Jumaat, 26 Jun 2009

Tak sedap hati

Malam tadi aku bermimpi yang kurang baik.... dan pagi ini aku dapat call dari Kak Lang.

Mak demam dah seminggu.Dan Mak sakit dada kanan.Itu mesti paru-paru. Penyakit yang dah lama mak hidap... tapi mak masih kuat berbanding usianya di lingkungan 83 tahun..

Mak... terlalu besar pengorbanannya kepada kami anak-anaknya.Membesarkan 16 orang anak bukanlah perkara mudah.16 anak bermakna ada 16 sifat yang berbeza-beza.

sekarang ni,nak jaga seorang anak pun terlalu sukar rasanya dalam keadaan dunia kini.Anak-anak tidak lagi seperti kita yang kecil dulu.. lebih patuh dan kurang berkata.


Aku dapat sms dari Abg Ngah.. aku memang tidak sedap hati lalu mengambil keputusan untuk balik segera ke kampung.Aku call kak chik dan isteriku call kak hawa.Mana lah tahu depa nak join aku balik bersama menziarahi mak yang uzur.


akhirkan kami balik bersama.Aku tidak sempat solat jumaat.. ketika itu aku didalam perjalanan menuju kekampung. aku tidak terus kekampung kerana mak ada di rumah kak long di bandar Muar.

Bila aku sampai di rumah kak long, aku lihat mak sedang duduk di sofa dan berada dalam kondisi yang tidak bermaya.
mak gembira melihat kami balik.Mungkin terubat juga rindunya pada anak-anak yang sudah lama tak jengah mak.

Aku memeluk dan menciumnya.
Sepanjang hari itu kami layan mak bagaikan raja.Anak-anak mak mengurut belakang mak dan sebagainya.Maka terhiburlah hati seorang ibu apabila melihat anak-anak cuba mengubatinya.

Aku baring sebelah mak, aku lihat pernafasan mak tidak teratur.. aku membaca apa yang patut untuk membantu pernafasan mak.. setakat ni alhamdulillah.Abg Ngah ada buatkan air untuk mak.

so far semua anak yang berilmu bergabung tenaga.aku bersyukur kehadrat Allah kerana aku mempunyai abang2 dan kakak2 yang sedikit sebanyak mempunyai basic ilmu akhirat.

aku sempat juga bermuzakarah dengan Abg Ngah dan sempat juga minta izin untuk membawa zikir.Alhamdulillah..
kalau ikut amalan memang tak larat nak bawa hahahaha... tapi aku ambil zikir yang padat dan berisi sahaja buat masa ni.. so far aku melakukannya seharian seperti mana zikir2 lain yang aku bawa selama ini.Alhamdulillah zikir tersebut mula sebati dengan diriku atas izin Allah jua.

sahabatku ZZ dan Rosli ada datang... apalagi kami bermuzakarah lah sampai jam 4 pagi bersama2 Abg Uda dan Wak Dol. lama tak bermuzakarah. Aku tak mahu ajak kerumah abg ngah, manalah tahu abg ngah sedang beramal dibulan rejab ni.. so tak mahu ganggu.

aku harap diriku malah diri keluargaku serta sahabat2 yang aku sayangi dapat diterima Allah seadanya.

wassalam.

Rabu, 24 Jun 2009

Marhaban Ya Rejab!!

Rejab datang lagi!!! Rejab datang lagi!!!
hati batin ku melonjak gembira dengan kehadiran Rejab.Pintu amal memang terbuka sentiasa namun tidak sama dengan pintu gerbang bagi segala amal yang kita buat.

Ya Rejab!!! aku sambut mu dengan melemahkan diriku pada nafsu yang selama ini menguasai segenap diriku ini.

Ya Rejab!!! aku sambut mu dengan rasa membuak di hati untuk melahirkan rasa rindu selama berpisah denganmu..

Ya Rejab!!! kau lah pintu gerbang bagi segala amal sebelum pintu ini akan mengecil seperti pintu biasa selepasnya berakhirnya syawal.

Ya Rejab!!! aku akan cuba perbaiki diri ini.. yang dulunya sering tewas didalam perjuangan amal.


Semoga amalku angkat diangkat sepertimana orang-orang yang mukmin.

wassalam.

Selasa, 16 Jun 2009

Permata yang tidak bersinar

Betapa gembiranya hatiku apabila melihat sahabat2ku mendapat permata yang cukup bersinar. Permata itu cukup indah dan bercahaya. Tapi amatlah sedihnya hatiku apabila setelah sekian lama mereka mendapat permata tersebut, ternyata mereka tidak menggilapnya.
Masing2 sanggup letakkan permata tersebut di tepi semata-mata dunia menayangkan kenikmatan sementara.Itukah yang mereka kejar selama ini? sedangkan mereka telah bertungkus lumus untuk dapatkan sang permata tiba-tiba mereka tidak hargainya langsung hanya kerana Allah berikan nikmat dunia yang sementara ini?

dimanakah keikhlasan mereka untuk Allah?

terlalu jauh mereka berlari rupanya sedangkan apa yang dicari terlalu dekat dengannya.

Alhamdulillah.. sahabatku yang sorang itu semakin terbuka hijabullahnya.. sahabat yang jarang aku berbicara.. yang jarang aku pantau.. dan sahabat itu didalam jarang berbicara tetap sudi berjumpa denganku untuk membicarakan ilmu.Alhamdulillah kerana sahabat itu mempunyai abang-abang yang sering memberikannya ilmu dan bimbingan.
sahabat itu tidak segan mahu minta aku menegurnya... dan aku tidak malu untuk ditegur olehnya.

Mengapa sahabat yang telah lama dengan aku.. telah melalui saat2 manis dan duka dalam ilmu.. masih tidak ada keyakinan pada mu Ya Allah. tidak faham pengertian sifatullah..
tidak faham tentang pecahan2 sifatullah.tidak faham apa itu peradaban Rasullullah.
tidak faham kiasan ilmu didalam sifatullah.
semakin hari semakin halus perjalanan hidupku ini.

walau bagaimana pun aku tetap berdoa untuk mereka agar aku dan mereka dapat kembali kehadrat Allah yang esa.

jauh lagi perjalanan ini.... jauh didepan sana.. perlukah aku menoleh kebelakang untuk menggapai tangan mereka dan mengheret bersama2ku? sedangkan aku pun masih merangkak disini.

Pangkat

Ada jawatan kosong!!! cuma ada 4 kekosongan..?!
perlukah aku 'apply'? rasanya tidak kot...!!

bila ada jawatan kosong, ramai yang ingin menduduki istilah kekosongan itu.. namun berapa ramai yang tidak faham pengertian kosong sehingga terlupa amanah yang besar sedang menanti.

aku tidak tamak didalam mengejar pangkat dunia... memang ramai yang akan berkata aku menolak rezeki... biarlah.. kerana rezeki yang aku dapat bukan sekadar wang ringgit.
rezeki ilmu haq itu adalah terlalu tinggi nilainya berbanding apa yang zahir dimata.

Isnin, 15 Jun 2009

malam semalam

dah 2 hari aku dapat call dari zz.Tapi sengaja aku tak angkat. semalam petang pun begitu.lastly aku sms dia.. just bertanya khabar dan bermukadimah bahasa.
akhirnya aku dan dia berjumpa di tempat yang dijanjikan iaitu di Sop Ali Power.Namun sayang, kerana kedai tu tutuplah pulak lalu kami makan di Warung D'Muar yang terkenal dengan Mee Bangdung Muar.

bila dah jumpa seperti biasalah aku huraikan sedikit pencerahan ilmu kepadanya dengan izin Allah.Biasalah bila dah jauh lari dari landasan... atas dasar sahabat aku pun balon lah cukup-cukup apa yang patut.

Tapi sayang seribu kali sayang... dia hari ni MC(malas nak pi koje) hihihi.
dia kata bertambah tekanan.aku tak tahu nak cakap apa da...
terpulanglah kepadanya menghuraikan apa yang aku sampaikan dari sudut ilmu.

semalam juga sempat aku 'sound' WDol yang juga mula tercicir dari landasan... sampai bilalah nak tergelincir...

aku bukanlah seorang yang sempurna... kerana aku juga seperti sahabat-sahabatku yang lain dimana ada saat jatuh dan bangun.cuma di saat mereka jatuh, aku sebagai seorang sahabat haruslah menyedarkan mereka dari terus terjatuh kedalam gaung yang amat dalam. kelak tiada siapa yang mahu menghulurkan tali penyelamat lagi.

Mungkin ini kali terakhir aku dapat menyelamatkan mereka.. kerana di masa akan datang, tak tentu lagi nasibku bagaimana disisi tuhanku.

wassalam.

Jumaat, 12 Jun 2009

faham tapi tak faham

Alhamdulillah, tanganku masih boleh menari dipapan kekunci ini dan seterusnya memaparkan tulisan-tulisan di skrin komputer.
Baru sahaja selesai solat Jumaat. Masjid tidak seperti biasa(penuh) kerana ramai yang bercuti dikampung bersama- anak-anak.

Sahabat?! apalah ada ertinya sahabat jika tidak saling bantu membantu dan hormat menghormati?

rasanya sudah semakin aku akan membawa diri agaknya.. bosan?! Uh.. tidak sekali kerana apa yang tertulis itu pasti ada yang tersirat.
Aku gembira berkeadaan seperti ini yang lebih kepada diriku sendiri didalam perjalanan ini.. walau sesekali aku menoleh kebelakang melihat apa itu pengertian persahabatan.

aku pulang dari masjid dan terpandang sahabatku ZZ didalam kereta sedang berborak dengan kawannya.aku hon kepadanya. selepas meletakkan kenderaan ku... aku cuba pergi kearah keretanya.. namun keretanya telah meluncur keluar dari perkarangan pejabat.
Mungkin dia tergesa-gesa... namun apalah ertinya persahabatan itu jika datang hanya untuk melepaskan diri dari cengkaman..

aku try scan... menyelusuri secara batin... dia tidak seperti itu... dia faham tapi sebenarnya buat tak faham apa dia itu ilmu yang di ajar Rasul kepada umatnya.

aku benar-benar sedih melihat ia berlaku pada sahabatku.
tapi biarlah.. kerana dia punya urusan yang lebih penting dari nilai persahabatan.

semua tidak faham nilai ilmu itu lebih tinggi dari nilai keduniaan.Baik R, D atau ZZ.. mereka semua sangka apa yang mereka dapat itu sudah mereka kuasai dan mereka sangka apa yang mereka lalui itu didalam penyerahan yang sejati.Namun mereka menipu diri sendiri.
Mungkin sudah sampai masanya aku memantau mereka.. dan mungkin sudah sampai masanya aku bawa diri ini dengan sendiri sepertimana apa yang dimimpikan mereka.

lagi pun segala rahsia telah terbuka. tapi tidaklah sampai terbuka sepenuhnya.Disinilah mereka keliru.

sejauh mana pun kita berlari.. kita tetap masih disini. berlarilah selaju mana pun, namun ia tidaklah bergerak kemana-mana jika apa yang dipelajari itu umpama ambil dan tinggal didalam poket masing-masing.

wassalam.

Khamis, 11 Jun 2009

tiada tajuk

Semalam aku dikejutkan dengan kehadiran sahabatku.Hj Ucop.
biasalah bila dah lama tak berjumpa maka byklah ceritanya.Masing-masing dengan pengalaman masing2.Sesungguhnya dia cukup beruntung kerana mempunyai 2 orang abang yang seiring jalan dengannya didalam ilmu tauhid ini.

dulu.. aku masih mentah didalam perjalanan ini.Dan aku sukar untuk membezakan ketinggian ilmu seseorang.Alhamdulillah kini, kefahaman semakin menghampiriku.
antara kedua-dua abangnya.. yang tinggal di Trengganu cukup tinggi ilmu tauhidnya berbanding yang di Putrajaya.Walaupun pada awalnya aku melihat sebaliknya antara mereka berdua.
sebab apa.. sebab abgnya yang di Putrajaya lebih kepada amalan penzahiran, dan amalan ini mudah jatuh dan bangun..(sukar untuk konsisten) walau pada mata kasar ia adalah konsisten.
Abgnya yang di Putrajaya mempunyai kelebihan pandangan tersembunyi dan kelebihan ilmu kalam. Dia boleh melihat disebalik kejadian sesuatu perkara. Mempunyai pengaruh didalam wajah serta adab perkerti. sesuatu yang jauh dari Hj Ucop dan abangnya yang di Trengganu.

Namun sesuatu yang kita nampak 'perfect' itu tidaklah 'perfect' sebenarnya.Setiap orang ada kelemahan... dan kelemahan itu sukar untuk kita lihat apabila ia terselindung dari keistimewaan diri. Dia mempunyai keyakinan yang tinggi didalam ilmu namun kadangkala ia bagaikan terapung.Berbanding dengan yang di Trengganu.Abg Zul lengkap pakej.zahir dan batin cukup.
lebih tukmaninah didalam ilmu.
Sukar utk mendifinasikan kedua-duanya.masing-masing mempunyai kelebihan.Namun yang paling terserlah tidak semestinya tinggi ilmunya.Abg Din ilmunya terserlah walau pada hakikatnya dia cuba menyembunyikannya.Abg Zul tidak terserlah tapi pada hakikatnya tinggi ilmunya.

sahabatku masih berada di awal pengajian walau pada hakikatnya sudah tamat pengajiannya.
maksudnya begini.. tiadalah tamat sesuatu pengajian jika ilmu yang dimiliki tiada berterusan.
walau bagaimana pun sahabatku ini sudah menghampiri ke tahap hijabullah.Alhamdulillah.
dan disinilah banyak ujian menantinya antara diantara tabir-tabir alam.semoga sahabatku selalu rujuk kepada yang pakar agar dia tidak tersesat didalam dunia buatan sendiri.

Di bangunan kerjaku ini juga ada beberapa orang yang mempunyai ilmu makrifatullah.
aku cukup bertuah walau pada hakikatnya aku tidak pernah berbicara ilmu dengan mereka.

cukuplah coretan buat masa ini.
wassalam.

Rabu, 10 Jun 2009

13

Alhamdulillah, aku masih disini lagi... berada dibawah langit nan biru dan berpijak dibumi nan hijau. Antara langit dan bumi itu terapungnya awan nan putih.Dan di malam hari pula adanya cahaya sang rembulan bersama deretan bintang berkilauan di angkasa langit.Siangnya pula ada sang mentari yang memancarkan cahaya menyuluhi bumi dari kegelapan malam.
dan begitulah rutin pusingannya.

Di bumi pula terdapat aku bersama ramai lagi khalifah-khalifah yang di muliakan Allah.Dan di antara khalifah-khalifah itu terdapat makhluk-makhluk ciptaan Allah sama ada nyata mahu pun yang ghaib.Dan apa jua kehidupan di dunia ini saling memerlukan.

Dan nikmat manakah yang aku perlu dustakan lagi pada Mu Ya Allah???

hari ini aku terdetik untuk membicarakan tentang rukun 13.
apa itu rukun 13? rukun 13 adalah aturan didalam solat.
Mengapakah 13?

rukun 13 ini adalah pengenalan terhadap diri manusia.Rahsia manusia itu terletak pada rukun 13 yang dilakukannya 5 kali sehari semalam.dan dalam 5 kali sehari semalam manusia itu lupa akan rukun 13 sehingga melakukannya tanpa pengertian.
lupa didalan kita sendiri sedang melakukannya... bermakna penghayatan itu tidak padat.

seperti mana aku minum air tapi aku tak tahu yang aku sedang minum air sedangkan gelas ditangan, air di teguk.

inilah satu fenomena. ada 2 maksud disini.

1. aku sedang melakukan 13 rukun tapi aku tidak tahu apa itu 13 rukun.
2.aku sedang melakukan 13 rukun dan aku memahaminya dan aku menikmati tanpa 13 rukun.

fikir-fikirkanlah..

cukuplah sekadar ini sahaja.
wassalam.

mari bercerita

Suasana pagi itu diseliputi kabus yang tebal.Sejuknya sampai ke tulang sum-sum.Bunyi nyanyian burung amat riang kedengaran.Cahaya sang suria yang mula naik menyusuri dedaun pokok-pokok yang berdiri gagah didalam kawasan pergunungan ini.

Di atas batu berhampiran air terjun,kelihatan seorang pemuda yang berpakaian baju tekua lengkap serta keris disampingnya.Pakaian ini selalunya di pakai oleh pahlawan-pahlawan melayu di zaman kesultanan Melayu Melaka.Di atas kepala pemuda itu dipakai setanjak songket berwarna merah.Rambut pemuda itu agak panjang kasar.Pemuda itu bertimpuh di atas batu hampar berhampiran air terjun sambil tangannya menadah langit seperti memohon doa dari yang maha kuasa.
deruan air terjun cukup menguja dan mendamaikan.bunyi tersebut diselangseli dengan nyanyian-nyanyian burung serta sang unggas di dalam hutan tersebut.

"Ya Allah yang maha kuasa, kaulah tempat aku berlindung.Hari ini cukup sepurnama aku mendambakan diri kedalam alam kerohanian.Alam yang tersembunyi rahsia yang tidak terungkap.Bangkitnya aku pada hari ini hanyalah sekadar untuk menjalankan kewajipan aku sebagai khalifah di muka bumi ini.Keris luk sembilan dari kepulauan sulawesi ini amat sukar dibendung.. dan hari ini, keris ini akan aku semadikan di pangkal pokok agar ia tidak lagi menghasilkan bencana kepada manusia.Keris ini juga aku akan semadikan bersama Kerambit Dang Sri Aisyah Sofea.. dan akhir doa, aku mohon restu dari mu ya Allah.. kau bahagiakan aku dan isteriku Dang Sri Aisyah Sofea.. disebabkannya lah aku dapat memeluk agama Islam.."

Hujan mula turun.

"Mas Daeng!.. kita harus keluar dari pergunungan ini... "

sekadar iklan jek hahahaha.sedutan dari cerita Keris Luk Sembilan.

sekadar

Lahirnya kita kedunia bersama tujuh...
Kehidupan kita didunia ini dengan yang lima...
dan apabila kita tenggelam dalam zikir.. kita tinggal satu..
dan apabila sampai waktu pulang.. hanya satu jua yang kembali.

Selasa, 9 Jun 2009

Sedih

Biasalah bagi manusia yang mesti ada perasaan sedih.
Sedih kerana ada ahli keluarga meninggalkan kita.
Sedih kerana kecewa didalam sesuatu perkara.
Sedih ditinggalkan kekasih.
dan bermacam-macam lagi version sedih bagi manusia.

Sedih dan manusia itu tidak boleh lari.

Mengapa begitu sukar kita memahami ilmu akhirat berbanding kita memahami ilmu dunia?
kadangkala, aku sedih melihat sahabat2 aku yang sealiran denganku, yang berjalan bersamaku didalam satu landasan, yang sama-sama bersusah payah memahami ilmu... yang sama-sama beramal di siang dan malam hari namun secara 'output'nya, mereka kosong tanpa memahami pengertian perjalanan ini... atau adakah ini dinamakan bahagian masing2?

"Ah! itu dah bahagian kau.. bukan bahagian aku.. nak buat macam mana?"
"Itu dah bahagian kau.. mungkin esok lusa bahagian aku pula.."

mudah sahaja manusia itu mengungkapkan kata-kata... sekadar mencari alasan.
sahabat2ku yang dibuai dunia!!!

ada sahabatku yang dah cukup bagus mengikut perkiraan ku yang lemah ini.. yang dah faham dan mengerti bezanya kaca dan permata namun terus lalai dibuai kehendak nafsu sendiri.

Ada yang faham apa itu ikhlas.. namun bila diuji, ikhlasnya hanyalah sekadar dibibir sahaja.
Sebagai seorang sahabat.. aku kalau boleh nak bersama-sama mereka seperti mana 7-12 tahun dulu.. yang mana kita sama-sama melalui pahit manis beramal berilmu.

dan aku sendiri tidak mahu mencari kesalahan mereka kerana aku sendiri masih lagi merangkak didalam ilmu.biarlah mereka dengan dunia mereka... biarlah mereka mengadaptasikan ilmu yang dipelajarinya.. mungkin itu cara terbaik buat mereka.

aku kini harus terus berserah kehadrat illahi.lagi ku dekat lagi ku rindu.

aku mendoakan mereka semua tidak lalai dengan dunia ciptaan sendiri.


Isteri
------

Isteri adalah seorang wanita yang dijadikan Allah untuk seorang lelaki dan di ijabkabulkan semata-mata kerana kehendak Allah untuk memperbanyakkan cerita sifat.
Seorang isteri haruslah taat dan setia kepada suaminya.tidak boleh meninggikan suara terhadap suaminya.Andaikata suaminya adalah orang yang mempunyai ilmu akhirat.. maka dekatilah dengan lemah lembut.. mintalah minuman ilmu tersebut.. agar ia menjadi lebih pasrah kehadrat Allah.

Isteri telah diangkat Allah ke darjat yang tinggi... telah diberi bonus oleh Allah ketika di akhirat nanti... dan isteri haruslah manafaatkan bonus itu di dunia ini.kalau tidak?!! maka sia-sialah.

Darjat Isteri disisi Allah itu tinggi berbanding lelaki kerana itu isteri lebih mudah memasuki mana-mana pintu syurga berbanding lelaki.Namun pada lelaki tersimpan satu rahsia yang lebih tinggi dari darjat seorang isteri.Dan rahsia ini adalah untuk mendidik isterinya agar tidak mudah di pesongkan dunia.

Tapi berapa ramaikah isteri yang mampu tunduk pada seorang suami.dan bertambah malang bagi isteri yang mendapat suami yang tidak ada didikan agama dan akhirnya sama-sama terhumban kelembah kesesatan.

itu aku tidak mahu persoalkan.. namun apa yang aku persoalkan betapa ramai juga isteri-isteri yang tidak menghormati suami sedangkan mereka tahu suaminya mempunyai didikan ilmu akhirat.Selalu berada didalam keegoan yang mereka tidak sedar.

lihatlah berita yang terpapar di akhbar2 tempatan.. betapa ramai wanita yang jauh dari landasan keimanan...

Tabsub

Semua orang tak kira tua atau muda wajib menuntut ilmu.Baik ilmu itu perihal dunia mahupun perihal akhirat.tuntut memang kono tuntut.kalau ilmu itu sekadar ilmu alif ba ta... atau A,B,C.. memang dah diwajibkan pada kita sojak berusia 3 tahun lagi.. malah sudah ada pun yang boleh membaca sejak usia sebegitu.

Ilmu itu luas dan terlalu banyak cabangnya seumpama pokok yang mempunyai dahan dan ranting serta daun bunga dan buah itulah cambahan ilmu yang membawa hasil kepada manusia.
Namun berapa ramaikah manusia yang berilmu itu menikmati hasilnya dan akhirnya layu dipertengahan jalan.cukup ramai.

Ilmu dunia adalah satu peradaban ilmu yang kita nikmati didunia yang zahir ini.Jika kita belajar dan mengikut nas-nas serta landasan yang betul maka kita adalah orang yang bertuah.

namun apa yang aku nak ceritakan disini tentang ilmu ketuhanan.Ilmu ketuhanan bukanlah bermakna kita bertekad nak menjadi tuhan... Na'uzubillah.
Ilmu ketuhanan yang dimaksudkan disini adalah ilmu tauhid.. ilmu mengenal akan diri.
Ilmu yang membawa kita mengenal akan zat kecil... ilmu yang memberi kita pengertian akan sifat-sifat besar Allah.

Syaidina Ali adalah seorang Khalifah yang pertama menyebarkan pengertian ilmu tauhid ini.Bermulanya adalah di Baghdad atau Iraq dan Iran.Sejak berakhirnya zaman Khalifah.. ilmu ini disampaikan secara tersembunyi di kalangan penduduk kota baghdad dan kawasan berdekatan. Ia tersembunyi agar ilmu ini terpelihara dan tidak dipergunakan sewenang-wenangnya dan di kuatiri penyalahgunaan ilmu. Dan takut orang yang belajar itu tersilap faham. Sebab itulah di zaman Rasulullah, hanya segelintir sahabat sahaja yang belajar ilmu ini dari Rasulullah. dan selebihnya menjalankan kewajipan syariat.

Dan apabila ilmu ini mula tersebar maka muncullah manusia yang di gelar para wali.
Wali-wali ini amat terkenal seperti Ahmad Bustamam, Al Junaid, Rabiatul adawiah(wali wanita yang pertama), Hassan Al Basri sehinggalah tersebar ke kepulauan Indonesia dimana wali-walinya seperti Sunan Bonang, Sunan Giri dan beberapa lagi. Kalau di Malaysia terdapat wali yang kurang dikenali seperti Tok Kenali(kelantan), Habib Noh(Singapura), Tok Ku Paloh(trengganu), Tuan Tulis (K.Pilah) dan macam-macam lagi.

dan dari mereka pula turunlah berbagai-bagai nama tarekat seperti tarekat Nasyabandiah, tarekat Ahmadiah dan lain-lain yang mengikut salur galur masing-masing.
(mungkin maklumat saya ini kurang tepat.. namun secara lahiriahnya ada kebenarannya).
kalau nak maklumat tepat.. boleh pergi ke website tareqat2 tersebut dan boleh dapatkan maklumat dari pengamal tareqat tersebut.

bagiku.. semua ajaran tersebut benar selagi bertunjangkan AlQuran dan AlHadis dan yang paling penting adalah 2 kalimah syahadah. selagi seseorang itu bersaksikan Muhammad itu pesuruh Allah, dan mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah maka ternyata kita semua didalam ajaran Islam.

Namun perlu di ingat, betapa hebat macam mana pun kita bersuluk, atau betapa hebat macam mana pun pengalaman tauhid.. kita tidaklah boleh taksub dengan guru-guru kita.
tugas seorang guru itu menyampaikan apa yang perlu bagi mereka kepada anak muridnya.. dan terpulang kepada anak muridnya menghayati dan memahaminya ilmu yang di ajari.
dan yang penting setiap ajaran itu tidak lari dari landasan AlQuran dan AlHadis.

Guru umpama lampu suluh... dia menyuluh laluan namun yang harus lalu itu adalah kita.

cerita-ceriti

Alhamdulillah kerana aku masih lagi bernafas di bumi ciptaan Allah ini. semalam aku pi Shah Alam buat kerja luar.Biasalah tu... Ahad baru-baru ni aku pi meraikan perkhawinan anak sahabatku Wak Nen di Syeksen 18 Shah Alam.Cukup meriah!! Dato Aziz pun ada.. malah Dato Malik datang sekali... tapi aku sama wife aku dok berborak dengan rakan2 bowling lah hihihik.



Dan syukur alhamdulillah kerana team kami di liga TM berjaya menewaskan 'The Giant Killer' team Dynamite dengan 10-6.

dan yang paling penting aku mula kembali berada di landasan yang betul.. masih didalam pemulihan prestasi.aku menang didalam pertarungan sengit menentang artis Aryani..(lelaki dah!)..



itulah serba sedikit rutin harian yg ku lalui..



Errmmm.. perlu bicara apakah lagi?



Mimpi???



asyik bicara mimpi jek.. kadang-kadang boring kerana mimpi hanyalah permainan illusi.. sebab ia bukanlah zahir pada pandangan mata kasar.seronok atau gembira hanyalah didalam mimpi sahaja... memang tak dinafikan bahawa mimpi juga akan memberi gambaran tahap diri kita didunia ini..



tapi bercerita tentang mimpi... mimpi aku baru-baru ini adalah dibawa kesebuah pintu besar yang berupa seperti kulit depan AlQuran. Pintu tersebut bercahaya keemasan di tulisan ayat2 AlQuran tersebut. Ia umpama pintu gerbang yang besar sedangkan aku kerdil berdiri didepan pintu itu. Pintu itu dibuka, untuk aku melaluinya.Didalam atau disebalik pintu tersebut bagaikan saujana mata memandang.. cantik.. tanpa tiang. aku mahu menuju ke singgahsana namun terasa sakit perut lalu aku menuju ke bilik air.. sampai sahaja dibilik air.. langsung tidak ada rasa sakit.. bagaikan ia berlalu sahaja.Didalam bilik air yang cukup besar bersama pancuran air.. tiada tandas langsung.Benarkah ia bilik air??? aku terpesona..



lantas aku tersedar dari mimpi.apakah maksudnya? cukuplah biar sahaja aku yang mengetahuinya,biarlah ia menjadi rahsia seperti mana lagu Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor negara.

sahabatku pula bermimpi, dimana dalam mimpi tersebut aku,zz dan dia berada didalam sebuah bas yang dipandu oleh Wak Dol... didalam perjalanan tersebut,hujan lebat.. aku turun didalam hujan tersebut dan bas terus bergerak meninggalkan aku.Bas tiba disatu tempat seumpama luar negara.begitulah cerita mimpinya... dan biarlah mimpi ini menjadi rahsia antara aku dan sahabatku...

dan anaksaudaraku bermimpi naik lift didalam satu bangunan yang tingginya 20 tingkat.
dia naik lift bersamaku.. lift yang kami naiki agak sempurna.Di sebelah lift yang kami naiki ada satu lift usang yang dinaiki arwah Zikri.. pada mulanya lift tersebut berada di atas kami namun arwah zikri terjatuh ketingkat satu.Lift kami berhenti di tingkat 3 dan kami turun.. aku naik lagi satu lift dan mengajak anak saudaraku naik sekali.. namun dia tidak mahu ikut aku dulu..lalu aku naik sendiri.. sampai di tingkat(tak ketahui tingkat berapa) aku turun.. anak saudaraku yang berada di tingkat bawah menjerit padaku.. "pak ya kenapa tak naik lagi?"
aku pun berkata " nanti dulu, pak ya nak bersiar kat sini dulu, penat.. nanti pak ya naik.." jeritku dari atas.

semasa dalam lift bersama anak saudaraku.. dia berkata "Pak ya, kesian Abg Zikri, pak ya tolonglah dia..."
"Itulah... tadi orang ajak naik lift ni, dia nak naik lift kayu tu buat apa? dah tahu lift tu usang.." jawabku.
"tolonglah pakya.."
"Ermm.. nanti pak ya cuba tolong.. " balasku. tapi apabila melihat dia berada dibawah terasa gerun pula sebab tinggi.. lalu aku berkata " seriau lah.. nanti nak tolong dia punya pasal, pakya pula jatuh kebawah.."balasku selamba.

maka tinggallah zikri berada di tingkat satu. dan anaksaudaraku tersedar dari mimpi.

itulah cerita ceriti kali.. sekadar cerita mimpi sahaja huhuhu.. cerita dongeng aku kali ni.





Isnin, 1 Jun 2009

syariat

Hari ini aku agak lewat sampai ke Ofis... biasalah kalau sudah terlewat bangun dari tidur..
tidur yang panjang.. di ulit mimpi yang indah.. pasti melalaikan.Dan apabila bangkit, ternyata terlewat dari melakukan segalanya.Jawapannya adalah kelam kabut.

Afiq sudah terjaga dari tidur.. dia faham akan situasi ayahnya yang kelam kabut.Setelah bersalam.. dan setelah aku mencium pipi gebunya.. lalu aku pun hilang bersama deruan motorsikal Yamaha LC130. Memecut kedestinasi yang hendak dituju.

sampai di ofis jam 8.50am.. tidaklah lewat sangat... tapi tak sempat pi minumlah.
hantar sms pada Hafiez... dia bercuti di Penang sehingga esok. nampaknya jam 10 nanti aku minum sorang2 lah... huhuhu..

aku hidupkan PC dan Lap top. Apa yang aku harus buat? kemaskini report kerja.. dan akan buat sedikit ujian di beberapa tempat melalui system. agak boring juga.
namun ini adalah rutin ku.. tidak perlu ada 'boring'.. nak tak nak.. kono buat juga hihihik.
alhamdulillah.

kepala ku berfikir.. nak tukar tempat koje atau idak??.. mahukan pihak IT melepaskan aku ke unit yang bukan IT? persoalan yg tidak mungkin aku dapat jawab.

kesian Sarah yang masih lom dapat tukar ke destinasi yang hendak ditujunya.. Ah!! demi kebahagiaan bersama anak dan suaminya.Namun kita perlu ingat bahawa kita punya asa tuhan punya kuasa.Maksudnya kita berusaha namun Allah yang menentukannya.

Kadangkala apa yang kita inginkan itu, tidak semestinya kita dapat... mungkin Allah mahu menguji tahap kesabaran hambanya atau mungkin Allah mahu mengajar kita 'something special' yang tidak kita sedar secara normal.Atau mungkin itu bukan laluan untuk kita melaluinya.Memang akan ada rasa gundah gulana apabila apa yang hendak kita lakukan tidak tercapai maksud sasaran.. dan kita mudah rasa kecewa dan akhirnya menyalahkan takdir... sedangkan pilihan Allah itu adalah lebih tepat dari pilihan kita.

banyak yang aku pelajari mengenai dunia manusia ini.. walaupun aku juga manusia namun aku sering gagal memahami dunia golongan ku sendiri.Dan sehingga kini aku belajar satu persatu peradaban manusia didunia ini.

Manusia adalah satu makhluk yang terlalu unik sebenarnya.Pada manusia itu melibatkan berbagai-bagai perasaan.Pada manusia ada rasa ketakutan,keberanian, kekecewaan,kebahagiaan,kemurungan,kemarahan dan berbagai-bagai perasaan yang sukar untuk kita cari kelemahannya.Manusia itu 'perfect'.Satu ciptaan yang cukup sempurna.Sedangkan Malaikat tidak punya perasaan seperti ini.. atau Syaitan dan Iblis.. tidak mempunyai keseluruhan perasaan seperti ini.Yang menghampiri kesempurnaan manusia itu adalah Jin.Namun ia sekadar menghampiri kesempurnaan manusia sahaja.
Kerana manusia itu bukan sesuatu yang ghaib sedangkan Jin itu adalah sesuatu yang tidak nampak melalui mata zahir.Dan jika martabat manusia itu sampai kesatu tahap yang tinggi... Manusia juga tidak dapat dilihat melalui mata Jin.. namun segala kemungkaran jin mudah dilihat oleh manusia.. dan inilah kelebihan manusia dari makhluk lain.

Rasullullah SAW cukup bijaksana kerana ia adalah satu-satunya Rasul dan Nabi yang dapat mengekplotasikan peradaban manusia melalui syariat yang dibawanya. Tidak terlalu mengikat manusia kejalan tauhid yang ekstrem. Membawa perjalanan tauhid itu sendiri kedalam peradaban manusia. sesuatu yang sukar untuk dimengertikan kebanyakkan orang.. dan Rasullullah SAW telah berjaya melakukannya.
dan apabila Rasullullah berjaya maka Islam terbentuk dengan sendirinya.. menjadi satu agama yang relevan terhadap semua bangsa manusia.Dan yang terpenting ia di restui oleh Allah yang maha esa.


Sebelum Rasullullah, para nabi lain berusaha menegakkan tauhid mengikut dimensi yang berbeza-beza.Lebih kepada kehebatan ilmu tauhid dan meyakinkan golongan manusia mengenai kelebihan tauhid bersama-sama keajaiban ilmu tauhid.Bukan mudah untuk meyakinkan golongan manusia yang lebih kepada permainan akal yang logik.
dan perjalanan tauhid itu sendiri memerlukan keyakinan yang betul-betul mantap dan sering diganggu gugat oleh permainan syaitan dan iblis yang menyusuri dan mengkhianati manusia dengan misi-misi kegagalan.Dan akhirnya para Nabi sendiri angkat tangan 'surrender'.

Namun Rasullullah adalah berbeza dengan para Nabi lain... lebih bijaksana menggariskan ilmu tauhid.Dan Rasullullah sendiri mengerti bahawa tauhid itu bukan satu jalan yang mudah jika adab manusia itu tidak dapat disatukan mengikut susunan yang betul.Lalu Rasullullah membina peradaban yang di panggil syariat bagi manusia dan umatnya.Peradaban ini seringkali Rasullullah bahaskan melalui hadis-hadisnya berkenaan tertib yang harus dilalui golongan manusia.dari sekecil-kecil tertib hinggalah ke sebesar-besarnya tertib agar manusia mudah faham mengenai apa itu peradaban.Setelah memahami peradaban manusia ini.. barulah Rasullullah mengajar apa itu tauhid...

Jika jiwa sudah bersih maka mudahlah untuk manusia mengenal akan penciptaNya.

Rasullullah di ajar oleh Allah melalui kalam AlQuran didalam wahyu-wahyu yang diturunkan dan disampaikan oleh Jibrail utusan Allah.Dan Rasullullah membentuk kata-katanya menjadi hadis untuk kegunaan manusia di akhir zaman.

Rasullullah lebih tekankan peradaban kepada manusia kerana dengan peradaban itu, maka tauhid akan terbentuk bersama keyakinan manusia itu sendiri.
Dan Rasulullah susun ilmu tauhid itu melalui rangkaian solat ketika Israq mikraj.
dan dalam solat itu sendiri telah kukuhnya tauhid bagi manusia yang mengerti.
dan insya'allah manusia itu tidak akan tersesat jika melakukan peradaban yang telah di ajar oleh Rasullulah.

dan didalam peradaban manusia itu.. telah terselit satu rahsia mengapa manusia itu di angkat Allah sebagai makhluk yang mulia... rahsia itulah Sifatullah. Sifat Allah yang dipinjamkan kepada manusia untuk kegunaan seharian. Sifat yang memboleh manusia itu berdiri dan melakukan mengikut kehendak diri.. dan terbangunnya manusia itu adalah kerana sifat.. zat kecil yang dipinjamkan Allah kepada manusia.

Namun sayang... manusia pula yang tidak sedar diri... sanggup mengaku diri tuhan... sanggup melakukan apa sahaja... dan tunduk kepada kehendak nafsu.
dan manusia adalah bongkak... dan manusia sukar untuk tunduk walaupun tahu mereka salah. dan manusia itu alpa.
dan hanya segelintir sahaja manusia itu tergolong dalam orang-orang yang beriman.

Orang-orang yang beriman itu ibarat buih-buih dilautan.

ya.. karenah manusia itu terlalu banyak... namun pada hakikatnya karenah itu sama sahaja jika kita halusi melalui perasaan yang di alami manusia itu sendiri.baik sedih,gembira,takut, marah,seram dan sebagainya akan dilalui manusia mengikut tahap keyakinan manusia itu sendiri.Tidak kira agama atau amalan apa sekali pun.. manusia tetap sama.

secara formulanya... Rasullullah mengajar manusia tentang syariat... dan didalam syariat itu pula ada tareqat atau perjalanan menuju yang satu... dan didalam perjalanan itu sudah terhimpun hakikat diri manusia itu dan didalam hakikat diri manusia itu telah termaktubnya makrifatullah.

Perlu apakah memisahkan yang 4 ini?
yang mengaji tareqat seolah-olah menafikan syariat... yang mengaji hakikat seolah-olah menafikan tareqat dan yang sudah sampai kepada makrifatullah terus tenggelam dalam dunia sendiri. sedangkan 4 ini sering memerlukan.
tiada 4 jika tiadanya satu.

Rasullullah sudah bersusah payah menyusun syariat dan didalam susunan syariat itu telah pun ada kesemuanya... namun manusia sering alpa... mengikut hawa nafsu lalu lesu didalam perjalanan.

Syariat bukan sekadar solat 5 waktu.. bukan... bukan...
Syariat bukan sekadar mengetahui.. bukan sama sekali..
Syariat itu luas dimensinya.. merangkumi semua.

Ermmm.. terlalu banyak aku berceloteh hari ini... bak kata 'stacy' : terlebih sudah!!

wassalam.




Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran