Rabu, 5 Julai 2017

Penghujung Tahun 2016 adalah amat mencabar buat aku dan kaum familyku...
Pulang dari Tanah Suci,aku tidak berapa sehat dan di masukkan kedalam Hospital gara-gara radang paru-paru.dalam masa yang sama bondaku tercinta pula terjatuh di dapur dalam rumah kakak sulungku.

Aku masih ingat lagi... bonda jatuh pada waktu subuh hari Rabu sementara aku di tahan dalam ward pada pagi Rabu jam 10 pagi.
Perasaanku bercampur baur ketika itu... jasadku lemah terbaring di katil ward... hatiku bagaikan meronta mahu pulang kekampung melihat bonda tercinta namun apakan daya kerana situasiku yg terlantar tidak mengizinkannya.

Aku di rawat dengan baik di KPMC Kajang.
air dah masuk berbotol botol di tambah ubat antibiotik yg di cucuk kedalam tanganku.

aku di tahan sehingga hari Ahad.. hatiku pada hari Ahad tidaklah begitu ceria...
ketika aku mendapat berita bondaku terjatuh.. aku sempat berbisik kepada isteri tersayangku..
" ia hanyalah asbab sahaja... aku x sempat berjumpa mak"
itu sahaja yg terluah di mulutku.

Dan ternyata telahan ku benar belaka.. kerana ketika aku mendapat berita boleh keluar hospital dalam jam 6 petang.. ketika itu juga aku dapat khabar dari kampung bahawa bonda tercintaku telah di jemput illahi.Tiada airmata dari ku...kerana aku sudah bersedia utk menghadapinya.

Urusanku di hospital agak lama... sehingga jam 9 malam baru boleh keluar setelah segala urusan tentang insuran selesai.

dalam keadaan yg longlai... aku memandu kereta menuju kampung halaman.

.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
noktah.

Selasa, 10 Januari 2017

Alhamdulillah.. Tahun Baru 2017 menjelma jua.. Namun Tahun baru islam sudah menjelma awal di hujung tahun 2016.

Azam? tiada azam kerana Azam tetap sama seperti tahun tahun yg lepas.. hihiii

sudah lama tak menulis.. rasa kekok pun ada...

oklah.. apa yg perlu ana kongsikan???


flashback tahun 2016 yang begitu banyak dugaan yg ana tempuhi...

29hb November 2016 hingga 10hb December 2016 ada saat-saat yg cukup mengujakan.
kerana apa? kerana ana dapat sekali lagi menjejaki kaki ketanah suci.

2 minggu sebelum tarikh penerbangan 29hb.

ana begitu sibuk menyiapkan diri utk ketanah suci.. walau pun sudah beberapa kali ana pi.. ana tetap teruja utk bersiap sedia.
Namun 2 minggu ini juga ada di timpa penyakit buasir tahap 3.. betapa seksanya ana bertarung melawan penyakit ini.. pi klinik.. pi tabib china.. semua tak jalan.. duit pula berhabis.
berat ana 60kg turun 48kg...(sampai pakai pampers la)

alhamdulillah.. isteri ana banyak berkorban utk menjaga ana.. subhanallah..

di sebabkan penyakit buasir ini, persiapan ana tergendala.. sehingga lagi 3 hari ana akan berlepas.. akhirnya isteri ana menjumpai ubatnya hanya di farmasi sahaja.. ubat tersebut yg di beri nama despile.. setelah makan dalam 3 hari.. buasir ana menyusut dan ana sudah boleh duduk.. best gak pakai pampers sbb lembut hihihihi..

Alhamdulillah.. Allah masih menjemput ana ke tanah suci.. semasa di dalam penerbangan.. Alhamdulillah ana sudah mulai selesa.

Sampai di bumi Madinah..

ana pergi kali ni dengan family yg besar.Ada 5 orang kakak ana yg boleh menjaga ibunda tercinta.
dan ada 2 org abang yg ikut serta.Isteri,anak dan ibu mertua serta adik ipar dan adik kpd ibu mertua.
Sahabat baik ada 2 orang..

kami sampai di bumi Madinah dalam waktu isyak... urusan imigresen agak lewat sedikit.. kami sampai di hotel dalam jam 11 mlm.. selepas usai meletakkan beg kedalam bilik hotel.. ana mmbawa mak mertua,adiknya,adik ipar,anak dan isteri utk menziarahi Makam Rasulullah SAW... ibu mertua dan adiknya akan ikut isteri ana.. dan ana terus berjumpa dgn Rasullullah saw di Makamnya.setelah berjumpa.. ana terus memasuki Rhaudah dgn mudah.. yang peliknya malam kami sampai.. malam itu Rhaudah hanya utk ana dan family ana(lelaki).. x ramai orang seolah olah Rhaudah itu untuk ana dan group family ana.Subhanallah.

Malam esoknya Rhaudah spt biasa menjadi penuh.

Alhamdulillah kesihatan ana terkawal di Madinah.. dan ana boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.

ok kita sambung lagi.

Jumaat, 13 November 2015

Pertemuan


Abg Aziz... sahabat kepada Syeikh Rosli.Bekerja sebagai 'Jaga' di sebuah Perumahan Perguruan di kawasan Cheras.Dulu Abg Aziz adalah seorang kontraktor perumahan yang bergaji agak lumayan juga.Namun apa yang menarik kepada Abg Aziz ini ialah... ia lebih meminati pelajari ilmu yang berkaitan agama.Dia berhenti hanya kerana tidak dapat beramal di waktu malam.Lalu dia bekerja sebagai seorang 'Jaga'.

Waktu mudanya, Abg Aziz seorang yang mempunyai ilmu kebatinan dan persilatan.Malah layak menjadi guru didalam bidang persilatan... dan pernah mempunyai ramai murid.
Namun kini Abg Aziz keseorang didalam sebuah pondok dan ketika semua orang tidur di waktu malam... Abg Aziz akan berzikir didalam pondok tersebut.
Abg Aziz punya kelebihan melihat sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa.

Suatu hari Abg Aziz bertemu Syeikh Rosli yang kebetulan tinggal di perumahan perguruan tersebut.
setelah berkenalan seketika.. Abg Aziz terus menegur Syeikh Rosli perihal agama dan menasihati Syeikh Rosli agar tidak berpura-pura didalam ilmu agama. Setiap persoalan yang di berikan oleh Abg Aziz akan membuatkan syeikh Rosli buntu untuk menjawabnya.Lalu Syeikh Rosli mengadu hal denganku.

Aku terasa teruja untuk menemui Abg Aziz... manalah tau.. dapat menimba ilmu darinya...atau pun dapat berkongsi ilmu.

Maka pertemuan pun di aturkan di Restoran BRJ Cheras.
Aku hanya berpakaian seluar Jeans dan t'shirt serta memakai sarung kepala ala rappers...
Apabila ia nampak sahaja aku.. dia tersenyum dan berkata dia kepada Syeikh Rosli

" Hah!!! Lie... kawan kau ni lagi hebat dari kau... cahaya dia lagi kuat dari kau... cuma sikit je lagi... kalau di beri zikir yang betul ni.. aku jamin dalam 2 jam sahaja.. Dia lagi bertambah power"..

Aku hanya diam sambil tersenyum melihat bebelan Abg Aziz.
Abg Aziz pun bersalam dengan aku sambil berkata :
"aku suka cara kau... bersahaja dan relaks... "
selagi lagi aku senyum.

Abg Aziz terus membebel dan menasihati aku dari setiap sudut... bercerita berkenaan zikir dan sebagainya..
Dalam hatiku.... Aku menerima segala nasihatnya serta pengetahuannya tentang ilmu Allah ini.
Namun bagiku apa yang diceritakan olehnya adalah perkara yang dah bertahun lamanya aku lalui.

Jadi aku cuba menguji sejauh mana pengetahuannya tentang zikir lalu aku pun berkata ..

"Abg... Abg memang suka berzikirkan...Alhamdulillah.. tetapi kan Abg... Zikir dalam bahasa kita adalah ingat... zikirullah itu adalah Mengingati Allah... seperti apa yang Allah beritahu kita didalam AlQuran,sesungguhnya Mengingati Allah itu penting dari segalanya."

Abg Aziz mendengar dengan tekun dan kusyuk.

"Baiklah.. saya ambil contoh zikir Subhanallah... maksudnya Maha Suci Allah... , Jika abg zikirkan Subhanallah ini berjuta kali sekali pun.. Allah tetap sedia dengan kesuciannya... Tak perlu di ucap dan dilafazkan pun.. Allah tetap dengan kesucianNya... jadi... yang dikatakan zikir ini yang bagaimana?"

Abg Aziz terlopong mulutnya.. cuba memahami tentang zikir dari sudut pandanganku.

"Ni lain daripada yang lain ni... sesuatu yang baru aku tau... eh!! tadi cahaya kau lain.. ni bertambah pula... kau ni lain dari yang lain... "

Aku hanya melihat karenah Abg Aziz...
Aku datang hanya untuk menimba ilmu tapi sebaliknya...huhuhuhu..

Dan perbualan kami semakin menarik berkenaan zikir... zikir yang tak berlafaz dan berbunyi... zikir yang bukan sekadar zikir sahaja.Malah perbualan kami sehingga kepada topik ilmu yang lebih berat berkenaan Asma Allah... kematian.. bagaimana berkasih dengan Allah dan sebagainya.

Abg Aziz mohon bantuan dari ku untuk mengubati anaknya....
hahahahaha... kesitu akhirnya.
"Saya mohon maaflah Abg Aziz... tapi bagi saya... Abg Aziz sendiri boleh mengubati anak abang tu dengan bacaan Yassin 7 Mubin... " saranku.

"Benarlah!!.. Arwah Guru aku dulu pernah beritahu tentang keistimewaan bacaan Yassin ni.. tapi aku tak confident... sebab masa tu aku sendiri terumbang ambing.." balasnya.

"Macam nilah... Abg Aziz suruh Syeikh Rosli bawa Abg Aziz berjumpa dengan gurunya.." saranku lagi.

"Tapi Rosli tak beritahu pun tentang gurunya.."

"Abg Aziz soallah dia.. siapa gurunya.."

"Rosli.. siapa guru kau li?" soal abg aziz kepada Syeikh Rosli.

"Pembimbing saya adalah Abg kepada sahabat saya ni lah.." jawab Syeikh Rosli.

"Hawau kau... patutlah adik dia pun bagus... adik kepada seorang guru rupanya... tak sia-sialah aku jumpa kau... tak dapat jumpa abang pun tak apa... aku dapat jumpa adiknya.."

aku hanya ketawa kecil dan tersenyum melihat olah Abg Aziz.

Sejak dari itu kami jadi kawan baik... Apa yang aku lihat... Abg Aziz yang aku gelar Pak Mustar adalah seorang yang konsisten dalam amalannya berbanding aku.. malah Pak Mustar mempunyai kelebihan Kasyaf... cuma belum sampai kepada Kasyaf Kubro je.

sementara aku tak ada apa2 kelebihan pun.. alhamdulillah.. kalau ada pun.. aku sendiri tak tahu ...

wassalam.
Assalamualaikum semua...

Kembali bersua di laman cyber ini..
Masa bergerak dengan pantas dan meninggalkan segala peristiwa di belakang kita..
dan yang tinggal hanyalah kenangan sahaja..

10/11/15

Ibunda tercinta sahabat ana iaitu Syeikh Hj Yusof.. telah kembali kerahmatullah dalam usia 81 tahun.
Ana dapat berita pun terlewat kerana kebetulan ana terlewat bangun dari tidur.Selepas subuh selalunya ana akan lelapkan mata sebentar namun hari tu, ana terlajak laris sampai jam 9 pagi..
message sampai jam 7 namun ana dapat melihat jam 8...

kelam kabut juga bangun dan mandi serta seterusnya hubungi sahabat2 lain.

Setelah berkeadaan bersih ana mencapai baju t'shirt putih serta seluar jeans codroi camel lalu mencapai kunci kereta MYVI.hanya sempat meneguk secawan teh yg dibuat oleh isteri tersayang.
Ana pun pecut dengan kelajuan 120km/j untuk ke Ampang.
dalam satu jam perjalanan(jalan jem) ana pun sampai ke sebuah perumahan Town House di belakang zoo negara.Sudah ramai orang menziarahi jenazah buat kali penghabisan.

Sahabat2 ana pun sudah ramai yang sampai.Berjumpalah ana dengan abang2 Syeikh Hj Yusof... berpelukan Arab lah kami.

Setelah memandikan jenazah, jenazah di bawa ke surau untuk solat jenazah.Dan seterusnya di kebumikan di tanah perkuburan berdekatan kampung berkenaan.

Ana sendiri mengusung jenazah ke dalam liang lahad.Ana sempat melihat wajah jenazah...
Subhanallah!!! beginilah wajah seorang yang beriman dengan Allah... cantik sungguh jenazahnya dengan dagu yang runcing.

Ana berjumpa Abg Din dan berborak seketika untuk melepaskan rindu setelah sekian lama tidak berjumpa.

Semoga Ibunda kepada Syeikh Hj Yusof di rahmati Allah dan diletakkan di dalam golongan orang2 yang beriman disisi Allah swt.Inn Shaa Allah.


Jumaat, 29 Mei 2015

Umrah 2015

Alhamdulillah... pejam celik pejam celik aku memasuki pertengahan 2015.. dan baru sahaja selesai Umrahku yang kali ke ???
Ermmm... sudah lama aku tidak menukilkan apa apa berita didalam blogku ini...
Namun begitu.. hajatku untuk membawa bondaku ke tanah suci akhirnya terlaksana... syukur alhamdulillah... Segala Puji Bagi Mu Ya Allah!!!

Tahun lepas aku sempat berbakti kepada bapa mertuaku yang telah meninggal dunia setelah sebulan kembali ketanah air dari melaksanakan Umrahnya tahun lepas.
Dan tahun ini aku dapat berbakti kepada bondaku yang aku sanjungi dan sayangi.

banyak yang ingin ku nukilkan dan ku kongsikan pengalaman manisku di Kota suci Mekah dan Madinah kali ini buat tatapan sahabat2ku..

nantilah.. bila sampai waktunya dan ruang masanya.. insyaaAllah ana akan bernukil lagi.

sekian buat masa ni.

Jumaat, 5 Disember 2014

5/12/14

Alhamdulillah... 2 hari lepas, aku mendapat perkhabaran yang amat menggembirakan hatiku.
Niat aku untuk membawa ibunda tercinta menunaikan ibadah umrah hampir terlaksana.Aku jual 100 gram emas sebagai wang perbelanjaanku bersama ibunda tercinta.Project 2015 insyaaAllah.

Aku bercadang duduk di hotel hilton Mekah yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi memudahkan aku membawa ibundaku yang berusia 86tahun.

Dan berita gembiraku ialah emas 100g telah terjual dan cukup untuk aku menampung perbelanjaan kami berdua.2 orang kakakku juga akan ikut sama dengan perbelanjaan sendiri.

Esok 6/12/2014 aku akan pergi ke pejabat Andalusia di kampung Pandan untuk menempah tiket penerbangan. Sasaranku tetap pada date di bulan Rejab atau bulan May Tahun depan.

Semoga usahaku ini di berkati Allah hendaknya.InsyaaAllah.

Selain kami.. sahabat2 sepengajian ilmu juga ramai yang turut serta cuma mungkin duduk di hotel yang berlainan.Dan Abg Ngah kesayanganku juga mungkin akan turut serta.. insyaaAllah.

Syeikh Rosli, Tn Hj Maskor dan beberapa sahabat2ku juga akan turut serta.. semoga Umrah tahun depan akan meninggalkan kenangan yang amat bermakna bagi kami serta mendapat segala petunjuk dan hidayah dari Allah Azza wajjallah.

..........................................................................................................................................


Hari ini, di opis tak ramai orang kerana rakan-rakan sibuk bercuti hujung tahun.
Malam ni, isteriku nak pulang ke kampung halamannya.. aku tidak dapat turut serta kerana bekerja.

Ibu mertuaku yang sering berselisih pendapat denganku... namun aku tetap menyayanginya seperti mana aku menyayangi ibundaku walaupun aku di pandang sesat bagi pandangan matanya.

Aku tidak menyalahkan ibu mertuaku kerana dia tidak mengerti perjalanan yang aku lalui.
Walau pun Allah telah membuktikan kebenaranku berkali-kali kepadanya, namun apabila sampai satu ketika ia sukar menerimanya.Benarlah hidayah itu milik Allah.Hanya Allah yang boleh memberikan petunjuk dan hidayah pada seseorang sedangkan makhluk tidak mampu untuk memberikan hidayah kecuali hanya menyampaikan ilmu mengikut landasan AlQuran dan AlHadith.


Isnin, 21 Julai 2014

Selesai sudah Umrah pada tahun 2014 ni..

Bersama dengan isteri tersayang serta seorang anak dan ibubapa mertua memang satu kenangan yang amat manis.

Ziarah ke Makam Rasul SAW kali ni, banyak meninggalkan satu nostalgia indah..

Mekah dah banyak yang berubah wajah... tidak seperti tahun pertama aku menjejakinya..
Dulu tiada bangunan tinggi dan hotel umpama jalan-jalan di lorong2 berbatu.Tapi kini tiada apa lagi itu semua.. Hotel-hotel menjulang langit terutama hotel2 yang berada berhampiran Kaabah seperti di zam2 tower.

Malah jika lihat dari jendela hotel.. Kaabah pula menjadi kecil.. maka benarlah sabda2 baginda Rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW bahawa Mekah di zaman akan datang penuh dengan bangunan pencakar langit.Subhanallah!!! adakah ia tanda2 kiamat semakin hampir???

Ayah Mertua yang teristimewa.

Ayah Mertua ku Hj Ismail Hj Taib seorang yang penyabar dan lurus orangnya.
Mungkin dia sering salah sangka dengan ku kerana perwatakkanku bukanlah seperti orang yang pakai serban hihihiik..
Tapi bila bicara bab ilmu agama.. aku seolah-olah tahu itu dan ini.. bila bab khilaf.. sering aja aku orang yang alpa.. kerana perwatakkan aku sendiri berlawanan dengan perwatakkan orang yg mengaji ilmu agama... namun itulah hakikatnya.

ayah mertuaku duduk satu bilik hotel denganku.. sementara isterinya berada di bilik lain..
Sewaktu berada bersamaku.. ayah mertuaku sering melepaskan atau meluahkan perasaannya kepadaku tentang anak2... dan akulah menjadi pendengar yang setia.

Di Madinah.. aku sering membawa ayah mertuaku yang ku anggap seperti ayah kandungku ke Masjid Nabawi.Mungkin ibadah umrahku kali ini berliku berbanding dengan umrah yang biasa aku lakukan di tahun2 yang lalu.Dengan Visa yang lambat serta penundaan tarikh pergi serta pertukaran penerbangan cukup menguji kesabaranku.Namun aku tetap yakin dengan Allah yang telah mengaturkan perjalanan yg terbaik buatku serta keluarga.

Aku banyak mengajar ayah mertuaku di Madinah.. dan sempat juga membawanya di perkuburan Baqi'..

Ayah mertuaku teringin memasuki Rhaudah... namun tiap kali mahu ke Rhaudah.. orang terlalu ramai dan berhimpitan.. aku sendiri tidak membenarkan ayah mertuaku memasuki Rhaudah kerana kesihatannya kurang memuaskan... aku tidak tahu kali ini untuk memasuki Rhaudah terlalu sukar.
Lalu aku memasuki sendiri ke Rhaudah secara sendirian... Eehh!! mudah pula... aku pelik kenapa tiap kali aku mahu membawa ayah mertuaku sering menemui kesukaran lalu saat aku bersendirian di Rhaudah.. lalu aku munajat ke hadrat Allah agar memudahkan ayah mertua ku.. malah aku sanggup memberikan sebahagian keistimewaan yang Allah berikan kepadaku kepada ayah mertuaku.. aku tak dapat masuk ke rhaudah pun tak mengapa asalkan ayah mertuaku dapat memasukinya..

Alhamdulillah.. selesapas waktu Asar.. aku mendapat tanda kebenaran dari illahi untuk membawa ayah mertuaku.. sampai di sempadan rhaudah(di bahagian belakang rhaudah).. aku berkata dengan ayah mertua ku.. "Abah!.. masuk sahaja abah di dalam Rhaudah.. sudah ada tempat yang kosong di sediakan Allah buat Abah... Abah terus solat sunat 2 rakaat.. dan berdoalah didalam sujud.. jangan tamak dengan tempat yang Allah sediakan.. selepas habis 2 rakaat.. terus menuju ke makam.. saya tak boleh temankan Abah... lepas Abah solat.. saya akan masuk ke Rhaudah.. ingat yer Abah!"
Ayah mertuaku pun masuk kedalam rhaudah...

Memang benar!!! tempat abah memang dah tersedia .. tempat yang luas dan berhampiran Mihrab Rasullullah SAW... Subhanallah!!! Jika fikir dengan akal fikiran... memang tak logik tempat tersebut kosong.. tapi itulah kebesaran Allah yang mengkehendakiNya.
Selepas Abah bersolat aku pun masuk kedalam Rhaudah seperti biasa.. memang tanpa halangan.
Aku juga bersolat berhampiran Mihrab Rasulullah SAW.. aku bersolat syukur.. malah butiran manik airmataku jatuh kesyukuran.

Itulah kenangan...

Banyak peristiwa yang membuatkan aku rindu pada ayah mertuaku.

Buat pengetahuan... ayah mertuaku telah meninggal dunia di Hospital Sungai Petani pada 3 syawal.
2 bulan selepas pulang dari umrah.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran