Khamis, 2 April 2009

Penghayatan Zikir

Assalamualaikum buat hamba Allah yang dikasihi.. segala puji-pujian hanya layak untukNya..


tuhan semesta alam.. yang esa lagi maha pengasih.


terpanggil untuk menulis serba sedikit sebagai satu perkongsian ilmu.


Sebagai hamba Allah.. tugas kita sebagai khalifah yang dimuliakan Allah itu sebenarnya berat dari apa yang kita sangka selama ini.Malaikat mahupun Jin tidak mampu untuk memegang amanah yang besar ini.. namun kita hamba yang dimuliakan telah terpilih dari kalangan yang terpilih untuk menjadi khalifah dimukabumi ini.





Sudah tentu kita cukup bertuah kerana terpilih untuk hadir kemukabumi ini... cuma tugas dan amanah sudah tentulah berat dari apa yang disangka.. Malaikat sendiri tidak mampu untuk melakukan tugas ini... Iblis yang dulu juga ketua para malaikat sendiri tewas dek kerana tak mampu mendefinasikan kehadiran manusia itu sendiri.



Aku ingin berkongsi ilmu dan pendapat mahupun idea..



Zikir.... apa itu zikir???

Zikir adalah satu ingatan yang tulus ikhlas disebalik puji-pujian kehadrat yang maha pencipta.

Zikir adalah satu amalan khusus buat semua makhluk ciptaan Allah.

Sebelum terzahirnya manusia itu, amalan zikir itu telah diamalkan oleh para malaikat termasuklah Syaitan,iblis dan Jin.

Sebelum kejadian manusia itu, Malaikat,syaitan/iblis serta Jin telah pun diciptakan Allah.



Dan amalan zikir itu juga tidak dikecualikan kepada kita... maknanya.. kita juga sama seperti mereka yang harus melalui amalan zikir ini.



didalam dunia penzahiran ini zikir itu telah diperbanyakkan..

dan berbagai-bagai versi zikir diketengahkan oleh para anbia,wali mahupun ulama' berlandaskan hadis dan AlQuran.



aku tidak mahu mengulas pelbagai zikir.. namun aku mahu lebih realistik dan membawa satu penerangan zikir yang mudah di ucap tapi amat bermakna di hati.

sebagai contoh zikir asma 'Allah'..



Asma Allah adalah meliputi kepada yang maha pencipta itu sendiri.

Apabila perkataan(asma) Allah itu digandingkan dengan yang lain seperti Allah Hu Akhbar..

ia memberi makna sokongan terhadap asma itu sendiri bagi menyatakan bahawa zat itu adalah zat yang hakiki dan tiada lagi persamaan terhadap zat tersebut.

tetapi asma Allah itu sendiri telah meliputi yang awal dan yang akhir bagi manusia yang diciptakannya.. dan tiada awal dan tiada akhir bagi zatulhaq.. zat yang semata-matanya zat.



Bagi sesiapa yang nak mengenal diri... awal zikirnya adalah perkataan 'Allah' yang meliputi zat,sifat dan affaal... (asma' itu adalah nama bagi perkataan Allah itu sendiri).

jika kita menyebut Allah disertakan zat,sifat dan afaal maka barulah kita merasai getaran yang hebat dikeseluruhan badan... getarannya bukan rasa menggigil kesejukan.. atau menggelitik kepanasan.. namun ia bagaikan getaran 7 lapisan kulit..

malah getaran yang hebat adalah rasa sebak didada yang kita tak mampu nak kupaskan mengapa ia terjadi, kerana ia terjadi dengan sendiri tanpa kawalan mengikut hukum akal.
seumpama apabila kita bersin(satu tindakan yang diluar kawalan kita sendiri).

'rasa-rasa' ini hanya sebagai satu dalil bagi maha pencipta memberitahu hambanya bahawa Dia yang paling hebat dan tertinggi.. dan apabila kesedaran itu sampai kepada sifat dan afaalnya maka rasa kerendahan itu akan sampai pada manusia(kita).
Dan akhirnya tangisan adalah satu tempat luahan yang dapat dinyatakan secara zahir.

dan selain rasa sebak dan getaran... manusia juga akan diberi rasa tenang yang terlalu tenang.. rasa bahagia yang terlalu bahagia...
rasa-rasa ini adalah peringkat awal didalam kita menjalani ritual zikir...

selain rasa ini ada juga rasa melalui deria bau.. mungkin kita akan di beri bauan wangian seperti mana bauan bunga kasturi atau pun bauan Hajarul aswad.Bauan2 ini selalunya hadir ketika didalam solat.

zikir yang dizahirkan adalah solat itu sendiri... dimana ketika solat, semua anggota badan kita ikut memuji maha pencipta.semua anggota bergerak didalam bentuk satu penyerahan yang total.Dan wajib bagi manusia mengetahui rahsia solat... rahsia zikir didalam solat..
setiap perbuatan didalam solat juga merupakan zikir yang sangat hebat(bagi yang mengerti).

Zikir Allah merupakan satu penyucian terhadap zat,sifat dan afaal yang diberi pinjam kehadrat manusia.apabila sesuatu yang dipinjamkan itu dikotori maka haruslah manusia itu menyucikannya.. Apabila kita memohon daripada Allah dan cukup perkataan Allah itu sendiri akan memberi kita makna yang cukup mendalam.

dan jika asma Allah itu sudah sebati maka syaitan akan cuba menguji sejauh mana tahap kesucian martabat manusia itu sendiri.Selalunya syaitan tidak mampu menembusi benteng pertahanan manusia yang sering berzikir dan menyerahkan diri kehadrat Allah.
Peringkat awal.. syaitan akan menguji kekuatan roh manusia melalui alam mimpi..
dan jika tidak berjaya.. maka syaitan akan menguji dalam bentuk zahir.. dimana manusia itu sendiri akan nampak syaitan secara zahir.Jika tidak berjaya juga.. syaitan akan menguji dalam bentuk manusia itu sendiri..(mempergunakan manusia melalui manusia).
bab yang ni selalunya manusia akan gagal.

Zikir Allah amat bermakna sebenarnya bagi manusia yang baru didalam perjalanan yang satu ini.Selepas manusia itu dapat menyucikan segala kekotaran diri,baik yang diluar diri mahupun dalam diri, maka zikir yang lain akan menyusul.. seperti zikir pengesaan Allah melalui bacaan Surah Al Ikhlas... atau kalimah tauhid dan rasul didalam syahadah, atau zikir puji-pujian yang lain seperti Alhamdulillah,Subhanallah dan sebagainya.

cukuplah setakat ini sahaja yang dapat saya berkongsi sedikit ilmu.

wassalam.


Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran