Kali ini aku berbicara lagi...
Bukan madah berhelah atau sandiwara di pentas layar..
Tetapi hakikat yang membawa kepada kehidupan manusia.
Dan aku melihat betapa indahnya sifat-sifat itu bergerak dengan sendirinya..
Dan setiap sifat ada gerak gemalai atau gerak agresif mengikut acuan yang tersedia.
Cukup Indah ciptaan yang Maha Pencipta.
Dengan SifatNya, manusia itu tampak hebat sekali...
Tanpa SifatNya, manusia itu adalah mayat yang terbujur kaku.
Aahh!! Betapa HebatNya Kau Ya Allah.. Tuhan semesta Alam..
yang menyayangi hamba-hambanya...
Kau berikan rahsia yang sedikit itu pada Manusia agar Manusia itu
boleh mengenali diriMu..
Dan memang benarlah bahawa Allah suka dikenali oleh hamba-hambaNya.
Namun amat sayang sekali kerana manusia sekadar mengenaliMu melalui Asma' sahaja.
Langsung tidak mengenaliMu melalui sifat-sifat yang terlalu hampir pada mereka...
Mereka dibuai mimpi indah dengan pengejaran masa untuk mencari kebahagiaan yang sementara..
Lena didalam dengkuran muslihat betapa esoknya mereka terus berlari mengejar kebahagiaan itu.Sedangkan kebahagiaan itu sudah dimiliki tanpa disedari.
Aahh!! aku mendengar sifat-sifatMu memujimu di pagi hari... dan aku melihat cahaya bulan
di malam hari yang menerangi alam didalam kesamaran.Dan dengan alunan kitab suciMu, aku merenungi surah Ar-Rahman yang menceritakan segala-galanya mengenai kenikmatan yang Kau berikan pada Hamba-hambaMu.
Namun hamba-hambaMu terlalu sedikit mahu bersyukur kehadratMu Ya Allah.
Dan aku tertunduk malu dengan diriku sendiri.. betapa kerdilnya aku disisiMu.
terlalu kerdil.... dan aku bayangkan diriku dibungkus kain kapan berwarna putih.
di angkat dan di usung kedalam liang lahad.. dan ketika itu nanti aku hanya bergantung kepada amalku selama hidup dimukabumiMu ini.Subhanallah!!!!Maha Suci kau Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosaku sama ada yang sekecil zarah mahupun sebesar gunung.Kerana ketika itu aku tak mampu berkata apa-apa kerana Kau lebih mengetahui apa yang terkandung dan tersirat didalam diriku ini.................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan