Sukar rasanya bila lahir ke dunia tanpa kedua-dua atok ini.Aku sempat merasa ada Atok pun hanyalah seketika sahaja.itu pun dengan Atok Lebi iaitu mak tiri kepada abah.
Itu pun aku sedar bahawa aku ada atok ketika usia ku menjangkau 7 tahun ketika majlis perkawinan kakakku Siti Hajar bersama abg iparku Rahmat. Majlis tersebut cukup meriah dengan jemputan band luar.Masa tu penghujung tahun 70an maka lagu-lagu Uji Rashid dan Hail Amir memang cukup popular.lagu-lagu 60-an pun masih lagi segar terutama lagu S.Jibeng.
Di Malam hari di adakan Joget Lambak... memang cukup meriah ketika itu.aku menjadi pengapit kepada pengantin bersama-sama adikku rina.So aku seperti Raja jugalah pada hari tu hehehehe.
Oleh kerana abah ada pertalian dengan Menteri Besar Johor ketika itu.. majlis kami memang cukup meriah.Paluan kompang sudah menjadi adat bagi pengantin2 di area Johor.
dan ketika majlis sudah sampai kepenghujungnya.. kami pun masuklah tidur.
Esoknya aku ternampak seorang tua yang boleh di gelar atok sedang berbual-bual dengan abah serta mak.
aku hampiri mak lalu bertanya "Mak siapa orang tua ni?" kataku.
"laaaa.. bertuah punya anak.. inikan atok kau.. mak abah.. " jawab mak selamba.
aku juga yang terpinga-pinga.
"kan mak abah atok umi dah meninggal dunia?" bisik aku pada mak.
"Tok Umi tu.. mak kandung abah.. Tok Lebi ni mak tiri abah. Atok Hj Hadi nikah dua laaa"
mak menjelaskan keadaan sebenarnya.
aku menghampiri Atok Lebi sambil bersalam dengannya. aku dengan tak malunya terus duduk kat sebelah Atok Lebi.
"anak kau yang keberapa Yon?" soal atok kepada abah.
"lelaki bongsu mak... adiknya yang pompuan tu.." abah menjawab sambil tersenyum.
"dah besar cucu atok ni.." atok lebi mencium pipi aku yang gebu.
dan pada hari itulah aku rasa bertuah sebab masih ada atok lagi.Abah dan mak meninggalkan kami berdua kerana ada urusan di dapur.
" atok.. atok ceritalah pada Yaya tentang zaman dulu-dulu tok.." aku merengek manja dengan atok lebi.Dan atok lebi pun tidak menghampakan harapan cucu tirinya.
Walau bagaimana pun kasih aku tidak sampai kemana pun.. dan itulah kali terakhir aku jumpa tok lebi.dan cerita atok dizaman penjajah membuatkan aku benci dengan penjajah.
Atok Hj Abd Hadi.
Atok Hj Hadi lahir pada tahun 1871..(anggaran lebih kurang). Dia amat dikenali sebagai Syeikh Hj Abd Hadi kerana tugasnya yang membawa orang pergi Haji dengan kapal laut.Perjalanan dengan kapal laut rasanya makan masa berbulan untuk sampai ke Mekah.So atok Hj Hadi akan tinggal di Mekah selama 6 bulan sebelum belayar kembali ke Tanah Melayu ketika itu.
Atok Hj Abd Hadi mengaji ilmu agama sehingga di Mekah. Dulu kalau di Tanah Melayu, pengajian ilmu agama pondok yang terkenal adalah di negeri Kedah dan Kelantan.
Oleh kerana Atok mempunyai kelebihan makrifat yang tinggi maka dia di gelar Syeikh ketika itu.Memandangkan Atok terpaksa duduk di Mekah selama 6 bulan maka atok Hj Hadi membawa sama isterinya Tok Umi menetap di Mekah berdekatan Kaabah.
Rasanya tempat tinggal atok ketika itu, kini telah menjadi Istana persinggahan Raja Arab Saudi.saya dah lupa nama bukit tersebut.Yang pasti berdekatan dengan Ka'abah.Tok Umi sempat melahirkan beberapa orang anak di Mekah, cuma anak lelaki semuanya berkubur(mati keguguran) di bumi Mekah ketika itu kecuali anak-anak perempuan.Mak Ngah Lijah serta Mak Uda lahir di Mekah.
Namun setelah Tok Umi tahu bahawa Atok Hj Hadi menikah wanita lain(Tok Lebi) di Tanah Melayu maka Tok Umi pun segera mahu pulang ke Tanah Melayu. Orang-orang dulu kaya dengan pantun-pantun. Kalau ikut cerita Mak.. ketika Tok Umi tahu bahawa suaminya nikah lain maka berpantunlah mereka berdua. Betapa halusnya bahasa orang dulukala ketika meluahkan perasaan masing-masing.Tiada gaduh mahupun berperang suami isteri.
dan setelah pulang ke tanah melayu.. tok umi melahirkan 5 orang anak lagi iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan termasuklah abah.abah lahir pada tahun 1920.
Tok Umi mengaji ilmu agama didalam pengajian Tareqat Nasyabandiah sementara Atok Hj Hadi mengaji agama pondok sehingga ke Mekah dan Madinah lebih kepada makrifatullah.
Atok Hj Hadi meninggal dunia pada tahun 1929 ketika abah berusia 9 tahun.
Atok Hj Hadi memang suka bela burung.Pada suatu hari, Atok Hj Hadi melepaskan semua burung belaannya sambil berkata pada Tok Umi "masa kanda dah tiba.. jagalah anak-anak terutama si Man tu.. dia agak nakal sikit.Dulu masa kanda hantar dia ke Mekah.. dia buat hal kat sana.malu kanda dibuatnya dengan Syeikh-syeikh kat Mekah sana.tak tahulah apa nak jadi.harapan aku pada si yon tu jek lah.. harap-harap dia memiliki ilmu agama."
Tok Umi hanya berdiam diri dan mengetahui masa pemergian suaminya akan berlaku jua.
satu lagi cerita yang aku dengar... ketika atok Hj Hadi meninggal dunia... payung-payung kertas telah habis dibeli di kawasan bandar Muar.ramai yang mengiringi jenazah atok Hj Hadi sehingga ketanah perkuburuan disusuli hujan renyai-renyai.Dan burung belaan atok Hj Hadi juga mengiringi tuannya ke tanah perkuburan.yang peliknya liang lahad untuk Atok Hj Hadi sentiasa kering dan berpasir putih(walaupun hari hujan) sedangkan kawasan tanah perkuburan itu bukanlah jenis tanah berpasir.Atok Hj Hadi asal Bugis lima bersaudara.(sulawesi).Keturunan Daeng Chelak dan Raja Haji.
Atok Umi.
Atok Umi seorang yang penyayang.Dialah juga yang menghalang abah terlibat didalam politik pada zaman Tanah Melayu merdeka.Ketika itu abah memang cukup dikenali bersama-sama dengan Tun Ghafar Baba di Melaka.Masa itu Tun Ghafar Baba hanyalah guru sekolah biasa.Tun Ghafar Baba selalu menumpang kereta abah ketika berpolitik.Masa tu Tun Ghafar Baba tiada lagi kereta.Abah antara yang dicalonkan untuk pilihanraya namun atok umi melarangnya.
sepupu abah masuk politik di Muar dan telah berjaya menjawat jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 1970-an hingga 80-an.
Tetapi abah hanyalah seorang warder penjara di Hendry Gurney. Abah tetap patuh pada perintah ibunya iaitu Tok Umi.
Atok Umi rajin berzikir. semasa saat-saat kematiannya, atok Umi sempat mengait baju.setelah puas mengait, dia berbaring dan meletakkan jahitan serta jarum kait ditepinya. Dia sempat beritahu kepada anaknya iaitu MakNgah Lijah bahawa saatnya telah hampir.
Saya kurang pasti tarikh kematiannya yang sebenar.Atok Umi asal Tanah Melayu.
Atok Arah.
Atok Arah adalah mak kepada mak aku. Dia meninggal dunia di Jeddah pada tahun 1973 ketika saat nak pulang ke tanah air setelah mengerjakan Haji.
atok arah asal dari sumatera.
Atok Hashim.
Atok Hashim juga tinggi ilmu agamanya. Saat-saat kematiannya, dia sempat berkata dengan Abg Ngah bahawa saat-saatnya hampir tiba.Atok Hashim asal Bentan.
itulah serba ringkas tentang atok-atok ku yang aku sayangi.
Al Fatehah buat mereka semua.Betapa kasih aku dengan Atok-atok semua.. kasih lagi Allah kepada mu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan