Rabu, 8 Disember 2010

faham dan hayat

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Allah yang telah menghidupkan dan mematikan.. yang telah memberi nikmat yang tidak terhingga kepada hamba-hambaNya..

Didalam kesejukan bagaikan berada didalam ketulan air batu... aku yang berada di bilik pejabat ditemani beberapa rakan sekerja yang juga menahan kesejukan ciptaan manusia yang bersifat sementara.

Allah itu menyempurnakan penzahiran manusia cukup indah.. kerana didalam kesejukan masih dapat terasa aliran darah yang panas diseluruh tubuh bagi mengimbangi suhu di luar tubuh.cukup fleksibel.

Maal Hijrah!!!. Tahun baru!!!

cuba kita imbas kembali tahun-tahun sebelumnya.. apakah yang telah kita lakukan dan kita lalui? berapa banyakkah kita dapat melaksanakan perintah Allah? dan berapa banyakkah kita ingkari perintah Allah?
dan kita timbangnya di atas neraca keadilan... adakah yang banyak itu sesuatu kebaikan yang dipanggil husnul khotimah atau sesuatu keburukan yang dipanggil su'ul khotimah?

lihatlah sendiri amalan kita selama ini...
dan apakah yang harus kita lakukan?

atau hanya berdiam diri? menangis? ketawa?

atau yang berada di atas timbangan itu faham lebih tinggi dari hayat? atau hayat lebih tinggi dari faham?

Seperti mana kita berada di alam persekolahan dulu..

kita di ajar dan diberikan penerangan oleh guru-guru.
dan guru bertanya " faham anak murid?"
maka kita semua jawab "faham cikgu"

dan ketika ujian dilaksanakan ternyata kita gagal.

untuk memahami sesuatu perkara itu amat mudah tetapi untuk menghayati sesuatu perkara itu amat sukar.

seperti kita berada di ceramah agama didalam surau atau masjid... kita faham para ustaz menerangkan tentang kebaikan dan keburukan.. namun apabila kita keluar dari masjid.. apa yang di ceramah kan tadi hilang begitu sahaja.

didalam ilmu Allah ini.. manusia sebenarnya lebih faham dari faham dan kebenarannya.
namun apabila sampai untuk menghayati atau ibadah.. manusia itu sering gagal.

apakah yang menghalang kita dari melaksanakan ibadah?
Apakah yang menjadi duru dalam daging didalam perjalanan kerohanian?

ia nya ada satu jawapan... jawapannya adalah Nafsu.

Nafsu yang dulunya 400 tahun direndam kedalam neraka barulah mau tunduk kepada Allah.. dan kini ditunggangi manusia.

Ditambah hasutan syaitan terhadap nafsu... maka siapalah kita?

dan kegagalan malaikat satu ketika dulu... yang tidak mampu mengawal nafsu apabila di uji Allah menjadi manusia.

Dan barulah Malaikat faham dan memahami bahawa nafsu itu hanya mampu dikawal oleh manusia.

Mengapa manusia?

itulah rahsia Allah.

Yang menjadikan manusia itu mulia hanya manusia yang mampu mengawal nafsunya.

Aku sendiri mengakui bahawa nafsu memang sukar dikekang... sukar untuk dikawal.. namun pasti ada jalannya.. pasti ada caranya.. percayalah..

Mmmm.. cukuplah buat masa ini aku berkongsi ilmu yang tak seberapa ini.
wassalam dan salam hijrah buat semua sahabat yang aku kasihi.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran