Khamis, 25 Mac 2010

Hijrah

Pagi itu aku datang awal ke pejabatku di Kelana Jaya.Setelah minum pagi bersama teman-teman di Fariz Maju, aku pun masuk kedalam pejabat seperti rutin hari biasa.
Aku rasa hari ini seperti lain dari biasa.Suasana yang hambar didalam pejabatku.
Aku melihat teman-teman sepejabat mula menumpukan kerja masing-masing berhadapan dengan komputer.Ada yang 'update data' didalam komputer, ada yang sedang melayan pelanggan melalui telepon malah ada yang sedang membaca akhbar secara online.

"Yahya!! ada call dari Zawany...!!" jerit satu suara ditempat lama patition aku.

"oo ok.. sat, aku datang.." aku bangun dari dudukku untuk ke tempat patition lamaku.Sebenarnya line telepon aku diguna pakai oleh temanku Mohd Azam.Aku tidak bawa nombor phone tersebut ke patition baru.Ini bermakna di tempatku tiada phone kerana ada masalah teknikal.

"Assalamualaikum kak wany..?" aku menggapai gagang telepon dan berbicara dengan kak wany.Kak Wany adalah kerani HR yang menguruskan hal pekerja diunit kami.

"Ha.. Yahya, hang ada mohon pertukaran ke?" kak wany menyoal aku.

"benarlah kak wany.. saya ada mohon pertukaran ketempat lain." balasku.

"Tahniah kerana hang akan report duty di tempat baru pada 1st April nanti di Bukit Petaling.." Kak Wany memberikan berita gembira kepadaku.

"Betul ke Kak Wany?, alhamdulillah.."

aku tidak tahu berita ini benar-benar menggembirakan aku atau pun tidak.
Dari satu sudut aku benar-benar gembira kerana akan berhijrah kesatu tempat yang lain.Namun dari satu sudut lain.. aku berasa akan kehilangan teman-teman sepejabatku ini yang telah bersama denganku hampir 10 tahun.

Namun aku harus berhijrah... kerana Rasullullah SAW juga pernah berhijrah dari Mekah ke Madinah.

aku tidak tahu situasi ditempat kerja baru serta karenah teman baru nanti..
Namun itulah satu cabaran bagiku didalam unit baru nanti.

Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya kecuali hamba-hambaNya sendiri yang menzalimi diri sendiri.

Isnin, 8 Mac 2010

Balik kampungku

Akhirnya aku dapat jua meluangkan masa untuk kembali kekampung halamanku di Muar Johor.Aku terus ke rumah kak long kerana mak ada disitu.
sampai di rumah kak long, mak cukup ceria menerima kepulangan anak lelaki bongsunya.. siapa lagi kalau bukan aku hehehe.

Mak buat-buat sehat walaupun pada hakikatnya mak tidak berapa sehat demi menggembirakan anak dan menantunya.tak sampai beberapa minit aku duduk di kerusi.. linda anak saudaraku iaitu anak kak long datang bersama anak dan suaminya untuk ziarah atok(mak aku ler).
dapat gak anak aku punya teman dari anak-anak linda.lebih kurang tak sampai 2 jam, linda minta izin balik ke Melaka.Linda selisih dengan Abg Uda..
Abg Uda jumpa dengan mak.
aku pun dah lama tak jumpa abg uda.. walaupun rumahnya dekat dengan rumah aku di selangor.

apa lagi bila berjumpa,seperti biasalah kami berborak sakan pasal ilmu agama.
lepas tu kak lang pun datang... abg adam juga datang malah Hj Saleh serta Hajah Puziah juga datang.Riuh sakanlah kami semua.
Di wajah mak kelihatan kegembiraan yang amat sangat melihat keletah anak-anaknya.. walaupun sudah dewasa masih lagi bergurau senda.
itulah kami... apabila berjumpa segala sengketa pasti lupa.. yang ada hanya satu hati.Inilah kekuatan sebuah kekeluargaan.
esoknya aku pergi kerumah abang ngah.. lihat anak Helmy.. lelaki dah!!
tapi anak ini bukan calang-calang anak kerana di cuping telinganya jelas tertera kalimah Allah.. Subhanallah!!..
Beruntunglah Helmy.. anak sulungnya perempuan mempunyai otak yang geliga sehingga belajar di sekolah cina pun boleh dapat no 1.
anak keduanya dihantar tahfiz walau usia 6 tahun.

Bila dah jumpa abg ngah.. biasalah.. cerita ilmu pasti menjadi pokok utama kami.bukannya mudah nak berjumpa dengan dia.Lepas tu aku pi jengah rumah pusaka abah yang diduduki oleh kakakku(hjh Puziah dan suaminya Hj salleh).Borak sakanlah kami.
abg ngah pun ikut sama lalu diperjelaskan lagi bab ilmu dalam solat seharian kita.
alhamdulillah. Lepas tu, bila abg.ngah balik... kami pun bermuzakarah dan aku pula memperjelaskan lagi mengenai Al Fateha yang aku dapat di madinah.
Abg Salleh sudah mengalirkan air matanya.

Masa aku memperjelaskan alfateha di rumah kak long semalam.. kak ros juga mengalirkan airmatanya.. Abg Adam biasalah lah.. meletup saja.
tapi itu semua menunjukkan betapa beratnya surah AlFateha untuk kita bawa didalam solat wajib kita.Bukan mudah nak baca.. dan bukan mudah nak menghayatinya..
bila dah tahu dan merasainya.. maka tiada lah hati tertahan sebak.. maka mengalirlah air selaju air gunung yang mencurah.

aku amat gembira apabila aku dapat laksanakan tanggungjawab yang di amanahkan olehNya kepada sahabat dan ahli keluargaku...

Betapa aku bersyukur kehadratMu ya Allah!!!
Alhamdulillah!!!

Khamis, 4 Mac 2010

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM ENGKAU DITUNDUKKANNYA!

Berpaling daripada Allah swt ketika turunnya hukum-hukumNya, bererti matinya agama,binasanya tauhid,musnahnya kerhedoan dan keikhlasan.Sedangkan hati orang mukmin tidak mengetahui, mengapa dan bagaimana hendak melayan dorongan nafsunya.Bahkan ia berkata: "Benar..!!! Semua nafsu itu mesti dilawan, ditentang dan dimusuhi."

Oleh yang demikian,barangsiapa yang ingin memperbaiki dirinya,maka hendaklah dia berlatih untuk memerangi nafsunya,sehingga dirinya bebas dari cengkeman kejahatan dan pengaruh nafsu,kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.

Apabila kamu menundukkan nafsumu, maka seluruh nafsu itu akan menjadi baik,yakni kebaikkan yang berada didalam kebaikan.Sehingga jadilah ia mengikuti semua ketaatan dan meninggalkan semua kejahatan dan kedurhakaan.Dalam keadaan demikian, maka diucapkan baginya firman Allah yang bermaksud :

"Wahai jiwa yang tenang..!! kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh rhedo dan dirhedoi Nya maka masuklah kamu kedalam golongan hamba Ku dan masuklah ke dalam syurga Ku" (al-Fajr:27-30)

dan hati juga memainkan peranan didalam perjalanan hidup kita.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Sesungguhnya didalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging.Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka rosaklah seluruh jasadnya.Ketahuilah !! Dia adalah hati...!!!"

Jika kita mengharapkan agar Allah SWT sentiasa memandang kepada kita, maka sibukkanlah diri kita ini dengan melakukan ketaatan kepadaNya,bersabar bersama Nya, rhedo dengan segala ketentuan Nya terhadap diri kita dan orang-orang selain kita.

Sebelum kita menasihati orang lain maka kita seharusnya menasihati diri kita terlebih dahulu.Dan jangan lebih-lebih menasihati orang lain sedangkan diri kita masih bersemayam sesuatu yang perlu kita perbaiki.

Celaka lah kita !! apabila lidah kita bertakwa sedangkan hati kita berada didalam kedurhakaan, lidah kita bersyukur sementara hati kita berpaling. Allah berfirman yang bermaksud :

" Wahai anak Adam..!! Kebaikan Ku itu turun kepada Mu dan kejahatanmu itu naik kepada Ku"

Celaka lah kita..!! kerana kita mengaku sebagai hambaNya, sementara ketaatan kita, kita berikan kepada selain Nya. sekiranya kita ini adalah benar-benar hambaNya, maka kita akan kembali kepadaNya dan berpihak kepadaNya, nescaya kita akan bermusuhan keranaNya dan berkasih-kasihan juga keranaNya.

Seorang mukmin yang mempunyai keyakinan,tidak akan taat kepada hawa nafsunya,dirinya dan syaitannya.Dia tidak mengetahui syaitan sehingga di mentaatinya,dia tidak memperdulikan dunia sehingga ia menjadi hina kerananya.Oleh itu ia merendahkan dunia dan mencari penghidupan akhirat.Apabila dia sudah dapat menghasilkan kehidupan akhirat, maka ia akan meninggalkan dunianya, bertemu Tuhannya yang Maka Perkasa lagi Maha Agung.Dia ikhlas beribadah kepadaNya dalam semua waktunya.Dia mendengar firman Allah yang bermaksud :

" Dan tiadalah mereka disuruh, kecuali untuk menyembah Allah dengan ikhlas dalam(menjalankan) perintah agama"
(al bayyinah:5)

Buangkanlah kesyirikan dari dalam jiwa kita,dan esakanlah Allah yang Haq,Dia adalah Maha Pencipta segala sesuatu dan semuanya berada didalam kekuasaanNya.

Bila Nafsu bermaharaja di hati

Nafsu...

Nabi Adam dan Hawa diturunkan kebumi dari Syurga hanya kerana tergoda dengan hasutan syaitan.Dalam hal ini nafsu akan mengambil peranan bagi menyokong godaan syaitan.

Berbalik kisah diatas.. manusia di jadikan bersama hati,akal dan nafsu.
Hati lebih berperanan melalui jiwa yang halus.
Nafsu lebih kepada kehendak yang nyata.
Akal adalah alat pengimbang antara hati dan nafsu.

Selalunya kelemahan manusia adalah tidak dapat mengawal nafsu.
apabila nafsu dan hati bersatu maka amat sukar manusia mengawalnya.
disinilah kita selalu dan sering terperangkap.

Nafsu berbelanja.

Nafsu ini akan mengajak kita berbelanja dengan kemewahan sehingga lupa tanggungjawab kita terhadap anak dan keluarga. kita lebih mementingkan diri kita dan kecantikkan diri kita dalam soal berbelanja.Malah sanggup berhutang hanya untuk berbelanja demi kemewahan dunia.Kadangkala akal mengimbangkan bahawa lunaskan hutang dengan hutang.
Namun setelah kita berhutang untuk menimbus hutang yang lama, kita akan lupa untuk melunaskan hutang yang lama hanya kerana rabun mata melihat wang yang banyak lalu kita lebih utamakan kehendak nafsu dari menimbus hutang yang lama.
Masalah disini, hutang lama tak selesai maka hutang baru pula yang timbul.
Manusia ingin memiliki pakaian yang cantik.lalu apabila melihat orang jual kain berela-ela panjang dengan harga yang mahal.. lalu nafsu akan berkata.. itulah kain yang paling berkualiti.namun kita tidak sedar bahawa kain dipakai untuk menutup aurat kita.Ada kain murah tapi berkualiti namun kita anggap yang mahal itulah yang berkualiti.Kita langsung tidak memikirkan orang yang lebih susah dari kita... hanya kerana mata kita sudah tertipu dengan nafsu keinginan yang tinggi atas alasan mahu kecantikkan.Sedangkan kalau kita beli kain yang murah tetap kita boleh menutup aurat.dan duit yang lebih itu boleh kita sedekahkan pada orang yang memerlukannya.Inilah manusia yang suka pentingkan diri sendiri.
kadangkala dengan duit RM500 kita mampu beli macam-macam dengan harga yang murah.Namun apabila kita beli satu barang dengan harga RM300 maka kita tidak akan mampu pelbagaikan barang kita.Mata nafsu kita akan memandang yang mahal itulah yang terbaik pada kita... Masya'allah..
dan setelah membeli dan balik kepada norma normal kita.. barulah kita sedar dan menyesal namun ia sudah terlambat.Kita terperangkap hanya kerana nafsu ingin membeli yang terlalu tinggi hingga lupa segala nasihat agama dan saranan AlQuran atau ilmu yang Rasullullah SAW berikan kepada kita aitu hidup sederhana.

Tidak malukah kita pada Rasullullah yang tidak punya pakaian yang mahal ditubuhnya sedangkan kita berlumba-lumba untuk memakai pakaian yang mahal ditubuh kita?

'Fa bi ai yi a la hirobbikuma tukazziban?'
Nikmat tuhan mana lagi yang kamu mahu dustakan?

Syaidina Ali sanggup berlapar hanya memberi makanan kepada seekor anjing...
Syaidina Abu Bakar sanggup menghabiskan segala hartanya untuk jalan Allah...
Syaidina Othman juga menghabiskan separuh hartanya untuk jalan Allah...
Syaidina Omar sanggup bergelap hanya kerana apa yang bukan miliknya....

ruang dapur Rasullullah SAW di Madinah hanya kecil sahaja berbanding ruang dapur rumah kita...
Kalau Rasulullah SAW nak menjadi kaya.. memang sudah lama baginda boleh kaya.. tetapi kenapa tidak ia memilih jalan untuk menjadi kaya malah memberitahu kepada umatnya agar hidup sederhana..

kita pula sanggup berhutang hanya mahukan kemewahan berlipat kali ganda.
sejauhmana kah kita memahami perjalanan seorang Islam yang rhedo?
kita hanya mampu rhedo apabila kita kesusahan dan sakit nak mati..
bila kita senang.. bila kita ada wang beribu.. kita lupa segalanya kerana kita lebih suka bersahabat dengan nafsu kita sendiri.Dan akhirnya hati menjadi buta tanpa nur atau cahaya menyuluh jalan.

kita sanggup bergaduh dengan sesiapa sahaja yang memberikan nasihat kepada kita tanpa memikirkan kesalahan yang kita lakukan.
Tiada siapa yang boleh menghalang nafsu diri kecuali diri itu menghalangnya.
kalau nafsu itu pada suami.. isteri tak mampu menghalangnya.. kalau nafsu itu pada isteri.. si suami tidak mampu menghalangnya.Jika cuba menghalang maka akan berlaku pergaduhan dan pertelingkahan antara mereka.

Lihat sahaja betapa ramai remaja yang bernikah awal tetapi bercerai awal.. semuanya kerana pengaruh nafsu.
kita tidak mampu membuang nafsu tetapi kita boleh mengawal nafsu.

Nafsu berniaga.
selalunya apabila kita nampak sesuatu kejayaan orang lain didalam perniagaan maka
kita pun ingin meniaga.Namun kita tidak melalui prosedur yang betul.kita tidak ada ilmu dalam perniagaan.Namun nafsu akan berkata.. kau boleh buat.. kau boleh lakukan tanpa ilmu.lalu kita pun ikut... dan ternyata kita tidak tahu untuk memusing modal.. dan untung kita bukan untuk pusingan modal sebaliknya untuk kita berbelanja barang peribadi.lalu perniagaan pun gagal.kalau kita ikut prosedur.. dan mendapatkan ilmu perniagaan.. insya'allah perniagaan kita akan berjaya.

orang-orang tua pernah berkata ' jangan terburu-buru ikut nafsu nanti diri akan lesu'.

bila hati dan nafsu bersatu maka kita tidak akan mengenal yang satu...
bila hati dan nafsu berpisah maka kita juga turut terpisah...
bila hati dan nafsu tahu peranan masing-masing maka barulah kita rasa lega dan tidak terasing.

Nafsu tidak boleh dibuang tetapi boleh dikawal dengan akal fikiran serta pandangan hati yang tulus hanya kerana Allah.

Ingat!!! jangan kerana nafsu kita sanggup ketepikan soal tanggungjawab malah sanggup berpisah dan berpatah arang... kawallah nafsu kita sebaik yang mungkin.. biarlah kita lebih tulus beribadah kehadrat Allah.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran