Khamis, 5 Februari 2009

Perjalananku(iii)

aku menghitung hari-hari penantian yang cukup menyesakkan jiwa.. namun didalam kesabaran penantian itu ternyata punya hikmah yang tidak boleh dijual beli...
ya.. tidak boleh dijual beli..

mungkin hari ini bukan rezeki ku.. namun rezeki itu tetap aja datang kepada kita.. insya'allah.
mungkin hari ini adalah rezekiku.. namun kadangkala rezeki yang hadir kepada kita itu juga bukan untuk kita semuanya...

didalam perjalananku ini... aku telah menempuh saat-saat sukar dan saat-saat manis bercinta.
untuk mencapai saat manis itu mestilah didahulukan dengan kepahitan...
namun yang sebenarnya tiadalah pahit dan tiadalah manis ketika kita betul-betul didalam keasyikan bercinta.

kerana cinta itu sendiri adalah satu nikmat yang tidak boleh digambarkan melalui lukisan mahupun kata-kata.Ketika aku berada di gerbang percintaan Rabb...
aku seperti hilang segala deria... lumpuh segala-galanya.. ketiadaan upaya itu telah membawa aku dihujani tangisan yang menghibakan... dan didalam tangisan itu terselit satu ketenangan..
dan apabila terhentinya tangisan.. maka pengertian yang hadir itu telah membawa jiwa pergi..
dan aku telah tiada.. tiadalah diri.. hilang begitu sahaja..
yang ada hanyalah..................................................................................................................................


Cukup!Cukup!.. tidak perlu ditulis lagi!!
noktah!.. senyap! Sepi!..

wassalam.

Perjalananku(ii)

Didalam keramaian, aku sering terasa sendiri..
Didalam gelak ketawa, aku sebenarnya sunyi..
Didalam percakapanku seharian, aku ternyata membisu..
Didalam aku mendengar alunan irama, aku rupa-rupanya tuli..
Didalam menjalankan aktiviti harian ku, Ah!! tiada langsung daya upayaku..
Didalam aku berfikir mencari idea-idea, rupa-rupanya itulah kebodohanku..
Didalam aku memandang seluruh alam ini, ternyata aku dalam gelap gulita..

Aku berjalan dan terus berjalan hanya mencari sebuah hakiki..
ternyata semuanya palsu belaka...
kerana aku tahu.. aku hanyalah sekadar alat kepada yang empunya alat..
dan matiku kini hanyalah untuk Mu Ya Allah...

Perjalananku (i)

Ya Allah,tatkala aku berdiri mengadapMu...
terasa menggeletar jiwa dan raga ini..
bagaikan lumpuh segala sendi-sendi..
bukan kerana gentar untuk menghadapi...
tetapi kerana aku takjub,rindu sehingga menenggelamkan aku kedalam satu suasana
yang tidak mampu aku berikan jawapannya.

Ya Allah.. aku berada di sebalik tabir yang menghijabkan aku dengan Mu..
dimana tangan ini tidak mampu menyelak tabir itu...
walaupun tabir itu ibarat transperan sahaja..
namun ketakutan untuk aku membuka tabir itu menjadikan aku bertambah rindu padaMu..

Ya Allah..
tiada sekelumit kekuatan pun yang ada pada diriku ini..
kerana hadirnya kekuatan itu adalah kerana kuasa Mu yang amat besar..
tiada lagi fikiran yang melambung-lambung angan..
kerana aku sendiri telah mati untuk itu semua..
ah! kau terimalah aku.. bimbinglah aku yang tiada sebarang daya upaya..
pimpinlah aku kejalan makrifat Mu...
sesungguhnya kerinduanku sudah tidak ada batasnya lagi..

Ya Allah..
sambutlah aku sebagai tetamuMu pada tahun ini..
dan aku bersedia untuk kembali kepada Mu tanpa halangan yang boleh memisahkan aku dengan Mu..

Aku tahu kau lebih mengerti dari aku yang tidak mengerti apa-apa..
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa aku...
bersihkan aku dari dosa-dosa yang telah menghijabkan aku kepada Mu ya Allah.
seperti mana kau sucikan hati Rasul Mu Muhammad ketika lahirnya baginda..
maka sucikanlah hatiku ini dari sifat-sifat yang terkeji dan dekatkanlah aku pada
sifat-sifat yang suci.

Pasrah

Ya Allah , Tiada Tuhan kecuali Engkau ….

Ya Allah Engkau sedang memperhatikan gerak-gerik hatiku, nafasku, fikiranku, dan aliran darahku…..

Ya Allah …Engkau melihat perbuatanku yang lalu dan yang akan datang ..karena Engkau tidak pernah tidur…dan Engkau yang tahu kejadian yang akan datang …yang tersembunyi dan yang zahir, karena Engkau yang Maha Ghaib.

Ya Allah Engkaulah yang memelihara alam ini , dan yang menjaga Arsy.

Ya Allah dengan segala kerendahan hatiku aku berserah dan takluk dihadapan-Mu karena Engkaulah yang Maha Kuasa, Yang Meliputi dan Maha Melihat …..

Selasa, 3 Februari 2009

Buat Sahabat!

Sahabat...

Jadikanlah ma'rifat sebagai modal yang tiada akan pernah rugi.
Dan akal fikiran sebagai tempat berpijak untuk mengayunkan langkah.
Sedangkan keredhoan adalah tujuan akhirnya.


Sahabat...

Cinta itu nafas kehidupan.
Sedangkan rindu adalah alat untuk datang kepadanya.


Sahabat...

Jadikanlah duka sebagai kawan setiamu.
Sedangkan keteguhan adalah perbendaharaan yang tiada akan pernah susut.
Serta kefakiran patut menjadi kebanggaan.


Sahabat...

Jadikanlah perjuangan untuk membela kebenaran sebagai perangaimu sehari-hari.
Sedangkan ilmu adalah senjata yang ampuh untuk meraih kemenangan.
Sesungguhnya pakaian kebesaran yang mulia dalam pandangannya adalah ketabahan.
Sedangkan hidangan yang lazat dan abadi adalah keyakinan.


Sahabat...

Pekerjaan yang paling menguntungkan adalah menahan diri.
Sedangkan wakil atau perantaranya adalah kejujuran.
Ketaatan adalah ukuran yang pasti.
Sedang percakapan yang mengasyikkan serta hiburan yang menggairahkan ada di dalam sholatmu.


Sahabat...

Jika seruan ini kau pahami, nescaya terang sudah jalanmu, labuhkan bidukmu, karam dan tenggelamlah engkau didalam keabadian Ujudnya..keabadian Ujudnya...

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran