Khamis, 30 April 2009

Bicara lagi

Alhamdulillah, tinggi kesyukuran ke hadrat yang maha tinggi.. zat yang tiada tolok bandingnya..
hari ini aku menulis lagi.

Ermmm.. minggu depan aku akan kerja luar(outstation) ke utara bersama seorang eksekutif.
sudah lama aku tidak 'outstation'.. sesuatu yang dulunya menjadi kegemaranku untuk merantau.. namun kini sudah hilang 'mood' untuk merantau.. bukan wang yang aku kejarkan.. walaupun setiap kali aku kerja luar akan membuahkan rezeki yang agak lumayan.
aku mahukan kepuasan didalam menjalani atau didalam menghitung hari kepulangan.Biarlah aku dapat menggunakan sifat yang dipinjam ini sebaik yang mungkin.

Sifat ini adalah anugerah yang paling tinggi dan tidak ternilai dari Illahi.
Ternyatalah orang yang benar-benar faham akan anugerah ini.. tidak akan mengongkongkan dirinya dengan dunia kepalsuan.
Lihat sahajalah sejarah para nabi dan para wali... mereka tidak mencari kekayaan untuk dirinya.. dan kekayaan itu bukanlah tiket kesenangan dan keindahan.Lihat sahaja Syaidina Abu Bakar yang sanggup menghabiskan hartanya kejalan Allah.Untuk mencapai kejayaan itu bukan dengan dunia.. tetapi untuk mencapai kejayaan itu dengan kepuasan yang amat tinggi ke hadrat Illahi.seperti mana sedekah kepada fakir miskin.. betapa puasnya kita dapat membantu orang-orang yang didalam kefakiran dan kemiskinan.. lebih puas dari minum secawan air pepsi atau fresh oren.

seperti mana kita melihat orang yang patah kaki.. tidak dapat berjalan secara normal lalu kita belikan sebatang tongkat. dan dengan tongkat itu kita dapat melihat yang patah kaki boleh berjalan dengan keberanian dan keyakinan.Betapa puas hati kita melihat orang itu gembira.

untuk mencari kepuasan terhadap sifat2 yang dipinjamkan ini.. itulah contoh-contoh yang amat jelas.Apabila orang rabun kita berikan cermin mata lalu jelaslah penglihatannya.
begitulah kita didalam perjalanan menuju kehadrat yang khalik.
sentiasa istiqamah didalam perbuatan yang menjuruskan kebaikan.

Didalam doa iftitah telah kita berjanji dengan yang esa bahawa solat,ibadah,hidup dan mati itu hanyalah untuk Allah.. maka didalam apa jua persoalan yang kita lakukan didunia ini adalah untuk Allah jua.Dan sering kita terlupa akan janji itu lalu kita menjalani kehidupan ini bukan untuk Allah.. tapi untuk diri kita sendiri.Dan hanya satu jua sahaja kita lakukan untuk Allah adalah solat 5 waktu(itu pun ramai yang mengelak melakukannya).

kalaulah ibadah jauh dengan kita.. maka hidup dan mati pun seumpama tiada didalam hati kita walau pada hakikatnya kita hidup dan akan mati.

Antara diri kita ini ada 2 iaitu zahir dan batin kita.
Apa itu batin dan apa itu zahir..?
dan didalam zahir dan batin itu terdapat satu kuasa yang menguasai.. dan kuasa ini lah yang tidak akan terpisah di antara zahir dan batin.
Zahir dan batin boleh berpisah dan boleh bersatu.Tapi kuasa yang lagi satu ini tidak akan terpisah sampai ke perhitungan terakhir yang bakal menentukan nasib kita di padang masyar kelak.
Kuasa inilah yang menjadi timbang tara apa jua yang kita lakukan di dunia ini.kuasa ini umpama zat kecil.zat yang meliputi zahir dan batin.dan sampai waktunya zat ini akan kembali kepada yang maha Zat atau pun Zatullah.Maka sebab itulah manusia adalah makhluk yang paling mulia kerana pada manusia itu tersimpan satu rahsia yang tidak ternilai.

tapi sayang seribu kali sayang... didalam berbillion manusia didunia ini sejak zaman Nabi Adam hinggalah kini... manusia yang mengetahui rahsia ini hanyalah sedikit, itupun dikalangan para nabi dan para wali.

Allah itu tidak zalim pada manusia..
yang amalnya sedikit masih ada tempat disisinya... yang penting ikhlas didalam melakukan sesuatu perkara agar ia tidak lari dari Al hadis dan Al Quran.

sekian buat masa ini.
wassalam.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran