aku menghitung hari-hari penantian yang cukup menyesakkan jiwa.. namun didalam kesabaran penantian itu ternyata punya hikmah yang tidak boleh dijual beli...
ya.. tidak boleh dijual beli..
mungkin hari ini bukan rezeki ku.. namun rezeki itu tetap aja datang kepada kita.. insya'allah.
mungkin hari ini adalah rezekiku.. namun kadangkala rezeki yang hadir kepada kita itu juga bukan untuk kita semuanya...
didalam perjalananku ini... aku telah menempuh saat-saat sukar dan saat-saat manis bercinta.
untuk mencapai saat manis itu mestilah didahulukan dengan kepahitan...
namun yang sebenarnya tiadalah pahit dan tiadalah manis ketika kita betul-betul didalam keasyikan bercinta.
kerana cinta itu sendiri adalah satu nikmat yang tidak boleh digambarkan melalui lukisan mahupun kata-kata.Ketika aku berada di gerbang percintaan Rabb...
aku seperti hilang segala deria... lumpuh segala-galanya.. ketiadaan upaya itu telah membawa aku dihujani tangisan yang menghibakan... dan didalam tangisan itu terselit satu ketenangan..
dan apabila terhentinya tangisan.. maka pengertian yang hadir itu telah membawa jiwa pergi..
dan aku telah tiada.. tiadalah diri.. hilang begitu sahaja..
yang ada hanyalah..................................................................................................................................
Cukup!Cukup!.. tidak perlu ditulis lagi!!
noktah!.. senyap! Sepi!..
wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan