Aku telah banyak bercerita.Bila jari sudah menari, sering lupa bengkang-bengkoknya tulisan.
Adakala cerita suram.. adakala cerita riang.. adakala cerita mendung.. adakala cerita dingin.
Adat orang bercerita, asyik dengan petah bicara.. bicara diulit seni.. seni bertukar bentuk.. bentuk terhasil madah.. madah terhias ilmu.. dan ilmu inilah menjadi satu perjalanan yang panjang dan wajib aku lalui.Dan dengan ilmu itu aku tahu pengertian pengalaman kerana pengalaman akan mematangkan diri yang kosong selama ini.
Perjalanan bermula di saat jatuhnya benih.. pertemuan sperma bertemu telur lalu lekat di dinding rahim seorang ibu.lantas selama 9 bulan 10 hari terlaksanalah satu lembaga manusia terbentuk dengan begitu indah sekali.Dan manusia ini lahir bersama janji-janji dari luth Mahfuz sebagai seorang khalifah di muka bumi bertuah ini.
Aku mengaji agama tidaklah seperti sang uztaz di pondok-pondok kecil atau sang uztaz lulusan Al Azhar. Aku hanya mampu sehingga darjah 3 Sekolah Agama Johor.Dan aku tinggalkan dunia agama itu.Namun asas-asasnya masih kukuh untuk aku berdiri sehingga kini.
Semasa aku di tingkatan 3.. aku sering membaca kisah-kisah para Nabi dan Para Wali.
Aku sudah mencari kitab-kitab tulisan rumi berkenaan sifat ketuhanan.Sehinggakan Cikgu kelas melarang aku membaca di usia semuda itu.Mengapa begitu?? seharusnya Cikgulah yang membimbingku kejalan yang di rhedoi.. tapi dilarang pula membacanya.
Ketika saat-saat aku berlibur bersama Arwah Abg Ndak.. ketika aku merawat kepalanya dengan ketulan ais.. dan ketika itulah kata-kata seperti 'silangkata' bermain dikotak pemikiranku ini hanya kerana persoalan tentang Muhammad yang di 'melodikan' oleh Arwah Abg Ndakku.
Semasa aku di tingkatan 4 dan 5, aku mengikuti sekumpulan pendakwah yang dipanggil 'Tabligh' bagi menyampaikan sirah-sirah agama kepada semua orang.Tapi puaskah aku???
aku tertanya-tanya pada diri, adakah ini yang aku cari??Mendakwah orang lain sedangkan diri sendiri tidak terdakwah olehku??!!!
Semasa aku di Politeknik Kuantan, aku sering bersama dengan sekumpulan AlArqam.Kerana pada masa itu AlArqam begitu popular.Namun puaskah aku??? adakah itu syarat-syarat untuk menjadi baik.. menjadi seorang mukminin yang Al-Amin???
Apa yang dikatakan baik dimasa kini hanya satu penipuan yang terang-terangan tanpa jujurnya.
Aku buntu didalam persimpangan perjalanan mencari kekasih yang hilang entah dimana....
Adakah cinta terhadap seorang wanita itu akan menerbitkan kasih sejati????Ahh hipokritkah aku dengan diriku sendiri.
setelah tamat SPM, aku bercampur dengan budak nakal yang kadangkala terlebih nakalnya dari manusia yang ternoda.Tapi betulkah aku seorang budak yang jahat???yer.. memang.. aku ingin tahu jahat itu macam mana.Oleh sebab itu aku 'join' mereka semua.cuma aku bentengkan diri dengan asas-asas agama agar aku tidak tersasar jauh.Aku jadi 'gengster'.. 'Paw' orang... dan mcm-mcm lagi aktiviti yg tidak sehat aku 'join'.Tapi untuk apa???
selama ini aku hanya tahu mengutuk orang yang buat jahat... aku hanya mengata pada mereka yang jahat.. tetapi aku tidak tahu pada saat itu naluri mereka memberontak.Berontak mahukan kebebasan.Dan aku sedar menjadi orang yang tidak baik ini banyak implikasinya.Pada satu ruang.. mereka 'enjoy' tapi pada ruang yang lain mereka 'sepi'.
Dan setelah aku kembali melalui landasan kebenaran.. aku akhirnya mengerti bahawa Allah tidak zalim.Allah memang jadikan yang jahat itu untuk yang baik.
'Tidakkah aku jadikan semua itu untuk orang-orang yang beriman'.
Dan ingatan lampauku mengenai Arwah Abah, Arwah Abg Chik dan Arwah Abg Ndak menerpa satu persatu seolah-olah menjadi 'guide' bagi aku melalui landasan lurus ini.Pengalaman bersama mereka adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak boleh dijual beli.
Alangkah beruntungnya Arwah Abah mempunyai seorang ayah yang padat ilmu agamanya.Dan Alangkah untungnya Arwah Tok Hadi apabila mempunyai 2 orang anak yang mengikut langkah lurusnya.Arwah Abah dan Arwah Mak Ngah Lijah memang orang berilmu.Arwah Mak Ngah Lijah meninggal dunia di usia 97 tahun ketika didalam sujud kehadrat illahi menjelang subuh.
Dan aku???!! mengapa aku tidak menjadi seperti mereka yang mana bahasa arab langsung aku tidak memahaminya.Walaupun aku boleh baca Kitab AlQuran namun hukum tajwidnya sudah tentunya berterabur.Aku mencari Cinta yang terlalu besar kiranya...
Dan akhirnya atas nasihat Arwah Abah pada tahun 1993, setelah aku menyatakan keinginan mempelajari Tauhid.. lantas aku diberikan jalan.Pada mulanya aku mengintai peluang mengaji bersama Arwah Abg Chik yang meninggal dunia pada tahun 2002.Namun aku berpaling arah apabila satu lagi krisis keluarga berlaku.Lantas aku mengaji dengan Abg Ngahku.
Abg Ngah ku mempunyai perjalanan tauhid bersama anak murid Mufti Negeri Sembilan(dah Arwah dah Mufti ni yang dipanggil sebagai Syeikh Haji Ahmad Haji Muhammad Said).
Abg Ngah mengaji 'tareqat Ahmadiah' ini di Kuala Klawang ketika usia 18tahun lagi.Abg Ngah berulang alik setiap minggu dari Johor Bahru bersama 4 sahabatnya menaiki kereta ke Kuala Klawang.Di samping itu juga Abg Ngah mengaji agama dengan Abg Chik(adik iparnya).
Pengajian agama yang dimiliki Abg Chik dikenali sebagai 'Sirullah'.Pada hakikatnya semuanya sama sahaja cuma nama pengajian yang berbeza-beza.
Aku mula mengaji bersama Abg Ngah ketika usiaku 21tahun.. dah kira lewat sangat lah tu..
Aku di ajar cara solat yang betul.Cara beristinjak.Cara 'tukmaninah' yang tepat. cara penyerahan yang jitu.Di ajar pengertian syahadah dan cara penggunaannya.Aku di ajar cara berwuduk serta cara berzikir yang betul.
Subhanallah!!!! aku memang merasai nikmatnya berkali ganda dari apa yang aku tahu didalam Tabligh atau pun AlArqam.Aku tak dapat bayangkannya disini dan aku tak dapat nak menceritakan nikmat apakah yang aku alami ketika berkhalwat dengan Allah sebagai kekasih dimalam hari.Inilah rahsiaNya..... tak terkata.
dan aku dapat dalilkan apa yang aku pelajari di Mekah pada tahun 1994.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan