Khamis, 18 Februari 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah...

Betapa bersyukurnya aku kehadrat illahi.. dengan adanya matahari, aku dapat melihat waktu siang dengan jelas.Melihat kehijauan pokok.Melihat suasana kehidupan di mukabumi ini dengan kefahaman dan kejituan.Dan yang terpenting dapat menggunakan sifat pinjaman ini untuk menerokai penghayatan ilmu.

Alhamdulillah... betapa aku bersyukur kepada Mu Ya Allah..!!

Dan dengan adanya bulan, aku dapat melihat keindahan malam.Dimana mukabumi tidaklah sejelas pada waktu siang.Suasana lebih sepi berbanding keriuhan pada siang hari.
dengan samar cahaya bulan aku dapat merasai kesejukan.Betapa aku ini kerdil disisi Mu wahai Allah rabbul Izzati.

Sabtu yang lepas, aku menyambut tarikh kelahiran cucundaku(anak kepada nurul dan saad)..Nurul adalah anak saudaraku. sempat juga ke alamanda untuk membelikan sedikit ole-ole buat Asraf.

sampai dirumah kak chik, aku lihat abg uda,dollah dan beberapa lagi sedang membaca doa selamat.
aku duduk disamping dollah serta wak dan abg mus.
Tiada yang istimewa dalam majlis ini.Cuma dapat melihat keriangan di wajah asraf anak Nurul.

Dollah pun bercerita bagaimana dia telah dapat ilmu fateha dari Kak Chik.
Alhamdulillah...

selesai sahaja majlis.. mereka semua pulang dan tinggal aku bersama kak chik serta anak dan isteriku.
Nurul yang perutnya sedang membulat sibuk membersihkan ruang tamu.
kak chik sempat berbicara ilmu denganku.Menceritakan bagaimana dia membuka ilmu fateha kepada dollah dan rina serta abg uda.

Abg Uda tak sempat bermuzakarah pada waktu lalu bersamaku.
Ketika Kak Chik membuka ilmu fateha kepada Dollah.. Dollah sudah tidak dapat menahan sebak didada lalu menangis.Dan ia diikuti Rina.Alhamdulillah.
aku bersyukur kehadrat Mu.. kerana itu membuktikan mereka akan diterima oleh Mu Wahai Allah Rabbul Izzati.Diterima sebagai hamba yang dikasihi.. insya'allah.
Tapi pengesahan itu hanya boleh dibuat didalam solat sahaja.

Tiada manusia yang boleh mengesahkan kita ini hamba Allah kecuali Allah sendiri mengesahkannya.Sebab itu betapa pentingnya solat pada jiwa umat Muhammad.

Selain itu kak chik bercerita lagi.. dia juga ada buka sedikit bab ilmu fatehah kepada Abg Uda. Sedikit sebanyak Abg Uda faham betapa pentingnya Fatehah.

Ar Rahman Nir Rahim...

Sesungguhnya KAU lah yang Maha pengasih dan Maha Mengasihani hamba-hambaMu Ya Allah.
Kau lah yang mengasihi aku dan yang lain.Tanpa Kau.. aku tiada punya apa-apa daya Ya Allah.
Sesungguhnya aku ini La Haulawala Quwataillah Billah...

Wassalam.

Khamis, 11 Februari 2010

Nasihat Sahabat

Alhamdulillah.. sepanjang aku kembali dari tanah haram.. hanya sekali aku sempat bermuzakarah... itu pun bab Fatehah yang aku dapat semasa di Madinah.Alhamdulillah.
Aku tidak mahu mengulas bab ini... cuma.. aku lihat sahabat2 aku sering leka dengan dunia mereka.Memang ada antara mereka yang menghayati ilmu namun kebanyakkannya ilmu itu yang menghayati mereka hehehe..

Mereka tidak faham apa itu buat baik.. dan buat jahat... atau buat benar.
Ramai manusia suka buat baik daripada buat benar.
Baik tidak semestinya benar!..
tapi kalau benar sememangnya benar!

Lie.. dia suka buat baik... tapi takut nak buat benar...
Dol.. setakat ni dia jalan dengan perjalanan ilmu.. walaupun kami jarang berhubung.
ZZ... teramat jauh sekali... kosong.. tak ada keyakinan diri.

aku sebenarnya dah malas nak bermuzakarah lagi... dan malas nak berkongsi ilmu.. kalau berkongsi pun hanya dengan orang yang benar2 menginginkan kebenaran sahaja.
yer.. inilah kebenarannya..
tidak boleh lagi sewenang-wenangnya menabur intan berlian seperti tabur jagung kepada ayam2.tidak lagi!..


kalau dulu seharusnya... tapi kini itu semua tidak boleh dipraktikkan.
terpulang kepada iman masing-masing.kerana aku juga masih didalam perjalanan.
aku harus dan wajib membetulkan diri aku sendiri dari membetulkan orang lain.

Isnin, 8 Februari 2010

Sakit tapi nikmat

Kadangkala apabila kita selalu berada didalam kenikmatan.. kita akan lupa mengenai kesakitan.itulah antara kehidupan manusia.Menyelusuri ilmu makrifat tidak bisa menjadikan kita kebal mahu pun berada di zon selesa sebagai manusia.Kerana selagi bernama manusia.. maka kehidupan itu perlu ada sakit,duka,gembira,riang dan sebagainya.

Aku juga tidak boleh lari dari menghadapi segala ujian itu.. kerana dengan ujian itulah yang akan mematangkan diri kita sebagai makhluk tuhan di muka bumi ini.

Khamis baru-baru ini... jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.di luar bangunan kelihatan titisan hujan yang masih turun.sudah setengah jam aku berada di pejabat menanti hujan berhenti namun tidak berhenti juga lalu aku meneruskan perjalanan pulang kerumah.Di 'box' motor aku ada baju hujan. Aku turun dari tingkat 2 lalu menuju ke parking motor.Hujan masih lagi turun walau tidak selebat tadi.
selipar yang aku pakai, tapaknya telah haus..(dah tak ada break..).
Sebelum ini, hati ku sudah berkata untuk menggantikan dengan selipar yang baru namun diri sahaja yang mengengkarinya.Aku berjalan anak melalui titisan hujan menuju ke parking motor.

Untuk sampai ketempat parking motor, aku harus melalui parking kereta bos-bos.terdapat 2 longkang merentasi dan menghalangi perjalanan aku ketempat parking motor.Longkag pertama aku lepasi dengan selesa.Ada sebuah kereta melalui ditempat perjalananku.Menghampiri parking motor terdapat satu lagi longkang kecil.Aku memijaki tebing longkang tersebut namun aku terlupa bahawa selipar aku sudah tiada bunga(licin) lalu aku pun terjatuh dalam longkang tersebut hehehe..
satu kakiku masuk kedalam longkang dan satu lagi menghentam tebing longkang.Terdapat sedikit luka dikaki kiriku dan kakikanan ku terselih sedikit.Darah kelihatan bersama sedikit isi kulit dikaki kiriku. Namun aku gagahi jua untuk berjalan dan mencapai motorku.
aku call wife aku di rumah agar sediakan minyak gamat.Aku memakai baju hujan dan teruskan menuju distinasi iaitu rumahku.Sakit???
sakit itu juga satu nikmat... sakit itu akan menyedarkan kita ini bahawa kita ini tidak ada daya upaya.

sampai di rumah aku disambut oleh isteriku dengan cemas. Ah! luka sikit je.. sambil menunjukkan kaki kiriku yang berdarah.Maka bertambah cemaslah wajah isteriku yang tercinta.Dia mengesyorkan aku agar ke klinik berhampiran.Dan secara kebetulan anakku demam dah hampir 4 hari tak pulih. lalu kami pun bersetuju ke klinik kajang.
sebelum itu aku bersihkan lukan aku dengan ubat dettol yang ada di Medical Kits simpanan kami. Aku cuci luka dan meletakkan ubat sendiri.Isteriku membantu.
Sampai di klinik aku tak jumpa doktorlah.. sebab luka ringan jek.. anakku di ambil darah.takut2 denggi.Alhamdulillah bukan denggi.

so far alhamdulillah.. kini aku hampir pulih walaupun jumaat aku terpaksa urgent leave sbb kaki terseliuh.Demam gak aku.. demam urat.. biasalah bila umur nak mencapai 40 ni.. mudah sakit.urat bukan macam urat orang muda dah!!.

dan anak ku juga sudah hampir pulih dari demam.dan aku kini sedang berada di opis hari ini.

dan hari ini.. pagi2 aku dapat call dari Pak Rashid.. tetamu Allah tahun lepas bersamaku.Betapa gembiranya aku kerana dapat call dari dia.Bermakna sampai juga detikkan hatiku padanya disana..Alhamdulillah.
dan pagi ini juga aku dapat berita tentang kematian seorang sahabat kami.. Bro Zaini.. aku pergi menziarahi keluarganya.Kebetulan jenazah Bro Zaini sedang dibawa ke tanah perkuburan dekat balakong.sampai ditanah perkuburan, jenazahnya telah dikebumikan.kami sempat mendengar bacaan talkin.

balik dari tanah perkuburan, aku dapat call dari Abg Din.. dia ada kerja di Kelana Jaya, maka kami bertemu di kantin.Bersama dia adalah boss aku.. AGM. huhuhu.
Maybe AGM aku terkejut kerana aku dikenali oleh Abg Din.Dunia memang kecil sekali.

so.. dalam aku terluka akibat jatuh.. masih ada orang2 berilmu menghubungi aku.. itulah kebesaran Allah.
Subhanallah.

Selasa, 2 Februari 2010

Menziarahi adikku di rawang

Minggu lepas aku ada pergi menziarahi adikku yang kurang sihat.Aku bertolak agak lewat.Hujan agak lebat didalam perjalanan kami. Biasalah rumah adikku agak jauh dari rumahku memakan masa hampir 2 jam perjalanan ditambah hujan yang lebat.
Sampai dirumahnya, Dollah membawakan payung untuk aku sekeluarga.
Mak, kak long serta abg salleh dan kak puzi dah sampai awal kerumah adikku.

Bila berjumpa maka terimbaulah saat-saat manis kami di Mekah di hujung tahun lepas.
Abg Salleh dah cukur janggutnya... sedangkan still simpan hehehe.
aku seperti biasa, sejak balik dari Mekah akan memakan baju luar(blazzer) dan topi taliban.Dan seronok pula memakainya.

Mak sedang solat Isyak ketika itu.maka aku pun berborak sakanlah dengan dollah dan tetamunya yang lain.Adikku agak ceria melayan tetamu walaupun nampak sedikit tidak sihat diwajahnya.Namun aku yakin dia akan sembuh juga.

Kebetulan aku berada di samping Dollah maka sempat juga Dollah menceritakan sedikit pengalaman ilmu yang dia lalui.Mungkin dia nak meminta sedikit panduan dariku mengenai perbezaan suara yang hakiki dan suara nafsu.
Maka aku pun terangkan apa yang aku tahulah..
alhamdulillah.. syukur pada Allah kerana Abdullah kini menghampiri satu tahap yang bagus didalam perjalanan ini.Semoga dia dapat membezakan ilham dan yang bathil.

February

pejam celik pejam celik kita sudah berada di bulan februari 2010.Begitulah cepatnya hari berlalu dan pintu kubur juga semakin terbuka buat kita kerana umur tidak bisa semakin muda tetapi semakin menuju kemamahan usia.Yang dulu kulitnya tegang kini mula mengendur.Bagaimana Manusia itu boleh berdabik dada sedangkan usia sendiri tidak mampu dikawal.Entah esok lusa kita sudah berada di alam lagi satu.
Dan bekalan apakah yang harus kita bawa kehadratNya.

Adakah hidup ini sekadar omongan sahaja??
kalau hidup ini adalah alat sahaja.. mengapa perlu ada hukum didalam kitab-kitab?
Makanya hidup ini adalah untuk kita perbuat segala kebaikan.Dan segala kebaikan itu adalah bekalan terbaik buat kita di akhirat nanti.

Aku merasa sunyi dimalam ini.. siang tadi aku tidak pergi kerja (ambil urgent leave dan cuti ganti).Bila dah tak pergi kerja.. ingatkan bolehlah istirehat.. namun tidak juga.. kerana kepalaku asyik pusing macam gasing.

Ditambah isteriku juga tidak berapa sihat.. maka aku dan isteriku banyak menghabiskan masa dengan tidur sedangkan anakku berjaga dan menonton rancangan kesukaannya di TV Astro (Carton Network).

Malam semalam aku dapat sms dari Boss(sahabat juga).
dia mohon bantuan buat bacaan Yassin jarak jauh untuk gurunya yang sedang sakit.
So.. jam 10 malam semalam aku pun buatlah Yassin 7 Mubin caraku untuk membantu gurunya.Terasa jugalah bila baca Yassin tu.. tapi yang penting keikhlasan didalam bacaan itu.
Insya'allah gurunya akan pulih dengan izin Allah.

Sejak sudah ada Nokia N97.. aku dengar lagu guna FM transmitter.. dan terus dipancarkan kedalam Home Teater ku dirumah.biasalah lagu-lagu 60an menjadi pilihanku hahaha.

Aku hadiahkan isteriku HP Sony Ericson W995 kerana meraikan kejayaannya didalam pelajarannya.Wah!! isteriku sudah punya Ijazah Multimedia..Alhamdulillah!!.
Semoga isteriku yang tersayang akan cepat diberi rezeki oleh Allah diatas kejayaannya.

Aku masih merindui Mekah dan Madinah.. teringat ketika aku bersolat di Masjid Nabawi.. aku bersama abang iparku Hj Salleh.Dan pagi itu memang cukup bermakna buatku kerana aku bersolat seolah-olah berada didalam jambangan bunga.. kerana bau yang cukup wangi.. sehingga di sujudku bagaikan minyak wangi tertumpah.Air Mataku memang murah kalau berada di Madinah dan Mekah.Aku sendiri tidak tahu mengapa ya terjadi.ah!! lupakan saja peristiwa itu yang telah menjadi mimpi indah buatku kerana aku telah bersama dengannya serta sahabat-sahabatnya.Alhamdulillah!!

Surah AlBaqarah berkumandang didalam speaker di rumahku.Malam yang sepi tapi indah dengan bacaan-bacaan surah.

wassalam.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran