Isnin, 23 Jun 2008

1971

Pada waktu matahari menjangkau langit.. Mak asyik bermain congkak bersama abah di ruang tamu.Kadangkala wajah Mak berkerut seperti menahan sakit.. mungkin tanda-tanda kelahiran seorang bayi akan menjelma.Abah pula asyik dengan bermain congkak 9 lubang tanpa sedar akan keadaan mak.

"Abahnyer.. rasanya saya dah nak bersalin ni... tolong panggilkan mak bidan.." tiba-tiba mak menyapa abah yang asyik bermain.

"apa!!.. dah nak bersalin???!! Derissss... oooo.. Deris.. kau pi panggil mak bidan cepat.. mak kau ni dah sampai masanya.." jerit abah pada anak keduanya...

senyap.

Mak nampak tenang walaupun saat-saatnya hampir tiba.
'manalah pula mak bidan ni... lambatnya.. kan dia dah tahu waktunya..' hati mak berkata-kata.

"awak boleh bertahan ker Maknyer.." sapa abah didalam kerisauan.

"Insya'allah boleh abahnyer.. nikan anak yang ke 15 kita.. , awak tu.. pergilah ambil air panas kemari... sediakan gunting ker.. macamlah awak tak biasa.. karang mak bidan tak datang.. abahnyerlah jadi bidan ni hah" Mak memberikan sedikit arahan kepada abah yang mudah rasa panik.kadangkala mak terasa lucu melihat keletah abah yang bagaikan 'kucing nak beranak'.
Abah dah semakin panik, berjalan kehulu-kehilir...

"Leha.. tolong mak kau ni.. asyik terperap jek dalam bilik tu... mana balqis dan yati... puzi kat mana pula... selalunya riuh dalam rumah ni.. hah! Nurr... tolong pasang radio tu kuat-kuat.. sekejap lagi pesalah-pesalah tu dah berbaris kat depan rumah... nanti dia dengar bunyi budak nanti.. banyak pula ceritanya." jerit abah berikan arahan pada anak-anaknya bagaikan sarjan di medan kawat.

Rumah yang didiami kami berhadapan dengan Sekolah Hendry Gurney Telok Mas Melaka.Sekolah ini adalah sekolah 'budak-budak jahat' yang mempunyai rekod jenayah remaja atau dikenali sebagai kes juvana.Abah pula bekerja sebagai warder penjara yang mengajar budak-budak sekolah tersebut didalam bidang pertukangan.

"mak.. ni air panas... tuala dan lampin putih." zaleha anak ke lima Abah dan Mak membawa sebesen air panas kedalam bilik. Mak telah dibawa abah kedalam bilik berhadapan ruang tamu.

"Leha.. kau tengok abah kau tu.. aku yang nak beranak tapi dia pula yang macam cacing kepanasan.." mak sempat berseloroh dengan kak leha.

Tiba-tiba.... aduhhhhh!.. mak mengaduh.

"Abahhh!! kepala adik dah keluar ni... macam mana ni..!!" jerit kak leha.

abah bergegas kebilik. 'apa benda laaa aku nak buat ni' jerit hati abah.

"Deris mana.. deris mana.. dah bawa mak bidan ke belum? hishhh budak ni.." mulut abah macam bertih goreng. Namun tangannya cekap menyambut satu kelahiran. Azan zohor berkumandang. dan waktu itulah seorang bayi dilahirkan bersama tali pusat yang membelit tubuh badannya.Namun yang peliknya.. ia tidak disambut dengan teriakan bayi tersebut.
Matikah???
Wajah bayi putih membiru.

abah semakin panik namun Allah memberikan jalannya.Abah teringat akan satu rencana yang disiarkan didalam Television ketika itu.Abah mengambil bayi tersebut lalu dipegang kakinya.Kepala bayi dibiarkan terjuntai kebawah.lalu dengan bacaan bismillah... abah memukul punggung bayi. bayi tersedak lalu tangisan pun bergema didalam ruang rumah.Alhamdulillah.
dan bayi itulah aku yang dikenali sebagai kehidupan.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran