Selasa, 24 Jun 2008

Arwah Abg Ndak

Arwah Abg Ndak adalah seorang abang yang amat menyayangi adik-adiknya.Dan dia juga adalah seorang abg yang sering menggembirakan adik-adiknya.Wajahnya yang tampan sentiasa menjadi kegilaan gadis-gadis masa mudanya.Dia sering bawa aku dan adikku berkelah di Tanjung Bidara Melaka.Dia sering menghantarku pergi 'tuition'. Dia sering menggalakkan aku belajar.Dialah abang yang paling aku sayangi.

Arwah Abg Ndak banyak berjasa pada Abah dan Mak. Tapi sayangnya kerana dia menghidapi penyakit liukimia.. ketika itu penyakit liukimia tidak ada ubat lagi.

Penyakit ini dimana darah putih melebihi darah merah.Didalam anggota badan kita, darah merah dan darah putih sering memerlukan.Selalunya darah merah lebih menguasai darah putih.aku pun tak tahu nak cerita kerana aku kurang bab-bab sains ni hehehe..

berbalik kisah abg ndak ku.. dia mudah lemah tubuh badan dan sering berbaring.Pada peringkat awalnya dia di rawat ke hospital Muar.Doktor menjangkakan Abg Ndak menghidapi Denggi berdarah.Namun penilaian itu meleset sama sekali.Doktor pelik dengan situasi penyakit yang di alami Abg Ndak lalu Abg Ndak di hantar ke Hospital Melaka bagi pemeriksaan lanjutan.Pihak Hospital Melaka juga buntu mencari jalan penyelesaian.Akhirnya Abg Ndak di bawa ke Hospital Universiti Petaling Jaya.Dan disanalah pihak Hospital menyatakan Abg Ndak menghidapi sejenis penyakit liukimia.Ketika itu tangisan Mak sudah tidak terkira banyaknya.Aku masa itu baru berusia 12 tahun.(darjah 6).Biasalah budak baru naik.. aku bukannya kisah sangat pun.. yang aku tahu berseronok dengan teman-teman sepermainanku.

Sebenarnya para Doktor di Hospital Universiti pun kurang pasti akan penyakit Abg Ndak.Cuma tiap-tiap bulan Abg Ndak akan di masukkan darah merah.Jadi terpaksalah mencari penderma-penderma darah merah jenis AB kalau tak silap.(aku tak ingat dah!).
Dalam masa yang sama Abg Ndak juga di bawa berubat secara tradisional.Biasalah.. bila dah jumpa Uztaz,tok bomoh dan macam-macam lagi.. depa menyatakan Abg Ndak di 'dengki' orang.
Ada yang menyatakan, orang yang 'buat' tu nak mengusung mayat adik-beradik lelaki kami.
Macam-macam cerita yang aku dengar ketika itu.

Pada hujung tahun 1983 Abg Ndak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1.25 tengah hari Jumaat.
Aku masih ingat lagi kata-katanya padaku ketika aku membasahi kepalanya dengan ketulan ais.
"Yaya.. aku rasa.. anak aku si Jiji tu.. bila besar macam kau agaknya.cuma aku harap kau tengok-tengokkanlah anak-anak ku bila dah besar nanti.Dan satu lagi yang kau perlu tahu..
carilah pengertian Muhammad ketika kau masih hidup.. dapatkan syafaatnya ketika kau masih hidup dan bukan masa kau telah mati.Kerana Muhammad hidup pada setiap umatnya.kau peganglah kata-kataku ini.Masaku tidak akan lama." kata-kata Arwah Abg Ndak masih lagi terngiang-ngiang di telinga kananku.. masa itu aku langsung tidak mengerti maksud kata-katanya.Kini alhamdulillah.. setelah melalui pahit getir didalam perjalanan ini.. akhirnya aku faham maksud kata-katanya.Subhanallah!!.

Ketika saat-saat nazak... Abg Ndak masih lagi tersenyum.Tangannya di kiam kan sendiri.Perjalanan kematiannya jelas dihadapan mataku ketika itu.Perutnya beralun.. dadanya berombak.Dan apabila lidahnya terangkat ke lelangit.. matanya ikut terangkat keatas seperti mengikut keluarnya roh dari ubun-ubun kepala.Dan berakhirlah riwayat Abg Ndak ketika usianya 32tahun.Isterinya meraung tangis.. dan mencapai kaki suaminya.

"Abang.. ampun kan zah bang... abang.. jangan pergi tinggalkan kami..." jerit isterinya.
Dan pada masa yang sama, mata Abg Ndak seolah-olah terbuka memerhatikan olah isterinya.
Lantas Abah menengking isterinya.

"Heii.. sudah jangan menangis.. nanti susah suami kau nanti nak pergi dengan aman. Rhedolah.. sabarlah.. izinkanlah Fuad pergi dengan aman." Abah dengan hati yang tabah menasihati isterinya.

Aku tahu.. hati Abah juga terasa sebal dan terusik dengan pemergian Abg Ndak.
Dialah pewaris Abah yang mahir didalam bidang perabot.Tetapi kini siapalah yang bakal menggantinya.Ukiran kayu Abg Ndak sentiasa mendapat tempat dihati pembelinya.
Ketika jenazah di bawa keluar dari rumah,kami semua terasa satu kehilangan... tiada lagi gelak ketawa, tiada lagi usik mengusik, tiada lagi nasihat dari seorang abang kepada adiknya.

Semasa tiba di perkuburan, Mak dan abah pelik kerana terdapat seorang pemuda berpakaian batik sedang membaca surah yassin di liang lahat Abg Ndak.Tapi tiadalah kami semua menegurnya.Setelah Jasad Abg Ndak di masukkan kedalam liang lahad. Maka Imam mulalah baca Talkin.Tamat sahaja Imam membaca Talkin, pemuda berbaju batik tadi tidak lagi kelihatan.Dalam masa yang sama mak dan abah terpandang satu cahaya keemasan terpancar dari kubur terus kelangit.Subhanallah!!! hanya segelintir orang yang ada di situ sahaja melihat kejadian itu.Yang pasti aku hanya melihat Awan melindungi liang lahat(kubur) arwah Abg Ndak, sedangkan di kawasan itu tiada pokok.Maka kubur arwah Abg Ndak menjadi redup dari pancaran matahari yang mula naik.Arwah Abg Ndak dikebumikan pada hari sabtu jam 10 pagi.
itulah kisah Abg Ndak yang aku kasihi.

AlFatehah buat Abg Ndak yang ku kasihi.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran