Jumaat, 25 Julai 2008

sedikit ilmu

Assalamualaikum buat pembaca yang dikasihi Allah,
Semoga pada hari kemuliaan jumaat ini kita senantiasa dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya.. insya'allah!.. selawat dan salam kita tujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W serta para malaikat yang tidak jemu menjalankan tugas-tugasnya saban hari.Tanpa mereka ini semua, siapalah kita disisi Allah...


hari ini jiwaku bagaikan beralun-alun. kadangkala aku umpama di tiup sang bayu pantai timur..
kadangkala bayu yang bertiup bertukar kencang menggoncang tubuh kerdil ini.
Apabila aku gembira dan riang tidak semestinya aku didalam suasana yang girang.
Apabila aku berada didalam kesunyian tidak semestinya aku sedih dan sugul.

Aku pernah merasai sepi di saat-saat keramaian.Aku pernah merasai sunyi ketika berdentam-dentum balingan bola mengenai pin didalam arena bowling sedangkan ketika itu aku dikerumuni rakan-rakan sepermainan.

Nah!! jelas sekali bahawa jiwa manusia itu memang sukar diduga.Dulu aku pernah bercampur dengan budak-budak nakal... aku mendalami jiwa mereka... jiwa mereka adalah jiwa pemberontak.Mereka memberontak disebabkan banyak perkara.. namun apa yang aku boleh rumuskan disini mereka memberontak kerana ingin mencari identiti berkenaan kebebasan.
aku juga seperti mereka... kerana aku adalah manusia seperti mereka.

Sukar aku mahu tafsirkan berkenaan jiwa ini.. kerana setiap orang mempunyai jiwa yang berbeza-beza walaupun 'target' seseorang itu adalah kedamaian hati.
Ada orang suka menjerit hanya kerana katanya jerit itu boleh melepaskan segala apa yang terbuku didada.
Ada orang suka mendiamkan diri hanya kerana katanya dengan diam aku boleh muhasabah diri.
Ada orang suka 'enjoy' hanya kerana katanya dengan 'enjoy' aku boleh 'happy' dan damai.
Ada orang tidak boleh duduk diam hanya kerana katanya dengan bekerja hatinya selesa.

Jiwa adalah sesuatu yang halus didalam diri.Didalam diri kita seringkali terdapat perbalahan antara hati yang baik dan hati yang menjurus kejahatan.Dan didalam kedua hati itu pula terdapat satu lagi hati yang terlalu halus lagi suci.Buktinya???

Cuba kamu berdiam diri.kamu focuskan diri kami kepada diri batin kamu.. kamu cari topik yang sesuai bagi kamu.. dan berkata-katalah didalam diri kamu. terdapat 2 hati yang berkata-kata.satu hati itu adalah diri zahir kamu.satu hati lagi adalah diri yang menjuruskan perbalahan.antara 2 hati ini terlalu sukar untuk kita mencari jawapan antara benar dan tidak.Tapi sebenarnya terdapat lagi satu hati yang benar2 halus perjalanannya.Hati ini ibarat hati yang suci.kata2 hati ini ibarat lampu suluh buat kita.Hati ini bertindak terhadap jalan-jalan yang lurus sahaja.Hati inilah yang sukar kita buat bicara. Namun suara hati inilah yang akan membangkitkan untuk beribadah.kata-kata hati ini tidak akan datang selalu tapi kadang-kadang.hati ini juga boleh dikatakan hidayah dari batin kita.kita boleh dengar suara hati yang halus ini.. bagaimana??

mudah sahaja... cuba anda buka kaset bacaan AlQuran. dengar dalam senyap.dan dengar betul2 bahawa hati ini akan mengikut bacaan alquran itu seiring dengan bacaan si pembaca AlQuran.
kalau nak lebih jelas lagi.. cari bacaan AlQuran dimana surah yang dibaca adalah surah yang jarang kita baca.Namun hati ini dengan selamba boleh ikut setiap bait bacaan AlQuran tersebut seiring dengan sipembaca.
lepas tu... cuba kamu ikut bacaan AlQuran tersebut melalui hati yang zahir.. sudah tentu kamu sukar nak ikut bacaan tersebut kerana hati yang zahir itulah hati kita.
dan ketika kita baca dengan hati zahir maka hati yang menjuruskan keburukan juga akan cuba menghalangnya dengan ingatan benda yang lain..

ayuh!! fikir-fikirkanlah.aku berkongsi tips hati ini buat sesiapa yang membaca nukilanku ini.
tajamkanlah kata-kata hati yang cukup halus itu.. kelak hati itulah yang pandu diri kita kejalan yang lurus.. memang sukar sebenarnya.. terlalu sukar.. tapi cubalah.

Rasulullah pernah bersab selepas berlakunya peperangan.. aku lupa peperangan apa...
tapi seorang sahabat Rasullullah pernah menyoal Rasullullah,

"Ya Rasulullah, kita telah memenangi peperangan ini, adakah peperang yang paling hebat lagi seperti peperangan ini?" sahabat itu menyoal.

"Ada ya sahabatku, peperangan itu lebih hebat dari peperangan yang kita lalui ini.."

"Apakah perangan itu ya Rasulullah?" Sahabt ingin mengetahui.

"Peperangan atau jihad yang paling besar dan wajib kita tempuh adalah jihad didalam diri kita ya sahabatku"

Nah!! jelas sekali bahawa peperangan yang paling hebat itu bukanlah peperangan Iraq dan US atau peperangan Israel dan Palestin... tidak sama sekali.Tetapi jihad didalam diri kita itu lebih hebat dari peperangan di luar sana.

Bagaimana kita mahu mati syahid diluar sana sedangkan jihad didalam diri kita pun tak mampu kita lawan.

Aku sendiri sering tunduk dengan Nafsu yang ada didalam diri.Aku sendiri sering tunduk dengan kata-kata hati yang tidak tepat kebenarannya..

Jadi marilah kita sama-sama menghayati perjalanan kita ini sebaik yang mungkin.

Khamis, 24 Julai 2008

Insaflah wahai umat

Mengapa tangan ini terlalu sukar untuk menghentikan tariannya.Tarian yang aku tak tahu versinya.. tarian yang aku tidak tahu namanya.. dan yang aku tahu hanyalah tarian yang menimbulkan abjad-abjad penglipurlara di permukaan skrin komputer.Atau mungkin saja aku boleh namakan tarian ini sebagai tarian abjad.Kerana didalam tarian abjad ini timbul informasi-informasi yang boleh meralitkan si pembaca atau yang juga boleh membosankan si pembaca atau mungkin menidurkan sipembaca.



Dunia ini sudah sampai kepenghujungnya... dan di penghujung inilah seluruh kaum para Nabi akan muncul satu persatu.Adakah ini menghairankan kita semua??? sedangkan ia telah tertulis berkurun lamanya sejak tauhid itu diperkenalkan oleh para nabi dan Islam pula di perkenalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. melalui kitabullah sama ada Injil,Taurat,Zabur dan AlQuran sebagai penutupnya.Perlu hairankah kita?? kerana sejak azali lagi kita telah diberitahu akan kisah di penghujung zaman.



Jadi hairankah kita jika ada manusia yang maha ganasnya, maha fitnahnya, maha rakusnya di penghujung zaman ini?? atau perlukah kita menjadi mereka bersama-sama bersekutu dengan si taghut??



Zaman ini adalah zaman 'final test'.Ujian terakhir untuk hamba-hamba Allah setelah Rasullullah memperlihatkan keindahan Islam selama 63 tahun semasa hidupnya.Rasullullah memperlihatkan keindahan peribadi kepada semua umatnya.Namun sayang!! betapa umatnya tidak langsung mengikuti keperibadian Rasullullah itu.



Kita melihat bagaimana rakusnya kuasa besar dunia memperlekehkan Islam namun Islam masih juga tidak bersatu.Dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan??? adakah kuasa besar itu??

Inilah kelemahan diri orang Islam.. yang apabila Allah turunkan bala melalui kuasa-kuasa besar itu lalu kita terus menghina mereka.. berkata macam-macam terhadap mereka...

'Bush jahat... Israel celaka....' dan kita sebenarnya telah diheret sama dengan sikap mereka tanpa kita sedari.



Mengapa kita tidak berkata " Celaka Arab Saudi yang tidak mahu bekerja sama dengan Iran.. celaka Iraq yang suka bertelagah soal mahzab?.. sedangkan ini berlaku hanya di sebabkan umat Islam itu tidak bersatu... tidak bacakah kita pada penerangan AlQuran... Al Hadith???

memang terang-terang telah menyatakan zaman ini zaman terakhir... zaman ini zaman di mana segala dajal akan bangkit.... perlukah kita mempersalahkan mereka sedang itu telah di bangkitkan didalam kitab Allah.



Allah suruh hambanya yang beriman itu bersatu!!!!!! bersatu sebagai satu kelompok yang kuat dan tidak mudah dicercakan oleh bangsa-bangsa yang telah pun dilaknat Allah didalam AlQuranNya.. Ini tidak.. kita sendiri di heret sama mengikut jejak bangsa-bangsa itu yang penuh didalam kehinaan.



Berdoalah.. mohonlah kehadrat Allah agar mereka ini di ampunkan dan kembali bersama kita menguruskan perjalanan Islam.. bukan mendoakan kematian buat mereka...



kalaulah kita benci dengan mereka.. bermakna kita benci dengan Syaidina Umar yang telah menyembelih anak perempuannya ketika zaman jahiliah.Seharusnya Syaidina Umar itu di hukum dengan seadil-adilnya kerana telah membunuh anaknya dan tidak menyokong Rasullullah ketika itu.

Janganlah letakkan diri ini seperti mereka... jangan sesekali.

Dan lihat bagaimana Syaidina Umar yang dulunya ganas bertukar menjadi sahabat Rasullullah.Memperjuangkan Islam!!



Lihat bagaimana Rasulullah di baling najis dan batu selama 6 hari berturut-turut.. namun Rasullullah tidak pernah membenci si pembalingnya malah Rasullullah sendiri bermohon kehadrat Allah agar menghapuskan dosa si pembalingnya ketika bersolat di masjid setiap hari dan Allah makbulkan doa itu di hari yang ke 7.Ketika si pembaling sakit nak mampus.. Rasullullah datang menghulurkan bantuan seikhlas hati.. dan secara keramahnya.. si pembaling najis itu pulih dan akhirnya memeluk Islam.Betapa cantiknya keperibadian seperti ini.Dan inilah yang Rasullullah ajarkan kepada umatnya.



Kita kini dah terbalik sifatnya.. Rasullullah mengajar kita sifat pemaaf tapi kita bangga dengan sifat dendam kesumat.Ketawa apabila melihat orang yang jahat itu di seksa akibat perbuatannya.Ini bermakna kita sama sahaja ketika yang jahat itu menyeksa yang baik dengan ketawa yang sama tanpa perasaan kasihan.



Perjalanan Islam itu indah.. maka jangan coretkan keindahan itu dengan coretan yang tidak pernah didambakan oleh Rasul kita.Insaflah wahai umat!!.



seharusnya kita harus bersatu.. Islam itu harus bersatu.. namun sayang sekali kerana Islam sukar untuk bersatu.. sebab apa?? sebab takut kepada kuasa yang besar maka ia sama sahaja seperti syirik yang halus.kalaulah kita takut kehadrat Allah bermakna tiada lagi kuasa besar yang lain boleh mampu melawan kuasa Allah.Tetapi sayang kerana umat Islam kini lebih membicarakan ketakutan terhadap bangsa-bangsa yang dilaknati tanpa memikirkan jalan penyelesaian terhadap agama sendiri.



senjata umat Islam buat masa ini bukanlah Nuklear.. tetapi senjata umat Islam kini adalah Doa dan Tawakkal.Yakinlah dengan Doa kita semua yang mengharapkan kedamaian.

Tawakkallah...



Ujian terakhir ini memang amat menyakitkan kerana kita berhadapan bukan sahaja dari Umat Muhammad(kita lah tu) tetapi kita berhadapan dengan kaum Nabi Luth,Kaum Nabi Musa,Kaum Nabi Noh, kaum Nabi Isa... dan pelbagai kaum para Nabi sebelum Rasul pilihan kita iaitu Muhammad S.A.W.



Bagaimana kita nak menangani permasalahan ini??? bersua dengan kaum-kaum ini dan berdialog?? silap haribulan kita pula dijadikan bahan bagi mereka-mereka ini.

sekarang ini hanya tinggal satu harapan kita adalah Doa.. kerana Doa lah yang menjadi perantaraan kita dengan Allah.Dan azab ini akan terus berlaku sehingga Imam Mahadi di turunkan Allah.. seorang pemimpin yang bakal memimpin kita kejalan yang di rhedoiNya.Dan seterusnya Nabi Isa mengambil alih untuk membinasakan Dajal.

kisah ini telah tertulis berkurun lamanya... berkurun lamanya...



Bersabarlah... kerana sabar itu adalah ubat terbaik buat umat Muhammad.Dan berdoalah kerana doa itu adalah senjata yang lebih hebat dari senjata Nuklear.



Jangan biarkan kita berada didalam emosi yang boleh menjuruskan kita kepada baran dan dendam.Kalau marah kita kerana Allah.. ia diperbolehkan.tetapi kalau marah kita kerana dendam kesumat... lalu singkirkanlah.



satu peristiwa ketika Syaidina Ali berperang didalam satu peperangan.Dan Syaidina Ali berhadapan dengan seorang musuh.Apabila syaidina Ali hendak memenggal kepala musuhnya tiba-tiba Syaidina Ali di ludahi oleh musuhnya lalu Syaidina Ali tidak jadi memenggal kepala musuhnya lalu menimbulkan kehairanan kepada musuhnya.Lalu berkatalah musuhnya kepada Syaidinan Ali,



" Wahai Ali, mengapakah kau tidak membunuhku?" soal musuhnya.



Syaidina Ali menoleh kehadrat musuhnya sambil berkata,



"Bagaimanakah harus aku membunuhmu sedangkan ketika kau meludahi aku maka terselit perasaan geram dan dendamku padamu.. sedangkan pada awalnya aku mahu membunuhmu hanya kerana Allah... dan kerana Allah itu bertukar menjadi keranaku atas dasar marah.."



Lihatlah bagaimana keperibadian para sahabat ketika itu..



cukuplah kali ini jari jemariku menjalankan tugas yang tak seberapa ini.. semoga nukilan ku ini difahami dan mendapat sedikit ilmu buat pembaca.Andainya tulisan ini menyakitkan hati sesiapa yang membacanya.. aku mohon maaf sebanyak yang mungkin kerana mungkin pendapatku ini tidak sama dengan pendapat orang lain.. apa yang aku boleh katakan hanyalah.. nukilan ku ini lahir dari lubuk hati yang ikhlas kerana Allah jua.



wassalam buat hari ini.

Jalan Makrifat

'Awaludin makrifatullah' ayat ini amat popular bagi sesiapa yang berjalan mencari kebenaran yang hakiki. Awal agama mengenal Allah... dari Hadis Qudsi yang amat di gemari dan sukar di mengertikan maksud yang tersirat.

kali ini aku mahu bercerita sedikit mengenai perjalanan makrifat.Di Malaysia kini antara pengajaran ilmu yang melibatkan pemahaman makrifatullah ini terlalu banyak.Didalam kehidupan Islam itu tidak terpisah kepada 4 subjek utama iaitu :

1. Syariat
2. Tareqat
3. Hakikat
4. Makrifat

Kebanyakkan pengajaran agama yang menjurus kepada 'ketuhanan' itu lebih kepada ajaran-ajaran tareqat seperti tareqat Muhammadiah,Tareqat Ahmadiah,Tareqat Nasyabandiah, Tareqat yang diperkenalkan AlArqam,Tarekat laksamana dan beberapa lagi tareqat seperti yang di bawa oleh Tok Kenali serta beberapa orang alim ulama di Malaysia ini.

Ada juga yang menyembunyikan perkataan tareqat itu kepada pengajian yang dinamakan seperti Sirullah,Makrifatullah,Sifatullah,Martabat tujuh dan beberapa lagi pengajian yang di ajar didalam kelompok kecil.

Oleh kerana pengajaran Tareqat ini berkembang dengan pesat di Malaysia, ia membuatkan berlakunya konflik salah menyalahkan antara mereka dan ini jua menarik perhatian kepada Jabatan Agama bagi membendung agar pengajian itu tidak tersimpang dari ajaran yang di bawa oleh Rasul kita Muhammad S.A.W. yang berintipatikan AlQuran dan Al Hadith.

Apa yang ingin aku bicarakan disini bukan untuk mencari kesalahan mana-mana pihak tetapi aku ingin menghujahkan pendapat dan berkongsi ilmu mengikut pengalaman yang aku lalui sepanjang hampir 20 tahun didalam perjalanan makrifat ini.

Terjadinya konflik didalam perjalanan makrifat ini terlalu banyak puncanya seperti kesempatan yang direbut oleh orang yang tak bertauliah mengenai bab makrifat sehingga menyebabkan penyelewengan fakta didalam ilmu makrifat ini yang amat sukar diterima oleh orang ramai dan ini juga menjurus kepada pengajaran ilmu sesat atas dasar agama.

keduanya adalah dari pemikiran sempit pengikut sesuatu ajaran sehingga mengenepikan Hadis dan AlQuran tanpa disedarinya.Malah membeza-bezakan perjalanan syariat itu dengan perjalanan makrifat.

ketiga kerana ketiadaan infomasi terhadap ilmu makrifat secara meluas kerana ramai guru-guru agama seolah-olah menyembunyikan ilmu makrifat ini dan lebih menyatakan bahawa ilmu ini diletakkan ditahap yang merbahaya jika kita mempelajarinya kerana di kuatiri sesat.

keempat adalah ilmu ini dipandang remeh oleh pihak yang berwajib kerana bagi mereka cukuplah infomasi ilmu agama lebih kepada fardhu ain dan kifayah yang rambang dan tidak telus sehingga masyarakat berada didalam pemahaman ilmu yang terlalu remeh dan sekadar basa basi.

kelima adalah kerana ilmu ini memang di ajar secara sembunyi-sembunyi oleh alim ulama terdahulu.

keenam adalah kerana ramai pengamal ilmu makrifat yang sudah matang didalam perjalanan ini lebih suka menyendiri dan tidak mahu menanggung amanah yang terlalu besar untuk menyebarkannya hanya takut tenggelam didalam fitnah.

6 faktor ini menyumbangkan kekeliruan yang ada pada masyarakat mengenai ilmu ini.Dan kini Malaysia memang kekurangan guru-guru yang mursyid sebegini.. kalau ada pun seperti boleh di bilang dengan jari.

Dan seperti mana sabda-sabda Rasullullah didalam Hadith-hadithnya, bahawa akhir zaman itu akan ramailah umatnya berlumba-lumba mempelajari agama tetapi didalam kesesatan.
Maksudnya bahawa akhir zaman ini terlalu ramai yang berusaha mengambil kesempatan mengajarkan ilmu-ilmu agama yang menjurus kepada kesesatan.Memang sudah terbukti pada hari ini betapa ramai yang mendabik dada hanya tahu bab makrifat dan mengaku sebagai nabi,rasul, malah tuhan atau orang yang diturunkan dari langit... Na'uzubillah.
Dan betapa ramai juga yang cerdikpandai didalam ilmu dunia terpedaya hanya kerana kehausan mereka terhadap kebenaran.

Nah!!! sekarang ini negara kita sedang menuju ke era yang betapa ramai orang berbondong-bondong lari dari agama yang hak dan berbondong-bondong pula orang kafir itu mempelajari ilmu yang suci ini.Ini dinamakan dunia sudah terbalik ketika ramai orang Islam itu menidakkan ajaran Islam dan betapa ramai orang yang bukan Islam itu berlumba-lumba mencari kebenaran Islam.

aku disini hanya ingin berkongsi pendapat yang tak tentu kebenarannya namun cukuplah ikhlas sebagai akuan janjiku kehadrat illahi.

Didalam perjalanan makrifat ini banyak yang harus kita fahami.Dan yang terpenting adalah basic agama itu sendiri.

Apa yang aku pelajari adalah :

1. Istinjak dan solat
2. Pengenalan atau makrifat.
3.kalimah Tauhid dan Rasul(syahadah)
4.Hubungan suami isteri
5.Kata awal dan akhir.(kembali)
6.Asma' Allah

6 bab ini adalah bab yang paling basic didalam kita mempelajarinya.Di ajar bagaimana tertib ketika menyucikan diri ini dan bagaimana solat dengan cara yang tepat dan betul agar penyerahan jiwa raga itu lebih kejituannya kehadrat Illahi.
Bab 1 itu pun sekurang-kurangnya hampir bertahun untuk memahami dan merasai nikmatnya.
selepas itu barulah menginjaki bab yang kedua dimana kita akan diperkenalkan akan sifat wajib Allah yang amat popular iaitu sifat 20.
Dan bab ketiga penyataan kita sebagai khalifah Allah.Dan pengakuan kita terhadap kerasullan Muhammad dan Allah adalah zat yang haq.(zatullah)
keempat ada hubungan suami isteri yang lebih kepada pemahaman penzahiran sifat.(Awal kejadian kita).
kelima adalah kembali ke rahmatullah.. dan yang terakhir adalah Asma Allah.

Ini semuanya basic didalam perjalanan makrifat ini.

Untuk memahami kesemua perkara ini makan masa bertahun lamanya.Hanya orang yang mengetahui dapat merasai nikmat perjalanan makrifat ini.
Dan kesemua itu haruslah kita zahirkan seperti mana Muhammad menzahirkan ilmu itu melalui perjalanan yang lurus disamping keperibadian yang tinggi.

dan dalam perjalanan yang lurus ini barulah kita faham akan sifatullah yang terzahir.kalau kita tidak memahaminya maka kita akan tersesat didalam Nur.. Namun kita tidak mahu tersesat didalam Nur tersebut kelak kita jua akan berada didalam keasyikan.

Cuma sekadar ini sahaja yang dapat aku berkongsi mengenai ilmu makrifat ini.
Aku amat bersyukur kerana mempunyai Atok Hj Abd Hadi yang dulunya adalah Syeikh yang menguruskan pemergian ke Mekah dan Madinah.Dan dari Atok yang mempelajari ilmu makrifat ini dari Madinah dan Mekah seterusnya di warisi oleh isterinya Tok Umi dan akhirnya kepada anaknya iaitu arwah Abah serta Mak Ngah Lijah.Dan aku amat bersykur kehadrat Allah kerana ilmu ini terus diwarisi oleh abgku serta adik beradik lelakiku yang lain.Alhamdulillah.

Dan yang pasti, sejauh mana pun aku berjalan didalam perjalanan ini, aku tetap Hamba Allah jua... tidak sesekali untuk menjadi tuhan... tidak sesekali untuk menjadi Nabi.. dan tidak sesekali untuk menjadi Rasul... dan keberanian manusia ini telah menghancurkan status Syaitan dan Iblis yang engkar kerana sejahat-jahat Syaitan dan Iblis tidak pernah mereka mengakui diri sebagai tuhan berbanding manusia yang di muliakan ini.

cuma satu tips yang aku ingin berkongsi bersama adalah... sejauh manapun kita berjalan..
sejauh manapun kita memandang.. sejauh mana pun kita mendengar.. sejauh manapun kita berkata.. sejauh mana pun kita berfikir.. sejauh manapun kita berkehendak... dan sejauh manapun kita menghayati.. INGATLAH!!! bahawa sifat itu semua bukanlah sifat Mutlak kita!!.
dan bila kita sedar bahawa sifat itu bukan sifat mutlak kita maka faham-fahamlah jika mempergunakannya agar kita tidak tersesat jauh didalam perjalanan ini.

Alfatihah buat Ayahandaku,Atok-atokanda ku,kekanda fuad,kekanda Rahmat yang telah kembali kerahmatullah.Semoga kalian semua di angkat darjatnya ketempat yang paling tinggi..Insya'allah.

Sahabat

Didalam perjalanan hidup ini, kita seringkali tidak bersendiri.Allah itu tahu sejauh manakah kemampuan kita didalam permusafiran di muka buminya.Lalu hadirlah orang-orang yang kita gelarkan sebagai rakan,kawan mahupun sahabat.

Zaman kanak-kanak ku penuh dengan warna warni jalinan persahabatan.Malah pergi sekolah pun bukan disebabkan ilmu yang ingin dipelajari tetapi disebabkan jalinan persahabatan yang akrab.Ketika bersekolah rendah aku mempunyai kawan yang bernama Idris,Mat Nor, Rushdan,Oni,Syam dan beberapa lagi.Dan yang paling rapat denganku ada Idris.Namun persahabatan itu hanya selama 6 tahun didalam persekolahan rendah.Dan apabila aku menginjakkan kaki ke persekolahan menengah, persahabatan itu sedikit-sedikit di bawa angin entah kemana... berpisahnya kami hanya berlainan sekolah.

Di dalam sekolah menengah.. aku kembali kepada dunia persahabatan yang serba baru bersama idea-idea yang kian bercambah mengikut peredaran usia.kawan baruku seperti Karim,Anuar,
Razak, Jalil dan beberapa lagi.kami dapat bersama sehingga 3 tahun didalam persekolahn menengah ini kerana apabila aku berhijrah ke Sekolah Menengah Vokasional Segamat maka persahabatan itu juga terlerai seperti dedaun yang ditiup angin.

Di Sekolah ini aku mengenali Syed Yazid.. orangnya tinggi dan mempunyai cita-cita menjadi tentera.Dan juga Suhaimi budak Kluang yang bijak didalam Matematik atau Khairul Anuar yang menjadi pelajar terbaik kelas kami apabila mengondol agregate 9 ketika SPMV.Atau Samser Mat Lani yang sentiasa menjadi saingan kepada Khairul Anuar didalam kelas.
Di Vokasional ini aku banyak belajar tentang teori-teori perjalanan kehidupan ini.Aku mula faham bahawa Allah hadirkan persahabatan itu hanya sekadar mengajar aku memahami tentang kehidupan didunia ini.Aku banyak mempelajari dari dalam sebuah persahabatan.Walau pun persahabatan itu tidak pernah kekal kerana pada usia menjangkau dewasa.. usia yang sepatutnya kita berdiri dengan sendirinya... dan ketika itu persahabatan lama hanyalah tinggal sebuah kenangan yang indah.Kalau pun bersua wajah.. wajah tidak lagi seperti keanak-anakan.. kalau pun berjumpa, sudah pasti wajah anak mongel itu berubah dengan kumis dan janggut berwarna putih.Dan perbualan tidak lagi dengan tepuk tampar atau gelak ketawa nyaring dracula.. tidak lagi ada seperti itu kerana masing-masing sudah memahami apa itu perjalanan hidup dan sedang mengalami tanggungan amanah yang membebankan kedua-dua bahu.

Walaupun persahabatan itu yang dulunya dekat dan kini telah jauh namun ia tetap di hati bersama sebuah memori yang tidak akan terpadam didalam kepala otak kita.
Dan ketika aku berada di Sekolah Swasta, aku bersahabat dengan Abd Rahman, seorang sahabat yang bergiat didalam Tabligh.Aku sempat bersahabat dengannya dalam masa 4 bulan sahaja.Selepas exam SPM aku dapat tawaran ke Politeknik Kuantan.Dan dia juga seperti aku yang ambil SPM kali kedua.Dia di tawarkan ke Politeknik Port Dickson.Maka persahabatan kami juga hanya tinggal kenangan.

Di Politeknik.. aku ingin menjalinkan persahabatan yang biarlah akrab sehingga mata terpejam.
Lalu aku di pertemukan dengan Rosli,Dollah serta Rahmat.Mereka bertiga ini cukup baik denganku.Rahmat yang pakar didalam bidang Matematik, Dollah yang cekap didalam lukisan Teknik dan Rosli yang kuat berusaha ketika belajar.Aku amat beruntung kerana dapat menjadikan kami ini didalam sebuah persahabatan yang indah.Cukup indah.

Namun kenakalan aku hampir memusnahkan persahabatan ini.Ceritanya begini :

"Hamba adalah Hang Tuah!! cucu semua buat apa nak jumpa hamba?" Shidee bersuara garau seperti suara seorang Hulubalang.Roh yang merasuki diri telah memanipulasikan keseluruhan pergerakkan Shidee kawan sekelas kami.Duduk sila Shidee juga adalah duduk sila seorang pahlawan.

"kami semua nak tanya soalan peperiksaan Tok.. " salah seorang dari kami menyatakan hasrat kami semua.Aku memandang Azahan sambil tersenyum.Sahabatku yang lain kusyuk mengadap Shidee yang 'menurun' sebagai Hang Tuah hulubalang Melaka yang amat terkenal itu.

"Ermm... mahukan soalan peperiksaan?! ikut firasat Hamba.. cucu semua boleh jawab setiap soalan itu dengan mudah... insya'allah tapi...... " Shidee terbatuk-batuk dan matanya merenungi kami satu persatu dan tersenyum lalu menundukkan kepala.

"Tapi apa Tok?" soal kami serentak tidak sabar.

"cucu boleh jawab semuanya dengan sebelah mata sahaja tapi ada syaratnya yang harus cucu tempuh.." Shidee bersuara garau bak Panglima Bukit Seguntang.

"Syarat??!!" jerit kami serentak.

"Syarat apa tok.. kami akan cuba ikut setiap syarat tersebut asalkan jangan hati nyamuk sudahlah.." Fiddin bersuara jenaka.

Shidee yang dirasuki Roh Hang Tuah memandang tajam kepada Fiddin.Pandangan matanya bagaikan pisau menghiris buah epal.Fiddin tunduk layu kegentaran.

"kalau cucu nak bercakap biar bahasa di depan bukan dibelakang... nanti tok tepuk lantai ni, bergegar bangunan ni.. " bidas Shidee yang masih berwajah serius.

" Ma..maafkam cucu Tok!!" Fiddin memohon maaf di atas keterlanjurannya.

"Baiklah.. Tok sekejap lagi nak balik... cucu semua dengar baik-baik... syarat-syaratnya ialah.. tepat jam 12 malam ni.. cucu semua kena pergi ketempat meja masing-masing dan ambil buku yang peperiksaannya esok hari. bacalah sampai habis.esoknya pergi ke dewan peperiksaan dan jawablah dengan tenang bersama kalimah bismillah... ingat kata-kata tok ni!!.. baiklah tok nak balik.. assasalamualaikum.. " setelah habis berkata-kata, Shidee rebah seketika dan bangkit kembali dengan suara yang normal.

Aku dah ketawa di ikuti dengan sahabat yang lain hahahahaha..

"nak soalan exam konon.. lastly kena study gak hahahaha" kami dah ketawa separuh mati.

Shidee selalu mendapat tarikan dari kami kerana kelebihan dia yang boleh menurun dan memanggil roh-roh yang telah mati.Aku tak tahu sejauh mana keberanannya.Dan dari situlah aku dapat idea untuk menambahkan kenakalan aku.

Satu malam aku belajar bersama-sama rosli,rahmat dan dollah.ketika kami sedang belajar tiba-tiba aku merebahkan diri lalu bangkit dengan suara yang aku buat seperti suara orang tua..

"Assalamualaikum cucu-cucuku... " aku menundukkan kepala dan meriakkan wajah seserius yang boleh.

Dollah,rahmat dan rosli memandang aku kehairanan.Rosli berbisik pada Rahmat.. 'menurun kot'.
aku sedaya yang boleh menahan ketawa.

"Atok tahu cucu kehairanan.. Atok adalah Tok Kelubi... datang menumpang kedalam jasad cucu Hidayat ni... sekadar bertanya khabar pada kawan-kawan cucu hidayat ni.."
aku menjelaskan dengan suara yang dibuat-buat serak.

"kami semua alhamdulillah.. baik" jelas rosli dan dipersetujui oleh yang lain dengan anggukan kepala.

"atok nak tawarkan sesuatu pada kamu bertiga.. kamu ingin belajar silat?" aku membuat tawaran kepada Rosli,rahmat dan dollah.

"nak tok.. ajarlah kami ni.." serentak mereka bersuara.

selepas itu aku rebah.. dan bangkit kembali dan buat-buat seperti tak tahu apa yang berlaku.

"Letih betul badan aku ni.. aku tertidur.. kenapa korang tengok aku semacam jek?!" aku pandang mereka dengan seribu persoalan yang mana persoalan itu memang sudah kujawab sendiri.

"tadi..tadi kau menurun ke?" soal rahmat sambil matanya seolah-olah meminta kepastian dariku.

"kenapa dengan aku tadi?" soalku kembali.

"tadi Tok Kelubi pinjam jasad kau agaknya.." Dollah bersuara.

Sejak dari lakonan itu, aku sudah boleh menjadi aktor terhebat dengan lakonan yang amat berkesan.Aku mengajar mereka tarian silat yang aku sendiri tidak tahu sebenarnya.
Sehari makan seminggu, seminggu berlarut sebulan dan gaya lakonan aku sering berubah versi.Cuma kadangkala aku seperti tidak dapat mengawal diriku sendiri malah kata-kataku seolah-olah berbisa.Selepas tamat Politeknik kami sama-sama mendapat kerja didalam syarikat yang sama serta tinggal di rumah sewa yang sama.
Aku pula menyedari diriku sudah jauh didalam permainan itu.. lalu aku harus tebus kesilapan itu dengan tabah walaupun kemungkinan aku akan kehilangan sahabat.Aku harus jujur dengan mereka kerana mereka adalah sahabat2 yang terlalu jujur dengan ku.
Akhirnya aku berterus terang dan menebusnya dengan tawaran belajar ilmu makrifatullah.
Pada mulanya memang sukar mereka untuk mempercayai bahawa aku buat mereka seperti itu.Malah aku sanggup di pukul jika mereka ingin membalas perbuatan aku.. namun ternyata mereka memang sahabat yang baik.Mereka bersetuju untuk mempelajari ilmu makrifatullah dan kami pun berguru dengan abang Ngahku.

7 tahun kami belajar ilmu agama ini,tiba-tiba ribut melanda tali persahabatan kami. Aku terpisah hanya kerana tidak sehaluan didalam pendapat mengenai makrifatullah.Aku kembali hanyut seorang diri dan aku terus dengan peganganku.dalam 7 tahun terbuang tanpa sahabat ilmu, aku mempelajari banyak perkara berkenaan makrifatullah.dan tahun ketujuh ketika aku terbuang didalam perjalanan ini, Allah menautkan kembali persahabatan yang berharga sehingga kini.Kami akhirnya satu pendapat dalam muzakarah mahupun muqabalah ilmu.

Rahmat sahaja yang meninggalkan perjalanan ini dan digantikan dengan sahabat baru iaitu Zizan.Antara Dollah,Rosli dan Zizan, aku nampak banyak kelebihan ilmu pada Rosli.Dia lebih tekun beribadah berbanding yang lain.Dan dia mudah menyoal apa yang tidak dia fahami malah mudah menangkap segala ilmu yang disampaikan kepadanya.Alhamdulillah..
Dia lah harapan aku jika aku pergi mengadap Allah kelak.Dia lah tempat aku serahkan anakku nanti untuk mempelajari ilmu makrifatullah.. kerana dia sudah capai ketahap yang boleh dibanggakan dalam sudut ilmu makrifatullah.

Selasa, 22 Julai 2008

sekadar bicara

Hari ini, tak tahu topik apakah yang harus aku bicarakan...

Untuk berhujah mengenai politik, aku jauh dari mengetahuinya kerana aku bukanlah pakar dalam bab politik ini. Untuk membicarakan tentang fitnah yang berlaku kini, yang meributkan suasana di Malaysia kini, aku tidak ada banyak fakta mengenainya... dan takut pula terlebih sudu dari kuah.. tak semena-mena saham fitnah dapat aku merasainya.. dan jauh sekali untuk menghukum sesiapa kerana yang di fitnah mahupun penyebar fitnah masing-masing menjadikan AlQuran sebagai senjata muhabalah.. jadi yang lebih mengetahui dari apa yang tidak kita ketahui hanyalah Allah yang maha esa!

Jadi.. topik apakah yang harus aku bicarakan disini..
Bakat?! atau anugerah yang di berikan Allah?!

Jika kita lihat seorang budak yang dilahirkan itu telah tertulis jalan hidupnya sejak azali lagi..
dan jalan itu pula bergantung sejauh manakah kekuatan seorang budak boleh memanipulasikan perjalananannya..

tidak berubah sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mahu berubah...

ayat ini telah menggambarkan bahawa diri kita ini perlu berhijrah dari satu tekad kepada satu tekad yang lebih baik.Maka sebab itulah Rasullullah pernah berhijrah dari Mekah ke Kota Madinah...

Seorang yang miskin bisa sahaja menjadi seorang yang kaya jika ada tekad untuk berusaha mengubahnya..

dan seorang yang kaya boleh sahaja jadi miskin jika gagal didalam semua perancangannya.

Anugerah itu subjektif.... ada orang di anugerahkan kebijakkan yang terlebih dari acuannya..
dan ada orang yang tidak di anugerahkan apa-apa namun masih mampu berdiri sama tinggi dengan orang yang di anugerahkan serba serbi kebijakannya.

Kalau di Malaysia, kita boleh berbangga dengan nama seperti Adiputra seorang budak yang masih mentah tentang kehidupan namun pakar didalam bidang matematik.
dulu kita ada Abang Zul yang pakar didalam bidang elektronik sehingga mampu menggerakkan kereta melalui 'remote control'.Namun dimana kah mereka ini?
cuma yang sayangnya adalah kerajaan yang merajai negara ini tidak pandang serius orang-orang seperti ini sehingga orang-orang seperti ini terus tenggelam didalam gelombangnya sendiri.

dalam diam aku telah menaburkan butiran-butiran kalam di blog ini... hahaha..
apa yang aku bicarakan pun aku tak tahu sejauh mana kebenarannya.. tapi ini adalah pandangan jujurku yang lahir dari sudut hati yang murni.

mungkin hari ini aku seperti kehilangan idea untuk menulis... atau mungkin kerana di pejabatku ini telah tiada rakan2 yang hilang didalam lautan kerja luarnya... atau mungkin aku sedang sendiri mengelamun perjalananku yang masih jauh nun didepan.

kuatkah aku untuk berlari lagi... setelah jauh beribu-ribu batu aku meninggalkan usia kanak-kanakku.. atau sudah sampaikah aku kepenghujung jalan walau garisan hujungnya belum kelihatan?? hanya yang tahu sahaja yang lebih mengetahui dari aku yang tidak tahu apa-apa sebenarnya.. La haulawala....

Isnin, 21 Julai 2008

Sukan Syarikat

Sukan... Dulu semasa zaman persekolah aku terlibat dengan pelbagai jenis sukan seperti bolasepak,olahraga,badminton,sepaktakraw,hoki dan sukan yang menguji minda seperti Catur dan karom.Didalam semua jenis sukan ini, aku lebih menyerlah didalam permainan bolasepak.
Didalam permainan ini aku bermain di posisi sayap kanan atau kiri.Tugas aku begitu mudah, hanya membawa bola kesudut yang diperlukan dan membuat hantaran silang memasuki kotak penalti lawan.Di situ rakan-rakanku yang bertindak di posisi serangan akan cuba memberikan saingan kepada benteng lawan dan seterusnya menjaringkan gol kedalam gawang pihak lawan.
Walau bagaimana pun, agak sukar bagi aku yang mempunyai kemahiran kaki kanan bermain di posisi kiri kerana kaki kiriku kurang mahir berbanding kaki kanan.Ini menyebabkan aku terpaksa buat 'turning' sebelum membuat hantaran silang.

Untuk menjadi pemain bolasepak yang berjaya, kedua-dua kaki perlu mahir dengan gerakan dan teknik bermain bola namun aku hanya mahir dengan kaki kanan sahaja.Mungkin disebabkan aku pantas berlari maka aku dipilih sebagai pemain bolasepak.. atau mungkin daya fikirkan ketika didalam padang sepantas gerakanku menghantar bola sehingga aku terpilih mewakili sekolah pada zaman itu. Setelah sekian lama aku bermain di posisi sayap, aku di tukarkan ke posisi serangan ketika aku belajar di Politeknik Kuantan dan bekerja di syarikat di Seremban.Baru itulah aku menikmati bagaimana rasanya nikmat menjaringkan gol..

Permainan bolasepak zaman kini tidak sama dengan corak permainan zamanku dahulu.
Zaman kini bermain bolasepak ibarat mesin robot yang bergerak pantas.Kesenian bermain bolasepak sudah tidak kelihatan lagi.Skill-skill individu pun sudah tidak boleh menghiburkan kerana permainan lebih tertumpu kepada aspek-aspek teknikal sahaja.

Ahh!! kita lupakan sahaja kenangan lalu..

kini aku sudah tidak bermain bolasepak lagi.. sudah gantung 'boot bola'.Aku mula bergiat dengan permainan baru iaitu Bowling... tahun lepas aku mewakili syarikat di pelbagai kejohanan.. dan kini aku masih berpeluang mewakili syarikat seandainya aku dapat melepasi saringan terakhir jumaat depan.(harap2 bolehlah kot sebab keadaan semakin terdesak kerana prestasi aku agak menurun huhuu).

Seandainya aku layak.. maka aku akan berangkat ke Lumut Ipoh sebagai atlet ibupejabat.. insya'allah.

Khamis, 17 Julai 2008

Kalimah Allah

Ketika manusia berada didalam zaman kegelapan, zaman kejahilan dan zaman kemaksiatan maka Allah perturunkan tanggungjawab kepada para Nabi dan Rasul untuk mengimbanginya.
Nabi Luth dengan cabaran kemaksiatan melampau yang berlaku pada kaumnya.Sehinggakan wanita lebih meminati wanita dan lelaki lebih meminati lelaki.Akhirnya Nabi Luth tidak mampu mengimbangi dan tidak sanggup melihat senario yang telah berlaku lantas memohon pada Allah agar di turunkan bala kepada kaumnya.

Nabi Musa pula berhadapan dengan kaumnya yang suka berdolak dalik serta Firaun ketika itu.
Nabi Sulaiman pula dengan cabaran makhluk alam ghaib, binatang dan keangkuhan kerajaan wanita ketika itu di terajui oleh Puteri Balqis.
Nabi Nuh berdepan dengan masalah rumahtangga serta keyakinan kaumnya.
Nabi Isa pula di hambat oleh kaumnya untuk di bunuh.
Nabi Muhammad adalah satu-satunya Nabi yang paling berjaya kerana tanpa sebarang mukjizat(selain AlQuran dan Al Hadis), Nabi Muhammad dapat mengumpul umatnya untuk bersatu.

Dan setelah Nabi Muhammad kembali ke hadrat Allah, pemerintahan Islam di kuasai oleh 4 sahabat Rasullullah iaitu bermula dengan Syaidina Abu Bakar Al Siddiq, Syaidina Umar, Syaidina Othman dan Syaidina Ali.
Islam berkembang pesat di seluruh dunia bertunjangkan 2 kalimah iaitu kalimah tauhid dan kalimah rasul.

Namun apa yang aku mahu ceritakan disini bukanlah tentang kemasyuran Islam.. tetapi sesuatu yang aku alami sendiri berkaitan isyarat atau alamat yang di tunjukkan Allah secara terang-terangan yang pada mulanya aku tak ambil kisah pun.

Aku masih ingat lagi pada tahun 2001 ketika aku baru pulang dari Supermarket Warta di Bangi menuju ke rumah di Puchong(masa tu dok menyewa di Puchong). Didalam perjalanan pulang, aku bersama isteri kesayanganku bermuzakarah didalam kereta kancil milik isteriku.Di tempat duduk belakang ada sepupu isteriku.Pada masa itu aku masih belum ada anak lagi.Sambil memandu kereta mataku tiba-tiba terpaku didada langit.Kelihatan kalimah Allah berwarna kemerah-merahan menghiasi dada langit tersebut. Aku seolah-olah terpana melihatnya.

"Honey!! you.. you nampak tak apa yang i nampak?!" soalku pada isteriku.

"Subhanallah!! i nampak apa yang you nampak... tulisan kalimah Allah kan?!" balasnya yang juga terpegun menyaksikan keajaiban yang berlaku.

Kalimah tersebut kami dapat lihat dalam jarak masa hampir 10 minit.. sambil memandu, mataku terus mengintai peluang menyaksikan kalimah tersebut.

"Dik Chik.. you nampak tak apa yang kami nampak?" soalku pada adik sepupu isteriku.

"nampak apa?" balasnya sambil terpinga-pinga.

"nampak tulisan kalimah Allah kat langit tu.." jariku menunjukkan kalimah didada langit.

dan dalam masa yang sama kalimah itu menjadi kembang dan awan seperti biasa.

"tak ada pun?" balas Dik Chik.

Aku pandang isteriku.. dan dia juga seperti aku yang kehairanan kerana tulisan kalimah itu telah menjadi awan biasa.Aku hanya mampu mengucap panjang sahaja.

Seminggu selepas kejadian itu, aku balik kekampung dan menceritakan kepada Abah.
Mengikut firasat Abah... akan berlaku sesuatu kejadian yang menggemparkan dunia selepas sebulan apa yang kamu lihat.

Ternyata firasat Arwah Abah itu benar kerana sebulan lepas itu kerana 11 september terjadi kejadian yang menggemparkan dunia kerana WTC di America telah runtuh di rempuh pesawat penumpang.

Mungkin ia terjadi hanyalah kebetulan sahaja... mungkin..

Dan semalam... semasa aku pulang dari opis dengan menaiki motorsikal menuju ke Kajang.. dalam perjalanan mataku selalu menyaksikan keindahan awan di dada langit.Dan aku ternampak tulisan kalimah Allah tanpa huruf Aliff berwarna hitam.Dalam jangka masa tak sampai seminit tulisan itu hilang.Apakah itu tanda alamat buruk seperti mana kejadian yang telah berlaku ketika 11 september 2001 dulu??!!

Kalaulah Arwah Abah masih hidup.. dialah tempat aku rujuk sebarang masalah.. namun kini apa yang aku lihat terus menjadi rahsia tanpa di ungkap oleh sesiapa. Mungkin ia satu pertanda bahawa negaraku ini akan di timpa bala bencana kerana fitnah di negara ini terlalu banyak berlaku buat masa ini.Bagi mereka yang menabur fitnah.. mungkin mereka tidak mengganggap AlQuran itu sebagai petunjuk kebenaran...

Ya Allah, kau lindungilah negaraku Malaysia ini dari malapetaka.. dan kau hadirkanlah gerun kepada musuh-musuh Mu ya Allah...

Selasa, 15 Julai 2008

Mulia

" Mengapakah perlu Adam di jadikan, dia di buat dari tanah yang kotor, sedangkan aku dan para malaikat yang lain di buat dari api dan cahaya.Aku tidak mahu sujud kepada lembaga Adam ini.Kerana aku tahu keturunan Adam inilah yang akan memporak perandakan dunia ciptaan MU nanti.."

"Mengapa Adam di jadikan sedangkan keturunannya akan membinasakan bumi..!!!"

"Tidak kah AKU lebih mengetahui dari apa yang kamu semua ketahui?"

Terdiam.Sunyi sepi.

"Walau apa pun, aku tidak mahu sujud pada makhluk ciptaan baru MU Ya Tuhanku.."

"Kalau begitu.. AKU begitu murka dengan kau... kau akan AKU humbankan ke Neraka yang paling dasyat sekali.."

"Selama 8000 tahun aku beribadat pada Mu Ya Tuhanku... dan kerana Adam ini, aku di jatuhkan hukuman sedemikian rupa... baiklah.. aku terima hukuman yang maha dasyat itu, cuma satu sahaja permintaanku.. KAU izinkanlah aku menggoda makhluk Adam dan keturunannya agar sama-sama mengikuti aku ke Neraka MU Ya Tuhanku.Ini barulah adil kerana ingkar aku pada MU hanyalah kerana tidak puas hati betapa Adam yang baru diciptakan ini telah di muliakan KAU Ya Tuhanku. "

"Baiklah.. oleh kerana AKU Maha Adil.. permintaan kau di luluskan.. tetapi Ingat!!! kau boleh menggoda Adam dan keturunannya namun kau tidak boleh menyentuh mahu pun mengganggu keturunan Adam yang kenal akan diri AKU rata-rata.Jika kau ganggu juga maka kau akan hancur dan binasa.Ingat pesanan AKU ini."

Kegemparan ini telah menggemparkan Alam Syurga yang di huni Malaikat Azazil dan seluruh para Malaikat yang lain.Ia berlaku apabila Allah telah menciptakan bumi dan langit, segala peredaran orbit di angkasaraya dan yang terpenting adalah satu ciptaan Makhluk yang bernama Adam.Dan Makhluk yang hendak diciptakan ini telah dimuliakan Allah sehingga menimbulkan perasaan yang tidak senang kepada ketua Malaikat iaitu Azazil yang kini di gelar Iblis Laknatullah sedangkan para malaikat yang lain akur dengan perintah Tuhannya.

Dan bermula peristiwa itulah maka Malaikat Azazil atau Iblis atau Syaitan Laknatullah telah menjadi seteru utama bagi Manusia yang berketurunan Adam.Dan sehingga kini manusia itu di goda dengan pelbagai ragam dan cara sehingga manusia itu sendiri akan lupa hakikat kehidupannya yang terdahulu, sehingga manusia itu sendiri akan lupa tentang kemuliaan yang di berikan Allah satu masa dulu, sehingga manusia lupa akan janji-janji Allah ketika awal kejadiannya.. sehingga manusia itu terus dibuai dengan tamak haloba, hasad dengki, hina menghina sesama makhluk, dendam dan sebagainya.

kalaulah seekor babi itu boleh berkata, mungkin babi itu akan berkata ;

"Ya Allah, aku tidak pinta di jadikan begini, namun aku bersyukur kerana masih lagi bertuah kerana di ciptakan KAU Ya Allah.Namun semua hamba Mu dikalangan yang di muliakan sentiasa pandang hina pada ku.. jijik melihat aku sedangkan aku juga hamba MU, aku pernah berbakti kepada Nabi Noh untuk menyucikan Bahteranya dari najis-najis binatang yang lain.. namun aku di pandang keji oleh mereka hanya kerana aku mengorbankan diri untuk memakan najis-najis yang lain sehingga virus penyakit tidak mampu hindar dari tubuh badanku ini.Tetapi mereka tidak mengerti bahawa aku berkorban diri hanya untuk berbakti kepada Nabi MU iaitu Nabi NOH.. aku bukan dipandang mulia malah di hina oleh makhluk yang di muliakan MU ini.
Tidakkah mereka-mereka ini membaca surah-surah di kitab Al Quran MU Ya Allah?? didalam kitab itu hanya menyatakan jangan memakan diriku kerana aku dihidapi virus penyakit.. aku di sita hanya kerana untuk menyelamatkan mereka semua.. aku hanya di haramkan untuk dimakan bagi menyelamatkan mereka-mereka ini.Tetapi mereka langsung tidak mengerti apa-apa pun tentang hujah didalam kitab itu. Alangkah sedihnya. Setiap manusia yang beriman kepada mu sering menyampaikan amanat demi amanat hanya untuk mencerca aku yang di jadikan sebagai babi.Sedangkan aku bangga di ciptakan oleh MU Ya Allah."

kalaulah seekor anjing itu boleh berkata ;

" Ya Allah, aku juga di hina seperti mana seekor babi yang di keji.Kalau makhluk Mu yang di muliakan itu terlihat akan aku, sudah pasti aku di baling batu sehingga memaksa aku melarikan diri lintang pukang.Tidak kah mereka terfikir.. sedangkan Syaidina Ali sanggup berlapar hanya kerana memberi aku makan sekeping roti? Apabila mereka membela aku, maka si pembela aku juga termasuk didalam kehinaan yang aku terima... mengapakah mereka-mereka ini tidak mahu langsung berfikir??"

Aah!!! kemuliaan.
kadangkala dengan kemuliaan yang di beri,kita sendiri akan hanyut di buai gelombang yang kita sendiri menciptanya.Kita rasa, tiket kemuliaan itu adalah segala-galanya lalu menggunakan tiket tersebut di tempat yang tidak sepatutnya.Tiket VVIP ini tidak perlu kita banggakan kerana tiket ini belum tentu menjanjikan kita di terima oleh Allah.

Dulu tiket VVIP ini adalah milik Malaikat Azazil. Dan kini tiket itu adalah milik manusia.Namun, jangan kerana tiket bertuah ini kita pula berbangga diri sedangkan tugas semakin getir untuk meletakkan diri kita sebagai insaniah dan sekali gus sebagai khalifah di mukabumi ini.

Lihatlah.. betapa dunia telah hancur oleh tangan-tangan manusia yang di muliakan ini..
Dengarlah.. betapa rintihan-rintihan mereka yang teraniaya hanya kerana kuasa manusia ini..
dan berkatalah wahai manusia!!! sesungguhnya aku di jadikan bukan untuk porak peranda tetapi hanya untuk berbakti kepada Allah yang Esa..

Kalau Tun Dr Mahathir pernah berkata 'Melayu sudah lupa'
kalau Hang Tuah berkata 'Tak kan Melayu hilang di dunia'
aku pula berkata 'Bangkitlah wahai umat! Ingatlah perjanjian kita dengan tuhan!! bersatulah hanya untuk Allah yang maha esa!!'

Semoga cerita dongeng ini dapat mencaritkan rasa gundah gulana...
Semoga cerita khayalan ini dapat membangkitkan suasana..
Semoga penglipurlara ini boleh kembali dengan tenang dan tersenyum
sambil berkata " semoga nukilanku ini memberikan manafaat kepada pembacanya"

wassalam.

Isnin, 14 Julai 2008

Orang Sakti

Banyak kisah yang menarik ingin aku kongsi bersama...

Arwah abah ada bercerita tentang satu kisah ketika zaman arwah abah sewaktu muda.. ketika itu arwah abah dalam lingkungan 20-an.. dizaman pemerintahan Jepun..
Didalam kampung di kelahiran Arwah Abah.. ada seorang tua yang jarang bercampur dengan orang kampung.. dan jarang berjemaah di masjid.. orang ini lebih bersikap sendirian.. dan berbagai-bagai percakapan yang tidak baik selalunya di kaitkan dengan orang ini sedangkan orang ini tidak pernah mengganggu sesiapa dikampung ini.

satu hari.. ada seorang kampung ternampak orang tua ini bersolat di pelepah daun pisang.Maksudnya orang tua ini bersolat di atas daun pisang yang hidup.Sejadahnya siap berjurai di atas daun pisang tu.Orang tua ini kusyuk didalam solatnya.setelah selesai solat lalu orang tua itu pun turun dari pelepah daun pisang yang agak tinggi lebih kurang 7 ke 8 kaki.
orang tua itu terus menghampiri kepada penduduk kampung yang telah menyaksikan keajaiban tersebut lalu berkata :

"adakah kamu lihat apa yang aku buat tadi?" orang tua itu ingin dapatkan kepastian.
sementara orang kampung tadi melopong tanpa kata-kata lalu di tepuk bahunya oleh orang tua tadi.
"Eerr.. sa..saya nampak Pak..pakcik solat di atas daun pisang.." kata-kata orang kampung tadi tersekat-sekat dan masih lagi berada didalam ketakjuban.
"Semua itu kerja Allah.. kau yang telah saksikannya.. maka kau rahsiakanlah apa yang kau nampak itu.. sesungguhnya aku sudah tidak lama lagi kerana kau telah saksikan apa yang Allah berikan kepada aku... " jelas orang tua itu.

dan kata-kata orang tua itu adalah kata-kata yang terakhir.Esoknya orang tua itu telah meninggal dunia.aku sudah lupa nama orang tua itu..

____________________________________________________________________

satu kisah lagi adalah di Batu Pahat Johor.Di satu tempat di kawasan B.Pahat Johor terdapat seorang penduduk yang di kenali sebagai Wak Kandar. Wak Kandar semasa hidupnya jarang bercampur dengan orang.. dia sibuk dengan ternakan ayamnya.Malah dia sering bercakap-cakap dengan ayam-ayamnya.Dia tidak kisah jika ayam-ayamnya bertenggek di atas kepala mahupun bahunya. Ramai orang menyatakan bahawa Wak Kandar tergolong dalam orang kurang siuman.Tetapi yang peliknya.. masih ada juga orang mempercayainya dan mempelajari ilmu agama dengan Wak Kandar walau pun jumlahnya terlalu sedikit.

keajaiban Wak Kandar ini banyak sebenarnya.. semasa kematiannya.. terlalu ramai orang menziarahinya.. entah dari pelusk negeri mana pun semua orang tidak tahu.. malah jasadnya dimandikan oleh 7 orang pemuda berjubah putih.Sedangkan semasa hidupnya Wak Kandar dipenuhi najis tahi ayam, di hina dan di keji oleh masyarakat kampung.Malah ada yang mengatakan dia sesat.. namun Allah lebih mengetahuinya.Itulah sedikit kisah mengenai Wak Kandar.

____________________________________________________________________

Habib Nuh..

Dia ini amat popular di Kota Singapura. Semasa hidupnya.. orang mengatakan dia ni gila.
ada satu cerita ketika solat jumaat... sedang sibuk orang bersolat jumaat... Habib Nuh ini tidak bersolat tetapi dia tawaf masjid tersebut dengan satu bakul kosong.setelah orang habis solat..
ketika orang nak balik.. dia tunggu di tepi pagar dan menghulurkan bakul kosong tersebut kepada orang ramai.Malah dia tahu berapa jumpa duit yang di bawa oleh setiap jemaah..

dan kini kuburnya.. tidak boleh di robohkan oleh pihak penguasa singapura kerana tiada satu jentolak pun mampu merobohkan kuburnya.

Inilah dia sedikit kisah-kisah orang sakti di kawasan Selatan Semenanjung Malaysia ini.

satu kisah

Aku masih ingat malam lebih kurang jam 12mlm.. aku baru habis bermain bowling di Endah Parade.Sebenarnya game kami habis dalam lingkungan 11mlm, memandangkan aku dan rakan2 'bowlers' dok lepak maka ia berlanjutan hinggalah jam 12mlm.. masa aku 'on the way' balik.. aku sempat call sahabat aku di Cheras.. lalu kami berjumpalah... aku ambil dia dari rumahnya lalu lepak di warong mamak sehinggalah mamak tu tutup warong dalam jam 1 pagi.. aku bawa sahabat aku lepak didepan sekolah di area cheras tu.. maka kami pun bermuzakarah bab agama sehingga jam 3 pagi...
setelah selesai bermuzakarah dan buat muka macam-macam faham bebenor.. lalu aku pun hantarlah dia balik kerumahnya dan aku mulakan perjalanan ke rumahku di area kajang..

dalam perjalanan aku pun bukalah siaran radio klasik nasional.. maka dengarlah celoteh DJ di pagi itu.DJ tersebut dapat satu panggilan dari seorang Indonesia yang menceritakan satu kisah yang terjadi di satu perkampungan di Indonesia.Kisah ini benar-benar menyentuh perasaanku dan menunjukkan betapa hebatnya Allah yang maha berkuasa.

ceritanya begini :

Kisah ini berlaku di satu perkampungan yang berada di kawasan Indonesia.Di kampung tersebut ada satu kematian penduduk.'Si mati' ini masa hidupnya memang tak bercampur dengan orang dan sering buat onar.Maka nak di jadikan cerita maka 'si mati' ini telah di cabut nyawanya oleh Malaikatul Maut.Maka setelah di mandikan jasadnya lalu di kafankan dengan helaian kain putih lalu 'si mati' ini dikebumikanlah di tanah perkuburan Islam.
Pak Imam sibuklah membaca Talkin bagi peringatan kepada yang hidup. setelah 7 langkah para penduduk meninggalkan simati keseorang didalam kubur maka datanglah Malaikat yang di tugaskan menyoal simati.

Sementara itu.. di waktu maghrib, di rumah 'si mati' di adakan kenduri arwah(tahlil) buat 'si mati'.Sedang sibuk para jemaah membaca surah Yassin didalam majlis tersebut, tiba-tiba.........
kecoh para jemaah menjerit ketakutan lalu melompat keluar dari tingkap kerana nampak si mati balik dengan pakaian kain kafan yang koyak rabak berlari balik kerumah.. para jemaah yang lain pun lintang pukang melarikan diri.. ada yang terjun tingkap.. ada yang merangkak ketakutan.. ada yang terjatuh dari tangga rumah.. jerit pekik dah macam tarzan dirimba.. riuh rendah bagaikan jualan di pasar...

'si mati' tadi pula menggigil ketakutan.. keesokkannya setelah di pastikan bahawa 'simati' itu bukan hantu lalu para penduduk pun mampir kepadanya lalu bertanya apa yang telah berlaku..
maka 'si mati' tadi berceritalah..:

"saat kamu semua tinggalkan aku keseorangan didalam liang lahad.. saat kamu semua menimbuskan aku dengan tanah.... dan saat kamu semua meninggalkan aku 7 tapak langkah maka datanglah 2 malaikat yang gagah lalu membangkitkan aku.Aku dipersoal dengan berbagai-bagai persoalan.. aku di sebat dan di seksa sehinggalah pakaianku koyak rabak di pukul para malaikat..sehinggalah aku disoal satu soalan yang langsung aku tidak dapat menjawabnya lalu salah satu malaikat naik angin dan menyepak aku sehingga tercampak dari lubang kubur dan terkeluar dari liang lahat. Apabila aku berada di luar kubur.. dengan semangat yang semakin pudar aku melarikan diri pulang kerumah... aku benar-benar insaf.. aku tak sangka bahawa aku masih dibenarkan hidup oleh Allah.. "

inilah dia satu kisah....
Moral cerita : semua janji Allah itu adalah benar!!! maka peristiwa dan kisah ini.. jadikanlah tauladan dan sempadan bagi diri kita yang sering buat kesilapan.

Jumaat, 11 Julai 2008

Migrain

Migrain adalah satu penyakit yang menyerang kepala.Dia akan membuatkan mangsanya sakit kepala yang amat sangat.Dan mangsanya pula tidak betah duduk didalam cahaya dan mendengar bunyi-bunyian yang membingitkan.. malah tak mampu nak mendengar sebarang bunyi.Jika mangsa mendengar sebarang bunyi maka kepala pun ikut bergendang sama lalu mangsa akan lelah dan muntah.Rasanya kalau nak tahu tentang migrain.. bolehlah anda semua analisis mengenainya didalam banyak website yang menceritakan penyakit Migrain ni..

Walau bagaimana pun.. aku adalah salah seorang mangsanya.Penyakit ni kalau sampai.. macam-macam rasa akan hadir.Rasa nak muntah.. rasa mual.. rasa pening kepala macam nak tercabut pun ada.. huhuhu..

Sebenarnya dah lama aku tak hidapi penyakit ini setelah menggunakan teknik membekam 2 tahun lepas.Tapi semalam tengah hari.. aku diserang penyakit ini sedangkan aku berpuasa.
sakit pun sakit lah.. puasa tetap aku teruskan.. lagi pun ubat tak ada dalam tangan aku ketika itu.Sakit kepala datang ketika aku bermesyuarat tentang kerja outstation yang bakal kami lakukan.. Sudah tentulah 'boss' mengesyaki bahawa aku nak elakkan kerja tersebut..
aku ketuk belakang kepala ku.. sebab dah tak tahan sebenarnya.. muka aku buat tak sakit walau pun pada wajahku dah berkerut menahannya.

Nasib baik petang semalam semasa aku balik dengan menaiki motorsikal kapcai milik anak saudaraku.. tiada apa-apa yang berlaku pada diriku.sampai di rumah kakak ku di kajang.. aku terus rebahkan diri sambil mata mengintai cerita 'EZORA' di kaca TV.
Kakak ku suruh aku ke klinik namun aku ni memang jenis orang degil.Isteri ku pun ajak aku keklinik setelah dia sampai dari opis untuk bawa aku pulang ke rumah. Namun aku buat tak tahu sahaja.Tapi yang peliknya.. bila aku berbicara bab agama yang ekstrim.. sakit kepala ku hilang serta merta... tapi bila aku dah tak ada ilham untuk berbicara maka sakit ku datang kembali...

dan pagi ini begitu jua, cuma sakit itu dah mula berkurangan kerana aku baru sahaja makan ubat penahan sakit semasa minum pagi di kantin opis.. la ni hanya tinggal pusing-pusing lalat..
tapi aku dah minta sahabat opis aku bawa aku ke klinik jika keadaan mendesak..
so far semua ok setakat ni.. alhamdulillah.

Sakit!!! memanglah sakit.. tapi sakit itu juga satu nikmat sebenarnya... kini aku sedang merasai nikmat sakit tersebut.Dan apabila kita rhedo mengenainya.. pasti ada hikmah.. insya'allah.

semalam, sampai aja di rumah... aku terus ke bilik atas dan rebahkan diri kekatil.Tapi rasa tak selesa, lalu aku bangun dan ke bilik air untuk basahkan kepala(tak mandi pun).. sebab dah tak tahan sebonarnya.Lepas itu aku kembali rebahkan diri ke katil sementara anakku sibuk melayan game PS1. Aku tak sempat nak layan anakku.
Dalam menahan sakit, aku sempat lagi mencapai buku novel Laskar Pelangi... cerita didalamnya cepat membawa aku ke kenangan silam semasa didalam sekolah rendah.
Ia, cerita ini kuat mengembalikan nostalgia-nostalgia semasa zaman kanak-kanakku.Kadangkala didalam aku menahan sakit kepala akibat migrain.. aku sempat tertawa sendirian melihat keletah-keletah watak didalam Laskar Pelangi.Aku boleh ibaratkan cerita ini setanding dengan cerita-cerita novel karya Enid Blyton.
Tapi cerita Laskar Pelangi ini lebih telus dan jujur kerana ia adalah kisah yang di adaptasikan dari kebenaran yang tulus.Aku belum habis membacanya.. namun aku sudah boleh meletakkan gred A.. walaupun bukan A+.Cerita dia menarik cuma ada sedikit bosan ketika penulis menceritakan sesuatu keadaan tempat yang terlalu sangat 'detail'nya sedangkan tempat yang di ceritakan itu sudah masuk didalam kepala sejak awal lagi.Yang lainnya.. penulis bijak menghuraikan 10 watak didalam Laskar Pelangi.

Tiba-tiba isteriku masuk kedalam bilik..
"Hai.. tadi kata sakit kepala.. tapi dok baca buku tu buat apa.. tidurlah!! Afiq.. jom turun.. ayah sakit kepala tu.. tak boleh kena cahaya.. "

"nantilah mama.. adik tengah main game ni... " anakku berusia 4 tahun yang petah berkata-kata.

"biarlah dia main.. abang tidur lah ni " aku terus ambil bantal dan tutup kepala ku yang masih berpusing macam gasing.Hilanglah Laskar Pelangi... hilanglah cahaya lampu... hilanglah segala-galanya kerana didalam sakit aku telah terlena.

aku terjaga dalam jam 12mlm... kepala aku masih sakit lagi... isteri dan anakku sudah tidur di ruang tamu di bawah.Aku bangun lalu membawa bantal pelukku lalu turun kebawah... terus 'landing' kat sebelah anakku lalu mencium pipinya.Isteriku dah hanyut didalam mimpinya. Dan aku pun terus lelapkan mata sedangkan kepala ku tetap masih sakit.

itulah penangan kena migrain.Nasib baik pagi ni aku ada bawa ubat penahan sakit. Alhamdulillah agak berkuranglah sikit.Dan kekurangan sakit itu telah membuat aku boleh menulis..

Rabu, 9 Julai 2008

Adik

Ya.. aku mempunyai seorang adik perempuan.Dialah seorang sahaja adik kandungku.Dulu masa kecil-kecil kami sering bermain bersama-sama... main 'pondok-pondok'..(satu permainan orang perempuan) dimana aku akan jadi ayah,kadang2 jadi cikgu dan sebagainyalah hehehe.
Segala masalah aku, aku akan luahkan padanya, begitu juga dengan dirinya.. tapi masa tu aku masih kanak-kanak lagi.Apabila usia meningkat ke 7 tahun, aku sudah pandai bermain bolasepak dan permainan itulah menjadi kegemaran aku.Dalam keluarga, fizikal aku yang paling lemah sekali.Aku sering di panggil lembik.Untuk membuktikan aku tidak 'lembik' maka aku mula bergiat didalam permainan bolasepak ini.Pada peringkat awal aku hanya bermain sebagai 'defensive'.Tiap kali lepas bermain bola, pada malamnya aku pasti demam-demam. Mak lah yang 'jaram' kepala aku dengan air yang di masukkan daun-daun bunga raya.Bila air di curahkan dikepala aku, memang rasa terlalu sejuk. Walau bagaimana pun aku tetap nak main bola juga.

Mak selalu membebel akan kesihatan aku. "kau tu dah lah lembik.. nak main permainan yang lasak.." Mak selalu menegurku. Bukan mak sahaja malah aku sering menjadi bahan usikan kakak-kakakku yang lain. Aku tidak mudah patah semangat. Aku tetap main bola walaupun pada malam hari aku terbaring kerana demam.Sejak aku bermain bolasepak, aku jarang melayan karenah adikku yang sorang tu.

Apabila kami meningkat alam remaja, aku sering menyamar sebagai kekasih adikku.. malah dia pun begitu.Al maklumlah.. aku ramai kawan lelaki dan dia ramai kawan perempuan.Bila kami berlagak sebagai kekasih maka ia akan menutup ruang sesiapa yang nak pikat kami hahahaha.
Dulu.. masa kecil aku di anggap lembik oleh keluarga.. namun apabila aku dapat mewakili sekolah dalam bolasepak dan olahraga.. maka kritikan terhadap aku terus terpadam.

Oleh kerana aku seorang 'sport man' di sekolah maka aku sering menjadi bualan bagi pelajar perempuan(sekolah menengah).. masa tu tak ada email atau sms.Yang ada cuma surat yang akan disisipkan kedalam buku atau beg sekolah ku.aku tak pernah pun membalas surat-surat yang aku tak tahu pengirimnya.aku cuma menjadi pembaca setia sahaja.biarlah orang nak kata aku sombong.. kerana masa tu aku ada prinsip.Kalau nak, terus jumpa dengan ku dan berboraklah sepuas hati... kakakaka.. tapi selalunya aku berjalan dalam satu kumpulan.. maka sukarlah perempuan nak menghampiri aku kerana kawan-kawan aku semuanya 'brutal' belaka.

kalau aku dapat surat pun, aku tak akan beritahu pada kawan2 kerana sudah tentu aku akan jadi bahan ejekkan mereka.. perkataan yang paling aku tak suka dengar adalah 'mat jiwang'.
Tapi aku sering berkongsi dengan adikku.
Masa kami kecil-kecil dulu.. gadis ini memiliki rambut yang panjang menjejak tanah.Tiap kali waktu pagi ketika kami bersiap-siap nak pergi sekolah.. gadis ini akan menangis kerana betapa sukarnya untuk dia berdandan.Rambut tersebut akan di tocangkan lalu dililitkan di kepalanya.Kadang-kala akan di buat sanggul.Adikku atau gadis ini sering menjadi usikkan teman-teman di dalam van sekolah.Mak lah orang yang paling tabah menghadapi gadis ini.Sementara aku tidaklah cerewet sangat.Kami dibekalkan duit sebanyak 20sen sahaja.
kadang-kadang aku akan bawa bekal nasi berlaukan kicap dan telur.Sedap tuuuu!!!

Ketika di sekolah menengah.. bekal nasi jarang aku bawa lagi.Masa tu kami akan di beri RM1 untuk bekalan hehehe.

Tapi itu dulu.... masa aku dan adikku sama-sama menjadi kanak-kanak dan membesar sehingga menjadi seorang yang dewasa.Kini adikku sibuk melayan 3 orang puterinya bersama suaminya(sahabat aku).Sementara aku melayan seorang putera bersama isteri tersayang.

Walau bagaimana pun, aku juga mempunyai ramai adik-adik angkat.. kesemuanya wanita hehehe. Dan juga terpelajar. Ada yang lulusan UIA, MMU dan UKM. Semuanya kini berjawatan Eksekutif dan juga jawatan seorang guru.

Adik Ida..
Dia graduan UIA mengambil jurusan syariah.Aku mengenalinya didalam alam siber.(apa lagi.. chatting lah). Masa tu aku sering berkarya mengenai perjuangan agama didalam satu website yang di panggil sembang.com.. Kini website tu dah tiada lagi. Aku juga selalu berdialog pasal agama di sembangsufi.Dia tertarik dengan pendekatan ilmiah yang aku bawa kerana aku lebih menjurus kedalam bidang Makrifatullah. Dan ternyata ibubapanya juga seiring dengan perjalananku.Dia panggil aku sebagai abg long atau 'along' hehehe bukan 'along' yang beri pinjam duit tau!!!hehe.
Isteri aku juga baik dengannya malah boleh menerima dia sebagai adik.(isteri aku memang tak ada adik perempuan).Kini Ida sudah ada anak 2 dan bekerja sebagai guru di Johor Bahru.Gadis pahang ini mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki N.Sembilan.Antara ramai adik-adik angkat.. dialah yang paling rapat dengan aku dan isteri.

Adik Nisa..
still bujang lagi.. sering putus cinta.. mungkin belum jumpa orang yang berkenan di hati.
graduan UKM.Aku doakan adik-adik ku ini akan berbahagia didunia dan akhirat... insya'allah.

Dan.. aku juga ada 2 orang adik ipar iaitu adik-adik isteriku.Kedua-duanya adik lelaki.
Syam.. mempunyai seorang anak.Dia seorang adik yang 'ringan tangan'. suka membantu orang susah. Dialah harapan keluarga isteriku.
dan seorang lagi, adik Jan.. dia ni manja sikit.dan sering putus cinta.pernah bertunang tapi tak lekat. harap2 kali ni akan lekat terus hehehe.

itulah kisah serba sedikit mengenai adik-adikku.(dah tak ada idea dah huhuhu)

Selasa, 8 Julai 2008

Bowling

Bowling adalah satu permainan yang lebih kepada skill dan kekuatan mental.Dengan sebiji bola yang beratnya kalau paling ringan untuk lelaki dewasa adalah 11 pauns atau paling berat sehingga ke 17 pauns.Shahlin Zulkiflie seorang pemain kebangsaan menggunakan berat bola 16 ke 17 pauns.. sedangkan aku hanya mampu dengan 11 hingga ke 13 pauns.
Cara bermainnya ialah.. kita kena membaling bola atau meleretkan/menggolekkan bola ke pin sasaran yang ada sebanyak 10 pin. Pin tersebut berbentuk seperti botol yang di susun menjadi segetiga.Jarak antara balingan ke sasaran lebih kurang 30 meter ke 40 meter(tak pasti)..
Jika balingan kita menyebabkan kesemua pin jatuh maka ia dipanggil 'strike' dan menyimpan sebanyak 10 markah.Untuk balingan sempurna, kita harus membaling sebanyak 12 kali baling.
tetapi jika balingan kurang sempurna maka balingan adalah lebih dari 12kali.
satu frame kita perlu baling sekali, jika 'strike' namun jika tak dapat 'strike' maka kita kena baling lagi sekali untuk dapatkan 'spare'.jika 3 frame kita dapat jatuhan 'strike' maka frame pertama akan mengumpul 'score' sebanyak 30 maksimum.
susahlah aku mahu jelaskan kat blog ni hehehe..

aku mula belajar main bowling pada tahun 1996.Pada mulanya hanya sekadar suka-suka.Lepas tu aku berhenti bermain kerana aku bernikah dan bertukar tempat kerja.Pada tahun 2000 aku bergiat kembali dalam permainan ini apabila rakan-rakan sepejabat mengajak aku 'join' satu 'tournoment' syarikat. Dari pertandingan tersebut, aku mula belajar teknik-teknik balingan.
Aku berkawan dengan rakan-rakan yang hebat balingannya.Aku di ajar satu persatu mengenai bowling.Pada 2002 syarikat telah membuat satu liga bowling lalu adalah team yang mengajak aku bermain.Sejak dari itu lantas aku tidak perlu menoleh kebelakang lagi.Aku juga aktif dengan pertandingan luar sehinggalah kini.Cuma kini dah mula kendur sikit berbanding dulu.Jika aku dapat jemputan bermain dari syarikat maka aku akan bermainlah.

Apabila aku bekerja di Kelana Jaya, aku mula aktif dengan badminton.Sebenarnya badminton adalah sukan no 2 aku selepas bolasepak.Jadi tiada masalah untuk aku sesuaikan diri dengan permainan ini.

Tapi aku nak ceritakan mengenai bowling... Dengan permainan bowling, aku pernah dapat sponsor untuk bermain sehingga ke Pulau Pinang. Masa tu team kami dapat no 7 dari 40 team.
Aku juga pernah bermain untuk syarikat di N.Sembilan. alhamdulillah kerana permainan ini telah banyak mengajar aku erti kesabaran disamping aku dapat kenalan-kenalan baru di seluruh lembah klang ini.

Kini prestasi aku sedang di pantau untuk pemilihan pertandingan Sukan Syarikat di Lumut Perak pada hujung bulan ini.Jika tiada aral melintang mungkin aku akan ke Lumut hujung bulan ini(itu pun jika lulus didalam peringkat pilihan syarikat).

Rasuk

Pernah satu ketika kawan-kawanku bertanya kepada ku..

" Agak-agak kaulah... dalam dunia ni ada tak orang bunian? atau orang kayangan ker.. sebab kalau aku pergi berubat dengan bomoh-bomoh ni, mereka seolah-olah berdamping dengan orang-orang sedemikian..." soal salah seorang kawanku kepada ku.Aku pada mulanya berdiam diri sambil merenunginya.

"Ermmm.. kau tahu baca surah An Nas?" aku menjawab soalannya dengan satu persoalan.

"Mestilah tahu.. tapi apa kena mengena dengan surah tersebut?" tingkahnya.

"Banyak gunanya beb!!!.. kau faham apa yang di sampaikan Allah di ayat terakhir surah An-Nas?.. maksudnya lebih kurang macam ni... "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". lebih kurang macam tu lah maksudnya.. dan dengan maksud itu, ia telah menyangkal keujudan orang bunian ataupun kayangan.. jadinya.. orang kayangan atau orang bunian itu adalah sebangsa dengan Jin jua.." aku perjelaskannya.

Rentetan ini.. aku punya satu kisah.. ia terjadi didalam keluarga ku jua.
Salah seorang anak saudaraku pernah di rasuk Jin.. ketika itu aku baru sahaja habis main bowling di Alamanda PutraJaya lebih kurang jam 11.30 malam lalu aku pun pekena teh barang segelas dua bersama rakan-rakan di kedai mamak.Jam hampir menunjukkan 12.30 mlm.. tiba-tiba aku dapat panggilan dari kakakku di kajang.Panggilan kecemasan itu berkaitan dengan anaknya yang telah di rasuk.Aku pun mohon diri untuk kerumah Kakakku.
Sampai di rumah kakakku.. aku pun masuk dan lihat anak saudaraku diam dan sugul.Rambutnya dan berjurai menutupi muka.Seram gak aku.. jangan buat pasal bab-bab ni.
Ibadah aku pun ciput... cam mana nak tangani benda2 macam ni.Abang Ipar aku iaitu adik ipar kakakku telah pun sampai untuk membantu.
Aku terus ke bilik air untuk ambil wuduk.kepala aku ligat memikirkan 'idea' untuk menangani anak saudaraku yang telah dirasuk.

Setelah berwuduk, aku pun pergi kebelakang anak saudaraku lalu membaca ayatul kursi sementara tapak tanganku di letakkan di belakang anak saudaraku.

"kau buat apa di belakang aku bodoh!!! kau tau tak.. aku panas!!!kau jangan main-main denganku.." terkejut aku dibuatnya.Namun aku tetap bersabar dan terus menumpukan usaha.
tiba-tiba anak saudaraku bangun dan menghadap kepada ku... lalu berkata ;

"Oooo.. kau Pak Cik Hidayat yang disayangi Mira yerrr... kau yang menjadi penghalang aku dengan dia.. aku nak bunuh kau..." aku punyalah terkejut beruk.. macam manalah mangkuk hayun ni boleh kenal aku.Terus hilang tumpuan aku.. dan itu salah satu helah syaitan untuk kita leka dan lalai.
Anak saudara aku menerkam aku.. aku tetap bertahan.Anak saudaraku terajang aku.. aku menepis..(nasib baik aku ada sedikit ilmu persilatan.. kalau tak tersungkur gak aku).
tenaga anak saudara ku dah macam lelaki. Abang Ipar ku bertafakur sambil mendepangkan tangan seperti membuat satu jurus lalu di halakan kepada anaksaudaraku sementara aku melayani karenah anak saudaraku.
Anak saudaraku tiba-tiba mengamuk sakan lalu memukul aku... aku menangkap tangannya dan memaut leher lalu aku membaca selawat nabi ke belakang tengkuknya sementara abang iparku membaca ayatul kursi lalu di salurkan ke tangan dan menghalakan kepada dada anak saudaraku.
"panas..panas..panas.. dada aku panas... leher aku panas.. kau nak bunuh aku ke... kau tak sayangkan anak saudara kau..." jerit anaksaudaraku. suaranya pun dah berlainan.
"Keluar.... kalau kau tak keluar akan aku hancurkan kau iblis!!" aku pula menjerit berbaur perintah. Peluh jantan dah keluar dahhh!!
Akhirnya anak saudaraku terjelepuk jatuh tidak sedarkan diri.Aku pun ikut terduduklah sebab penat nak gila.. inilah pertama kali aku terbabit sama didalam berperang dengan benda yang tak nampak.Esoknya aku ambil MC.. tak larat nak pi kerja..
semasa anak saudaraku sedarkan diri.. dia langsung tak tahu apa-apa yang berlaku.Aku pun pulang ke rumahku.Dalam perjalanan kerumah ku.. aku seperti diganggu namun alhamdulillah Allah melindungi perjalananku.Sampai rumah jam sudah 3.30 pagi.. aku terlelap dalam 4.30pagi.
Subuh pun terlajak... huhuhuhu.

Pak Long Kassim

Sudah lama aku tidak menyebut namamu... Pak Long Kassim!!
semoga roh Pak Long sentiasa berada di dalam kerahmatanNya.. insya'allah.

Pak Long Kassim adalah pakcik isteriku atau pun abang kepada bapa mertuaku.Aku amat menghormatinya.Dengan usia 90-an.. dia masih kuat beribadah.Semasa hidupnya,sempat jua aku belajar ilmu Tajul Muluk atau pun ilmu kiraan mengikut aturan didalam bulan-bulan Islam.
Pak Long Kassim kalau di kampungnya ibarat 'Pak Nujum Belalang moden'.
Jika orang kampung kehilangan lembu(ternakan) maka Pak Long Kassimlah tempat dirujuk.
Tanpa air didalam mangkuk, tanpa renungan makrifat atau pun kasyaf, Pak Long akan mulalah mengira mengikut kiraan bulan-bulan Islam.Dan melalui kiraan-kiraan itu maka Pak Long Kassim akan menentukan arah manakah lembu yang hilang itu. Sungguh ajaib.. kerana lembu yang hilang itu akan dijumpai didalam kawasan yang di cadangkan untuk mencari.

"Jangan percaya dengan saya, ini semua ilmu dongengan sahaja... yang penting kita ikhtiarkan mengikut apa yang kita cuba ikhtiarkan.." begitulah kata-kata Pak Long pada aku satu waktu dulu.Sempat juga aku mempelajarinya namun tak sempat habis kerana aku berada di rumah Pak Long yang sekecil pondok durian itu tidaklah lama sangat.Biasalah orang bandar yang tak 'betah' duduk dikampung..hehehe..
Rumah Pak Long di Kulim Kedah.. di kawasan pokok kelapa sawit dan getah, sedang aku di Selangor.Jauh banget kalau ikut slanga Indonesia hehehe.

Banyak yang aku sudah lupa ilmu kiraan ini... namun Pak Long meninggalkan aku seorang anak angkat yang telah dibelanya sekian lama.Isteri Pak Long telah meninggal dunia maka tinggalkan anak angkatnya seorang wanita yang sudah berusia.Oleh kerana anak angkatnya mempunyai pemikiran yang lemah maka ia perlulah dijaga oleh orang yang boleh memegang amanah.
Anak angkat Paklong ini pernah dikahwinkan namun hanya bertahan selama 2 bulan sahaja bersama suaminya.Al maklumlah, anak ini kurang pemikirannya.
Aku panggil dia sebagai Kak Temah.. iaitu sepupu isteriku.
Kak Temah ini mempunyai satu penyakit dari sejak kecil lagi.. iaitu penyakit pembohong.
Aduhhh!!! ini lah satu tugas yang sukar bagi aku suami isteri. Oleh kerana ia adalah permintaan Pak Long maka aku terpaksalah menjaga kak Temah ini.Aku ajar dia solat, baca al fatehah dan surah al ikhlas. sekurangnya dia bolehlah bersolat. Membaca jauh sekali.
Peringkat awalnya.. kak temah ini bolehlah dengar cakap.. tapi kalau dah bertahun lamanya.. pening gak kepala.. tapi tak mengapalah.. aku anggap ia sebagai amal jariah aku.
Aku beri dia tempat tinggal.. so far.. dia boleh gak jaga anak aku hehehe..
makan minum aku tanggung.. malah segala pakaiannya aku dan isteri belikan..
alhamdulillah kak temah kini tinggal bersama aku.

Pak Long...dia meninggal sakit tua.Ketika dia sakit(nazak) aku sempat melawatnya di Kulim. Ketika itu aku outstation di hujung Perak berdekatan dengan Kulim. Jadi aku sempatlah menziarahi Pak Long ketika dia sakit.Masa aku menziarahinya, Pak Long dah tak boleh berkata.
Aku amat sedih sekali.. pada masa sama aku dapat ilham(isyarat makrifat), aku di suruh membaca surah yassin dan memanjatkan doa di setiap perkataan 'mubin'. Lalu aku sarankan kepada bapa mertuaku buat perkara yang sama sebab bapa mertua ku adalah adik sedarah Pak Long. Aku membaca pada waktu maghrib.Setelah membacanya lalu aku pun berdoa kehadrat Allah ;

"Ya Allah, sesungguhnya kau lah yang menghidupkan dan kaulah yang mematikan kami, Aku mohon pada kau ya Allah, kau permudahkanlah urusan Pak Long kehadrat Mu, Pak Long ketika hidup ini, dia seorang yang banyak membantu orang lain.. dia juga telah membantu umat Muhammad mengenal Al QuranMu Ya Allah.. oleh kerana itu kau permudahkan segala urusan agar perjalanan Pak Long ke arah Mu sentiasa di permudah dan di rahmati "

setelah berdoa, aku bangkit lalu ke tempat Pak Long lalu aku bisikkan ketelinga kanannya;

"Assalamualaikum Pak Long, Saya minta maaf zahir dan batin, halalkan makan minum saya selama ini, Nanti Malaikat akan hadir dan menyoal Pak Long kata-kata perjanjian antara Pak Long dan Allah.. maka jawablah dengan tenang dalam kalimah La illa Ha Illallah... Muhammadur Rasullullah.. dan jawablah kata-kata terakhir dan juga kata-kata awal kehidupan kita dulu."

Air mataku sudah tidak lagi dapat di bendung.Bagaikan empangan pecah lalu banjirlah pipiku yang gebu.... Aku berjumpa dengan bapa mertuaku lalu berbisik;

"Abah.. kita kena rhedho dengan apa jua yang berlaku. Insya'allah tak sampai 3 hari Pak Long akan pergi... " aku begitu yakin dengan makrifatku.

Alhamdulillah, keesokkannya Pak Long telah kembali ke rahmatullah.. sementara aku didalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.Aku tidak menghantar Arwah Pak Long ke kuburan namun cukuplah doaku menjadi untaian kasihku padanya.

Sesungguhnya Pak Long orang yang kuat beramal semasa hidupnya.Dia banyak memberikan aku pelajaran ilmu.. alhamdulillah.

Aku yang tewas

Ahhh!! mengapa aku harus tewas lagi... dan sememangnya aku sering tewas dengan nafsu..
Antara 7 sifat ini sebenarnya memang terlalu sukar aku laksanakan.. cukup sahaja dengan kalam.. bukan mudah menanggung amanah yang terlalu besar ini di dalam musafir di bulan Rejab ini.Hari pertama aku berpuasa.. aku hampir berjaya melaksanakan 7 sifat itu.. namun dengan kalam.. aku tewas lagi.. bukan mudah nak menjaga hati orang lain.. orang di sekeliling kita... dengan kuasa.. aku tewas lagi.. hanya kerana mampu bermain badminton ketika berpuasa, aku sudah mula ego dengan kuasa yang dipinjamkan.. tewas lagi..
mungkin aku dapat menampung sifat kehendak.. namun selama mana sifat kehendak itu tidak di iringi nafsu... masya'allah!!! dengan lihat mungkin aku cuba menghindari dari penglihatan buta...
tapi sejauh manakah aku dapat membutakan mata zahir ini?? sedangkan dengan lihat itu sudah boleh melumpuhkan seluruh anggotaku ini...

Memang benar Ya Allah!!!! bukan mudah menjadi khalifah di muka bumi mu ini.. sedangkan 7 sifat yang kau pinjamkan ini sering aku abaikan.... maka berpuasalah!!!
berpuasalah aku didalam perjalanan rejab ini.. bukan sekadar berlapar dan dahaga kerana lapar dan dahaga semua orang boleh menempuhinya. Aku harap dapat melaksanakan ibadah ini sehinggalah ke bulan Rhamadan...

Puasaku ini puasa yang berlainan dari lapar dan dahaga.. tetapi ia lebih kejituan terhadap 7 sifat yang dipinjamkan oleh yang maha kuasa.Entahlah.. boleh berjayakah???..
sesungguhnya aku tidak akan berjaya tanpa izin Allah jua.
Bimbingilah aku Ya Allah.... bimbinglah aku kejalan yang di rhedoi mu...

Jumaat, 4 Julai 2008

Hari ini

Hari ini bermulalah aku bermusafir di bulan Rejab ini. 1 Rejab tahun 2008 ini jatuh pada hari jumaat.Cuma ada sedikit kecewa pada diriku, kerana semalam aku tak sempat maghrib dirumah.Bermakna aku tak sempat menyambut ketibaan Rejab menjelang maghrib dirumah hanya kerana kelewatan menunggu isteri pulang dari kerja.Tapi ia bukan alasannya untuk beribadah.

Hari ini aku keluar dari rumah dengan bacaan ayat seribu dinar di samping surah Al-Ikhlas.
Aku mulakan ibadah puasa menyambut Rejab dengan ceria.Yang penting berpuasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga.. tetapi ke tujuh-tujuh sifat yang dipinjamkan juga turut berpuasa. makanya :

Aku harus menahan mata dari memandang perkara yang tidak patut di pandang.
Aku harus menahan dengar dari pendengaran umpat, keji,maki dan hamun.
Aku harus memegang kuasa(kudrat) dengan beramanah.
Aku harus menghidupkan(hayat) sifat-sifat kebenaran.
Aku harus menahan kehendak dari memburu nafsu.
Aku harus menggunakan ilmu kejalan yang di rhedoi..
dan aku harus menahan kalam dari berkata yang bukan-bukan...

dalam sehari... boleh kah??? seharusnya bukan dalam sehari tetapi didalam seumur hidup.. jika kita dapat jaga ini semua maka tertunailah perjanjian kita ketika tiap kali kita bersolat didalam doa Iftitah.
apa kah perjanjian itu??

"Solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah"

Nah!! di dalam solat kita seharian 5 waktu kita telah berjanji dengan Allah bahawa 4 perkara itu hanyalah untukNya.Jadi faham-fahamlah sendiri.. sejauh manakah kita sudah tunaikan janji tersebut.

Politik

Akhirnya aku tergerak nak menulis perihal politik di negara ini.Sejujurnya aku dah muak dan mual dengan berbagai-bagai isu politik didalam negara.Dulu politik tidaklah sekotor hari ini yang secara terang-terangan menolak hukum-hukum Allah.Aku sering berfikir, mengapakah mereka-mereka tidak takut langsung akan azab api neraka?? atau sudah tertutup kah penglihatan mereka ke atas kebenaran AlQuran dan AlHadis sehingga fitnah menjadi satu aturan hidup bagi mereka??Na'uzubillah...

Abah dulu terlibat didalam politik secara tidak langsung.Bertungkus lumus membantu menaikkan nama sesebuah parti atas dasar keamanan demi orang Melayu.Tapi itu dulu, pada awal kemerdekaan. Kini semua itu telah berubah. Kemungkinan Arwah Atok sudah tahu apa yang akan terjadi pada politik hari ini lantas melarang Abah berparti walau pun ramai yang menyokong Abah bergiat didalam politik termasuklah sahabatnya sendiri iaitu Tun Ghafar Baba.. Tapi itu dulu....
Sejak pemerintahan beralih arah kepada Tun Dr.Mahathir, politik didalam UMNO telah berubah angin dan arah.Kompas berputar ligat mencari jalan namun tidak terjumpa langsung satu arah yang paling sesuai menuju jalan yang lurus lalu kompas UMNO kini berputar ligat tanpa henti.

Arwah Abah pernah berkata " UMNO kini bukan lagi UMNO yang dulu.. yang lebih fleksibel".
Dan Abah dalam diam-diam telah menyokong Parti PAS yang lebih telus perjuangannya.
Dan Arwah Abah juga pernah mentafsirkan bahawa satu hari nanti kerajaan UMNO akan tumbang. Mungkin benar kata-kata Arwah Abah itu jika dilihat senario yang berlaku kini.

Kini berbagai-bagai isu berlaku.DSAI di fitnah lagi... ya aku yakin bahawa ia di fitnah jika di lihat berbagai sudut.Bagiku tiada siapa yang boleh nafikan perihal ini.. dan kemungkinan rakyat boleh menilaikan sendiri dan boleh agak siapakah menjadi tok dalang dalam fitnah ini.Aku tidak mahu berkata apa-apa... kerana perkara ini begitu sensetif sebenarnya.

Apa yang aku nak nyatakan disini adalah aku sudah mual dengan semua sandiwara.. malah sandiwara ini lebih teruk dari 'Opera cina'.Kadangkala melihat opera cina lebih baik dari melihat sandiwara yang dilakonkan bangsa yang bernama Melayu.Adakah Melayu akan layu selama-lamanya di bumi ini??? Tidak mustahil akan berlaku lagi peristiwa Melaka yang di jajah. Dan siapalah yang akan menjadi Hang Tuah membela kerajaan dan siapalah pula yang akan menjadi Hang Jebat yang jujur dan benar serta mahukan keadilan itu berlaku???

tepuk dada tanyalah iman.

Rejab

Rejab datang lagi....
Syaban bakal menyusul..
Rhamadan sudah mula melambai-lambai...

Rejab datang lagi..
Bersedia siap bertarung..
walau onak dan duri tetap kutempuh..

Rejab datang lagi..
sambutlah dengan hati yang girang..
berlapar dan dahaga hanya untuk yang esa..

Rejab datang lagi..
bukalah hijab yang terselindung..
agar nur terang benderang..

Rejab datang lagi..
Pintu rahsia mula dibuka..
marilah kita memasukinya..

kelak berbahagialah kita...

T.Hanks II

"Nabi Isa kalau dalam Islam adalah 'prophet' seperti Solomon,John dan abraham... antara Islam dan kristian itu sama kecuali Islam percaya Muhammad sebagai Nabi terakhir.Saya 'confius' kenapa Islam tidak boleh terima kristian?" Soal T.Hanks kepada aku sedangkan Wak buat macam tak layan sahaja.Mungkin dia sudah boring dengan keletah T.Hanks yang masih lambat buat keputusannya sedangkan Wak sudah habis daya memberikan hujah-hujah dari sudut Makrifatullah.Namun aku agak berbeda dengan cara Wak memberi hujah.Aku lebih suka membawa pendekatan syariat itu sendiri kerana syariat boleh fleksibel dengan ilmu logik berbanding Makrifatullah.Di sinilah sifat amanah,fathonah,siddiq dan tabligh kita kena gunakan.

"T.Hanks... i banyak respect sama you.. because you masih mahu mencari sesuatu berkenaan kebenaran.Tiada ayat didalam AlQuran menidakkan Injil yang di anuti oleh kaum yang di panggil Nasrani itu.tidak sama sekali.Didalam Islam, kami mempercayai bahawa ada 4 kitab yang di akui Allah iaitu Taurat,Zabur,Injil dan AlQuran.Pengikut atau pengamal kitab ini semuanya di terima Allah dan ia dipanggil sebagai Ahlul Kitab.. malah sembelihan atau makanan orang ahlul kitab itu halal bagi orang Islam.Namun harus di akui bahawa Kitab Injil yang ada kini tiada 'originality' nya.You boleh pastikah atau tidak bahawa Injil itu adalah Injil yang benar??!!
Tapi kitab AlQuran yang di anuti Islam itu adalah kitab original yang di turunkan Allah kepada Nabi Muhammad.Bagaimanakah you nak katakan kitab Injil kini adalah benar, sedangkan kitab injil sendiri mempunyai berbagai-bagai version?Malah kitab injil yang berbagai version itu tidak sama isi kandungannya.Ia di ubah mengikut cita rasa manusia sedangkan kitab itu tidak harus di ubah kerana kitab itu di turunkan oleh tuhan.cuba you lihat AlQuran.. isi kandungannya tidak pernah berubah dari dulu hingga kini.Kalau orang terdahulu membaca surah Al Fatehah.. orang kini juga baca benda yang sama berkurun-kurun lamanya." aku cuba menjelaskan kepada T.Hanks berkenaan kitab Injil yang di sangkanya tidak diterima oleh orang Islam.
T.Hanks memandangku tajam dan kelihatan wajahnya berkerut.Mungkin dia sedang memikirkan hujah-hujahku tadi.

"Mmm kalau macam tu,Injil itu diterima oleh orang Islam lah??" balasnya seperti kurang puas hati.

"Yup...benar sekali.. tetapi bukan Injil sekarang.. kami menerima kitab Injil yang Original sahaja.Rasanya kitab itu ada dalam simpanan kerajaan Rome rasanya.. itu i kurang pasti.Dan yang i boleh pasti, didalam kitab Injil yang benar, telah ada nama Muhammad yang di panggil Ahmed.Dan kitab Injil itu sendiri telah menyata akan hadirnya seorang Nabi yang di panggil Ahmed dan berbangsa Arab.Inilah yang menjadi konflik perkauman sebenarnya.Pendeta-pendeta Yahudi tidak boleh menerima kehadiran Muhammad hanya kerana Muhammad itu berbangsa Arab." aku sedaya upaya menjelaskan situasi yang sebenarnya.
T.Hanks semakin berkerut wajahnya.Mungkin kotak pemikirannya laju berfikir.

"Thats why lah.. yahudi bencikan Arab dan Islam.." keluh T.Hanks dalam-dalam.Perlahan suaranya namun masih lagi kedengaran di telingaku.Aku lihat T.Hanks sudah mula menerima hujahku.

"Baiklah.. kalau Nabi Isa adalah seorang Nabi seperti Muhammad... kenapa dia tidak menyebut God itu Allah seperti mana orang Islam??" T.Hanks masih lagi mencari kepastian.

"Siapa kata Nabi Isa tidak menggunakan perkataan Allah??! siapa kata Nabi Isa menggunakan perkataan God??" aku meningkah dengan soalan.

"kan didalam Injil sendiri... "T.Hanks cuba menjelaskan namun aku memintas lagi dengan soalan.

"you dah pastikah bahawa Injil itu adalah Injil yang benar??yang original??yang diturunkan Allah??? seperti mana AlQuran yang tidak pernah di ubah ayat-ayat didalamnya???" aku soal T.Hanks bertalu-talu.T.Hanks lantas terkedu.

"ok-ok.. you benar dalam hal ni... katakanlah Injil itu adalah Injil yang benar.. mengapa dari dulu orang kristian tidak menggunakan nama Allah??" T.Hanks seperti tidak puas hati.

"tadi saya ada terangkan berkaitan dengan pendeta-pendeta yahudi... i think you boleh rumuskannya sendiri berkenaan ini." aku dah mula rasa malas nak berhujah namun aku tetap bersabar meladeni karenah T.Hanks.
T.Hanks terdiam.

"Tapi sekarang apabila pihak kristian di Malaysia mahu menggantikan God kepada Allah kenapa pihak Islam tidak membenarkannya? semacam ada diskriminasi sebenarnya." tingkah T.Hanks.

"Mana boleh.. Allah for Muslim.. " tiba-tiba Wak bersuara.

"Tapi didalam Al Quran ada perkataan 'wahai manusia...' perkataan ini merujuk kepada semua hamba-hambanya termasuklah saya.." T.Hanks mula mendapat semangat.

"Benar.. Allah adalah untuk semua tidak kira bangsa apa pun.. agama apa pun.. tuhan mereka adalah Allah yang satu.Bagi pendapat saya, semua orang boleh 'claim' perkataan Allah sebagai tuhan mereka.. kerana itulah yang disebutkan didalam AlQuran. tetapi ada 2 perkara utama disini.
satunya adalah kerajaan yang mewakili Islam.. mereka tidak membenarkan kitab Injil menggunakan perkataan Allah kerana ia boleh mengelirukan umat Islam yang kurang asas-asas agamanya.
keduanya.. 'no point' orang yang bukan beragama Islam menyebut perkataan Allah kerana mereka jauh kurang mengerti sebenarnya dan mereka tiada ikatan atau passport yang sah kerana tiadanya ucapan 2 kalimah syahadah dimana perjanjian manusia yang beragama Islam dengan Allah.Dan pengakuan manusia itu sendiri sanggup menerima amanah sebagai khalifah didalam kandungan 2 kalimah syahadah itu.Dan mempercayai Nabi Muhamad itu adalah pesuruh Allah.Atas 2 sebab ini.. i rasa you boleh berfikir secara rasional." aku memberikan penerangan sambil memerhatikan tingkah T.Hanks yang penuh teruja.

"yess.. 2 kalimah syahadah itu mengucap kan??" T.Hanks inginkan kepastian.
"yer benar!!" kataku.

" i rasa.. i sudah faham banyak perkara dalam bab ini.. you dah banyak memahamkan i.. thanks a lot... tapi saya pun peliklah.. macam mana saya boleh bercerita bab ini dengan you pun i tak tahu.." jelasnya.

"Sebabnya Hidayah ni satu 'link' dengan kita T.Hanks" sampuk Wak.

"sebenarnya ini semua kerja Allah.. dia yang merancang sedemikian rupa T.Hanks." jelasku pula.T.Hanks terus bangun sambil menunduk hormat kepadaku.
"Astagfirullah.. kenapa sampai begini T.Hanks.. kita semua sama sahaja.. Cina ka.. melayu ka.. arab ka.. semuanya hamba Allah.. jangan buat seperti ini lagi.kalau you buat macam ini.. saya tak mahu jumpa you lagi." aku melarang T.Hanks hormat kepada ku.. tak perlulah menghormati aku yang masih banyak noda dan dosa.. yang masih merangkak didalam kehausan ilmu.

T.Hanks memang sudah mendapat sinar berkenaan Islam, namun ia berbelah bahagi kerana tak mahu melukakan hati anak isterinya.aku menasihatinya perlahan-lahan dan berceritalah kepada isteri.Aku kagum dengan T.Hanks.

setelah perjumpaan itu.. aku tidak ke pondok wak hampir sebulan.T.Hanks meminta nombor HP ku dari Wak namun aku tidak mengizinkan wak memberi sebarang alamat atau nombor hp ku.
T.Hanks benar-benar merindui aku... Wak suka menyakitkan hati T.Hanks(bergurau sebenarnya) menyataka aku tak mahu berjumpa dengannya lagi sebab disekeliling T.Hanks banyak evil hehehe.

sehinggalah satu jumaat.. T.Hanks terlalu ingin berjumpa denganku... dia amat takut jika aku tidak sudi lagi menerimanya sebagai seorang sahabat.Lalu dia pun buat meditasi untuk memanggil aku.Dia ingatkan wajah ku lalu duduk seperti orang bertafakur.Lalu wajah ku sampai kepadanya lalu bertukar bentuk kepada cahaya yang cantik sekali.cahaya tersebut memasuki tubuh badannya. T.Hanks amat menikmati cahaya itu.
Hari Sabtu aku pergi ke Pondok Wak, dan bertemu dengannya.T.Hanks menceritakan pengalaman meditasinya kepadaku.

"because you laaa... because you i dapat lihat cahaya tu...cukup powerfull... i terasa nikmat dan bahagia." jelas T.Hanks kepada ku.

"itu semua hanya nak menunjukkan kebenaran sahaja T.Hanks.Jangan terpesona... tak guna you dapat itu semua tapi you tiada 2 kalimah syahadah.Jika you dah ada 2 kalimah syahadah.. i atau wak akan terangkan everything about Muhammad,about Allah, about human to you.. insya'allah." aku memberikan jaminan.
" i think you tahu dilema i.... tak mengapalah.. nanti i akan usahakan.." lemah T.Hanks bersuara.
"no problem.. jangan push your self... yang penting you ikhlas mahu menganuti agama islam.Allah lebih mengetahui, apa yang tidak kamu ketahui.Rasullullah tidak pernah memaksa orang lain memeluk agama Islam.Islam itu hadir secara halus.. don't worry about that.." aku bermain psikologi dengan T.Hanks.

itulah pertemuan kali kedua... di pertemuan ini, sempat aku bercerita tentang Nabi Adam serta menjawab beberapa persoalan yang di kemukakannya... termasuk berkenaan 3 dalam satu yang ada didalam kitab injil.Alhamdulillah.. Allah telah membantuku untuk berhujah.
Syukur pada mu ya Allah.

Khamis, 3 Julai 2008

Pengalaman dengan T.Hanks

Aku punya satu lagi pengalaman... pengalaman ini adalah dalam tahun ini.
T.Hanks punya kisah :

T.Hanks(bukan nama sebenar) adalah seorang Board Of Director didalam satu syarikat guaman.
Dia beragama kristian. T.Hanks banyak mendapat projek yang berjuta-juta ringgit.Dia mempunyai sebuah 'Pan House' yang luas lebih kurang 5 ribu kaki persegi.Besar tuuu..
Semua kakitangan T.Hanks mengenalinya sebagai seorang yang kuat bekerja dan serius orangnya.Pantang kakitangan lambat buat kerja,pasti dah kena marah.Hubungan T.Hanks dengan pembesar-pembesar(menteri2) negara cukup rapat.

Pada suatu hari syarikat T.Hanks mengalami satu kontroversi yang melibatkan terjadinya 2 puak.T.Hanks sudah pening kepala dan cuba mencari penyelesaian antara 2 puak terbabit.
T,Hanks semakin putus asa lalu muhasabah dirinya sendiri.Dia berjalan seorang diri lalu terjumpa seorang uztaz.Uztaz itu memberikannya satu buku yg mempunyai kandungan surah al-fatehah.Bila T.Hanks ini membaca maknanya, dia rasa teruja dengan maksud didalam surah tersebut.Maka terjadilah satu konflik agama dalam dirinya.

Satu malam, T.Hanks bermimpi bertemu satu orang tua.Orang tua itu berkata,
" kalau kau nak cari kebenaran, kau pergilah ke sebuah kampung di pinggir kotaraya yang dipanggil kampung kemesah.Di sana kamu akan berjumpa dengan seseorang yang akan membuka jalan buat kamu"
Apabila terjaga, pesanan orang tua tersebut terus melekat di hati T.Hanks.

Ke esokkannya.. T.Hanks menuju kekampung tersebut dengan harapan menggunung tinggi.Namun ia bagaikan seorang buta nak mengenal seekor gajah.atau seorang pekak nak belajar melody lagu.. atau ibarat orang didalam kegelapan.Maka tercari-carilah ia didalam sebuah kampung.Nak bertanya tapi tak tahu apa yang nak di tanya.
lebih kurang seminggu dia berulang alik dari rumah kekampung kemesah, maka ditakdirkan Allah berhentilah ia di pondok Wak si tukang urut.Maka Wak pun bertanya dengannya,
"apa hal you tiap-tiap hari lalu sini?" soal wak.
Maka berceritalah T.Hanks tadi perihal mimpinya kepada Wak.Dan wak pula berceritalah bab ilmu makrifatullah padanya.
" i rasa, you lah orangnya... dalam mimpi tu.. dia suruh jumpa you..." akhirnya T.Hank merumuskan bahawa Wak adalah orang yang ingin dicarinya.

Wak menceritakan padaku kisah T.Hanks ini.Lalu aku memberikan keyakinan bahawa T.Hanks itu adalah tanggungjawab Wak.Maka Wak bertungkus lumus menerangkan segala-galanya sehinggakan dah tak tahu nak terangkan apa-apa lagi mengenai Islam.T.Hanks tetap seperti itu jua.Walau pun sudah tahu kebenarannya, T.Hanks masih ragu-ragu sehinggalah berlaku sedikit konflik antara T.Hanks dan Wak.

Setelah masa berlalu, aku di rumah seolah-olah rindu untuk berjumpa dengan wak lalu pada hari sabtu aku pun berjumpa dengan wak di pondok kecilnya.Memang semuanya Allah dah rancangkan dari awal agaknya. Pertemuan aku dengan Wak juga telah melibatkan pertemuan aku dengan T.Hanks.Apabila kereta mewah T.Hanks sampai ke pondok wak.. hatiku sudah dapat mengenalnya sedangkan aku tidak pernah berjumpa dengannya.
Pada mulanya aku banyak berdiam diri.. sebab T.Hanks lebih fasih berbahasa Inggeris dari berbahasa melayu.Aku pula macam biasa jek lah.. bahasa jawa dari bahasa inggeris..hahaha.
Apabila soal agama sering dipersoalkan oleh T.Hanks maka aku pun mula berhujah.

Aku berhujah berkenaan kitab Injil dahulu kerana aku tahu dia lebih tahu tentang kitab injil daripada Al Quran... nantilah aku ceritakan di waktu yang lain.. kerana aku dah nak balik dah..
wassalam.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran