Khamis, 3 Julai 2008

Wak Tukang Urut.

Aku masih meneruskan perjalanan ini... walau sukar macam mana pun perjalanan menuju Mu, aku tetap dan wajib tempuhi jua.Kadangkala aku berlari laju,kadangkala aku merangkak perlahan... kadangkala aku duduk merenungi diri ini..
Berlari umpama mengejar pelangi yang cantik dikaki bukit.Namun apa yang dikejar tidak jua ku dapat.Yang kelihatannya indah di ruanh mata.

Aku sering bersukan.. dan kini aku aktif didalam permainan bowling.Aku mewakili Syarikat tempatku bekerja.. malah dengan sukan bowling ini aku mampu mendapat hadiah seperti jam tangan yang mahal, MP4 dan juga MP3.Dengan bowling juga, aku boleh mendapat sedikit duit ekstra jika memenangi sesuatu kejohanan.Tahun 2007 aku mewakili Syarikat Telekomunikasi Selangor dan bermain di Seremban N.Sembilan.Oleh kerana aku terlalu banyak terlibat didalam aktiviti bowling dan juga badminton maka Allah datangkan sedikit kesakitan di pinggang dan badan ku.Lantas aku dibawa oleh En Ayubi(boss lama aku) menemui rakan baiknya Wak si tukang urut.

Aku risau gak bila bab urut-urut ni.. manalah tahu lain di urut lain pula yang sakit hehehe.
Aku berjumpa dengan Wak di sebuah pondok di pinggir ibukota.Aku Wak tidaklah tua sangat.. aku kira usianya dalam awal 50an.Dia adalah bekas pemain bolasepak Negeri Selangor satu zaman dengan Allahyarham Mokhtar Dahari.Wak kurus sahaja.Nampak sedikit tegas diwajahnya.Setelah bersalam dengan Wak, dia memerhatikan aku semacam jek..
Dia sering merenungi aku seolah-olah cuba membaca batinku.
Aku pun meniaraplah di lantai pondok Wak yang kecil.Lalu tangannya mula dilumuri minyak dan melingkari belakang badanku.Dia sapu perlahan ke belakang badan dan sesekali menekan urat dibelakangku.Dan mulut aku biasalah, mengerang sakit bercampur sedap.
setelah hampir 1/2 jam dia mengurut.. dia pun berkata dengan En Ayubi yang menemani aku.

"Ayubi.. siapa budak ni.. aku tengok simpulan uratnya agak berlainan dari orang lain.Simpulan seperti ini tidak memberi kesan kepada sebarang sihir atau santau.Budak ni ada satu keistimewaan.Aku langsung tidak boleh menembusi pandangan batin kepadanya.. ada ilmu yang dia guna ni" bisik Wak kepada En Ayubi.Aku buat tak tahu jeklah.. al maklumlah tengah sedap diurut.

"Aah!! kau ni wak... banyak-banyak orang yang aku bawa berurut dengan kau.. tak ada pulak nak komen apa-apa.. ini aku bawa anak buah aku.. kau dah banyak komen pula.." tingkah En Ayubi bernada gurau.

Aku buat tak tahu sahaja perihal perbualan mereka.Yang penting aku sentiasa melaungkan pujian pada Allah, kerana Dialah yang mengetahui rahsia yang tidak aku ketahui.

Wak mengurut aku lebih kurang 1 jam setengah.. lama tu.Setelah berurut dengan Wak, dia berborak dengan En Ayubi berkenaan dengan ilmu tauhid.Dan aku... biasalah, bila dah dengar orang bercerita maka aku pun tumpang sekaki hehehe.
Cerita punya cerita.. aku tak sedar bahawa aku juga ada mengeluarkan hujah.Dan akhirnya Wak pun mengerti akan kehadiran aku memang telah di rancang oleh yang maha kuasa.Wak punyalah gembira berjumpa dengan aku sedangkan kami tidak pernah berjumpa.Kami seolah-olah sudah berjumpa bertahun lamanya.
Ya Allah.. kau cukup hebat mengaturkan perancangan yang tidak aku ketahui rahsianya.Dan perancangan kau jualah yang paling 'perfect' bagi hidupku.Perbualan aku dengan Wak semakin hebat sehingga kami berdua menangis kerinduan terhadap illahi.En Ayubi pun ikut menangis mendengar cerita makrifatullah kami.

Sehingga kini, aku dah Wak telah menjadi teman baik... sebulan sekali,dengan izin Allah aku akan bertemu dan berurut.Wak belajar ilmu 'Martabat 7'. Aku dan wak berdiskusi mengenainya.
Sehinggalah aku menerangkan mengenai sifat Allah secara terperinci. Wak terfana mendengar hujah-hujah aku lantas dia menangis.Dia akui bahawa baru inilah dia faham apa yang di ajarkan arwah gurunya yang terdahulu.Dan dia amat bersyukur kerana bertemu dengan aku... dan aku tidak lokek menerangkan segala-galanya agar dia faham situasi yang sebenarnya.Alhamdulillah..
aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana membantu diriku berhujah dengan seorang yang hebat sebenarnya.Padat ilmu kebatinannya..

kadangkala aku pelik dengan diriku sendiri.. bagaimana seorang aku ini boleh berhujah sebegitu rupa sedangkan aku pun kontang-kanting didalam perjalanan ilmu ini.Bila Wak terlalu menghormati aku, aku mula rasa takut... seharusnya aku lebih menghormatinya sebagai seorang yang mantap didalam perjalanan ilmu.

itulah kisah wak dan aku.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran