Jumaat, 30 Januari 2009

Intan permata

Aku merenungi monitor ini.. apa yang harus aku tulis sudah bukan lagi menjadi satu kepentingan kerana kepentingan itu sendiri akan hadir tanpa dipinta.
Aku melayari alam mindaku.. tercari-cari idea yang tak kunjung tiba.. atau ilham yang hilang entah kemana.... sesekali mataku menjeling ke pejabat Boss dan sempat menglingkari pandangan kesetiap penjuru penjabat ini...
pejabat ini di hiasi kubin-kubin yang menjadi satu ruang bagi seseorang pekerja.Didalam pejabat ini terdapat 2 bilik khas untuk seseorang yang diberi kuasa pangkat.
sementara disebelahku terdapat seorang pekerja baru(mungkin kontrak).. ah!! aku!! yang tidak mudah berbicara dengan orang yang tidak dikenali.. sombongkah aku?!
atau aku terlalu mementingkan diri??atau aku terlalu low profile?? aku tidak tahu nak jawab apa... yang penting aku adalah aku...

aku lihat mereka semua sedang asyik dengan kerja mereka.. dan aku masih sempat menulis dilaman blog ini... hihihik... mungkin minggu depan aku akan pergi 'outstation'.. schedule pun aku tak buat lagi.

Didalam perjalanan ini.. aku dibawa mengembara dari satu tempat kesatu tempat... bermula karier aku adalah di Jalan Semarak... dan aku dibawa kesatu dimensi baru di Rasah Seremban.
selepas itu aku kembali kesemarak dan bertugas pula di Kelana jaya.. tidak cukup setakat itu aku dibawa ke Brickfields dan kembali ke Semarak sebelum ke Menara.. dan akhirnya aku kini berada di Kelana jaya... dalam hampir 16 tahun ini aku dibawa mengembara hanya sekadar untuk aku memahami apa itu perjalanan...
mungkin selepas ini aku akan berjalan menempuh tempat baru lagi.. hanya Allah yang lebih mengetahui..

Yuppp!!!.. sepanjang perjalanan ini aku telah pungut sebanyak mungkin permata yang aku temui... intan permata yang tidak mungkin dijual beli walau cahayanya pudar ditelan zaman.. dan ia perlu digilap semula agar cahaya itu kembali terang seperti pertama kali aku mengutip disepanjang perjalanan ini...

aku telah diketemukan dengan berbagai-bagai ragam manusia.tidak terkira ramainya manusia itu... dan pada mereka adalah satu intan permata yg tidak ternilai harganya.
Tidak kira manusia itu berperangai pelik, amgkuh,sombong,jujur,ikhlas,patuh atau serba serbi.. namun ia tetap intan permata yang tidak dapat dijual beli..
Dengan keangkuhan itu aku dapat berdiri dan memahami tentang diri..
Dengan Kepelikan itu aku dapat memahami..
Dengan kejujuran itu aku dapat merasai nikmatnya...

semua itu untuk siapa??? semua itu untuk aku sebagai satu lompatan ilmu... untuk aku lebih memahami bahawa kehidupan ini hanya gambaran sementara.. lakonan kejituan... dan akhirnya.. dunia itu terlerai dengan pengertian kekosongan... tiada apa-apa kecuali tugas dan amanah... maka berjalanlah sepuasnya dimukabumi Allah...

Dan nikmat yang mana lagi aku harus dustai??? dan hanya kerana terjatuh dan tersembam maka kita menghalangi dan membohongi diri kita ini tentang nikmat yang mana lagi aku harus bohongi?..

Intan permata.....................disekelilingku rupa-rupanya... bersinar atau tidak.. terpulang pada diri untuk mengilapnya.

semoga nukilan kali ini dapatlah difahami... tiada kata yang terucap kerana didalam kata itu tersimpul bicara.. tiada bicara yang terjawab kerana didalam bicara itu tersembunyi kalam.

Khamis, 29 Januari 2009

kepulangan

Abang dan kakak ku sudah pulang dari mengerjakan Haji.. terdapat cahaya yang menyinari wajahnya.. alhamdulillah.. apabila melihat wajah abangku, aku terbayangkan wajah Arwah Mufti Ishak Baharom...

baru-baru ni aku pulang ke kampung untuk bertemu mereka berdua.. ternyata pengalaman mengerjakan Haji itu lebih mengujakan daripada pengalaman mengerjakan ibadah Umrah.
Sesiapa sahaja yang berniat mengerjakan ibadah Haji perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental serta spiritual nya sekali. Semua kesilapan yang dilakukan ketika itu akan dibayar cash bagi sesiapa yang mengerjakan ibadah..

3 hari sampai sahaja di Mekah, abangku jatuh sakit sehingga dimasukkan ke wad kecemasan hanya kerana kekurangan air didalam badan.Hari yang ke 7 abangku pulih kesihatannya dan mula mendapatkan stamina bagi persediaan haji yang semakin hampir.Abangku buat Haji Ifrad sementara kakakku buat Haji Tamatu'..

Nikmat membuat Haji Ifrad adalah lebih dari Haji Tamatu'.. hanya orang2 yang mengalaminya sahaja yang dapat membezakan nikmatnya.

Banyak juga cerita mereka buat pengajaran bagi aku yang tak sabar2 lagi untuk menunaikan Haji.. Harap-harap tahun ini aku dipilih oleh Allah setelah tahun lepas tidak dipilih sebagai tetamunya.. insya'allah.

Isnin, 19 Januari 2009

Sepi didalam seronok.

Didalam kesepian kantor ini, aku menarikan jari jemariku di atas papan kekunci ini.. dan terpaparlah tulisan-tulisan di ruang monitor.. dan didalam tulisan itu terselit bahasa-bahasa yang mengilhamkan bicara kalam yang tiada kedengaran cuma alunannya berada didalam hati setiap para pembaca yang menatap paparan ini.Sama ada mesej yang disampaikan itu menyentuh hati atau tidak.. ia bukanlah soal untuk menjadikan persoalan yang hebat.. cukuplah sekadar membaca..

Apakah yang perlu aku bicarakan didalam paparan ini lagi?.. seperti ketandusan ilham dan idea untuk aku berkomunikasi...
Pagi ini, setelah aku meneguk secawan nescafe O.... beserta sekeping roti telur.. sempat jua aku mencapai akhbar harian.. Ah!! terasa malas nak membacanya, kerana paparan didalamnya seperti ulangan cerita yang semalam-semalam...
Kalau berita dunia, biasalah dengan peperangan yang menghancurkan umat Islam...
Kalau cerita politik.. ah biasalah dengan cerita dolak daliknya..
Kalau dilema sukan negara.. menjadi kebiasaan politik dalaman..

semua ini untuk apa? sudah tentu kuasa!!! kuasa yang ingin dimiliki manusia itu sekadar sejemput sahaja.. tapi gah mengenai kuasa itu lebih dari kuasa Firaun ketika berada dizamannya.

Zionis dengan agendanya... dan umat Islam dengan laungan dan rintihannya.. Ah!! hanya sekadar rintihan tanpa bersatu hati... selagi Benua Arab tidak bersatu hati.. jangan haraplah mahligai syurga didepan sana... yang ada percuma sengsara sahaja.. buatlah macam mana sekalipun.. sengsara itulah makanan bagi umat Islam.

Dimanakah kita saat-saat ini? apakah kita sedang perbuat kini.
Ketika aku sedang memakan kambing panggang di satu Dinner ahli-ahli sukan disamping tarian gelek sang penari yang menari menayangkan lurah serta memakai pakaian yang jarang-jarang sehingga nampak segalanya... di hujung sudut hatiku bagaikan terpenjara..

Dan aku lihat sang pembesar yang baru pulang dari menunaikan fardhu Haji juga sedang asyik melihat gelekan sang penari.. aku cuma mampu tersenyum menyindir.
Beginikah umat Islam akhir zaman??

walaupun pada pembuka bicara ada doa untuk kita panjatkan sebagi bukti kita ini prohatin terhadap apa yang di alami Palestin... namun isi ceritanya tetap sama...
Didalam sebuah majlis keraian... terdapat panjatan doa untuk mereka tetapi dalam masa yang sama tiada duka nestapa.. tidakkah ini semua hipokrit..
Dinner yang dipanggil 1001 malam bersama pakaian Arabic.. malah aku juga memakai igal berserta jubah tradisi Arab... rupa-rupanya ia menjadi penjara pada diriku.

Didalam keseronokan ini sebenarnya aku kesepian!!


Jumaat, 9 Januari 2009

Penghayatan

Assalamualaikum buat semua sahabat2ku...
Alhamdulillah.. Allah masih lagi membuka hatiku untuk menulis dan terus menulis.. walaupun tulisanku ini bukan untuk tatapan semua orang.. aku menulis hanya untuk melakarkan perjalananku sepanjang berada di mukabumi Allah ini... dan perjalananku ini bukanlah secara keseluruhan dan cuma sekadar dipinggiran sahaja.

Dan hari ini, tergerak dihati ini untuk berkongsi mengenai apa itu penghayatan.
Bagi seseorang pemuzik jalanan.. mereka mengalunkan irama muzik bukanlah untuk menagih simpati atau meniaga alunan muzik tersebut kerana mereka bukanlah orang yang meminta-minta.Mereka mengalunkan irama muzik hanya kerana mereka cuba pamerkan bakat semulajadi mereka dan mereka menghayati alunan muzik mengikut cita rasa yang lahir dari lubuk jiwa mereka masing-masing..
Dan bagi seorang pelukis absrak.. mereka melukis mengikut alunan jiwa dalaman mereka..

Apa yang ingin aku sampaikan disini.. adalah.. apa itu penghayatan?!
H.A.Y.A.T... atau jika dimelayukan bererti H.I.D.U.P...
penghayatan itu adalah penghidupan...
penghayatan itu adalah menghidupkan satu suasana,emosi,jiwa dalaman,kerahsiaan,kecintaan.
semua item itu tergolong didalam satu penghayatan dan tidak terpisah.

Bagi seorang pakar matematik... mereka cuba menghayati apa jua rahsia kenomboran atau kod-kod penomboran yang berkaitan dengan suasana,emosi,jiwa dalaman,kerahsian dan kecintaan.Jika mereka dapat hadirkan ini maka matematik itu tiadalah masalah baginya.

Namun didalam perjalanan menuju illahi... apakah yang perlu kita hayati???!
Surah-surah yang terkandung didalam AlQuran??
Hadis yang di sabdakan Rasullullah??
adakah itu??

Menghayati AlQuran itu mempunyai berbagai persepsi.
Ada orang menghayati AlQuran dengan alunan dan irama ketika membaca AlQuran.
Ada orang menghayati AlQuran dengan memahami apa yang dibacakannya.
Ada orang menghayati AlQuran dengan mengetahui rahsia-rahsia yang terkandung didalam AlQuran.
Dan berbagai-bagai manusia dengan penghayatan yang berbeza-beza mengenai subjek yang ingin diketahuinya.

Untuk mencapai kepada penghayatan ilmu Allah yang tinggi itu adalah terlalu universal.
Aku menemui orang yang kata-katanya baik... mempunyai perwatakan yang baik.. namun dalam masa yang sama asyik mencari kesalahan orang lain seolah-olah diri sendiri sempurna.

Tidakkah mereka terfikir.. bahawa Allah jadikan sesuatu perkara disekeliling kamu itu adalah untuk diri kamu perhatikan hikmah disebaliknya tanpa sebarang jatuhan hukum kalam?
Dan bukan jadikan sesuatu itu untuk kamu mencari diluar diri kamu sehingga terjatuhnya hukuman kalam...

Kita sering menemui orang yang menyatakan anak orang itu tidak baik.. anak orang ini tidak baik.. tetapi apabila terkena pada anak kita.. kita sukar menerimanya.. sehingga terasa hati sampai kelubuk yang jiwa yang paling dalam.
Inilah yang dinamakan fenomena didalam diri manusia itu sendiri.Dan ini juga selaras dengan apa yang Rasulullah sabdakan bahawa jihad yang paling hebat itu bukanlah dimedan peperangan tetapi jihad yang paling hebat itu adalah jiwa kita sendiri.Subhanallah!!!

Sukar untuk aku terangkan penghayatan yang terbaik didalam blog ini kerana penghayatan itu sendiri adalah kerahsiaan yang terlindung sampai bila-bila dan hanya akan dinikmati oleh manusia yang dapat menikmatinya.

Kalau Dahi tak Mencecah Sejadah Didunia.....

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....

Lalu dilaksanakanlah solat JenazahDengan empat kali takbir dan satu salamBerserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu KifayahTapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!Iringilah dirimu ke masjid....

Sebelum kamu diiringi ke Pusara!Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia....memanggilmu buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah kamu dahulu hanya....setitis air yang tidak bererti!
Lalu menjadi segumpal darah!Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu.... Yang lebih agung dari malaikat!
Lahirmu bukan untuk dunia....Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
Ingatlah yang kekal ialah amal....Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....Harta, tahta dan putera....
Isteri, kad kredit dan kereta....Kondominium,
saham dan niaga....Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

Rabu, 7 Januari 2009

Tadika

Alhamdulillah, tahun ini anakku menjangkau usia 5 tahun.Seperti kebanyakkan ibubapa yang lain, aku suami isteri tidak dapat lari dari menjalankan tugas memberikan pendidikan buat anakku.Kami sepakat untuk menghantar anakku ke Tadika PASTI.
Anakku Afiq amat beruntung kerana atoknya datang dari Kedah semata-mata untuk memberikan 'support' untuknya.
Hari pertama anakku tidak mahu masuk ke tadika namun setelah dipujukrayu maka dia kuatkan semangatnya.Aku,isteriku serta ibubapa mertua ku terpaksa menunggu anakku.

Di tadika, aku dapat melihat berbagai-bagai ragam anak-anak.Ada yang berani.Ada yang gusar dihati.Ada yang menangis.Ada yang diam dan ada juga yang kaki buli hihihihi..
Tapi hampir kesemuanya berwajah gelisah.Namun separuh darinya akan 'enjoy'dengan suasana baru bersama-sama rakan sebaya yang baru.

Aku sendiri asyik melihat keletah anak-anak yang baru nak mengenal erti kehidupan orang-orang berilmu.Didalam aku memerhatikan mereka semua, ada seorang anak kecil(perempuan) tiba-tiba datang menghampiriku.Berbual-bual denganku.Anak ini cukup manja yang bernama Aishah.Usianya baru 4 tahun tapi cukup mesra denganku.Sehingga duduk pun beribakan aku.
Cukup manja orangnya.Dan disebalik senyuman mukanya.. ada sinar nur di wajahnya.
anakku sendiri pun hairan dan ada sedikit 'jealous' apabila aku melayan aishah.

2 hari aku menjaga menemani anakku di tadika dan hari ini aku biarkan dirinya bersama atok tinggal sendirian.Dan ketika dia leka bermain,atoknya pun meninggalkan dia sendirian.Pada mulanya menangislah juga, tapi dia dipujuk cikgu2 yang terlatih didalam ilmu psikology... jadi sekejap sahajalah tangisannya.Selepas itu terus bermain dengan rakan2 lain.

ah! seronoknya ketika berada di alam anak2 ini...

Jumaat, 2 Januari 2009

Azam

Tahun baru tiba lagi.... hijrahlah ke azam yang baru.
1 Muharram telah berlalu.. 1 january kita tempuhi..
apakah azam dan misi untuk kita laksanakan?

1 Muharram aku sambut dengan berpuasa... semoga nafsu dapat dikawal dan dapat dibendong.
Insya'allah.

Sebenarnya tiada misi yang penting untuk dilaksanakan...
kerana perjalananku ini tetap sama sahaja.. sejak lahir hinggalah kini.
sentiasa kaki ini berjalan untuk meluaskan pengalaman...

coretan tahun lepas :

Tahun 2008 cukup bererti buatku...
dalam sudut sukan bowling.. aku telah berjaya membantu skuad IP didalam SUTMA Lumut menjadi Naib Juara Bowling.
Dan kini masih membantu skuad Bincang.net didalam Liga bumiputra di Endah Parade.
Selain itu, aku dapat membantu team menjadi juara didalam bowling liga TM.
Alhamdulillah..
permainanku masih lagi konsisten... alhamdulillah.

sudut Ilmu..
tiada apa yang harus aku bicarakan dalam sudut ilmu ini kerana ia very subjektif..
aku tak tahu aku berada setakat mana dalam ilmu Allah ini.. hanya Allah yang maha mengetahuinya.Aku hanya mampu terus berjalan dan terus berjalan.... semoga Allah tetap bersamaku.Amin.

wassalam.

Riang di hati

Syukur alhamdulillah... malam tahun baru, aku menanti kepulangan kakak dan abangku pulang dari mengerjakan ibadah Haji di Mekah.Bermacam-macam perasaan yang menghantuiku ketika menunggu kepulangan mereka.Betapa kerinduan itu sentiasa melekat dihati ini.

Entahkan bila lah pula masaku untuk mengerjakan ibadah Haji.. di saat aku tidak terpilih pada tahun lepas sebagai tetamu istimewa Allah.Aku mengharapkan Allah menjemputku pada tahun ini sebagai tetamu istimewaNya.. insya'allah.



Apabila terpandang wajah abang dan kakak sulungku tiba di balai ketibaan KLIA airport.. tersinar cahaya kebesaran Allah di wajah-wajah mereka.Malah sinar itu juga ada pada tetamu-tetamu Allah yang lain...Subhanallah!!!



Mereka berdua sihat walafiat... alhamdulillah.

saudara-saudaraku yang lain berebut untuk bersalam dengan tetamu Allah ini..

dan apabila aku berjabat tangan serta memeluk abang dan kakakku.. terasa kedamaian dihati ini.Tangisan kakakku yang tidak menyangka bahawa dia telah pun selesai sebagai tetamu Allah.

Ah!! syahdunya... Dan lebih syahdu lagi apabila seorang abangku yang telah putus hubungan sebelum ini hadir meraikan ketibaan abang dan kakakku dari Medina.



Semoga Allah merapatkan hubungan silatulrahim kami sekeluarga seperti teguhnya temboh China yang utuh tidak ditelan dek zaman.

Mak tidak dapat hadir meraikan ketibaan dua anaknya ini kerana sibuk bersiap meraikan ketibaan mereka pulang kekampung pula.Ah! hati seorang ibu yang telah lama berkorban untuk anak-anaknya yang 16 orang itu... itulah kasih yang tidak berbelah bahagi.



Dan di saat aku melihat abang Z serta Abang Ngah berpelukkan.. hatiku melompat girang.. kerana sukar melihat mereka berjabat tangan hanya kerana perbedaan pendapat.. Ah!! itu kisah lampau yang telah pun berkubur menjadi satu lipatan sejarah.



Dan setelah salam menyalami.. aku memohon izin pulang bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi di hadapan.Esoknya... adik iparku bersamaku serta sahabat ku ZZ pergi berjumpa sahabat lamaku di Kemesah..Wak Nuar..

Namun kami berselisih minit untuk berjumpa.Mungkin belum sampai masanya lagi.



lalu aku,adik ipar serta ZZ pergi lepak di restoram mamak di Cheras bersama seorang lagi sahabatku Lie...

Seperti biasalah.. bila kami dah berjumpa.. topik utama adalah tentang perjalanan yang satu.

Lalu ilham datang tanpa mengira tempat dan waktu... aku bersama mereka menunaskan bicara terperinci.



Dan hari ini, aku dapat panggilan phone dari sahabat lama Hj Al-Ayubi.. dan dalam masa yang sama, kalamku berbicara dengan tiba-tiba memberikan sedikit tips keilmuan buat Tn Hj Al Ayubi.. aku pun tak sangka bahawa aku boleh berbicara seperti apa yang aku bicarakan.
setiap persoalan yang ada didalam Tn Hj terjawab didalam perbicaraan tersebut.. alhamdulillah.
Memang sudah bahagian sahabatku itu rupanya. Dalam masa yang sama aku sempat berkongsi ilmu dengannya..

Memang riang di hati ini... gembira kerana dapat melepaskan apa yang tersekat dihati ini pada sahabat-sahabat.Lagipun apa yang ku lepaskan adalah hak mereka.. dan hak bersama.
Pada adik ipar... ingatlah.. jangan biarkan sesuatu minat itu menguasai jiwa kita.. dan biarlah kita yang mengawal minat tersebut berlandaskan keilmuan Allah.
Buat sahabatku Lie.. ingatlah.. sejauh mana pun kita berjalan.. maka fahamlah tentang kesenian.. kerana orang yang seni sahaja boleh mempelajari ilmu Allah ini.. kerana perjalanan ilmu ini adalah perjalanan kejiwaan.. perjalanan seni ilmu yang cukup halus.maka bulatkan pandangan biar luas penglihatan.

Kadangkala kita merasai apa yang kita dapat itu sudah cukup untuk diri kita tanpa mengetahui bahawa apa yang kita dapat itu hanyalah butiran-butiran awal ilmu.Ilmu itu tidak akan menjadi ilmu jika tanpa penghayatan yang tinggi terhadapnya... ibadahkan ilmu itu barulah dapat jawapan segala-galanya.

Buat sahabatku ZZ.. kau selalu menghijabkan dirimu... takut untuk keluar dari kepompong diri.. keluarlah.. jengahlah dunia ini terlalu luas dan terlalu banyak cerita.. terlalu banyak kebesaran Illahi disebaliknya.Jangan biarkan diri terikat.. pandang dan teruskan kehidupan itu sebaik yang mungkin.Insya'allah kita semua akan bersama-sama melalui lautan ilmu ini dengan sebaiknya.Insya'allah.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran