Khamis, 26 Jun 2008

1989

Aku telah tamat ambil SPM dengan pangkat 3 huhuhuu(tak cukup group).
tapi aku bersyukur dengan 'result' tersebut.Walaupun ada sedikit hampa di perasaanku.Aku langsung tidak berminat memohon untuk belajar lagi ketika itu. Aku rasa keputusan itu telah meranapkan segala impian dimasa depanku.Aku membawa diri ke Kajang Selangor.Duduk di rumah kakak di Kajang Selangor.Aku bekerja di Kilang 'chopstik' di Simpang Balak.Bermula sebagai pengangkut sampah.Gaji aku sebulan hanyalah dengan RM150.

Tapi aku tetap rasa 'happy'.Pada malam hari aku membantu seorang abang menjual burger di UPM. Upah aku semalam adalah RM20. Agak berbaloilah juga. RM10 aku habiskan untuk duit rokok aku.Masa tu aku dah dapat lesen penuh untuk merokok ..yahoooooo..
Aku menghisap rokok jenis 'Marlboro' dan kadangkala rokok jenis 'camel'.cuma sesekali aku tukar rokok jenis 'gudang garam'.Pada malam sabtu dan ahad aku mendengar Abg Chik mengajar ilmu agama bab Makrifat kepada beberapa anak muridnya.Dan daripada situlah aku rasa apa yang aku cari semuanya ada disini.Didalam pengajian makrifatullah.

Namun aku tidaklah berguru dengan abg chik secara rasmi.Anak murid Abg Chik ada seramai lebih kurang 10 orang.Ada seorang anak muridnya adalah orang nombor 2 didalam perguruan silat gayong malaysia.Namun setelah belajar ilmu agama, anak murid tersebut tidak lagi mempelajari silat tetapi menghambakan diri dengan ajaran ilmu agama.Subhanallah.

Banyak selok belok bab agama aku pelajari dari pendengaranku.
Dalam masa sama, kenakalanku tetap berterusan. Apa yang aku dengar pada malam hari hanya terkunci dimalam hari jua hahahaha.Maksudku, aku belum benar-benar insaf.
Setelah bekerja di Simpang Balak, aku terlibat dengan kumpulan 'gengster' di Balakong.Bab ini tak perlulah aku cerita. Tapi apa yang aku nak ceritakan disini ialah saat pertama aku jatuh cinta.Hahahaha.. akhirnya aku jadi budak jiwang juga.

Aku bertukar kerja dari simpang balak ke Balakong. Setelah berlaku krisis antara aku dan abg iparku.. aku menyewa rumah seramai 4 orang. Dimana didalam rumah ku ada seorang budak trengganu iaitu zamri dan dua orang budak selangor.Zamri seorang peminum. Tyan seorang kaki judi. Amri seorang budak yang 'cool' beb!!! dan aku seorang aku..hehehe.

Bercampur dengan mereka ini, aku di ajar menghisap ganja dan pergi ketempat perempuan lacur.Cuma aku tidak pernah berzina lagi ... alhamdulillah masih terpelihara iman ku. Dan aku juga tidak pernah minum arak seperti kawan-kawanku yang lain. Memang pelik. Bukan tidak teringin nak buat benda itu semua, tapi tiap kali aku nak laksanakan kerja-kerja tersebut, bagaikan ada sesuatu yang menghalang kerohanian aku untuk terjebak kedalam kancah maksiat.cuma yang boleh menggoda aku hanyalah ganja dan judi ekor. yer.. memang aku pernah hisap ganja tapi tidak seperti orang 'mabuk todi'. kerana kapasiti yang aku ambil terlalu sedikit.
aku cuma main 'balut' sahaja berbanding kawan-kawan serumah yang main 'dapur'.(istilah-istilah penghisap ganja).

aku bekerja di kilang membuat mangkuk tandas.setelah sebulan aku bekerja, ada seorang gadis kilang baru.Fullamakkkkk.. cantik bagaikan 'bidadari turun dari syurga' lah.
ramai lelaki miang yang nak memikatnya termasuklah zamri,tyan dan Amri. Tapi aku??? aku masih ada ego beb. Oleh kerana semuanya nak 'masuk jarum' maka kami pun buat satu taruhan.
Nama budak tu.. aku panggil Wirda sahaja kat sini.Dalam kami berempat.. akulah yang paling lemah bila nak bercakap dengan perempuan.Yang lain semua lelaki 'macho' hahaha.
Tyan mencabar aku sebagai orang pertama untuk memikat Wirda.Aku pun nak tak nak terpaksa sahut cabaran tersebut tetapi dengan syarat kawan-kawan aku berikan aku sedikit ganja bagi mendatangkan keberanian ku. hahahaha.
Memang benar, bila aku dah hisap ganja tersebut, aku jadi seorang yang berani untuk berhadapan dengan Wirda.(Jangan sesiapa meniru cara ini,kelak ketagih pasti lupa jalan pulang..insaf itu yang terbaik.cerita ini cerita pengalaman.ambil ikhtibar jalan terbaik) apa yang aku kata padanya???

"Assalamualaikum saudari, Mmmm saya yaya.. macam ni lah.. saya nak berkawan dengan awak.. maksud saya special.. Mmmm.. jangan berikan jawapan sekarang. saya tidak akan mengganggu awak.. selepas 2 minggu saya akan tagih jawapan dari awak.. awak fikirkanlah sama ada nak jadikan saya kawan awak atau tidak.ok.. assalamualaikum" aku terus beredar tanpa mendengar balasan kata-kata Wirda.hahaha.
Aku macam tak percaya dengan perwatakkan aku ketika itu...

selepas giliran aku, rakan-rakan serumah aku yang lain pun mencuba nasib dengan pelbagai gaya.Dan dalam masa 2 minggu aku lihat berbagai-bagai teknik mengurat dari kawan-kawan aku yang lain.Aku buat 'donno' sahaja sehinggakan Zamri rasa yang dia pasti akan mendapat Wirda dan wang taruhan pasti jadi miliknya.Aku cakap dengan kawan-kawan aku, tunggu sahaja seminggu lagi setelah zamri beria-ia menyatakan dialah orang pertama dapat memikat hati Wirda.

Setelah masuk 2 minggu, Wirda sendiri datang kat aku sambil mengajak minum pagi jam 9 di warong berdekatan.Zamri dah masam muka hahahahaha. aku boleh ketawa besarlah.. dan aku boleh makan satay kajang bersama duit taruhan aku hahahaha.
tidak lama perkenalan aku dengan wirda atas cabaran dan wang taruhan itu. Aku punyalah bangga bila berjalan dengan wirda disebelah aku sehinggakan supervisor pun naik jealous kat aku. Zamri lagilah bertambah jealous sehinggakan tak menegur aku.Satu hari abah suruh aku balik kampung.. dia belikan aku sebiji motorsikal suzuki RC80. aku punyalah seronok tapi dengan bersyarat. aku akan dapat motor tu jika aku sambung belajar balik. Masa tu bulan 7 tahun 1989.Aku disuruh ambil SPM sekali lagi. aduh!! gila sungguh.. ambil SPM yang bukan dalam bidang aku iaitu sastera.dan peperiksaan SPM juga semakin hampir.Tapi demi tidak menghampakan abah, aku turuti jua.

Aku tinggalkan Wirda.tinggalkan rakan-rakan.tinggalkan dunia yang entah apa-apa.Aku masuk sekolah swasta iaitu sekolah Menengah Pendita Muar.
Aku macam biasalah.. cepat dapat kawan.. dan ada yang mengenali aku sebagai pemain bolasepak lantas aku terus dapat wakili sekolah pendita didalam acara bolasepak huhuhu.
dan ketika itu aku kenal dengan 2 orang pelajar iaitu Yati dan Raihan. Mereka berdua dalam jurusan sains. Raihan anak cikgu. Yati budak Kota Tinggi yang hitam manis. Mereka jauh berbeza dengan Wirda kerana wirda putih dan cantik. kadangkala bila habis sekolah aku akan menghantar yati naik motor kerumah sewanya. tapi dia duduk atas motor bukan macam orang lain menunggang motorsikal.Dia duduk macam duduk atas basikal.Maksudnya, dadanya tidaklah berada dibelakang badan aku.macam mana aku nak cerita yek!! faham-faham jek lah.
perhubungan aku berjalan dengan baik.Namun bagi aku ia hanyalah sekadar sahabat.Raihan pula.. malas nak ceritalah hihihihi.

Aku akui bahawa Yati memang dah tertarik dengan aku.Mungkin aku pandai buat 'joke' dan pandai buat karangan sekolah.selain dari dia ada juga 'Saniah'(dia ni cantik.. tapi seperti wanita polos) maksud aku terlalu kekampungan. kalau tak dah tentu dia pun aku sambar. dan sejak bertemu dengan wirda, aku mula jadi 'mat romeo' hahahaha. aku mula kumpulkan kenalan wanita dalam diam-diam sehinggakan kawan adik aku pun, aku jadikan 'mak we' juga hahahaha.
seronok kawan dengan perempuan ni ialah kerana mereka mudah memberi. maksud aku bab makan minum, aku confirm dapat makan free hahahaha.Tak berubah juga aku ni.
cuma kenakalan aku dah mula 'advance' hihihihi.

tamat sahaja SPM... aku dapat tawaran Politeknik Kuantan Pahang(polisas). Ayoyo... banyak jauh maaa.
keputusan SPM aku pun belum keluar, macam mana aku dapat tawaran masuk politeknik?
rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku pernah 'apply' politeknik dengan sijil SPMV aku.
aku pun pergilah ke politeknik.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran