Selasa, 2 Februari 2010

February

pejam celik pejam celik kita sudah berada di bulan februari 2010.Begitulah cepatnya hari berlalu dan pintu kubur juga semakin terbuka buat kita kerana umur tidak bisa semakin muda tetapi semakin menuju kemamahan usia.Yang dulu kulitnya tegang kini mula mengendur.Bagaimana Manusia itu boleh berdabik dada sedangkan usia sendiri tidak mampu dikawal.Entah esok lusa kita sudah berada di alam lagi satu.
Dan bekalan apakah yang harus kita bawa kehadratNya.

Adakah hidup ini sekadar omongan sahaja??
kalau hidup ini adalah alat sahaja.. mengapa perlu ada hukum didalam kitab-kitab?
Makanya hidup ini adalah untuk kita perbuat segala kebaikan.Dan segala kebaikan itu adalah bekalan terbaik buat kita di akhirat nanti.

Aku merasa sunyi dimalam ini.. siang tadi aku tidak pergi kerja (ambil urgent leave dan cuti ganti).Bila dah tak pergi kerja.. ingatkan bolehlah istirehat.. namun tidak juga.. kerana kepalaku asyik pusing macam gasing.

Ditambah isteriku juga tidak berapa sihat.. maka aku dan isteriku banyak menghabiskan masa dengan tidur sedangkan anakku berjaga dan menonton rancangan kesukaannya di TV Astro (Carton Network).

Malam semalam aku dapat sms dari Boss(sahabat juga).
dia mohon bantuan buat bacaan Yassin jarak jauh untuk gurunya yang sedang sakit.
So.. jam 10 malam semalam aku pun buatlah Yassin 7 Mubin caraku untuk membantu gurunya.Terasa jugalah bila baca Yassin tu.. tapi yang penting keikhlasan didalam bacaan itu.
Insya'allah gurunya akan pulih dengan izin Allah.

Sejak sudah ada Nokia N97.. aku dengar lagu guna FM transmitter.. dan terus dipancarkan kedalam Home Teater ku dirumah.biasalah lagu-lagu 60an menjadi pilihanku hahaha.

Aku hadiahkan isteriku HP Sony Ericson W995 kerana meraikan kejayaannya didalam pelajarannya.Wah!! isteriku sudah punya Ijazah Multimedia..Alhamdulillah!!.
Semoga isteriku yang tersayang akan cepat diberi rezeki oleh Allah diatas kejayaannya.

Aku masih merindui Mekah dan Madinah.. teringat ketika aku bersolat di Masjid Nabawi.. aku bersama abang iparku Hj Salleh.Dan pagi itu memang cukup bermakna buatku kerana aku bersolat seolah-olah berada didalam jambangan bunga.. kerana bau yang cukup wangi.. sehingga di sujudku bagaikan minyak wangi tertumpah.Air Mataku memang murah kalau berada di Madinah dan Mekah.Aku sendiri tidak tahu mengapa ya terjadi.ah!! lupakan saja peristiwa itu yang telah menjadi mimpi indah buatku kerana aku telah bersama dengannya serta sahabat-sahabatnya.Alhamdulillah!!

Surah AlBaqarah berkumandang didalam speaker di rumahku.Malam yang sepi tapi indah dengan bacaan-bacaan surah.

wassalam.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran