Isnin, 30 Jun 2008

Perjalananku.

Aku telah banyak bercerita.Bila jari sudah menari, sering lupa bengkang-bengkoknya tulisan.
Adakala cerita suram.. adakala cerita riang.. adakala cerita mendung.. adakala cerita dingin.
Adat orang bercerita, asyik dengan petah bicara.. bicara diulit seni.. seni bertukar bentuk.. bentuk terhasil madah.. madah terhias ilmu.. dan ilmu inilah menjadi satu perjalanan yang panjang dan wajib aku lalui.Dan dengan ilmu itu aku tahu pengertian pengalaman kerana pengalaman akan mematangkan diri yang kosong selama ini.

Perjalanan bermula di saat jatuhnya benih.. pertemuan sperma bertemu telur lalu lekat di dinding rahim seorang ibu.lantas selama 9 bulan 10 hari terlaksanalah satu lembaga manusia terbentuk dengan begitu indah sekali.Dan manusia ini lahir bersama janji-janji dari luth Mahfuz sebagai seorang khalifah di muka bumi bertuah ini.

Aku mengaji agama tidaklah seperti sang uztaz di pondok-pondok kecil atau sang uztaz lulusan Al Azhar. Aku hanya mampu sehingga darjah 3 Sekolah Agama Johor.Dan aku tinggalkan dunia agama itu.Namun asas-asasnya masih kukuh untuk aku berdiri sehingga kini.
Semasa aku di tingkatan 3.. aku sering membaca kisah-kisah para Nabi dan Para Wali.
Aku sudah mencari kitab-kitab tulisan rumi berkenaan sifat ketuhanan.Sehinggakan Cikgu kelas melarang aku membaca di usia semuda itu.Mengapa begitu?? seharusnya Cikgulah yang membimbingku kejalan yang di rhedoi.. tapi dilarang pula membacanya.

Ketika saat-saat aku berlibur bersama Arwah Abg Ndak.. ketika aku merawat kepalanya dengan ketulan ais.. dan ketika itulah kata-kata seperti 'silangkata' bermain dikotak pemikiranku ini hanya kerana persoalan tentang Muhammad yang di 'melodikan' oleh Arwah Abg Ndakku.

Semasa aku di tingkatan 4 dan 5, aku mengikuti sekumpulan pendakwah yang dipanggil 'Tabligh' bagi menyampaikan sirah-sirah agama kepada semua orang.Tapi puaskah aku???
aku tertanya-tanya pada diri, adakah ini yang aku cari??Mendakwah orang lain sedangkan diri sendiri tidak terdakwah olehku??!!!

Semasa aku di Politeknik Kuantan, aku sering bersama dengan sekumpulan AlArqam.Kerana pada masa itu AlArqam begitu popular.Namun puaskah aku??? adakah itu syarat-syarat untuk menjadi baik.. menjadi seorang mukminin yang Al-Amin???
Apa yang dikatakan baik dimasa kini hanya satu penipuan yang terang-terangan tanpa jujurnya.
Aku buntu didalam persimpangan perjalanan mencari kekasih yang hilang entah dimana....
Adakah cinta terhadap seorang wanita itu akan menerbitkan kasih sejati????Ahh hipokritkah aku dengan diriku sendiri.

setelah tamat SPM, aku bercampur dengan budak nakal yang kadangkala terlebih nakalnya dari manusia yang ternoda.Tapi betulkah aku seorang budak yang jahat???yer.. memang.. aku ingin tahu jahat itu macam mana.Oleh sebab itu aku 'join' mereka semua.cuma aku bentengkan diri dengan asas-asas agama agar aku tidak tersasar jauh.Aku jadi 'gengster'.. 'Paw' orang... dan mcm-mcm lagi aktiviti yg tidak sehat aku 'join'.Tapi untuk apa???

selama ini aku hanya tahu mengutuk orang yang buat jahat... aku hanya mengata pada mereka yang jahat.. tetapi aku tidak tahu pada saat itu naluri mereka memberontak.Berontak mahukan kebebasan.Dan aku sedar menjadi orang yang tidak baik ini banyak implikasinya.Pada satu ruang.. mereka 'enjoy' tapi pada ruang yang lain mereka 'sepi'.

Dan setelah aku kembali melalui landasan kebenaran.. aku akhirnya mengerti bahawa Allah tidak zalim.Allah memang jadikan yang jahat itu untuk yang baik.

'Tidakkah aku jadikan semua itu untuk orang-orang yang beriman'.

Dan ingatan lampauku mengenai Arwah Abah, Arwah Abg Chik dan Arwah Abg Ndak menerpa satu persatu seolah-olah menjadi 'guide' bagi aku melalui landasan lurus ini.Pengalaman bersama mereka adalah sesuatu yang amat berharga dan tidak boleh dijual beli.

Alangkah beruntungnya Arwah Abah mempunyai seorang ayah yang padat ilmu agamanya.Dan Alangkah untungnya Arwah Tok Hadi apabila mempunyai 2 orang anak yang mengikut langkah lurusnya.Arwah Abah dan Arwah Mak Ngah Lijah memang orang berilmu.Arwah Mak Ngah Lijah meninggal dunia di usia 97 tahun ketika didalam sujud kehadrat illahi menjelang subuh.

Dan aku???!! mengapa aku tidak menjadi seperti mereka yang mana bahasa arab langsung aku tidak memahaminya.Walaupun aku boleh baca Kitab AlQuran namun hukum tajwidnya sudah tentunya berterabur.Aku mencari Cinta yang terlalu besar kiranya...

Dan akhirnya atas nasihat Arwah Abah pada tahun 1993, setelah aku menyatakan keinginan mempelajari Tauhid.. lantas aku diberikan jalan.Pada mulanya aku mengintai peluang mengaji bersama Arwah Abg Chik yang meninggal dunia pada tahun 2002.Namun aku berpaling arah apabila satu lagi krisis keluarga berlaku.Lantas aku mengaji dengan Abg Ngahku.
Abg Ngah ku mempunyai perjalanan tauhid bersama anak murid Mufti Negeri Sembilan(dah Arwah dah Mufti ni yang dipanggil sebagai Syeikh Haji Ahmad Haji Muhammad Said).

Abg Ngah mengaji 'tareqat Ahmadiah' ini di Kuala Klawang ketika usia 18tahun lagi.Abg Ngah berulang alik setiap minggu dari Johor Bahru bersama 4 sahabatnya menaiki kereta ke Kuala Klawang.Di samping itu juga Abg Ngah mengaji agama dengan Abg Chik(adik iparnya).
Pengajian agama yang dimiliki Abg Chik dikenali sebagai 'Sirullah'.Pada hakikatnya semuanya sama sahaja cuma nama pengajian yang berbeza-beza.
Aku mula mengaji bersama Abg Ngah ketika usiaku 21tahun.. dah kira lewat sangat lah tu..

Aku di ajar cara solat yang betul.Cara beristinjak.Cara 'tukmaninah' yang tepat. cara penyerahan yang jitu.Di ajar pengertian syahadah dan cara penggunaannya.Aku di ajar cara berwuduk serta cara berzikir yang betul.

Subhanallah!!!! aku memang merasai nikmatnya berkali ganda dari apa yang aku tahu didalam Tabligh atau pun AlArqam.Aku tak dapat bayangkannya disini dan aku tak dapat nak menceritakan nikmat apakah yang aku alami ketika berkhalwat dengan Allah sebagai kekasih dimalam hari.Inilah rahsiaNya..... tak terkata.

dan aku dapat dalilkan apa yang aku pelajari di Mekah pada tahun 1994.

Ahad, 29 Jun 2008

Pengorbanan Abah&Mak

Aku amat beruntung kerana memiliki Abah.Aku rasa keluarga kami yang paling beruntung sekali terutama Mak yang memiliki suami setabah 'pendaki' gunung Everest.Sepanjang hidup bersama Abah,memang aku akui bahawa Abah terlalu banyak berkorban untuk anak-anaknya.Walau pun ada anak-anak yang tidak malu memohon pertolongan ketika 'ribut' datang ekonomi melanda keluarga masing-masing.Seharusnya anak-anak malu kerana sudah sampai masanya membantu abah yang besar pengorbanannya.Dan seharusnya anak-anaklah yang memberikan kasih-sayang berlipat kali ganda dari kasih sayang yang abah berikan selama ini.Ini tidak, semuanya seolah-olah mengambil kesempatan dari kelemahan abah yang terlalu terbuka mengenai soal kasih sayang terhadap anak-anak.Bila susah sahaja mulalah mencari abah seumpama abah itu 'Bank' untuk mereka.

16 orang anak... terlalu sukar membayangkan kesukaran abah dan mak meladeni setiap olah anak-anaknya.Saban tahun ada sahaja bunyi tangisan bayi merengek itu dan ini.Mungkin bagi mak dan Abah bunyi tangisan,rengekan kami adik beradik bagai satu irama yang mengasyikkan kerana tidakkah budak yang belum akil balikh itu sentiasa dimuliakan Allah?!.
Setelah Abah pencen dari menjadi 'warder' di Penjara Sungai Besi Kuala Lumpur, Abah pulang kekampung di Muar Johor sebagai satu tempat permastautin kami adik beradik.Abang dan kakakku sudah ramai yang mendirikan rumahtangga bersama pasangan masing-masing.Tinggalah anak-anak Abah yang ke 10 hinggalah yang ke 16 mengharungi alam persekolahan.Di tambah aku yang mula memasuki alam persekolahan di awalan tahun 1978 sementara adikku bersekolah 'tadika kemas' ketika itu.

Aku tak dapat membayangkan mak yang berwajah bujur sireh bersama uban yang memutih di kepala serta tampak jaluran-jaluran urat di tangannya cukup tabah melahirkan anak seramai 16 orang serta mendidik anak-anaknya agar menjadi insan yang sempurna dikemudian hari.Berbohonglah aku, jika mak tidak melalui saat-saat keperitan didalam melayani anak-anaknya dengan rahman dan rahim.Kerana sudah tentulah perwatakkan anak-anaknya berlainan antara mereka.Dan Mak haruslah membahagi-bahagikan kasih sayang itu sebaik yang mungkin agar anak-anak dibelai sama rasa.

Dan ketika Kak Long bersama Abg Long dengan kedegilan, aku dapat merasakan mak terlalu amat kecewa.
dan sejak krisis itu berlaku bertahun lamanya, aku akui mak terluka yang amat dalam.
Di tambah selepas itu krisis keluarga yang meruncing.. namun mak tetap tabah melalui kesukaran itu dengan hati yang tenang.Namun aku akui mak sudah cukup luka yang amat dalam.

Abg Zul yang muda belia sudah mahu menarik joran dan menyatakan bahawa umpan sudah mengena.Gadis pilihannya adalah gadis Kuala Klawang N.Sembilan.Mak menentang keras pilihan Abg Zul bukan kerana menyisihkan maruah si gadis, tetapi hanya kerana anaknya itu masih muda belia tanpa pekerjaan.Tapi Abg Zul terlalu pekat darah bugisnya, mengenepikan nasihat orang tua yang berpengalaman dalam hidup lalu menyusul kerumah gadis dan menyatakan diri sebagai 'anak angkat' merisik tanpa adat lalu menetapkan tarikh pernikahan sendirian. Mak akhirnya akur dengan permintaan si anak,Abah bertungkus lumus mencari duit hanya untuk mencapaikan tujuan si anak agar bernikah bagi mengelakkan maksiat berlaku.
Ahh!! kenapa anak-anak sering leka pada diri sendiri.Mereka ingat bahawa Abah dan Mak orang kaya gamaknya, sedangkan pada hakikatnya hidup sederhana.Mungkin Abah kaya dengan Tanah yang berekar-ekar namun itu semua akan menjadi hampa jika anak-anak sendiri tidak mahu usahakannya.Dan kekayaan Abah itu cukup 'sekangkang kera' buat anak-anak memilikinya apabila sampai waktunya kelak.

Memang Mak sudah lama terluka akibat olah yang dilakukan anak-anak terutama abg zul yang tidak sedar-sedar hingga kini.Terlalu besar pengorbanan Abah dan Mak, sehinggakan Abah menjual seekar tanah hanya untuk membawa semua anak-anaknya menjejaki Tanah Haram di bumi Anbia.
Lantas aku menjejaki Tanah Haram di Mekah bersama beberapa orang adik beradikku pada tahun 1994.
Seorang Abah yang sanggup menjual tanah hanya kerana mahu mengenalkan Mekah dan Madinah buat anak-anaknya.Kini semua anak-anak Abah dan Mak sudah menjejaki tanah bertuah itu.OOOhhh.. Abah.. kaulah seorang lelaki yang menggamit-gamit naluriku untuk lebih menjadi seperti engkau.

Dan apabila tahun 2003, Abah menghembuskan nafas yang terakhir, aku bagaikan patah sayap kananku.Gelak ketawa abah yang garau.. sendagurau dan sering berjenaka selamba denganku menggamit memoriku kini.
Nasihat Abah... Marah Abah... Terasa Abah memang sudah lali dengan diriku.Semasa hidupnya, dia tidak pernah memukulku kecuali ketika darjah satu..itu hanyalah sekali. Dan aku kini rasa terlalu rugi kerana tidak mendapat pukulan darinya sedangkan aku adalah budak yang nakal.Selalunya tanpa memukul pun Abah sudah boleh hadirkan rasa gerun kepada kami adik beradik hanya dengan kerlingan matanya.. hahahaha.Itulah kelebihan mendapat seorang Abah yang tua dan kaya dengan ilmu dunia dan akhirat.Petah mengutarakan pendapat politiknya.Rakus berhujah dan mengembangkan idea yang bernas tanpa sedikit menggugat emosi si pendengar.
Nantilah aku ceritakan tentang Abah ketika saat-saat pemergiannya.

Abah keturunan Bugis.Ayahnya seorang Syeikh yang menguruskan urusan pemergian Haji pada penghujung tahun 1800 dan awal tahun 1900.Pernah satu ketika tangan abah tangan keramat.Ada satu cerita di kawasan Melaka.
Aku tidak tahu dimana tapi ada satu warong berdekatan perkuburan pahlawan Bugis.Hujan renyai-renyai di tengah hari.Hujan panas agaknya.Abah berada di warong tersebut bersama rakan-rakanya.
"Kat kubur tu ada kubur seorang Pahlawan Bugis.Batu Nesannya dah tersenget.Ramai orang mau membetulkannya tapi tidak mampu berbuat apa-apa.Mungkin kubur itu kubur keramat.Orang yang mengganggunya pasti demam panas lalu mati dalam beberapa minggu.Atau orang tersebut di panah petir.Jadi tiada siapa yang berani mengusik batu nesan itu.Tinggallah ia didalam keadaan senget." jelas tauke warong pada Abah.
"Semua berlaku kebetulan sahaja tu.." bidas Abah.Tauke Warong terasa disindir.
"ye.. mungkin kebetulan." Tauke warong mengalah lalu beredar untuk membuat air permintaan pelangganya yang lain.
Abah bangun lalu ke tanah perkuburan tersebut walau hujan renyai-renyai.Abah pergi menuju ke batu Nesan pahlawan bugis lalu membetulkan keadaan batu nesan itu dengan amat mudah sekali.Dan Abah membaca Al Fatehah buat si mati dengan ikhlas.
Para pelanggan serta Tauke Warong melihat keberanian Abah lalu melaungkan nasihat agar jangan cari pasal.
"Biarlah dia yang buat sebab dia adalah salah seorang keturunan Bugis.." salah seorang orang tua yang berada di dalam warong bersuara.
Mereka yang lain pandang memandang antara satu sama lain dan akhirnya akur bahawa Abah mestilah salah seorang dari keturunan pahlawan tersebut kerana tiada kejadian apa-apa yang berlaku.

Ooooh.. Abah!! aku amat merinduimu disaat ini.Aku rindu dengan bicara politikmu.Aku rindu dengan luahanmu terhadap UMNO yang telah lari dari cabang nilainya.Aku Rindu saat-saat kau menghambur pujian pada Nik Aziz sedangkan kau adalah seorang pejuang UMNO ketika zaman mudamu.Aku lelah bila kau menyesakkan fikiranku tentang Dr Mahathir yang rakus dengan kemodenan.Ahhhh!! aku amat merindui mu ketika kau berbicara bab tauhid dengan ku.Bermuzakarah ilmu denganku.Walau pun kau telah tua menjangkau usia 80-an ketika itu, kau tetap menghormati pendapatku mengenai ilmu tauhid.. ilmu makrifatullah. Oooohhh Abahhhhh... sejak kehilanganmu.. aku bagaikan hilang teduh.Namun aku harus akur bahawa yang hidup itu pasti akan mati jua.
Al Fatehah buatMu Ayahanda yang tercinta.Aku berjanji akan menjaga permaisurimu dikampung.Aku akui permaisuri hatimu itu masih lagi mengingatimu dengn seikhlas hati kerana dialah isteri yang paling terbaik buatmu wahai ayahandaku.Walau pun kau telah pergi hampir 6 tahun.. aku dapat merasai seolah-olah kau sentiasa di sampingku.Dan aku berterima kasih kerana kau sempat membimbingku kejalan yang di rhedoi oleh Allah.Alhamdulillah.. semoga Abah akan ditempatkan di makam terpuji bersama-sama Rasulullah.

Jumaat, 27 Jun 2008

CahayaPetunjukAllah.

Pada tahun 1993 aku diterima kerja di sebuah syarikat Telekomunikasi.Aku mula kerja sebagai seorang 'technician' di Jalan Semarak.ketika itu usiaku 21tahun.Aku bersama sahabat karib semasa mengaji di Politeknik berada didalam satu jawatan yang sama.Aku,Rosli,Rahmat dan Wak Dol adalah sahabat karib.Rahmat semasa di 'Poli' ambil bidang komputer. Aku,Rosli dan Wak Dol dalam kelas yang sama.Kami semua diterima bekerja sebagai 'Technician'.Aku dan Rosli berlokasi di Semarak.Wak Dol dan Rahmat di PJ.

Rahmat berasal dari Aceh Indonesia.Tapi sudah bermastautin di Malaysia dan mendapat kad pengenalan sebagai penduduk tetap.rahmat seorang yang baik dan sering bersamaku kemana sahaja.Peringkat awal kerja aku menumpang di rumah abg Uda di Flat Loke Yew berdekatan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka,juga berdekatan dengan Stadium Merdeka.Aku bersama Seli hanya menumpang sebulan sahaja sebelum kami menyewa sebuah bilik Asrama di Jalan Semarak..

Kami duduk di bilik asrama hanya bertahan dalam setahun sahaja sebelum kami menyewa sebuah rumah di Pantai Dalam. Aku,Wan,Wak Dol,Rahmat dan Rosli satu rumah.

Bermula di tempat kerjalah aku dibukakan satu cerita mengenai Makrifatullah yang telah lama aku tulikan diri mengenainya.Di tempat kami ada seorang Uztaz yang selalu juara 'musabaqah' peringkat jabatan-jabatan kerajaan.
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari Uztaz tersebut memanggil aku sejurus aku keluar dari pintu bilik pejabat.

"Hei.. kamu mari sini... " panggil Uztaz tersebut.

"Mmm, ada apa Uztaz?" aku bersama rosli pandang satu sama lain.

"Begini, saja saya nak uji kamu berdua.cuba kamu baca ni..." dia menyuruh kami membaca satu tulisan jawi bismillahirahmanirahim.Kami pun bacalah.lepas tu dia soal lagi.

"berapa huruf di tulisan ini?"

aku bab baca memanglah boleh tapi bab kira mengira huruf ni selalunya 'fail' hahaha.
Namun aku dan Seli cuba mengira berapakah huruf tersebut.Belum habis kira aku seperti tahu berapakah hurufnya lalu..

"kalau tak silap saya Uztaz ada 19 huruf.." jelasku.

Uztaz sudah mula melebarkan senyumannya.

"agak-agak kamu berdua.. benarkah ayat ini ada 19 huruf?" soal Uztaz itu lagi.

"tak benar kerana ada huruf yang tersembunyi di sini yang menyatakan Rahman dan RahimNya.." aku lancar berkata.Dalam masa sama aku pelik dengan diriku sendiri kerana boleh menjawab soalan tersebut yang membuatkan Uztaz itu terkejut.

"Saya dah agak.. kamu berdua memang tahu jawapannya.Pada diri kamu ada Nur yang menerangi.Kamu pernah baca buku 'Hakikat Insan'?"soalnya lagi.

"belum" serentak kami menjawab.

"kamu photostat buku ini dan kamu baca.kalau tak faham jumpa Uztaz."

Dan bagiku ini adalah satu cahaya petunjuk dari Allah.Dan bermula saat itu aku mula mencari pengertian Cinta yang sebenarnya.

Aku masih ingat ketika usiaku 11 tahun.Abah membawa aku dan adik pergi ke Kuala Lipis Pahang untuk berjumpa dengan salah seorang saudara abah.Perjalanan ke Kuala Lipis memanglah jauh.Jalan yang menakutkan kerana melalui hutan tebal.Mungkin masih ada sakibaki komunis yang tinggal dihutan.Sepanjang perjalanan aku dan rina menjadikan ruang didalam kereta tempat kami beradu suara.Kami nyanyikan lagu Alleycats dan macam-macam lagu.. kadangkala dikir barat pun kami sapu.Bila dah gelap,aku dan adikku tidur sakan didalam kereta.Sampai di Kuala Lipis, aku segarlah balik.Saudara abah aku panggil dengan panggilan Pok De Mat Nor. Dia mempunyai ilmu makrifat yang tinggi.Abah selalu bertukar pendapat dengannya.Aku waktu itu 11 tahun. apalah yang ada pada diriku ketika itu kecuali didalam kepala penuh dengan idea nak bermain sahaja.Namun ada juga aku dengar tentang sifat 20 dan berbagai-bagai cerita agama.Pok De Mat Nor sudah sampai ketahap 'kasyaf'.Kasyaf adalah satu anugerah dari Allah untuk melihat sesuatu perkara yang tidak boleh dilihat oleh mata zahir kita.
Pandangan mata orang-orang yang 'kasyaf' boleh menembusi tembok atau pun sebalik pakaian kita, malah boleh tahu apa yang akan berlaku pada diri seseorang itu.Kelebihan ini tidaklah ramai orang memilikinya.Hanya untuk orang-orang yang beriman kepada Allah jua yang merasai nikmatnya.

Dan aku masih ingat lagi Arwah Abg Chik bercerita bab ilmu dengan anak muridnya.Semua itu terus terngiang-ngiang ditelingaku setelah Uztaz tersebut membuka sedikit hijab yang telah menghijabkan diriku selama ini.Hanya perkataan Bismillahirahmanirahim telah membuka segala hijab yang menghalang antara aku dan penciptaku.Aku amat bersyukur pada Mu ya Allah.

Jadi.. aku haruslah berguru jika mahu mendalami ilmu makrifatullah ini..
Dalam diri manusia itu tidak akan lari dari Syariat,tareqat,hakikat dan makrifat.
Nak berguru dengan siapa?

Cinta

Aku tak tahu saat mana aku jatuh cinta buat pertama kalinya.

Aku masih ingat ketika darjah 6, ketika sedang aku bermain di taman permainan sementara menunggu waktu persekolahan bermula, aku terdengar satu suara yg memanggilku di tepi taman permainan.Milik suara itu adalah seorang pelajar wanita yg baru pulang dari pengajian agama.
Aku memang terkejut kerana dalam ramainya kami.. dia memanggilku sedangkan aku tidak mengenalinya. Namun bagi tidak menghampakannya lalu aku menghampirinya..

" macam mana awak tau nama saya.. dan adakah awak kenali saya?" itulah soalan pertama aku padanya.
"awak kan yang bermain badminton di rumah yang berdekatan stadium Muar tu kan?" tanya dia padaku.Aku hanya menganggukkan kepala sambil ligat mengingati hari semalam.
"sebenarnya saya nak kenal dengan awak, nanti saya mlm ni saya call awak.. saya dah dapat no telefon rumah awak..923966 kan?" balasnya lagi sambil tersemyum lalu pergi.

Dan itulah pertama kali aku di sapa wanita yg bukan mahramku dan wanita itu pula mahu mengenali aku dengan lebih dekat.Aku akui,wanita yg masih keanak anakan itu memiliki paras wajah yg cantik, namun aku belum rasa tertarik kerana d pemikiran aku hanyalah bermain dan bermain dengan rakan sepermainanku.

Persoalannya adakah itu di panggil cinta?

Setelah aku menginjak usia ke sekolah menengah, dan buat pertama kalinya sekolah itu bercampur dengan pelajar pelajar wanita, aku sukar untuk berkawan dengan kaum wanita.Namun sedikit demi sedikit naluriku berubah.Dan di saat didalam desk ku ada sepucuk surat yg di tabur bedak didalamnya.. dan ketika itu aku hanya ketawa dan hairan.

Wanita... satu makhluk yg di ciptakan Allah untuk Lelaki.
Wanita... asalnya adalah dari tulang putih yang bengkok..
Wanita... yang dulunya adalah berada didalam tubuh seorang lelaki yang bernama Adam.
Wanita... Ciptaan yg cukup indah dari Allah untuk Lelaki.

Dan pada tahun 1989,

Aku mula tertarik dengan seorang wanita yg bernama Wirda .. tapi adakah itu yang dikatakan cinta.Sedangkan permulaannya aku cuma mengkagumi kecantikkan yang dimilikinya.Dan bermulanya aku berkawan dengannya hanya atas satu bentuk wang taruhan.
adakah itu yang dikatakan cinta??? sukar sebenarnya mendifinasikan istilah cinta.. atau ia dipanggil 'cinta monyet'??

Memang benar dia adalah wanita pertama yg dapat mengusik naluri seorang lelakiku.

Perkenalan kami berlanjutan sehingga aku di Politeknik Kuantan.Dalam masa yg sama aku berkenalan juga dengan wanita2 lain seperti Sam,Erin dan Ekin..

sebab tu sukar aku nyatakan Cinta yg sebenar. Aku akui bahawa Wirda adalah cinta pertamaku..
Namun percintaan kami tidak kekal kerana Wirda telah di pinang lelaki pilihan ibunya.Dalam masa sama hubungan aku dengan wanita lain juga terputus di tengah jalan.

Aku merajuk membawa diri. dan aku dapat bekerja di sebuat syarikat Tekomunikasi.Alhamdulillah.
Allah hadirkan wanita2 ini semua hanya utk aku mengenali apa itu cinta sebenar.
Dan dari sudut hatiku berkata" Cinta yg sebenar adalah cinta illahi"

dan jodohku bukan dengan mereka semua tapi jodohku telah di tentukan Allah dengan isteriku kini,yg kecil molek.Di tambah isteriku ada kaitan persaudaraan yg telah terpisah lama.




Khamis, 26 Jun 2008

1989

Aku telah tamat ambil SPM dengan pangkat 3 huhuhuu(tak cukup group).
tapi aku bersyukur dengan 'result' tersebut.Walaupun ada sedikit hampa di perasaanku.Aku langsung tidak berminat memohon untuk belajar lagi ketika itu. Aku rasa keputusan itu telah meranapkan segala impian dimasa depanku.Aku membawa diri ke Kajang Selangor.Duduk di rumah kakak di Kajang Selangor.Aku bekerja di Kilang 'chopstik' di Simpang Balak.Bermula sebagai pengangkut sampah.Gaji aku sebulan hanyalah dengan RM150.

Tapi aku tetap rasa 'happy'.Pada malam hari aku membantu seorang abang menjual burger di UPM. Upah aku semalam adalah RM20. Agak berbaloilah juga. RM10 aku habiskan untuk duit rokok aku.Masa tu aku dah dapat lesen penuh untuk merokok ..yahoooooo..
Aku menghisap rokok jenis 'Marlboro' dan kadangkala rokok jenis 'camel'.cuma sesekali aku tukar rokok jenis 'gudang garam'.Pada malam sabtu dan ahad aku mendengar Abg Chik mengajar ilmu agama bab Makrifat kepada beberapa anak muridnya.Dan daripada situlah aku rasa apa yang aku cari semuanya ada disini.Didalam pengajian makrifatullah.

Namun aku tidaklah berguru dengan abg chik secara rasmi.Anak murid Abg Chik ada seramai lebih kurang 10 orang.Ada seorang anak muridnya adalah orang nombor 2 didalam perguruan silat gayong malaysia.Namun setelah belajar ilmu agama, anak murid tersebut tidak lagi mempelajari silat tetapi menghambakan diri dengan ajaran ilmu agama.Subhanallah.

Banyak selok belok bab agama aku pelajari dari pendengaranku.
Dalam masa sama, kenakalanku tetap berterusan. Apa yang aku dengar pada malam hari hanya terkunci dimalam hari jua hahahaha.Maksudku, aku belum benar-benar insaf.
Setelah bekerja di Simpang Balak, aku terlibat dengan kumpulan 'gengster' di Balakong.Bab ini tak perlulah aku cerita. Tapi apa yang aku nak ceritakan disini ialah saat pertama aku jatuh cinta.Hahahaha.. akhirnya aku jadi budak jiwang juga.

Aku bertukar kerja dari simpang balak ke Balakong. Setelah berlaku krisis antara aku dan abg iparku.. aku menyewa rumah seramai 4 orang. Dimana didalam rumah ku ada seorang budak trengganu iaitu zamri dan dua orang budak selangor.Zamri seorang peminum. Tyan seorang kaki judi. Amri seorang budak yang 'cool' beb!!! dan aku seorang aku..hehehe.

Bercampur dengan mereka ini, aku di ajar menghisap ganja dan pergi ketempat perempuan lacur.Cuma aku tidak pernah berzina lagi ... alhamdulillah masih terpelihara iman ku. Dan aku juga tidak pernah minum arak seperti kawan-kawanku yang lain. Memang pelik. Bukan tidak teringin nak buat benda itu semua, tapi tiap kali aku nak laksanakan kerja-kerja tersebut, bagaikan ada sesuatu yang menghalang kerohanian aku untuk terjebak kedalam kancah maksiat.cuma yang boleh menggoda aku hanyalah ganja dan judi ekor. yer.. memang aku pernah hisap ganja tapi tidak seperti orang 'mabuk todi'. kerana kapasiti yang aku ambil terlalu sedikit.
aku cuma main 'balut' sahaja berbanding kawan-kawan serumah yang main 'dapur'.(istilah-istilah penghisap ganja).

aku bekerja di kilang membuat mangkuk tandas.setelah sebulan aku bekerja, ada seorang gadis kilang baru.Fullamakkkkk.. cantik bagaikan 'bidadari turun dari syurga' lah.
ramai lelaki miang yang nak memikatnya termasuklah zamri,tyan dan Amri. Tapi aku??? aku masih ada ego beb. Oleh kerana semuanya nak 'masuk jarum' maka kami pun buat satu taruhan.
Nama budak tu.. aku panggil Wirda sahaja kat sini.Dalam kami berempat.. akulah yang paling lemah bila nak bercakap dengan perempuan.Yang lain semua lelaki 'macho' hahaha.
Tyan mencabar aku sebagai orang pertama untuk memikat Wirda.Aku pun nak tak nak terpaksa sahut cabaran tersebut tetapi dengan syarat kawan-kawan aku berikan aku sedikit ganja bagi mendatangkan keberanian ku. hahahaha.
Memang benar, bila aku dah hisap ganja tersebut, aku jadi seorang yang berani untuk berhadapan dengan Wirda.(Jangan sesiapa meniru cara ini,kelak ketagih pasti lupa jalan pulang..insaf itu yang terbaik.cerita ini cerita pengalaman.ambil ikhtibar jalan terbaik) apa yang aku kata padanya???

"Assalamualaikum saudari, Mmmm saya yaya.. macam ni lah.. saya nak berkawan dengan awak.. maksud saya special.. Mmmm.. jangan berikan jawapan sekarang. saya tidak akan mengganggu awak.. selepas 2 minggu saya akan tagih jawapan dari awak.. awak fikirkanlah sama ada nak jadikan saya kawan awak atau tidak.ok.. assalamualaikum" aku terus beredar tanpa mendengar balasan kata-kata Wirda.hahaha.
Aku macam tak percaya dengan perwatakkan aku ketika itu...

selepas giliran aku, rakan-rakan serumah aku yang lain pun mencuba nasib dengan pelbagai gaya.Dan dalam masa 2 minggu aku lihat berbagai-bagai teknik mengurat dari kawan-kawan aku yang lain.Aku buat 'donno' sahaja sehinggakan Zamri rasa yang dia pasti akan mendapat Wirda dan wang taruhan pasti jadi miliknya.Aku cakap dengan kawan-kawan aku, tunggu sahaja seminggu lagi setelah zamri beria-ia menyatakan dialah orang pertama dapat memikat hati Wirda.

Setelah masuk 2 minggu, Wirda sendiri datang kat aku sambil mengajak minum pagi jam 9 di warong berdekatan.Zamri dah masam muka hahahahaha. aku boleh ketawa besarlah.. dan aku boleh makan satay kajang bersama duit taruhan aku hahahaha.
tidak lama perkenalan aku dengan wirda atas cabaran dan wang taruhan itu. Aku punyalah bangga bila berjalan dengan wirda disebelah aku sehinggakan supervisor pun naik jealous kat aku. Zamri lagilah bertambah jealous sehinggakan tak menegur aku.Satu hari abah suruh aku balik kampung.. dia belikan aku sebiji motorsikal suzuki RC80. aku punyalah seronok tapi dengan bersyarat. aku akan dapat motor tu jika aku sambung belajar balik. Masa tu bulan 7 tahun 1989.Aku disuruh ambil SPM sekali lagi. aduh!! gila sungguh.. ambil SPM yang bukan dalam bidang aku iaitu sastera.dan peperiksaan SPM juga semakin hampir.Tapi demi tidak menghampakan abah, aku turuti jua.

Aku tinggalkan Wirda.tinggalkan rakan-rakan.tinggalkan dunia yang entah apa-apa.Aku masuk sekolah swasta iaitu sekolah Menengah Pendita Muar.
Aku macam biasalah.. cepat dapat kawan.. dan ada yang mengenali aku sebagai pemain bolasepak lantas aku terus dapat wakili sekolah pendita didalam acara bolasepak huhuhu.
dan ketika itu aku kenal dengan 2 orang pelajar iaitu Yati dan Raihan. Mereka berdua dalam jurusan sains. Raihan anak cikgu. Yati budak Kota Tinggi yang hitam manis. Mereka jauh berbeza dengan Wirda kerana wirda putih dan cantik. kadangkala bila habis sekolah aku akan menghantar yati naik motor kerumah sewanya. tapi dia duduk atas motor bukan macam orang lain menunggang motorsikal.Dia duduk macam duduk atas basikal.Maksudnya, dadanya tidaklah berada dibelakang badan aku.macam mana aku nak cerita yek!! faham-faham jek lah.
perhubungan aku berjalan dengan baik.Namun bagi aku ia hanyalah sekadar sahabat.Raihan pula.. malas nak ceritalah hihihihi.

Aku akui bahawa Yati memang dah tertarik dengan aku.Mungkin aku pandai buat 'joke' dan pandai buat karangan sekolah.selain dari dia ada juga 'Saniah'(dia ni cantik.. tapi seperti wanita polos) maksud aku terlalu kekampungan. kalau tak dah tentu dia pun aku sambar. dan sejak bertemu dengan wirda, aku mula jadi 'mat romeo' hahahaha. aku mula kumpulkan kenalan wanita dalam diam-diam sehinggakan kawan adik aku pun, aku jadikan 'mak we' juga hahahaha.
seronok kawan dengan perempuan ni ialah kerana mereka mudah memberi. maksud aku bab makan minum, aku confirm dapat makan free hahahaha.Tak berubah juga aku ni.
cuma kenakalan aku dah mula 'advance' hihihihi.

tamat sahaja SPM... aku dapat tawaran Politeknik Kuantan Pahang(polisas). Ayoyo... banyak jauh maaa.
keputusan SPM aku pun belum keluar, macam mana aku dapat tawaran masuk politeknik?
rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku pernah 'apply' politeknik dengan sijil SPMV aku.
aku pun pergilah ke politeknik.

Sekolah Menengah bab 2

Setelah berakhirnya kes aku dengan Mona, aku mula sedar betapa bezanya bersekolah campur ni.Kalau di sekolah rendah dulu, aku tidak berhadapan langsung dengan perempuan-perempuan seperti Mona ni kerana sekolah kami memang kesemuanya lelaki.
cuma ada satu peristiwa dimana aku disapa seorang perempuan ketika kami bermain-main dipadang 'rahsia' kami.budak perempuan tu naik basikal dimana rasa aku, budak tu baru balik dari sekolah agama.Tiba-tiba tangannya menggamit aku.Masa tu aku darjah 6.Cantik gak budaknya.Kawan-kawan aku yang lain pun memandang aku macam tak percaya.

"Mmm.. nama awak yaya kan?" budak perempuan tu bertanyakan namaku.Ini sesuatu yang pelik.Dimanalah pula budak ni tau nama aku?? Misteri ni..

"Macam mana awak tau nama saya?" soalku inginkan kepastian.

"Saya Mira.. saya nampak awak bermain badminton di sebelah rumah saya kat stadium tu." jelas Mira.
Aku pun cubalah ingatkan kejadian tersebut.Akhirnya baru aku teringat minggu lepas aku ada pergi rumah bapa mertua Abg Ndak(masa tu arwah abg ndak belum meninggal lagi).Aku bermain badminton bersama-sama anaksaudara Kak Ndak.Tapi aku tak pastilah ada orang perhatikan aku ketika itu.

"Oohh yer.. saya baru ingat.. tapi saya tak nampak awak pun??" aku berkata jujur..

"saya lihat awak di sebalik tingkap.. saya dapat nama awak dari saudara awak Rizal.bila saya nampak awak dipadang ni lantas saya pun ingin menjumpai awak atas dasar persahabatan."

berani budak perempuan itu nak kenal dengan aku???

Aku dah mula rasa menggelabah.rakan-rakan ku yang lain dah mula membunyikan bermacam-macam irama seolah-olah menyindir aku.

"tak apalah kalau macam tu.. saya nak 'join' rakan-rakan saya balik" kata ku.

"tak apa.. awak pergilah tapi malam ni saya talipon awak.. bolehkan? budak perempuan itu minta izin.

"awak tahu nombor talipon rumah saya??" aku sedikit terkejut.

budak itu tersenyum lalu beredar.Akulah jadi lelaki yang pemalu hahahaha.
Tapi waktu itu aku bukannya tahu apa-apa pun.Dan apabila aku masuk di tingkatan 1.. aku dipertemukan pula dengan Mona si 'singa betina'.
hahaha memang padan dengan muka aku.

Aku menceritakan disini tentang pertemuan dengan Mira kerana dialah orang perempuan pertama yang ingin mengenaliku.Tapi sayang, aku bukan budak lelaki romeo laaaaa...
aku tak berminat langsung nak menjalinkan hubungan yang dipanggil cinta ketika itu.Bukan sahaja Cinta tapi nak berkawan dengan perempuan pun aku tak mahu.Cuma yang ada pada diri ku adalah Mak,kakak dan adikku rina.Yang lain aku 'boh layan'. hahahaha.
Bila Mira talipon aku pada malam hari... aku kata dengan dia, aku tak kenal dia langsung.noktah.
itulah aku ketika dizaman kanak-kanakku.

Di Tingkatan 2, aku di turunkan kelas dari 1p2 kepada 2p3 hihihihii. biasalah,budak malas belajar.Di Tingkatan 2, persepsi aku terhadap perempuan dah mula berubah.Aku sudah pandai melayan karenah-karenah perempuan ni terutama yang bukan muhrim hihihii.

kerana apa?? kerana Allah sudah mula hadirkan perasaan kasih dan sayang.Allah dah hadirkan perasaan cinta. Oleh kerana aku terlibat didalam beberapa jenis sukan terutama bolasepak dan hoki sekolah, maka aku memang dikenali ramai.Dan ramailah juga perempuan yang 'admire' denganku. ada yang bagi surat dan macam-macam lagi.Tapi aku tetap dengan diri aku juga.
Di Tingkatan 3 peperiksaan SRP semakin hampir. Aku masih lagi dengan aktiviti sukan yang padat. Dan akhirnya keputusan aku hanya sekadar lulus sahaja.(still gred A cuma aggregatnya terlalu jauh hahahha).

Aku ambil keputusan untuk berhijrah ke Sekolah Menengah Vokasional.Walaupun keputusan aku di tentang hebat oleh Abah namun aku tetap berkeras nak berpindah sekolah.Aku ditawarkan ke Sekolah Menengah Vokasional Segamat(sekolah asrama).Perjalanan dari Muar ke Segamat lebih kurang satu jam.

Peringkat awal di Sekolah Menengah Vokasional, aku dah kena 'ragging' oleh cikgu-cikgu dan pelajar senior.hampeh.Pernah aku kena nyanyi lagu Negaraku dihadapan pelajar senior.Kena basuh baju dan kain pelajar 'senior'.Kena belikan rokok dan macam-macam lagi.
Aku memasuki bidang Elektronik.Didalam kelas kami cuma terdapat 6 orang pelajar perempuan sahaja.Yang lain semuanya lelaki.Di Sekolah Menengah Vokasional, aku terlibat dengan perbahasan sekolah, pertandingan syarahan, AJK agama sekolah dan juga aktiviti sukan seperti bolasepak,badminton dan hoki.Aku juga masuk pertandingan catur dan sepaktakraw.
Memang aku gila sukan.Nasib baik bola jaring itu sukan bagi perempuan, kalau tidak dengan bolajaring sekali aku main hihihihi.

Di sekolah vokasional ini ada seorang cikgu yang bernama Toh Leong. Dia mengajar pelajaran teori dan lukisan teknik.Dia memang garang.Pernah satu hari aku terlupa nak siapkan kerja sekolah yang diberikan kepada aku.

"Hah.. mana dia lukisan yang saya suruh buat tu?' katanya kepadaku.

"saya tertinggal kat asrama cikgu.." aku berbohong.

"Apa!!! awak balik itu asrama... dan ambil lukisan teknik tersebut." perintah cikgu Toh Leong.

"ba..baiklah cikgu." lemah aku berkata.Aku rasa Cikgu Toh Leong semacam tahu aku membohonginya.

Aku melangkah lesu balik ke asrama sekolah. sampai didalam dorm aku terus baring di atas katil.Kenapalah aku tak siapkan kerja sekolah tu.Didalam hati aku, aku dah tahu yang aku akan kena sebat dengan rotan.Untuk mengurangkan kesakitan aku, lalu aku lapikkan buku dan kain dibelakang punggung aku hahahahaha.(jangan ikut cara aku ni).
lantas dengan langkah berani aku pun membawa kertas lukisan yang masih tidak disiapkan lagi kepada Cikgu Toh Leong.Dia punyalah marah kerana aku membohonginya.Dia suruh aku pilih rotan yang bakal menjadikan aku mangsa.Aku memilih rotan yang telag berbelah-belah dihujungnya.Aku disuruh menungging lalu dia sebat punggung aku sebanyak 3 kali.Aku pun buatlah menjerit kesakitan hahahaha. Sebatan kali ke 3.. entah macam mana rotan tu terlepas ke peha aku.. Wow!!! kali ni memang aku betul-betul punya raung hahahaha.

"saya tak buat lagi cikgu.." aku berjanji dengan cikgu Toh Leong.

Memang aku akui bahawa akui seorang yang nakal.
satu lagi peristiwa adalah di bulan puasa.sesiapa yang tak berpuasa akan ditangkap cikgu dan dihukum oleh cikgu agama.Satu hari pada waktu siang.. perut aku kena gastrik.. tapi aku takut nak makan lalu aku beli roti senyap-senyap dan makan didalam 'loker' baju. hahahaha. rupa-rupanya bukan aku seorang.. hampir separuh dorm kami tak berpuasa.Na'uzubillah.
semuanya jadikan almari tempat ruang untuk makan ketika tidak berpuasa.
Di tingkatan 5 aku mula insaf sikit. Aku 'join' budak-budak tabligh.pergi kemasjid dan berdakwah.Aku bukan yang dulu lagi.Aku berseban dan berjubah hihihihi.. kalau berserban mesti ekornya panjang hahahahaha.

Aku mula mengenal akan dunia luar apabila aku mengikut abang-abang atau cikgu berdakwah.
Bila aku balik ke kampung(rumah di Muar).. kakak aku pun pelik melihat aku.Kerana aku berserban serta mata bercelak. fuyoooooo.Perubahan aku telah menjadi satu kepelikan kepada kakak-kakak aku.Aku mulalah suka membaca hadis-hadis nabi dan bersyarah kepada kakak-kakak ku hahahaha. siapalah lagi aku nak bersyarah selain adik dan kakakku?
Memang hidup ini banyak mengajar aku tentang diri aku yang sebenar.
kadangkala kita rasa seperti mengenal akan diri kita.. tetapi sebenarnya tidak.

Sekolah Menengah.

Aku mula memasuki alam remaja.Benarkah?!! entahlah!!
Apabila kakiku memasuki alam persekolahan di Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Dato Sri Amar Di Raja, aku merasakan diri lain dari budak sekolah rendah.kerana apa??!
kerana pakaian sekolah yang lain.Seluar Sekolah berwarna hijau dan pastinya adalah seluar panjang dan bukan lagi seluar pendek.Kalau semasa sekolah rendah, aku memakai seluar pendek berwarna biru.Kini aku memakai seluar panjang berwarna hijau.

Dan buat pertama kalinya aku menghuni didalam kelas dimana separuh murid didalam kelas tersebut adalah bukan kaum sejenisku.Selama 6 tahun aku bersekolah bersama teman-teman lelaki, kini semuanya sudah berubah belaka.Boring sungguh rasanya bila sekelas dengan perempuan-perempuan ni.Didalam kelas kami ada seorang wanita bernama Monalisa.Wajah dia biasa-biasa sahaja.Aku berada didalam kelas 1 perdagangan 2(1P2).Memang boringlah..
teman-teman lama ku pun dah tidak sekelas denganku lagi kerana mereka kebanyakkannya memasuki kelas seni perusahaan.Untuk mengetahui jurusan kita di sekolah menengah ini, kami menduduki peperiksaan terlebih dahulu.Peperiksaan lebih kepada soalan IQ test. Kalau melibatkan matematik, aku anggap kacang jek lahh... dan ternyata aku berjaya untuk berada didalam bidang perdagangan ketika itu.Tapi bila aku lihat teman-teman ku yang lain berada didalam kelas seni perusahaan.. aku kecewa membuat ujian dengan bersungguh-sungguh sebelum penentuan kelas kami. hampeh!!!

Bila sudah berada didalam kelas perdagangan ini, teman-teman baik aku mula menjauhkan diri dari aku.. uwarghhhhhhh...
Diorang kata.. kelas seni perusahaan tak boleh 'join' dengan perdagangan. haru sungguh pemikiran mereka.Oleh kerana itu aku pun terpaksa mencari teman-teman baru.Berbalik kisah Monalisa... aku memang boring dengan dia.. perangai macam lelaki.Berani pula tu.

satu pagi.. aku datang kekelas awal. aku lihat kipas tidak dimatikan.Fuhhh!! sejuk gila lah aku ketika itu lalu aku mematikan suis kipas.Selang beberapa minit kipas tu berpusing balik dengan kelajuan maksima.Naik angin lah aku. siapalah mamat yang berani mencabar aku?!!
aku tutup balik suis kipas tu. lepas tu aku usha dari jauh,melihat siapakah mamat yang nak menghidupkan balik suis kipas tersebut. sekali aku lihat.... budak perempuan yang dipanggil mona dahhhhh...
Dia tunggu jek kat suis kipas tu. Aku punyalah angin. Dengan langkah panglima aku terus pergi kesuis kipas untuk mematikannya.

"Hello, cik abang!! nak buat apa datang kemari..?? nak tutup kipas ker?? kita orang panaslah." selamba jek si Mona ni 'sound' aku.langsung tidak rasa takut. bertuah punya budak.

"aku sejuk lah.. kau tak mandi pagi apa?!!" balasku marah.

"aku tak mandi ke, aku mandi ke.. apa kau peduli.??!!" dia menjawab dengan wajah yang tak tahu malu.

"Aku tak kira.. aku nak tutup juga suis kipas ni.." bantah aku lalu menolak tubuhnya ketepi lantas aku tutup suis kipas.Mona ni bukannya tahu malu.. dia datang kat aku terus membalas tolakan aku.Bertambah geramlah aku... Apa lagi.. aku terus tolak dengan kedua tangan aku yang tanpa sengaja telah menyentuh 'dua bukit kecil' di tubuh badannya.
bila sahaja tangan ku menyentuh.. lantas aku tarik balik..(rasa lain macam lah pulak)..

"OOppppss sorry... aku tak sengaja..." balasku.

"Kau memang sengaja nak kenakan aku.. celaka kau... " balas Mona.

kawan-kawan sekelas yang lain pun bersorak sakan. Bagi lelaki tentunya berpihak kepada aku dan bagi perempuan sudah tentunya berpihak kepada Monalisa.

Tiba-tiba sahaja Mona menyerang aku dan menolak keras tubuh badan aku sehinggakan aku jatuh terduduk.Merah padam muka aku dibuatnya. Belum sempat aku menyerang balas, Cikgu Salmah masuklah pula.Hati aku punyalah geram sangat pada masa itu.

Pergaduhan aku dengan mona menjadi perbualan hangat.Si Mona ni pandailah pulak main drama airmata.Lantas aku dimarahi oleh cikgu Salmah.Nasib baik dia tak libatkan aku dengan salahlaku pencabulan. kalau tak.. habislah.Tapi aku bukan sengaja pun.. dan aku tak pernah berhadapan dengan perempuan 'singa' macam ni.Adikku punya lah sopan dengan aku.

Aku kena berdiri atas kerusi sekolah sehingga kelas sejarah tamat.lama tuuuuu...
Semasa aku berdiri, ada juga yang menyakat aku dengan si mona.. kadangkala aku terketawa sehingga terdengar oleh cikgu Salmah yang sibuk menulis dipapan hitam.Cikgu Salmah ni pun macam 'singa betina' gak... terdengar sahaja aku ketawa terus dia baling 'duster' kat aku.Nasib baik aku sempat mengelak.'Duster' tersebut terus terkena rakan sekelas dibahagian belakang.Satu kelas senyap sunyi.Aku dah tak tahan nak ketawa.

"Apa senyum-senyum... naik atas meja.. berdiri kat situ." jerit Cikgu Salmah.
hahahaha padan muka aku.
Itulah kisah aku di tingkatan 1.

Rabu, 25 Jun 2008

Alam Ghaib

Percaya kepada Alam ghaib adalah wajib. Tapi benarkah ada alam ghaib??
jawapannya, memang benar ada alam ghaib.Aku tak tahu nak mulakan cerita macam mana.
Pengalamanku pada tahun 1980 ketika aku didalam darjah 3. Aku pergi atau balik dari sekolah menaiki van sekolah.Sekolah rendah dan sekolah menengah dipisahkan oleh satu padang bola.
selalunya tiap kali balik sekolah, aku akan merentasi padang bola untuk ke sekolah menengah.sebab apa???

sebabnya, van sekolah akan berhenti di Sekolah Menengah dulu sebelum ke Sekolah rendah.
Makanya, aku pun akan menunggu ketibaan van sekolah di hadapan pintu masuk sekolah menengah.Di situ terdapat satu pokok besar yang rendang.Di pokok itulah aku berteduh.
Tapi bukan ini yang aku nak ceritakan... apa yang nak aku ceritakan ialah aku dapat satu berita kematian Mak Uda Yah(kakak kepada mak).Mak Uda Yah alami penyakit angin ahmar dimana sebelah badannya lumpuh tak berfungsi.Pulang sahaja dari rumah Mak Uda Yah.. aku rasa tak sedap badan.Malam tu aku terbangun dari tidur lebih kurang jam 2 pagi.Aku dapati seorang wanita berpakaian putih labuh tanpa dapat melihat kakinya.Perempuan itu mengendong aku mencari jalan keluar dari rumah.Di belakang perempuan muda itu terdapat beberapa perempuan lain yang berpakaian sama sepertinya.Apabila sampai ke pintu rumah, perempuan itu seperti ketakutan lalu meninggalkan aku di depan pintu bilik mak dan abah.Apa lagi aku pun menangis sakanlah hehehe.. didalam hatiku berkata "siapalah perempuan yang mengendong aku tadi?"

Mak dan abah terjaga dari tidur apabila terdengar tangisan aku didepan bilik mereka.Aku pun mulalah bercerita kepada mak dan abah.Mereka pun pelik dan menyangkakan aku mengigau.
esoknya aku melihat pintu rumah dan mencari sebab kenapa perempuan itu ketakutan.
Aku lihat di atas pintu terdapat sepotong ayat suci. aku yakin benar, ayat suci itulah yang menghalang perempuan itu membawa aku keluar dari rumah.Yang peliknya setelah perempuan itu meninggalkan aku di depan bilik mak dan abah, mereka hilang dengan sekelip mata.
Mengikut kata-kata kakakku, perempuan itu adalah 'hantu raya'. entah betul atau tidak, aku pun tak tahu.

Semasa aku ditingkatan 3.. ada satu konflik keluarga berlaku.Ia mengenai Pak Ji(abang kepada abah). Pak Ji mempunyai 2 orang isteri.Pak Ji memang terkenal dengan kegarangannya(almaklumlah..bekas pemandu teksi). satu kampung memang takut kepada kegarangan Pak Ji.
Sikap Pak Ji cukup berlainan dengan sikap abah yang lembut tetapi tegas.Walau bagaimana pun, Pak Ji selalu berbaik dengan adiknya iaitu abah.

Isteri Pak Ji yang tua ada bela ' hantu raya' dan 'bajang'(ikut kata orang kampung).
Pak Ji tak percaya kata-kata orang sehinggalah Pak Ji yang garang jatuh sakit.Pak Ji menderita sakit tekak dan sukar bernafas sehinggakan terpaksa di tebuk tekaknya agar boleh bernafas.
Aku tak tahu macam mana Pak Ji akhirnya mengetahui onar isteri pertamanya.lalu terjadilah pergaduhan hebat.Walau pun Pak Ji sakit namun tenaganya masih kuat lagi. Dia menghalau isterinya dari rumah.Maka isterinya mengadu hal dengan abah. Maka abah pun menasihati isteri Pak Ji(kakak ipar abah) agar membuang benda-benda yang tak baik jika benar ia berlaku.
Akhirnya isteri Pak Ji mengakui lalu bertaubat.Namun isteri Pak aji tidak sempat memohon ampun kepada suaminya kerana suaminya telah meninggal dunia.
Selepas suaminya meninggal dunia, perbalahan mengenai harta pusaka pun berlaku antara anak-anak kedua-dua isteri Pak Ji. Aku malas nak cerita tentang itu. Tapi dari cerita yang serba ringkas ini, ia akan memberikan kita kesedaran.
Isteri tua Pak Ji jatuh sakit lalu meninggal dunia.Setelah kematian Mak Andak(isteri tua Pak Ji), orang kampung sering terlihat beliau datang kerumah dengan berpakaian telekung putih. Ada orang kata itu 'hantu raya' yang berkeliaran.. Wallah hu alam.

satu lagi kisah.. tentang pembahagian harta Atok.Abah sebagai anak lelaki mendapat lebih harta Atok namun ia di bantah oleh beberapa adik beradik perempuan.Maka terjadilah pelbagai konflik antara adik beradik abah.Nasib baik harta atok di Arab Saudi, Abah telah wakafkan secara diam-diam.Kalau tak lagi haru dibuatnya.

Keluarga kami selalu di 'dengki' oleh saudara sebelah abah. Berbagai-bagai perkara ghaib melalui jin di hantar oleh mereka kepada kami.Namun Abah juga bukanlah calang-calang orang.Abah pernah berguru dengan beberapa orang uztaz di sekitar Melaka.hanya ayat-ayat Al Quran sebagai pendinding kami sekeluarga.

Bayangkanlah, pernah satu ketika rumah kami di baling batu bata.Habis atap rumah bocor-bocor.Semuanya angkara Jin.Aku juga yang terpaksa memanjat dan membuang segala batu-bata tersebut.Pada malam hari, kami pernah mendengar bunyi orang mengilai, menangis serta pintu rumah digegarkan.Alhamdulillah, berkat abah dan mak yang kuat bersabar maka segala apa yang berlaku itu dapat di atasi.

Merokok

Tabiat merokok bermula aku di darjah 6. Puncanya adalah ingin merasa. Tiap kali abah habis menghisap rokok '555', aku dalam senyap-senyap akan ambil putung rokok yang abah hisap tadi lalu mencuba hehehe.terasa dunia ana yang punya laaa.. dan terasa akulah lelaki dewasa hihihi. itulah pemikiran aku masa waktu kecil-kecil dulu.
masuk sahaja tingkatan 1 pada tahun 1984.. aku sudah mahir dengan teknik menghisap rokok bersama kawan-kawan sekolah.aku juga aktif didalam sukan terutama bolasepak,takraw dan badminton.Olahraga juga aku aktif.Didalam olahraga aku mengambil bahagian didalam acara 800meter dan 400meter selain larian jarak jauh seperti 1500meter dan merentas desa.
cerita bab rokok ni.. aku selalunya menghisap rokok diwaktu sekolah dah tamat.selalunya kami menghisap rokok di padang sekolah hehehe.Aku tidak pernah tertangkap oleh sesiapa pun sehinggalah aku berada di Tingkatan 5 di Sekolah Men.Vokasional Segamat dimana aku buat pertama kalinya ditangkap cikgu sekolah.Apa lagi, sudah tentulah tamparan adalah jawapan bagi tabiat aku itu.Aku ditampar oleh seorang warder asrama.aku masih ingat lagi kata-katanya padaku:
"Baru siang tadi,kelas 5EN di istiharkan sebagai kelas terbaik.tapi malam ini awak pula ditangkap menghisap rokok.kalau saya beri awak dadah sekarang, awak nak hisap tak??!!
awak kan AJK agama!!! awak tak malu ke pada rakan-rakan awak yang lain?"'Panggg''Panggg''Pang''' 3 kali aku ditampar cikgu sekolah.Sakit??!!!
tidak perlulah aku nyatakan kesakitan ditampar cikgu, tapi dengan tamparan itu tidak mengubah tabiat aku pun.Aku masih menjadi penghisap rokok yang tegar.
aku cuba berhenti menghisap rokok pada tahun 1993.. itu pun satu tahun jek.sebab apa???
sebab aku dihidapi penyakit ulser tekak. tiapkali aku menghisap rokok, pasti aku susah nak telan makanan lain mahupun minuman.Oleh kerana itu, aku pun berhenti menghisap rokok. cuma setahun.setelah tekak ku pulih kembali.. aku kembali kepada tabiat asalku.. cuma tidaklah terlalu tegar kerana bilangan batang rokok yang aku hisap sudah berkurangan.
Aku pernah hisap 2 kotak rokok Dunhill 20batang selama semalaman.Ketika itu aku 'study' malam dan sedang buat 'assingment' di Politeknik.Jadi dalam semalam jek aku dah habiskan 40batang rokok.Tapi itu dulu... kini aku dah semakin kurang menghisap rokok.. mungkin 'ulser tekak' mula menyerang kembali. dan mungkin juga harga rokok sudah mahal.

Nasihat aku pada kawan-kawan semua, janganlah melibatkan diri dengan rokok hehehe kelak jadi macam aku.. penagih rokok tegar hihihi.

Berkhatan

Hahaha.. inilah saat-saat manis menjadi seorang lelaki.Dulu orang selalu berkata.. kalau nak dewasa, maka kenalah bersunat dulu hihihihi.

Aku seorang yang penakut sebenarnya.Takut melihat darah.Takut dengan lipas.Takut dengan tikus.Takut jumpa doktor.

Ketika itu aku didalam darjah 6.cuti musim pertama pada bulan Jun.Aku disuruh berkhatan oleh Mak dan Abah. Usia 12 tahun baru berkhatan memang menjadi kebiasaan orang Muar.Kebanyakkannya lelaki mula berkhatan pada peringkat usia begini berbanding sekarang.
Zaman sekarang lelaki akan berkhatan didalam usia 4 tahun hingga 8tahun.Satu perkembangan yang cukup bagus sebenarnya.Dan teknik berkhatan waktu ini semuanya menggunakan teknologi terkini berbanding dulu.

"Yaya.. minggu depan kau kena sunat tau! bukannya sakit pun.. macam kena gigit semut jek.." adikku Rina mengusik naluri aku yang semakin parah ni.

"Pandailah kau.. bukannya kau yang kena..." bidas aku.

aku terus mencari Mak didapur.Bila sampai didapur aku melihat mak sedang sibuk menyiang ikan.Aku terus duduk disebelah mak sambil merengek manja.

"Mak.. ajaklah Amy sunat sama.. barulah yaya ada kawan.kalau tak yaya tak nak sunat." rengek aku.

Mak menjeling kepada aku sambil berkata " kan kau dah besar.. Amy tu baru darjah 2.. kecil lagi." jelas mak kepadaku.Namun aku tidak berputus asa lalu memujuk Helmy anak saudaraku.
Akhirnya pujukan aku berjaya jua. yahoooo.. aku dah ada kawan bersunat.

semasa sampai didepan klinik, aku melihat ramai budak lelaki dengan kain pelikatnya.Ada yang ketawa, ada yang muram, ada yang mata merah menahan tangis dan ada yang duduk termenung.Muka aku pun naik cuak.habislah aku kali ni.. jerit hatiku.
aku teringat kata-kata adikku.. "yaya.. nanti 'anu' kau jadi pendek"
bila teringat kata-kata adikku..hati aku dah jadi tak keruan. hahahahaha.

Aku melangkah masuk kedalam bilik rawatan. ada 5 orang lelaki. aku dah mula panik. kenapa boleh ramai sangat ni??? aku di suruh baring sambil menanggalkan kain sarung. Aku lihat salah seorang Doktor mengambil jarum suntikan bersama pisau. Hatiku dah meraung ketakutan.
"ok adik jangan takut.. baca bismillah.. mengucap 2 kalimah syahadah dan bacalah surak alikhlas."Aku pun mengikut sahaja perintah Doktor tersebut yang aku panggil Pak Ngah Rasul.
Apabila sahaja jarum suntikkan mengenai 'anu' aku... apalagi.. satu klinik tu dengar jeritan aku.. ahahahahahaha. satu kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.

aku dan anak saudaraku berbaring dirumah bersebelahan katil. kakak ku sering mengusik kami berdua. yang tak 'best'nya bila kakak-kakakku memberi kami majalah URTV dimana didalam majalah tersebut terdapat perempuan seksi... hahahahaha..
seronok melihat perempuan seksi sehingga kami meraung kesakitan. aku dan anaksaudaraku masing-masing mencapai sabut kelapa terus mengetuk lutut.Majalah urtv terus kami campakkan kelantai. faham-faham jek lah bila dah tengok gambar-gambar seksi ketika itu. hahahaha.

Selasa, 24 Jun 2008

Arwah Abg Ndak

Arwah Abg Ndak adalah seorang abang yang amat menyayangi adik-adiknya.Dan dia juga adalah seorang abg yang sering menggembirakan adik-adiknya.Wajahnya yang tampan sentiasa menjadi kegilaan gadis-gadis masa mudanya.Dia sering bawa aku dan adikku berkelah di Tanjung Bidara Melaka.Dia sering menghantarku pergi 'tuition'. Dia sering menggalakkan aku belajar.Dialah abang yang paling aku sayangi.

Arwah Abg Ndak banyak berjasa pada Abah dan Mak. Tapi sayangnya kerana dia menghidapi penyakit liukimia.. ketika itu penyakit liukimia tidak ada ubat lagi.

Penyakit ini dimana darah putih melebihi darah merah.Didalam anggota badan kita, darah merah dan darah putih sering memerlukan.Selalunya darah merah lebih menguasai darah putih.aku pun tak tahu nak cerita kerana aku kurang bab-bab sains ni hehehe..

berbalik kisah abg ndak ku.. dia mudah lemah tubuh badan dan sering berbaring.Pada peringkat awalnya dia di rawat ke hospital Muar.Doktor menjangkakan Abg Ndak menghidapi Denggi berdarah.Namun penilaian itu meleset sama sekali.Doktor pelik dengan situasi penyakit yang di alami Abg Ndak lalu Abg Ndak di hantar ke Hospital Melaka bagi pemeriksaan lanjutan.Pihak Hospital Melaka juga buntu mencari jalan penyelesaian.Akhirnya Abg Ndak di bawa ke Hospital Universiti Petaling Jaya.Dan disanalah pihak Hospital menyatakan Abg Ndak menghidapi sejenis penyakit liukimia.Ketika itu tangisan Mak sudah tidak terkira banyaknya.Aku masa itu baru berusia 12 tahun.(darjah 6).Biasalah budak baru naik.. aku bukannya kisah sangat pun.. yang aku tahu berseronok dengan teman-teman sepermainanku.

Sebenarnya para Doktor di Hospital Universiti pun kurang pasti akan penyakit Abg Ndak.Cuma tiap-tiap bulan Abg Ndak akan di masukkan darah merah.Jadi terpaksalah mencari penderma-penderma darah merah jenis AB kalau tak silap.(aku tak ingat dah!).
Dalam masa yang sama Abg Ndak juga di bawa berubat secara tradisional.Biasalah.. bila dah jumpa Uztaz,tok bomoh dan macam-macam lagi.. depa menyatakan Abg Ndak di 'dengki' orang.
Ada yang menyatakan, orang yang 'buat' tu nak mengusung mayat adik-beradik lelaki kami.
Macam-macam cerita yang aku dengar ketika itu.

Pada hujung tahun 1983 Abg Ndak menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1.25 tengah hari Jumaat.
Aku masih ingat lagi kata-katanya padaku ketika aku membasahi kepalanya dengan ketulan ais.
"Yaya.. aku rasa.. anak aku si Jiji tu.. bila besar macam kau agaknya.cuma aku harap kau tengok-tengokkanlah anak-anak ku bila dah besar nanti.Dan satu lagi yang kau perlu tahu..
carilah pengertian Muhammad ketika kau masih hidup.. dapatkan syafaatnya ketika kau masih hidup dan bukan masa kau telah mati.Kerana Muhammad hidup pada setiap umatnya.kau peganglah kata-kataku ini.Masaku tidak akan lama." kata-kata Arwah Abg Ndak masih lagi terngiang-ngiang di telinga kananku.. masa itu aku langsung tidak mengerti maksud kata-katanya.Kini alhamdulillah.. setelah melalui pahit getir didalam perjalanan ini.. akhirnya aku faham maksud kata-katanya.Subhanallah!!.

Ketika saat-saat nazak... Abg Ndak masih lagi tersenyum.Tangannya di kiam kan sendiri.Perjalanan kematiannya jelas dihadapan mataku ketika itu.Perutnya beralun.. dadanya berombak.Dan apabila lidahnya terangkat ke lelangit.. matanya ikut terangkat keatas seperti mengikut keluarnya roh dari ubun-ubun kepala.Dan berakhirlah riwayat Abg Ndak ketika usianya 32tahun.Isterinya meraung tangis.. dan mencapai kaki suaminya.

"Abang.. ampun kan zah bang... abang.. jangan pergi tinggalkan kami..." jerit isterinya.
Dan pada masa yang sama, mata Abg Ndak seolah-olah terbuka memerhatikan olah isterinya.
Lantas Abah menengking isterinya.

"Heii.. sudah jangan menangis.. nanti susah suami kau nanti nak pergi dengan aman. Rhedolah.. sabarlah.. izinkanlah Fuad pergi dengan aman." Abah dengan hati yang tabah menasihati isterinya.

Aku tahu.. hati Abah juga terasa sebal dan terusik dengan pemergian Abg Ndak.
Dialah pewaris Abah yang mahir didalam bidang perabot.Tetapi kini siapalah yang bakal menggantinya.Ukiran kayu Abg Ndak sentiasa mendapat tempat dihati pembelinya.
Ketika jenazah di bawa keluar dari rumah,kami semua terasa satu kehilangan... tiada lagi gelak ketawa, tiada lagi usik mengusik, tiada lagi nasihat dari seorang abang kepada adiknya.

Semasa tiba di perkuburan, Mak dan abah pelik kerana terdapat seorang pemuda berpakaian batik sedang membaca surah yassin di liang lahat Abg Ndak.Tapi tiadalah kami semua menegurnya.Setelah Jasad Abg Ndak di masukkan kedalam liang lahad. Maka Imam mulalah baca Talkin.Tamat sahaja Imam membaca Talkin, pemuda berbaju batik tadi tidak lagi kelihatan.Dalam masa yang sama mak dan abah terpandang satu cahaya keemasan terpancar dari kubur terus kelangit.Subhanallah!!! hanya segelintir orang yang ada di situ sahaja melihat kejadian itu.Yang pasti aku hanya melihat Awan melindungi liang lahat(kubur) arwah Abg Ndak, sedangkan di kawasan itu tiada pokok.Maka kubur arwah Abg Ndak menjadi redup dari pancaran matahari yang mula naik.Arwah Abg Ndak dikebumikan pada hari sabtu jam 10 pagi.
itulah kisah Abg Ndak yang aku kasihi.

AlFatehah buat Abg Ndak yang ku kasihi.

adik beradikku

yerrr.. aku memiliki adik beradik yang ramai... dan dengan keramaian adik beradik inilah membuatkan aku sering dibuli oleh abang dan kakakku... aku ingat lagi pada masa aku darjah 5..
masa tu aku nak ambil 'exam' penilaian. Aku akan di ajar oleh kakak-kakakku yang memang terkenal dengan garangnya.(ni mesti 100% darah bugis ni). Kak Njang selalunya akan umpan karipap di atas meja. Jika aku tak dapat jawab soalannya maka karipap tersebut akan menjadi bahan makanannya.Jika aku dapat menjawab soalannya maka dapatlah aku memakan karipap itu. Tetapi malangnya kerana aku selalu tak akan dapat jawab soalannya yang lebih 'sudu dari kuah'.
dan akhirnya mataku juga yang merah menahan tangis kerana melihat karipap habis dimakan oleh kakakku..

Kak Long.. aku jarang bermesra dengan kak long kerana pada masa tu dia tinggal di Johor Bahru.Dia bernikah dengan sepupu(abg long).Abg Long orang Singapura.Kak Long mempunyai 7 orang anak hasil perkahwinannya dengan abg long,dimana anaknya yang sulong hingga anaknya yang ke 4 lebih berusia dari aku.anaknya yang kelima seusia denganku.so aku jadi Pakcik yang muda.Jodoh Kak Long tak berpanjangan.Setelah berpisah di bernikah lagi dengan Abg Ramli yg berasal dari Melaka.Namun telah ditakdirkan bahawa jodohnya juga terputus ditengah jalan.Kini Kak Long tinggal di Muar bersama anaknya yang sulung.

Abg Ngah... abg Ngah bernikah dengan anak penghulu di Bukit Katil Melaka.Dia dikurniakan 3 orang anak. salah seorang anaknya bernama Helmy yang baik denganku hingga kini.kesemua anak2nya telah pun bernikah malah abg ngah punya cucu yg ramai.

Abg Uda pula seorang anggota polis yang bernikah dengan Kak Uda yang berasal dari Pulau Pinang.Anak mereka seramai 4 orang serta cucu.

Arwah Abg Ndak.. seorang usahawan perabot.Bernikah dengan orang kerajaan.Mempunyai anak seramai 3 orang.

Kak Uteh.. akak yang lambat nikah. kini telah menikah dengan duda anak 5 orang.Anak-anak tirinya semua dah besar belaka.

Kak Puzi.. akak yang bernikah dengan anggota polis dan mempunyai 3 orang anak.

Kak Chik.. antara kakak yang aku sayangi.banyak mengajar aku tentang nilai-nilai ilmu agama.
mempunyai 2 orang anak.

Abg Nur.. mempunyai 5 orang anak. abang yang garang denganku. pernah aku ditampar hanya kerana bermain bola didepan rumah.isterinya orang jawa.

Kak Njang.. seorang kakak yang tegas tapi baik sebenarnya.Bernikah dengan orang Kelantan.Mempunyai 3 orang anak.

Kak Lang.. antara akak yang banyak berkorban demi aku.seorang kakak yang sering memberikan kemanjaan kepadaku.kalau jumpa dia, pasti dia akan mencium kedua-dua pipiku.mempunyai 4 orang anak.suaminya orang Johor.

Abg Adam dan Kak Hawa pula dilahirkan kembar.
Abg Adam mempunyai 6 orang anak dan isterinyanya orang Selangor sementara kak hawa mempunyai 4 orang anak dan suaminya orang K.Pilah N.Sembilan.

Kak Hawa juga telah banyak mengajar aku erti kasih sayang.Dia juga antara kakak yang sering berkorban wang ringgit untukku jika aku kesempitan semasa di asrama.

Abg Zul mempunyai 3 orang isteri.seorang darinya telah diceraikan.kini ada 2 orang isteri.
anak dengan isteri pertama seramai 3 orang. isteri pertama orang N.Sembilan. Anak dengan isteri kedua hanya seorang.isteri kedua orang melaka. dan dengan isteri ke-3 mempunyai 3 anak tiri.

kak Nora.. seorang yang penyayang.sering membantu aku jika aku ada kesulitan.mempunyai 4 orang anak.Suaminya orang Selangor.

Aku... biarlah menjadi rahsia ketika ini.

Adik Rina.. adik yang paling aku sayang... (almaklumlah.. manalah ada adik lagi). Dia telah bernikah dengan teman baikku dan dikurniakan 3 orang anak.

inilah serba ringkas mengenai adik beradikku.

Atok-atokku

Sukar rasanya bila lahir ke dunia tanpa kedua-dua atok ini.Aku sempat merasa ada Atok pun hanyalah seketika sahaja.itu pun dengan Atok Lebi iaitu mak tiri kepada abah.
Itu pun aku sedar bahawa aku ada atok ketika usia ku menjangkau 7 tahun ketika majlis perkawinan kakakku Siti Hajar bersama abg iparku Rahmat. Majlis tersebut cukup meriah dengan jemputan band luar.Masa tu penghujung tahun 70an maka lagu-lagu Uji Rashid dan Hail Amir memang cukup popular.lagu-lagu 60-an pun masih lagi segar terutama lagu S.Jibeng.

Di Malam hari di adakan Joget Lambak... memang cukup meriah ketika itu.aku menjadi pengapit kepada pengantin bersama-sama adikku rina.So aku seperti Raja jugalah pada hari tu hehehehe.

Oleh kerana abah ada pertalian dengan Menteri Besar Johor ketika itu.. majlis kami memang cukup meriah.Paluan kompang sudah menjadi adat bagi pengantin2 di area Johor.
dan ketika majlis sudah sampai kepenghujungnya.. kami pun masuklah tidur.

Esoknya aku ternampak seorang tua yang boleh di gelar atok sedang berbual-bual dengan abah serta mak.

aku hampiri mak lalu bertanya "Mak siapa orang tua ni?" kataku.

"laaaa.. bertuah punya anak.. inikan atok kau.. mak abah.. " jawab mak selamba.
aku juga yang terpinga-pinga.

"kan mak abah atok umi dah meninggal dunia?" bisik aku pada mak.

"Tok Umi tu.. mak kandung abah.. Tok Lebi ni mak tiri abah. Atok Hj Hadi nikah dua laaa"
mak menjelaskan keadaan sebenarnya.
aku menghampiri Atok Lebi sambil bersalam dengannya. aku dengan tak malunya terus duduk kat sebelah Atok Lebi.

"anak kau yang keberapa Yon?" soal atok kepada abah.

"lelaki bongsu mak... adiknya yang pompuan tu.." abah menjawab sambil tersenyum.

"dah besar cucu atok ni.." atok lebi mencium pipi aku yang gebu.
dan pada hari itulah aku rasa bertuah sebab masih ada atok lagi.Abah dan mak meninggalkan kami berdua kerana ada urusan di dapur.

" atok.. atok ceritalah pada Yaya tentang zaman dulu-dulu tok.." aku merengek manja dengan atok lebi.Dan atok lebi pun tidak menghampakan harapan cucu tirinya.
Walau bagaimana pun kasih aku tidak sampai kemana pun.. dan itulah kali terakhir aku jumpa tok lebi.dan cerita atok dizaman penjajah membuatkan aku benci dengan penjajah.

Atok Hj Abd Hadi.

Atok Hj Hadi lahir pada tahun 1871..(anggaran lebih kurang). Dia amat dikenali sebagai Syeikh Hj Abd Hadi kerana tugasnya yang membawa orang pergi Haji dengan kapal laut.Perjalanan dengan kapal laut rasanya makan masa berbulan untuk sampai ke Mekah.So atok Hj Hadi akan tinggal di Mekah selama 6 bulan sebelum belayar kembali ke Tanah Melayu ketika itu.
Atok Hj Abd Hadi mengaji ilmu agama sehingga di Mekah. Dulu kalau di Tanah Melayu, pengajian ilmu agama pondok yang terkenal adalah di negeri Kedah dan Kelantan.
Oleh kerana Atok mempunyai kelebihan makrifat yang tinggi maka dia di gelar Syeikh ketika itu.Memandangkan Atok terpaksa duduk di Mekah selama 6 bulan maka atok Hj Hadi membawa sama isterinya Tok Umi menetap di Mekah berdekatan Kaabah.

Rasanya tempat tinggal atok ketika itu, kini telah menjadi Istana persinggahan Raja Arab Saudi.saya dah lupa nama bukit tersebut.Yang pasti berdekatan dengan Ka'abah.Tok Umi sempat melahirkan beberapa orang anak di Mekah, cuma anak lelaki semuanya berkubur(mati keguguran) di bumi Mekah ketika itu kecuali anak-anak perempuan.Mak Ngah Lijah serta Mak Uda lahir di Mekah.

Namun setelah Tok Umi tahu bahawa Atok Hj Hadi menikah wanita lain(Tok Lebi) di Tanah Melayu maka Tok Umi pun segera mahu pulang ke Tanah Melayu. Orang-orang dulu kaya dengan pantun-pantun. Kalau ikut cerita Mak.. ketika Tok Umi tahu bahawa suaminya nikah lain maka berpantunlah mereka berdua. Betapa halusnya bahasa orang dulukala ketika meluahkan perasaan masing-masing.Tiada gaduh mahupun berperang suami isteri.
dan setelah pulang ke tanah melayu.. tok umi melahirkan 5 orang anak lagi iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan termasuklah abah.abah lahir pada tahun 1920.

Tok Umi mengaji ilmu agama didalam pengajian Tareqat Nasyabandiah sementara Atok Hj Hadi mengaji agama pondok sehingga ke Mekah dan Madinah lebih kepada makrifatullah.
Atok Hj Hadi meninggal dunia pada tahun 1929 ketika abah berusia 9 tahun.
Atok Hj Hadi memang suka bela burung.Pada suatu hari, Atok Hj Hadi melepaskan semua burung belaannya sambil berkata pada Tok Umi "masa kanda dah tiba.. jagalah anak-anak terutama si Man tu.. dia agak nakal sikit.Dulu masa kanda hantar dia ke Mekah.. dia buat hal kat sana.malu kanda dibuatnya dengan Syeikh-syeikh kat Mekah sana.tak tahulah apa nak jadi.harapan aku pada si yon tu jek lah.. harap-harap dia memiliki ilmu agama."

Tok Umi hanya berdiam diri dan mengetahui masa pemergian suaminya akan berlaku jua.
satu lagi cerita yang aku dengar... ketika atok Hj Hadi meninggal dunia... payung-payung kertas telah habis dibeli di kawasan bandar Muar.ramai yang mengiringi jenazah atok Hj Hadi sehingga ketanah perkuburuan disusuli hujan renyai-renyai.Dan burung belaan atok Hj Hadi juga mengiringi tuannya ke tanah perkuburan.yang peliknya liang lahad untuk Atok Hj Hadi sentiasa kering dan berpasir putih(walaupun hari hujan) sedangkan kawasan tanah perkuburan itu bukanlah jenis tanah berpasir.Atok Hj Hadi asal Bugis lima bersaudara.(sulawesi).Keturunan Daeng Chelak dan Raja Haji.

Atok Umi.

Atok Umi seorang yang penyayang.Dialah juga yang menghalang abah terlibat didalam politik pada zaman Tanah Melayu merdeka.Ketika itu abah memang cukup dikenali bersama-sama dengan Tun Ghafar Baba di Melaka.Masa itu Tun Ghafar Baba hanyalah guru sekolah biasa.Tun Ghafar Baba selalu menumpang kereta abah ketika berpolitik.Masa tu Tun Ghafar Baba tiada lagi kereta.Abah antara yang dicalonkan untuk pilihanraya namun atok umi melarangnya.
sepupu abah masuk politik di Muar dan telah berjaya menjawat jawatan Menteri Besar Johor pada tahun 1970-an hingga 80-an.

Tetapi abah hanyalah seorang warder penjara di Hendry Gurney. Abah tetap patuh pada perintah ibunya iaitu Tok Umi.
Atok Umi rajin berzikir. semasa saat-saat kematiannya, atok Umi sempat mengait baju.setelah puas mengait, dia berbaring dan meletakkan jahitan serta jarum kait ditepinya. Dia sempat beritahu kepada anaknya iaitu MakNgah Lijah bahawa saatnya telah hampir.
Saya kurang pasti tarikh kematiannya yang sebenar.Atok Umi asal Tanah Melayu.

Atok Arah.

Atok Arah adalah mak kepada mak aku. Dia meninggal dunia di Jeddah pada tahun 1973 ketika saat nak pulang ke tanah air setelah mengerjakan Haji.
atok arah asal dari sumatera.

Atok Hashim.

Atok Hashim juga tinggi ilmu agamanya. Saat-saat kematiannya, dia sempat berkata dengan Abg Ngah bahawa saat-saatnya hampir tiba.Atok Hashim asal Bentan.

itulah serba ringkas tentang atok-atok ku yang aku sayangi.

Al Fatehah buat mereka semua.Betapa kasih aku dengan Atok-atok semua.. kasih lagi Allah kepada mu...

1978

Pertama kali aku menjejaki alam persekolahan.Satu alam yang amat indah berbanding alam-alam yang lain.kerana apa?? kerana aku tidak terlalu diasak dengan fikiran-fikiran yang menyesakkan jiwa hehehe...

Yang aku tahu ketika ini ialah pergi sekolah dan bertemu rakan-rakan yang lain... untuk apa?
untuk bermain.Darjah satu... ia didalam darjah satu ini, aku dapat mempelajari pelajaran baru.
didalam darjah satu ini juga aku dapat teman baru. dan yang penting teman-temanku adalah kaum sejenisku hihihi mudah nak bermain,ketawa,menjerit sesuka hati.

jarak rumah ke sekolah terlalu jauh, lebih kurang 7 ke 8km.Abah akan menghantar aku ke sekolah dengan sebuah kereta peugeot lama.namun kadangkala abah juga sesekali menghantar aku dengan motorsikal capok.kesian kat abah.. sejak pencen dia menguruskan perniagaan perabot di rumah.Abah memang cekap buat perabot.. almaklumlah cikgu pertukangan.semua jenis kayu abah tahu.

semasa darjah satu, subjek yang paling aku minat adalah bahasa malaysia hihihi.. biasalah sebab aku orang malaysia.selain bahasa malaysia aku minat didalam matematik.
tapi subjek yang aku lemah adalah bahasa penjajah.aku benci dengan bahasa penjajah hanya kerana pernah mendengar cerita Atok Lebi.
Atok Lebi adalah mak tiri kepada abah iaitu isteri kedua Atok Hj Hadi(ayah abah).
Mak kandung abah adalah Tok Umi yang telah meninggal dunia pada tahun 1968 akibat sakit tua.

Atok Hj Hadi pula meninggal dunia pada tahun 1929 ketika abah berusia 9 tahun.So ketika ini aku hanya ada seorang atok iaitu Atok Lebi. Namun begitu perhubungan aku dengan Atok Lebi tidaklah seperti yang lain kerana abah pun jarang sekali nak jumpa dengan Tok Lebi ketika hidupnya kecuali perkara-perkara penting sahaja.

Jadi ketika abah berjumpa dengan mak tirinya iaitu Tok Lebi, dia pasti membawa aku sama.Dan ketika itu aku tidak akan melepaskan peluang mendengar cerita di zaman perang.. cerita tentang betapa rakusnya penjajah di zaman itu.
ermmm.. dan hanya sebab kecil itu aku lantas mengutuk bangsa penjajah.

berbalik kisahku di darjah satu... oleh kerana aku ni memang dah malas nak belajar bahasa penjajah.. lantas tiap kali ada kelas bahasa tersebut, aku akan di hukum berdiri di tengah panas dengan rambut di ikat di atas kepala.. hahahaha.
semua teman-temanku akan tersenyum sinis memandangku hihii.. tapi aku bukannya tahu malu sebab teman-temanku juga kaum sejenisku hihihi.

Di waktu rehat, kami akan bermain sepuas-puasnya.satu perkara lagi ialah aku berada didalam darjah 1B. Dalam darjah 1B ni, memang ramailah budak-budak yang cerdik pandai.. cuma aku jek tak pandai-pandai hihii asyik main jek.
lastly, bila exam dah habis, aku dapat no ke-3 tercorot dalam kelas huhuhuu lantas diturunkan kedalam darjah 2C.

DARJAH 2 Tahun 1979

aku mula sedar sedikit setelah kena belasah dengan abah bila tunjukkan report card yang bercolor merah di setiap markahnya kecuali 2 subjek je yang berwarna biru iaitu subjek bahasa melayu dan matematik dimana aku dapat 100% hihihi.

subjek lain semua warna merah sebab warna merah memang menjadi kegemaranku.
Dan dengan warna kegemaran itulah aku dimarahi oleh abah sehingga report card aku di baling kelantai. maka berjujuran airmatalah aku sebab abah tak mahu tandatangan di atas report card tersebut.. uwarghhhhhhhhh!!!!!!

Disebabkan Abah tak mahu menandatangani 'report card' tersebut maka aku dengan lomah longlai mengadu pada mak.. apa lagi.. mulut mak pun macam peluru 'mesingun' yang merobek mangsanya... tapi didalam 'marah-marah' mak.. tangannya tetap menandatangani report card aku.Tandatangan mak 'very simple' sebab mak menulis namanya dengan tulisan jawi hihihihi.
didalam darjah 2.. aku bertekad untuk jadi baik..(konon2nya dah sedar).
dan berbekalkan keyakinan.. aku pun mula menjadi budak baik. tiap kali ujian di adakan.. aku pasti berada didalam top 5.fuyooooooo..

exam pertengahan musim, aku dapat no 2 dalam kelas.dan exam akhir musim aku dapat no 1 dalam kelas.dan yang paling mengejutkan ialah aku lulus didalam bahasa penjajah iaitu 50% hahahaha.. at least warna biru.cuma aku sedih sebab tak dapat warna merah kegemaranku...
dan didalam darjah 2 juga aku pernah kena tampar dengan cikgu sekolah... sebab apa??
sebab aku terlibat didalam pergaduhan beramai-ramai dengan budak darjah 6.
samseng beb!!!..

kisahnya begini :

walau pun aku berada didalam darjah 2, namun aku telah join dengan budak2 senior dari aku. so teman-teman aku terdiri didalam darjah 2,darjah 3 hinggalah darjah 6.
kami berada didalam satu golongan atau kumpulan.aktiviti kami adalah bermain bola, police entry,ceper,capteh dan macam-macam lagi.
satu hari ketika kami bermain bola rounders... teman aku terbaling bola tersebut mengenai budak darjah 6 yang berada didalam kumpulan lain. lantas apa lagi.. pergaduhan pun meletus.
dan padang sekolah yang menjadi saksi pergaduhan beramai-ramai. akhirnya kami ditangkap cikgu sekolah. teman-temanku didarjah 2 mengatakan aku adalah ketua kumpulan mereka.. haruuuu sungguh. cikgu pun panggil aku.

"baru darjah 2, tak bersunat lagi.. dah nak jadi samseng sekolah.... " 'Panggg'!! satu tamparan mengenai pipi gebu aku... terasa bintang sudah berpusing kat atas kepala aku.

ada lagi satu peristiwa dimana aku ditangkap Cikgu Besar kerana buat bising.Ini disebabkan aku menghafal sifir 5 dengan lontaran suara yang kuat sambil berlagu.Kebetulan ketika aku menghafalnya.. kakiku melalui bilik cikgu besar tersebut.Apa lagi... Cikgu Besar yang dah sedia Besar itu pun memanggil aku lantas kena rotan huhuhuuu.

Bila mengingati zaman persekolahan... aku rasa macam ada satu daya tarikan mengenainya.Mungkin aku antara budak yang digemari teman-teman kerana kecelotehan aku membuat 'joke' dan selalu membantu rakan-rakan. Dulu budak-budak sekolah dapat makan percuma dari kerajaan di kantin Sekolah.kami akan di beri kupon makanan.
abah akan memberikan aku bekal duit 20sen sahaja kesekolah. 20sen kira besarlah juga sebab aku akan beli nasi lemak berharga 10sen dan air percuma. 10sen lagi aku main tikam-tikam nombor hihihihi. sekali tikam 5sen.
baki 5sen lagi selalunya aku beli gula-gula 5biji. lumayan dong!..

Isnin, 23 Jun 2008

1971

Pada waktu matahari menjangkau langit.. Mak asyik bermain congkak bersama abah di ruang tamu.Kadangkala wajah Mak berkerut seperti menahan sakit.. mungkin tanda-tanda kelahiran seorang bayi akan menjelma.Abah pula asyik dengan bermain congkak 9 lubang tanpa sedar akan keadaan mak.

"Abahnyer.. rasanya saya dah nak bersalin ni... tolong panggilkan mak bidan.." tiba-tiba mak menyapa abah yang asyik bermain.

"apa!!.. dah nak bersalin???!! Derissss... oooo.. Deris.. kau pi panggil mak bidan cepat.. mak kau ni dah sampai masanya.." jerit abah pada anak keduanya...

senyap.

Mak nampak tenang walaupun saat-saatnya hampir tiba.
'manalah pula mak bidan ni... lambatnya.. kan dia dah tahu waktunya..' hati mak berkata-kata.

"awak boleh bertahan ker Maknyer.." sapa abah didalam kerisauan.

"Insya'allah boleh abahnyer.. nikan anak yang ke 15 kita.. , awak tu.. pergilah ambil air panas kemari... sediakan gunting ker.. macamlah awak tak biasa.. karang mak bidan tak datang.. abahnyerlah jadi bidan ni hah" Mak memberikan sedikit arahan kepada abah yang mudah rasa panik.kadangkala mak terasa lucu melihat keletah abah yang bagaikan 'kucing nak beranak'.
Abah dah semakin panik, berjalan kehulu-kehilir...

"Leha.. tolong mak kau ni.. asyik terperap jek dalam bilik tu... mana balqis dan yati... puzi kat mana pula... selalunya riuh dalam rumah ni.. hah! Nurr... tolong pasang radio tu kuat-kuat.. sekejap lagi pesalah-pesalah tu dah berbaris kat depan rumah... nanti dia dengar bunyi budak nanti.. banyak pula ceritanya." jerit abah berikan arahan pada anak-anaknya bagaikan sarjan di medan kawat.

Rumah yang didiami kami berhadapan dengan Sekolah Hendry Gurney Telok Mas Melaka.Sekolah ini adalah sekolah 'budak-budak jahat' yang mempunyai rekod jenayah remaja atau dikenali sebagai kes juvana.Abah pula bekerja sebagai warder penjara yang mengajar budak-budak sekolah tersebut didalam bidang pertukangan.

"mak.. ni air panas... tuala dan lampin putih." zaleha anak ke lima Abah dan Mak membawa sebesen air panas kedalam bilik. Mak telah dibawa abah kedalam bilik berhadapan ruang tamu.

"Leha.. kau tengok abah kau tu.. aku yang nak beranak tapi dia pula yang macam cacing kepanasan.." mak sempat berseloroh dengan kak leha.

Tiba-tiba.... aduhhhhh!.. mak mengaduh.

"Abahhh!! kepala adik dah keluar ni... macam mana ni..!!" jerit kak leha.

abah bergegas kebilik. 'apa benda laaa aku nak buat ni' jerit hati abah.

"Deris mana.. deris mana.. dah bawa mak bidan ke belum? hishhh budak ni.." mulut abah macam bertih goreng. Namun tangannya cekap menyambut satu kelahiran. Azan zohor berkumandang. dan waktu itulah seorang bayi dilahirkan bersama tali pusat yang membelit tubuh badannya.Namun yang peliknya.. ia tidak disambut dengan teriakan bayi tersebut.
Matikah???
Wajah bayi putih membiru.

abah semakin panik namun Allah memberikan jalannya.Abah teringat akan satu rencana yang disiarkan didalam Television ketika itu.Abah mengambil bayi tersebut lalu dipegang kakinya.Kepala bayi dibiarkan terjuntai kebawah.lalu dengan bacaan bismillah... abah memukul punggung bayi. bayi tersedak lalu tangisan pun bergema didalam ruang rumah.Alhamdulillah.
dan bayi itulah aku yang dikenali sebagai kehidupan.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran