Semakin jauh ku berjalan,semakin banyak yang dapatku timba pengalaman.Pengalaman itu umpama satu petunjuk bagiku... kerana disebalik pengalaman itu telah mengajar aku berbagai-bagai ilmu.. dan aku haruslah mengimbanginya.
Apabila Rahsia yang tetap rahsia itu terbuka, maka aku bagaikan terfana... dan mengerti bahawa aku telah tiada didalam adanya Dia..
Tabir hijab walau seumpama tirai nipis, masih lagi tertutup walaupun didalam isinya telah diketahui bagi sesiapa yang mengerti.
Dan biarlah ia menjadi rahsia buat selama-lamanya dan hanya orang-orang yang bertuah sahaja dapat menyelak tabir rahsia itu untuk seketika dan akhirnya kembali kepada keadaan normal seorang hamba.
Kerinduan yang tiada tara, tidak akan dapat di mengertikan bagi orang yang tidak merasainya nikmat bercinta... bercinta dengan sifat yang baharu itu tidak sama bercinta dengan sifat yang kekal kerana nikmatnya adalah berbillion-billion kali ganda dari nikmat percintaan sifat yang baharu.
Alangkah bahagianya jika apa yang aku alami ini dapat bersama2 dikecapi oleh sahabat2ku yang lain... namun mereka sentiasa diselubungi ketakutan walaupun ilmu sudah mereka miliki...
Takut untuk mengasah ilmu yang ada... takut untuk mengguna 'tool' ilmu tersebut kerana ketiadaan keyakinan jati diri.Masih bergantung dengan sifat yang baharu tanpa mereka sedari.
Antara alam zahir dan batin itu tiada bezanya namun masih ada jurangnya..
jurang itulah yang sahabat2ku agungkan.. dan sampai bila pun tidak akan mampu untuk berdiri dengan sendirinya jika tidak memecahkan tembok keegooan yg tersembunyi disebalik jiwa halus mereka.
Dan aku akan meneruskan perjalanan ini walau berseorangan... biarlah sepi mencengkam jiwa, biarlah sunyi didalam penuh pengertian.Kerana yang akan bertemu tidak mungkin 2 atau 3... ia hanya aku seorang sehingga luluhnya jiwa merasai itu.. dan hancurnya diri yang selama ini mengaku akan keakuan itu.
Ya Allah,zat yang maha tinggi... tiada lah aku dapat menyatakan kerinduan kerana Kau lebih maha mengerti apa yang terselit dilubuk jiwa yang paling dalam di hati ku.
Yang tidak mungkin akan diketahui oleh sifat-sifat yang baharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan