Jumaat, 27 Jun 2008

CahayaPetunjukAllah.

Pada tahun 1993 aku diterima kerja di sebuah syarikat Telekomunikasi.Aku mula kerja sebagai seorang 'technician' di Jalan Semarak.ketika itu usiaku 21tahun.Aku bersama sahabat karib semasa mengaji di Politeknik berada didalam satu jawatan yang sama.Aku,Rosli,Rahmat dan Wak Dol adalah sahabat karib.Rahmat semasa di 'Poli' ambil bidang komputer. Aku,Rosli dan Wak Dol dalam kelas yang sama.Kami semua diterima bekerja sebagai 'Technician'.Aku dan Rosli berlokasi di Semarak.Wak Dol dan Rahmat di PJ.

Rahmat berasal dari Aceh Indonesia.Tapi sudah bermastautin di Malaysia dan mendapat kad pengenalan sebagai penduduk tetap.rahmat seorang yang baik dan sering bersamaku kemana sahaja.Peringkat awal kerja aku menumpang di rumah abg Uda di Flat Loke Yew berdekatan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka,juga berdekatan dengan Stadium Merdeka.Aku bersama Seli hanya menumpang sebulan sahaja sebelum kami menyewa sebuah bilik Asrama di Jalan Semarak..

Kami duduk di bilik asrama hanya bertahan dalam setahun sahaja sebelum kami menyewa sebuah rumah di Pantai Dalam. Aku,Wan,Wak Dol,Rahmat dan Rosli satu rumah.

Bermula di tempat kerjalah aku dibukakan satu cerita mengenai Makrifatullah yang telah lama aku tulikan diri mengenainya.Di tempat kami ada seorang Uztaz yang selalu juara 'musabaqah' peringkat jabatan-jabatan kerajaan.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari Uztaz tersebut memanggil aku sejurus aku keluar dari pintu bilik pejabat.

"Hei.. kamu mari sini... " panggil Uztaz tersebut.

"Mmm, ada apa Uztaz?" aku bersama rosli pandang satu sama lain.

"Begini, saja saya nak uji kamu berdua.cuba kamu baca ni..." dia menyuruh kami membaca satu tulisan jawi bismillahirahmanirahim.Kami pun bacalah.lepas tu dia soal lagi.

"berapa huruf di tulisan ini?"

aku bab baca memanglah boleh tapi bab kira mengira huruf ni selalunya 'fail' hahaha.
Namun aku dan Seli cuba mengira berapakah huruf tersebut.Belum habis kira aku seperti tahu berapakah hurufnya lalu..

"kalau tak silap saya Uztaz ada 19 huruf.." jelasku.

Uztaz sudah mula melebarkan senyumannya.

"agak-agak kamu berdua.. benarkah ayat ini ada 19 huruf?" soal Uztaz itu lagi.

"tak benar kerana ada huruf yang tersembunyi di sini yang menyatakan Rahman dan RahimNya.." aku lancar berkata.Dalam masa sama aku pelik dengan diriku sendiri kerana boleh menjawab soalan tersebut yang membuatkan Uztaz itu terkejut.

"Saya dah agak.. kamu berdua memang tahu jawapannya.Pada diri kamu ada Nur yang menerangi.Kamu pernah baca buku 'Hakikat Insan'?"soalnya lagi.

"belum" serentak kami menjawab.

"kamu photostat buku ini dan kamu baca.kalau tak faham jumpa Uztaz."

Dan bagiku ini adalah satu cahaya petunjuk dari Allah.Dan bermula saat itu aku mula mencari pengertian Cinta yang sebenarnya.

Aku masih ingat ketika usiaku 11 tahun.Abah membawa aku dan adik pergi ke Kuala Lipis Pahang untuk berjumpa dengan salah seorang saudara abah.Perjalanan ke Kuala Lipis memanglah jauh.Jalan yang menakutkan kerana melalui hutan tebal.Mungkin masih ada sakibaki komunis yang tinggal dihutan.Sepanjang perjalanan aku dan rina menjadikan ruang didalam kereta tempat kami beradu suara.Kami nyanyikan lagu Alleycats dan macam-macam lagu.. kadangkala dikir barat pun kami sapu.Bila dah gelap,aku dan adikku tidur sakan didalam kereta.Sampai di Kuala Lipis, aku segarlah balik.Saudara abah aku panggil dengan panggilan Pok De Mat Nor. Dia mempunyai ilmu makrifat yang tinggi.Abah selalu bertukar pendapat dengannya.Aku waktu itu 11 tahun. apalah yang ada pada diriku ketika itu kecuali didalam kepala penuh dengan idea nak bermain sahaja.Namun ada juga aku dengar tentang sifat 20 dan berbagai-bagai cerita agama.Pok De Mat Nor sudah sampai ketahap 'kasyaf'.Kasyaf adalah satu anugerah dari Allah untuk melihat sesuatu perkara yang tidak boleh dilihat oleh mata zahir kita.
Pandangan mata orang-orang yang 'kasyaf' boleh menembusi tembok atau pun sebalik pakaian kita, malah boleh tahu apa yang akan berlaku pada diri seseorang itu.Kelebihan ini tidaklah ramai orang memilikinya.Hanya untuk orang-orang yang beriman kepada Allah jua yang merasai nikmatnya.

Dan aku masih ingat lagi Arwah Abg Chik bercerita bab ilmu dengan anak muridnya.Semua itu terus terngiang-ngiang ditelingaku setelah Uztaz tersebut membuka sedikit hijab yang telah menghijabkan diriku selama ini.Hanya perkataan Bismillahirahmanirahim telah membuka segala hijab yang menghalang antara aku dan penciptaku.Aku amat bersyukur pada Mu ya Allah.

Jadi.. aku haruslah berguru jika mahu mendalami ilmu makrifatullah ini..
Dalam diri manusia itu tidak akan lari dari Syariat,tareqat,hakikat dan makrifat.
Nak berguru dengan siapa?

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran