Setelah mempelajari asas-asas perjalanan Tauhid, Abah menyarankan aku ke Mekah bersamanya.(Abah jual tanah untuk membawa anak2nya ke Mekah).Aku pergi bersama Abah, Abg Ngah dan kak Ngah, Abg Uda dan Kak Uda, Kak Uteh, Abg Adam dan Abg Nor.
Kami menaiki pesawat 'Air Jordan'. Buat pertama kali aku menaiki kapalterbang dan terus duduk didalamnya hampir 9 jam. Nasib baiklah pramugari Jordan cantik-cantik belaka hihihi.
Pada mulanya, aku agak cuak juga berada didalam pesawat tu.. tapi lama-kelamaan sudah menjadi biasa.sesekali pesawat merempuhi awan-awan yang memutih.Maka bergegarlah pesawat tersebut.Semasa pesawat melintasi udara Teluk Benggala India, pesawat bagaikan mahu terhempas.. ia terjadi kerana laluan tersebut adalah tempat laluan angin deras. Masa tu, aku terus mengucap 2 kalimah syahadah laaa.. manalah tahu berlaku kemungkinan pesawat terhempas walaupun kebarangkaliannya kecil.
Kami 'transit' di Queen Alia Airport di Amman Jordan.Kami transit selama 3 hari.Pada masa itu, cuaca di Amman Jordan agak sejuk.kami sampai jam 5 pagi waktu Jordan.
Teruja juga bila dah sampai Jordan ni.. almaklumlah.. orang kampung masuk bandar hihihihi..
kami di bawa kesebuah hotel di Amman.Aku lupa nama hotel tu.Dalam jam 10am kami melancong di tempat-tempat bersejarah seperti Makam Nabi Allah Syuib, tempat Nabi Allah Musa berdiri di Bukit Tursina.(peristiwa Nabi Musa A.S. bercakap dengan Allah).
Tempat Nabi Isa berdakwah.(tempat ni adalah tempat orang kristian-gereja lama).
Kami juga sempat berada di Laut Mati yang mana tempat ini adalah kisah kaum Nabi Luth yang di murkai Allah kerana melakukan hubungan seksual sesama jenis.Aku cuba gak berjalan di kawasan tepi pantai laut mati.Memang ada satu keajaiban disini.Ketika air laut tersebut separas betis aku... ternyata aku langsung tidak boleh mengimbangi tubuh badanku lantas terjatuh kedalam laut mati. Air laut mati mengandungi garam yang terlalu tinggi.Apabila air tersebut masuk kedalam mataku... fuuuhhhhh.. pedih beb!!!!
yang bestnya.. orang yang tak pandai berenang pasti akan teruja dengan laut mati kerana kita tidak akan tenggelam didalamnya.Bila baju aku dah basah.. apa lagi.. aku pun buat macam kat kampunglah hahahah buka baju terus mengapungkan diri di laut mati.Duit Jordan terlalu tinggi.
1 dinar jordan bersamaan hampir RM5 kalau tak silap pada masa tu.Sekarang tak tahulah berapa.
Aku mengkagumi tanah Jordan yang berdebu.Tanah Jordan jauh berbeza dengan tanah di Malaysia.Semasa didalam perjalanan melawat ditempat-tempat sejarah seperti Gua Al Khafi, aku sempat melihat tanaman anggur di beberapa laman rumah penduduk Jordan.Di Gua Al Khafi, aku terlalu takjub dengan sejarah 7 pemuda bersama seekor anjing.Mereka melarikan diri dari pemerintah yang zalim lalu menyembunyikan diri kedalam sebuah gua di pinggir bandar.
Lalu mereka bertujuh di tidurkan Allah selama 300 tahun lamanya.Subhanallah!!! itulah kekuasaan Allah yang tidak dapat diterokai akal fikiran kita sebagai hambaNya.
Dan ketika mereka sedar(dalam jangkaan pemuda bertujuh itu bahawa mereka baru tidur sehari lamanya), mereka terasa lapar lalu ke bandar untuk membeli makanan.
Tapi sayang kerana matawang mereka tidak laku lagi, dan pemerintahan juga telah bertukar.
7 pemuda tersebut kembali ke gua dengan perasaan takjub dan bersyukur kehadrat Allah lalu memohon mati gua terbabit.300tahun!!!! Masya'Allah.. lantas aku teringat di 2 ayat terakhir didalam surah Yassin.. perkataan 'kun Fa Yakun'. Kalau Allah mengkehendaki sesuatu maka ia pasti akan terjadi.
setelah 3 hari di Jordan kami menaiki pesawat menuju ke King Abdul Aziz Airport di Jeddah.
'Labaikkkkkk' Labaikkallahhh...
aku telah sampai ke bumi Anbia ini.. ternyata rasa sebak menguasai diri.Perjalanan dari Jordan ke Jeddah memakan masa lebih kurang 3 jam sahaja.kami sampai jam 10malam waktu Jeddah.
setelah segala urusan di 'airport' selesai maka kami satu jemaah bertolak ke Madinah dengan menaiki bas.Memang penat 'gilerrr'...sebab perjalanan dari Jeddah ke Madinah lebih kurang 6 jam. Kami berhenti di 2 tempat. kami bertolak dari 'Airport' lebih kurang jam 12mlm. Cuaca memanglah panas walaupun jam dah menunjukkan 12malam.
kami sampai ke 'checkpoint' di Madinah lebih kurang jam 6 pagi. Apabila melihat sahaja kota Madinah, hatiku gembira bercampur sayu.Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaanku pada ketika itu.Bas berhenti di depan hotel penginapan kami berdekatan dengan perkuburan Baqi'. Hati ku melonjak-lonjak nak berjumpa dengan Rasullullah didalam Masjid Nabawi. Semasa pihak hotel mengangkat barang ke bilik Hotel, aku serta abah dan adik beradik(lelaki sahaja) pergi menziarahi Makam Rasullullah terlebih dahulu. Kami melalui 'taman syurga'(Rhaudah) lalu ke Makam Rasullullah.Setelah memberi salam aku pun membaca sedikit doa buat Rasullullah yang aku kasihi.Betapa syahdunya ketika itu. Aku tidak dapat lagi menahan airmata dari mengalir kepipiku. Sepanjang di Madinah aku selalu beramal di Taman Rhaudah.
Di taman Rhaudah memang sesak dengan orang ramai.Namun Allah sentiasa mempermudahkan kami sekeluarga. Ada ketika aku langsung tiada tempat di Taman Rhaudah.. dan cuba mencari ruang kosong di luar kawasan Taman tersebut namun, pasti ada sahaja tangan yang menggamit aku memberi laluan untuk beramal di Taman Rhaudah.Entah Pak Arab mana pun aku tak tahu. Bila aku mengambil sahaja ruang di taman Rhaudah, aku berpaling kepada Pak Arab yang menggamit memberi laluan kepadaku namun sia-sia kerana Pak Arab itu telah tiada.Pelik sungguh!!!
Di kawasan Taman Rhaudah terdapat satu tempat yang dipanggil 'Mihrab Rasullullah'.
Disini pasti orang berebut2 solat 2 rakaat didalamnya.Aku ingat pada waktu Asar.. aku teringin nak bersolat di Mihrab tersebut.. memang benar.. Allah memberikan ruang untuk aku bersolat.Macam ada satu laluan untukku ke Mihrab tersebut.setelah aku habis memberi salam, maka tempat tersebut menjadi rebutan kembali. Dan itulah sekali aku bersolat di Mihrab tersebut.Aku juga pergi ke perkuburan Baqi' di tempat makam syaiditina Aishah isteri Rasullulah serta makam Syaidina Othman. aku tak dapat membayangkan perasaan aku ketika itu.. terlalu sebak rasanya. Perjuangan para sahabat, perjuangan isteri Rasullulah.. memang jauh lari dari perjuangan kita sekarang ini.
Aku pernah mendengar Syaidina Omar sanggup berlapar hanya kerana rakyatnya.Aku pernah dengar cerita Syaidina Ali mengikat perut setelah memberi bekalannya kepada fakir miskin.Aku pernah membaca kisah syaidina Othman bertungkus lumus menyiapkan tulisan AlQuran.Dan yang paling hebatnya ialah Rasullullah sendiri sanggup membiarkan dirinya di baling batu dan najis ketika mahu ke Masjid tanpa membalas sedikit pun perbuatan jahat si pembaling.Selama 6 hari Rasullullah membiarkan dirinya dibaling sehingga pada hari ketujuh, si pembaling tadi jatuh sakit.Malah Rasullullah jua yang datang mengubatnya tanpa sedikit rasa benci kepada si pembaling tadi.Subhanallahhhh!!!!
Akhlak seperti ini telah jauh kita tinggal dan buangkan.
Kita langsung tidak ada jati diri mengenai agama yang kita anuti ini. cukuplah di pagi hari ketika kita memandu kenderaan.Pantang silap pemandu lain sikit.. mulut kita dah memaki hamun.. sedangkan Rasullullah tidak pernah mengajar akhlak seperti itu.
aku berada di Madinah selama 3 hari dan mula berangkat ke Mekah. Betapa sedihnya hati ini untuk meninggalkan Madinah.. meninggalkan kekasih hati.. meninggalkan tanah bertuah ini.
Didalam perjalanan ke Mekah.. aku sudah memakai ihram.Kami akan berhenti di miqat Jaraqna.
setelah ambil niat.. maka kami pun menuju ke Mekah Al Mukaramah.
'Labbaikallah humala baikkkk.. Labaikkallah syarikalakala baikkk... '
Aku datang menyahut panggilan Mu ya Allah.... Aku datang menyahut panggilan Mu ya Allah..
Sampai sahaja di Mekah... aku pun menuju ke Ka'abah dari pintu Babbul Salam. Aku memberi salam kepada Malaikat Babbus Salam. Terasa bagaikan salamku bersambut lalu aku menuju ke Ka'abah untuk melakukan Tawaf selamat datang dan melaksanakan rukun Umrah.
Buat pertama kalinya aku melihat Ka'abah.. degupan jantungku bagaikan terhenti seketika.begitu jua langkahku. Aku begitu takjub melihat kebesaran Allah. Ka'abah terletak didalam Masjid Baitullah.Memang cukup luas,besar dan tinggi agam.Aku melakukan tawaf selamat datang serta tawaf rukun. setelah solat 2 rakaat aku pun menuju ke safa dan marwah untuk saei. dan yang terakhir adalah tahalul. cukuplah satu umrah.
kali pertama aku di Mekah, aku sempat buat sebanyak 14kali umrah. Aku akan ke Miqat di Tana'im dengan menaiki bas. lepas tu ke Mekah untuk laksanakan rukun2 umrah.
seronok sesangat bila kita dapat beramal di Mekah. Jauh berlipat kali ganda dengan solat di Malaysia.Rasanya yang tenang.. dan sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata..
Aku sempat melawat padang arafah, tempat melontar Jamrah dan macam-macam lagi.Dari situ kami belajar bagaimana nak buat ibadah haji satu hari nanti.Aku dan abah tak sempat singgah ke rumah saudara kami di Mina'.Aku panggil dia sebagai Makcik Rugayah.. dia menetap di Mina sejak bernikah dengan bangsa Arab. Abah sempat menunjukkan bekas tempat tinggal Arwah Atok ketika mereka bermastautin di Mekah selama 15tahun. Adik angkat Abah iaitu Abu Ghandum telah tiada lagi(meninggal dunia). Atok dulu ada membela seorang anak yatim Arab iaitu Abu Ghandum.Usianya muda setahun dari Abah.
kalaulah Pakcik Abu Ghandum masih ada.. sudah tentu aku merenggek dengan abah untuk mengaji dan tinggal di kota Mekah ini.Nak tinggal bersama Makcik Rogayah, aku segan pula sebab talian saudara agak jauh.Makcik Rogayah memanggil Abah sebagai Atok tetapi memandangkan dia sudah tua dari aku maka aku panggilnya Auntie Rugayah.Lagi pun dia kini seorang janda.Pertuturan Makcik Rogayah pun persis Arab.Bahasa melayunya dah kurang bunyi hehehe.
Ada satu ketika, aku berzikir di depan Ka'abah menghadap Hajarul aswad.Sedang aku kusyuk berzikir, terdapat satu tangan berjubah memberikan aku 2 riyal. Aku tersentak lalu menoleh kekanan ku tapi tangan berjubah itu telah ghaib didepan mataku.Sedangkan di Jubahku memang terdapat 2 riyal yang wangi baunya.Duit tersebut aku simpan hingga kini.
aku bagaikan tidak mahu tidur ketika berada di Mekah.Kalau aku tidur pasti aku terasa rugi sekali.aku penuhi aktiviti membaca alquran. surah Ar-Rahman dan surah Al Waqiah sentiasa menjadi pilihanku berserta surah Yassin.
"Ya Allah, betapa nikmat yang kau berikan padaku ini terlalu besar.. Alhamdulillah.. aku amat bersyukur pada Mu Ya Allah... aku harap.. aku akan sampai lagi di bumi bertuah ini.. dan kalaulah boleh aku mahu nafasku yang terakhir di bumi Mu ini Ya Allah.Mungkin suatu hari nanti aku akan berada di sini buat selama-lamanya."
Ahhhh aku amat merindui Mekah dan Madinah... Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hanya kau Ya Allah, yang mengetahui apa yang tidak aku ketahui.Kaulah penyimpan Rahsia yang paling besar.Allah Hu Akhbar!!!! Labaikkkkkk....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan