsia kau itu maka aku bukanlah apa-apa jua.Hanya jasad yang berkubur tanpa melihat dan sebagainya.Akulah jasad yang hidup.. jasad yang hidup bergantung kepada sifat Mu Ya Allah.Disebalik jasad itu tersimpan satu rahsia yang amat besar sekali. Dan Rahsia itu terkandung roh yang diulit rahsia sejati.

Dan aku hampir menuju ke tepian pantai.. aku sudah terbayang akan bahtera itu sekali-sekala.Mungkinkah bahtera itu sedang menunggu untuk belayar pulang?Bahtera yang bertiangkan layar dan di ukir kalimah-kalimah Mu Ya Allah.
dan aku boleh tersenyum jika benar bahtera itu mahu membawaku pulang. Dan aku boleh membawa cerita-cerita dunia ini kesana kelak.Cuma aku akan tinggalkan saudara-saudara baru ku ini meneruskan perjuangannya.. dan disebalik ramai saudaraku ini terdapat yang aku panggil anak dan isteri.. yang bersama aku hidup dan senang didalam dunia ini.. yang banyak mengambil ruang untuk aku berfikir.Namun apakan daya kerana kerinduanku tiada siapalah yang dapat menghalang.Sesungguhnya tanggungjawabku terhadap mereka akan kupasti lunaskan sebelum bahtera itu mengangkat aku pulang ke kampung halamanku nanti.

Allha Hu Akhbar!! Subhanallah!! Alhamdulillah!!

dan terngiang-ngiang jika aku kembali nanti akan terhidanglah selawat-selawat selamat datang buatku nanti.. Thola'al badrulalaina........

Tamatlah sebuah pujangga,sebuah hikayat,sebuah dongengan permainan penceritaan.
Sifatullah hasil karya dari luahan hati yang tulus :
Hamba Allah yang didalam kerinduan.

Wassalam.

Tumpang masalah

Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Illahi kerana masih memberikan aku kesempatan untuk melihat,berfikir,berkata dan mendengar dan yang nyata aku masih lagi boleh bernafas di bumi bertuah ini.
Dan Alhamdulillah.. aku juga bersyukur kehadratmu ya Allah kerana masih sempat menunaikan taubat di atas dosa-dosa yang telah aku lakukan sama ada sengaja atau pun tidak.. sama ada dosa yang nampak atau yang tersembunyi.

Di sini aku teringin nak menceritakan tentang seorang sahabat aku... aku namakan dia disini sebagai ZR.Dia seorang sahabatku yang baik.aku berkenalan dengannya ketika kami sama-sama mengikuti Diploma Programming.Ketika aku mula mengenalinya.. aku lihat dia seperti seorang yang hilang keceriaan, pendiam dan murung.Tiada sekelumit senyuman di bibirnya.Selesai kuliah,dia terus balik tidur..
Dan ditakdirkan Allah dia bertemu aku yang mempunyai sifat berlawanan dengan dirinya.Aku seorang periang,kaki sukan,suka buat joke dan mudah dapat kawan tidak kira lelaki atau wanita.
Aku hampiri dia dengan wajah yang membunga.Aku mengubah persepsi dirinya yang masih duduk dibawah tempurung.Aku bawa satu dimensi baru pada dirinya.Lantaran itu, terbitlah sebuah senyuman dan keriangan di hatinya.Dia adalah anak sulung dan mempunyai ramai adik.

pada suatu hari..

"Ye... aku rasa lebih yakin pada diri aku setelah berkawan dengan kau.. apakah yang penting didalam kehidupan kita ni...?" soalnya kepada diri didalam bilik asrama.

"Ermm.. ZR.. aku bersyukur kerana kau dari seorang pendiam,kini dah totally berubah sikap.
ZR ketahuilah kau bahawa yang penting didalam kehidupan kita itu adalah kefahaman tentang solat kita.." aku merenungi wajah ZR yang berkulit hitam manis dan berambut sedikit kerinting.
Tubuh badannya tampak kesasaan berbanding aku yang kurus mulus.

"maksud kau sembahyang???apa kena mengena sembahyang itu dengan kehidupan?" zr membetulkan duduk silanya dan mengadap aku di atas tikar hamparan didalam bilik asrama berdua itu.

"Oklah ZR.. apa yang kau faham tentang solat? kau dikira rajin bersolat.. dan kenapa kau bersolat?" aku menyoal ZR untuk mengetahui sejauh manakah 'knowlegde' dia tentang bab solat.

"bagiku solat itu adalah tanggungjawab kita sebagai muslim.Dan ia telah diperintahkan Allah kepada kita.. dan itu juga yang disuruh Muhammad S.A.W." ZR memperjelaskan kepada aku.
aku tersenyum kambing.

"apa yang kau kata itu benar RZ.. tak salah barang seinci pun... tapi solat itu bukanlah sekadar tanggungjawab kita sebagai muslim sahaja.. kerana solat itu menyeluruh dan meliputi keseluruhan kehidupan kita... terlalu besar pengertian solat itu wahai sahabatku ZR.."
tanganku menggapai kotak rokok gudang garam.Aku buka kotak itu lalu aku ambil sebatang darinya.ZR hulurkan api kepada ku lalu aku bakar muncung rokok itu lalu aku sedut dalam-dalam.Fuhhh! terasa ringan kepala.
Aku merenungi wajah zr.ZR membalas dengan sebuah senyuman sambil mengharap aku menyambung kembali satu cerita baru buatnya.

Aku menyedut sekali asap rokok dan aku hembuskan kembali keruang udara bilik asrama lalu berkepul-kepullah asap rokok tersebut.Aku tarik nafas sedalam-dalamnya dan memandang ZR yang masih sabar didalam penantiannya.

"Mmmm tidak sempurna solat itu jika janji-janji kita didalam solat itu tidak sempurna wahai sahabat ku ZR... bermulanya solat itu adalah awalnya niat... dan bukti akan niat itu adalah perbuatan atau kelakuan kita ketika kita melakukan rukunnya.. dan sempurnanya niat itu adalah dari hasil perbuatan yang kita lakukan wahai sahabatku." aku perhatikan ZR dengan pandangan yang tajam.Aku amat berharap ia memahami bahasa yang aku lontarkan itu.

"aku kurang mengertilah..." ZR jujur didalam kekeliruan.

"baiklah.. setelah kita mengangkat takbir menyatakan kebesaran Allah lalu bermulalah riwayat persolatan itu.. dan bermulanya riwayat itu adalah dengan lafaz ikrar dan janji kita kepada Allah tentang 4 perkara didalam doa iftitah.Dan ternyata doa iftitah itu adalah antara syarat kita utk bersolat.kita berjanji atas 4 perkara bahawa solat,ibadah,hidup dan mati kita hanyalah untuk Allah yang maha kuasa.Makanya didalam solat kita itu,kita telah berjanji akan 4 perkara tersebut dan ternyata kesempurnaan solat itu juga merangkumi 4 perkara tersebut.. dan sudah tentu 4 perkara itu terdapat didalam kehidupan kita seharian.Dan inilah yang harus kita faham wahai sahabatku."
terasa lega dihati aku apabila sudah melepaskan kefahaman yang aku faham berkenaan solat kepada sahabatku.

Persahabatan kami menjadi akrab sehingga menimbulkan kecemburuan kepada isteri ZR.Terus terang aku nyatakan disini.. aku bersahabat dengan ZR bukan dapat apa-apa pun kecuali kerhedoaan kita kejalan Allah.

dan Allah itu maha menguji... lalu kami diuji masalah yang amat besar dan boleh memalingkan akidah.Aku dan ZR tidak sehaluan setelah 7 tahun bersahabat.Allah pisahkan kami selama 7 tahun juga seperti mana kami bersahabat selama 7 tahun.Dan pada tahun ketujuh, aku dipertemukan kembali dengan sahabat aku.Dan ketika itu dia didalam satu keributan untuk mengenal akan dirinya.Alhamdulillah, Allah masih sayangkan hubungan kami ini.Aku dengar masalahnya satu persatu sehingga aku menitiskan airmata bila mengenangkannya.

Kini Allah uji nya sekali lagi.ZR telah memohon berhenti kerja.Dia mendapat sedikit pampasan dari Syarikat lebih kurang RM70k.Dengan duit tersebut dia membuka cyber cafe di sebuah taman perumahan.Namun hasilnya tidaklah seberapa.Isteri ZR mula naik angin.Biasalah, sebagai seorang isteri yang dah biasa dengan kemewahan maka apabila Allah datangkan kesusahan maka isterinya seperti hilang kewajarannya.
ZR selalu mengadu masalahnya pada diriku.Aku sekadar simpati.Ada ketikanya masalah yang dia hadapi terlalu kronik.Kereta akan ditarik kerana bayaran bulanan tidak dapat dibayar.Maka aku bersama sahabat ku yang lain membantu menyelesaikan masalahnya.
Dan baru-baru ini dia ditakdirkan Allah mendapat kerja disebuah syarikat swasta.Gaji juga agak lumayan.Dia pun pergi kerja dengan semangat yang baru.Allah uji lagi.
Ternyata kemampuannya tidak menyamai kehendak syarikat.ZR benar-benar buntu dan mahu berhenti kerja.Aku sedaya upaya menasihatinya.Aku hubungi wifenya melalui emel agar berikan dia sedikit morale support.Dan ZR juga beritahu kepada aku bahawa dia benar-benar tidak mampu untuk meneruskan kerjanya.Apakah dayaku sebagai seorang sahabat???
Oleh kerana itu adalah kerelaan hatinya lalu aku terpaksa setuju dengan dirinya kali ini.Dia mengambil keputusan berhenti.Dan isterinya telah beri amaran, jika dia berhenti kerja kali ni, lebih baik dia berambus dari rumah.Ah!! betapa sedihnya diriku mengenangkan nasib sahabatku ini.Aku tak salahkan isterinya yang berada didalam situasi 'hyper tension'.Dan aku juga tidak salahkan sahabatku yang berada didalam kecelaruan hidup.Tapi percayalah bahawa masih ada cahaya buat mereka.Inilah ujian yang paling besar bagi dirinya menghadapi rhamadan ini.

Buat masa ini aku sarankan sahabatku keluar dari rumah dan jangan balik dalam masa seminggu.Aku amat sedih kerana kesusahan mereka menyebabkan isterinya tergamak berkata sedemikian.Namun aku percaya ujian dia itu akan menaikkan martabat dirinya pada satu hari nanti.

Bila aku melihat kesusahannya.. aku teramat bersyukur kerana memiliki isteriku yang masih boleh setia terhadap diriku walau susah sering melanda kami.yang penting mencapai kerhedoan dari Allah tidak kira kita susah atau senang.

Khamis, 11 September 2008

sekadarnya

Dikala matahari mula menyinari bumi di pagi hari.. Di kala azan subuh sudah lama berlalu..
Dikala manusia sudah berbasa-basi dengan hal dunianya.. Dikala si ibu asyik memperkemaskan anak-anaknya untuk mendapatkan pendidikan disekolah-sekolah.Dan Si Ayah hanya sempat meneguk air panas dan tergesa-gesa mencapai apa yang perlu untuk ke Pejabat atau kantor-kantor.Dan ketika itu juga para malaikat juga sibuk mencatat itu dan ini.Malaikat yang membawa rezeki juga sibuk mengira itu dan ini... dan memang di waktu pagi... semua makhluk Tuhan sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing.


Betapa nikmatnya hidup didunia ini, kerana Allah telah berikan semuanya kepada kita.
'Tidak kah Aku jadikan langit dan bintang itu hanya untuk hamba-hamba ku berfikir.. betapa besarnya nikmat yang aku berikan kepadanya.. lalu apakah perlu ini semua harus di dustai oleh mereka?'

Kita seringkali alpa ketika mana gaji masuk kedalam akaun kita setiap bulan.
kita seringkali terlupa apabila Allah hadirkan anugerah dan keistimewaan kepada kita.
Kita seringkali berbohong dan menyatakan kita ini susah sedangkan kita mungkin lebih baik dari orang-orang yang papa kedana.

Hanya kerana sedikit kesusahan kita di pejabat atau di mana sahaja.. kita terus lupa akan segala-gala yang telah Allah hadirkan buat kita.

Selasa, 9 September 2008

sifatullah (2)

Aku dilayan bagaikan seorang raja.Aku dibelai,dipeluk dan dicium.Aku dilambung-lambung.
Betapa sukarnya menjadi seorang budak kecil.Di dalam keluarga baru ini, aku baru mengenal akan erti kelaparan dan dahaga.kalau dikampung halamanku, makananku adalah zikirullah dan minumanku adalah air susu yang mengalir dibatang sungai.Dan kadangkala aku langsung tidak minum kerana makanan zikirullah itu lebih lazat.

Namun kini duniaku sudah berlainan sama sekali.Aku dilayan umpama seorang Raja... sedangkan sebelum ini yang aku tahu, raja kami adalah Allah yang maha kuasa.Aku mula naik takut dengan layanan seumpama ini.sesekali aku naik lupa untuk berzikir.Aku mula naik alpa hanya kerana layanan-layanan dari mereka-mereka ini.

wanita itu aku panggil emak dan wanita-wanita yang lain aku panggil kakak.Orang lelaki tua itu aku panggil abah dan orang lelaki muda yang lain aku panggil abang.
Usiaku semakin meningkat.Aku sudah boleh berjalan dan berlari malah sedikit-sedikit aku sudah boleh berkomunikasi seperti mana aku dikampung halamanku.Cuma.. semakin usia aku meningkat semakin aku lupa janji-janjiku kepada Allah mahupun para sahabatku.
Apa sahaja aku minta akan ditunaikan sedangkan semasa di kampung halamanku, aku tidak pandai untuk meminta-minta. Ah!! aku sudah jauh dari pengertian berubah.

Aku diberikan pakaian,makan,minuman serta pelajaran.Bahtera yang aku naik dulu juga telah tiada dalam ingatan.Aku dikelilingi kemewahan.Apa sahaja yang aku tak dapat jika aku merengek tangis maka pasti akan dapat jua.Aku tidak seperti Mukminin yang dulu lagi.Namaku telah bertukar kepada HIDUP atau dalam arabic nya Yahya...

ketika usiaku 6 tahun aku di masukkan kedalam satu tadika.Disana aku belajar pengertian bersahabat.Jauh beza dengan persahabatan ketika dikampung halamanku.Persahabatan ketika aku dikampung halamanku lebih kepada menjiwai dan mentaati Allah. Tetapi kini persahabatan kami lebih kepada keindahan alam permainan dan kebendaan.
Banyak yang aku pelajari tentang hidup di dunia baru ini dan banyak yang aku sedar tidak ada didalam kampung halamanku.

Ketika aku berusia 12 tahun.. aku baru mengerti tentang perasaan menerima kematian.dan sepanjang perjalanan ini, pandanganku telah terhijab hampir 100% kehadrat Allah.
Dan selepas kematian seorang abang.. hijab tersebut seakan-akan dibuka kembali dan dari situlah aku sedikit demi sedikit mengimbangi antara dunia dan misi kampung halamanku.

Sebenarnya aku sudah lupa mengenai rupa kampung halamanku.telah lupa akan para sahabat ku ketika dikampung halamanku dulu.Aku cuba mengingatinya namun semuanya hampa belaka.
Aku terus berada di bumi bertuah ini sehinggalah kini.
Ketika aku berusia 21 tahun, aku mula mempelajari bagaimana nak menuju jalan pulang.Aku sebenar-benarnya tersesat didalam perjalanan ini.Mencari jalan pulang memang terlalu sukar.Yang aku tahu, aku datang melalui satu terowong dan terowong itu adalah dari rahim ibuku. Ini bermakna semua itu hanyalah satu simbolik tuhan buatku.
dan ia membuatkan aku lebih mengerti akan diri ini.

Pada mulanya terasa bahawa Tuhan itu zalim kerana melontarkan aku didalam zaman ini... didalam dunia yang penuh kecelaruan ini.Terasa diri ini tidak sepatutnya terpilih dari jutaan yang lain.Namun akhirnya aku semakin faham dan faham.
Itu pun setelah usia ku di penghujung.Dan didalam penghujung usia inilah aku semakin menghampiri jalan pulang.

Dan setelah hampir memahami simbolik tuhan ini.. lalu aku menadah tangan... meningkatkan lagi kesyukuran kepadanya... Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah..

Semua ini hanya untuk aku lebih mengenali Mu wahai Allah yang telah lama ku rindui.
Yang telah lama aku tinggalkan.. namun pada hakikatnya Allah itu sentiasa di sampingku tanpa aku sedari.

Subhanallah..!!!! Maha suci kau ya Allah!!!!

Sifatullah (1)

"Siapakah TuhanMu..."
"Engkau Allah Tuhanku sekelian alam.."

Cahaya terang benderang, aku mula mempersiapkan segala peralatan untuk berangkat.. tiang layar telah berdiri tegak... aku naikkan layar bahtera.. berkibar-kibar layar di tiup angin.Aku menaikkan sauh bahtera.Didalam bahtera ini hanya aku seorang... dan bahtera ini diluarnya terukir kalimah-kalimah Allah.Tiang seri yang menampung layar juga diukir kalimah-kalimah Allah.Bekalan aku sepanjang pelayaran ini adalah puji-pujian kehadrat Allah.Makananku juga terbentuk dengan kaligrafi-kaligrafi kalimah Allah.
Aku melihat kampung halamanku dengan penuh sayu.Kalau ikutkan hati nurani ini, sudah tentu aku tidak mahu meninggalkan kota Arasy ini... Aku lihat kesemua ahli keluargaku yang besar dengan pandangan sayu.Ah!! dah sampai masanya aku belayar mencari rahsia Mu.Akulah yang telah terpilih dari berjuta-juta untuk memulakan pelayaran ini.Dan aku harus rhedo menghadapinya. Entah bagaimanakah dunia diluar sana sedangkan aku langsung tiada pengalaman mengemudikan bahtera ini.

"kau akan sampai kepada keluarga baru.Disana kau akan di ajar berbagai-bagai perkara mengenai rahsia-rahsia sifat ku "

aku mengelamun didalam perjalanan ini.. setelah 3 bulan aku didalam pelayaran.Kadangkala lautan samudera bagaikan di amuk sesuatu sehinggakan bahteraku dilambung-lambung oleh ombak. Aku naik mamai. Penglihatan ku berpinar-pinar namun aku tetap memuji yang Maha Kuasa.

"Subhanallah..Subhanallah...Subhanallah..."

Maha suci kau ya Allah....

sesekali aku mengimbas saat-saat aku dikampung halamanku.

"Ya mukminin... aku dengar kamu yang bakal dipilih untuk belayar.. tahniah!! tahniah!! Subhanallah..subhanallah.."sahabatku beria-ia menyampaikan berita itu kepadaku.Ditangannya terdapat tasbih bercahaya kehijau-hijauan.Bajunya adalah jubah putih yang bercahayakan warna biru.

"Masya'allah... benarkah ya Al Mukminin... benarkah???" aku mencengkam bahunya.Wajahku cemas dan pucat.

"benar ya mukminin.. pilihan Nya juga adalah benar ya mukminin.. mengapa wajah mu pucat lesi.. tidakkah kamu gembira mendengar berita ini???" sahabatku mula menampakkan keraguan terhadap diriku.

"Astagfirullahalazim.... A'uzubillahiminasyaitonirajim.... sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu Ya Allah dan aku berlindung kepada Mu Ya Allah dari Syaitan yang direjam... "
aku menginsafi diri.

Berita aku terpilih telah menggemparkan kampung halamanku.. mereka semua mengucapkan tahniah didalam perasaan terharu.Aku melihat singgahsanaku buat kali penghabisan kerana aku tahu perjalanan yang akan aku tempuhi nanti cukup berliku.

Aku tersentak dari lamunanku... dipipiku mengalir airmata kesayuan dan kerinduan.
Didalam perjalanan ini aku tidak melihat sesuatu apa pun.. perjalanan bahtera semakin hari semakin gelap pandangan.Tiada awan dan tiada langit..yang aku tahu bahtera ini asyik dilambung ombak.Ombak semakin mengganas ketika perjalananku di dalam lingkungan 3 bulan.Dan kini perjalanan ku sudah memasuki bulan yang ke 9.
bahtera terus berlayar gagah.Aku tidak diterangi lagi cahaya sejak masuk bulan kedua perjalanan.Dan dari bulan 2 hingga ke 9 ini, aku didalam kegelapan.Dan dalam bulan ke 9 ini aku mula nampak satu terowong cahaya.Aku kembali bersemangat dan membetulkan haluan bahtera menuju cahaya tersebut.

Bahtera semakin hari semakin hampir ke pintu terowong.cahaya kian bersinar.cuma yang bezanya cahaya yang ku lihat ini tidak secantik cahaya di kampung halamanku.cahaya ini lebih memeritkan diriku bagaikan aku berada di longgokan bara api. Aku disambut dengan laungan azan.terasa kesayuan pada diriku ketika azan dilaungkan namun aku langsung tidak berkata-kata.Aku lihat sahaja satu tangan besar mengambil kakiku lalu kepalaku dijuntaikan kebawah.Tangan yang perkasa itu menepuk-nepuk punggungku.aku tersedak lalu menjerit protes...

aku lihat mereka tersenyum ketika aku menjerit kesakitan.aku cuba berkata kepada mereka namun suaraku seperti orang bisu lagaknya...

"kenapa dengan diriku ini???kenapa dengan fizikalku?''

Dan barulah aku sedar bahawa aku hanyalah seorang budak yang kecil.Dan tangan yang besar itu adalah bakal penjagaku.aku pelik mengapa Allah menukar fizikal aku yang dulunya besar kini menjadi kecil tanpa boleh bersuara mahupun menjalinkan komunikasi sesama mereka.Dan aku lihat ada seorang yang tidak aku kenali memberikan aku minum dari air tubuhnya.Dan aku pelik mengapa di tubuhnya ada satu benjolan yang besar yang di sua kan kedalam mulut kecilku.Aku hisap benjolan tersebut dan terdapat air yang mengingatkan aku ketika berada dikampung halamanku.Dan air ini pula terdapat didalam tubuh badan orang tua ini.Setahu aku, dikampung halamanku tiada orang berbentuk seperti ini.dan aku teringat kata-kata sahabatku..

"Ya Al Mukminin.. ketika kau sampai di dunia baru kau nanti... kau akan dijumpakan dengan satu keluarga baru.Dimana didalam keluarga itu terdapat 2 bentuk fizikal.satunya di gelar sebagai wanita dan satu lagi digelar sebagai lelaki.wanita dan lelaki itu asalnya satu jua.namun untuk membezakan zahir dan yang batin maka Allah pisahkan.Pada wanita itu terdapat Rahim Allah... dan pada Lelaki itu terdapat Rahman Allah... danketahuilah bahawa rahman dan rahim itu tidak terpisah jua.Ini sahaja yang dapat aku bekalkan kepada mu sebagai bekalan disana.Ingatlah.. janganlah kau lupakan tanggungjawab kau sebagai hamba Allah yang taat.Biarlah kau lebih taat ketika kau taat akan Allah ketika ini.Ingatlah!!"

Ya... orang yang ada benjolan itu sudah tentu wanita.. dan wanita ini terdapat rahim padanya..
aku mula berfikir sendiri.
Subhanallah!!! Maha suci kau Ya Allah... semoga aku sentiasa mengingati kau seperti mana aku di kampung halamanku.

Selasa, 2 September 2008

Spirit Coin

1991 adalah tahun dimana aku masih mengaji lagi.Ketika itu aku didalam semester 2 di Polisas.Memang menyeronokkan berada di alam pembelajaran.Diwaktu itu rakan-rakan adalah keluargaku.Berada 2 tahun di bumi Pahang banyak cerita manis dari dukanya.

Aku duduk di Asrama blok D.. room mate ku adalah Mohd Rasul..(silembut).
Tak sangka juga aku boleh duduk satu bilik dengan si lembut.. takut silap haribulan aku pun dapat penyakit sama huhuhuhu.Tapi aku tak boleh nak cakap apa sebab itu adalah jiwa mereka.

Nama sahaja aku duduk di Blok D namun aku jarang ada didalam bilik kecuali waktu-waktu tertentu.Aku sering berjalan bertemu rakan-rakan yang lain di Blok G atau H..
So malam itu aku nak ke bilik Wan rakan sekelasku.

sampai sahaja di sana aku lihat wan,fidin sedang duduk menghadap satu kertas putih dan dilakarkan satu segi empat tepat dimana dikelilingnya terdapat abjad-abjad.Di tengah-tengahnya ada tertulis 'HOME'.
apa lagi aku pun join lah.. depa kata permainan tu di panggil sprit coin.kalau nak lebih bagus ia di mainkan didalam keadaan cahaya yang samar-samar(menggunakan cahaya lilin).
tapi hari tu kita pasang lampu kalimantang sahaja hahahahaha.
kami pun menghadap kertas tersebut.Wan mengeluarkan duit syiling 20sen lalu kami pun membaca mentera didalam bahasa inggeris..(dah lupa dah mentera tu)..
tiba-tiba cahaya lampu bilik jadi tak keruan.. sekejap gelap dan sekejap terang.. dan duit syiling mula berinteraksi dengan abjad-abjad di kertas tersebut. dalam masa yang sama, semua berada didalam keadaan panik...
Oleh kerana aku melihat semua didalam ketakutan serta cahaya lampu sekejap menyala dan sekejap tidak lantas aku melaungkan azan.... setelah azan dilaungkan maka lampu kembali berkeadaan normal.

hahaha.... itulah pengalaman aku didalam permainan spirit of coin ni... dan apabila aku mengingatkan perkara tersebut.. memang tidak akan aku buat lagi perkara sebodoh itu..

Spirit of coin ni adalah permainan dimana kita memanggil roh yang berkeliaran di situ.permainan ini amat popular dizaman tahun 70an lagi.
jikalau mengikut permainan yg sebenar.. ia hanya memerlukan seramai 4 orang sahaja..(dah mencukupi). dan ia di mainkan di dalam cahaya lilin yang samar-samar.Memang menakutkan.
bayangkanlah.. didalam terang benderang cahaya lampu kalimantang pun.. kekuatan roh yang menghampiri cukup mengujakan.. kalau didalam kesamaran lagi haru huhuhuu.

Ujian pertama di 2 Rhamadan

Alhamdulillah.. hari ini adalah hari kedua rhamadan...
Rhamadan datang lagi, menggamit jiwa setiap insan agar lebih beribadat.

Hari ini adalah hari kedua rhamadan dan aku pula di uji illahi..
Setelah subuh mata masih melayu lantas bantal menjadi alas kepala lalu aku terlelap, sedangkan jadual kerja sudah berubah yang memaksa aku hadir seawal jam delapan pagi... ini bermakna aku harus percepatkan waktu ke opis seawal subuh untuk bertolak dari rumah... bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sampai di Kajang lebih kurang jam 7 pagi.. masih sempat untuk memecut motor setelah bertukar dengan kereta di kajang.Lantas dengan semangat pelumba legenda Mike Doohan lalu aku pun menyarungkan helmet dikepalaku.Apabila aku duduk sahaja di tempat duduk motor tersebut aku lihat tayar belakang sudah kempis.... uwarghhhh.
lantas aku ambil pam tayar lalu aku mengepam angin kedalam tiub tayar tersebut.

Sekali lagi aku menggalas semangat yang telah pudar.Aku pun membingitkan suasana pagi dengan kebisingan enjin motorsikal.. baru sahaja aku nak bergerak..
"Pak Ya... nak tumpang.hantarkan Nadia di stesen komuter yang berdekatan"
"la.. laluan pak ya tiada stesen komuter.."
Nadia anak saudaraku sudah menunjukkan wajah mencuka.
Untuk menghantarnya ke tempat kerja akan melambatkan perjalanan aku yang dah sedia pun lambat.Dan kebetulan perjalanan aku ke opis tidak melalui laluan dia ke tempat kerjanya.Walaupun pada hakikatnya aku boleh melencongkan sedikit laluan melalui ketempat kerjanya.
Oleh kerana wajahnya yang dah monyok lalu aku pun tumpangkannya sehingga ke tempat kerjanya maka aku pun terpaksa melambatkan lagi perjalananku ke opis hihii.
"jom lah.. tapi tayar motor ni akan pancit balik... so kenalah kita banyak berhenti untuk pam tayar." jelasku pada anak saudaraku, anak kepada abangku di kampung.

Lalu aku pun memecutkan motorsikalkan dengan kadar kelajuan rendah.Aku terpaksa merendahkan kelajuan kerana keseimbangan tayar tidak stabil kerana angin di tiub tayar belakang tidak akan bertahan lama.Sampai di Cheras aku singgah ke petronas untuk pam tayar. Alhamdulillah.. aku sampai jua di Menara TM berdekatan dengan pejabat anak saudaraku.Setelah itu aku terus pecutkan motor ke opis ku di Kelana Jaya.Sampai di opis jam dah pukul 8.40.. lewat lagi.. aku lihat tayar pun dah semakin mengempis.. tak apalah.. may be petang atau tengah hari nanti aku hantar ke bengkel.

Selasa, 26 Ogos 2008

Anugerah Illahi

Assalamualaikum para sahabat yg di Rhedoi Allah..

Hari ini, aku berbicara lagi dengan tulisan-tulisan menggamit jiwa.Walau pun pada hakikatnya tiada apa yang perlu diperbicarakan lagi kerana kekurangan idea-idea..

baiklah.. aku ingin membicarakan mengenai Anugerah Illahi...
Setiap hamba-hambaNya telah di anugerahkan berbagai-bagai kelebihan bagi mengimbangi kehidupan didunia ini.Tidak kiralah sama ada orang itu orang yg bukan siuman atau pun tidak siuman.. anugerah atau kelebihan tetap disediakan kepada hamba-hambanya.

aku lihat anak-anak saudaraku yang begitu ramai sehingga mencecah angka 50 orang.
sungguh ramai... aku suka melihat anak2 saudara yg jauh lebih muda dariku.. yang berusia 7 tahun kebawah.. kerana pada budak berusia sedemikian mempunyai satu kelebihan ketelusan yang amat tinggi.Mereka2 ini ada kejujuran yg tidak kita nampak secara lahiriah.

Untuk budak yg berusia 7 tahun adalah tahun persimpangan dan tahun hijrah buat mereka meninggalkan alam kesempurnaan sifat.
Allah jadikan seseorang manusia itu dengan kelebihan.. Lihatlah bagaimana kelebihan para Rasul semasa kecilnya... lihatlah kelebihan para wali masa kecilnya.. lihatlah kelebihan para anbia ketika kecilnya.. Subhanallah...

Didalam keluarga ku.. cucu abg ku.(abg Ngah) mempunyai kelebihan makrifat yang tinggi.
kelebihan ini memang sukar diramalkan.
Berbanding dengan anakku.. aku terpaksa pupuk dia dari kecil lagi bagi menguatkan kekuatan kerohaniannya.

dan hari ini aku dapat satu merasai kehadiran org2 yang punya kelebihan.. dan aku tak sangka dia adalah adik kepada sahabat sekerja ku.. adiknya berusia 12tahun..
memang sukar utk mencari orang yg berkelebihan seperti ini.. amat jarang..
memang ada.. kalau ada tak ramai seperti Adi Putra.

dalam family ku pun tak ramai yg memiliki aura seperti ini.. Subhanallah.. aku bersyukur kehadrat Allah kerana memberi aku kelebihan merasai aura seperti ini.. yg dah lama aku tak merasainya.. almaklumlah jarang sangat beribadat huhuhuhu.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran