Assalamualaikum semua, Alhamdulillah kerana pagi ini kita masih sempat menerokai alam ini.. masih sempat bangun melihat anak dan isteri.. masih sempat melihat sahabat handai.. dan masih dapat menikmati alam semesta ini.. Alhamdulillah..
Pagi ini aku agak terlewat jaga... setelah bersiap ala kadar, aku panaskan enjin kereta sementara isteriku persiapkan apa yang perlu di dalam rumah.Aku pergi kerja selalunya berdua sehingga sampai ke rumah kakakku kajang(transit).Selepas itu isteriku akan ke Putrajaya sementara aku akan menunggang motorsikal ke Opis.Kecuali ada hari-hari yang aku terpaksa membawa kereta burukku yang tersadai kat depan rumah.selalunya pada hari jumaat aku akan bawa kereta buruk yang banyak berjasa sebenarnya.Kerana apa??!! kerana pada petang jumaat aku akan bermain badminton bersama rakan-rakan dan pada malam harinya aku terlibat dengan aktiviti melontar bola bowling.
Pagi ini agak istimewa sikit sebab ketika aku memandu dari rumah sehingga ke kajang(memakan masa 1/2 jam jika jalan jammed) aku telah membuka siaran radio IKIM.Selalunya aku akan buka siaran Ikim ketika 'mengaji alquran' pada ketika nak masuk waktu solat.Jarang aku buka siarannya di waktu pagi kerana siaran Hot.FM atau siaran klasik akan menjadi pilihan awal pagi.Tapi kali ini aku terasa mahu mendengar siaran Radio IKIM di waktu pagi.
Ya.. memang gerak hati itu bagaikan satu petunjuk sebenarnya.Aku mendengar celoteh salah seorang Uztaz yang membicarakan Sifat Muhammad dan Sifat Allah. Aku terasa amat istimewa penerangannya kerana cerita atau ilmu yang disampaikan uztaz itu sama seperti mana aku bermimpi Arwah Abah sampaikan ilmu padaku.Hampir 80% ilmu yang disampaikan oleh Uztaz tadi sama apa yang aku dapat dulu.Subhanallah!!! sehinggakan tubuh badan ku berinteraksi setiap kali uztaz itu menyampaikan ilmu melalui radio IKIM.
Rugilah barang sesiapa yang tidak berkesempatan mendengar ilmu yang disampaikan oleh Uztaz di Radio Ikim pagi ini.. aku lupa nama Uztaz terbabit.Tapi penerangannya menyelusuri langit dan bumi.Aku cukup kagum dengan penerangannya.Dan ia telah membawa aku mengimbau saat-saat aku bermuzakarah denagn Arwah Abah sama ada didalam mimpi mahupun semasa Arwah Abah masih hidup.Kerinduan mencengkam jiwaku.. kini telah tiada lagi mimpi yang hadir. Sudah amat jarang aku bermimpi.
Radio Ikim adalah satu-satunya siaran Radio di Malaysia ini yang banyak menyampaikan sirah-sirah agama.. Tauhidnya, fekahnya malah fardu kifayah pun turut diterangkan disini. Sedangkan semua siaran radio yang lain banyak mendewakan manusia sebagai idola.mendewakan muzik yang melalaikan.Benarkah muzik itu melalaikan?? ia bergantung kepada si pendengar sebenarnya.
Kalau siaran TV.. hanya satu saluran sahaja yang di ibaratkan saluran yang padat ilmu agama. saluran itu ialah saluran Oasis Astro. Tapi dimana saluran dari TV kerajaan kita??? Masya'allah!!
Aku malas nak membicarakan soal-soal ini kerana ramai antara kita telak maklum keadaan atau situasi perkembangan politik negara.Apabila seorang pemimpin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin berlandaskan AlQuran dan AlHadis maka kita sebagai rakyat kenalah fikir-fikirkan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan