Hari ini aku agak lewat sampai ke Ofis... biasalah kalau sudah terlewat bangun dari tidur..
tidur yang panjang.. di ulit mimpi yang indah.. pasti melalaikan.Dan apabila bangkit, ternyata terlewat dari melakukan segalanya.Jawapannya adalah kelam kabut.
Afiq sudah terjaga dari tidur.. dia faham akan situasi ayahnya yang kelam kabut.Setelah bersalam.. dan setelah aku mencium pipi gebunya.. lalu aku pun hilang bersama deruan motorsikal Yamaha LC130. Memecut kedestinasi yang hendak dituju.
sampai di ofis jam 8.50am.. tidaklah lewat sangat... tapi tak sempat pi minumlah.
hantar sms pada Hafiez... dia bercuti di Penang sehingga esok. nampaknya jam 10 nanti aku minum sorang2 lah... huhuhu..
aku hidupkan PC dan Lap top. Apa yang aku harus buat? kemaskini report kerja.. dan akan buat sedikit ujian di beberapa tempat melalui system. agak boring juga.
namun ini adalah rutin ku.. tidak perlu ada 'boring'.. nak tak nak.. kono buat juga hihihik.
alhamdulillah.
kepala ku berfikir.. nak tukar tempat koje atau idak??.. mahukan pihak IT melepaskan aku ke unit yang bukan IT? persoalan yg tidak mungkin aku dapat jawab.
kesian Sarah yang masih lom dapat tukar ke destinasi yang hendak ditujunya.. Ah!! demi kebahagiaan bersama anak dan suaminya.Namun kita perlu ingat bahawa kita punya asa tuhan punya kuasa.Maksudnya kita berusaha namun Allah yang menentukannya.
Kadangkala apa yang kita inginkan itu, tidak semestinya kita dapat... mungkin Allah mahu menguji tahap kesabaran hambanya atau mungkin Allah mahu mengajar kita 'something special' yang tidak kita sedar secara normal.Atau mungkin itu bukan laluan untuk kita melaluinya.Memang akan ada rasa gundah gulana apabila apa yang hendak kita lakukan tidak tercapai maksud sasaran.. dan kita mudah rasa kecewa dan akhirnya menyalahkan takdir... sedangkan pilihan Allah itu adalah lebih tepat dari pilihan kita.
banyak yang aku pelajari mengenai dunia manusia ini.. walaupun aku juga manusia namun aku sering gagal memahami dunia golongan ku sendiri.Dan sehingga kini aku belajar satu persatu peradaban manusia didunia ini.
Manusia adalah satu makhluk yang terlalu unik sebenarnya.Pada manusia itu melibatkan berbagai-bagai perasaan.Pada manusia ada rasa ketakutan,keberanian, kekecewaan,kebahagiaan,kemurungan,kemarahan dan berbagai-bagai perasaan yang sukar untuk kita cari kelemahannya.Manusia itu 'perfect'.Satu ciptaan yang cukup sempurna.Sedangkan Malaikat tidak punya perasaan seperti ini.. atau Syaitan dan Iblis.. tidak mempunyai keseluruhan perasaan seperti ini.Yang menghampiri kesempurnaan manusia itu adalah Jin.Namun ia sekadar menghampiri kesempurnaan manusia sahaja.
Kerana manusia itu bukan sesuatu yang ghaib sedangkan Jin itu adalah sesuatu yang tidak nampak melalui mata zahir.Dan jika martabat manusia itu sampai kesatu tahap yang tinggi... Manusia juga tidak dapat dilihat melalui mata Jin.. namun segala kemungkaran jin mudah dilihat oleh manusia.. dan inilah kelebihan manusia dari makhluk lain.
Rasullullah SAW cukup bijaksana kerana ia adalah satu-satunya Rasul dan Nabi yang dapat mengekplotasikan peradaban manusia melalui syariat yang dibawanya. Tidak terlalu mengikat manusia kejalan tauhid yang ekstrem. Membawa perjalanan tauhid itu sendiri kedalam peradaban manusia. sesuatu yang sukar untuk dimengertikan kebanyakkan orang.. dan Rasullullah SAW telah berjaya melakukannya.
dan apabila Rasullullah berjaya maka Islam terbentuk dengan sendirinya.. menjadi satu agama yang relevan terhadap semua bangsa manusia.Dan yang terpenting ia di restui oleh Allah yang maha esa.
Sebelum Rasullullah, para nabi lain berusaha menegakkan tauhid mengikut dimensi yang berbeza-beza.Lebih kepada kehebatan ilmu tauhid dan meyakinkan golongan manusia mengenai kelebihan tauhid bersama-sama keajaiban ilmu tauhid.Bukan mudah untuk meyakinkan golongan manusia yang lebih kepada permainan akal yang logik.
dan perjalanan tauhid itu sendiri memerlukan keyakinan yang betul-betul mantap dan sering diganggu gugat oleh permainan syaitan dan iblis yang menyusuri dan mengkhianati manusia dengan misi-misi kegagalan.Dan akhirnya para Nabi sendiri angkat tangan 'surrender'.
Namun Rasullullah adalah berbeza dengan para Nabi lain... lebih bijaksana menggariskan ilmu tauhid.Dan Rasullullah sendiri mengerti bahawa tauhid itu bukan satu jalan yang mudah jika adab manusia itu tidak dapat disatukan mengikut susunan yang betul.Lalu Rasullullah membina peradaban yang di panggil syariat bagi manusia dan umatnya.Peradaban ini seringkali Rasullullah bahaskan melalui hadis-hadisnya berkenaan tertib yang harus dilalui golongan manusia.dari sekecil-kecil tertib hinggalah ke sebesar-besarnya tertib agar manusia mudah faham mengenai apa itu peradaban.Setelah memahami peradaban manusia ini.. barulah Rasullullah mengajar apa itu tauhid...
Jika jiwa sudah bersih maka mudahlah untuk manusia mengenal akan penciptaNya.
Rasullullah di ajar oleh Allah melalui kalam AlQuran didalam wahyu-wahyu yang diturunkan dan disampaikan oleh Jibrail utusan Allah.Dan Rasullullah membentuk kata-katanya menjadi hadis untuk kegunaan manusia di akhir zaman.
Rasullullah lebih tekankan peradaban kepada manusia kerana dengan peradaban itu, maka tauhid akan terbentuk bersama keyakinan manusia itu sendiri.
Dan Rasulullah susun ilmu tauhid itu melalui rangkaian solat ketika Israq mikraj.
dan dalam solat itu sendiri telah kukuhnya tauhid bagi manusia yang mengerti.
dan insya'allah manusia itu tidak akan tersesat jika melakukan peradaban yang telah di ajar oleh Rasullulah.
dan didalam peradaban manusia itu.. telah terselit satu rahsia mengapa manusia itu di angkat Allah sebagai makhluk yang mulia... rahsia itulah Sifatullah. Sifat Allah yang dipinjamkan kepada manusia untuk kegunaan seharian. Sifat yang memboleh manusia itu berdiri dan melakukan mengikut kehendak diri.. dan terbangunnya manusia itu adalah kerana sifat.. zat kecil yang dipinjamkan Allah kepada manusia.
Namun sayang... manusia pula yang tidak sedar diri... sanggup mengaku diri tuhan... sanggup melakukan apa sahaja... dan tunduk kepada kehendak nafsu.
dan manusia adalah bongkak... dan manusia sukar untuk tunduk walaupun tahu mereka salah. dan manusia itu alpa.
dan hanya segelintir sahaja manusia itu tergolong dalam orang-orang yang beriman.
Orang-orang yang beriman itu ibarat buih-buih dilautan.
ya.. karenah manusia itu terlalu banyak... namun pada hakikatnya karenah itu sama sahaja jika kita halusi melalui perasaan yang di alami manusia itu sendiri.baik sedih,gembira,takut, marah,seram dan sebagainya akan dilalui manusia mengikut tahap keyakinan manusia itu sendiri.Tidak kira agama atau amalan apa sekali pun.. manusia tetap sama.
secara formulanya... Rasullullah mengajar manusia tentang syariat... dan didalam syariat itu pula ada tareqat atau perjalanan menuju yang satu... dan didalam perjalanan itu sudah terhimpun hakikat diri manusia itu dan didalam hakikat diri manusia itu telah termaktubnya makrifatullah.
Perlu apakah memisahkan yang 4 ini?
yang mengaji tareqat seolah-olah menafikan syariat... yang mengaji hakikat seolah-olah menafikan tareqat dan yang sudah sampai kepada makrifatullah terus tenggelam dalam dunia sendiri. sedangkan 4 ini sering memerlukan.
tiada 4 jika tiadanya satu.
Rasullullah sudah bersusah payah menyusun syariat dan didalam susunan syariat itu telah pun ada kesemuanya... namun manusia sering alpa... mengikut hawa nafsu lalu lesu didalam perjalanan.
Syariat bukan sekadar solat 5 waktu.. bukan... bukan...
Syariat bukan sekadar mengetahui.. bukan sama sekali..
Syariat itu luas dimensinya.. merangkumi semua.
Ermmm.. terlalu banyak aku berceloteh hari ini... bak kata 'stacy' : terlebih sudah!!
wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan