Tatkala Adam dibangkitkan... di tiupi intipati rahsia kepadanya lalu Adam bangkit dan berdiri.Melihat alam syurga yang penuh dengan kenikmatan namun tetap merasai kesunyian.
Lalu Hawa di keluarkan dari rusuk kiri Adam dan menjadi pasangan hidupnya.
Namun kebahagiaan sekelumit cuma, apabila datang pula hasutan dari rancangan yang terancang oleh Iblis dan Syaitan lalu Adam dan Hawa di singkirkan dari Syurga lalu kebumi.
Di bumi Adam terpisah dengan Hawa lalu tercari-carilah mereka berdua ibarat zahir dan batin yang terpisah.selama 20 tahun mereka berpisah lalu berjumpa di Jabal Ramah(tempat pertemuan Adam dan Hawa ketika di bumi).Dan pertemuan itulah yang menghasilkan 4 orang zuriat.Tidak perlulah aku bercerita lagi mengenainya kerana kisah anak Adam dan Hawa begitu gah ceritanya di dunia Islam.
aku cuma nak menceritakan disini bahawa Allah jadikan Makhluk itu berpasang-pasangan. Yang jantan ada betinanya.. yang lelaki ada perempuannya.. sang raja ada permaisurinya.
1994 adalah detik keramat apabila aku mengenali si 'dia' yang kini menjadi permaisuriku.Namun ketika itu tiadalah rasa,tiadalah perasaan kerinduan yang hadir.aku mengenalinya ketika kami bersama-sama berkursus selama sebulan.Hanya sekadar kawan tentunya.
Setahun selepas itu barulah Allah mendorongkan perasaan kasih padanya.Aku menamatkan riwayat bujangku pada tahun 1997.Dia yang berasal dari sebuah kampung di utara tanah air adalah seorang yang lembut diluar tapi tegas di dalamnya.
Aku sendiri menemui orang tuanya untuk merisik hehehehe(setelah mendapat persetujuan keluarga).lalu barulah keluarga datang bersama adat bagi tujuan Takruf.
Aku dinikahkan dengan 2 kali lafaz dan dia sudah sah menjadi milikku yang halal didunia ini bersama tanggungjawab yang besar harus ku pikul.
Dia mempunyai wajah yang comel, kecil dan berkarisma.Aku jatuh hati bukan kerana wajahnya.. tetapi kerana aku dapat menyusuri lubuk nuraninya dengan izin Allah.. dan merasai nur yang meneranginya.Dan itulah pilihan yang tepat buatku.Keinginan nuraninya untuk beribadat dan mengabdikan diri pada Allah telah membukakan pintu seluas-luasnya kepadaku.
Mungkin antara aku dan dia mempunyai perbezaan ketara dari segi minat dan hobi.
minatku terhadap sukan tak perlulah aku ceritakan.. selain sukan minatku adalah membaca sebarang buku serta menulis ketika idea mencurah-curah.Sedangkan dia lebih suka shopping dan membelikan aku macam-macam..tapi yang best ialah dia tahu aku minat membaca lalu bukulah menjadi pilihan didalam pembelian.hehehe.
Namun ada satu persamaan antara kami ialah berjalan didalam landasan yang betul iaitu kehadrat Allah yang maha esa.Persamaan inilah yang aku titik beratkan.
Aku kagum dengannya.. kerana dia mempunyai daya pemikiran yang tajam tiap kali berhujah bab akhirat mahupun bab dunia, namun selalunya aku sembunyikan kekagumanku itu agar dia tidak dibuai-buai asyik.
Kami seperti pasangan lain juga yang melalui perjalanan ini dengan penuh liku-liku.Ujian besar yang Allah berikan kepada kami adalah 'zuriat'.Sepanjang ketiadaan zuriat, kami selalunya dipandang hina dan keji oleh masyarakat.Berbagai-bagai cerita dilemparkan kepada kami.. namun itulah rencah kehidupan sepanjang menjadi khalifah di muka bumi ini.Kami lalui dengan hati yang tabah dan sentiasa berprasangka baik.Pada tahun ke 7 perkhawinan kami, Allah memberi 'anak' kepada kami.Kehadirannya cukup lumayan buat kami.. kerana dia telah menceriakan hari-hari kami dengan keriangan.Alhamdulillah.. aku sentiasa bersyukur pada Mu ya Allah.
Aku tahu bahawa hanya Allah sahaja yang lebih mengerti akan rahsiaNya.
Aku amat berharap agar perhubungan kami akan berterusan sehingga mata memejam dan kembali ke rahmatullah.Dan aku yakin permaisuriku itu tahu bahawa aku sentiasa di hatinya.
Insya'allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan