Khamis, 3 Julai 2008

Boss ku.

Aku merangkak.. memapah diriku sendiri didalam perjalanan hidupku ini.Walau sesekali aku jatuh namun kejatuhan itu adalah gambaran agar aku harus bangkit kembali.
Hidup ini sebenarnya lurus... tapi aku sering membengkokkan perjalanannya.Maka jadilah perjalanan hidup ini penuh liku dan ranjau.

aku mempunyai seorang 'Boss' yang tegas.Aku gelarkan ia disini sebagai Al Ayubi...
Aku telah mengikuti perjalanan boss ku ini dari pandangan hatiku.Aku bagaikan dapat satu isyarat dari alam ghaib bahawa Boss aku ini juga bakal melalui perjalanan seperti aku.Yang meraba-raba didalam kegelapan.Sehinggalah Boss ku ini pulang dari melaksanakan ibadah Haji.

Allah itu tidak zalim... Allah itu maha pengampun... Allah itu maha penyayang...
dan pada tahun 2005 kalau tak silap akulah...
pada hari jumaat.. boss aku menghampiri aku lalu mengajak aku bersolat jumaat bersama di Masjid TNB Bangsar.Aku menaiki kereta Pajeronya.Didalam keretanya, dia ada menyoalkan aku isu-isu agama lantas aku pun mulalah berceramah... fuyoooo.. hehehehe macamlah pandai sangat kuang..kuang..kuang..

"En Ayubi belajar dimana? saya rasa En Ayubi belajar dengan seorang guru agama yang banyak anak muridnya kan..?" soal aku.Dia memandang aku sambil menganggukkan kepalanya.

"kalau kita mempelajari ilmu syariat, cukuplah sekadar kita belajar di sekolah kebangsaan atau menengah. kerana bagi saya asas-asas agama memang dah cukup sebenarnya.Tapi kalau kita nak belajar ilmu usuludin.. cukuplah belajar di pondok-pondok sekitar kelantan,pattani dan kedah atau ada sedikit di kawasan Perak.Kalau kita nak belajar ilmu tareqah.. yang ni memang banyak tempat.. di Kelantan ada.. N.Sembilan ada... Perak ada... Trengganu juga ada.. Kedah,Johor dan beberapa negeri lain.Namun.. jika En Ayubi nak belajar ilmu makrifatullah.. yang ni memang tak ramai.Nik Aziz mempelajari ilmu ini.. tetapi tidak semua anak muridnya dapat kerana ia bergantung kepada tahap pemikiran.. tahap ilmu yang ada pada anak muridnya.
Rasullullah menyampaikan ilmu ini hanya pada 4 sahabatnya sahaja sedangkan Syaidina Hamzah sendiri tidak sempat mempelajarinya.Dalam 4 sahabat ini hanya Syaidina Ali sahaja yang mampu membuka cerita ilmu ini pada umum.Ilmu ini nampak mudah tapi sukar sebenarnya.. kalau tak mampu.. lebih baik belajar syariat yang lebih kepada peradaban manusia.
orang yang mempelajari ilmu ini tak ramai didunia.. boleh di bilang sebenarnya.. Ilmu ini hanya untuk orang yang berkemampuan.. atau orang yang ada kelebihan sejak azali lagi. tapi tidaklah saya maksudkan bahawa semua orang tidak boleh mempelajarinya... jangan salah dengan percakapan saya ini.. semua boleh belajar, terpulang kepada niat mereka sahaja." aku menjelaskan seberapa yang mampu mengenai persoalan yang begitu sensetif ini.
Boss aku iaitu En Ayubi hanya mendiamkan diri.

Selepas jumaat, En Ayubi macam kurang puashati dengan bicara aku semasa didalam keretanya.Dia mengajak aku merokok di tingkat 42.Kat tingkat tersebut ada satu taman.Lalu kami menyambung kuliah kembali :).

"baiklah En Ayubi.. apa yang di ajarkan guru En Ayubi di Perak tu, semuanya benar.. selagi apa yang di ajarkan itu tidak lari dari Al Quran dan Al Hadis maka ilmu yang nak disampaikan adalah benar belaka.berikan saya nama guru En Ayubi tu..." aku meminta bagi mendalilkan apa yang di rasai oleh En Ayubi.
Dengan nama guru tersebut aku bertafakur seketika dan memohon petunjuk dari Allah.Aku syuhud nama tersebut lalu terasalah getaran hebat di jantung dan seluruh tubuhku.Keras rasanya.Aku mula tersenyum...

"rasa perjalanan ini tidak sama dengan perjalanan saya.. tapi kalau ikut renungan batin saya yang hina ini... En Ayubi ada abang yang hebat didalam perjalanan ilmu ini.." aku menyoal kembali.En Ayubi tersentak.. didalam hatinya berkata "macam mana budak ni tau bahawa aku ada abang yang mempelajari ilmu ni?".

"saya tak tahu En Ayubi.. yang tahu hanya Allah..." aku bersahaja menyahut suara hatinya.
Subhanallah!!! En Ayubi jadi tersentak kerana aku dapat membaca suara hatinya.
Dia memandang aku dengan penuh teruja.

"cuba berikan nama abang En Ayubi tu.. "minta ku ikhlas.
En Ayubi pun memberikan nama abangnya yang tinggal di Trengganu.Dan aku seperti biasa bertafakur memohon petunjuk Illahi.Aku syuhud nama tersebut lalu terasalah satu getaran yang amat lembut seumpama angin sepoi-sepoi bahasa melingkari keseluruh urat sarafku.
'Alhamdulillah' itulah perkataan yang aku ucapkan ketika itu.
"yer.. abang En Ayubi ini sama aliran dengan saya.. tapi En Ayubi ada seorang lagi abang yang lebih hebat perjalanan ilmu makrifatnya.." jelasku.
En Ayubi bagaikan tak percaya dengan kata-kataku.Namun ia hanya menganggukkan kepalanya.

" beginilah En Ayubi.. En Ayubi berjumpalah dengan abang yang di Trengganu tu... mohon belajar darinya... tak guna En Ayubi pergi belajar jauh-jauh sedangkan mutiara itu ada di dalam keluarga En Ayubi sendiri.Mungkin En Ayubi didalam keturunan orang yang baik-baik.. maksud saya, mungkin ada nenek moyang En Ayubi mempelajari ilmu ini.. saya yakin dan pasti."
aku mencadangkan En Ayubi belajar dengan abangnya di Trengganu.

Setelah sebulan berlalu.. kami sering bermuzakarah di tingkat 42. Berhujah dari satu bab kepada bab yang seterusnya.

"Hidayah!!... aku rasa abang ku macam tak mahu berbicara denganku bab inilah.. dia kata, belum sampai masanya..." En Ayubi mengadu padaku. Aku tersenyum melihat kesungguhan En Ayubi.Aku diam. Aku bertafakur memohon pada Allah agar dibuka hati abangnya untuk bermuzakarah dengan adiknya En Ayubi. Akhirnya aku dapat tanda isyarat.(terima kasih pada mu ya Allah!!).

"Macam nilah.. sanggupkah En Ayubi membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 70 ribu?En Ayubi cuci dulu hati agar ia disinari nur.. apabila hati telah disinari nur.. insya'allah abang En Ayubi tiada alasan untuk membantu En Ayubi.. " aku perjelaskan.

Ternyata En Ayubi sanggup mengikuti cadangan aku seorang pekerja bawahan. Maka En Ayubi pun mengamalkan surah Al Ikhlas. Sebulan selepas itu.. ibu En Ayubi tiba-tiba memeluk En Ayubi seolah-olah kerinduan melanda.ketika itu En Ayubi telah membaca sebanyak 30ribu.En Ayubi pelik.
Maka aku telah menerangkan segala-galanya agar En Ayubi faham.
Masuk ke angka 40 ribu lebih kurang.. abang En Ayubi datang dari Trengganu dan membuka cerita ilmu pada En Ayubi... Alhamdulillah.. itulah keunikan Ilmu Mu Ya Allah...

Dan kini En Ayubi telah bersama-sama aku melalui liku-liku perjalanan tauhid.Aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dulu En Ayubi adalah seorang yang baran serta ego.. almaklumlah seorang boss hehehe dan kini dia adalah seorang yang sabar dan lebih memahami perjalanan hidup ini. aku solat sunat syukur kerana tak mampu lagi menyatakan ketinggian kesyukuran kehadrat Allah yang telah membimbingku sejauh ini.Walau pun pada satu ketika aku pelik dengan diriku sendiri.. aku rasa takut menghadapi kenyataan seperti ini.Kerana aku lebih tahu betapa aku masih banyak lagi noda dan dosa yang setiap hari datang tanpa henti...
Ahhh!! noda semakin aku menjauhi kau.. semakin kau menghampiriku. Aku pasrah didalam ujian mu Ya Allah.!!!!

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran