Selasa, 24 Jun 2008

1978

Pertama kali aku menjejaki alam persekolahan.Satu alam yang amat indah berbanding alam-alam yang lain.kerana apa?? kerana aku tidak terlalu diasak dengan fikiran-fikiran yang menyesakkan jiwa hehehe...

Yang aku tahu ketika ini ialah pergi sekolah dan bertemu rakan-rakan yang lain... untuk apa?
untuk bermain.Darjah satu... ia didalam darjah satu ini, aku dapat mempelajari pelajaran baru.
didalam darjah satu ini juga aku dapat teman baru. dan yang penting teman-temanku adalah kaum sejenisku hihihi mudah nak bermain,ketawa,menjerit sesuka hati.

jarak rumah ke sekolah terlalu jauh, lebih kurang 7 ke 8km.Abah akan menghantar aku ke sekolah dengan sebuah kereta peugeot lama.namun kadangkala abah juga sesekali menghantar aku dengan motorsikal capok.kesian kat abah.. sejak pencen dia menguruskan perniagaan perabot di rumah.Abah memang cekap buat perabot.. almaklumlah cikgu pertukangan.semua jenis kayu abah tahu.

semasa darjah satu, subjek yang paling aku minat adalah bahasa malaysia hihihi.. biasalah sebab aku orang malaysia.selain bahasa malaysia aku minat didalam matematik.
tapi subjek yang aku lemah adalah bahasa penjajah.aku benci dengan bahasa penjajah hanya kerana pernah mendengar cerita Atok Lebi.
Atok Lebi adalah mak tiri kepada abah iaitu isteri kedua Atok Hj Hadi(ayah abah).
Mak kandung abah adalah Tok Umi yang telah meninggal dunia pada tahun 1968 akibat sakit tua.

Atok Hj Hadi pula meninggal dunia pada tahun 1929 ketika abah berusia 9 tahun.So ketika ini aku hanya ada seorang atok iaitu Atok Lebi. Namun begitu perhubungan aku dengan Atok Lebi tidaklah seperti yang lain kerana abah pun jarang sekali nak jumpa dengan Tok Lebi ketika hidupnya kecuali perkara-perkara penting sahaja.

Jadi ketika abah berjumpa dengan mak tirinya iaitu Tok Lebi, dia pasti membawa aku sama.Dan ketika itu aku tidak akan melepaskan peluang mendengar cerita di zaman perang.. cerita tentang betapa rakusnya penjajah di zaman itu.
ermmm.. dan hanya sebab kecil itu aku lantas mengutuk bangsa penjajah.

berbalik kisahku di darjah satu... oleh kerana aku ni memang dah malas nak belajar bahasa penjajah.. lantas tiap kali ada kelas bahasa tersebut, aku akan di hukum berdiri di tengah panas dengan rambut di ikat di atas kepala.. hahahaha.
semua teman-temanku akan tersenyum sinis memandangku hihii.. tapi aku bukannya tahu malu sebab teman-temanku juga kaum sejenisku hihihi.

Di waktu rehat, kami akan bermain sepuas-puasnya.satu perkara lagi ialah aku berada didalam darjah 1B. Dalam darjah 1B ni, memang ramailah budak-budak yang cerdik pandai.. cuma aku jek tak pandai-pandai hihii asyik main jek.
lastly, bila exam dah habis, aku dapat no ke-3 tercorot dalam kelas huhuhuu lantas diturunkan kedalam darjah 2C.

DARJAH 2 Tahun 1979

aku mula sedar sedikit setelah kena belasah dengan abah bila tunjukkan report card yang bercolor merah di setiap markahnya kecuali 2 subjek je yang berwarna biru iaitu subjek bahasa melayu dan matematik dimana aku dapat 100% hihihi.

subjek lain semua warna merah sebab warna merah memang menjadi kegemaranku.
Dan dengan warna kegemaran itulah aku dimarahi oleh abah sehingga report card aku di baling kelantai. maka berjujuran airmatalah aku sebab abah tak mahu tandatangan di atas report card tersebut.. uwarghhhhhhhhh!!!!!!

Disebabkan Abah tak mahu menandatangani 'report card' tersebut maka aku dengan lomah longlai mengadu pada mak.. apa lagi.. mulut mak pun macam peluru 'mesingun' yang merobek mangsanya... tapi didalam 'marah-marah' mak.. tangannya tetap menandatangani report card aku.Tandatangan mak 'very simple' sebab mak menulis namanya dengan tulisan jawi hihihihi.
didalam darjah 2.. aku bertekad untuk jadi baik..(konon2nya dah sedar).
dan berbekalkan keyakinan.. aku pun mula menjadi budak baik. tiap kali ujian di adakan.. aku pasti berada didalam top 5.fuyooooooo..

exam pertengahan musim, aku dapat no 2 dalam kelas.dan exam akhir musim aku dapat no 1 dalam kelas.dan yang paling mengejutkan ialah aku lulus didalam bahasa penjajah iaitu 50% hahahaha.. at least warna biru.cuma aku sedih sebab tak dapat warna merah kegemaranku...
dan didalam darjah 2 juga aku pernah kena tampar dengan cikgu sekolah... sebab apa??
sebab aku terlibat didalam pergaduhan beramai-ramai dengan budak darjah 6.
samseng beb!!!..

kisahnya begini :

walau pun aku berada didalam darjah 2, namun aku telah join dengan budak2 senior dari aku. so teman-teman aku terdiri didalam darjah 2,darjah 3 hinggalah darjah 6.
kami berada didalam satu golongan atau kumpulan.aktiviti kami adalah bermain bola, police entry,ceper,capteh dan macam-macam lagi.
satu hari ketika kami bermain bola rounders... teman aku terbaling bola tersebut mengenai budak darjah 6 yang berada didalam kumpulan lain. lantas apa lagi.. pergaduhan pun meletus.
dan padang sekolah yang menjadi saksi pergaduhan beramai-ramai. akhirnya kami ditangkap cikgu sekolah. teman-temanku didarjah 2 mengatakan aku adalah ketua kumpulan mereka.. haruuuu sungguh. cikgu pun panggil aku.

"baru darjah 2, tak bersunat lagi.. dah nak jadi samseng sekolah.... " 'Panggg'!! satu tamparan mengenai pipi gebu aku... terasa bintang sudah berpusing kat atas kepala aku.

ada lagi satu peristiwa dimana aku ditangkap Cikgu Besar kerana buat bising.Ini disebabkan aku menghafal sifir 5 dengan lontaran suara yang kuat sambil berlagu.Kebetulan ketika aku menghafalnya.. kakiku melalui bilik cikgu besar tersebut.Apa lagi... Cikgu Besar yang dah sedia Besar itu pun memanggil aku lantas kena rotan huhuhuuu.

Bila mengingati zaman persekolahan... aku rasa macam ada satu daya tarikan mengenainya.Mungkin aku antara budak yang digemari teman-teman kerana kecelotehan aku membuat 'joke' dan selalu membantu rakan-rakan. Dulu budak-budak sekolah dapat makan percuma dari kerajaan di kantin Sekolah.kami akan di beri kupon makanan.
abah akan memberikan aku bekal duit 20sen sahaja kesekolah. 20sen kira besarlah juga sebab aku akan beli nasi lemak berharga 10sen dan air percuma. 10sen lagi aku main tikam-tikam nombor hihihihi. sekali tikam 5sen.
baki 5sen lagi selalunya aku beli gula-gula 5biji. lumayan dong!..

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran