Selasa, 5 Januari 2010

Pengalaman Haji(4)


8 Zulhijjah.

kami bersiap sedia untuk ke Arafah.Yang baru nak berniat haji tu maka mereka kenalah mandi sunat ihram dan berpakaian ihram.mlm tadi imam Mekah berdoa mohon hujan kerana keadaan Mekah agak berdebu dan mengganggu jemaah.ternyata hujan turun pada waktu ini.
agak lebat juga bagi mengurangkan debu.
Bas sudah sedia menanti di lobby maktab 81. oleh kerana aku sekeluarga memang dah sedia memakai ihram dari awal lagi maka kami pun turun dulu menaiki bas di tengah-tengah hujan.Air turun dari 4 bukit kerana Mekah terletak di tengah-tengah antara 4 bukit ini(lembah).

setelah bas dipenuhi kami pun berangkat didalam hujan yang lebat.Air mula naik ke tangga bas.Banyak juga kereta yang tersadai akibat banjir kilat.Nasib baik Bas agak tinggi dan enjin bas juga tinggi.suspen lah juga.setelah bas mendaki bukit maka air yang berada di tangga bas mula keluar.perjalanan menuju ke Arafah memakan masa hampir satu jam.sampai di Arafah hujan mula renyai-renyai(tidak lebat lagi.)
aku turun bersama beg galas dan mulalah mencari khemah.Perjalanan menuju ke khemah (lorong-lorong ke khemah) di tenggelami air. bila sampai ke khemah, air ada juga memasuki kawasan khemah.oleh kerana abg ipar ku bekas anggota polis maka dia punya pengalaman untuk buat saliran air bagi mengelakkan air memasuki khemah.kami pun bergotong royong.
dalam khemah kami mempunyai patition dimana satu patition memuatkan 10 jemaah.
Khemah yang dibina memang telah sedia mengadap kiblat.Namun masih ada jemaah yang pandai-pandai mengubah kiblat hanya kerana tertipu tanda kiblat di luar khemah.
sedangkan mereka terlupa bahawa khemah tersebut sudah pun mengadap kiblat mengikut tanda diluar khemah.Masya'allah. itulah satu ujian ku di arafah.

oleh kerana hujan lebat pada awalnya maka terdapat gangguan elektrik di kawasan khemah. maka kami pun bergelaplah sehingga gangguan elektrik dipulihkan pada jam 8-9 malam. cukup tidak selesa berada di khemah dan patition yang kecil serta memuatkan 10 jemaah. aku mengambil keputusan tidur diluar mengadapkan langit yang terbentang luas.

jam 12malam. ketika aku bersama abg ipar ku berada diluar.. kami melihat didada langit tertulis kalimah ALLAH yang cukup besar.lebih kurang 5 ke 6 minit kalimah itu beransur hilang.itulah tanda kebesaran Allah yang diperlihatkan kepada ku dan abg iparku.2 orang kakakku berada di khemah wanita.

9 zulhijjah.

paginya aku berjalan keluar khemah.. niat di hati nak berjalan mencari jabal Rahmah dan terus menunggu waktu wukuf. namun jabal rahmah agak jauh dari khemah kami.lantas aku berjalan melihat suasana di kawasan Arafah yang dikelilingi jutaan jemaah.
akhirnya aku kembali ke kawasan khemah ku sendiri.Maktab 81 mempunyai lebih kurang hampir 3000 jemaah dan terpaksa berkongsi tandas yang sama.So far tandas di arafah masih boleh menampung kesemua jemaah tanpa masalah walaupun terpaksa bersabar untuk beratur.

waktu zohor semakin hampir lalu kutbah wukuf akan dibaca oleh uztaz dari TH.
bersama azan zohor berkumandang.Tiada amalan yang khusus di waktu wukuf.
aku mula memisahkan diriku dari yang lain untuk buat satu amalan bagi diri ku sendiri.cukuplah pengalaman ketika wukuf itu tidak akan aku kongsikan di sini.
kerana ia cukup peribadi untuk dicerita dan dikongsikan.aku cuma boleh beritahu bahawa ia adalah pengalaman yang amat indah bagi diri ini.

apabila menjelang maghrib aku berdiri diluar khemah dan berdoa mengadap kiblat.
saat-saat ini tidak akan aku lepaskan dalam ingatan ku.

selepas maghrib kami siap sedia bersama beg masing-masing untuk menaiki bas menuju ke Mudzalifah.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran