Alhamdulillah... tugas aku di Lumut Perak telah selesai jua.Bermain bowling bersama-sama peserta negeri yang lain cukup mengujakan.Pengalaman seperti ini amat berharga buatku dan teman-teman seperjuangan.Aku mewakili kontinjen Ibupejabat yang disertai juga 4 orang pemain wanita dan 4 orang pemain lelaki didalam acara bowling ini.
Kami memulakan permainan pada pagi jumaat dimana permainan individu dijalankan.Aku di letakkan sebagai pemain bergu bersama AlAyubi.
Didalam acara perseorangan ini, pemain lelaki ibupejabat hanya mampu berada di tangga ke 5 sahaja sementara wanita telah merebut gangsa.
Pada malamnya aku turun sebagai pemain bergu bersama alayubi.Dengan semangat waja aku pun melontar bola bersama-sama ingatan kehadrat kekasih tidak pernah luput.Akhirnya aku dan pasanganku alAyubi merangkul emas bagi bergu didalam acara bowling.
namun pada hari terakhir, aku hanya mampu membantu pasukan adalam acara 3lelaki dan satu wanita sekadar meraih perak sahaja.Bowling keseluruhan di menangi Skuad Sabah dan Ibupejabat hanya mampu meraih naib juara keseluruhan.
Walau bagaimana pun banyak pengalaman ketika aku berada didalam skuad Ibupejabat ini.
Dulu aku mewakili skuad Selangor dan kini aku bertukar angin untuk mewakili skuad ibupejabat.
Skuad Selangor hanya mampu berada di tangga ke 5.
ada satu cerita yang menarik perhatian aku ketika di sini... ceritanya begini:
Malam tu, aku baru selesai bermain acara bergu lelaki bersama al ayubi. alhamdulillah.. walaupun pihak lawan telah cuba memberikan tekanan buat kami disamping jeritan penyokongnya.. aku tabah melalui dugaan tersebut.aku telah buat score average 194 sepanjang 5 game tersebut sementara pasanganku buat average score lebih kurang 180 keatas.
kami juara bergu.setelah selesai bermain keesokkan paginya aku dan alayubi telah menyokong skuad bergu wanita. bergu wanita hanya mampu meraih pingat perak sahaja.
ketika bergu wanita sedang bermain, aku bersama en al-ayubi sempat menghisap rokok di sudut merokok.Disitu ada En Raj(lelaki india yg mewakili K.Lumpur).Maka terjadilah perbualan antara kami.
En Raj : Wauu!! banyak hebatlah lu orang main.
Hidayat : biasalah... kebetulan.. you mau tahu kenapa kami main bagus?!
En Raj : mestilah...
Hidayat : you tahu.. ini Al Ayubi sudah perasap itu bola dengan kemenyan dan garam..
En Raj : Ya kaaa??!! kasi sikitlah itu garam..
Al Ayubi : tengok ini garam...(sambil keluarkan garam bukit) ada warna kuning juga.. warna ni sebab kena asap kemenyan.. you tak tengok itu orang sabah dan sarawak.. pakai talipinggang rotan lagi..
En Raj : ya kaaa... ini kalu.. lu orang kena scan lah... mana boleh ini macam..
Hidayat : apa mau scan.. ini garam masuk dalam air kasi larut juga.. mana ada bukti hihihihi
Al Ayubi : tengok itu wak... pakai cincin 4 woooooo..semua jari ada cincin maaa..
En Raj : betullahhhh.. ayoyo.. patutlah lu orang manyak bagus main.
Hidayat : itu pasallah... lu kalau nak.. ambillah garam pada Ayubi.
En Raj : ok lah.. tak apa.
Niat aku dan En AlAyubi hanya lah sekadar gurauan sahaja.tapi tak sangkalah menjadi serius bagi En Raj...
selepas kami bermain untuk acara 3lelaki dan 1wanita...
En Raj telah bermain teruk giler... bermain di bawah kemampuan sebenarnya.. lalu berjumpalah ia kepada pengurus pasukannya.
En Raj : apa dah.. hadiah bukan ribu-ribu.. (rungut En Raj seorang diri)
Pengurus pasukan : apa lu cakap?!
En Raj : aku ingat ada orang tak suka sama saya lah.. ada orang sudah mandrem sama saya lah.
Pengurus sukan. : sapa yang cakap...
En Raj : adalah.. ada orang sudah bawa garam,kemenyan.. ada orang pakai 4 cincin, ada orang pakai talipinggang rotan keliling pinggang wooo..
Pengurus pasukan : mengarutlah itu semua..
En Raj : adalah..
Pengurus pasukan : ni mula aku naik angin ni(dalam hati). Tak apalah.. lu main aja.. nanti ada orang cover your score.
sementara itu aku dan en Ayubi pun kurang menjadi semasa bermain acara 3+1. Aku pelik sungguh kerana permainan aku drop giler-giler. tak sepatutnya permainan aku teruk sekali.
aku hanya mampu bermain di bawah avg 170 sahaja.Nasib baik dalam masa yang sama negeri-negeri lain juga drop performance kecuali skuad sabah.
lepas main aku dan En Ayubi pun buat post mortem namun tak tahu punca sebenarnya sehinggalah di malam terakhir apabila aku duduk semeja disebelah pengurus pasukan KL.Dia pun ceritalah perihal Raj.. aku dan En Ayubi sudah tak tahan untuk ketawa berdekah-dekah.
Akhirnya Pengurus pasukan kl pun tahu aku dan en ayubilah penyebab Raj bermain teruk hahahaha.
Moral: kadangkala gurauan kita itu hanyalah bersahaja namun ia masih boleh memberi impak yang berlainan kepada orang lain. so hati-hatilah kalau nak bergurau senda.sebenarnya garam bukit tu untuk meminiralkan air putih.itu sahaja tugasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan