Khamis, 26 Jun 2008

Sekolah Menengah.

Aku mula memasuki alam remaja.Benarkah?!! entahlah!!
Apabila kakiku memasuki alam persekolahan di Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Dato Sri Amar Di Raja, aku merasakan diri lain dari budak sekolah rendah.kerana apa??!
kerana pakaian sekolah yang lain.Seluar Sekolah berwarna hijau dan pastinya adalah seluar panjang dan bukan lagi seluar pendek.Kalau semasa sekolah rendah, aku memakai seluar pendek berwarna biru.Kini aku memakai seluar panjang berwarna hijau.

Dan buat pertama kalinya aku menghuni didalam kelas dimana separuh murid didalam kelas tersebut adalah bukan kaum sejenisku.Selama 6 tahun aku bersekolah bersama teman-teman lelaki, kini semuanya sudah berubah belaka.Boring sungguh rasanya bila sekelas dengan perempuan-perempuan ni.Didalam kelas kami ada seorang wanita bernama Monalisa.Wajah dia biasa-biasa sahaja.Aku berada didalam kelas 1 perdagangan 2(1P2).Memang boringlah..
teman-teman lama ku pun dah tidak sekelas denganku lagi kerana mereka kebanyakkannya memasuki kelas seni perusahaan.Untuk mengetahui jurusan kita di sekolah menengah ini, kami menduduki peperiksaan terlebih dahulu.Peperiksaan lebih kepada soalan IQ test. Kalau melibatkan matematik, aku anggap kacang jek lahh... dan ternyata aku berjaya untuk berada didalam bidang perdagangan ketika itu.Tapi bila aku lihat teman-teman ku yang lain berada didalam kelas seni perusahaan.. aku kecewa membuat ujian dengan bersungguh-sungguh sebelum penentuan kelas kami. hampeh!!!

Bila sudah berada didalam kelas perdagangan ini, teman-teman baik aku mula menjauhkan diri dari aku.. uwarghhhhhhh...
Diorang kata.. kelas seni perusahaan tak boleh 'join' dengan perdagangan. haru sungguh pemikiran mereka.Oleh kerana itu aku pun terpaksa mencari teman-teman baru.Berbalik kisah Monalisa... aku memang boring dengan dia.. perangai macam lelaki.Berani pula tu.

satu pagi.. aku datang kekelas awal. aku lihat kipas tidak dimatikan.Fuhhh!! sejuk gila lah aku ketika itu lalu aku mematikan suis kipas.Selang beberapa minit kipas tu berpusing balik dengan kelajuan maksima.Naik angin lah aku. siapalah mamat yang berani mencabar aku?!!
aku tutup balik suis kipas tu. lepas tu aku usha dari jauh,melihat siapakah mamat yang nak menghidupkan balik suis kipas tersebut. sekali aku lihat.... budak perempuan yang dipanggil mona dahhhhh...
Dia tunggu jek kat suis kipas tu. Aku punyalah angin. Dengan langkah panglima aku terus pergi kesuis kipas untuk mematikannya.

"Hello, cik abang!! nak buat apa datang kemari..?? nak tutup kipas ker?? kita orang panaslah." selamba jek si Mona ni 'sound' aku.langsung tidak rasa takut. bertuah punya budak.

"aku sejuk lah.. kau tak mandi pagi apa?!!" balasku marah.

"aku tak mandi ke, aku mandi ke.. apa kau peduli.??!!" dia menjawab dengan wajah yang tak tahu malu.

"Aku tak kira.. aku nak tutup juga suis kipas ni.." bantah aku lalu menolak tubuhnya ketepi lantas aku tutup suis kipas.Mona ni bukannya tahu malu.. dia datang kat aku terus membalas tolakan aku.Bertambah geramlah aku... Apa lagi.. aku terus tolak dengan kedua tangan aku yang tanpa sengaja telah menyentuh 'dua bukit kecil' di tubuh badannya.
bila sahaja tangan ku menyentuh.. lantas aku tarik balik..(rasa lain macam lah pulak)..

"OOppppss sorry... aku tak sengaja..." balasku.

"Kau memang sengaja nak kenakan aku.. celaka kau... " balas Mona.

kawan-kawan sekelas yang lain pun bersorak sakan. Bagi lelaki tentunya berpihak kepada aku dan bagi perempuan sudah tentunya berpihak kepada Monalisa.

Tiba-tiba sahaja Mona menyerang aku dan menolak keras tubuh badan aku sehinggakan aku jatuh terduduk.Merah padam muka aku dibuatnya. Belum sempat aku menyerang balas, Cikgu Salmah masuklah pula.Hati aku punyalah geram sangat pada masa itu.

Pergaduhan aku dengan mona menjadi perbualan hangat.Si Mona ni pandailah pulak main drama airmata.Lantas aku dimarahi oleh cikgu Salmah.Nasib baik dia tak libatkan aku dengan salahlaku pencabulan. kalau tak.. habislah.Tapi aku bukan sengaja pun.. dan aku tak pernah berhadapan dengan perempuan 'singa' macam ni.Adikku punya lah sopan dengan aku.

Aku kena berdiri atas kerusi sekolah sehingga kelas sejarah tamat.lama tuuuuu...
Semasa aku berdiri, ada juga yang menyakat aku dengan si mona.. kadangkala aku terketawa sehingga terdengar oleh cikgu Salmah yang sibuk menulis dipapan hitam.Cikgu Salmah ni pun macam 'singa betina' gak... terdengar sahaja aku ketawa terus dia baling 'duster' kat aku.Nasib baik aku sempat mengelak.'Duster' tersebut terus terkena rakan sekelas dibahagian belakang.Satu kelas senyap sunyi.Aku dah tak tahan nak ketawa.

"Apa senyum-senyum... naik atas meja.. berdiri kat situ." jerit Cikgu Salmah.
hahahaha padan muka aku.
Itulah kisah aku di tingkatan 1.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran