Jumaat, 24 Disember 2010

Pertemuan

Alhamdulillah kerana dapat juga aku bertemu sahabat aku yang pulang dari menunaikan Haji buat kali kedua.

pertemuan yang amat aku nantikan.. Dia kembali dengan wajah kerohanian yang baru.. yang segar... yang ikhlas beribadat..
banyak yang aku dapat belajar dari pengalamannya di kota Mekah dan Madinah.
dan dalam masa sama aku diketemukan dengan boss lama aku yang pegang tampuk di HSBB.
alhamdulillah.

wassalam.

Kematian

Salam semua,

Manusia di zahirkan dan di matikan...
Setiap yang hidup itu pasti akan merasai alam kematian.
dan yang kekal hidup hanyalah Zattul Haq yang hakiki.
ketika itu tiada manusia yang mampu berdabik dada lagi.
bah kan makhluk lain juga akan merasai kematian..
dan didalam perhitungan dunia zaman Muhammad ini terdiri 2 golongan makhluk iaitu Manusia dan Jin yang wajib beriman kehadrat Allah.
dan kedua makhluk ini akan merasai kematian seperti mana janji-janji Allah kepada 2 golongan ini.. dan makhluk lain juga akan mati termasuk para malaikat apabila sampai waktunya.. dan yang kekal itu zattul haq yang maha hakiki.

selepas solat jumaat aku bersama teman2 lepak di kantin bagi membincangkan masalah2 kerja dan sukan..
aku dapat satu call dari isteri tersayang menyatakan Wan Kedah pengsan selama 1/2 jam dan sedar semula.
Wan Kedah yang berusia lebih dari 90an.. dimana kudrat iradatnya juga semakin lemah untuk terus menahan pancaroba dunia masa kini.Tidakkah manusia itu makhluk yang lemah disisi tuhannya?
Isteri mengajak aku balik ke Kedah untuk menziarahi Wan Kedah.Ermm.. mengikut pandangan batinku.. Wan Kedah sudah menghampiri garis penamat dunia namun anak-anaknya belum lagi dapat merhedoi..

Ingatlah apabila sampai masanya,terputuslah hubungan kita dengan benda yang hidup termasuklah saudara2 kita yang kita sayang selama hidup ini.. yang tinggal hanyalah doa dari anak2 yang soleh dan solehah serta sedekah anak2 yatim yang bisa membantu kita di dunia baru kelak.

Di alam sana tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku.. dan pesan dari AlQuran dan Hadis akan menjadi taruhan buat kita, sama ada kita berjaya laksanakan segala perintah sebagai hambaNya.. Na'uzubillah jika pesanan tersebut tidak dapat kita laksanakan.

sejak2 akhir ini aku sering mengingat akan kematian.. kerana kematian itu adalah pintu bagi ke alam lagi satu.. yang mana akibatnya akan kita ketahui nanti sama ada baik atau buruk.

Sejauh mana atau setinggi manapun ilmu yang kita miliki tidak memberi jawapan kepada kebaikan kerana ia menjadi rahsia Tuhan Rabbul alamin.
yang pasti kita hanya berpegang kepada AlQuran sebagai penunjuk yang nyata dan AlHadis sebagai 'guide' semasa kita hidup.

aku pun tidak tahu nasib aku kelak..
jika kita teliti kehidupan Rasullullah semasa hidup.. walaupun telah dijanjikan Allah tempat yang terbaik disisinya.. Rasullullah SAW tetap bersolat sunat Taubat setiap malam.. sedangkan kita???
Ini bermakna Rasullullah SAW yang al Amin pun tetap tunduk tanpa berbangga diri.

Aku berdoa agar Allah dapat menerimaku seperti mana Allah menerima Rasullullah SAW disisiNya.. malah aku juga berdoa agar Allah menerima Umat Muhammad SAW sepertimana kekasihNya.

Wassalam.

Rabu, 8 Disember 2010

faham dan hayat

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Allah yang telah menghidupkan dan mematikan.. yang telah memberi nikmat yang tidak terhingga kepada hamba-hambaNya..

Didalam kesejukan bagaikan berada didalam ketulan air batu... aku yang berada di bilik pejabat ditemani beberapa rakan sekerja yang juga menahan kesejukan ciptaan manusia yang bersifat sementara.

Allah itu menyempurnakan penzahiran manusia cukup indah.. kerana didalam kesejukan masih dapat terasa aliran darah yang panas diseluruh tubuh bagi mengimbangi suhu di luar tubuh.cukup fleksibel.

Maal Hijrah!!!. Tahun baru!!!

cuba kita imbas kembali tahun-tahun sebelumnya.. apakah yang telah kita lakukan dan kita lalui? berapa banyakkah kita dapat melaksanakan perintah Allah? dan berapa banyakkah kita ingkari perintah Allah?
dan kita timbangnya di atas neraca keadilan... adakah yang banyak itu sesuatu kebaikan yang dipanggil husnul khotimah atau sesuatu keburukan yang dipanggil su'ul khotimah?

lihatlah sendiri amalan kita selama ini...
dan apakah yang harus kita lakukan?

atau hanya berdiam diri? menangis? ketawa?

atau yang berada di atas timbangan itu faham lebih tinggi dari hayat? atau hayat lebih tinggi dari faham?

Seperti mana kita berada di alam persekolahan dulu..

kita di ajar dan diberikan penerangan oleh guru-guru.
dan guru bertanya " faham anak murid?"
maka kita semua jawab "faham cikgu"

dan ketika ujian dilaksanakan ternyata kita gagal.

untuk memahami sesuatu perkara itu amat mudah tetapi untuk menghayati sesuatu perkara itu amat sukar.

seperti kita berada di ceramah agama didalam surau atau masjid... kita faham para ustaz menerangkan tentang kebaikan dan keburukan.. namun apabila kita keluar dari masjid.. apa yang di ceramah kan tadi hilang begitu sahaja.

didalam ilmu Allah ini.. manusia sebenarnya lebih faham dari faham dan kebenarannya.
namun apabila sampai untuk menghayati atau ibadah.. manusia itu sering gagal.

apakah yang menghalang kita dari melaksanakan ibadah?
Apakah yang menjadi duru dalam daging didalam perjalanan kerohanian?

ia nya ada satu jawapan... jawapannya adalah Nafsu.

Nafsu yang dulunya 400 tahun direndam kedalam neraka barulah mau tunduk kepada Allah.. dan kini ditunggangi manusia.

Ditambah hasutan syaitan terhadap nafsu... maka siapalah kita?

dan kegagalan malaikat satu ketika dulu... yang tidak mampu mengawal nafsu apabila di uji Allah menjadi manusia.

Dan barulah Malaikat faham dan memahami bahawa nafsu itu hanya mampu dikawal oleh manusia.

Mengapa manusia?

itulah rahsia Allah.

Yang menjadikan manusia itu mulia hanya manusia yang mampu mengawal nafsunya.

Aku sendiri mengakui bahawa nafsu memang sukar dikekang... sukar untuk dikawal.. namun pasti ada jalannya.. pasti ada caranya.. percayalah..

Mmmm.. cukuplah buat masa ini aku berkongsi ilmu yang tak seberapa ini.
wassalam dan salam hijrah buat semua sahabat yang aku kasihi.

Isnin, 6 Disember 2010

Tahun berganti lagi

Salam akhir Zulhijjah dan salam awal Muharam buat semua.
Jangan lupa doa akhir tahun dan awal tahun...

hari ini aku pi kerja seperti biasa.. jalanraya tidak sesesak hari biasa kerana ramai yg cuti..
esok tahun baru.. adakah kita juga akan berubah jadi baru?atau terus kekalkan sifat2 yg lama?

tepuk dada tanya iman..

sampai kat dalam opis yang sejuk mengalahkan dalam ais batu.. ditambah ketidak ramaian staff yg lain.. maka aku bertambahlah sejuk yg amat.16 darjah celcius.. fuuuhhhh..

hanya 3 orang jek yg kerja hari ni.yg kat sebelah aku tgh layan mata utk tidur.. yg sorang lagi tgh berangan.. hahaha.

tak ada apa yg nak diceritakan.. wassalam.

Rabu, 24 November 2010

cerita bulan 11

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Allah.. yang memberikan nikmat yg tak terhingga kpd hamba-hambaNya.

Sabtu yang lepas kami bermuzakarah dan mendalami bab solat..
alhamdulillah sahabat2ku hadir sama termasuk adik iparku..
memperhalusi bab solat menjadi agenda dalam muzakarah kami.

syukur kehadrat Allah kerana masing2 memahami perjalanan dan penghayatan dalam solat.
bagaimana intimnya penyusunan sifatullah didalam solat hambaNya.

dengan pemahaman ini,diharap masing2 dapat menghayati dan mempraktikkannya.. insya'allah.

dan semalam aku dapat call dari Hj Ucop,sahabatku yang berada di Kota Mekah.Alangkah indahnya perjalanan yang di alami beliau.

sempat juga berikan tips untuk dia mempraktikkannya.. alhamdulillah.

Dan sahabatku Zafran juga sudah memahami dengan tenang apakah penghayatan didalam perjalanan tasauf ini.

Betapa indahnya menjadi Hamba Allah yang tawaduk dan tunduk menyerah.

wassalam.

Khamis, 18 November 2010

Aidil Adha

Allah Hu Akhbar 3x.

genap setahun aku melampaui kenangan Haji ku di Tanah Suci kota Mekah.
Aku membawa anakku bersolat raya di Masjid Semenyih.Aku tidak balik kampung kerana menggantikan sahabatku standby.
Selepas solat raya aku dapat call dari teman baikku Hafiez dan Kerolz.Dia nak mai kerumahku.
Aku menyambut mereka dengan se ada nya.
sempat gak main game ps tu dengan mereka hehehe.selebihnya anakku lah yang sibuk melayan permainan tersebut.

petang aku pergi kerumah kak chik dan kak hawa. Aku dapat tahu Dolah juga hadir sama kerumah mereka.Tapi sayang Dollah langsung tak hubungi aku atau datang kerumahku.
agak terkilan juga.. tapi biasalah.. manusia itu apabila berada didalam situasi yang menggembirakannya.. pasti akan lupa derita lalu.

kadangkala tertanya dihatiku.. dimanakah kita sewaktu Allah memperkenalkan sifatNya yang agung itu? dan apabila kita sudah dikenalkanNya.. dimana pula kita ingin melaksanakkan tanggungjawab itu?
dan akhirnya sifat memburu zat tapi sifat tidak mengenal sifat?

aku lihat hampir semua pengamal ilmu.. atau orang yang belajar ilmu.. dan apabila ilmu sudah dirasai nikmatnya lalu terlupa akan sebab nikmat ilmu tersebut dijadikan.

Manusia apabila sudah berada didalam zon selesa pasti akan terlupa dan melakukan kesilapan yang mudah.

dimanakah silatulrahim antara sifat?hanya iman yang boleh menjawabnya.

Wallah hu alam.

Ahad, 7 November 2010

langkawi

Minggu lepas aku bawa ibuku serta 2 orang kakakku dan anak isteriku beristirehat di Langkawi.
Yups.. Langkawi cukup indah dibawah taklukan negeri Kedah.Antara pulau tercantik di Malaysia. Walaupun kewanganku tidaklah tinggi namun aku masih diberi kesempatan bercuti di Langkawi bersama ahli keluargaku.

Bersama 2 orang kakakku serta ibu dan anakisteriku.. aku mulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dalam jam 7mlm.Singgah di PutraJaya untuk bersolat Mahgrib.
Selesai solat kami makan di Presint 9 dan seterusnya bertolak ke Kedah.
Jalan sesak.. kenderaan kami dapat melepas Kuala Lumpur dalam jam 9 malam.Tiada apa yang menarik berjalan malam kecuali ketenangan dan mengawal arus mengantuk.

Kami berhenti di Perhentian Kuala Kangsar.. selepas terowong.
berehat dan membeli air minumanku Livita.

sampai di Alor Staq dalam jam 2pagi.kami tidur di rumah Makcik Senah.Abg Azman dah menunggu kedatangan kami.

Esok paginya kami bertolak ke Langkawi melalui Kuala Perlis.Cuaca terang.
sampai di Langkawi aku menyewa sebuah kereta Waja.dan kami terus check in di Sri Intan Langkawi.

Ibuku agak letih dan kami beristirehat sementara aku dah mengintai kolam renag yang kosong.petangnya aku mandi bersama anak isteriku dikolam renang.

Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Staq sempat juga kami bermuzakarah di dalam kereta.Alhamdulillah.

Di Langkawi tak banyak ilmu yang dibicarakan kecuali kami tenggelam dalam kenikmatan dunia yang Allah berikan di Langkawi ini.
Agak terkilan juga kerana masing2 tenggelam dalam kenikmatan tanpa bicara ilmu.
Namun sudah menjadi adat manusia yang sering alpa.

secara keseluruhannya bercuti dilangkawi cukup menyeronokkan.

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran