Nafsu...
Nabi Adam dan Hawa diturunkan kebumi dari Syurga hanya kerana tergoda dengan hasutan syaitan.Dalam hal ini nafsu akan mengambil peranan bagi menyokong godaan syaitan.
Berbalik kisah diatas.. manusia di jadikan bersama hati,akal dan nafsu.
Hati lebih berperanan melalui jiwa yang halus.
Nafsu lebih kepada kehendak yang nyata.
Akal adalah alat pengimbang antara hati dan nafsu.
Selalunya kelemahan manusia adalah tidak dapat mengawal nafsu.
apabila nafsu dan hati bersatu maka amat sukar manusia mengawalnya.
disinilah kita selalu dan sering terperangkap.
Nafsu berbelanja.
Nafsu ini akan mengajak kita berbelanja dengan kemewahan sehingga lupa tanggungjawab kita terhadap anak dan keluarga. kita lebih mementingkan diri kita dan kecantikkan diri kita dalam soal berbelanja.Malah sanggup berhutang hanya untuk berbelanja demi kemewahan dunia.Kadangkala akal mengimbangkan bahawa lunaskan hutang dengan hutang.
Namun setelah kita berhutang untuk menimbus hutang yang lama, kita akan lupa untuk melunaskan hutang yang lama hanya kerana rabun mata melihat wang yang banyak lalu kita lebih utamakan kehendak nafsu dari menimbus hutang yang lama.
Masalah disini, hutang lama tak selesai maka hutang baru pula yang timbul.
Manusia ingin memiliki pakaian yang cantik.lalu apabila melihat orang jual kain berela-ela panjang dengan harga yang mahal.. lalu nafsu akan berkata.. itulah kain yang paling berkualiti.namun kita tidak sedar bahawa kain dipakai untuk menutup aurat kita.Ada kain murah tapi berkualiti namun kita anggap yang mahal itulah yang berkualiti.Kita langsung tidak memikirkan orang yang lebih susah dari kita... hanya kerana mata kita sudah tertipu dengan nafsu keinginan yang tinggi atas alasan mahu kecantikkan.Sedangkan kalau kita beli kain yang murah tetap kita boleh menutup aurat.dan duit yang lebih itu boleh kita sedekahkan pada orang yang memerlukannya.Inilah manusia yang suka pentingkan diri sendiri.
kadangkala dengan duit RM500 kita mampu beli macam-macam dengan harga yang murah.Namun apabila kita beli satu barang dengan harga RM300 maka kita tidak akan mampu pelbagaikan barang kita.Mata nafsu kita akan memandang yang mahal itulah yang terbaik pada kita... Masya'allah..
dan setelah membeli dan balik kepada norma normal kita.. barulah kita sedar dan menyesal namun ia sudah terlambat.Kita terperangkap hanya kerana nafsu ingin membeli yang terlalu tinggi hingga lupa segala nasihat agama dan saranan AlQuran atau ilmu yang Rasullullah SAW berikan kepada kita aitu hidup sederhana.
Tidak malukah kita pada Rasullullah yang tidak punya pakaian yang mahal ditubuhnya sedangkan kita berlumba-lumba untuk memakai pakaian yang mahal ditubuh kita?
'Fa bi ai yi a la hirobbikuma tukazziban?'
Nikmat tuhan mana lagi yang kamu mahu dustakan?
Syaidina Ali sanggup berlapar hanya memberi makanan kepada seekor anjing...
Syaidina Abu Bakar sanggup menghabiskan segala hartanya untuk jalan Allah...
Syaidina Othman juga menghabiskan separuh hartanya untuk jalan Allah...
Syaidina Omar sanggup bergelap hanya kerana apa yang bukan miliknya....
ruang dapur Rasullullah SAW di Madinah hanya kecil sahaja berbanding ruang dapur rumah kita...
Kalau Rasulullah SAW nak menjadi kaya.. memang sudah lama baginda boleh kaya.. tetapi kenapa tidak ia memilih jalan untuk menjadi kaya malah memberitahu kepada umatnya agar hidup sederhana..
kita pula sanggup berhutang hanya mahukan kemewahan berlipat kali ganda.
sejauhmana kah kita memahami perjalanan seorang Islam yang rhedo?
kita hanya mampu rhedo apabila kita kesusahan dan sakit nak mati..
bila kita senang.. bila kita ada wang beribu.. kita lupa segalanya kerana kita lebih suka bersahabat dengan nafsu kita sendiri.Dan akhirnya hati menjadi buta tanpa nur atau cahaya menyuluh jalan.
kita sanggup bergaduh dengan sesiapa sahaja yang memberikan nasihat kepada kita tanpa memikirkan kesalahan yang kita lakukan.
Tiada siapa yang boleh menghalang nafsu diri kecuali diri itu menghalangnya.
kalau nafsu itu pada suami.. isteri tak mampu menghalangnya.. kalau nafsu itu pada isteri.. si suami tidak mampu menghalangnya.Jika cuba menghalang maka akan berlaku pergaduhan dan pertelingkahan antara mereka.
Lihat sahaja betapa ramai remaja yang bernikah awal tetapi bercerai awal.. semuanya kerana pengaruh nafsu.
kita tidak mampu membuang nafsu tetapi kita boleh mengawal nafsu.
Nafsu berniaga.
selalunya apabila kita nampak sesuatu kejayaan orang lain didalam perniagaan maka
kita pun ingin meniaga.Namun kita tidak melalui prosedur yang betul.kita tidak ada ilmu dalam perniagaan.Namun nafsu akan berkata.. kau boleh buat.. kau boleh lakukan tanpa ilmu.lalu kita pun ikut... dan ternyata kita tidak tahu untuk memusing modal.. dan untung kita bukan untuk pusingan modal sebaliknya untuk kita berbelanja barang peribadi.lalu perniagaan pun gagal.kalau kita ikut prosedur.. dan mendapatkan ilmu perniagaan.. insya'allah perniagaan kita akan berjaya.
orang-orang tua pernah berkata ' jangan terburu-buru ikut nafsu nanti diri akan lesu'.
bila hati dan nafsu bersatu maka kita tidak akan mengenal yang satu...
bila hati dan nafsu berpisah maka kita juga turut terpisah...
bila hati dan nafsu tahu peranan masing-masing maka barulah kita rasa lega dan tidak terasing.
Nafsu tidak boleh dibuang tetapi boleh dikawal dengan akal fikiran serta pandangan hati yang tulus hanya kerana Allah.
Ingat!!! jangan kerana nafsu kita sanggup ketepikan soal tanggungjawab malah sanggup berpisah dan berpatah arang... kawallah nafsu kita sebaik yang mungkin.. biarlah kita lebih tulus beribadah kehadrat Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan