Isnin, 26 September 2011

Syawal yang cukup Indah

Walau pun aku tidak dapat berhari raya bersama keluarga di kampung sempena 1 syawal.. Namun bulan syawal inilah bulan yang paling menggembirakan diriku.
Banyak sebabnya mengapa aku cukup gembira dengan nikmat2 yang diberikan Allah kepadaku..

Peristiwa pertama :

Aku dapat mengucup tangan Yang Di Pertuan Agung iaitu Tuanku Mizan di Istana Negara.. dan Tuanku juga adalah cebisan dari keturunan Rasulullah dari Tokku Paloh dan Syaidina Hassan.Ia berlaku di hari pertama Syawal.

Peristiwa kedua :

Berlaku pada 18 Syawal dimana aku ke Medan Indonesia bertemu saudara disana bersama2 rakan sekerja ku merangkap rakan karib dan adik2ku seperti Hafiez dan Fariez.
di Medan aku bersama anak isteriku ke Air Terjun Piso-piso antara tempat yang paling aku kagumi ciptaanNya.Aku bagaikan kerdil di pancuran air terjun tersebut.Cukup Indah. Didalam perjalanan menuju ke Piso-piso, innova kami berhenti di sebuah Masjid Al Kamal di Sibolangit.Di sana ada seseorang yang menuju laju kepadaku hanya cuma untuk bersalam dengan diri seorang dan tidak dengan yang lain.Dilemparkan sebuah senyuman yang cukup menusuk kalbuku.setelah bersalam denganku beliau terus pergi tanpa berkata sesuatu apa pun.Subhanallah!!..

Semasa menuju ke rumah saudaraku yang bakal mengikat tali pertunangan dengan rakanku.. kami berhenti di sebuah warong.Didalam warong tersebut terdapat sebuah gambar lama.Kakek didalam gambar tersebut cukup tinggi ilmunya dengan kurniaan janggut berupa tulisan Allah.Subhanallah!!.

Peristiwa ketiga :

Berlaku pada 21syawal.. dimana aku dan keluargaku berkumpul untuk pembahagian harta pusaka Arwah Abah.seramai 15 adik beradikku yang hidup berhak didalm pembahagian harta pusaka tersebut.Alhamdulillah kami sekeluarga sepakat mengikut wasiat arwah abah tanpa sebarang halangan.Setelah selesai amanah tersebut maka kami bersama2 menuju ke perkuburan abah di Batu 6 Muar Johor.
Setelah itu kami pulang kerumah serta berkumpul di ruang dapur bersama2.dan biasalah kami adik beradik akan bermuzakarah tentang hal2 kematian serta dunia akhirat.
Alhamdulillah Abg Ngah dapat menerima anugerah yang Allah berikan kepadaku.. Ooo hari itulah hari paling menggembirakan hidupku.. kerana tiada lagi sebarang pertikaian ilmu lagi.. kami bertekad bersama2 berusaha menjadi insan yang diterima dan di rhedoi Allah kelak.. insya'allah.

Aku amat bertuah memiliki Arwah Abah dan ibu yang mempunyai ilmu agama yang setinggi ini... Alhamdulillah!!!!! tiada lagi yang harus aku ucapkan kecuali rasa kesyukuran dan sujudku pada Zat yang maha tinggi.

Wallahualam.
Wassalam.

Tiada ulasan:

Bila kalam berbicara ;

"Mata yang melihat namun buta penglihatannya, Telinga yang mendengar tapi tuli sebenarnya, Mulut yang berkalam mengapa bisu untuk berbicara.Inilah dia tradisi manusia yang mudah lupa asal usulnya dan tenggelam didalam kenikmatan yang sementara.." - DaengYH.

AlQuran

Listen to Quran