Jumaat, 8 Januari 2010

Pengalaman Haji(5)

Dalam perjalanan menuju Mudzalifah.. aku melihat betapa ramai orang Arab berjalan kaki dari Arafah ke Mina.. bayangkanlah mereka yang ada bawa anak kecil lagi.Maybe mereka ingin merasai kesusahan zaman Rasullullah dan para sahabat berjalan kaki menuju Mudzalifah.aku duduk disebelah kakakku.sambil berkata aku kepada kakakku..

"Chik tgk tu!.. mereka jalan kaki dengan menggalas beg dan juga mengajar anak kecilnya berjalan kaki sejauh ini sedangkan kita selesa dalam bas yang ber'aircond'.
macam itulah baru dapat haji mambrur.. terasa nak turun jek dari bas ni dan join mereka jalan kaki sama" kataku.

Kak Chik hanya menganggukkan kepalanya.

kami meneruskan talbiah tapi mungkin jemaah dalam bas sudah terlalu letih maka bunyi talbiah tu hanya macam bunyi kaset tak ada bateri.. hehehe.. lebih prefer baca dalam hati.

sampai di Mudzalifah kami pun turun dan membentangkan tikar masing-masing untuk duduk sementara menunggu tengah malam. aku mengumpul batu untuk dibawa ke Mina bagi melontar jamrat nanti. yang paling afdal kutip 7 anak batu sahaja namun aku kutip 80 biji batu agar mudah di Mina nanti tak perlu cari-cari batu hehe..(ambil lebih bagi memudahkan kerja).

jam 3 pagi bas sudah menunggu untuk mengambil jemaah untuk di bawa ke Mina. Oleh kerana bas itu berulang alik maka aku sahaja memilih giliran yang akhir.. malas nak berebut-rebut.. sebab ramai yang jual ikan ketika ini..(sellfish).. hihihi

dan keputusan aku untuk mengambil giliran yang akhir ada hikmah rupanya.. aku dijumpakan dengan eorang pakcik dari Kedah yang kehilangan 2 orang anaknya.
aku membantu pakcik tersebut.

"macam mana boleh jadi ni pakcik?"
"Pakcik tadi pi buang ayaq.. masa pakcik buang ayaq.. anak pakcik tidoq kat sini..
bila mana pakcik mai.. anak pakcik dah tak ada.. "
"Ooo lagu tu.. anak pakcik udah naik bas lah tu.. tapi kenapa dia boleh tinggai pakcik no.. mungkin dia ingat pakcik dah naik kot"
"itu lah.. "
"pakcik ingat tak.. pakcik maktab 81 ka? nama pakcik sapa? pakcik KT berapa?"
"Hish.. pakcik tak tau dah.. passkad pakcik kat anak pakcik nu.. gelang,beg semua kat depa."
"lagu ni payah lah pakcik.. tapi pakcik confirm pakcik maktab 81 no"
"ya lah kot.. pakcik mana tau.."

makanya aku dan abg iparku pun jagalah pakcik ni.kakak2ku telah naik bas awal lagi.maybe dah tidoq kat Mina dah.. azan subuh berkumandang.. kami pun solatlah.
sejuk dah sampai ke tulang sum2.. sedangkan kami masih lagi dalam ihram.
badan aku dah rasa lain macam jek. akhirnya lepas subuh giliran kami pun sampai.
alhamdulillah. aku bawa pakcik ni sama dalam bas hingga ke Mina.

sampai di Mina aku pi lah cari khemah dulu.Khemah yang menempatkan KT31.aku tengok semua dah lena dah.. letih bebeno.
tempat tidor aku pun tak ada.. rhedo je lah.
aku letakkan beg dalam khemah dan mengajak abg iparku mencari khemah kak chik dan kak puzi.aku bawa batu 7 biji bagi tujuan melontar dulu.dalam sibuk begitu aku terlupa akan pakcik ni.(ditinggalkan dekat khemah aku).

setelah berjumpa dengan kakak2ku maka kami pun berjalan menuju ke tempat melontar.
jarak dari khemah ke tempat melontar lebih kurang hampir 3km. kalau pi balik hampir
6km. kami melalui terowong muasem.. orang dah mula ramai.. dah macam lautan manusia. dan aku kakak dan abg iparku berada ditengah lautan manusia itu.Terasa sebak didada dan aku tidak malu untuk menghujani pipiku dengan aliran airmata.nak tahan memang dah tak boleh tahan dah.semuanya adalah tetamu Allah.

sampai ke Jamratul Aqobah(the biggest jamrat) maka kami pun melontarlah di pagi raya.
langsung tak ingat raya dah hehehe. asyik buat kerja jek.setelah melontar 7 biji batu.. kami pun bertahalul bagi menanggalkan pantang larang ihram 10 perkara dan tinggal 3 pantang larang saja lagi yang masih kekal.
setelah bertahalul barulah lega sedikit kerana separuh kerja-kerja haji dapat dilaksanakan tanpa masalah.alhamdulillah.Sepanjang perjalanan dari khemah di mina ke tempat jamrat, ramai tentera-tentara Arab berjaga dikiri kanan perjalanan.

kami meneruskan perjalanan pulang ke khemah kembali setelah kerja melontar di 10 zulhijjah.sampai di khemah aku pun bukalah kain ihram setelah cukup 20 hari dalam ifrad.
barulah boleh pakai seluar dalam hahaha..

oleh kerana letih berjalan hampir 6km.. maka aku cuba lenakan diri.. lagi pun aku tak tidur dah beberapa malam dah.. badan pun dah melayang.
dan akhirnya aku ditimpa batuk juga di Mina. walau bagaimana pun aku tak berapa selesa untuk tidur. aku cuba pergi melihat toilet.. waduh pak!! sudah seperti cerita P.Ramlee dah.. kena beratur. kadangkala tak selera nak membuang.. namun rhedo jek lah.. selama di arafah,mudzalifah(sepanjang malam) dan Mina aku memang tak mandi.
kalau aku mandi akan memakan masa lama dan menyusahkan orang lain nak ke tandas untuk tujuan qada hajat. alhamdulillah.. di sini kalau tak mandi pun.. badan tetap selesa dan tidak berpeluh serta tidak berbau.

ujian besar di Mina adalah kesabaran.kita memerlukan kesabaran yang tinggi.
makan so far so good.. ada juga di beri maggie(indomee) from Indonesia.

11,12 dan 13 zulhijjah dipanggil hari tasyrik.dimana kami akan melontar ketiga2 jamrah iaitu jamratul ula', jamratul wusta dan jamratul aqobah.(nama jamrah kini semua udah berubah).kalau dalam english ia di panggil small jamrat,medium jamrat dan biggest jamrat.

setiap jamrah kita akan melontar 7 biji batu.bermakna satu hari kita akan melontar sebanyak 21biji batu untuk ketiga2 jamrat.kalau 3 hari bermakna 63 biji batu.

Oleh kerana dah lama dalam ifrad.. maka kami hanya buat nafar awal dimana kami melontar sehingga hari yang ke 12 sahaja dan berniat meninggalkan Mina sebelum maghrib.Hari yang ke 13 kami tak perlu melontar.Bagi nafar thani perlu melontar hingga hari yang ke 13.

pada hari ke 12 setelah melontar ke tiga2 jamrah maka kami(family aku) bersiap sedia untuk pulang ke Mekah.bersama-sama aku serta abg ipar dan kakak2ku terdapat ramai lagi yang buat nafar awal(KT 7 dan KT 17- sebab mereka nak balik malaysia awal).
oleh kerana bas ada 3 biji sahaja maka aku dan keluarga aku menjadi mangsa sindiran dan ketidak puasan hati mereka.Untuk mengelakkan fitnah atau menyelamatkan mereka yang didalam kerja Haji maka aku mengambil keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi mahupun bas yang menuju Mekah.Di sini terdapat kelemahan TH.Namun ia bukanlah masalah kami kerana Mekah dan Madinah sudah ibarat rumah kedua kami.

aku serta ahli keluargaku pun bergerak mencari teksi atau bas menuju ke Mekah.
kami dapat menaiki bas yang dikenakan tambang sebanyak 30 riyal.
perjalanan ke Mekah mengambil masa yang agak lama kerana masalah jem.
sampai di Mekah, bas tidak boleh masuk ke Masjidil haram kerana terlalu ramai orang.Maka kami pun turun membawa beg masing-masing melalui terowong King Abd Aziz (terowong ni 2 kali ganda panjang dari terowong Muassem dan berdebu).
Ingatan aku pengalaman umrah membuatkan aku mudah menyusuri jalan untuk pulang ke maktab kami.Makanya kami telah berjalan hampir 6km untuk sampai ke Maktab kami.
Sampai di Maktab81 aku memang dah letih yang amat sangat.Beli sedikit roti dibawah dan kami terus menuju bilik masing-masing.Memang tak larat nak buat tawaf haji(iffadah).Kami ambil keputusan akan buat tawaf haji setelah habis subuh.
Makanya aku pun terlenalah malam itu.Ditingkat kami hampir tiada orang kerana mereka buat nafar Thani.kami satu bilik 6 orang.. 4 orang buat Nafar Thani dan aku serta abgku buat Nafar awal)
so malam tu aku tidur sama abgku sahajalah. Dan malam tu juga aku nampak orang berjubah putih didalam bilik kami huhuhu... tapi kami tak rasa takut pun..
tak tahu siapa.. maybe Jin Islam kot.. Wallah hu alam.

Keesokkannya kami pun buat Tawaf Iffadah(tawaf Haji) untuk melengkapkan kerja Haji
(tapi belum sempurna Haji lagi).
orang dah ramai.. aku tetap prefer untuk tawaf berdekatan Kaabah dari tawaf di tkt atas masjid.aku bawa kak Chik.. maka aku sentiasa menjaganya ketika tawaf sementara abg iparku jaga isterinya lah.setelah tawaf selesai maka aku bersolat sunat tawaf mengadap Multazam(pintu Kaabah).

setelah selesai maka kami dah laksanakan rukun Haji cuma belum sempurna kerana kami belum tunaikan umrah untuk menyempurnakan Haji tersebut.
Umrah kami lewatkan sedikit kerana di Mekah waktu ini terlalu ramai orang.Oleh kerana kami pulang ke Malaysia agak lewat maka banyak masa untuk laksanakan umrah.

Selasa, 5 Januari 2010

Pengalaman Haji(4)


8 Zulhijjah.

kami bersiap sedia untuk ke Arafah.Yang baru nak berniat haji tu maka mereka kenalah mandi sunat ihram dan berpakaian ihram.mlm tadi imam Mekah berdoa mohon hujan kerana keadaan Mekah agak berdebu dan mengganggu jemaah.ternyata hujan turun pada waktu ini.
agak lebat juga bagi mengurangkan debu.
Bas sudah sedia menanti di lobby maktab 81. oleh kerana aku sekeluarga memang dah sedia memakai ihram dari awal lagi maka kami pun turun dulu menaiki bas di tengah-tengah hujan.Air turun dari 4 bukit kerana Mekah terletak di tengah-tengah antara 4 bukit ini(lembah).

setelah bas dipenuhi kami pun berangkat didalam hujan yang lebat.Air mula naik ke tangga bas.Banyak juga kereta yang tersadai akibat banjir kilat.Nasib baik Bas agak tinggi dan enjin bas juga tinggi.suspen lah juga.setelah bas mendaki bukit maka air yang berada di tangga bas mula keluar.perjalanan menuju ke Arafah memakan masa hampir satu jam.sampai di Arafah hujan mula renyai-renyai(tidak lebat lagi.)
aku turun bersama beg galas dan mulalah mencari khemah.Perjalanan menuju ke khemah (lorong-lorong ke khemah) di tenggelami air. bila sampai ke khemah, air ada juga memasuki kawasan khemah.oleh kerana abg ipar ku bekas anggota polis maka dia punya pengalaman untuk buat saliran air bagi mengelakkan air memasuki khemah.kami pun bergotong royong.
dalam khemah kami mempunyai patition dimana satu patition memuatkan 10 jemaah.
Khemah yang dibina memang telah sedia mengadap kiblat.Namun masih ada jemaah yang pandai-pandai mengubah kiblat hanya kerana tertipu tanda kiblat di luar khemah.
sedangkan mereka terlupa bahawa khemah tersebut sudah pun mengadap kiblat mengikut tanda diluar khemah.Masya'allah. itulah satu ujian ku di arafah.

oleh kerana hujan lebat pada awalnya maka terdapat gangguan elektrik di kawasan khemah. maka kami pun bergelaplah sehingga gangguan elektrik dipulihkan pada jam 8-9 malam. cukup tidak selesa berada di khemah dan patition yang kecil serta memuatkan 10 jemaah. aku mengambil keputusan tidur diluar mengadapkan langit yang terbentang luas.

jam 12malam. ketika aku bersama abg ipar ku berada diluar.. kami melihat didada langit tertulis kalimah ALLAH yang cukup besar.lebih kurang 5 ke 6 minit kalimah itu beransur hilang.itulah tanda kebesaran Allah yang diperlihatkan kepada ku dan abg iparku.2 orang kakakku berada di khemah wanita.

9 zulhijjah.

paginya aku berjalan keluar khemah.. niat di hati nak berjalan mencari jabal Rahmah dan terus menunggu waktu wukuf. namun jabal rahmah agak jauh dari khemah kami.lantas aku berjalan melihat suasana di kawasan Arafah yang dikelilingi jutaan jemaah.
akhirnya aku kembali ke kawasan khemah ku sendiri.Maktab 81 mempunyai lebih kurang hampir 3000 jemaah dan terpaksa berkongsi tandas yang sama.So far tandas di arafah masih boleh menampung kesemua jemaah tanpa masalah walaupun terpaksa bersabar untuk beratur.

waktu zohor semakin hampir lalu kutbah wukuf akan dibaca oleh uztaz dari TH.
bersama azan zohor berkumandang.Tiada amalan yang khusus di waktu wukuf.
aku mula memisahkan diriku dari yang lain untuk buat satu amalan bagi diri ku sendiri.cukuplah pengalaman ketika wukuf itu tidak akan aku kongsikan di sini.
kerana ia cukup peribadi untuk dicerita dan dikongsikan.aku cuma boleh beritahu bahawa ia adalah pengalaman yang amat indah bagi diri ini.

apabila menjelang maghrib aku berdiri diluar khemah dan berdoa mengadap kiblat.
saat-saat ini tidak akan aku lepaskan dalam ingatan ku.

selepas maghrib kami siap sedia bersama beg masing-masing untuk menaiki bas menuju ke Mudzalifah.

Isnin, 4 Januari 2010

Pengalaman Haji(3)

Berjumpa lagi.

Alhamdulillah.. pengalaman menjadi tetamu Allah adalah pengalaman yang amat istimewa. Hanya sesiapa yg pernah menjadi tetamu Allah saja dapat menikmatinya.
Itu pun jika tetamu Allah itu sedar akan kenikmatan tersebut.

Kami berada di Madinah tak sampai 40 waktu kerana hari yang ke 8 kami mula berangkat ke Mekah.Perjalanan ke Mekah mengambil masa yang lama lebih kurang 6 jam menaiki bas.
Cuba kita bayangkan ketika zaman Rasullulah berhijrah dari Mekah ke Madinah?
kalau waktu dan zaman ini pun kita menaiki bas memakan masa 6 jam.. ini kan pula kalau kita naik atau tunggang Unta?sudah tentu berhari-hari...
dan waktu geografi padang pasir zaman itu adalah lebih kontang berbanding zaman kini.dan dimana kah Rasullullah berehat? air? makan?.. dan dalam masa sama.. ada juga puak2 yang bencikan Rasullullah mahu mengambil peluang untuk membunuhnya..

just flash back saja.



Ermm... semasa Rasullullah sampai ke Madinah... ia di sambut dengan selawat selamat datang(marhaban)...'To laal badru' alaina...' hish.. meremang bulu roma bila baca selawat ni.. huhu..

oklah.. bas kami bertolak lewat dari jangkaan waktu.selepas waktu isyak.. kami bas kami pun bergerak(sebanyak 9 bas) menempuhi padang pasir. bas hanya berhenti sekali dimana kami mengambil kesempatan utk membuang apa yg patut(qada hajat).
bila keluar dari Bas.. fuyoooo.. angin malam di tanah kontang ini sampai ke tulang sum-sum... kuat macam di tepi laut.So bagi yg lelaki tu terpaksa berhati2 dengan kain ihram masing-masing.silap hari bulan akan telanjang bogel hehehe.. dah tentu pompuan2 akan tersenyum kakakaka.

kami berhenti sekali lagi di miqat bir ali.. yang nak buat umrah mereka akan niat umrah sekali gus tergolong didalam kerja Haji Tamatu'..
dan yang berniat haji tergolong dalam Haji Ifrad.. dan yang berniat umrah dan haji tergolong dalam kerja Haji Qiran.


Beza kerja Haji :

Haji Ifrad : berniat Haji sahaja. dan selepas kerja haji diselesaikan maka mereka berniat umrah pula untuk kerja umrah.
(tidak di kenakan dam khusus kecuali bila langgar pantang larang ihram)

Haji Tamatu' : berniat Umrah sahaja. dan berniat Haji ketika kerja Haji akan bermula.
(di kenakan Dam kerana berniat Haji didalam Tanah Haram sebelum wukuf dan Dam ini tidak termasuk Dam jika melakukan kesalahan ihram.Jika ada kesalahan dalam pantang larang ihram..akan di kenakan Dam mengikut kesalahan)

Haji Qiran : berniat Umrah dan Haji serentak.
(di kenakan Dam kerana berniat Haji dan Umrah serentak)

lebih kurang lah tu.. kalau nak jelas kena refer uztaz yang benar2 mahir dalam kerja2 haji.. sebab tak semua ustaz yang benar2 faham kerja Haji.
(mengikut pengalaman masa buat Haji lah..)

aku dan abg ipar serta 2 orang kakakku telah bertekad untuk buat Haji Ifrad.bermakna kami harus menjaga pantang larang ihram sehingga 10 zulhijah(tahalul awal).

sampai di Mekah sudah masuk waktu subuh.Kami pun bersolat subuh secara jemaah.
ingatkan nak teruskan buat tawaf qudum(tawaf selamat datang).. tapi badan dan penat sungguh. kami ikut arahan TH dalam hal ni. lagi pun kedudukan maktab kami terlalu jauh( lebih kurang 800 meter). kami duduk di Maktab 81 Burj Abbas.

setelah lena sekejap.. jam 10 pagi kami pun berangkat ke Masjidil Haram utk buat tawaf. kami jalan kaki sejauh 800 meter. penatlah juga...
sampai Masjidil Haram...(tak perlu buat sunat tayatul Masjid kerana Masjidil Haram adalah penghulu mana2 masjid didunia ini.) so masuk jek dalam masjid aku pun solat sunat syukur kerana aku dah sampai ke sini lagi.Kali ke 4 aku datang kesini.dan kali ke 4 inilah yang benar2 membawa erti yang terlalu peribadi buat diri ini.

aku sudah pecah dari gerombolan TH... aku 4 orang buat sendiri ma....
aku masuk masjidil haram melalui Babul King Abd Aziz dan mengadap penjuru Yamani.
so aku berempat pun menyusuri kawasan Ka'abah serta berniat tawaf(qudum) 7 keliling.
orang terlalu ramai.. setelah memberi salam kepada penjaga pintu babul salam.. penjaga Ka'abah dan salam rahsia...(bagi yg mengaji hakikat lah).. kami pun bermulalah. di hatiku.. aku hanya pasrah dan rhedo serta tidak henti2 memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi. habis sahaja tawaf didalam ribuan manusia.. aku hendak menuju ke dalam masjid utk sunat tawaf.. tapi kaki ku di gerakkan dan terhenti dengan sendiri betul2 di maqam ibrahim.
didalam celahan manusia.. aku terhenti.didalam hatiku berkata.. kenapa aku dihentikan disini? lalu aku menoleh kekananku.. makam ibrahim.
ada 4 tempat kosong di situ.. didalam celahan manusia bertawaf terdapat 4 tempat dikosongkan.macam mana boleh kosong? hanya Allah sahaja yang tahu.

lalu aku membawa kakak ku kesitu sambil berkata.. ' apa lagi solat lah'
aku pun bersolat sunat tawaf di Makam Ibrahim.dan abg iparku serta isteri juga dapat bersolat di situ.aku bersolat ambil perkara wajib sahaja... iaitu fatehah sahaja.tak perlu baca surah lain.kena serba ringkas dan tertib.
habis sahaja berdoa.. tempat kami terus dilalui orang bertawaf.. kami pun beranjak untuk mengerjakan saei haji.cuma kami tak bertahalul.bagi sesiapa yg niat umrah maka mereka akan bertahalul.
setelah selesai saei haji.. kami pun lepak lah kat masjid. setelah zohor kami balik ke maktab.. lapar dah!!.

bukan senang nak jaga pantang larang ihram selama 20 hari.. tapi itulah yang kami buat.nikmat ifrad tidak sama dengan nikmat tamatu'. bagi haji tamatu'.. setelah umrah.. dan bertahalul umrah.. mereka sudah terlepas dari segala pantang larang ihram. dan mereka boleh buat apa yg mereka suka.tapi bagi kami.. kami tetap dalam pantang larang.. dari sini kami lebih menjaga tingkah laku.Ini akan memelihara kami dari berkata yang bukan2.. kami habiskan masa membaca alquran sedangkan mereka yg dah lepas dari pantang larang seronok membeli belah.disinilah nikmat bagi orang2 yang buat haji ifrad.

Walla hu alam.

Khamis, 31 Disember 2009

Pengalaman Haji(2)


Akhirnya kami sampai di lapangan terbang Madinah.Inilah first time aku turun dengan pesawat di airport Madinah(yang dibuka waktu Haji sahaja).
sampai di Madinah proses di airport tidaklah memakan masa yang lama kecuali pengesahan passport antarabangsa sahaja. di ambil gambar dan check keseluruhan cap jari melalui scan komputer.(sepuluh jari tuuu).

Cuaca tidaklah panas sangat sebab kami sampai sudah waktu isyak.kami terus menaiki bas(ada sembilan bas untuk KT31).sampai di Movenpick Madinah(hotel).aku ditempatkan di bilik nombor(tak ingat dah) tapi tingkat 10.(not sure)..

setelah settle letakkan barang, aku pun panggil abg ipar aku(hj salleh) dan 2 orang kakakku untuk menziarahi makam Rasullullah.kami pun menziarahi makam Rasulullah SAW.
ucapan kesyukuran yang teramat sangat ke hadrat illahi.

sunat syukur dan tayatul masjid itu di utamakan bila masuk kedalam masjid nabawi.
setelah puas di makam Rasullullah SAW.. kami pun pulang ke hotel.. melihat perancangan TH buat kami. namun aku seperti sudah biasa di Madinah... lebih suka pergi sendirian dari berkumpulan.



menziarahi perkuburan baqi' antara tempat yang aku pergi bersama abang iparku.
aku menziarahi perkuburan baqi waktu pagi..
setelah memasuki kawasan perkuburan lantas aku pun berjalan di keseluruhan kawasan tersebut. bila waktu keluar.. pintu perkuburan telah ditutup.. rombongan lain ngak boleh masuk kedalam... alhamdulillah kami dah masuk hehehe.

solat di rhaudah adalah menjadi keinginan umat Muhammad. Maka terjadilah perebutan untuk bersolat.sesuatu yang tidak aku gemari.
Pasti ada caranya yang terbaik daripada berebut2.lantas setelah membaca beberapa surah didalam alquran.. aku pun bermohon kehadrat Allah utk bersolat 2 rakaat di rhaudah.. dan aku pun pergi ke rhaudah.ternyata tempat aku dan abg iparku bersolat telah disediakan Allah.. subhanallah!!.

banyak lagi pengalaman di Madinah namun tidak semuanya aku boleh menulis disini kerana biarlah ia menjadi rahsiaku dengan Rabb.

Sabtu, 26 Disember 2009

Pengalaman Haji (1)

Jumaat.. jam 10pagi.

Kami berada di perkarangan Tabung Haji Kelana Jaya.
Rami sungguh ahli keluarga menghantar saudara-saudara mereka yang menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Aku,Abang Ipar serta 2 orang kakak ku sudah bersedia dan amat bersyukur dipilih Allah sebagai tetamunya.

kami akan berada di Madinah dan Mekah selama 55hari.KT31 antara KT yang amat bertuah kerana di pilih menjadi KT yang lama akan berada di Madinah dan Mekah.

Setelah mengambil barang dan passport di bilik yg disediakan tabung haji... maka kami bersiap sedia untuk memasuki ruang taklimat. Kami akan ditempatkan di Hotel Movenpick Madinah.Abg ku Hj Idris agak terkejut kerana kami ditempatkan dihotel tersebut kerana selalunya hotel itu adalah untuk orang2 pakej sahaja.Namun itulah tuah pertama kami yg dimuliakan Allah sebagai tetamunya.

setelah bersalaman dengan sanak saudara dan sahabat handai maka kami pun memasuki ruang taklimat.Didalam ruang ini telah disediakan kantin dan kaunter penukaran wang serta kaunter masuk dan keluar duit.
memandangkan dalam kocek/poket aku terlalu byk hadiah wang dari saudara dan sahabat handai maka aku pun pergi ke kaunter memasukkan duit.aku kira2 hampir RM2000 hadiah dari sahabat/saudara kepada ku.terkejut juga.semua itu rezeki dari Allah jua.

setelah selesai taklimat kami semua beratur utk menaikki bas ke KLIA.ada 9 biji basa itu memuatkan seramai lebih kurang 370 jemaah Haji utk KT31.
Perjalanan kami memakan masa yg terlalu pendek kerana bas-bas kami telah di 'escot' oleh anggota polis.Di sini sahaja telah menyentuh perasaan sehingga menitis air mata.Sesungguhnya aku dan jemaah lain adalah tetamu Allah yg harus di hormati.

sampai di KLIA.. bas terus memasuki ruang berlepas.setelah urusan passport selesai maka kami pun menaiki pesawat dalam jam 1.50pm.(solat jumaat kami ganti dengan zohor)
-Musafir.

perjalanan kami menaiki pesawat MAS memakan masa 8 ke 9 jam.terus menuju airport di Madinah.

Rabu, 28 Oktober 2009

kelam kabut

dalam minggu ni... sejak hari semalam, aku kelam kabut menyiapkan itu dan ini.
Pada mulanya jangkaan pergi Haji adalah 18/11 namun pihak tabung haji telah menukar penerbangan kami kepada KT31 dan akan berangkat pada hari jumaat ini jam 1.50pm.
dan aku akan berada di Kelana Jaya pada jam 9 pagi.

oleh kerana jadual telah berubah maka segala urusan cuti juga akan di pinda dan aku terpaksa membuat permohonan baru.dan di tambah lagi cuti rehat aku tinggal 2 hari sahaja. Jika KT 92.. segala cuti tiada masalah namun KT 31 akan menyebabkan aku tinggal di Kota Mekah selama 55hari dan ini membuatkan aku terpaksa 'apply' cuti tanpa gaji selama 11 hari.

baru sahaja tadi dapat kelulusan dari Manager,AGM dan GM. cuma tunggu kelulusan HR sahaja.

Aku terpaksa skip kursus aku..

memang kelam kabut.. namun aku tetap bersyukur.. kalau Allah berkehendakkan aku pergi awal dan memasuki Madinah dahulu.. maka akan aku laksanakan dengan rhedo.
Oleh kerana aku mahu buat haji Ifrad.. bermakna aku akan berada dalam ihram selama lebih dari 20hari.Dugaan tu.. tapi aku akan tetap menempuh segala dugaan dengan hati yang tabah, insya'allah.
Semoga kesihatan aku sentiasa sihat untuk aku melakukan ibadah haji nanti dan yang paling penting di rhedoi dan diterima Allah.

oklah.. banyak koje lagi nak buat..

wassalam.

Selasa, 20 Oktober 2009

Nikmat sakit

17hb dan 18hb Oktober 2009(Sabtu dan Ahad)

Ermm.. baru2 ni aku balik kampung berjumpa sanak saudara.. jumpa Abg Ngah dan 2 orang bakal Haji..
berborak sakanlah aku hehehe..
bila dah jumpa abg salleh dan kak puzi.. mestilah kami bercerita perasaan kami ketika mendapat berita menjadi tetamu Allah... berbagai perasaan mengikut hati naluri masing-masing.Ada menangis, ada sebak ada termanggu-manggu..

apa-apa pun memang kami merasai perasaan gembira yang amat sangat.

dalam masa sama aku pula dok sakit kat punggung huhuhhu..
lalu hari ahad tu aku yg di bantu abg ngah pun ambillah pucuk jambu batu dan putik jambu untuk di rebus dan di minum oleh aku. bukan itu sahaja.. ia akan direbus dengan akar pokok jambu serta kulit dahan sekali.. masa nak ambil akar pokok tu.. aku gunakan parang.. dalam asyik leka meracik akar tu.. apa lagi.. zass terkena jari telunjuk kiri aku.. uwarghhhh.. sibbaik tak putus uawarghhh..
aku panik juga lah.. tapi tak sakit cuma darah mengalir banyak. aku pun masuk kedalam pi kat sinki sambil jirus dengan air paip.. darah terus mengalir. aku baca 'tabatyada'.. dan tekap kat darah tersebut.. sambil isteri tersayang aku jiruskan minyak gamat kat luka tu.. dalam gak luka tu.. abg.salleh ambil kapas dan tekap kat luka sambil balut dengan plaster warna merah. so siaplah jari aku dibalut oleh pakar2 perubatan dari Hospital Kampung Tengah hahaha..

aku tak derlah rasa sakit sangat.. lepas tu sambung borak. emak pulak sedang asyik mentelaah buku novel aku.. lom habis lagi.. rajin juga emak baca novel didalam usia 80-an tu.Tabiklah kat emak.

memandangkan aku bakal jadi tetamu Allah tahun ni.. maka cerita semua berkisar pengalaman2 abg2 dan kakak2 aku yg telah pergi menjadi tetamu Allah sebelum ni.
semua cerita memang ditakut2kan hahaha.. apa lagi kami berempat pun jadi lagi suspen... Memang tugas Haji lebih berat dari tugas melaksanakan ibadah Umrah terutama kami semua buat Haji Ifrad.
tapi itulah dugaan yang harus kami tempuh.
Insya'allah kami akan tempuh dengan tenang.

aku pun bersiap2 nak balik semenyih.. emak nak pi rumah kak long kat tanjong sambil mengajak kami makan rojak petis dan ABC di tanjong Mas.. kami pun dengan 3 biji keta.. pergilah ke Tanjong Mas utk menyantap makanan rojak petis Muar dan Mee Bandong.Abg Ngah satu keta, Aku satu keta dan kak long satu keta.
lepas makan, aku pun bersalaman dan berpeluk arab dengan family sebab aku nak balik semenyih dah.. lagipun esoknya aku ada kursus haji di Menara TM.

16hb Okt 2009(Jumaat)

jam 4.30 aku dah keluar untuk pergi ke Jamuan Raya TM di Menara TM.
aku pergi bersama Fariz.. oleh kerana Fariz dah jumpa buah hatinya.. tinggallah aku keseorangan.aku tak makan banyak pun.. malas nak beratur.. aku ambil makan yang berdekatan aja..
ketika aku nak balik.. Hj Ucop ternampak aku.. apa lagi.. panjanglah cerita.
ada sorang kawan Hj Ucop menghampiri kami.. setelah kawannya tahu(en Hazami) aku nak pi haji tahun ni.. maka dia pun ceritakan pengalaman ketika di padang Arafah pada kami.
ketika waktu asar ke Maghrib di padang arafah.. dia ternampak tulisan Muhammad dan Allah di langit.Tulisan Muhammad cukup bersinar.sedangkan tulisan Allah itu agak kelam.
maka aku pun menyoalnya.. apakah perasaannya ketika itu..
dia kata kalau diberi pilihan antara Muhammad dan Allah ia akan memilih Allah.
dan aku soal lagi.. agak2 kenapa tulisan Allah itu kelam..
dia menjawab.. Allah itu tidak boleh di lihat..
ermm..

aku pun memberi pendapat aku.. tidak mampu kita bertemu Allah tanpa Muhammad.
sesiapa yang nak mengenal Allah dan nak mencari Allah, tidak mampu mendapatkannya tanpa Muhammad.
dalilnya.. aku berkata lagi.. ketika di Yaumil Masyar.. siapakah yang harus kita cari? Allah atau Muhammad?
dia menjawab.. Muhammad.
maka untuk mencapai ke hadrat Allah.. hanya Muhammad sahaja yang boleh.. kerana Muhammad itu adalah Habibullah(kekasih Allah).

dia terdiam.. tangan dan bulu roma aku dah menegak hehehe... dada aku dah sebak semacam jika bercerita perihal wukuf.. lalu aku minta izin mengundur diri untuk balik.. kalau lagi lama.. maybe air mata dah berjurai huhuhu..

wassalam.




Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran