Selasa, 31 Mac 2009

Hari semalam

Cuaca petang agak mendung.. aku bersama,rakan sepejabat bersama rakan tingkat 7 pergi menghantar reket untuk dipasang tali.Reket Yonex nano speed kepunyaan rakan sepejabat agak menjolok mata dengan warna hijau mengelit.
Mungkin jarak perjalanan yang agak jauh sedikit dari pejabat membuatkan kami menaiki kenderaan Kembara kepunyaan rakan tingkat 7.Perjalanan kami memakan masa tidak sampai 15min. Rakan sepejabat bertanya itu dan ini berkenaan reket yang baru dimilikinya.
Dia menarik tali sebanyak 24 mengikut kiraan ikatan direket tersebut.

Balik dari menghantar reket untuk dipasang tali, kenderaan kami melalui kawasan minah-minah kilang(ah! tentu aja neng-neng dari Indonesia)...
Waduh!! terlalu ramai sich cewek-ceweknya Indonesia.. cumannya.. wajah tidaklah secantik artis-artis Indonesia hihihii.. apa yang penting kan ada rupa.... sudah harus mensyukuri pemberian illahi dong!..

kami sempat singgah membasahi tekak kami dengan Cendol serta laksa penang di FAM.
Sampai di pejabat, aku lantas mencapai motorsikalku untuk balik ke rumah.
Dalam perjalanan hujan mulai turun..
Aku berpakaian baju hujan lantas meredahi titisan hujan tersebut.Semakin lama.. hujan semakin lebat.Cuaca semakin gelap.. cahaya lampu motor juga kurang jelas.

aku memecut motorsikalku sekitar 90km/sejam..(dalam keadaan hujan.. sudah dikira laju)
setiba aku di Kajang perdana tiba-tiba sebuah kenderaan kelisa melintasi jalanku untuk membuat U turn dengan secara mengejut... mengelabah juga aku.. sempat juga menjerit kepada pemandu tersebut.Aku membrek motor juga secara mengejut dan motor terus menggelongsor di atas jalanraya.. tayar belakang tidak seimbang apabila aku membuat brek secara mengejut.Aku cuba sedaya upaya mengawal motor agar tidak jatuh atau merempuh kereta kelisa tersebut.

bayangkanlah.. didalam aku sentiasa mengingat asma Allah.. aku masih lagi tidak mampu mengawal desakan kemarahan terhadap pemandu kereta kelisa tersebut.Dan yang ajaibnya.. aku tidak jatuh kerana motor bagaikan berdiri kukuh meneruskan perjalanan sedangkan kalau diingati tragedi semalam.. aku tidak bisa mengawal motor tersebut dan mungkin hari ini aku sudah terlantar di hospital kajang atau koma.

Namun itulah pengalaman yang cukup bermakna pada diriku.Mungkin lidahku sentiasa memuju illlahi ketika menunggang motorsikal membuatkan aku terpelihara dari accident.. mungkin..

aku terus panjatkan kesyukuran dan terus memuji illahi.. dan aku sedaya upaya mengurangkan bebanan atau desakan kemarahan aku pada pemandu kelisa yang telah menghilangkan diri bersama kenderaannya.

itulah kisah semalam aku yang kini menjadi pengalaman yang amat berguna.

wassalam.

Selasa, 24 Mac 2009

Perjalananku(7)

Semakin jauh ku berjalan,semakin banyak yang dapatku timba pengalaman.Pengalaman itu umpama satu petunjuk bagiku... kerana disebalik pengalaman itu telah mengajar aku berbagai-bagai ilmu.. dan aku haruslah mengimbanginya.

Apabila Rahsia yang tetap rahsia itu terbuka, maka aku bagaikan terfana... dan mengerti bahawa aku telah tiada didalam adanya Dia..
Tabir hijab walau seumpama tirai nipis, masih lagi tertutup walaupun didalam isinya telah diketahui bagi sesiapa yang mengerti.
Dan biarlah ia menjadi rahsia buat selama-lamanya dan hanya orang-orang yang bertuah sahaja dapat menyelak tabir rahsia itu untuk seketika dan akhirnya kembali kepada keadaan normal seorang hamba.

Kerinduan yang tiada tara, tidak akan dapat di mengertikan bagi orang yang tidak merasainya nikmat bercinta... bercinta dengan sifat yang baharu itu tidak sama bercinta dengan sifat yang kekal kerana nikmatnya adalah berbillion-billion kali ganda dari nikmat percintaan sifat yang baharu.

Alangkah bahagianya jika apa yang aku alami ini dapat bersama2 dikecapi oleh sahabat2ku yang lain... namun mereka sentiasa diselubungi ketakutan walaupun ilmu sudah mereka miliki...
Takut untuk mengasah ilmu yang ada... takut untuk mengguna 'tool' ilmu tersebut kerana ketiadaan keyakinan jati diri.Masih bergantung dengan sifat yang baharu tanpa mereka sedari.
Antara alam zahir dan batin itu tiada bezanya namun masih ada jurangnya..
jurang itulah yang sahabat2ku agungkan.. dan sampai bila pun tidak akan mampu untuk berdiri dengan sendirinya jika tidak memecahkan tembok keegooan yg tersembunyi disebalik jiwa halus mereka.

Dan aku akan meneruskan perjalanan ini walau berseorangan... biarlah sepi mencengkam jiwa, biarlah sunyi didalam penuh pengertian.Kerana yang akan bertemu tidak mungkin 2 atau 3... ia hanya aku seorang sehingga luluhnya jiwa merasai itu.. dan hancurnya diri yang selama ini mengaku akan keakuan itu.

Ya Allah,zat yang maha tinggi... tiada lah aku dapat menyatakan kerinduan kerana Kau lebih maha mengerti apa yang terselit dilubuk jiwa yang paling dalam di hati ku.
Yang tidak mungkin akan diketahui oleh sifat-sifat yang baharu.

Isnin, 23 Mac 2009

Tiara Beach

21hb March 2009, aku dapat meluangkan masa bersama anak dan isteriku untuk berlibur buat seketika di Tiara Beach Resort Port Dickson.
Betapa riang aku melihat anakku bermain air dan bola.
Disamping keluargaku, terdapa keluarga adikku bersama suaminya Wak Dol.. serta sahabat2ku yang lain iaitu keluarga Rosli dan keluarga Azizan.
Dan kebetulan ketika itu ada family days untuk syarikat Petronas.Di malam hari maka kami berkesempatan melihat 'show' artis jemputan seperti Saiful Apek,Mie Raja lawak dan Faizal Tahir.

selepas show time, aku bersama2 sahabatku duduk bermuzakarah.Biasalah bab yang terutama adalah bab makrifatullah...

Masing-masing dengan hujah bersama keyakinan didalam diri.
Alhamdulillah.. semoga kami masih lagi berada didalam landasan yang betul menuju yang khalik.

Antara sahabat2ku ini, mereka mempunyai kelebihan masing-masing.Namun ada juga yang tidak dapat mengesan kelebihan yang ada pada diri mereka.Biarlah mereka sendiri membuka pintu khazanah itu.... insya'allah satu hari nanti akan terbuka sendiri, asalkan mereka tidak putus asa meneruskan perjalanan.

Sebuah illusi



kita ini ibarat sebuah lukisan...
terhias di paparan kertas lalu ditatapi
oleh semua orang.



Dan bukan glamour yang perlu
kita cari..

Dan disaat kesepian malam itu
tersimpan khazanah diri yang
amat berharga.Carilah.. kerana
itulah yang harus kita cari!!











Khamis, 19 Mac 2009

Perjalananku(vi)

Alhamdulillah.. aku masih lagi berada dibumi Allah ini... masih ada ruang untuk aku menghirup udara yang telah banyak dikotori manusia ini... dan masih ada peluang untuk aku perbaiki diri ini.



Apabila kita rasa bahawa kita sudah jauh berjalan.. sudah banyak garam yang telah dimakan atau dirasa, maka kita adalah dari golongan orang-orang yang sentiasa buat kesilapan.

kerana apa?! kerana mana mungkin habis kita hirup madu di dunia ini?! setitis pun tidak berganjak walau pun setempayan kita meneguknya.



kadangkala kita rasa apa yang kita pelajari sudah sampai keperingkat PHD namun apabila kita kembali bersama-sama dengan budak yang lulusan SRP/PMR.. kita masih lagi tidak mengerti apa yang mereka pelajari sedangkan ilmu itu telah berkurun kita menuntutnya.... malah kita rasa bahawa kita lebih hebat dari mereka kerana hanya segulung kertas yang tertulis dan di cop mohor PHD....

kehidupan kita dikelilingi dengan kebongkakan yang kita sendiri tidak sedar bahawa diri kita telah bongkak.. ia terlalu halus sebenarnya..

Didalam perjalanan menemui Illahi bukanlah semudah makan kuaci dipanggung wayang.. dikopek dan ditelan isinya... banyak level yang harus kita lalui..
bergantung kepada tahap keimanan dan kepercayaan serta keyakinan kita kehadrat Allah..

Selalunya orang-orang yang belajar ilmu ketuhanan atau ilmu yang mengajar kita lebih rhedo didalam perjalanan menuju yang khalik akan diuji di satu peringkat terutama berkenaan dengan Sifat 20...
betapa ramai yang sangkut diperingkat ini sehingga mengaku diri ini adalah yang khalik..(Na'uzubillah).
dan ramai juga yang terhenti ketika diuji berada di alam-alam ghaib.. sedangkan alam ghaib yang disinggahi itu bukanlah ghaibullah.. tetapi ghaib Al Jin... dan ada juga yang terlena dengan ujian an-nur.. disini ada yang menyatakan nur itu adalah Nur Allah dan Nur Muhammad..
maka terjadilah apa yang disembah itu berupa Nur.. berupa jasad diri atau berupa Jin..
Ini pokok persoalan yang dari dulu hingga kini tidak siapa yang boleh jawab kecuali iman masing-masing.

Seperti mana Syeikh Kadir Al Jailani diuji bertemu tuhan... dan berbagai-bagai persepsi ujian bagi sesiapa yang mahu menemui tuhan tanpa ilmu AlQuran dan AlHadis, maka tersesatlah diri didalam keyakinan masing-masing.

cukuplah setakat ini sahaja.

Wassalam.

Rabu, 11 Mac 2009

Perjalananku(v)

Didalam perjalanan menuju kehadrat Illahi.. berbagai-bagai persimpangan dan pertemuan pasti akan berlaku... pertemuan antara sifat-sifatNya bagi menuju Zatulhaq..
Tidak semua sifat yang dipinjamkan itu diperlakukan dengan adil mengikut aturan yang telah ditentukan olehNya... dan kita seringkali gagal mengawal sifat yang dipinjamkan itu kerana terlalu teruja menggunakan sifat itu atas kepentingan nafsu dan kehendak sendiri.
Inilah dilema manusia dimukabumi ini.

Aku juga tidak dapat melarikan diri dari jatuh tersungkur gara-gara nafsu dan kehendak sendiri.
Namun aku tidak mahu mengalah dan berputus asa... walau pun terpaksa bertongkat paruh.. aku tetap menuju kehadratMu ya Allah.. walau sesukar mana sekali pun..

Matlamat hidupku hanya untuk Mu ya Allah!!..
tidakkah itu juga penjanjianku mengenai 4 perkara setiap kali aku bersolat?

Pengalaman aku di mukabumi ini semakin bertambah apabila aku dipertemu kan dengan orang-orang yang hebat dari segi kebatinannya.. orang2 yang diberi kehebatan oleh Allah atas sesuatu perkara...

Manusia itu sendiri telah hebat sebenarnya.. di perhebatkan oleh Allah dari makhluk-makhluk yang lain.Namun kehebatan itu bukan sekadar percuma untuk manusia itu terokai keistimewaannya.kalau tanpa dibimbing atau tanpa memahami kehebatan itu tidak akan terserlah sama sekali.

Maka sebagai manusia, kita harus memahami dan mengerti betapa hebatnya kita disisi Allah.. dan haruslah gunakan kehebatan itu demiNya tanpa berbelah bahagi.
Apabila kita tidak mengerti apa itu Sifat yang dipinjamkan kepada kita maka kita seringkali melakukan perbuatan yang keji dan berbicara mengikut hawa nafsu sehingga tidak menyedari bahawa kita telah melepasi garis-garis sempadan yang telah ditentukan oleh Allah sendiri.
Maka dengan itu kita seringkali tidak sedar bahawa kita telah melakukan syirik kasar didalam kehalusan berbicara.Na'uzubillah... dan maka sebab itulah manusia akan terhukum disaat berada di alam barzakh.

Dan aku.... aku masih lagi didalam perjalanan yang jauh ini... jatuh dan bangun sudah menjadi satu resepi enak buat diriku.didalam perjalanan ini aku telah menemui berbagai-bagai ragam manusia.. berbagai-bagai rentak dan tari dimain kan... kalau kena tarian bangra.. maka terhenjut-henjutlah si penarinya.. kalau kena tarian zapin maka lembutlah rentaknya..

sementara aku.. aku sendiri tidak tahu tarian apakah yang dimainkan oleh ku..
Didalam perjalanan ini, seringkali kita mempunyai teman atau sahabat..
hadirnya sahabat itu mungkin dari isteri kita sendiri atau rakan-rakan yang seperjalanan dengan diri kita.Namun tidak semua sahabat-sahabat boleh sependapat dengan diri kita kerana didalam kerapatan persahabatan itu pasti ada bersalah-salahan pendapat.

Didalam dunia ini ada 2 jalan sahaja... satu jalan menuju akhirat dan satu jalan menuju dunia..
pilihlah yang mana satu ikut penafsiran dan matlamat kita.
Andaikata dunia yang kita pilih... akhirat dengan tenang mengundurkan diri..
Andaikata akhirat yang kita pilih... dunia senang hati mengikut kita..
Mengapa dunia mahu mengikut kita???
kerana dunia tidak mungkin melepaskan kembali kita kepada akhirat semudah yang disangka sehinggalah daya upaya kudrat dan iradat seorang manusia itu kembali kepada Penciptanya.
Dunia sentiasa memerah keseluruhan sifat yang dipinjam itu dengan 2 maksud..
pertamanya maksud untuk mengajar dan menguji tahap keimanan seorang manusia..
keduanya dengan maksud mengheret sejauh mungkin kita dari akhirat.

Adakah dunia itu zalim kerana cuba mengheret kita kepada kedunia kegelapan???
tidak.. dunia tidak zalim tetapi manusia itu yang suka menzalimi diri sendiri...
kalau si Malaikat telah ditugaskan Allah mengikut caturan yang telah diberi, maka akhirat dan dunia itu juga begitu.

Mmmm cukuplah buat masa ini aku berceloteh tentang hal diri..
semoga diri ini mampu dengan kemampuan yang diberi olehNya untuk terus berjalan dan meneruskan perjalanan ini menuju pada yang esa.Insya'allah!!

Isnin, 2 Mac 2009

Perjalananku(iv)

Lamo gak aku tak menulis di persada maya ni...
almaklumlah.. kesihatan pun sekejap ok dan sekejap tidak.. ikut keadaan cuaca di Malaysia agaknya.. la ni cuaca dah tak menentu.. sekejap panas dan sekejap hujan tak henti-henti.

namun sebagai manusia, sebagai hamba Allah, sebagai umat Muhammad, aku harus ada rasa bersyukur kehadrat yang maha kuasa.Yang penting, kalimat Alhamdulillah tidak akan putus dari bibirku ketika menjalani setiap ujian atau musibah yang diberikan padaku. Pasti ada hikmah disebalik ini semua.Tidakkah kesakitan itu juga salah satu nikmat dari Allah kepada ku jua?

Didalam perjalanan menuju kehadratNya... memang sukar untuk digambarkan melalui kata-kata betapa banyak warna yang harus aku lalui.Dan warna itulah umpama rencah kehidupan yang harus aku lalui dengan tabah,ikhlas dan rhedo.

Ketika aku melihat kejayaan yang dimiliki abang Ngah ku.. lantas kesyukuranku kehadrat Allah tidak akan terhenti begitu sahaja.Kalau lah itu yang diimpikannya.. maka teruslah pergi menempa kejayaan itu.Cuma aku masih mendambakan alam kerohanian... alam akhirat.. kembali kehadrat yang maha kuasa... itulah yang aku dambakan..

hari ini apa kisahnya? hari esok yang masih dirahsiakan? hari lusa sudah tentu tersimpan segala rahsia.. dan hari semalam apa yang telah dirungkaikan bakal menjadi sejarah.. itulah perjalanan kita.

Didalam perjalanan tauhid ini.. bukanlah seindah bicara.. bukanlah secantik perbuatan.. kerana hari demi hari itu adalah umpama berjalan diatas duri... sekali terleka pasti kaki terluka..
selagi ada rasa sakit.. selagi itulah kita tidak memahami tentang perjalanan ini.

namun ubatnya adalah pasrah dan rhedo... selagi hati hanya untuk Allah, tidaklah perlu ada rasa gundah gulana.. kerana itulah janji Allah kepada hamba-hambanya yang rhedo kepadaNya.

setakat nilah aku berbicara.
jumpa lagi.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran