Akhirnya aku tergerak nak menulis perihal politik di negara ini.Sejujurnya aku dah muak dan mual dengan berbagai-bagai isu politik didalam negara.Dulu politik tidaklah sekotor hari ini yang secara terang-terangan menolak hukum-hukum Allah.Aku sering berfikir, mengapakah mereka-mereka tidak takut langsung akan azab api neraka?? atau sudah tertutup kah penglihatan mereka ke atas kebenaran AlQuran dan AlHadis sehingga fitnah menjadi satu aturan hidup bagi mereka??Na'uzubillah...
Abah dulu terlibat didalam politik secara tidak langsung.Bertungkus lumus membantu menaikkan nama sesebuah parti atas dasar keamanan demi orang Melayu.Tapi itu dulu, pada awal kemerdekaan. Kini semua itu telah berubah. Kemungkinan Arwah Atok sudah tahu apa yang akan terjadi pada politik hari ini lantas melarang Abah berparti walau pun ramai yang menyokong Abah bergiat didalam politik termasuklah sahabatnya sendiri iaitu Tun Ghafar Baba.. Tapi itu dulu....
Sejak pemerintahan beralih arah kepada Tun Dr.Mahathir, politik didalam UMNO telah berubah angin dan arah.Kompas berputar ligat mencari jalan namun tidak terjumpa langsung satu arah yang paling sesuai menuju jalan yang lurus lalu kompas UMNO kini berputar ligat tanpa henti.
Arwah Abah pernah berkata " UMNO kini bukan lagi UMNO yang dulu.. yang lebih fleksibel".
Dan Abah dalam diam-diam telah menyokong Parti PAS yang lebih telus perjuangannya.
Dan Arwah Abah juga pernah mentafsirkan bahawa satu hari nanti kerajaan UMNO akan tumbang. Mungkin benar kata-kata Arwah Abah itu jika dilihat senario yang berlaku kini.
Kini berbagai-bagai isu berlaku.DSAI di fitnah lagi... ya aku yakin bahawa ia di fitnah jika di lihat berbagai sudut.Bagiku tiada siapa yang boleh nafikan perihal ini.. dan kemungkinan rakyat boleh menilaikan sendiri dan boleh agak siapakah menjadi tok dalang dalam fitnah ini.Aku tidak mahu berkata apa-apa... kerana perkara ini begitu sensetif sebenarnya.
Apa yang aku nak nyatakan disini adalah aku sudah mual dengan semua sandiwara.. malah sandiwara ini lebih teruk dari 'Opera cina'.Kadangkala melihat opera cina lebih baik dari melihat sandiwara yang dilakonkan bangsa yang bernama Melayu.Adakah Melayu akan layu selama-lamanya di bumi ini??? Tidak mustahil akan berlaku lagi peristiwa Melaka yang di jajah. Dan siapalah yang akan menjadi Hang Tuah membela kerajaan dan siapalah pula yang akan menjadi Hang Jebat yang jujur dan benar serta mahukan keadilan itu berlaku???
tepuk dada tanyalah iman.
1 ulasan:
mengikut catatan 5 bersaudara itu adalah kiyai. Tuah Jebat Kasturi Lekir Dan Lekiu hanya lah nama samaran dalam dunia kebatinan. Ilmu mereka tinggi. ape yang menyebabkan Tuah dan Jebat adalah fitnah dari orang2 kerajaan melaka ketika itu sama seperti hari ini. British telah mengubah sejarah mereka dan melabelkan mereka adalah pahlawan dongeng melayu. Dan kite juga mengenali mereka 5 bersaudara dengan hanya pahlawan melayu sedangkan hakikatnya mereka adalah hamba2 Allah yang tinggi ilmu makrifatnya. Gerak mereka adalah gerak Allah. Ada beberape quote yang dapat diselematkan sampai ke hari ini contoh nya. "bergerak biar dalam gelap" -Tuah- :)
Catat Ulasan