Jumaat, 24 Disember 2010

Pertemuan

Alhamdulillah kerana dapat juga aku bertemu sahabat aku yang pulang dari menunaikan Haji buat kali kedua.

pertemuan yang amat aku nantikan.. Dia kembali dengan wajah kerohanian yang baru.. yang segar... yang ikhlas beribadat..
banyak yang aku dapat belajar dari pengalamannya di kota Mekah dan Madinah.
dan dalam masa sama aku diketemukan dengan boss lama aku yang pegang tampuk di HSBB.
alhamdulillah.

wassalam.

Kematian

Salam semua,

Manusia di zahirkan dan di matikan...
Setiap yang hidup itu pasti akan merasai alam kematian.
dan yang kekal hidup hanyalah Zattul Haq yang hakiki.
ketika itu tiada manusia yang mampu berdabik dada lagi.
bah kan makhluk lain juga akan merasai kematian..
dan didalam perhitungan dunia zaman Muhammad ini terdiri 2 golongan makhluk iaitu Manusia dan Jin yang wajib beriman kehadrat Allah.
dan kedua makhluk ini akan merasai kematian seperti mana janji-janji Allah kepada 2 golongan ini.. dan makhluk lain juga akan mati termasuk para malaikat apabila sampai waktunya.. dan yang kekal itu zattul haq yang maha hakiki.

selepas solat jumaat aku bersama teman2 lepak di kantin bagi membincangkan masalah2 kerja dan sukan..
aku dapat satu call dari isteri tersayang menyatakan Wan Kedah pengsan selama 1/2 jam dan sedar semula.
Wan Kedah yang berusia lebih dari 90an.. dimana kudrat iradatnya juga semakin lemah untuk terus menahan pancaroba dunia masa kini.Tidakkah manusia itu makhluk yang lemah disisi tuhannya?
Isteri mengajak aku balik ke Kedah untuk menziarahi Wan Kedah.Ermm.. mengikut pandangan batinku.. Wan Kedah sudah menghampiri garis penamat dunia namun anak-anaknya belum lagi dapat merhedoi..

Ingatlah apabila sampai masanya,terputuslah hubungan kita dengan benda yang hidup termasuklah saudara2 kita yang kita sayang selama hidup ini.. yang tinggal hanyalah doa dari anak2 yang soleh dan solehah serta sedekah anak2 yatim yang bisa membantu kita di dunia baru kelak.

Di alam sana tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku.. dan pesan dari AlQuran dan Hadis akan menjadi taruhan buat kita, sama ada kita berjaya laksanakan segala perintah sebagai hambaNya.. Na'uzubillah jika pesanan tersebut tidak dapat kita laksanakan.

sejak2 akhir ini aku sering mengingat akan kematian.. kerana kematian itu adalah pintu bagi ke alam lagi satu.. yang mana akibatnya akan kita ketahui nanti sama ada baik atau buruk.

Sejauh mana atau setinggi manapun ilmu yang kita miliki tidak memberi jawapan kepada kebaikan kerana ia menjadi rahsia Tuhan Rabbul alamin.
yang pasti kita hanya berpegang kepada AlQuran sebagai penunjuk yang nyata dan AlHadis sebagai 'guide' semasa kita hidup.

aku pun tidak tahu nasib aku kelak..
jika kita teliti kehidupan Rasullullah semasa hidup.. walaupun telah dijanjikan Allah tempat yang terbaik disisinya.. Rasullullah SAW tetap bersolat sunat Taubat setiap malam.. sedangkan kita???
Ini bermakna Rasullullah SAW yang al Amin pun tetap tunduk tanpa berbangga diri.

Aku berdoa agar Allah dapat menerimaku seperti mana Allah menerima Rasullullah SAW disisiNya.. malah aku juga berdoa agar Allah menerima Umat Muhammad SAW sepertimana kekasihNya.

Wassalam.

Rabu, 8 Disember 2010

faham dan hayat

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Allah yang telah menghidupkan dan mematikan.. yang telah memberi nikmat yang tidak terhingga kepada hamba-hambaNya..

Didalam kesejukan bagaikan berada didalam ketulan air batu... aku yang berada di bilik pejabat ditemani beberapa rakan sekerja yang juga menahan kesejukan ciptaan manusia yang bersifat sementara.

Allah itu menyempurnakan penzahiran manusia cukup indah.. kerana didalam kesejukan masih dapat terasa aliran darah yang panas diseluruh tubuh bagi mengimbangi suhu di luar tubuh.cukup fleksibel.

Maal Hijrah!!!. Tahun baru!!!

cuba kita imbas kembali tahun-tahun sebelumnya.. apakah yang telah kita lakukan dan kita lalui? berapa banyakkah kita dapat melaksanakan perintah Allah? dan berapa banyakkah kita ingkari perintah Allah?
dan kita timbangnya di atas neraca keadilan... adakah yang banyak itu sesuatu kebaikan yang dipanggil husnul khotimah atau sesuatu keburukan yang dipanggil su'ul khotimah?

lihatlah sendiri amalan kita selama ini...
dan apakah yang harus kita lakukan?

atau hanya berdiam diri? menangis? ketawa?

atau yang berada di atas timbangan itu faham lebih tinggi dari hayat? atau hayat lebih tinggi dari faham?

Seperti mana kita berada di alam persekolahan dulu..

kita di ajar dan diberikan penerangan oleh guru-guru.
dan guru bertanya " faham anak murid?"
maka kita semua jawab "faham cikgu"

dan ketika ujian dilaksanakan ternyata kita gagal.

untuk memahami sesuatu perkara itu amat mudah tetapi untuk menghayati sesuatu perkara itu amat sukar.

seperti kita berada di ceramah agama didalam surau atau masjid... kita faham para ustaz menerangkan tentang kebaikan dan keburukan.. namun apabila kita keluar dari masjid.. apa yang di ceramah kan tadi hilang begitu sahaja.

didalam ilmu Allah ini.. manusia sebenarnya lebih faham dari faham dan kebenarannya.
namun apabila sampai untuk menghayati atau ibadah.. manusia itu sering gagal.

apakah yang menghalang kita dari melaksanakan ibadah?
Apakah yang menjadi duru dalam daging didalam perjalanan kerohanian?

ia nya ada satu jawapan... jawapannya adalah Nafsu.

Nafsu yang dulunya 400 tahun direndam kedalam neraka barulah mau tunduk kepada Allah.. dan kini ditunggangi manusia.

Ditambah hasutan syaitan terhadap nafsu... maka siapalah kita?

dan kegagalan malaikat satu ketika dulu... yang tidak mampu mengawal nafsu apabila di uji Allah menjadi manusia.

Dan barulah Malaikat faham dan memahami bahawa nafsu itu hanya mampu dikawal oleh manusia.

Mengapa manusia?

itulah rahsia Allah.

Yang menjadikan manusia itu mulia hanya manusia yang mampu mengawal nafsunya.

Aku sendiri mengakui bahawa nafsu memang sukar dikekang... sukar untuk dikawal.. namun pasti ada jalannya.. pasti ada caranya.. percayalah..

Mmmm.. cukuplah buat masa ini aku berkongsi ilmu yang tak seberapa ini.
wassalam dan salam hijrah buat semua sahabat yang aku kasihi.

Isnin, 6 Disember 2010

Tahun berganti lagi

Salam akhir Zulhijjah dan salam awal Muharam buat semua.
Jangan lupa doa akhir tahun dan awal tahun...

hari ini aku pi kerja seperti biasa.. jalanraya tidak sesesak hari biasa kerana ramai yg cuti..
esok tahun baru.. adakah kita juga akan berubah jadi baru?atau terus kekalkan sifat2 yg lama?

tepuk dada tanya iman..

sampai kat dalam opis yang sejuk mengalahkan dalam ais batu.. ditambah ketidak ramaian staff yg lain.. maka aku bertambahlah sejuk yg amat.16 darjah celcius.. fuuuhhhh..

hanya 3 orang jek yg kerja hari ni.yg kat sebelah aku tgh layan mata utk tidur.. yg sorang lagi tgh berangan.. hahaha.

tak ada apa yg nak diceritakan.. wassalam.

Rabu, 24 November 2010

cerita bulan 11

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Allah.. yang memberikan nikmat yg tak terhingga kpd hamba-hambaNya.

Sabtu yang lepas kami bermuzakarah dan mendalami bab solat..
alhamdulillah sahabat2ku hadir sama termasuk adik iparku..
memperhalusi bab solat menjadi agenda dalam muzakarah kami.

syukur kehadrat Allah kerana masing2 memahami perjalanan dan penghayatan dalam solat.
bagaimana intimnya penyusunan sifatullah didalam solat hambaNya.

dengan pemahaman ini,diharap masing2 dapat menghayati dan mempraktikkannya.. insya'allah.

dan semalam aku dapat call dari Hj Ucop,sahabatku yang berada di Kota Mekah.Alangkah indahnya perjalanan yang di alami beliau.

sempat juga berikan tips untuk dia mempraktikkannya.. alhamdulillah.

Dan sahabatku Zafran juga sudah memahami dengan tenang apakah penghayatan didalam perjalanan tasauf ini.

Betapa indahnya menjadi Hamba Allah yang tawaduk dan tunduk menyerah.

wassalam.

Khamis, 18 November 2010

Aidil Adha

Allah Hu Akhbar 3x.

genap setahun aku melampaui kenangan Haji ku di Tanah Suci kota Mekah.
Aku membawa anakku bersolat raya di Masjid Semenyih.Aku tidak balik kampung kerana menggantikan sahabatku standby.
Selepas solat raya aku dapat call dari teman baikku Hafiez dan Kerolz.Dia nak mai kerumahku.
Aku menyambut mereka dengan se ada nya.
sempat gak main game ps tu dengan mereka hehehe.selebihnya anakku lah yang sibuk melayan permainan tersebut.

petang aku pergi kerumah kak chik dan kak hawa. Aku dapat tahu Dolah juga hadir sama kerumah mereka.Tapi sayang Dollah langsung tak hubungi aku atau datang kerumahku.
agak terkilan juga.. tapi biasalah.. manusia itu apabila berada didalam situasi yang menggembirakannya.. pasti akan lupa derita lalu.

kadangkala tertanya dihatiku.. dimanakah kita sewaktu Allah memperkenalkan sifatNya yang agung itu? dan apabila kita sudah dikenalkanNya.. dimana pula kita ingin melaksanakkan tanggungjawab itu?
dan akhirnya sifat memburu zat tapi sifat tidak mengenal sifat?

aku lihat hampir semua pengamal ilmu.. atau orang yang belajar ilmu.. dan apabila ilmu sudah dirasai nikmatnya lalu terlupa akan sebab nikmat ilmu tersebut dijadikan.

Manusia apabila sudah berada didalam zon selesa pasti akan terlupa dan melakukan kesilapan yang mudah.

dimanakah silatulrahim antara sifat?hanya iman yang boleh menjawabnya.

Wallah hu alam.

Ahad, 7 November 2010

langkawi

Minggu lepas aku bawa ibuku serta 2 orang kakakku dan anak isteriku beristirehat di Langkawi.
Yups.. Langkawi cukup indah dibawah taklukan negeri Kedah.Antara pulau tercantik di Malaysia. Walaupun kewanganku tidaklah tinggi namun aku masih diberi kesempatan bercuti di Langkawi bersama ahli keluargaku.

Bersama 2 orang kakakku serta ibu dan anakisteriku.. aku mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dalam jam 7mlm.Singgah di PutraJaya untuk bersolat Mahgrib.
Selesai solat kami makan di Presint 9 dan seterusnya bertolak ke Kedah.
Jalan sesak.. kenderaan kami dapat melepas Kuala Lumpur dalam jam 9 malam.Tiada apa yang menarik berjalan malam kecuali ketenangan dan mengawal arus mengantuk.

Kami berhenti di Perhentian Kuala Kangsar.. selepas terowong.
berehat dan membeli air minumanku Livita.

sampai di Alor Staq dalam jam 2pagi.kami tidur di rumah Makcik Senah.Abg Azman dah menunggu kedatangan kami.

Esok paginya kami bertolak ke Langkawi melalui Kuala Perlis.Cuaca terang.
sampai di Langkawi aku menyewa sebuah kereta Waja.dan kami terus check in di Sri Intan Langkawi.

Ibuku agak letih dan kami beristirehat sementara aku dah mengintai kolam renag yang kosong.petangnya aku mandi bersama anak isteriku dikolam renang.

Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Staq sempat juga kami bermuzakarah di dalam kereta.Alhamdulillah.

Di Langkawi tak banyak ilmu yang dibicarakan kecuali kami tenggelam dalam kenikmatan dunia yang Allah berikan di Langkawi ini.
Agak terkilan juga kerana masing2 tenggelam dalam kenikmatan tanpa bicara ilmu.
Namun sudah menjadi adat manusia yang sering alpa.

secara keseluruhannya bercuti dilangkawi cukup menyeronokkan.

Selasa, 26 Oktober 2010

berbicara lagi

Alhamdulillah.. Allah masih mengkehendaki aku menulis lagi..
sudah terlalu lama aku tidak menulis... Novel pun terbengkalai gara-gara kerja yang melambak di office ni.

Dulu kerja aku lebih base on projek yang memerlukan aku di site2 luar yang merangkumi satu Malaysia.Namun kini setelah berhijrah ditempat baru, kerja aku juga memerlukan aku berada di luar opis tapi di stesen2 di kawasan kuala lumpur sahaja.
Kalau dulu kerja aku agak mudah walaupun memerlukan komitment tinggi namun kini kerja2 agak melecehkan kerana kena ikut ISO huhuhu..

tapi ia bukan alasan untuk aku merangkumnya didalam ibadah seharianku... dan kerja2 ini bukankah ibadah kita pada yang Hak?

yups..

kadangkala hidup sebagai hamba Allah ini sering melalui liku2 perjalanan yang membabitkan dosa2 yang tidak bisa kita elakkan..
dan yang terbaik adalah melaluinya dengan kesedaran terhadap apa yang telah kita lakukan sehari semalam...

Zafran.. sahabat baru aku di BRF ni.. yang sedang melalui perjalanan menuju ilahi seringkali melontarkan soalan2 yg agak mencabar untuk menjawabnya.
Menjawab persoalan mengikut tahap kefahaman seseorang itu bukan lah mudah yg disangka.Cuma titik tolak adalah penyerahan kehadrat ilahi mestilah 100% tanpa goyah.
di waktu ini keyakinan haruslah berada ditahap yg tertinggi.

Alhamdulillah segala persoalannya terjawab sidikit demi sedikit.

sahabat baikku..Hj Ucop telah berangkat ketanah suci.. aku tidak menghantarnya..
terlalu sebak didada untuk menghantarnya kerana aku baru melalui tahun lepas..
dan ingatan di tanah suci itu masih segar diruang mataku.
semoga sahabatku itu dapat melalui segala onak dan duri cabaran disana nanti.
Doaku sentiasa bersamanya.

Aku sering tertanya2 mengapa apabila seseorang itu yang telah lama mengaji ilmu masih lagi tidak faham perjalanan ilmu yang Allah bentangkan didepan mata ini?
dan seringkali pengaji ilmu terlupa tentang hakikat diri didalam melalui perjalanan ini dengan alasan terfana'.Sedangkan kefanakan itu hanyalah rasa sendiri yg tidak dapat dibuang.dan akhirnya rakus dengan ketamakan.

tidak guna penting diri sendiri sedangkan ketika meminum madu ilmu siap ditatang penuh sehingga lupa diri sendiri.Dan akhirnya rasa diri bagaikan terfana'.
Dan melupakan sahabat2 yang sering memberikan sumber inspirasi ilmu.. bak kata.. berjumpa si tukang masak diraja.. dan menemui tukang masak kampung.. dan kedua2nya mempunyai rencah masakan yang berbeza namun nikmatnya sama.

dan disebabkan tukang masakan diraja itu duduk dan tinggal di istana maka ia dilihat sebagai tukang masak yang hebat.

Ketika kita terumbang ambing didalam lautan gelora.. dilambung ombak.. dan diselamatkan si tukang nelayan.. dan diberi resepi kehidupan.. lalu berjumpa pula sang saudagar maka sinelayan pula dipandang sepi..

ketika ini si nelayan tidak rugi apa2.. kerana dia melihat segala-gala lakonan layar itu.tapi yang rugi adalah orang yg dilambung ombak dan tidak sedar akan diri sendiri telah terfana'.

semoga apa yang aku bicarakan disini tertusuk dihati sahabatku yang membacanya.. fahamilah.. tiada guna berlumba mencari ilmu tetapi tidak mau berkongsi dengan sahabat yang lain.. janganlah jadikan diri berada didalam kepentingan diri.
Rasullullah pernah bersabda : 'aku sanggup korbankan diriku hanya untuk selamatkan umatku' dan ternyata benar apabila saat Rasullullah mahu menghembuskan nafas terakhir.. Beliau tetap mengingati Umatnya.

wassalam.

Khamis, 23 September 2010

Salam Syawal

Allah Hu Akhbar,Allah Hu Akhbar,Allah Hu Akhbar..
Laa illa Ha illallah Wallah Hu Akhbar
.................

Takbir bergema!! seluruh alam turut bergema dengan kalimah memuji Allah..
Di Senja yang berlabuh.. pertukaran waktu ketika Azan maghrib dilaungkan.. setelah solat di laksanakan.. maka seluruh alam bergema dengan takbir raya.

aku berada di Sik Kedah.. dirumah mertuaku..
mungkin tidak ada apa yang istimewa pada tahun ini.. berbanding tahun2 lalu..
atau aku yang alpa dan lalai dalam melaksanakan ibadah dibulan rhamadan.

Ermmm.. ampunkanlah dosa hamba Mu ini Ya Allah!!!

di pagi raya.. aku kemasjid batu 5 sik bersama isteri,anak,ipar serta ibubapa mertuaku melaksanakan solat raya dengan 7 takbir dan 5 takbir.

di masjid inilah aku akadnikah ketika melangsungkan pernikahan dengan isteriku pada tahun 1997.
banyak kenangan di sini.

sehari sebelum raya aku bayar zakat di negeri kedah... sebab terlupa nak bayar zakat di tempat tinggalku.Nasib baik ingat.. alhamdulillah.

so far.. tahun ini tidak seperti tahun2 sebelumnya..
dulu aku tiada gelaran apa2.. namun tahun ini betapa berat membawa gelaran Haji didepan namaku.

kadangkala rasa cam tak layak nak ambil gelaran tu sebab aku ni brutal sedikit hahaha.

tapi kat opis semua panggil aku Hj.. huhuu.

di Kedah tiada apa yang menarik di pagi raya.. cuma yang boleh sebak didada adalah salam bermohon maaf antara keluarga.sempat gak pi rumah Makcik Senah di raya ke3 kat Alor Staq.
Anak Makcik Senah ni nikah ngan anak bekas Menteri besar Kedah dulu.Birasnya adalah Kak Engku yg selalu berceloteh kat Radio Sinar berzama Abg Jack.

aku sempat gi umah Kak Ta'adah yg sama2 pi Haji tahun lepas.selain singgah umah mertua Nurul dan kawanku Mashat di Asam Jawa.

so far raya ni.. kantong kewanganku agak merosot sebab aku beli something baru yg boleh dijadikan kawan kepada Gen2 isteri aku.

Ermm..

lama dah aku tak update blog.. dah tak ada idea la pulok..heheh
ok wassalam.

Khamis, 26 Ogos 2010

Rhamadan 2010

Hari ini sudah memasuki Rhamadan yang ke 16.. dan malam ini adalah Nuzul AlQuran..
dan jatuh pada malam jumaat.. pasti cukup indah bagi pengamal2 kerohanian jika dapat beramal di hari sebegini.

Bagiku.. rhamadan kali ini cukup indah.. walaupun jarang bermuzakarah... kalau ada pun yang sering call aku adalah Hj Ucop yang tidak putus2 sentiasa berusaha memperhebatkan ibadahnya disisi Allah.

sahabat2ku yang lain dah jarang call.mungkin disebabkan sibuk dengan hal dunia yang harus diselesaikannya... biasalah kerja makan gaji.. hehhe.. harap2 jangan lupa Allah terus ya udah..

Hari tu aku tengoh/usha keta viva elite.. almaklumlah aku dah jual keta wira aku tu..
masa tengok viva.. best gak.. tapi ternampak Alza lah pula... very comel..
aku pi pusat proton tengok Exora.. besar dan mantap.. tapi rasanya aku tak sesuai dengan exora sebab besar.. lagipun anak aku hanya sorang...

Rhamadan tahun ini sama saja seperti rhamadan Tahun lepas cuma tahun ini lebih bermakna dari yang lepas2 kerana penghayatannya lebih mendalam.

tak tahu nak cakap apa lagi...
oklah selamat berbuka puasa buat umat Muhammad SAW..

Wassalam.

Isnin, 16 Ogos 2010

muzakarah rhamadan

Selepas kebumikan Arwah Abg Ujang selepas maghrib hari jumaat, aku mengajak Hj Ucop serta sahabat lain minum di kedai/warong berdekatan Traffic light taman delima kajang.

Aku,Hj Ucop,Rosli dan abg maskor agak sedih dengan kehilangan arwah.kami bermuzakarah. lagi pun dah lama tak muzakarah. Aku sebenarnya agak kekok untuk bermuzakarah bersama abg maskor kerana kami jarang bermuzakarah bersama.Tapi malam tu muzakarah kami lancar sekali. Aku tiba2 terbuka untuk menyatakan betapa pentingnya Surah AlFatehah didalam kehidupan harian kita serta didalam solat.

kami kupas bersama-sama perihal AlFatehah.Cukup indah apabila membicarakan surah AlFatehah ini.
selain itu kami juga menyentuh sifat 20 dan bersama-sama mengupasnya.

Terima kasih Abg Maskor dan sahabat yang lain kerana sudi berkongsi ilmu.

Alhamdulillah!
Wassalam.

Kehilangan seorang Sahabat

Jumaat 13HB Ogos 2010

Sebelum Jumaat.

Aku disapa oleh isteri sahabat ku Zizan didalam UnMe..(ruangan chat).
kami berborak bab ilmu.. dan dalam masa sama aku dapat berita bahawa Abg Ujang Eksiden di kajang.Zizan bergegas ke Hospital Kajang.Aku masih di opis buat kerja.Dapat call dari SAC ada doket di Exchange Duta.Doket Data.
so aku ambil keputusan utk pergi kesana lepas solat jumaat.

masa solat jumaat, mata aku mengantuk sangat.. selalunya tak macam tu.Habis solat jumaat dalam jam 2pm. aku balik opis untuk ambil kunci Kembara dan pergi ke Exchange Jln Duta bersalam rakan kerjaku Solekhul.Sampai kat sana dalam jam 2.35pm.

mata aku tak tertahan mengantuk.Aku tertidur macam masuk ke alam lain.
Rakan kerja ku buat line up dgn pihak lagi satu. Result test ok.
aku tak dapat kawal dari mengantuk yg amat sangat. Aku naik pelik kerana tak pernah alami keadaan spt ini.

Bila mata aku celik dan dalam sedar.. aku baru teringat untuk lihat HP aku yang dah aku 'silent'kan masa solat tadi.

aku lihat ada 3 panggilan dari isteriku dan 2 panggilan dari Rosli.Ada message dari Rosli menyatakan A.Ujang baru meninggal dunia kerana kemalangan.Message diterima jam 3.25pm.

So masa aku mengantuk sangat tu adalah tanda arwah sdang bertarung dengan ajal(nazak). AlFatehah buat Abg Ujang.

Abg Ujang seorang yang baik.Bekerja sebagai pembantu makmal di Universiti Putra Malaysia.Dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan.Aku pernah bekerja menjual burger semasa aku bujang bersamanya di UPM.

Dia seorang yang gigih dalam mencari ilmu.Belajar dengan Arwah Abg Chik.antara anak murid Arwah Abg Chik yang paling awal.Aku mengenalinya sejak aku kecil lagi.
Dia juga bekas pengamal silat gayung dan no 2 selepas Mahaguru Omar Din ketika dia muda.Dan setelah dia mengabdikan diri kejalan Allah.. dia meninggalkan dunia persilatan.

Dia seorang yang cool.tapi setelah berlaku pergolakan ilmu.. maka aku tidak semesra dulu.Namun Allah itu maha adil lagi bijaksana.Dia kembali untuk bersama-sama mempelajari ilmu ketuhanan.
Dia menyambung kembali pengajian dari Abg Agah.Alhamdulillah.
Apa yang lupa dapat kembali diraih semula.

Malam sebelum kejadian.. dia berpesan kepada anaknya agar menjaga ibu dan yang lain kerana dia nak balik kampung halaman.

dan ternyata dia pergi kerahmatullah pada hari jumaat(selepas solat jumaat)akibat eksiden dengan Honda CRV. Arwah merempuh belakang kereta tersebut.

Aku dan sahabat yang lain bersama-sama menziarahi Arwah dan mengkebumikan arwah selepas solat maghrib di Perkuburan Taman delima Kajang.

Al Fatihah buat Abg Ujang.. walaupun dia telah tiada... perjuangannya tetap diteruskan oleh kami... perjuangan mengenali yang hak.
Semoga Arwah diletakkan kedalam orang2 yang dirhedoi Allah.. insya'allah.

Khamis, 29 Julai 2010

Kastel 2010 di JB.



Sukan TM datang lagi.
kali ni di buat di Johor Bharu.Setelah aku bermain untuk Selangor pada tahun 2007 di Seremban, Ibu Pejabat pada tahun 2008 di Lumut dan Selangor(2009) di Kuantan, kini aku bertukar angin untuk wakili Kuala Lumpur.
Pada 2007 aku telah membantu skuad Selangor merangkul tempat ke-3.
Pada 2008 aku telah bersama-sama dengan skuad ibupejabat untuk tempat ke-2.
Pada 2009 tahun yang agak kecewa apabila Selangor hanya mampu berada di tangga ke-6 dari 14 negeri bertanding.
Dan 2010 aku bersama-sama skuad kuala lumpur.

Kuala Lumpur.(Wilayah Persekutuan).

Oleh kerana aku telah berhijrah tempat kerja dari Kelana Jaya ke Briekfields.. maka aku juga telah bertukar status kelab IP ke Kelab Kuala Lumpur.
dan ini memberi tiket aku untuk mengambil bahagian dalam selection ke Johor Bharu.
dan aku berjaya berada di tempat kedua dan terus mewakili Skuad Kuala Lumpur.

Walau pun Skuad IbuPejabat memberi peluang untuk aku berada didalam skuad IP namun aku telah memilih Kuala Lumpur sebagai pemastautin yang terakhir.

Errrmmm...

dan hari yang di tunggu-tunggu pun telah tiba.Aku bertolak ke JB menaiki Hoda City kepunyaan salah seorang pemain skuad IP.(Siapa lagi kalau bukan teman baikku Hj Ucop).

Dia mengambil aku di rumah KakChik.
didalam perjalanan.. kami melepaskan rindu dendam didalam muzakarah kami.Sudah lama kami tak bermuzakarah kerana kesibukan kerja dunia.Sejak aku berada di unit transmission.. kerja memang tak menentu.. banyak sungguh.La ni pun aku berada di Opis menunggu pihak Alcatel datang untuk selaraskan frekuensi equipment kami.
jam dah pukul 2 pagi.. aku di opis mengadap komputer sementara menunggu depa datang.

berbalik kisah aku dan hj ucop.. kami muzakarah banyak topik.. menyeluruh.

so far kami mulai faham selok belok jalan yang lurus menuju zatullah.
kami sempat berhenti di Air Keroh dan Machap untuk minum.

sampai di JB aku dan Hj Ucop terus ke Hotel Zone Regency( di zon bebas cukai.
kunci bilik ku belum ada lagi tetapi kunci bilik Hj Ucop sudah ada.. kami terus kebilik hotel untuk lelapkan mata seketika.

lebih kurang sejam.. rombongan dari skuad KL dan IP telah tiba.aku pun cuba untuk dapatkan kunci bilik namun masih belum ada.So aku dan skuad terus ke Leisure Mall Pelangi untuk training bowling.

aku dapati lane di Leisure Mall teruk gila. Oiling terlalu dry. habislah aku kali ni.
aku try bermacam-macam cara balingan namun tidak banyak yang membantu.

malamnya.. aku tidur awal..
esok pagi skuad kl menghantar pemain single didalam pertandingan awal.Namun kedua-dua pemain single berada below performance.Ini sedikit sebanyak memberikan tekanan buat aku didalam permainan double nanti.

petangnya ternyata permainan aku juga below performance.Oiling dry giler.
Skuad KL berada di tempat ke 5 dihari pertama dimana skuad IP berada ditangga pertama diikuti Selangor,Sabah dan Pahang.

Hari berikutnya aku bermain didalam team. dan kami dapat mengejar kedudukan Pahang.
Lastly, KL berada ditempat ke 4 sahaja.IP pertama,Sabah kedua dan Selangor ke-3.

di JB aku sempat makan Mee Rebus Gear Box bersama azmah,ana dan kak may.

walaupun aku sedikit kecewa kerana tidak banyak dapat membantu skuad KL namun kami semua happy bersama.

Tahun depan? aku rasa aku ingin rehat setahun didalam arena bowling..
nak relaks.hehehe.

wassalam.

Isnin, 19 Julai 2010

cerita ceriti

Errmm lama gak tak menaip ni hehe..

khamis 8/7/10 - aku balik lewat kerana ada doket di Menara Celcom.aku bersama liza rakan sekerja.Sampai opis ada pula doket di Brf.. huhuhu.. so balik lewat.jam 7.30 baru boleh gerak dari opis.sampai kat bawah sempat gak main pingpong layan rakan2 yg lain.lepas tu zafran ajak pi minum bersama abg zul dan amar.
lepas solat kami makan di Brickfield restoran Rubiah Suparman.
Zafran seperti biasa akan menyoal bab-bab yg berkaitan ilmu agama.cerita berkisar bab solat.
Amar dan abg zul join sama. so malam tu cerita semakin menarik..
alhamdulillah.. hidayah mungkin.

Rabu 14/7/10 - aku pi Tar buat kerja2 migration.makan di sekolah berdekatan Exchange TAR.jam 2.30pm aku muntah-muntah.. tapi tak ada tanda2 sakit perut.cuma muntah-muntah sahaja hingga mengganggu sistem jasad.balik ke BRF.. setelah muntah 3x.sampai di BRF aku still muntah2.call wife suruh datang ambil aku di opis.
dalam keta aku still muntah lagi.wife aku bawa aku ke klinik.di beri injection dan dimasukkan cecair(ubat) sebanyak 4ML.lepas injection baru aku rasa sedikit tenaga.
sampai rumah aku terus hanyut didalam tidur.

Khamis 15/7/10 - aku dapat MC kerana situasi jasadku belum pulih sepenuhnya.

Jumaat 16/7/10 - aku ambil urgent leave bagi mendapatkan rehat secukupnya.Tapi malamnya terpaksa menunaikan janiji rakan2 di medan bowling.so aku ke Endah Parade main bowling.jasadku semakin pulih.

Sabtu 17/7/10 - aku semakin pulih.main badminton untuk keluarkan peluh bersama-sama zafran,hafiez,razil,fariz dan isteri masing2.Riadah itu di sarankan Rasulullah SAW.

Ahad 18/7/10 - aku lepak kat umah.isteriku pi the Mines cari kain.Kawan sekerja aku datang utk lihat kereta wiraku. Malam jam 10.30 sedang aku layan FB.. tiba2 dpt call dari SAC.. doket lagi. terpaksalah aku turun malam ni.. dan kini jam 3.16pagi.. aku berada di opis menunggu berita dari FM.. kalau testing kami ok.. maka barulah aku boleh balik rumah. dan jam 7.30 pagi kena kembali kerja huhuhu..

Jumaat, 9 Julai 2010

Kematian 3

2 hari lepas dapat satu sms dari seseorang menyatakan seorang pegawai agama daerah telah meninggal dunia di Hospital Serdang.Innalillah...

pagi tadi sepupu Boss aku pula meninggal dunia.
Terlalu kerap mendengar berita tentang kematian.Dan ia juga mungkin menunjukkan kematian itu terlalu hampir dengan diri kita.
Mungkin esok lusa giliran kita pula mengadap Munkar dan Nakir di alam Barzakh..
Sudah bersedia kah???

atau kita confident yang kita tidak berada didalam alam barzakh?
kalau tidak berada di alam Barzakh, kemana pula kita akan dibawa? sedangkan telah jelas menyatakan manusia itu akan pasti berada di alam barzakh..

Dan di alam barzakh kita hanya bergantung kepada amalan semasa hidup kita...
maka kemanakah hala tuju kita semasa hidup kita?
dan kemana pula perjanjian kita dengan tuhan kita ketika solat sehari semalam?

atau perjanjian kita di alam roh semasa roh mahu ditiupkan kedalam jasad si anak di dalam perut ibu?

atau perjanjian kita keatas penyaksian yang kita buat ketika syahadah?

Janji Allah itu benar.Bangkit selepas mati juga benar!soal dialam kubur juga benar!
Ingatlah!!!

sudah bersediakah kita menghadapi semua ini???
atau kita ambil sambil lewa hanya kerana kita sudah tahu sekelumit rahsia ilmu?

Ingatlah.. sejauh mana pun atau setinggi mana pun ilmu yang kita miliki sesungguhnya ia bukanlah milik mutlak kita..

dan setinggi mana pun kita pelajari ilmu agama sama ada syariat,tarekat,hakikat mahupun makrifat.. janji Allah tetap janji Allah..
Allah tidak pernah berbohong dengan hamba2Nya tetapi hamba2Nya sering berbohong kepada tuhannya.

Dan yang pasti perjalanan di alam barzakh tetap kita lewati atas nama sebuah kematian.Soalan Munkar dan Nakir tetap kita lalui mengikut tahap iman masing2.
Dan selepas 7 langkah yang hidup itu pergi maka bermulalah sebuah perjalanan didalam alam kematian.Sama ada kita di laknati atau dimuliakan Allah.. terserah kepada iman masing2.

Namun apa yang pasti kita selalu berbohong dengan Allah tentang diri kita sendiri.. dan benarlah .. dan sebab itu Allah persoal kita di dalam surah Ar Rahman berkali-kali tentang nikmat dunia yang kita miliki.

Hari ini kita dengar tentang kematian saudara2 kita.. esok lusa, saudara kita pula mendengar tentang kematian kita...

betapa kita sedih berpisah dengan si mati.. begitulah sedihnya orang lain apabila kita pula di usung keliang lahad.

sama2lah kita berdiri atas asma Allah.. berjalan atas sifatullah.. melaksanakan atas afaallillah dan kembali kehadrat Zatullah.

Wassalam.

Rabu, 23 Jun 2010

Kematian 2

Pagi ini aku pergi kerja seperti biasa.Dalam keadaan hujan yang baru reda,aku bersama kudaku terus meluncur laju dijalanraya yang digenangi air.
Sampai simpang traffic light di Pekan Semenyih,kenderaan telah bersusun menuju ke destinasi masing2.Sesak gila..

kudaku dengan gagah berani mencelah di laluan kenderaan terbabit.Dimana-mana sesak.Ingatkan beli rumah dari luar KL boleh selamat dari kesesakan.. namun ia hanyalah sekadar impian disiang hari sahaja.

kudaku akhirnya dapat melepasi laluan sesak sehingga memasuki lebihraya LEKAS menuju ke Saujana Impian Kajang.
Sebelum sampai Prima Saujana kenderaan kembali sesak..
Hai! tak pernah2 sesak disini tiba2 hari ni sesak pula...

kenapa?

Ooo patutlah sesak.. ada kemalangan jalanraya rupanya..

aku lihat satu motorsikal sudah terjatuh ditengah jalanraya bersama seorang penunggangnya yang telah terbujur kaku diselimuti suratkhabar.Terdapat seorang polis traffik yang mengawal kesesakan jalanraya.
Sah! pasti kemalangan maut.kudaku lalu perlahan disebelah mayat yang terbujur kaku.
Innanillah... dah sampai masanya.. hanya Allah yang lebih mengetahui..

Mati!!!

semua makhluk di mukabumi ini pasti akan menjumpai kematian.. namun kematian bagaimana yang perlu kita impikan???

adakah kita akan mati sebegitu sahaja???

atau kita akan hidup di satu alam lain??

nantilah kalau ada masa saya akan huraikan mengikut perjalanan ilmu hakikat.

Insya'allah..

Selasa, 22 Jun 2010

Kematian 1.

Yang Hidup pasti akan mati pada suatu hari nanti...
dan yang mati pula bukanlah mati segala-galanya tetapi akan hidup di satu alam lain yang tidak mungkin sama dengan alam dunia ini.

Salam semua, sudah lama saya tidak menulis.Memang sukar untuk curi masa untuk menulis.. tidak seperti waktu dulu..

Minggu lepas hari khamis jam 12 tengah hari.. pejabatku sibuk dengan Internal Audit mengikut garis-garis ISO.Dan aku juga terlibat menyediakan file-file berkaitan bagi menyempurnakan Auditor membuat checking.
Aku lihat abg Madi sibuk bersila didepan peng audit dari TX Bintang En Zamray.
Aku pula sibuk gak dengan file-file Damansara,Bunker dan Menara Cygal.

Dalam masa sama jam 2.30petang nanti aku akan bekerja ke satu Meeting OSH.Nasib baik dia dibuat didalam bangunan yang sama ni.. kalau dia buat kat Tar ke.. haru gak..

Kepala berpusing ligat menyelesaikan masalah file2 dan mencari idea untuk OSH Meeting.Dalam masa kepala pusing cam gasing mencari idea dan menjawab soalan auditor tiba-tiba handphone Nokia N97 aku berbunyi lagu 60an.

"Hello..."
"Ya..Ya.. kau kat mana?"
"kat opis lah.."
"Ni.. ni.. anak Cik Mala.. Nisa...." suara tersekat-sekat didalam corong hp aku.
"Apani?! Cik Mala mana ni?" aku naik keliru.
"Anak Cik Mala Zul.. Zul..."
"Cuba cakap betul-betul..?" aku cuba control suara aku yang juga cemas seperti pemangil iaitu kakakku yang tinggal di kajang.
"Anak Mala Zul si Nisa accident di Kuala Selangor.. disahkan meninggal dunia.Katanya ikut boss dia.."
"Hah!!! " aku terkejut sesangat.
"kesian Mala.. dia ada kat rumah.. tiada siapa yang nak bawa dia kesana..kau pergilah bantu dia.."
"Innanillah... sat gi yaya pi.. yaya pi sekarang juga.. "

Selepas panggilan telefon tadi.. aku pun mohon kebenaran untuk keluar melaksanakan tugas manusiawi.aku dapat lagi beberapa panggilan yang memberikan maklumat yang bagiku agak berserabut.
Abg Ngah call,Nurul Call,isteriku call... kelam kabut gak aku.
Perasaan aku dah tak seceria pagi tadi.
Sertamerta ingatan lama mengimbau saat2 aku bermesra dengan anaksaudaraku Khairunisa.
Banyak memori manis antara aku dan dia sewaktu dia masa kecil.

aku pun ke kuda yamaha LC135.dan apa lagi.. Kuda ku ini yang memang setia dengan aku terus memecut ke rumah Kak Mala yang sudah lama aku tak kunjungi.
sampai disana Hariana menyambut aku dengan tangisan.Kak Mala dan Kak Chik telah ke Hospital Sabak Bernam.
Barulah aku tahu accident berlaku di Sabak Bernam.
dari kuda aku tukar kenderaan Gen2 untuk ke Hospital Sabak Bernam.
Dari kajang aku ambil Rosli di Subang.

kereta Gen2 sampai ke Hospital dalam jam 3.15 petang.Kak Mala baru sahaja sampai dalam jam 3.05ptg.
Aku lihat mayat seorang lelaki terbujur di atas troli mayat.aku lihat wajahnya.. kasihan.. muda2 sudah menyambut seruan illahi.
tapi mana anak saudaraku?

Nisa sedang berada didalam bilik 'post mortem'.
Biasalah.. itu sudah prosidur hospital.dalam masa tak sampai 10 minit abg uda pun sampai. Aku kedalam. terlihat satu lagi mayat sedang terbaring kaku berselimutkan kain putih.nak buka atau tidak?
apabila dijelaskan dia adalah Nisa maka aku pun bawa troli tersebut keluar.
Kak Mala longlai menuju ke troli tersebut.
Aku yang buka kain yang menutupi wajah arwah Nisa.
Aku dah tak tertahan sebak melihat kak mala merayu-rayu kepada anaknya..

"Adikk.. mak sayang adik.. bangun lah nak!!.."

aku cuba sedaya upaya menahan airmataku dari terburai keluar.. kalau tak pasti seperti air terjun gunung ledang.
sebak didada hanya Allah jua yang tahu..

aku membetulkan kepala arwah nisa yang terpaling.aku tegakkan.Nisa memang mempunyai wajah yang manis dan cantik.Mempunyai mata seperti ibunya.. dan hidung juga seperti kak mala.Mulutnya seperti abg zul.
aku bercakap2 dengan nisa sendirian.Walaupun pada hakikatnya jasad ini sudah tiada apa2.. namun Nisa pasti mendengar suaraku.

"Nisa.. ni pakya ni.. sabar ya nisa.. pakya cuba uruskan nisa sebaik yang mungkin.."

aku dan abg uda masuk kedalam jumpa pegawai berkaitan untuk dapatkan permit membawa pulang jenazah.Abg uda terpaksa pergi ke balai sg besar untuk dapatkan permit sementara aku tinggal di hospital bagi menguruskan jenazah arwah Nisa.
aku sign apa yang patut bagi memudahkan membawa jenazah pulang.

Selesai semua selesai.. kereta jenazah pula lambat sedikit dan uztazah utk mandi mayat juga lambat.
Imam untuk mayat lelaki dah sampai.Aku pun bersama2 imam memandikan mayat lelaki.
Mayat lelaki agak keras sedikit.. tapi tidaklah terlalu keras.diwajah mayat lelaki masih ada kelembutan.

Van jenazah untuk membawa mayat lelaki pulang sudah ada.cuma van jenazah untuk bawa anaksaudaraku pulang masih belum ada.

Menjelang magrib barulah Ustazah sampai untuk melaksanakan kerjanya.Selesai solat maghrib baru Ustazah menyempurnakan kerjanya.Kami bertolak dari Hospital Sabak Bernam dalam jam 8 malam.

Sampai di Kajang dalam jam 11.40malam. sanak saudara mengambil kesempatan mencium wajah arwah khairunisa.Jam 12mlm kami solat jenazah dan membawa jenazah ke tanah persemadian(perkuburan la tuu).

dan akhirnya Arwah Nisa di kebumikan dalam jam hampir satu pagi bersama-sama semangat,cita-cita,impian semasa hidupnya.

Mengapa kemalangan berlaku?

ceritanya begini.. Nisa bersama teman lelakinya mahu menghantar 2 orang rakannya(wanita) mendaftar di Polyteknik.Mereka bertolak jam 3 pagi dari Kajang setelah mengambil barang di rumah kawannya di Nilai.
Seba utama adalah mengantuk.Mengikut cakap sarjan yg bertugas.. kenderaan Naza tersebut tidak menunjukkan kesan brek dijalan raya.Ini bermakna kenderaan tersebut terus menjunam kedalam tali air Sg Nibong.
Arwah dan teman lelakinya dipercayai lemas.Sementara 2 orang lagi temannya dapat diselamatkan oleh orang kampung yang berdekatan disitu.

Isnin, 7 Jun 2010

Kenduri ijabkabul anak saudaraku

Semalam aku berada dikampung bersama keluargaku.Majlis persandingan anaksaudaraku Mohd Hakim bersama pasangannya dari Teluk Intan Perak.Berpakaian warna merah membawa makna keperwiraan.Selamat pengantin baru buat anak saudaraku.

dan tidak lupa kepada pasangan yang baru lepas bernikah iaitu anak saudaraku 'Nana' serta pasangannya Saiful dan juga anak saudaraku Iwan dan pasangannya.

Yang pasti selepas mereka bernikah maka bertambahlah lagi cicit2 mak nanti hehehe.
tak ada pa ayang menarik aku nak kongsikan bersama kali ni ditambah kerja di tempat baru ni memang tak pernah berhenti hehehe.

pada sabtu hari tu, aku sempat menghantar anak saudaraku(anak Arwah Abg Ndak) bertunang dengan gadis pilihannya yang bekerja di RTM.aku pi B.Pasir Batu Pahat.
apa yang bestnya adalah abgku iaitu abg ngah menjadi jurucakap hehehe.

dan yang paling best apabila pihak wanita(uncle) telah membaca doa dari surah alfatehah... dimana kupasan melalui arabic... cukup menyentuh jiwaku.kerana rahsia fateha sudah bersemadi didadaku.

best juga dengar cerita pengalaman abg ngah bertemu anak murid tok kenali di Trengganu.Namun banyak juga soalan2 abg ngah tidak mampu dijawab olehnya.

so setakat inilah.
wassalam.

Ahad, 9 Mei 2010

bercuti ke medan

Pada 30/4/10 hingga 3/5/10 aku terbang ke Medan Indonesia bersama isteri serta anak tersayangku.selain aku satu family,sahabat aku Hafiez juga ikut serta.
Aku dah prepair awal untuk ke Medan dengan penerbangan MAS.
Aku bertolak awal pagi dari rumah ke Putrajaya dan menaiki ERL ke KLIA.
Urusan imegresen tidak banyak masalah.Sampai ke Polonia Airport Medan sudah ada supir dari Hotel Madani Medan mengambil aku satu family serta hafiez.Layanan mereka cukup bagus.

sampai di hotel aku check in dan dapat kamar 633.
lebih kurang berada dalam tak sampai 30minit di Madani Hotel, Nisa adik angkat aku di Medan datang ke Hotel bersama teman baiknya Ramitah untuk berjumpa kami.
Oleh kerana hari jumaat,aku ajakin nisa serta yg lain ke Plaza berdekatan untuk mencari sandal.Setelah sandal dibeli aku bergegas bersama hafiez menuju masjid yg tertua di Medan.Sementara isteriku dan anakku ditemani nisa di Plaza tersebut.

Setelah selesai solat jumaat, aku menziarahi keluarga nisa.Ta'aruf amat bagus bagi hafiez dan nisa hehehe.. semoga apa yg dihajati akan dimakbulkan Allah.. insya'allah.

kami mengenali keluarga nisa.Mereka amat gembira kerana mempunyai saudara dari Malaysia.

seronok berada di Medan.. Indonesia adalah sebuah negara yang amat besar dan mempunyai penduduk yang amat padat.

cuti di Medan memang menyeronokkan kami sekeluarga.

wassalam.

Ahad, 25 April 2010

Ilmu dimalam hari

malam semalam aku kelam kabut sedikit... setelah selesai kerja di TAR aku pun ke rumah kak hawa untuk ambil Afiq.Sempat gak untuk buat siapkan scoresheet untuk Liga Bowling.Aku ingin boleh sumbangkan tenaga malam tu untuk team namun aku terpaksa batalkan niat tersebut kerana ada majlis pernikahan anak saudaraku.Aku cuma ke Endah Parade untuk hantar apa yg patut sahaja.Lepas tu aku terpaksa pulang kerumah untuk mandi,solat maghrib dan bersiap untuk kerumah abg uda.

sampai jek kerumah abg uda, majlis pernikahan baru bermula.Dollah dah sampai dulu.tak lama kemudian Hj Yusof pula sampai.. maka kami pun berborak sakan.
Rosli tak datang pula.. maybe tak tahu malam tu ada majlis pernikahan.

Dolah dan Kak lang tumpang tidur dirumah.Rumahku biasalah.. orang bujang hahahha kerana isteri aku pi shopping bersama teman di Jakarta.
Oleh kerana keletihan maka aku pun lelapkan mata..

esok paginya jam 11 aku ke rumah abg uda.. ada abg nor dan yang lain-lain.Abg ngah lewat sampai.dan aku bergegas pula ke Selection bowling KL.. alhamdulillah terpilih dapat no 2.

petang aku kerumah kak chik untuk ambil afiq namun ditahan kak chik dan d ajak muzakarah dimalam hari.Kebetulan ada abg adam,abg nor dan abg salleh serta kak long.Meriah juga malam tadi.Biasalah.. kalau dah ada pakar bom hahaha. meletup aja.
muzakarah kami lebih titik beratkan bab solat.

banyak yang kami kupaskan dan sempat juga menggamit nostalgia ketika beribadah Haji Tahun lepas.sayang rosli,zizan dan dolah tidak ada.

wassalam.

Rabu, 21 April 2010

kerja malam

Hari ini aku ada kerja malam di Damansara.. seperti biasa park kereta di Brickfields dan ambil kenderaan opis untuk kesana.

sejak aku bekerja di unit ini, banyak yang aku belajar.
10 tahun dulu aku pernah bekerja seperti ini.. tapi mungkin sudah terlalu lama meninggalkannya, membuatkan aku terpaksa bermula dari bawah.

yer.. bermula dari bawah... ini menyedarkan aku bahawa kadangkala manusia itu apabila sudah terlalu tinggi, ia akan lupa akan usulnya.Dan apabila kita kembali kebawah dan lihat kembali asal kesusahan kita.. ia bisa menjadikan kita lebih tabah dan insaf.

minggu ini anak saudara aku akan bernikah.. dan isteri aku akan melancong ke Jakarta.Dan minggu depan pula aku akan ke Medan bersama anak dan isteriku.
Memandangkan tahun lepas aku sekeluarga tidak bercuti maka tahun ini aku akan membawa mereka ke Indonesia.

oklah.. cukuplah sampai disini dulu aku berceloteh.

wassalam.

Selasa, 20 April 2010

kerja itu satu ibadah

Alhamdulillah.. sudah hampir 2 minggu aku di tempat kerja baru.Dapat teman sekerja yang baru.

Didalam unit ini adalah campuran 3 golongan teman sekerja.
satu golongan adalah dari yang penuh pengalaman didada dalam usia menjangkau warga yang menghampiri suasana pencen.ada 2 orang staff yang berusia menjangkau suasana pencen.
dan satu golongan adalah aku dan 2 orang lagi.
dan golongan yang terakhir adalah dari kalangan usia muda.

cukup mengujakan dengan berbagai-bagai idea ketika bekerja.satu team yang bagus.
saling bantu membantu.

aku bersyukur kerana berada didalam pasukan ini.Pasukan dulu.. pun bagus gak.
tapi sayang.. ketika aku melangkah keluar dari unit tersebut.. boss tidak bertanyakan apa2 pun... tapi bukan itu aku mahukan.. kerana setiap kerja yang aku buat.. tidak sesekali aku pinta balasannya.

kerja itu satu ibadah... seperti mana kita berjanji dengan Allah didalam solat setiap hari.

Mengapa aku di tukarkan ke Brickfields? sedangkan aku mohon pertukaran dimana lokasinya adalah Bangi.Allah lebih maha mengetahui.Sedangkan hanya menurut perintahNya.

Hampir 2 minggu aku disini... sudah bekerja di malam hari... sudah tahu serba sedikit tentang laluan atau bearer di PCM ini.
dan lebih mengejutkan... apabila Allah tidak benarkan aku lari dari dunia kesufian.. dunia kerohanian... sedangkan aku cuba menjarakkan diri dari manusia kerohanian.
Namun Allah tidak izinkannya... kerana di sini aku terjumpa seseorang yang baru diperingkat awal perjalanan dan masih didalam pencarian.
Teringat aku kisah silam aku ketika berada didalam kegilaan mencari Allah...
dan itulah juga yang di alami olenNya.

Semoga dia dipertemukan dengan seseorang guru yang boleh membimbingnya kejalan kebenaran... insya'allah.

dan ternyata didalam kesunyian itu masih terdapat hambaNya merindui akan Nya.
Alhamdulillah..

Isnin, 12 April 2010

bermula kerja baru

Alhamdulillah... bermulalah aku bekerja ditempat baru didalam suasana yang baru.Sebenarnya Briekfields bukanlah asing bagiku kerana sebelum ini pernah bekerja di bangunan ini.Cuma aku telah keluar dari unit IT. hampir 10 tahun aku berada di unit IT dan kini sudah sampai masanya aku mencari ruang yang baru disamping rakan-rakan baru.

Transmission juga bukanlah asing bagiku.. kerana 10 tahun dulu aku pernah bekerja di unit ini.Cuma 10 tahun dulu aku bertugas di Rasah Jaya Negeri Sembilan.
Banyak kenangan manis aku ketika berada di unit transmission Negeri sembilan.

Dan kini aku kembali didalam keluarga PCM kembali.
tak sampai seminggu disini aku telah pun punya beban kerja.kelam kelibut juga dibuatnya namun aku rasa seronok kerana adanya abang2 senior yang boleh mengajar aku.

Malam ini sahaja aku telah bekerja.Maybe balik jam 3 atau 4 pagi huhuhu..
tapi alhamdulillah.. rasa seronok.

sorrylah sebab tak sempat nak jenguk blog dan mencatatkan cerita baru.
sat gi nak pi Bangsar dan Damansara.. buat PE.

wassalam.

Khamis, 25 Mac 2010

Hijrah

Pagi itu aku datang awal ke pejabatku di Kelana Jaya.Setelah minum pagi bersama teman-teman di Fariz Maju, aku pun masuk kedalam pejabat seperti rutin hari biasa.
Aku rasa hari ini seperti lain dari biasa.Suasana yang hambar didalam pejabatku.
Aku melihat teman-teman sepejabat mula menumpukan kerja masing-masing berhadapan dengan komputer.Ada yang 'update data' didalam komputer, ada yang sedang melayan pelanggan melalui telepon malah ada yang sedang membaca akhbar secara online.

"Yahya!! ada call dari Zawany...!!" jerit satu suara ditempat lama patition aku.

"oo ok.. sat, aku datang.." aku bangun dari dudukku untuk ke tempat patition lamaku.Sebenarnya line telepon aku diguna pakai oleh temanku Mohd Azam.Aku tidak bawa nombor phone tersebut ke patition baru.Ini bermakna di tempatku tiada phone kerana ada masalah teknikal.

"Assalamualaikum kak wany..?" aku menggapai gagang telepon dan berbicara dengan kak wany.Kak Wany adalah kerani HR yang menguruskan hal pekerja diunit kami.

"Ha.. Yahya, hang ada mohon pertukaran ke?" kak wany menyoal aku.

"benarlah kak wany.. saya ada mohon pertukaran ketempat lain." balasku.

"Tahniah kerana hang akan report duty di tempat baru pada 1st April nanti di Bukit Petaling.." Kak Wany memberikan berita gembira kepadaku.

"Betul ke Kak Wany?, alhamdulillah.."

aku tidak tahu berita ini benar-benar menggembirakan aku atau pun tidak.
Dari satu sudut aku benar-benar gembira kerana akan berhijrah kesatu tempat yang lain.Namun dari satu sudut lain.. aku berasa akan kehilangan teman-teman sepejabatku ini yang telah bersama denganku hampir 10 tahun.

Namun aku harus berhijrah... kerana Rasullullah SAW juga pernah berhijrah dari Mekah ke Madinah.

aku tidak tahu situasi ditempat kerja baru serta karenah teman baru nanti..
Namun itulah satu cabaran bagiku didalam unit baru nanti.

Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya kecuali hamba-hambaNya sendiri yang menzalimi diri sendiri.

Isnin, 8 Mac 2010

Balik kampungku

Akhirnya aku dapat jua meluangkan masa untuk kembali kekampung halamanku di Muar Johor.Aku terus ke rumah kak long kerana mak ada disitu.
sampai di rumah kak long, mak cukup ceria menerima kepulangan anak lelaki bongsunya.. siapa lagi kalau bukan aku hehehe.

Mak buat-buat sehat walaupun pada hakikatnya mak tidak berapa sehat demi menggembirakan anak dan menantunya.tak sampai beberapa minit aku duduk di kerusi.. linda anak saudaraku iaitu anak kak long datang bersama anak dan suaminya untuk ziarah atok(mak aku ler).
dapat gak anak aku punya teman dari anak-anak linda.lebih kurang tak sampai 2 jam, linda minta izin balik ke Melaka.Linda selisih dengan Abg Uda..
Abg Uda jumpa dengan mak.
aku pun dah lama tak jumpa abg uda.. walaupun rumahnya dekat dengan rumah aku di selangor.

apa lagi bila berjumpa,seperti biasalah kami berborak sakan pasal ilmu agama.
lepas tu kak lang pun datang... abg adam juga datang malah Hj Saleh serta Hajah Puziah juga datang.Riuh sakanlah kami semua.
Di wajah mak kelihatan kegembiraan yang amat sangat melihat keletah anak-anaknya.. walaupun sudah dewasa masih lagi bergurau senda.
itulah kami... apabila berjumpa segala sengketa pasti lupa.. yang ada hanya satu hati.Inilah kekuatan sebuah kekeluargaan.
esoknya aku pergi kerumah abang ngah.. lihat anak Helmy.. lelaki dah!!
tapi anak ini bukan calang-calang anak kerana di cuping telinganya jelas tertera kalimah Allah.. Subhanallah!!..
Beruntunglah Helmy.. anak sulungnya perempuan mempunyai otak yang geliga sehingga belajar di sekolah cina pun boleh dapat no 1.
anak keduanya dihantar tahfiz walau usia 6 tahun.

Bila dah jumpa abg ngah.. biasalah.. cerita ilmu pasti menjadi pokok utama kami.bukannya mudah nak berjumpa dengan dia.Lepas tu aku pi jengah rumah pusaka abah yang diduduki oleh kakakku(hjh Puziah dan suaminya Hj salleh).Borak sakanlah kami.
abg ngah pun ikut sama lalu diperjelaskan lagi bab ilmu dalam solat seharian kita.
alhamdulillah. Lepas tu, bila abg.ngah balik... kami pun bermuzakarah dan aku pula memperjelaskan lagi mengenai Al Fateha yang aku dapat di madinah.
Abg Salleh sudah mengalirkan air matanya.

Masa aku memperjelaskan alfateha di rumah kak long semalam.. kak ros juga mengalirkan airmatanya.. Abg Adam biasalah lah.. meletup saja.
tapi itu semua menunjukkan betapa beratnya surah AlFateha untuk kita bawa didalam solat wajib kita.Bukan mudah nak baca.. dan bukan mudah nak menghayatinya..
bila dah tahu dan merasainya.. maka tiada lah hati tertahan sebak.. maka mengalirlah air selaju air gunung yang mencurah.

aku amat gembira apabila aku dapat laksanakan tanggungjawab yang di amanahkan olehNya kepada sahabat dan ahli keluargaku...

Betapa aku bersyukur kehadratMu ya Allah!!!
Alhamdulillah!!!

Khamis, 4 Mac 2010

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA!

Berpaling daripada Allah swt ketika turunnya hukum-hukumNya, bererti matinya agama,binasanya tauhid,musnahnya kerhedoan dan keikhlasan.Sedangkan hati orang mukmin tidak mengetahui, mengapa dan bagaimana hendak melayan dorongan nafsunya.Bahkan ia berkata: "Benar..!!! Semua nafsu itu mesti dilawan, ditentang dan dimusuhi."

Oleh yang demikian,barangsiapa yang ingin memperbaiki dirinya,maka hendaklah dia berlatih untuk memerangi nafsunya,sehingga dirinya bebas dari cengkeman kejahatan dan pengaruh nafsu,kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Apabila kamu menundukkan nafsumu, maka seluruh nafsu itu akan menjadi baik,yakni kebaikkan yang berada didalam kebaikan.Sehingga jadilah ia mengikuti semua ketaatan dan meninggalkan semua kejahatan dan kedurhakaan.Dalam keadaan demikian, maka diucapkan baginya firman Allah yang bermaksud :

"Wahai jiwa yang tenang..!! kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh rhedo dan dirhedoi Nya maka masuklah kamu kedalam golongan hamba Ku dan masuklah ke dalam syurga Ku" (al-Fajr:27-30)

dan hati juga memainkan peranan didalam perjalanan hidup kita.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Sesungguhnya didalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging.Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka rosaklah seluruh jasadnya.Ketahuilah !! Dia adalah hati...!!!"

Jika kita mengharapkan agar Allah SWT sentiasa memandang kepada kita, maka sibukkanlah diri kita ini dengan melakukan ketaatan kepadaNya,bersabar bersama Nya, rhedo dengan segala ketentuan Nya terhadap diri kita dan orang-orang selain kita.

Sebelum kita menasihati orang lain maka kita seharusnya menasihati diri kita terlebih dahulu.Dan jangan lebih-lebih menasihati orang lain sedangkan diri kita masih bersemayam sesuatu yang perlu kita perbaiki.

Celaka lah kita !! apabila lidah kita bertakwa sedangkan hati kita berada didalam kedurhakaan, lidah kita bersyukur sementara hati kita berpaling. Allah berfirman yang bermaksud :

" Wahai anak Adam..!! Kebaikan Ku itu turun kepada Mu dan kejahatanmu itu naik kepada Ku"

Celaka lah kita..!! kerana kita mengaku sebagai hambaNya, sementara ketaatan kita, kita berikan kepada selain Nya. sekiranya kita ini adalah benar-benar hambaNya, maka kita akan kembali kepadaNya dan berpihak kepadaNya, nescaya kita akan bermusuhan keranaNya dan berkasih-kasihan juga keranaNya.

Seorang mukmin yang mempunyai keyakinan,tidak akan taat kepada hawa nafsunya,dirinya dan syaitannya.Dia tidak mengetahui syaitan sehingga di mentaatinya,dia tidak memperdulikan dunia sehingga ia menjadi hina kerananya.Oleh itu ia merendahkan dunia dan mencari penghidupan akhirat.Apabila dia sudah dapat menghasilkan kehidupan akhirat, maka ia akan meninggalkan dunianya, bertemu Tuhannya yang Maka Perkasa lagi Maha Agung.Dia ikhlas beribadah kepadaNya dalam semua waktunya.Dia mendengar firman Allah yang bermaksud :

" Dan tiadalah mereka disuruh, kecuali untuk menyembah Allah dengan ikhlas dalam(menjalankan) perintah agama"
(al bayyinah:5)

Buangkanlah kesyirikan dari dalam jiwa kita,dan esakanlah Allah yang Haq,Dia adalah Maha Pencipta segala sesuatu dan semuanya berada didalam kekuasaanNya.

Bila Nafsu bermaharaja di hati

Nafsu...

Nabi Adam dan Hawa diturunkan kebumi dari Syurga hanya kerana tergoda dengan hasutan syaitan.Dalam hal ini nafsu akan mengambil peranan bagi menyokong godaan syaitan.

Berbalik kisah diatas.. manusia di jadikan bersama hati,akal dan nafsu.
Hati lebih berperanan melalui jiwa yang halus.
Nafsu lebih kepada kehendak yang nyata.
Akal adalah alat pengimbang antara hati dan nafsu.

Selalunya kelemahan manusia adalah tidak dapat mengawal nafsu.
apabila nafsu dan hati bersatu maka amat sukar manusia mengawalnya.
disinilah kita selalu dan sering terperangkap.

Nafsu berbelanja.

Nafsu ini akan mengajak kita berbelanja dengan kemewahan sehingga lupa tanggungjawab kita terhadap anak dan keluarga. kita lebih mementingkan diri kita dan kecantikkan diri kita dalam soal berbelanja.Malah sanggup berhutang hanya untuk berbelanja demi kemewahan dunia.Kadangkala akal mengimbangkan bahawa lunaskan hutang dengan hutang.
Namun setelah kita berhutang untuk menimbus hutang yang lama, kita akan lupa untuk melunaskan hutang yang lama hanya kerana rabun mata melihat wang yang banyak lalu kita lebih utamakan kehendak nafsu dari menimbus hutang yang lama.
Masalah disini, hutang lama tak selesai maka hutang baru pula yang timbul.
Manusia ingin memiliki pakaian yang cantik.lalu apabila melihat orang jual kain berela-ela panjang dengan harga yang mahal.. lalu nafsu akan berkata.. itulah kain yang paling berkualiti.namun kita tidak sedar bahawa kain dipakai untuk menutup aurat kita.Ada kain murah tapi berkualiti namun kita anggap yang mahal itulah yang berkualiti.Kita langsung tidak memikirkan orang yang lebih susah dari kita... hanya kerana mata kita sudah tertipu dengan nafsu keinginan yang tinggi atas alasan mahu kecantikkan.Sedangkan kalau kita beli kain yang murah tetap kita boleh menutup aurat.dan duit yang lebih itu boleh kita sedekahkan pada orang yang memerlukannya.Inilah manusia yang suka pentingkan diri sendiri.
kadangkala dengan duit RM500 kita mampu beli macam-macam dengan harga yang murah.Namun apabila kita beli satu barang dengan harga RM300 maka kita tidak akan mampu pelbagaikan barang kita.Mata nafsu kita akan memandang yang mahal itulah yang terbaik pada kita... Masya'allah..
dan setelah membeli dan balik kepada norma normal kita.. barulah kita sedar dan menyesal namun ia sudah terlambat.Kita terperangkap hanya kerana nafsu ingin membeli yang terlalu tinggi hingga lupa segala nasihat agama dan saranan AlQuran atau ilmu yang Rasullullah SAW berikan kepada kita aitu hidup sederhana.

Tidak malukah kita pada Rasullullah yang tidak punya pakaian yang mahal ditubuhnya sedangkan kita berlumba-lumba untuk memakai pakaian yang mahal ditubuh kita?

'Fa bi ai yi a la hirobbikuma tukazziban?'
Nikmat tuhan mana lagi yang kamu mahu dustakan?

Syaidina Ali sanggup berlapar hanya memberi makanan kepada seekor anjing...
Syaidina Abu Bakar sanggup menghabiskan segala hartanya untuk jalan Allah...
Syaidina Othman juga menghabiskan separuh hartanya untuk jalan Allah...
Syaidina Omar sanggup bergelap hanya kerana apa yang bukan miliknya....

ruang dapur Rasullullah SAW di Madinah hanya kecil sahaja berbanding ruang dapur rumah kita...
Kalau Rasulullah SAW nak menjadi kaya.. memang sudah lama baginda boleh kaya.. tetapi kenapa tidak ia memilih jalan untuk menjadi kaya malah memberitahu kepada umatnya agar hidup sederhana..

kita pula sanggup berhutang hanya mahukan kemewahan berlipat kali ganda.
sejauhmana kah kita memahami perjalanan seorang Islam yang rhedo?
kita hanya mampu rhedo apabila kita kesusahan dan sakit nak mati..
bila kita senang.. bila kita ada wang beribu.. kita lupa segalanya kerana kita lebih suka bersahabat dengan nafsu kita sendiri.Dan akhirnya hati menjadi buta tanpa nur atau cahaya menyuluh jalan.

kita sanggup bergaduh dengan sesiapa sahaja yang memberikan nasihat kepada kita tanpa memikirkan kesalahan yang kita lakukan.
Tiada siapa yang boleh menghalang nafsu diri kecuali diri itu menghalangnya.
kalau nafsu itu pada suami.. isteri tak mampu menghalangnya.. kalau nafsu itu pada isteri.. si suami tidak mampu menghalangnya.Jika cuba menghalang maka akan berlaku pergaduhan dan pertelingkahan antara mereka.

Lihat sahaja betapa ramai remaja yang bernikah awal tetapi bercerai awal.. semuanya kerana pengaruh nafsu.
kita tidak mampu membuang nafsu tetapi kita boleh mengawal nafsu.

Nafsu berniaga.
selalunya apabila kita nampak sesuatu kejayaan orang lain didalam perniagaan maka
kita pun ingin meniaga.Namun kita tidak melalui prosedur yang betul.kita tidak ada ilmu dalam perniagaan.Namun nafsu akan berkata.. kau boleh buat.. kau boleh lakukan tanpa ilmu.lalu kita pun ikut... dan ternyata kita tidak tahu untuk memusing modal.. dan untung kita bukan untuk pusingan modal sebaliknya untuk kita berbelanja barang peribadi.lalu perniagaan pun gagal.kalau kita ikut prosedur.. dan mendapatkan ilmu perniagaan.. insya'allah perniagaan kita akan berjaya.

orang-orang tua pernah berkata ' jangan terburu-buru ikut nafsu nanti diri akan lesu'.

bila hati dan nafsu bersatu maka kita tidak akan mengenal yang satu...
bila hati dan nafsu berpisah maka kita juga turut terpisah...
bila hati dan nafsu tahu peranan masing-masing maka barulah kita rasa lega dan tidak terasing.

Nafsu tidak boleh dibuang tetapi boleh dikawal dengan akal fikiran serta pandangan hati yang tulus hanya kerana Allah.

Ingat!!! jangan kerana nafsu kita sanggup ketepikan soal tanggungjawab malah sanggup berpisah dan berpatah arang... kawallah nafsu kita sebaik yang mungkin.. biarlah kita lebih tulus beribadah kehadrat Allah.

Khamis, 18 Februari 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah...

Betapa bersyukurnya aku kehadrat illahi.. dengan adanya matahari, aku dapat melihat waktu siang dengan jelas.Melihat kehijauan pokok.Melihat suasana kehidupan di mukabumi ini dengan kefahaman dan kejituan.Dan yang terpenting dapat menggunakan sifat pinjaman ini untuk menerokai penghayatan ilmu.

Alhamdulillah... betapa aku bersyukur kepada Mu Ya Allah..!!

Dan dengan adanya bulan, aku dapat melihat keindahan malam.Dimana mukabumi tidaklah sejelas pada waktu siang.Suasana lebih sepi berbanding keriuhan pada siang hari.
dengan samar cahaya bulan aku dapat merasai kesejukan.Betapa aku ini kerdil disisi Mu wahai Allah rabbul Izzati.

Sabtu yang lepas, aku menyambut tarikh kelahiran cucundaku(anak kepada nurul dan saad)..Nurul adalah anak saudaraku. sempat juga ke alamanda untuk membelikan sedikit ole-ole buat Asraf.

sampai dirumah kak chik, aku lihat abg uda,dollah dan beberapa lagi sedang membaca doa selamat.
aku duduk disamping dollah serta wak dan abg mus.
Tiada yang istimewa dalam majlis ini.Cuma dapat melihat keriangan di wajah asraf anak Nurul.

Dollah pun bercerita bagaimana dia telah dapat ilmu fateha dari Kak Chik.
Alhamdulillah...

selesai sahaja majlis.. mereka semua pulang dan tinggal aku bersama kak chik serta anak dan isteriku.
Nurul yang perutnya sedang membulat sibuk membersihkan ruang tamu.
kak chik sempat berbicara ilmu denganku.Menceritakan bagaimana dia membuka ilmu fateha kepada dollah dan rina serta abg uda.

Abg Uda tak sempat bermuzakarah pada waktu lalu bersamaku.
Ketika Kak Chik membuka ilmu fateha kepada Dollah.. Dollah sudah tidak dapat menahan sebak didada lalu menangis.Dan ia diikuti Rina.Alhamdulillah.
aku bersyukur kehadrat Mu.. kerana itu membuktikan mereka akan diterima oleh Mu Wahai Allah Rabbul Izzati.Diterima sebagai hamba yang dikasihi.. insya'allah.
Tapi pengesahan itu hanya boleh dibuat didalam solat sahaja.

Tiada manusia yang boleh mengesahkan kita ini hamba Allah kecuali Allah sendiri mengesahkannya.Sebab itu betapa pentingnya solat pada jiwa umat Muhammad.

Selain itu kak chik bercerita lagi.. dia juga ada buka sedikit bab ilmu fatehah kepada Abg Uda. Sedikit sebanyak Abg Uda faham betapa pentingnya Fatehah.

Ar Rahman Nir Rahim...

Sesungguhnya KAU lah yang Maha pengasih dan Maha Mengasihani hamba-hambaMu Ya Allah.
Kau lah yang mengasihi aku dan yang lain.Tanpa Kau.. aku tiada punya apa-apa daya Ya Allah.
Sesungguhnya aku ini La Haulawala Quwataillah Billah...

Wassalam.

Khamis, 11 Februari 2010

Nasihat Sahabat

Alhamdulillah.. sepanjang aku kembali dari tanah haram.. hanya sekali aku sempat bermuzakarah... itu pun bab Fatehah yang aku dapat semasa di Madinah.Alhamdulillah.
Aku tidak mahu mengulas bab ini... cuma.. aku lihat sahabat2 aku sering leka dengan dunia mereka.Memang ada antara mereka yang menghayati ilmu namun kebanyakkannya ilmu itu yang menghayati mereka hehehe..

Mereka tidak faham apa itu buat baik.. dan buat jahat... atau buat benar.
Ramai manusia suka buat baik daripada buat benar.
Baik tidak semestinya benar!..
tapi kalau benar sememangnya benar!

Lie.. dia suka buat baik... tapi takut nak buat benar...
Dol.. setakat ni dia jalan dengan perjalanan ilmu.. walaupun kami jarang berhubung.
ZZ... teramat jauh sekali... kosong.. tak ada keyakinan diri.

aku sebenarnya dah malas nak bermuzakarah lagi... dan malas nak berkongsi ilmu.. kalau berkongsi pun hanya dengan orang yang benar2 menginginkan kebenaran sahaja.
yer.. inilah kebenarannya..
tidak boleh lagi sewenang-wenangnya menabur intan berlian seperti tabur jagung kepada ayam2.tidak lagi!..


kalau dulu seharusnya... tapi kini itu semua tidak boleh dipraktikkan.
terpulang kepada iman masing-masing.kerana aku juga masih didalam perjalanan.
aku harus dan wajib membetulkan diri aku sendiri dari membetulkan orang lain.

Isnin, 8 Februari 2010

Sakit tapi nikmat

Kadangkala apabila kita selalu berada didalam kenikmatan.. kita akan lupa mengenai kesakitan.itulah antara kehidupan manusia.Menyelusuri ilmu makrifat tidak bisa menjadikan kita kebal mahu pun berada di zon selesa sebagai manusia.Kerana selagi bernama manusia.. maka kehidupan itu perlu ada sakit,duka,gembira,riang dan sebagainya.

Aku juga tidak boleh lari dari menghadapi segala ujian itu.. kerana dengan ujian itulah yang akan mematangkan diri kita sebagai makhluk tuhan di muka bumi ini.

Khamis baru-baru ini... jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.di luar bangunan kelihatan titisan hujan yang masih turun.sudah setengah jam aku berada di pejabat menanti hujan berhenti namun tidak berhenti juga lalu aku meneruskan perjalanan pulang kerumah.Di 'box' motor aku ada baju hujan. Aku turun dari tingkat 2 lalu menuju ke parking motor.Hujan masih lagi turun walau tidak selebat tadi.
selipar yang aku pakai, tapaknya telah haus..(dah tak ada break..).
Sebelum ini, hati ku sudah berkata untuk menggantikan dengan selipar yang baru namun diri sahaja yang mengengkarinya.Aku berjalan anak melalui titisan hujan menuju ke parking motor.

Untuk sampai ketempat parking motor, aku harus melalui parking kereta bos-bos.terdapat 2 longkang merentasi dan menghalangi perjalanan aku ketempat parking motor.Longkag pertama aku lepasi dengan selesa.Ada sebuah kereta melalui ditempat perjalananku.Menghampiri parking motor terdapat satu lagi longkang kecil.Aku memijaki tebing longkang tersebut namun aku terlupa bahawa selipar aku sudah tiada bunga(licin) lalu aku pun terjatuh dalam longkang tersebut hehehe..
satu kakiku masuk kedalam longkang dan satu lagi menghentam tebing longkang.Terdapat sedikit luka dikaki kiriku dan kakikanan ku terselih sedikit.Darah kelihatan bersama sedikit isi kulit dikaki kiriku. Namun aku gagahi jua untuk berjalan dan mencapai motorku.
aku call wife aku di rumah agar sediakan minyak gamat.Aku memakai baju hujan dan teruskan menuju distinasi iaitu rumahku.Sakit???
sakit itu juga satu nikmat... sakit itu akan menyedarkan kita ini bahawa kita ini tidak ada daya upaya.

sampai di rumah aku disambut oleh isteriku dengan cemas. Ah! luka sikit je.. sambil menunjukkan kaki kiriku yang berdarah.Maka bertambah cemaslah wajah isteriku yang tercinta.Dia mengesyorkan aku agar ke klinik berhampiran.Dan secara kebetulan anakku demam dah hampir 4 hari tak pulih. lalu kami pun bersetuju ke klinik kajang.
sebelum itu aku bersihkan lukan aku dengan ubat dettol yang ada di Medical Kits simpanan kami. Aku cuci luka dan meletakkan ubat sendiri.Isteriku membantu.
Sampai di klinik aku tak jumpa doktorlah.. sebab luka ringan jek.. anakku di ambil darah.takut2 denggi.Alhamdulillah bukan denggi.

so far alhamdulillah.. kini aku hampir pulih walaupun jumaat aku terpaksa urgent leave sbb kaki terseliuh.Demam gak aku.. demam urat.. biasalah bila umur nak mencapai 40 ni.. mudah sakit.urat bukan macam urat orang muda dah!!.

dan anak ku juga sudah hampir pulih dari demam.dan aku kini sedang berada di opis hari ini.

dan hari ini.. pagi2 aku dapat call dari Pak Rashid.. tetamu Allah tahun lepas bersamaku.Betapa gembiranya aku kerana dapat call dari dia.Bermakna sampai juga detikkan hatiku padanya disana..Alhamdulillah.
dan pagi ini juga aku dapat berita tentang kematian seorang sahabat kami.. Bro Zaini.. aku pergi menziarahi keluarganya.Kebetulan jenazah Bro Zaini sedang dibawa ke tanah perkuburan dekat balakong.sampai ditanah perkuburan, jenazahnya telah dikebumikan.kami sempat mendengar bacaan talkin.

balik dari tanah perkuburan, aku dapat call dari Abg Din.. dia ada kerja di Kelana Jaya, maka kami bertemu di kantin.Bersama dia adalah boss aku.. AGM. huhuhu.
Maybe AGM aku terkejut kerana aku dikenali oleh Abg Din.Dunia memang kecil sekali.

so.. dalam aku terluka akibat jatuh.. masih ada orang2 berilmu menghubungi aku.. itulah kebesaran Allah.
Subhanallah.

Selasa, 2 Februari 2010

Menziarahi adikku di rawang

Minggu lepas aku ada pergi menziarahi adikku yang kurang sihat.Aku bertolak agak lewat.Hujan agak lebat didalam perjalanan kami. Biasalah rumah adikku agak jauh dari rumahku memakan masa hampir 2 jam perjalanan ditambah hujan yang lebat.
Sampai dirumahnya, Dollah membawakan payung untuk aku sekeluarga.
Mak, kak long serta abg salleh dan kak puzi dah sampai awal kerumah adikku.

Bila berjumpa maka terimbaulah saat-saat manis kami di Mekah di hujung tahun lepas.
Abg Salleh dah cukur janggutnya... sedangkan still simpan hehehe.
aku seperti biasa, sejak balik dari Mekah akan memakan baju luar(blazzer) dan topi taliban.Dan seronok pula memakainya.

Mak sedang solat Isyak ketika itu.maka aku pun berborak sakanlah dengan dollah dan tetamunya yang lain.Adikku agak ceria melayan tetamu walaupun nampak sedikit tidak sihat diwajahnya.Namun aku yakin dia akan sembuh juga.

Kebetulan aku berada di samping Dollah maka sempat juga Dollah menceritakan sedikit pengalaman ilmu yang dia lalui.Mungkin dia nak meminta sedikit panduan dariku mengenai perbezaan suara yang hakiki dan suara nafsu.
Maka aku pun terangkan apa yang aku tahulah..
alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana Abdullah kini menghampiri satu tahap yang bagus didalam perjalanan ini.Semoga dia dapat membezakan ilham dan yang bathil.

February

pejam celik pejam celik kita sudah berada di bulan februari 2010.Begitulah cepatnya hari berlalu dan pintu kubur juga semakin terbuka buat kita kerana umur tidak bisa semakin muda tetapi semakin menuju kemamahan usia.Yang dulu kulitnya tegang kini mula mengendur.Bagaimana Manusia itu boleh berdabik dada sedangkan usia sendiri tidak mampu dikawal.Entah esok lusa kita sudah berada di alam lagi satu.
Dan bekalan apakah yang harus kita bawa kehadratNya.

Adakah hidup ini sekadar omongan sahaja??
kalau hidup ini adalah alat sahaja.. mengapa perlu ada hukum didalam kitab-kitab?
Makanya hidup ini adalah untuk kita perbuat segala kebaikan.Dan segala kebaikan itu adalah bekalan terbaik buat kita di akhirat nanti.

Aku merasa sunyi dimalam ini.. siang tadi aku tidak pergi kerja (ambil urgent leave dan cuti ganti).Bila dah tak pergi kerja.. ingatkan bolehlah istirehat.. namun tidak juga.. kerana kepalaku asyik pusing macam gasing.

Ditambah isteriku juga tidak berapa sihat.. maka aku dan isteriku banyak menghabiskan masa dengan tidur sedangkan anakku berjaga dan menonton rancangan kesukaannya di TV Astro (Carton Network).

Malam semalam aku dapat sms dari Boss(sahabat juga).
dia mohon bantuan buat bacaan Yassin jarak jauh untuk gurunya yang sedang sakit.
So.. jam 10 malam semalam aku pun buatlah Yassin 7 Mubin caraku untuk membantu gurunya.Terasa jugalah bila baca Yassin tu.. tapi yang penting keikhlasan didalam bacaan itu.
Insya'allah gurunya akan pulih dengan izin Allah.

Sejak sudah ada Nokia N97.. aku dengar lagu guna FM transmitter.. dan terus dipancarkan kedalam Home Teater ku dirumah.biasalah lagu-lagu 60an menjadi pilihanku hahaha.

Aku hadiahkan isteriku HP Sony Ericson W995 kerana meraikan kejayaannya didalam pelajarannya.Wah!! isteriku sudah punya Ijazah Multimedia..Alhamdulillah!!.
Semoga isteriku yang tersayang akan cepat diberi rezeki oleh Allah diatas kejayaannya.

Aku masih merindui Mekah dan Madinah.. teringat ketika aku bersolat di Masjid Nabawi.. aku bersama abang iparku Hj Salleh.Dan pagi itu memang cukup bermakna buatku kerana aku bersolat seolah-olah berada didalam jambangan bunga.. kerana bau yang cukup wangi.. sehingga di sujudku bagaikan minyak wangi tertumpah.Air Mataku memang murah kalau berada di Madinah dan Mekah.Aku sendiri tidak tahu mengapa ya terjadi.ah!! lupakan saja peristiwa itu yang telah menjadi mimpi indah buatku kerana aku telah bersama dengannya serta sahabat-sahabatnya.Alhamdulillah!!

Surah AlBaqarah berkumandang didalam speaker di rumahku.Malam yang sepi tapi indah dengan bacaan-bacaan surah.

wassalam.

Rabu, 27 Januari 2010

Sepi di Malam hari

Malam ini aku sempat berdiskusi dengan anaksaudaraku Ekin melalui yahoo messenger serta webcam dan voice call pc to pc.Macam video conference lah hehehe.
Mungkin jika ekin baca catatan baru ini akan tertawa dan bangga kerana mempunyai bapa saudara seperti aku ni(bila lagi nak naik belon dalam bakul hehe).
tapi bukan ini yang ingin aku berkongsi.

Ekin.. anak kakakku Hajah Siti Balqis.Aku saja panggil Ekin walau dia seorang lelaki normal.. (jangan marah Eeeh..). Namanya Muhd Yakin. tapi lebih mesra dengan panggilan Ekin.

sebenarnya aku tak pernah menyangka bahawa ada anak saudaraku akan mengikut jejak2 bapa2 saudara yg mengaji ilmu hakikat/makrifat ini atau Sirullah.
bila melihatnya.. aku teringat saat aku bersama sahabat2ku sewaktu dulu sama2 mencari ilmu.cuma usia sahaja yg membezakan antara aku dan ekin.
aku di ijazahkan ilmu ketika usia 21 sementara ekin 23.
Rosli dan Abdullah antara yg paling muda kerana ketika itu mereka berusia 20tahun.

Apa yang menarik adalah hidayah yang diberi Allah kepada Ekin anak saudaraku..
Ekin melalui satu pengalaman bagaimana roh ditarik keluar dari jasad(proses kematian).
dan pengalaman ini telah membuka hati anak saudaraku untuk mencari jalan kerhedoaan.
Alhamdulillah.

Malam ini.. kami sempat bercerita ilmu.. sekadar memantapkan pemahaman sahaja.
Aku bersyukur kerana dia adalah anak saudara lelaki yang pertama mengikuti jejak bapa-bapa saudaranya.

begitulah cara Allah menyedarkan hamba2nya.Tidak kira baik atau buruk.. jika Allah mengkehendakiNya.. mudah bagiNya.
dan perlu di ingat.. betapa Allah mudah menjadikan seseorang itu cenderung dalam ilmu agama.. malah Allah juga boleh memalingkan wajah kita dariNya.. inilah yang menjadi satu dilema bagi manusia.. kerana tidak ramai manusia yang boleh tahan ujian dari Allah.

Betapa ramai para Nabi juga tidak tahan ujian dari Allah kecuali Nabi Muhammad.
Nabi Musa sendiri di kejar musuhnya hingga membelah lautan bersama mukjizat dari tongkatnya.Dan akhirnya kaum Nabi Musa ditenggelami air.
Nabi Noh juga diuji dengan kaumnya sehingga kaumnya ditenggelami bah.
Nabi Luth tidak tahan melihat kaumnya berhubung sesama jenis lalu mohon doa turun bala kepada kaumNya.

Namun tidak pada Nabi Muhammad yg terlalu kasih kepada umat-umatnya.

Buat anak saudaraku Ekin... ingatlah... pengajian ilmu tidak akan habis walau kita ke liang lahad sekalipun.selagi kita mendalami ilmu Allah dan kita akan ketemui kebodohan diri kita serta kemunafikan diri kita disisi Allah.Kita tidak akan ketemu nikmat yang disangkakan.. kerana teori bagi yang ingin berada disisi Allah itu.. kita harus matikan keegoaan.. keAkuan.. dan keegoan itu adalah kemunafikan diri kita.

dan ingatlah.. kita belajar ilmu ini adalah untuk mengenal dan kembali kepada Zat yang maha agung.bukan untuk kita berdabik dada dan bangga atau bukan untuk naik ke langit.. bukan itu.. tetapi adalah kerana satu perkataan.. RHEDO.
RHEDO kepada ALAH.

Selasa, 19 Januari 2010

Buku makrifat Sunan Kalijaga

Alhamdulillah, aku telah baca serba sedikit buku tulisan Achmad Chodjim seorang penulis dari Indonesia.Buku ini mengupas perjalanan sufi Sunan Kalijaga.
Didalam buku ini banyak doa yang di buat sendiri oleh Sunan didalam bahasa Jawa.
Antara doa atau mantra yang popular di masyarakat jawa adalah doa yang di reka khas oleh Sunan Kalijaga yang di panggil Doa Rumeksa ing Wengi.

Sunan Kalijaga antara Sunan atau wali songo yang terkenal di Indonesia serta masyarakat jawa amnya.Dengan kebijaksaan Sunan Kalijaga atau namanya iaitu Raden Syahid, Masyarakat jawa yang dulunya beragama Hindu ramai yang telah menukar agama kepada Islam yang di bawa oleh pedagang dari Tanah Arab.
Guru Sunan Kalijaga adalah sunan Bonang(antara sunan-sunan di daerah Indonesia).

Dalam buku ini, penulis cuba mengupas segala bentuk ajaran yang diketengahkan Sunan kepada masyarakat jawa.Namun masih terdapat beberapa kekeliruan antaranya pahaman 'Manunggaling kawula gusti' yang dibawa Syeikh Siti Jenar dan di perbaik oleh Sunan Kalijaga dalam bentuk yang berbeda.

bagiku, hamba tetap hamba.. tidak mungkin mencapai tahap zat.Hamba itu hanya sekadar mencapai tahap sifat sementara atau sifat pinjaman.
Yang aku hormati pengajian Sunan Kalijaga ini adalah bagaimana untuk mencapai zuhud serta doa yang di ketengahkan oleh sunan adalah doa didalam bahasa jawa yang tidak terdapat didalam mana-mana surah di AlQuran.Namun doa ini antara doa atau mantra yang begitu ajaib dan digunakan didalam masyarakat jawa hingga hari ini.

itulah kebijaksanaan Sunan Kalijaga didalam mewancanakan idealisme ilmu tauhid atau makrifat dalam pendekatan yang berbeda dari yang lain.
Unsur-unsur yang dahulunya di anggap syirik telah diubah suai oleh Sunan kalijaga agar tidak ada unsur-unsur syirik dengan membudayakan kalimat-kalimat pujian kehadrat Allah.

Jika seseorang yang tidak faham ilmu.. atau dangkal mengenai ilmu makrifat.. maka tidak digalakkan membaca buku ini.Kerana kemungkinan sesat didalam pemahaman ilmu apabila membaca buku ini.hanya orang yang sudah faham ilmu agama tahap tinggi sahaja yang diperbolehkan baca buku ini.

Syariat,tarekat,hakikat dan makrifat itu saling bantu membantu. di dalam ke empat-empat ini ada Sirr yang tersembunyi.
Sukar untuk diperjelaskan di dalam blog ini.

Namun perjalanan ilmu sufi ini jika tidak berhati-hati akan menjerumuskan kita kepada fahaman yang lebih menyesakkan jiwa.Rasullullah meninggalkan kita 2 perkara iaitu AlQuran dan AlHadis.Segala perbalahan didalam perjalanan kesufian ini perlulah dirujuk kepada AlQuran dan AlHadis.

Wassalam.

Isnin, 18 Januari 2010

Mengindar Sihir melalui kaedah Yassin

salam buat semua.
Surah Yassin adalah satu surah yang banyak faedahnya bagi umat Islam.Aku ingin berkongsi bagaimana kita boleh gunakan surah ini sebagai pendinding diri.
Caranya aku ambil dari seorang teman dan aku ubah sedikit serta berikan tambahan resepi untuk memberikan perlindungan diri kita.

Namun harus diingat.. bukan surah Yassin ini yang mempunyai kuasa magic... kerana yang menyembuhkan atau memberikan perlindungan kepada kita hanya Allah jua.
Surah Yassin adalah satu bacaan atau doa kita kehadrat Allah jua.
Yang meluluskan doa kita itu hanya Allah jua.

Begini caranya :


Sebelum itu sebaiknya lakukan solat hajat walaupun sekali...

1) Rakaat Pertama baca Surah Al-ikhlas 11x
2) Rakaat kedua baca Surah Al-Kafirun 11x.

Niat didalam hati sebelum melakukan takbiratul ihram...

Bacaan pada sujud seperti biasa tiada tasbih yunus sebagaimana biasa...kerana itu kaifiat solat hajat Nabi Yunus...tak usah campur aduk...

Sesudah salam : istigfar 100x...bismillah 100x...dan surah al-Mulk ayat 14 sebanyak 33x...

Selepas itu terus baca niat kita tadi...pastikan sama...dengan niat diawal...sebelum solat....

Kemudian baca lah Yasin 7 mubin...dengan dibacakan niatnya sebelum memulakan Yasin ...dan sesudah habis...dibacakan niat yang sama...Perlu diingat...ianya hendaklah sama niatnya dengan niat semasa solat hajat...

Tidak dibenarkan berkata2...

Terus tidur....

Petunjuk akan datang didalam mimpi..berapa lama perlu dilakukan...

Semasa melakukan perkara2 diatas..sebaiknya sediakan air mineral dalam botol besar...sesudah dibaca...minum...sebagai ikhtiar penyembuhan dan perlindungan...Yg Penyihir dan pengupah tu lantakle depa...Air tu boleh juga di campur limau nipis sebiji....dan buat mandian setiap hari...selama yg boleh...( Sebiji sehari untuk setiap mangsa )


Mengikut pengalaman teman saya..biasanya satu kali Solat Hajat dan 21x Yasin 7 Mubin.....Case Settle.....Pesan Guru....dalam 40 hari....selepas the last 21 Yasin...atau mengikut petunjuk didalam mimpi...atau gambaran semasa membaca Yasin 7 Mubin..


cara baca Yassin banyak kaedah.

1) kaedah bacaan 7 mubin cara berulang(di ambil dari cara Uztaz Haron Din).
2) kaedah bacaan Yassin 7 mubin melalui nafas ( dari ilham)- 7 doa disetiap yassin.
3) kaedah Yassin 7 mubin dengan doa di awal dan akhir sahaja.(dari sahabat)

namun semuanya sama aja khafiatnya.

1) kaedah ini dari Uztaz Haron Din.
Dimana bacaan Yassin dibaca sehingga ke Mubin pertama dan diulang baca dari awal hingga ke mubin kedua.begitulah seterusnya dan apabila sampai yang ke 7 akan dibaca sehingga habis.Doa di setiap 7 mubin.

2) Kaedah ini dari ilham.
Dimana Yassin dibaca dan berhenti di setiap mubin untuk ditarik nafas dalam2(tongkat lidah kelelangit).. hentikan nafas dan niat permintaan. setiap permintaan pastikan sama dan tidak berubah dari mubin pertama hinga ke tujuh.
sampai ke perkataan 'kun fa yakun' tarik nafas lagi dan baca niat yang sama.
lepas tu baca sampai habis.

3) Kaedah ini dari teman.
Dimana Yassin dibaca mengikut kaedah Uztaz Haron Din namun niat hanya di baca di awal Yassin dan diakhir Yassin.


selepas selesai semuanya.. baca surah AlFatehah 7x dan Ayatul Qursi 1x dan tiupkan kedalam air(jug).Masa baca fatehah di ayat 'iyya kanaqbudu wa iyya kanastain' tarik nafas dan niat seperti di yassin 7 mubin. tiup di air.

Air Yassin ini boleh dibuat minum..

Niat yang aku syorkan ialah 'Wahai Zat Yang Wujud lagi Maujud..Matikanlah mereka yang menganiaya diri ku dan keluarga...'

Maksud mati disini bukanlah mati zahir...maksudnya habis sudah ikhtiar...yang lain...mohon ALLAH aje yang matikan segala bentuk penganiayaan...No more...Apa yang ALLAH "kurniakan" kepada mereka..itu hak mutlak ALLAH...sesuai dengan apa yang dikata...semuanya dalam ILMUNYA...


Insya'allah..
Yassin ini boleh dibuat amalan hari2..

sekian wassalam.

Muzakarah pertama 2010

Syukur kehadrat Allah kerana pada bulan ini dan tahun 2010 ini, kami dapat berkumpul didalam muzakarah pertama.Kakchik,rosli,isteriku serta zizan ada bersama untuk berkongsi ilmu.

muzakarah masih lagi menghalusi bab solat serta hakikat solat itu sendiri.
sebelum muzakarah dimulakan, aku dan kakchik berkongsi ilmu dan pengalaman kami semasa menjadi tetamu Allah. Dolah tidak ikut serta kerana balik kampung dan sahabat yang ada lambat untuk beritahu tentang muzakarah ini.Mungkin tak ada bahagiannya..
wallah hu alam.

setelah berkongsi ilmu.. maka muzakarah pun dimulakan dengan beberapa soalan mengenai solat dikemukakan.

contoh soalan :

1. Mengapa di Mekah, Imam tidak melafazkan kalimah bismillah ketika memulakan bacaan surah?

2. bagaimana komunikasi antara Allah dan Hamba berlaku didalam solat?

3. ketika manakah Allah mengesahkan diri kita adalah hamba dan pesuruhnya ketika dalam solat?

4. Apakah perjanjian2 yang ada didalam solat?

5. Mengapa begitu penting takbir di awal solat dan ia adalah wajib sedangkan takbir selain itu adalah sunat?

itulah antara soalan-soalan yang harus dikupas oleh kami ketika muzakarah.

alhamdulillah muzakarah pertama ini berjalan lancar.. syukur kehadrat Allah.
apabila rahsia hubungan zat dan hamba dibukakan didalam surah Alfatehah.. maka sudah tentu ada yang menangis tersesak-esak.. dan ketika itu barulah kita tahu betapa jahilnya kita disisi Allah.

cuma Rosli dan zizan tak dapat melepaskan rasa dinurani mereka.. liat sungguh.. banyak dosa agaknya.. wallah hu alam.
perempuan mudah batinnya tersentuh kerana asalnya memang dari alam batin yg suci.

kalau sekadar meniti didalam diri,ia belum cukup mengesahkan kita ini hamba yang sebenar-benarnya hamba di sisi Allah.

manusia tidak kenal erti puas... satu persatu cuba di kajinya.. sedangkan semua ilmu itu ada didalam diri.

wallah hu alam.

Rabu, 13 Januari 2010

Nikmat mana lagi yg harus kita dustakan

Aku amat bersyukur kehadrat Allah... tahun lepas adalah tahun yang paling bermakna dalam hidupku..
Dalam tahun itu aku di ambil sebagai tetamu Allah.. dan dalam masa yang sama isteriku pula telah di anugerahkan segulung Ijazah.Aku tak sempat nak merai kan kejayaan isteriku itu kerana pada masa tu aku sudah berada di kota Mekah almukaramah.
Tahniah buat isteriku yang tercinta.. semoga dengan kejayaan itu akan mendekatkan lagi hubungan kita dengan Allah.Nikmat mana lagi yang hendak kita dustakan???

Dan juga.. semoga kejayaan itu akan menjadi pemangkin buat anak kita Muhammad Taufiq.
Insya'allah.

Ermm.. Nikmat mana lagi kah yang harus kita dustakan?

satu soalan yang berbentuk sindiran dari Allah terhadap hamba-hambanya..
kerana manusia sering lupa akan kenikmatan yang diberi Allah.. dan dalam masa yang sama merayu kepada Allah akan nikmat2 yang lain.

wassalam.

Sudut Ilmu

Sepanjang aku berjalan didalam dunia kesufian ini.. sepanjang aku melayari bahtera di lautan ilmu Allah ini, banyak yang telah aku pelajari.
Ilmu Allah itu sama sahaja dari segi definasi atau pun dari segi syariat,tareqat,hakikat dan makrifat.semuanya beridentitikan 'siratulmustaqim'.
jalan yang lurus menuju kehadrat Allah Rabbul Jalil.
Namun ia akan menjadi perbezaan ketika seseorang hamba itu menghayati mengikut keselesaan masing-masing.Contohnya yang terbaik adalah kita melihat 3 orang meminum air kopi yang sama serta bancuhan yang sama namun cara minum ketiga-tiga orang itu pasti berbeza.Cara itu adalah menunjukkan seseorang itu berjalan didalam ilmu.dan ketika mereka bertiga meminum air yang sama.. nikmatnya juga berbeza.Ada yang kata enak lagi lazat, ada yang kelat wajahnya, ada yang puas dengan minuman tersebut.Rasa kopi itu adalah nikmat ilmu dimana ketiga-tiga orang tadi mengalami nikmat yang berbeza.Namun jawapan yang terakhir kita nak dengar dari 3 orang itu adalah gembira.
Kegembiraan itu adalah matlamatnya.

dari contoh tersebut jelas bahawa setiap hamba Allah itu, walau belajar di tempat yang sama, memahami ilmu dari guru yang sama, namun nikmatnya berbeza-beza mengikut pemahaman dan kekuatan penghayatan masing-masing.


Didalam perjalanan menuju illahi bukan nikmat,bukan kepuasan mahupun kebanggaan yang harus kita miliki tetapi apa yang ada pada diri manusia itu adalah amanah dari Allah.
Amanah inilah yang harus kita laksanakan sehingga kita pulang kerahmatullah.

Nikmat,kepuasan dan kebanggaan adalah milik Allah jua.Milik hamba adalah amanah yang harus dilaksanakan dengan ikhlas,jujur serta rhedo.
Tidakkan didalam surah Al fatehah itu telah menjelaskan di ayat terakhir bahawa kita mohon pada Allah jangan menyesatkan kita dan kita mahu Allah sentiasa merhedoi kita.Nah! sudah jelas maksudnya disitu.

Malah didalam kalimah syahadah sendiri telah menyatakan perjanjian kita sebagai hamba Allah.dimana kalimah tauhid itu menyatakan bahawa kita mengakui bahawa Allah itu esa..tunggal dan tiada yang lain berkuasa melainkan Allah jua..
(aku mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah).
maksudnya tiada tuhan selain Allah ini menunjukkan Allah mempunyai kekuasaan mutlak dan tiada makhluk atau tuhan lain yang mempunyai kenyataan kekuasaan mutlak itu.

dan dalam kalimah Rasul itu kita menyatakan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ini menunjukkan Allah mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhNya.. orang yang menjalankan amanah Allah dan sebagai wakil bagi memahamkan hamba-hambanya yang lain.
dan amanah itu bukan hanya pada Muhammad sahaja malah pada umat Muhammad keseluruhannya.Nah.. ia terlalu jelas sebenarnya.

Didalam pengajian ilmu mengenal diri.. jalan asas adalah mengenal sifat 20.. dan rahsia sifat 20 ini terangkum didalm solat kita sehari semalam.
apabila kita memahaminya maka kita akan merasai kebesaran zat Allah itu sendiri.
Maka bergetarlah jiwa dan raga tiap kali kita bersolat.

'kemana sahaja kau pandang akan kau lihat wajahku dahulu'

Mempelajari ilmu hakikat ini seumpama berjalan dititian yang halus.
Kelemahan orang yang mempelajari ilmu ini ialah keasyikan yang melampau sehingga melupakan batas dan hukum.
ramai yang tersilap sehingga mengaku diri ini adalah Muhammad malah yang lagi bahaya apabila mengaku diri ini Allah... Na'uzubillah.

sedangkan Rasullullah SAW sendiri menyatakan dirinya juga hamba disisi Allah, bah kan kita ini?

Ilmu hakikat, makrifat ini terlalu halus sebenarnya.Hanya orang-orang yang tertentu sahaja memahami kesenian ilmu ini.

sekadar ingin berkongsi sahaja.

wassalam.

Rumusan Haji

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah yang telah menciptakan langit dan bumi untuk hamba-hambanya menghayati setiap kebesaran zatNya.

Haji adalah rukun Islam yang terakhir dan ia juga mengesahkan kita ini benar-benar beriman kehadrat Allah.Haji adalah satu ibadah yang lebih kepada kerja perbuatan atau praktikal berbanding zikirullah mahupun solat.
Makanya Haji itu sendiri memerlukan kekuatan kudrat dan iradat manusia itu sendiri.
Sebaik-baiknya kalau nak pergi Haji biarlah usia muda kerana aku yang usia menjangkau 40tahun pun dah rasa tak larat melalui pengalaman manis itu terutama di Arafah,Mudzalifah dan Mina.
3 tempat ini memang memerlukan tahap kesihatan yang luar biasa.Sabar dan rhedo serta ikhlas adalah kunci kekuatan kerohanian kita di 3 tempat ini.

lebih mudah berkata-kata dari melakukan perbuatan Haji.
Sebelum pergi Haji kita memerlukan kefahaman tentang haji secara total dan bukan separa jalan.Ilmu benar-benar kena cukup kerana ujian yang getir adalah apabila kita bertemu jemaah lain yang berbagai-bagai idealogi masing-masing serta ilmu pengajian masing-masing.Maksudnya ramai uztaz didalam satu khemah maka berbagai-bagai definasi ilmu mengikut pengajian masing-masing.Di sini sahaja Allah nak uji sejauh mana kamu faham dan yakin pada diri mu dan ia tidak melanggar syariat yang dibawa oleh Rasullullah SAW.

Rumusannya.. Haji Ifrad tetap yang terbaik kerana ia akan meletakkan kita di dimensi Haji yang berbeda malah lebih bersifat tawaduk.Kita sentiasa menjaga diri kita dari membuat perkara2 yang terlarang.itulah kelebihan haji Ifrad(bagi yang mampu).

ini sahaja rumusannya.

Selasa, 12 Januari 2010

Pengalaman Haji(7)


Bila Umrah Haji dah settle maka lengkaplah ibadah Haji aku sekeluarga.Alhamdulillah.
Masa untuk balik ke Malaysia masih jauh lagi.. aku ada lebih kurang 2 minggu lagi di Mekah.So kami ambil keputusan nak buat umrah sebanyak yang mungkin.at least 7 kali umrah bagi haji kecil.

kami pun buatlah umrah hampir tiap-tiap hari... masuk hari ke 3 umrah.. kak chik jatuh sakit(demam) yang teruk. Kak Puzi panik lah juga. depa beritahu aku setelah Kak cik jatuh sakit hampir 2 hari. Bila aku dapat berita tersebut.. aku pun bertafakur dan cuba menyelusuri secara makrifat. Alhamdulillah.

"Insya'allah lepas 3 hari baiklah tu.."balasku pada abg salleh dan kak puzi.
setelah itu aku pi ambil air zam2 dan tawafkan air zam2 (tawaf sunat) sebanyak 7x.
aku pun mohon doa didepan multazam dan mensyaratkan kepada air zam-zam.Aku pulang ke maktab dan berikan kepada Kak chik.Alhamdulillah kak chik sembuh dari demam selepas 3 hari. semua ini kuasa Allah jua.

Oleh kerana kak chik sakit maka kak puzi di suruh menjaga adiknya.Sementara aku dan abg salleh meneruskan ibadah umrah bagi melengkapkan 7kali.
aku buat umrah untukku hanya 2 kali sahaja.Yang lain aku buat badal umrah untuk arwah atok-atok serta arwah abang Ndak.




masa buat badal umrah untuk arwah Atok Hj Abd Hadi.. semasa saei yang terakhir aku dapat melihat atok berdiri ditempat saei berpakaian jubah krim dan bercahaya dan tersenyum kepadaku.aku yakin itulah atok yg tak pernah aku lihat.tapi dalam beberapa saat selepas itu atok sudah ghaib.Pelik juga kan.. tapi itulah tanda kebesaran Allah Rabbul Jalil.

ada satu lagi cerita di Mekah ini.. aku telah bertemu dengan seorang Pakcik yang aku panggil Pak Rashid.. dia orang trengganu.
Perkenalan kami memang unik sekali.Masa tu aku dan abg salleh nak pi buat Umrah yang ke tiga kalau tak silap.Memandangkan kami masih menunggu jemaah bagi memenuhkan ruang dalam van maka aku ambil keputusan duduk di ruang menunggu kawasan lobby maktab.Sedang aku dan abg salleh berborak sakan.. datang seorang pakcik menghampiri dan duduk disebelah kami.
yang best nya tiba-tiba dia membuka cerita bab makrifatullah tanpa melihat ke arah aku dan abg salleh.Luar biasa ni!! dia menujukan cerita itu pada siapa?
kami hanya mendengar sahaja.Walaubagaimana pun aliran darah aku memang dah tak keruan bagaikan aliran arus elektrik menjalar keseluruh urat sarafku.Hebat hamba Allah ini!!

setelah dia berbicara.. aku pun mengajak abg salleh ke van kerana jemaah dah hampir mencukupi.aku pun bersalam dengannya.. aku tetap dengan cara aku.. menghormati orang memang telah di ajar oleh kedua ibubapaku. aku hanya tersenyum sahaja sambil dia merenungi aku juga tersenyum.apabila abg salleh menyalami pakcik ni.. pakcik tu terus berkata " aku kenal kau siapa.. kalau tak aku tak bercakap sesuka hati tentang zat.. aku hanya bercakap dengan orang dah kenal sahaja"

Abg Salleh terpinga-pinga apabila pakcik itu berbicara dengannya ketika bersalaman.
Abg Salleh mampu tersenyum dan gembira tak terhingga kerana didalam kesunyian melayari rukun Islam yang akhir ini masih ada manusia yang mengenal akan tuhannya.
Alhamdulillah.Aku dari jauh tersenyum dan tertawa sendiri melihat gelagat abg.salleh.
setelah kami ambil niat di Tanaim dan seterusnya melakukan ibadah umrah hingga selesai barulah aku bercerita dengan abg.salleh.
'Pak Rashid tu dah lama tengok kita terutama abg.salleh.. dia tak dapat menyelusuri apa yang yaya ada kerana yaya dah kunci segala ilmu ini khas untuk Rabbul alamin sahaja.Oleh kerana Abg Salleh masih baru didalam perjalanan ilmu ni.. maka mudah orang mengenal akan diri kita.Dan dia juga mengesahkan ilmu yang Abg Salleh pelajari itu adalah ilmu yang benar.Pelikkan.. orang yang tidak kita kenali boleh kenali kita yang pelajari ilmu mengenal ni? tapi itulah kebesaran Allah, nantilah.. kalau ada masa kita akan jumpa Pak rashid tu.. dia memang nak jumpa kita pun, malah menunggu kita menegurnya.. namun pada masa tu kita kan dalam ifrad.. kena jaga batas antara mati dan hidup...'

'yup.. benar kata kau.. aku masih lagi baru dalam perjalanan ini.. ini semua sebagai dalil dari Allah'

2 hari selepas itu Abg Salleh berjumpa dengan Pak Rashid bersendirian.. aku yang menggalakkan pertemuan itu.Memang benar tekaanku bahawa Pak Rashid dah lama perhatikan aku dan a.salleh.. alhamdulillah.
aku juga sempat berjumpa dan bermuzakarah ilmu dengan pak rashid. Seorang dari Trengganu dan 2 orang dari Johor.. bertemu didalam muzakarah ilmu memang cukup mengasyikkan dan menginsafkan.Pertemuan ini adalah yang paling bersejarah kerana ia berlaku di kota Mekah dan paling penting adalah Tanah Haram.Subhanallah!!!

pada hari-hari terakhir di Mekah.. keadaan Mekah memang sudah tak ramai orang kerana jemaah berpusu-pusu pulang ketempat masing-masing.pada saat itu mulalah aku teringat anakku taufiq serta isteri tersayangku. Ingat makanan Malaysia!! huhuhu.

akhirnya saat-saat aku mahu meninggalkan Mekah dan buat tawaf terakhir(tawaf wida') memang menyebakkan perasaanku.Aku yakin.. aku akan datang lagi ke bumi suci ini.. bumi yang diharamkan Allah dari Orang-orang kafir menjejakinya.

selamat tinggal wahai tempat kelahiran Rasulullah SAW. Insya'allah aku akan datang lagi...

wassalam.

Isnin, 11 Januari 2010

Pengalaman Haji(6)

Lega rasanya bila dah settlekan Tawaf Haji(Ifadhah).
Aku mengambil keputusan untuk merehatkan diri sebelum melakukan ibadah Umrah bagi melengkapkan dan menyempurnakan kerja-kerja Haji.Setelah berehat dalam beberapa hari aku serta familyku buat Umrah pertama selepas waktu Isyak'.Setelah memakai pakaian ihram kembali serta mandi sunat ihram maka kami pun mencari teksi sapu untuk menuju Masjid Tanaim untuk berniat Umrah.Masjid Tanaim berada di sempadan tanah haram dan tanah halal.Betul-betul disebelah sempadan.Syaiditina Aishah pernah berniat di Miqat ini sebelum mengerjakan Umrah.

Teksi sapu memang mahal gila. caj yang dikenakan oleh pemandu tersebut adalah SR120 pergi balik.sedangkan Masjid tersebut tidak lah jauh mana lebih kurang 7 ke 8 km dari Masjidil Haram.Kereta sapu yang kami naik pun dan uzur sesangat dah.kami tiada pilihan lalu kami pun naik jugalah.Pemandu2 Arab ni bukannya ada sivik.. kalau kita di Malaysia rasakan pemandu kita tidak ada sivik, di Arab 2x ganda tidak ada sivik di dalam pemanduan mereka.Hon adalah permainan biasa bagi mereka malah siap boleh keluarkan kepala dari kereta untuk memaki hamun.. itu biasa dikalangan mereka.
Tetap tidaklah sampai bergaduh.Just suara mereka sahaja yang tinggi.

kadangkala terpikir juga.. seharusnya Negara Arab Saudi ini menjadi contoh terbaik didalam peradaban Rasullullah.. Namun nilai-nilai itu semakin terhakis di bumi suci ini.Cuma yang masih bertahan adalah di dalam Masjidil Haram.

Pemandu Arab tersebut cuba berkomunikasi dengan kami namun seperti ayam dan itiklah.
hahaha.Depa tak tahu cakap B.Inggeris ma.. dan kita pula tak tahu berbahasa Arab.
so bahasa melayu menjadi jalan utama namun tidak banyak mereka yang faham keseluruhan kata-kata kita.

sampai di Masjid Tanaim, aku pun masuk kedalam masjid utk sunat tahayatul Masjid serta sunat ihram.lepas tu kami berniat untuk mengerjakan umrah serta berihram.
Maka pantang larang umrah pun bermula setelah kita melepasi sempadan tanah halal.
maka kami bertalbiahlah bersama-sama.Sebak juga.

sampai di Masjidil Haram(teksi berhenti dekat dengan Masjid Kuching)kami pun berjalan menuju kedalam masjidil haram.Tak perlu sunat tahayatul Masjid di masjidil haram(kerana masjidil haram adalah penghulu segala masjid didunia..tak perlu sunat tahayatul masjid).
sampai dalam masjid terus menuju ke Kaabah bagi melakukan tawaf umrah 7 keliling.setelah selesai tawaf aku akan bersolat sunat tawaf sama ada di belakang makam Ibrahim atau pun mengadap Multazam.2 tempat ini memang tidak lari dari aku sejak umrah kali pertama tahun 1994 lagi.

to be continue.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran