Rabu, 11 Mac 2009

Perjalananku(v)

Didalam perjalanan menuju kehadrat Illahi.. berbagai-bagai persimpangan dan pertemuan pasti akan berlaku... pertemuan antara sifat-sifatNya bagi menuju Zatulhaq..
Tidak semua sifat yang dipinjamkan itu diperlakukan dengan adil mengikut aturan yang telah ditentukan olehNya... dan kita seringkali gagal mengawal sifat yang dipinjamkan itu kerana terlalu teruja menggunakan sifat itu atas kepentingan nafsu dan kehendak sendiri.
Inilah dilema manusia dimukabumi ini.

Aku juga tidak dapat melarikan diri dari jatuh tersungkur gara-gara nafsu dan kehendak sendiri.
Namun aku tidak mahu mengalah dan berputus asa... walau pun terpaksa bertongkat paruh.. aku tetap menuju kehadratMu ya Allah.. walau sesukar mana sekali pun..

Matlamat hidupku hanya untuk Mu ya Allah!!..
tidakkah itu juga penjanjianku mengenai 4 perkara setiap kali aku bersolat?

Pengalaman aku di mukabumi ini semakin bertambah apabila aku dipertemu kan dengan orang-orang yang hebat dari segi kebatinannya.. orang2 yang diberi kehebatan oleh Allah atas sesuatu perkara...

Manusia itu sendiri telah hebat sebenarnya.. di perhebatkan oleh Allah dari makhluk-makhluk yang lain.Namun kehebatan itu bukan sekadar percuma untuk manusia itu terokai keistimewaannya.kalau tanpa dibimbing atau tanpa memahami kehebatan itu tidak akan terserlah sama sekali.

Maka sebagai manusia, kita harus memahami dan mengerti betapa hebatnya kita disisi Allah.. dan haruslah gunakan kehebatan itu demiNya tanpa berbelah bahagi.
Apabila kita tidak mengerti apa itu Sifat yang dipinjamkan kepada kita maka kita seringkali melakukan perbuatan yang keji dan berbicara mengikut hawa nafsu sehingga tidak menyedari bahawa kita telah melepasi garis-garis sempadan yang telah ditentukan oleh Allah sendiri.
Maka dengan itu kita seringkali tidak sedar bahawa kita telah melakukan syirik kasar didalam kehalusan berbicara.Na'uzubillah... dan maka sebab itulah manusia akan terhukum disaat berada di alam barzakh.

Dan aku.... aku masih lagi didalam perjalanan yang jauh ini... jatuh dan bangun sudah menjadi satu resepi enak buat diriku.didalam perjalanan ini aku telah menemui berbagai-bagai ragam manusia.. berbagai-bagai rentak dan tari dimain kan... kalau kena tarian bangra.. maka terhenjut-henjutlah si penarinya.. kalau kena tarian zapin maka lembutlah rentaknya..

sementara aku.. aku sendiri tidak tahu tarian apakah yang dimainkan oleh ku..
Didalam perjalanan ini, seringkali kita mempunyai teman atau sahabat..
hadirnya sahabat itu mungkin dari isteri kita sendiri atau rakan-rakan yang seperjalanan dengan diri kita.Namun tidak semua sahabat-sahabat boleh sependapat dengan diri kita kerana didalam kerapatan persahabatan itu pasti ada bersalah-salahan pendapat.

Didalam dunia ini ada 2 jalan sahaja... satu jalan menuju akhirat dan satu jalan menuju dunia..
pilihlah yang mana satu ikut penafsiran dan matlamat kita.
Andaikata dunia yang kita pilih... akhirat dengan tenang mengundurkan diri..
Andaikata akhirat yang kita pilih... dunia senang hati mengikut kita..
Mengapa dunia mahu mengikut kita???
kerana dunia tidak mungkin melepaskan kembali kita kepada akhirat semudah yang disangka sehinggalah daya upaya kudrat dan iradat seorang manusia itu kembali kepada Penciptanya.
Dunia sentiasa memerah keseluruhan sifat yang dipinjam itu dengan 2 maksud..
pertamanya maksud untuk mengajar dan menguji tahap keimanan seorang manusia..
keduanya dengan maksud mengheret sejauh mungkin kita dari akhirat.

Adakah dunia itu zalim kerana cuba mengheret kita kepada kedunia kegelapan???
tidak.. dunia tidak zalim tetapi manusia itu yang suka menzalimi diri sendiri...
kalau si Malaikat telah ditugaskan Allah mengikut caturan yang telah diberi, maka akhirat dan dunia itu juga begitu.

Mmmm cukuplah buat masa ini aku berceloteh tentang hal diri..
semoga diri ini mampu dengan kemampuan yang diberi olehNya untuk terus berjalan dan meneruskan perjalanan ini menuju pada yang esa.Insya'allah!!

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran