Rabu, 22 Julai 2009

Tajjali

Semalam aku chatting sama sahabatku Rosli. dan selepas chatting kami makan bersama di mohd chan abdullah.

didalam chatting tersebut kami banyak mengupas bab agama serta peristiwa Nabi Muhammad membelah bulan. aku menerangkan kepadanya serba sedikit mengenai peristiwa itu.

dan aku juga membezakan antara Muhammad dan Allah.
Mengapa Muhammad itu kekasih Allah...

didalam kebanyakkan cerita makrifat.. cerita berkenaan Wahdatul wujud.. ramai yang tersilap tafsir antara sifat dan zat.antara diri dan muhammad.

dari situ aku huraikan mengikut ilham yang aku dapat.
dan ternyata kebenarannya di rungkaikan pada hari ni di sebuah blog seseorang berkenaan apa yang kami perbincangkan.

Rosli seorang yang peka dalam bab ini.. tiap kali muzakarah.. semuanya akan di sahihkan dengan peristiwa2 yang bakal berlaku.

aku tidak mahu bercerita bab ini.. kerana ia terlalu sensetif untuk diperbicarakan didalam blog seperti ini.

bagi Rosli.. aku harap dia faham dimanakah yang dipanggil tajjali ketika peristiwa Muhammad membelah bulan... insya'allah dia faham.

wassalam.

1 ulasan:

~faqir~ berkata...

Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan kami) pada waktu yang Telah kami tentukan dan Tuhan Telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar Aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi Lihatlah ke bukit itu, Maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku". tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, Aku bertaubat kepada Engkau dan Aku orang yang pertama-tama beriman". (Al A'raaf 7 : 94)

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran