Jumaat, 2 Januari 2009

Riang di hati

Syukur alhamdulillah... malam tahun baru, aku menanti kepulangan kakak dan abangku pulang dari mengerjakan ibadah Haji di Mekah.Bermacam-macam perasaan yang menghantuiku ketika menunggu kepulangan mereka.Betapa kerinduan itu sentiasa melekat dihati ini.

Entahkan bila lah pula masaku untuk mengerjakan ibadah Haji.. di saat aku tidak terpilih pada tahun lepas sebagai tetamu istimewa Allah.Aku mengharapkan Allah menjemputku pada tahun ini sebagai tetamu istimewaNya.. insya'allah.



Apabila terpandang wajah abang dan kakak sulungku tiba di balai ketibaan KLIA airport.. tersinar cahaya kebesaran Allah di wajah-wajah mereka.Malah sinar itu juga ada pada tetamu-tetamu Allah yang lain...Subhanallah!!!



Mereka berdua sihat walafiat... alhamdulillah.

saudara-saudaraku yang lain berebut untuk bersalam dengan tetamu Allah ini..

dan apabila aku berjabat tangan serta memeluk abang dan kakakku.. terasa kedamaian dihati ini.Tangisan kakakku yang tidak menyangka bahawa dia telah pun selesai sebagai tetamu Allah.

Ah!! syahdunya... Dan lebih syahdu lagi apabila seorang abangku yang telah putus hubungan sebelum ini hadir meraikan ketibaan abang dan kakakku dari Medina.



Semoga Allah merapatkan hubungan silatulrahim kami sekeluarga seperti teguhnya temboh China yang utuh tidak ditelan dek zaman.

Mak tidak dapat hadir meraikan ketibaan dua anaknya ini kerana sibuk bersiap meraikan ketibaan mereka pulang kekampung pula.Ah! hati seorang ibu yang telah lama berkorban untuk anak-anaknya yang 16 orang itu... itulah kasih yang tidak berbelah bahagi.



Dan di saat aku melihat abang Z serta Abang Ngah berpelukkan.. hatiku melompat girang.. kerana sukar melihat mereka berjabat tangan hanya kerana perbedaan pendapat.. Ah!! itu kisah lampau yang telah pun berkubur menjadi satu lipatan sejarah.



Dan setelah salam menyalami.. aku memohon izin pulang bagi meneruskan perjalanan yang masih jauh lagi di hadapan.Esoknya... adik iparku bersamaku serta sahabat ku ZZ pergi berjumpa sahabat lamaku di Kemesah..Wak Nuar..

Namun kami berselisih minit untuk berjumpa.Mungkin belum sampai masanya lagi.



lalu aku,adik ipar serta ZZ pergi lepak di restoram mamak di Cheras bersama seorang lagi sahabatku Lie...

Seperti biasalah.. bila kami dah berjumpa.. topik utama adalah tentang perjalanan yang satu.

Lalu ilham datang tanpa mengira tempat dan waktu... aku bersama mereka menunaskan bicara terperinci.



Dan hari ini, aku dapat panggilan phone dari sahabat lama Hj Al-Ayubi.. dan dalam masa yang sama, kalamku berbicara dengan tiba-tiba memberikan sedikit tips keilmuan buat Tn Hj Al Ayubi.. aku pun tak sangka bahawa aku boleh berbicara seperti apa yang aku bicarakan.
setiap persoalan yang ada didalam Tn Hj terjawab didalam perbicaraan tersebut.. alhamdulillah.
Memang sudah bahagian sahabatku itu rupanya. Dalam masa yang sama aku sempat berkongsi ilmu dengannya..

Memang riang di hati ini... gembira kerana dapat melepaskan apa yang tersekat dihati ini pada sahabat-sahabat.Lagipun apa yang ku lepaskan adalah hak mereka.. dan hak bersama.
Pada adik ipar... ingatlah.. jangan biarkan sesuatu minat itu menguasai jiwa kita.. dan biarlah kita yang mengawal minat tersebut berlandaskan keilmuan Allah.
Buat sahabatku Lie.. ingatlah.. sejauh mana pun kita berjalan.. maka fahamlah tentang kesenian.. kerana orang yang seni sahaja boleh mempelajari ilmu Allah ini.. kerana perjalanan ilmu ini adalah perjalanan kejiwaan.. perjalanan seni ilmu yang cukup halus.maka bulatkan pandangan biar luas penglihatan.

Kadangkala kita merasai apa yang kita dapat itu sudah cukup untuk diri kita tanpa mengetahui bahawa apa yang kita dapat itu hanyalah butiran-butiran awal ilmu.Ilmu itu tidak akan menjadi ilmu jika tanpa penghayatan yang tinggi terhadapnya... ibadahkan ilmu itu barulah dapat jawapan segala-galanya.

Buat sahabatku ZZ.. kau selalu menghijabkan dirimu... takut untuk keluar dari kepompong diri.. keluarlah.. jengahlah dunia ini terlalu luas dan terlalu banyak cerita.. terlalu banyak kebesaran Illahi disebaliknya.Jangan biarkan diri terikat.. pandang dan teruskan kehidupan itu sebaik yang mungkin.Insya'allah kita semua akan bersama-sama melalui lautan ilmu ini dengan sebaiknya.Insya'allah.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran