Rabu, 25 Jun 2008

Alam Ghaib

Percaya kepada Alam ghaib adalah wajib. Tapi benarkah ada alam ghaib??
jawapannya, memang benar ada alam ghaib.Aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana.
Pengalamanku pada tahun 1980 ketika aku didalam darjah 3. Aku pergi atau balik dari sekolah menaiki van sekolah.Sekolah rendah dan sekolah menengah dipisahkan oleh satu padang bola.
selalunya tiap kali balik sekolah, aku akan merentasi padang bola untuk ke sekolah menengah.sebab apa???

sebabnya, van sekolah akan berhenti di Sekolah Menengah dulu sebelum ke Sekolah rendah.
Makanya, aku pun akan menunggu ketibaan van sekolah di hadapan pintu masuk sekolah menengah.Di situ terdapat satu pokok besar yang rendang.Di pokok itulah aku berteduh.
Tapi bukan ini yang aku nak ceritakan... apa yang nak aku ceritakan ialah aku dapat satu berita kematian Mak Uda Yah(kakak kepada mak).Mak Uda Yah alami penyakit angin ahmar dimana sebelah badannya lumpuh tak berfungsi.Pulang sahaja dari rumah Mak Uda Yah.. aku rasa tak sedap badan.Malam tu aku terbangun dari tidur lebih kurang jam 2 pagi.Aku dapati seorang wanita berpakaian putih labuh tanpa dapat melihat kakinya.Perempuan itu mengendong aku mencari jalan keluar dari rumah.Di belakang perempuan muda itu terdapat beberapa perempuan lain yang berpakaian sama sepertinya.Apabila sampai ke pintu rumah, perempuan itu seperti ketakutan lalu meninggalkan aku di depan pintu bilik mak dan abah.Apa lagi aku pun menangis sakanlah hehehe.. didalam hatiku berkata "siapalah perempuan yang mengendong aku tadi?"

Mak dan abah terjaga dari tidur apabila terdengar tangisan aku didepan bilik mereka.Aku pun mulalah bercerita kepada mak dan abah.Mereka pun pelik dan menyangkakan aku mengigau.
esoknya aku melihat pintu rumah dan mencari sebab kenapa perempuan itu ketakutan.
Aku lihat di atas pintu terdapat sepotong ayat suci. aku yakin benar, ayat suci itulah yang menghalang perempuan itu membawa aku keluar dari rumah.Yang peliknya setelah perempuan itu meninggalkan aku di depan bilik mak dan abah, mereka hilang dengan sekelip mata.
Mengikut kata-kata kakakku, perempuan itu adalah 'hantu raya'. entah betul atau tidak, aku pun tak tahu.

Semasa aku ditingkatan 3.. ada satu konflik keluarga berlaku.Ia mengenai Pak Ji(abang kepada abah). Pak Ji mempunyai 2 orang isteri.Pak Ji memang terkenal dengan kegarangannya(almaklumlah..bekas pemandu teksi). satu kampung memang takut kepada kegarangan Pak Ji.
Sikap Pak Ji cukup berlainan dengan sikap abah yang lembut tetapi tegas.Walau bagaimana pun, Pak Ji selalu berbaik dengan adiknya iaitu abah.

Isteri Pak Ji yang tua ada bela ' hantu raya' dan 'bajang'(ikut kata orang kampung).
Pak Ji tak percaya kata-kata orang sehinggalah Pak Ji yang garang jatuh sakit.Pak Ji menderita sakit tekak dan sukar bernafas sehinggakan terpaksa di tebuk tekaknya agar boleh bernafas.
Aku tak tahu macam mana Pak Ji akhirnya mengetahui onar isteri pertamanya.lalu terjadilah pergaduhan hebat.Walau pun Pak Ji sakit namun tenaganya masih kuat lagi. Dia menghalau isterinya dari rumah.Maka isterinya mengadu hal dengan abah. Maka abah pun menasihati isteri Pak Ji(kakak ipar abah) agar membuang benda-benda yang tak baik jika benar ia berlaku.
Akhirnya isteri Pak Ji mengakui lalu bertaubat.Namun isteri Pak aji tidak sempat memohon ampun kepada suaminya kerana suaminya telah meninggal dunia.
Selepas suaminya meninggal dunia, perbalahan mengenai harta pusaka pun berlaku antara anak-anak kedua-dua isteri Pak Ji. Aku malas nak cerita tentang itu. Tapi dari cerita yang serba ringkas ini, ia akan memberikan kita kesedaran.
Isteri tua Pak Ji jatuh sakit lalu meninggal dunia.Setelah kematian Mak Andak(isteri tua Pak Ji), orang kampung sering terlihat beliau datang kerumah dengan berpakaian telekung putih. Ada orang kata itu 'hantu raya' yang berkeliaran.. Wallah hu alam.

satu lagi kisah.. tentang pembahagian harta Atok.Abah sebagai anak lelaki mendapat lebih harta Atok namun ia di bantah oleh beberapa adik beradik perempuan.Maka terjadilah pelbagai konflik antara adik beradik abah.Nasib baik harta atok di Arab Saudi, Abah telah wakafkan secara diam-diam.Kalau tak lagi haru dibuatnya.

Keluarga kami selalu di 'dengki' oleh saudara sebelah abah. Berbagai-bagai perkara ghaib melalui jin di hantar oleh mereka kepada kami.Namun Abah juga bukanlah calang-calang orang.Abah pernah berguru dengan beberapa orang uztaz di sekitar Melaka.hanya ayat-ayat Al Quran sebagai pendinding kami sekeluarga.

Bayangkanlah, pernah satu ketika rumah kami di baling batu bata.Habis atap rumah bocor-bocor.Semuanya angkara Jin.Aku juga yang terpaksa memanjat dan membuang segala batu-bata tersebut.Pada malam hari, kami pernah mendengar bunyi orang mengilai, menangis serta pintu rumah digegarkan.Alhamdulillah, berkat abah dan mak yang kuat bersabar maka segala apa yang berlaku itu dapat di atasi.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran