Rabu, 2 Julai 2008

Pengalaman Makrifat

Entah lah.. sama ada aku nak bercerita atau tidak bab ni... kerana ia seperti satu rahsia peribadi sebonarnya.Aku takut jika ceritaku ini seolah-olah mengangkat diri walau niat dihati hanya sekadar berkongsi kepada yg membaca blog ini.. dan takut juga seolah-olah aku bertopengkan agama... lama aku berfikir tentang ini sebenarnya.. tapi kadangkala terasa wajib untuk berkongsi rasa yang aku alami agar tidak menjadi beban kepada diri yang hina ini.
Aku pernah dengar orang berkata " Apa sahaja kau alami itu,tidak semua yang boleh kau perdengarkan... takut menjadi fitnah dikemudian hari..."
kata-kata ini akan aku jadikan pemangkin dan kekunci pada diri ini agar tidak lebih sudu dari kuah....
aku tak mahu bercerita secara keseluruhannya.. tapi aku aku mulakan dengan pengalaman mimpi dan sedikit pengalaman diri.

Sejak balik dari Mekah pada 1994.. hatiku sering bertanya mengenai diri.. hal diri.. hal agama.. hal Muhammad.. dan berbagai-bagai yg bermain dalam kepala otak aku.
Aku sering bermimpi bersolat di Masjid Nabawi.. di Mekah malah kadangkala bermimpi bersolat didalam Ka'abah..
Setelah Abg Chik kembali ke rahmatullah pada tahun 2002.. 3 hari selepas kematiannya.. aku dikejutkan dari tidur menjelang jam hampir 3 pagi.Aku tersedar dari tidur.aku bangun duduk di tilam katil.Mataku seolah-olah disinari satu cahaya putih.Dalam cahaya itu, aku lihat Arwah Abg Chik berdiri memakai Jubah putih.Cukup cantik dan berseri sambil melemparkan senyuman manis disamping kepalanya disaluti serban juga berwarna putih.Aku yakin memang dia adalah Arwah Abg Chik.Didalam sedar aku pun berkata " kan..kan Abg Chik dah meninggal.. " dalam masa yang sama cahaya tersebut hilang bersama Abg Chik dan aku dapat merasai seluruh tubuh badanku bagaikan terkena satu renjatan elektrik dari hujung kaki hingga ke hujung kepala. Bilik terus menjadi gelap gulita.. Jantungku bergetar hebat.. lantas aku menarik selimut menyelubungi badan.

selepas kejadian itu.. aku bermimpi pula bertemu Abg Chik dimana aku dan dia bermuzakarah dalam bab makrifatullah.Aku bermimpi hanya dalam 2 kali sahaja berkenaan Abg Chik.
setelah masa berlalu... pemahaman aku berkenaan ilmu Allah ini semakin jitu.
Setahun selepas itu, satu kejadian yang mematahkan sayap kananku apabila Abah pula meninggal dunia.
Abah meninggal dunia pada tarikh 15 Rejab tahun 2003.Aku mengkafankan Abah malah memandikan jasad Abah bersama adik beradik lelaki yang lain.Pak Imam yang menguruskan pemandian ketika itu sempat berkata "salah satu dari 4 tanda orang yg beriman kehadrat Allah ada pada bapa kamu semua" dan kata-kata itu masih terngiang-ngiang ditelinga ku.

sebulan selepas Abah kembali kerahmatullah, aku bermimpi bertemu dengannya.Pakaiannya berjubah putih dan tersenyum.Nampak Abah muda dari usia sebenarnya ketika dia masih hidup dulu.Malah semasa menguruskan/mengkafankan jasad Abah.. memang sudah mula kelihatan muda.Bukan aku seorang yang nampak malah bos aku yang ikut serta pun takjub melihat wajah Arwah Abah ketika itu.Dan orang kampung yang pernah menghina abah satu waktu dulu juga merasai takjub.

Setahun pemergian Abah, aku 'outstion' ke Mersing.Disanalah bermula cerita mengenai aku.
Aku bermimpi bertemu Abah yang berpakaian ihram.Abah bermuzakarah denganku sambil 'akad ilmu' berkenaan bab Makrifatullah.Mungkin semasa hidup abah tak sempat nak bercerita bab ilmu dengan ku.. namun Allah itu tak zalim.. walau pun abah telah tiada.. dia masih lagi diberi keizinan untuk menyampaikan ilmu Allah kepada aku yang hina ini.
seperti kata abah semasa hidup "buat apalah nak kita tangisi kepada si mati.. kerana tiada kematian bagi manusia sebenarnya.Yang ada hanyalah 'pindah alam' sahaja."

Pindah alam.....

pada tahun 2000 aku pergi umrah sekali lagi.kali ni aku transit ke Uzbekistan.Namun tiada cerita yang menarik aku nak berkongsi disini.dan pada tahun 2004 sekali lagi aku ke Mekah dan Madinah..(direct).Tahun ni banyak cerita tapi akan aku akan berkongsi dgn kalian pada waktu yang sesuai nanti..insya'allah.

Masa bujang dulu, aku sering beriktikaf di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur ini bersama-sama Rosli dan Wak Dol sahabat baik aku.Aku pernah berzikir malam di Masjid Pantai Dalam.

Apabila semua sudah balik selepas waktu isyak, tinggal lah aku seorang diri.Rosli beriktikaf di Masjid lain.
Pak Imam sempat berpesan "kalau dah habis zikir tu.. bila nak balik,pastikan pintu pagar berkunci ya nakk.."katanya.. aku anggukkan kepala sahaja.

Terasa takut gak berzikir di masjid seorang diri..pada hal jam masih awal sekitar jam 10 malam.
Aku pun kusyuk dan lena didalam zikirku memuji Illahi.Lebih kurang hampir jam 12mlm.. zikirku dah mula kurang kusyuk.Jam kat dalam masjid tu berbunyi kuat pulak tu.. ding dong ding dong sebanyak 12kali huhuhuhu.
Hati dah mulalah carca marba hahahaha. tapi aku tetap beranikan diri. selepas bunyi jam berhenti.. aku terus berzikir dengan hati yang tenang.Namun....

dengan tiba-tiba aku terdengar didalam masjid tersebut seperti ada orang, sedangkan memang tak ada orang dalam masjid tu.Hatiku dah tak tenteram dah.. aku cuma berkata "mungkin ada makhluk Allah yang lain juga beribadat disini. Aku cuba kuatkan semangat dan jati diri.
setengah jam kemudian aku terdengar seperti dentuman didalam masjid tuu.. aku punyalah terkejut lalu melenting... buat apa tunggu lagi.. aku terus keluar dari Masjid dengan langkah segera.. hehehehe.. iman aku masa tu memang ciput betullah. hehehehe...

selain Masjid Pantai Dalam.. aku juga beriktikaf di Masjid Abdul Rahman UM.Di sini memang ramai orang.. aku pun duduk di tikar sejadah yang aku bawa.. bila aku sedar dari zikirku.. aku lihat kedudukan aku adalah ditempat sujud.. aku pelik. Aku kembali ketempat asal.. dan bila aku sedar dari zikir.. memang aku berada di tempat sujudku sedangkan tikar sejadah tidak berganjak sedikitpun. Subhanallah....

Macam-macam pengalaman yang aku dapat. Ada 2 pengalaman yang paling aku ingat.
satu darinya ketika aku berpuasa 8 hari tanpa makan,minum dan tidur... pelikkan!! kalau orang dengar citer ni.. mesti ada yang kata aku sesat hehehehe. Masuk hari ketiga aku berpuasa.. tubuh badanku dah tak bermaya langsung.. kalau bawa motor nak pi kerja tu... motor tu dah ringan sungguh.. melayang-layang dah hehehehe..

Yang ada ketika itu hanya Allah dengan ku.Hanya belas Allah jua yang membuat aku bermaya.
Ada satu kejadian tu.. aku hanya mencangkung di tepi longkang pejabatku dan melihat rumput yang menghijau.Aku rasa takut nak memijak rumput yang bernyawa itu.Aku menangis sambil berkata pada rumput "wahai rumput..kau juga makhluk Allah.. aku takut hendak menyakitkan hati kau wahai rumput.. wahai pokok.. bagaimanakah aku nak berjalan ketika ini sedangkan semuanya adalah makhluk Allah.. aku tidak mahu menyakiti mereka semua.." aku dah macam orang gila.. menangis semahu-mahunya.lebih kurang 1/2 jam jugalah aku berkeadaan begitu.
Tiba-tiba.. aku terdengar satu suara berkata.. aku tak dapat pastikan bahawa suara itu sama ada suara wanita atau lelaki.. kerana suaranya cukup menggentarkan jiwaku..

"wahai umat Muhammad.. sesungguhnya setiap kejadian ini adalah untukmu berbakti.Dan ketahuilah bahawa manusia itu adalah sebaik-baik kejadian.sekali kau melangkah.. seribu kali makhluk yang kau pijak itu memanjat kesyukuran....." lebih kurang begitulah kata-kata yang menggentarkan jiwaku.

Aku bangun dan menyeka airmataku dengan lengan.Lalu aku tersenyum dan mengangkat tangan sambil berkata

" Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu Ya Allah... "

lalu aku memijak rumput tadi dengan perasaan yang amat lega.pada hari ke 4.. aku memang dah tak bermaya sehingga terjatuh didalam bilik air di pejabatku.
Aku hanya berkata-kata dengan Allah jua.

"Ya Allah, kalaulah aku tak lepasi ujian ini.. aku rhedo mati didalam perjalanan menuju kepada Mu.. aku serahkan segala-galanya pada kau Ya Allah.Ambil lah aku kerana aku tidak bermaya.. tidak sesekali aku memakan apa jua hanya atas dasar keinginan nafsu yang kuat ini.. biarlah jasadku mati tapi batinku tetap bersama Mu.."

apabila aku habis sahaja berkata sedemikian.. dengan secara automatik, aku mempunyai tenaga seperti orang yang tidak berpuasa.Malah aku boleh bermain bolatampar lagi.. Subhanallah!!!!

kejadian kedua ialah pada 27 rhamadan tahun 2006.

Pada malam itu setelah aku menghabiskan waktu bermunajat.. aku pun berbaring sambil memuji Allah.Tiba-tiba aku seolah-olah sedang melalui perjalanan sakaratul maut.Bermula dari hujung kakiku.. rohku seolah-olah ditarik keluar melalui ubun-ubun kepala.Perjalanan dari kaki ke pusat amat menikmatkan kerana seperti ada satu aliran yang amat menyejukkan.Namun sampai sahaja di pusat.. perutku merasai kesakitan yang amat sangat sehingga tak mampu menjerit.Kakiku dah tak bergerak lagi.mati. perutku bergelombang kuat.. dan ia naik sehingga keparas dada.. aku ketika itu dah pasrah dah.. aku dah mengucap 2 kalimah syahadah.. aku dah bersedia menghadapinya. Nafas turun naik dari pusat hingga ke halkum sebanyak 7 kali sebelum terhenti.. "Ya Allahhhhhhh... Allah Hu Akhbar!!!" tiba-tiba mulutku yang terkunci dapat mengeluarkan bunyi.Dan aku lihat semua kaki dan tanganku pulih seperti biasa.. Alhamdulillah.. tapi aku sehingga kini tertanya-tanya.. mengapa aku tidak di ambil ketika itu. Ya mungkin aku masih ada lagi sisa-sisa perjuangan agaknya, yg belum selesai.

banyak lagi pengalaman namun yang ini sahaja mampu aku nukilkan agar kita semua dapat mencari iktibar,sempadan dan pengalaman.Jika ada masa.. aku akan cerita bagaimana aku bermuzakarah dengan ahli-ahli tareqat... bermuzakarah dengan orang beragama kristian dan beberapa lagi.Jangan melihat cerita ini kerana kehebatan pengalaman penulisnya.. tapi lihatlah dari sudut yang positif kerana aku tetap begini jua..masih orang hina didalam perjalanan yang jauh ini.Kehebatan seorang ahli pujangga adalah lidahnya yang tajam seperti pedang.Kita semua dijadikan Allah sebagai manusia-manusia yang hebat sebenarnya... namun jangan sampai kehebatan itu menjadi musuh kita dikemudian hari.. fahamlah kata-kataku ini.

oklah.. aku dah nak balik untuk bersama-sama anak dan isteriku di rumah.wassalam.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran