Ya Allah,tatkala aku berdiri mengadapMu...
terasa menggeletar jiwa dan raga ini..
bagaikan lumpuh segala sendi-sendi..
bukan kerana gentar untuk menghadapi...
tetapi kerana aku takjub,rindu sehingga menenggelamkan aku kedalam satu suasana
yang tidak mampu aku berikan jawapannya.
Ya Allah.. aku berada di sebalik tabir yang menghijabkan aku dengan Mu..
dimana tangan ini tidak mampu menyelak tabir itu...
walaupun tabir itu ibarat transperan sahaja..
namun ketakutan untuk aku membuka tabir itu menjadikan aku bertambah rindu padaMu..
Ya Allah..
tiada sekelumit kekuatan pun yang ada pada diriku ini..
kerana hadirnya kekuatan itu adalah kerana kuasa Mu yang amat besar..
tiada lagi fikiran yang melambung-lambung angan..
kerana aku sendiri telah mati untuk itu semua..
ah! kau terimalah aku.. bimbinglah aku yang tiada sebarang daya upaya..
pimpinlah aku kejalan makrifat Mu...
sesungguhnya kerinduanku sudah tidak ada batasnya lagi..
Ya Allah..
sambutlah aku sebagai tetamuMu pada tahun ini..
dan aku bersedia untuk kembali kepada Mu tanpa halangan yang boleh memisahkan aku dengan Mu..
Aku tahu kau lebih mengerti dari aku yang tidak mengerti apa-apa..
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku...
bersihkan aku dari dosa-dosa yang telah menghijabkan aku kepada Mu ya Allah.
seperti mana kau sucikan hati Rasul Mu Muhammad ketika lahirnya baginda..
maka sucikanlah hatiku ini dari sifat-sifat yang terkeji dan dekatkanlah aku pada
sifat-sifat yang suci.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan