Sepanjang aku berjalan didalam dunia kesufian ini.. sepanjang aku melayari bahtera di lautan ilmu Allah ini, banyak yang telah aku pelajari.
Ilmu Allah itu sama sahaja dari segi definasi atau pun dari segi syariat,tareqat,hakikat dan makrifat.semuanya beridentitikan 'siratulmustaqim'.
jalan yang lurus menuju kehadrat Allah Rabbul Jalil.
Namun ia akan menjadi perbezaan ketika seseorang hamba itu menghayati mengikut keselesaan masing-masing.Contohnya yang terbaik adalah kita melihat 3 orang meminum air kopi yang sama serta bancuhan yang sama namun cara minum ketiga-tiga orang itu pasti berbeza.Cara itu adalah menunjukkan seseorang itu berjalan didalam ilmu.dan ketika mereka bertiga meminum air yang sama.. nikmatnya juga berbeza.Ada yang kata enak lagi lazat, ada yang kelat wajahnya, ada yang puas dengan minuman tersebut.Rasa kopi itu adalah nikmat ilmu dimana ketiga-tiga orang tadi mengalami nikmat yang berbeza.Namun jawapan yang terakhir kita nak dengar dari 3 orang itu adalah gembira.
Kegembiraan itu adalah matlamatnya.
dari contoh tersebut jelas bahawa setiap hamba Allah itu, walau belajar di tempat yang sama, memahami ilmu dari guru yang sama, namun nikmatnya berbeza-beza mengikut pemahaman dan kekuatan penghayatan masing-masing.
Didalam perjalanan menuju illahi bukan nikmat,bukan kepuasan mahupun kebanggaan yang harus kita miliki tetapi apa yang ada pada diri manusia itu adalah amanah dari Allah.
Amanah inilah yang harus kita laksanakan sehingga kita pulang kerahmatullah.
Nikmat,kepuasan dan kebanggaan adalah milik Allah jua.Milik hamba adalah amanah yang harus dilaksanakan dengan ikhlas,jujur serta rhedo.
Tidakkan didalam surah Al fatehah itu telah menjelaskan di ayat terakhir bahawa kita mohon pada Allah jangan menyesatkan kita dan kita mahu Allah sentiasa merhedoi kita.Nah! sudah jelas maksudnya disitu.
Malah didalam kalimah syahadah sendiri telah menyatakan perjanjian kita sebagai hamba Allah.dimana kalimah tauhid itu menyatakan bahawa kita mengakui bahawa Allah itu esa..tunggal dan tiada yang lain berkuasa melainkan Allah jua..
(aku mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah).
maksudnya tiada tuhan selain Allah ini menunjukkan Allah mempunyai kekuasaan mutlak dan tiada makhluk atau tuhan lain yang mempunyai kenyataan kekuasaan mutlak itu.
dan dalam kalimah Rasul itu kita menyatakan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Ini menunjukkan Allah mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhNya.. orang yang menjalankan amanah Allah dan sebagai wakil bagi memahamkan hamba-hambanya yang lain.
dan amanah itu bukan hanya pada Muhammad sahaja malah pada umat Muhammad keseluruhannya.Nah.. ia terlalu jelas sebenarnya.
Didalam pengajian ilmu mengenal diri.. jalan asas adalah mengenal sifat 20.. dan rahsia sifat 20 ini terangkum didalm solat kita sehari semalam.
apabila kita memahaminya maka kita akan merasai kebesaran zat Allah itu sendiri.
Maka bergetarlah jiwa dan raga tiap kali kita bersolat.
'kemana sahaja kau pandang akan kau lihat wajahku dahulu'
Mempelajari ilmu hakikat ini seumpama berjalan dititian yang halus.
Kelemahan orang yang mempelajari ilmu ini ialah keasyikan yang melampau sehingga melupakan batas dan hukum.
ramai yang tersilap sehingga mengaku diri ini adalah Muhammad malah yang lagi bahaya apabila mengaku diri ini Allah... Na'uzubillah.
sedangkan Rasullullah SAW sendiri menyatakan dirinya juga hamba disisi Allah, bah kan kita ini?
Ilmu hakikat, makrifat ini terlalu halus sebenarnya.Hanya orang-orang yang tertentu sahaja memahami kesenian ilmu ini.
sekadar ingin berkongsi sahaja.
wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan