Khamis, 28 Mei 2009

Liga Bowling Bumiputra

Assalamualaikum... buat semua yang dikasihi Allah..

tahun ini aku terlibat didalam 2 liga bowling.
liga tersebut adalah liga bowling bumiputera dan liga bowling TM.
didalam liga bowling bumiputera ramai para pemain adalah di kawasan lembah klang dan mempunyai nama di peringkat negeri.dalam satu team kami mempunyai seramai 8 pemain.
Aku mewakili salah satu team forum iaitu team Bincang Dot Net ataupun singkatan nama team kami adalah BDNers.didalam team ini terdapat 3 pemain dari TM iaitu aku,Bjoe dan Zahid dan selebihnya ada dari syarikat lain seperti Petronas malah ada juga pensyarah serta ahli perniagaan.
Namun apabila melalui musim liga yang panjang ini, ia akan melibatkan komitmen yang tinggi.Kebanyakkan kerja kami adalah kerja yang melibatkan 'outstation'. Ini sedikit sebanyak mengganggu schedule perlawanan kami.
Didalam liga bumi ini terdapat 2 pusingan dimana pusingan pertama akan memisahkan 2 division.pusingan kedua dimana setiap pasukan telah ditentukan division mengikut keputusan pusingan pertama.Team kami telah berjaya melayakkan diri ke division satu yang mana terdapat pemain-pemain yang sudah ada nama.
buat masa ini team kami berada di kedudukan no 7 dari 12 team.

Minggu ini team kami bertemu team Wakata yang dibarisi para pemain yang cukup gah seperti Rosli Malik(A graded), Rosnani(A graded),Idris(B graded) dan beberapa lagi.
aku dengan hdcp 7 bertemu Rosli malik yang mempunyai hdcp 0.
setelah berehat 3 minggu untuk liga bumi, aku turun sebagai 'underdog'.
Di game pertama aku gagal pamerkan permainan terbaik apabila hanya mampu membuat score 158 sahaja.. walau bagaimana pun Rosli Malik juga bergelut untuk pamerkan aksinya dan mampu membuat 161. aku kalah di tipis di game pertama.
Di game kedua Rosli Malik menjarakkan diri namun alhamdulillah aku berjaya memintasnya di hujung game tersebut. aku buat score 200 dan Rosli Malik buat score 193.
di game terakhir cukup sengit dan akhirnya aku berjaya buat 206 sementara Rosli Malik buat 202. aku menang 3-1 namun team kami seri 8-8.
sekurang-kurangnya aku berjaya membantu pasukan dari kalah dan menafikan kemenangan team Wakata.Alhamdulillah.

Didalam liga TM, permainan aku agak merundum setelah cemerlang dalam liga bumi.
average score di liga TM aku mampu buat 161 sahaja.. berbanding di Liga Bumi average score aku adalah 180.
Mungkin faktor lawan yang kurang bermaya membuatkan permainan aku juga kurang bermaya.. atau sikap pandang rendah pihak lawan memakan diri.

pengajarannya ialah jangan pandang rendah pada sesiapa pun.. kelak diri juga yang binasa.
wassalam.



Selasa, 26 Mei 2009

Bunga Cina Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Alhamdulillah aku diberi peluang yang amat luas untuk menerokai alam ini.. walau pun aku tidak mampu menyelusuri keseluruhan alam buana ini.. namun aku tidak akan persia-siakan peluang yang ada ini... insya'allah!!

Aku teringin mencari Bunga Cina Putih... mengikut kata orang-orang tua, bunga dan akarnya banyak khasiat.Niat di hati untuk menanamnya.
aku bersama isteri tersayang serta Afiq pergi ke kawasan pasar Semenyih.Dan kebetulan di situ ada orang menjual pokok-pokok bunga.
Isteriku merapati jurujual seorang wanita melayu yang pertengahan umur.Dia mengenalkan dirinya sebagai Kak Ros...(kak ros bunga).

Isteriku : Kak.. Bunga Cina Putih ada tak?
Kak Ros : dah habislah... tapi kalau di rumah adalah... Err.. kalau adik nak cepat.. adik boleh pergi ke Tesco Semenyih.. didepan Tesco Semenyih tu ada anak akak jual disana.. rasanya ada satu pokok yang tinggal...
Isteriku : kalau macam tu saya akan kesanalah..

dalam masa yang sama isteriku mengambil nombor telepon kak ros.Isteriku sempat juga membeli satu pokok halau nyamuk .

setelah berbasa basi, aku dan isteriku pergilah ke Tesco Semenyih.
Alhamdulilah dapat juga melihat pokok yang kami cari tu cuma bunganya tiada...huhuhu..

aku dan isteriku membuat keputusan untuk pergi kerumah kak ros pada waktu petang.Oleh kerana kami di Tesco sudah waktu tengahari maka aku pun balik lah kerumah dulu.
sempat gak layan movie di HBO hihihik.

aku melayan karenah anak ku di rumah... sejak berusia 5 tahun ni.. terlalu banyak soalan yang hendak disoalnya...

lebih kurang jam 5 petang aku,wife serta anakku pergi ke rumah Kak Ros yang terletak ke jalan semenyih menuju arah bangi.menjajau juga kami mencari arah tuju.
akhirnya kami jumpa juga rumahnya.
kami disambut suaminya yang agak peramah.Kerja di Jabatan Pertahanan Awam di Putra Jaya.
Abg Nordin kalau ikut kaca mataku adalah seorang yang dikatakan beriman jugalah.. tak seperti aku ni hahahaha...
1st time aku melihat bunga cina putih yang kami cari... warnanya sudah tentulah warna putih.baunya seperti bau bunga cempaka.wangi lah tu...

kami dapatkan sedikit akar bunga tersebut... nak buat apa pun tak tahu.. hehehe..
setelah berborak sakan berkenaan bunga cina putih, kami dijemput masuk kerumah..
kami dilayan dengan baik.
Walaupun baru pertama kali kami kerumahnya.. kami berbicara ibarat saudara kandung.
Dalam perbicaraan tersebut, Abg Nordin menceritakan masalah anaknya yang baru pulih dari diganggu makhluk halus... maka panjang ceritalah hahahaha..

aku mungkin punya pengalaman sedikit berkenaan hal seperti itu lalu kami pun berkongsi pengalaman masing-masing..

siapa sangka.. dalam nak mencari bunga cina putih, aku sudah pun dapat seorang saudara dan ilmu pengetahuan.

sekian buat masa ini.



Selasa, 19 Mei 2009

kejauhan

Alhamdulillah.. aku masih ada peluang untuk menulis lagi di papan layar ini...
Aku baru kembali dari outstation ke utara.Biasalah.. maintenance system macam ni lah.. bila ada rosak maka kami perlu baikinya.
Aku ke baling Kedah.. disana kerja agak rumit sedikit.. terpaksa berurusan dengan orang Exchange.. menggunakan system E10B.. seperti biasa aku dan seorang eksekutif berusaha mencari punca masalah system.. setelah memastikan di bahagian kami tiada masalah maka kami mengesyaki bahawa masalah tersebut berpunca dari comm port exchange yang kemungkinan problem.. dan ternyata benar. kerja di Baling memakan masa 2 hari. seterusnya kami menuju ke Jitra dan ke Kangar. Alhamdulillah setiap masalah dapat kami selesaikan dengan izin Allah.

Menuju ke utara dengan melalui lebuhraya utara selatan agak meletihkan. Namun pemandangan di utara cukup menyejukkan apabila tanaman padi yang menghijau menyegarkan biji mata ini.

Errmm... 3 hari lepas aku bermimpi bertemu pari-pari.. hahahaha... pelik kan.. macam mana lah aku boleh bermimpi pari-pari.
ceritanya cam ni..

Aku berjalan kebelakang bengkel rumah kami di kampung.. dengan bercahayakan bulan.. tiba-tiba mataku terlihat ada 3 objek yang berterbangan lalu aku memanggilnya..
salah satu objek merapati diriku.rupa-rupanya adalah seorang lelaki yang mempunyai kepak dikirikanan nya. dia menghulurkan tangan lalu bersalam dengan diriku serta mencium tanganku.Aku berkata kepadanya.. nak menuju kemana?
dia berkata nak menuju ke warna biru diatas sana.. lalu aku menjawab.. disanakan tempat tinggal para malaikat.... lalu dia tersenyum. aku terdengar suara memanggilku.. lalu aku meminta izin untuk pulang kerumah.. dan sempat aku berkata padanya.. bila kita akan berjumpa lagi?.. nantilah bila sampai masanya.. lalu aku tersedar..

pelik betul mimpi ni... selalu pari-pari dikaitkan dengan wanita atau cerita-cerita dongeng...
ntahlah.. permainan tidur agaknya.jarang aku bermimpi seperti ini.

hari ni aku mc.. tak berapa sihat. Bjoe call aku dan menyuruh aku bermain dalam liga bowling di EP.. namun aku tak larat nak main dah hihihik...
Hafiz call aku kerana ada orang berhajat nak lawan badminton.. aku sahut cabaran tersebut..
tapi tunggulah bila aku rasa lega huhuhu..

dalam 2 minggu ini.. aku bagaikan rasa kejauhan... sesuatu yang aku takut sebenarnya.kerana apabila kita rasa kejauhan maka kita adalah terdiri dari orang-orang yang lalai... ya memang benar aku lalai dalam masa 2 minggu ini... aku harus pertingkatkan keimananku yang mula mencair.... Ya Allah.. bantulah aku.....

Khamis, 30 April 2009

Bicara lagi

Alhamdulillah, tinggi kesyukuran ke hadrat yang maha tinggi.. zat yang tiada tolok bandingnya..
hari ini aku menulis lagi.

Ermmm.. minggu depan aku akan kerja luar(outstation) ke utara bersama seorang eksekutif.
sudah lama aku tidak 'outstation'.. sesuatu yang dulunya menjadi kegemaranku untuk merantau.. namun kini sudah hilang 'mood' untuk merantau.. bukan wang yang aku kejarkan.. walaupun setiap kali aku kerja luar akan membuahkan rezeki yang agak lumayan.
aku mahukan kepuasan didalam menjalani atau didalam menghitung hari kepulangan.Biarlah aku dapat menggunakan sifat yang dipinjam ini sebaik yang mungkin.

Sifat ini adalah anugerah yang paling tinggi dan tidak ternilai dari Illahi.
Ternyatalah orang yang benar-benar faham akan anugerah ini.. tidak akan mengongkongkan dirinya dengan dunia kepalsuan.
Lihat sahajalah sejarah para nabi dan para wali... mereka tidak mencari kekayaan untuk dirinya.. dan kekayaan itu bukanlah tiket kesenangan dan keindahan.Lihat sahaja Syaidina Abu Bakar yang sanggup menghabiskan hartanya kejalan Allah.Untuk mencapai kejayaan itu bukan dengan dunia.. tetapi untuk mencapai kejayaan itu dengan kepuasan yang amat tinggi ke hadrat Illahi.seperti mana sedekah kepada fakir miskin.. betapa puasnya kita dapat membantu orang-orang yang didalam kefakiran dan kemiskinan.. lebih puas dari minum secawan air pepsi atau fresh oren.

seperti mana kita melihat orang yang patah kaki.. tidak dapat berjalan secara normal lalu kita belikan sebatang tongkat. dan dengan tongkat itu kita dapat melihat yang patah kaki boleh berjalan dengan keberanian dan keyakinan.Betapa puas hati kita melihat orang itu gembira.

untuk mencari kepuasan terhadap sifat2 yang dipinjamkan ini.. itulah contoh-contoh yang amat jelas.Apabila orang rabun kita berikan cermin mata lalu jelaslah penglihatannya.
begitulah kita didalam perjalanan menuju kehadrat yang khalik.
sentiasa istiqamah didalam perbuatan yang menjuruskan kebaikan.

Didalam doa iftitah telah kita berjanji dengan yang esa bahawa solat,ibadah,hidup dan mati itu hanyalah untuk Allah.. maka didalam apa jua persoalan yang kita lakukan didunia ini adalah untuk Allah jua.Dan sering kita terlupa akan janji itu lalu kita menjalani kehidupan ini bukan untuk Allah.. tapi untuk diri kita sendiri.Dan hanya satu jua sahaja kita lakukan untuk Allah adalah solat 5 waktu(itu pun ramai yang mengelak melakukannya).

kalaulah ibadah jauh dengan kita.. maka hidup dan mati pun seumpama tiada didalam hati kita walau pada hakikatnya kita hidup dan akan mati.

Antara diri kita ini ada 2 iaitu zahir dan batin kita.
Apa itu batin dan apa itu zahir..?
dan didalam zahir dan batin itu terdapat satu kuasa yang menguasai.. dan kuasa ini lah yang tidak akan terpisah di antara zahir dan batin.
Zahir dan batin boleh berpisah dan boleh bersatu.Tapi kuasa yang lagi satu ini tidak akan terpisah sampai ke perhitungan terakhir yang bakal menentukan nasib kita di padang masyar kelak.
Kuasa inilah yang menjadi timbang tara apa jua yang kita lakukan di dunia ini.kuasa ini umpama zat kecil.zat yang meliputi zahir dan batin.dan sampai waktunya zat ini akan kembali kepada yang maha Zat atau pun Zatullah.Maka sebab itulah manusia adalah makhluk yang paling mulia kerana pada manusia itu tersimpan satu rahsia yang tidak ternilai.

tapi sayang seribu kali sayang... didalam berbillion manusia didunia ini sejak zaman Nabi Adam hinggalah kini... manusia yang mengetahui rahsia ini hanyalah sedikit, itupun dikalangan para nabi dan para wali.

Allah itu tidak zalim pada manusia..
yang amalnya sedikit masih ada tempat disisinya... yang penting ikhlas didalam melakukan sesuatu perkara agar ia tidak lari dari Al hadis dan Al Quran.

sekian buat masa ini.
wassalam.

Rabu, 15 April 2009

Kematian

Semua orang akan mati...
mati meninggalkan urusan dunia ini..
dan pulang kesebuah destinasi yang lain..

destinasi itu adalah sebuah alam..
alam yang dipanggil alam barzakh..
Disana segala perhitungan kita didunia akan di ambil kira
sebagai satu tindakan keadilan.

Takut!! Mengapa perlu takut jika kita tidak melakukan kesalahan..
Mengapa perlu takut jika kita mengikuti segala suruhan Allah..
Mati hanya pindah alam..
pindah dari alam nyata kepada alam yang tidak diketahui.

Didalam kita menjalani kehidupan didunia ini..
kadangkala kita lupa akan saat kita mati semakin hampir..
sedangkan ingat mati itu adalah wajib bagi kita..
Apabila kita mengingati akan kematian maka kita akan buat yang terbaik untuk
anak,isteri,suami,keluarga mahupun sahabat handai kita.

Rindu akan kematian itu adalah satu inspirasi untuk kita buat yang terbaik semasa hidup.
Adakah kita mati??
tidak... keranakita hanya pindah alam sahaja... alam yang telah lama kita tinggalkan.

Selasa, 14 April 2009

Kemalangan

Semalam pagi aku dikejutkan satu berita yang benar-benar menyayat hatiku.isteri ku call dalam keadaan sebab menyampaikan satu berita kemalangan bas di Rawang Selangor.
Antara mangsa kemalangan tersebut adalah adik sepupu isteriku yang aku panggil dengan nama Zikri.Nama sebenarnya adalah Mohd Yusril Zakaria.

Dulu......
"Zikri seronok menjadi sebahagian dari keluarga along.. "

"Zikri benar-benar sayangkan Nurul.. tolonglah zikri along..."

"Sahabat Zikri sama macam along yang tahu serba sedikit bab ilmu tauhid.."

itulah antara kata-katanya ketika waktu dahulu.. ketika saat aku bersamanya bagaikan adik dan abang. Malah aku adalah tempat rujukan nasihat baginya.Ketika dia serba salah untuk menerima panggilan kesebuah maktab, akulah yang memberikan peransang kepadanya. Malah ketika interview, akulah yang memakaikan tali leher kepadanya.
Betapa akrabnya aku dengan arwah zikri.Namun... apabila sesuatu peristiwa telah terjadi,perhubungan kami jadi longgar.

ceritanya begini.......................
Arwah Zikri mengenali anak saudaraku(Nurul) lalu terbitlah rasa kasih dan sayang antara mereka.
perhubungan arwah zikri dan anak saudaraku dihalang oleh ibubapa arwah zikri.Ibu Zikri atau aku panggil Ngah tidak suka perhubungan antara anaknya dengan anaksaudaraku.

Maka terjadilah satu konflik keluarga.Aku dan isteriku tersepit ditengah-tengah antara mak saudara(sebelah isteriku) dan kakakku(ibu nurul).
Ibu Zikri memang berkeras dengan keinginannya agar perhubungan antara zikri dan nurul diputuskan. Aku menasihati kakakku serta anak saudaraku agar putuskan sahaja hubungan mereka berdua.Zikri pula merayu kepada ku.
Dalam masa yang sama, Nurul mempunyai seorang kawan yang lain lalu Nurul menerima kehadiran kawannya bagi mengelakkan hubungannya dengan arwah zikri.

Arwah Zikri cukup hampa dan aku hanya mampu menasihatinya sahaja.Setelah Nurul bernikah, maka Arwah Zikri juga bernikah dengan seorang gadis yang meminatinya iaitu Farah.Dan kini mereka mempunyai seorang anak lelaki sementara Nurul juga mempunyai seorang anak lelaki.

Perhubungan aku dengan keluarga arwah zikri agak dingin sejak peristiwa yang lalu itu.Dan Arwah zikri jarang bertemu kami lagi sehinggalah semalam kami mendapat berita yang menyayatkan hati.

Arwah Zikri terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya utara-selatan di kawasan Rawang.
Arwah meninggal dunia ditempat kejadian bersama 5 orang lagi mangsa kemalangan tersebut.
Mmmm.. aku agak terkilan kerana sejak arwah menikah dan mempunyai anak, arwah tidak pernah mengunjungi kami.Namun begitu,arwah sempat mengirim sms setiap kali menjelang hari raya.Arwah seorang budak yang baik dan alhafiz.Rajin bersolat dan mengaji AlQuran.
Mungkin ini sudah takdir baginya yang meninggal dunia di atas jalanraya.

Semoga Arwah Zikri atau pun Mohd Yusril di tempatkan dikalangan orang-orang mukmin di alam sana.

Al Fatehah!!.

Isnin, 6 April 2009

kosong

...............................................
...............................................
...............................................
Noktah!

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran