Khamis, 3 Julai 2008

Kerja

Aku mula bekerja sebagai seorang pengangkut sampah(masa lepas SPM).Lepas tu aku bekerja sebagai pembuat mangkuk tandas polymate.Aku pernah bekerja menjual Burger di UPM.Selain itu aku juga pernah buat batu blok dan sering membantu abangku buat perabot.Dan aku mula bekerja tetap sebagai seorang 'technician'.Aku ditugaskan didalam bahagian 'Facilities Management' dimana aku bekerja di unit Audio Visual.Aku pernah berkursus di Finas sebagai seorang 'camera man'.Selepas itu aku lanjutkan 'study' dan ambil Diploma programming.
sebelum ambil diploma aku juga pernah bekerja di bidang radio dan transmission.Banyak gak pengalaman aku hehehe alhamdulillah.Dan kini aku bekerja didalam bidang teknikal berkaitan satu projek.. tak perlulah aku ceritakan berkenaan projek ini.Disamping itu juga, aku mempunyai satu syarikat yang menguruskan projek 'supply and maintenance PC'. setakat ni baru selesaikan satu projek dari Mara. Alhamdulillah.Mungkin ada satu projek sedang menanti..insya'allah. Tapi perlu di ingat, aku bersama sahabat2 ku membuka syarikat bukan atas dasar mencari keuntungan.Tetapi kami nak 'share' keuntungan itu kepada orang-orang yang berhak ke atas keuntungan tersebut.Maksudku begini, kami tidak mendambakan sebarang kekayaan.. tetapi kami nak 'share' kekayaan itu untuk orang yang memerlukan kekayaan itu.
faham sendiri maaaaa...

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran